Rabu, 24 Ogos 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Berita baik untuk Rosmah Mansor!

Posted: 24 Aug 2011 07:18 AM PDT

Berita baik bagi Rosmah Mansor, seorang penggemar batu berlian . Dia tidak perlu lagi menyusahkan Najib mengimpot batu berlian dari luar negara secara haram. Apa yang perlu Rosmah lakukan hanyalah memakan sebanyak mungkin mentega kacang atau peanut butter, sarapan kegemaran dan makanan ringan.

Profesor Malcolm McMahon, berpusat di Pusat Science and Extreme Conditions di University Edinburgh, berkata bahawa pasukan saintisnya mampu menjadikan mentega kacang yang biasa kepada batu permata yang paling mahal di dunia - berlian.

Kepada Rosmah dan lain-lain penggemar makanan peanut butter ini boleh dapatkan maklumat lanjut dari Profesor Malcolm di sini

Audit antarabangsa boleh bersih daftar pemilih

Posted: 23 Aug 2011 06:57 PM PDT


Abdul Aziz Mustafa - (Harakah)

KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Daftar pengundi negara ini hanya boleh dianggap bersih jika ia diaudit oleh badan audit yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Dengan begitu banyak pendedahan mengenai kecacatan yang amat meragukan dalam daftar pemilih dan dengan pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri bahawa memang terdapat kesilapan dalam daftar pemilih, satu-satunya cara untuk memastikan daftar pemilih yang ada kini diyakini bersih ialah dengan melantik badan audit bebas yang diiktiraf di peringkat antarabangsa," katanya.

Salahuddin juga menolak dakwaan Pengerusi SPR. Tan Sri Abdul Aziz Yusof kononnya kesilapan dalam daftar pemilih kononnya hanya 0.0001 peratus sahaja.

"Selagi daftar pemilih tidak diaudit oleh badan audit bebas yang diiktiraf diperingkat antarabangsa, apa sahaja dakwaan kerajaan dan SPR tidak akan mendapat keyakinan umum malah akan lebih dipertikaikan dan terus tidak dipercayai," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Salahuddin mencadangkan badan-badan audit yang dihormati di peringkat antarabangsa seperti Deloitte Touche Tohmatsu, Pricewaterhouse Coopers (PwC), Ernst & Young (EY) atau KPMG untuk melaksanakan audit ke atas daftar pemilih negara ini.

"Saya berkeyakinan badan-badan audit sedemikian lebih dari mampu untuk mengaudit daftar pemilih negara ini malah hasil audit mereka boleh mendapat keyakinan umum," kata Salahuddin.

Daftar Pemilih yang bersih adalah salah satu dari lapan tuntutan utama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Tuntutan lain ialah supaya SPR mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Tiada ulasan: