Sabtu, 20 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Lagi Kisah Artis Malaysia: Nanu Pegang Anjing Dengan Selamba!

Posted: 20 Aug 2011 09:35 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg84_s_08M21YsWeH1u2h371aeOyHPcEcFbmdWMd_xDiMtYfXrt7sTryZ8dVb4jMe0ftZCPD3Rtz-c5Jjhieqd4YnK5i2Qxk9JIS4zkxsLl7LKzHmQQvppVW-LzDC5WDlPG8BuUwNdkvX4g/s640/228980_203730523020942_100001519883707_594090_1051492_n.jpg

http://diariartis.wordpress.com/

artis malaysia ke ni?

haram halal sudah tak da dalam kepala hotak mereka


nanti pendedahan artis yang teguk air kencing setan pulak

kami nak dengar juga alasan apa yang diberi

jeng jeng...

PRU 13: PAS kesal sikap Najib

Posted: 20 Aug 2011 07:50 AM PDT


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: PAS hari ini melahirkan kekesalan terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pilihanraya umum (PRU) ke 13 boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa (JK) parlimen khas untuk reformasi pilihanraya sedang bersidang.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini membidas kenyataan Najib dan berkata ia adalah bukti terhadap sikap sebenar ketidak-ikhlasan dan berpura-pura kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama JK Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

Apa guna dibentuk JK Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum JK Khas ini menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan Barisan Nasional tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," selar Tuan Ibrahim.

Perdana Menteri Najib semalam dipetik sebagai berkata bahawa PRU akan datang tiada sebarang kaitan dengan JK Khas parlimen yang bakal ditubuhkan Oktober ini.

"Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

PAS Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat turut melahirkan rasa terkilannya terhadap kenyataan Najib semalam.

"Sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?" soal beliau.

Bagi Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, adalah mustahak untuk rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka kepada sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambah beliau.

Kerajaan, kata beliau harus sedar terhadap kemarahan rakyat dan tuntutan yang diadakan dalam perhimpunan aman Bersih 2.0 baru- baru ini dan dengan sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihanraya akan terus merosot.

Sekiranya ini berlaku, tambah Tuan Ibrahim keadaan ini adalah sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga katanya akan mempercepatkan bantahan rakyat, jesteru menyemarakan semangat untuk himpunan Bersih 3.0 diadakan.

"PAS ingin tegaskan kerajaan tidak patut dan sememangnya ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," tegas beliau.

Menurut beliau, PAS akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam JK Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna sekiranya ia diadakan setelah Perdana Menteri membuat kenyataan sedemikian.

Manakala, pada 24hb Ogos ini juga satu mesyuarat Pakatan Rakyat akan diadakan untuk membincangkan secara serius perkembangan muktahir ini bagi membuat satu keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Najib dan Barisan Nasional untuk melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum PRU ke 13 yang bakal menjelang.

Najib atau Muhyiddin, siapa arah siapa?

Posted: 20 Aug 2011 07:25 AM PDT



Oleh Kim Quek

Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.


Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.

Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.

Langkah berani reformasi pilihan raya

Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:

"Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan."

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.

Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika "benar-benar dipilih oleh rakyat" merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Seterusnya beliau berkata, "kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu."

Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?

Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?

Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen.

Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.

Terpaksa membuat pusingan U

Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?

Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.

Kuasa PM

Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.

Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana

Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.

Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.

Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?.FMT

Komen Terpilih: Sampai Bila Rakyat Sarawak Diperbodohkan Oleh UMNO?

Posted: 20 Aug 2011 06:47 AM PDT

Apai Awang said...

Parti Politik dari sarawak seharusnya tidak bersekongkol dengan UMNO untuk mendapatkan kuasa. UMNO hanya memperalatkan undi dan kekayaan rakyat negeri Sarawak. Dari selepas Merdeka lagi kita boleh dapati sangat kurang usaha parti BN yang diterajui oleh UMNO berusaha untuk memajukan Sarawak.


Oleh itu barang siapa yang merasakan diri mereka ditindas oleh UMNO janganlah bersekongkol dengan UMNO. Parti politik dari sarawak harus menjauhkan diri dan jangan terlalu mengikut telunjuk UMNO jika ingin memenangi hati dan undi rakyat Sarawak.
Orang Melayu UMNO dan Islam UMNO adalah terlalu ego dan merasa bahawa hanya mereka sahaja yang berhak terhadap agama,ekonomi, politik dan pelbagai kesitemewaan lagi. Bila terlalu lama dalam keadaan selesa mereka takut untuk berhadapan dengan kebangkitan rakyat. Rakyat inginkan perubahan dan bukannya Propaganda 1Malaysia yang tidak membawa apa apa erti.


Bagi negeri Sarawak,Sial buat jalan raya, bekalan air dan eletrik itu yang dituntut oleh rayat luar bandar. Jalan tiada, eletrik tiada, air bersih tiada, Kemana hasil minyak, balak dan pelbagai kekayaan negeri sarawak.


BN Sarawak harus menuntut hasil kekayaan negeri sarawak untuk memajukan negeri Sarawak. Hasil kekayaan Sarawak harus diberi kepada Sarawak untuk memajukan negeri sarawak agar iyanya sama maju dengan negeri di Tanah melayu. Selepas negeri sarawak maju setaraf dengan negeri lain barulah hasil dari negeri sarawak boleh dibahagikan denga negeri lain yang memerlukannya.


Orang Iban, Melanau, Bidayuh, Melayu, Orang Ulu, Cina dan pelbagai suku kaum di Sarawak telah diperbodohkan oleh UMNO. Bebaskan Sarawak dari Cengkaman UMNO.

Catatan Ramadhan: Pandangan Hal Jais – DUMC

Posted: 19 Aug 2011 09:55 PM PDT



Ramadhan telah tiba ke 10 hari terakhir, program terus padat. Selain aturcara yang disusun pejabat pusat khidmat pengurusan Dun Batu Caves ada beberapa jemputan dari Ketua Kampung, Masjid, ahli majlis dan Jabatan harus dipenuhi.

Ramadhan datang namun isu politik terus bertubi, salah satunya isu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan (menurut kacamata Jais) terhadap satu program di satu Dewan Komuniti sebuah Gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya. Kali ini melibatkan sebuah acara yang menggunakan slogan Jamuan Makan 1 Malaysia dikatakan mempunyai unsur mencurigakan bagi "memurtadkan" orang Islam.

Sebagaimana biasa isu negeri Selangor akan sesegera diputar-putar oleh media kendalian BN dan blogger upahan untuk mengambarkan imej tidak baik pentadbiran Pakatan Rakyat. Hiprokasi beberapa watak juga muncul yang kononya sebelum ini membantah demonstrasi aman Bersih telah membuat demonstrasi membantah sikap kerajaan negeri yang dikatakan membela gereja.

Malah beberapa pimpinan Umno yang disadur menjadi NGO, juga NGO yang ingin menyerap ke Umno mengeluarkan kenyataan mengecam dengan lenggok politik yang mahu kesimpulan rakyat bahawa nasib agama Islam dan orang Melayu tergadai dibawah Pakatan Rakyat.

Siaran media digunakan sebanyak mungkin memancarkan hal ini walau masih tidak tahu hujung pangkalnya kes ini, paling tidak mengurangkan fokus rakyat pada isu pasca Bersih yang melibatkan beberapa bukti dan pengakuan cacatnya sistem pilihanraya Malaysia.

Teringat pula kisah Aisyah Bukhari yang dikatakan Murtad pada hujung 90-an yang nampaknya tidak dibuat liputan semeriah kes ini, mungkin kerana kes tersebut tidak boleh dipintal-pintal oleh Umno menjadi modal politik, mereka mendiamkan diri.

Bagi kerajaan Pakatan kita amat hati-hati menanggani hal ini kerana tidak mahu ada yang teraniaya dan ketidakadilan terhasil kerana sikap terburu-buru. Ini adalah seruan dalam ajaran dan amalan Islam yang tertulis dalam sirah dan sejarah Nabi berkenaan hubungan antara berbilang agama.

Ada sebahagian yang saya kira "naif" atau memang ada persepsi sedia ada di kepala mereka akibat dorongan lama Umno — hanya Umno dan BN yang boleh membela Melayu Islam, melihat isu ini isu akidah, dan kita harus tanggani secara tegas.

Saya amat menyokong tindakan tegas jika ada bukti dan jelas usaha memurtad, tetapi disebalik laporan Jais masih tidak lagi disiapkan, agak mencurigakan bagaimana laporan dan beberapa bukti yang sepatutnya tidak didedahkan diserah pada tentera upahan cyber Umno yang lebih gemar membakar sentimen / emosi terlebih dahulu. Sebab itu hal ini seperti terhidu aroma politik yang kuat terutama mereka yang menyebar kepada budak upahan cyber Umno sebagai medium mendedah 'bukti'.

Malahan ada yang cuba mempertahankan kelemahan dengan cepat-cepat mengaitkan Jais adalah dibawah Sultan dan apa-apa teguran serta kritikan pada Jais bermakna mengkritik Sultan (Pandangan bagi mereka diabad ke 16). Bagi saya isu ini telah dipermainkan jauh dari isu pokok iaitu adakah majlis itu melanggar undang-undang dan adakah Jais telah bertindak berlandas undang-undang.

Sejak Pakatan Rakyat Isu Kaum dan Agama dengan bingkai yang sempit memang gemar dibakar oleh pimpinan Umno dan saduranya. Teringat lagi demo arak kepala lembu dua tahun lalu. Walaupun sebahagian mereka menjerit mahu membela Islam kadangkala kelihatan kumpulan ini memang tiada minat meningkatkan kefahaman tentang Islam, kemana mereka dalam kes Qazaf Dato Seri Anwar Ibrahim yang nampak dibiarkan oleh Menteri Agama Umno, Judi sukan dan banyak lagi hal yang saya kira penting untuk dijelaskan kepada awam. Dalam hal Jais-DUMC ini saya kira pandangan beberapa ilmuan Islam seperti Dr Asri juga wajar diberi ruang untuk dibincangkan dan kini peran media sebagai alat mencerahkan manusia amatlah penting dalam bangsa kita.

Disebalik hinggar binggar isu Jais-DUMC, program semarak Ramadhan terus berjalan rancak walau telah sampai ke 10 hari terakhir Ramadhan. Semenjak Pakatan diberi amanah oleh rakyat dalam pilihanraya umum lepas program masjid dan surau memang lebih bagus dan meriah, jika dahulu tazkirah seolah 'haram' kini peringatan agama dan pengembangan ilmu Islam amat rancak di Masjid dan Surau. Malahan zaman BN dahulu surau diarah tutup kerana ada tazkirah tapi kini bukan hanya tazkirah banyak program yang kreatif dan menyegarkan wujud di Masjid / Surau seluruh Selangor, suatu perbezaan yang hanya boleh dinafikan oleh mereka yang buta hati.

http://amirsari.wordpress.com/2011/08/20/catatan-ramadhan-pandangan-hal-jais-dumc/

Tiada ulasan: