Sabtu, 20 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Orang muda calon BN Kelantan untuk PRU

Posted: 20 Aug 2011 03:06 PM PDT

MALAYSIA KINI


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata simulasi pilihan raya di negeri ini akan berlangsung dari 16 hingga 30 September.

Beliau berkata sebagai persediaan, pihaknya kini mengadakan taklimat secara berperingkat kepada semua ketua peti undi dan cawangan parti itu.

"Sehingga kini, saya nampak semangat ahli Umno semakin tinggi dengan kerja yang dilakukan di peringkat akar umbi, dan kita amat berharap simulasi ini dapat sambutan baik dengan semua jentera parti bergerak cergas," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian zakat kepada anak yatim di Parlimen Ketereh, Kota Baharu hari ini.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata 'orang muda' merupakan antara calon yang bakal disenaraikan BN untuk bertanding di Kelantan pada PRU akan datang.

Beliau berkata muka baru perlu diberi peluang untuk bertanding sebagai nilai tambah bagi membantu parti meraih kejayaan pada PRU akan datang.

"Secara umumnya, orang muda lebih memahami kehendak dan keperluan pengundi muda, justeru harus ada sebilangan golongan muda dalam senarai calon yang akan bertanding," katanya.

Mustapa berkata bakal calon daripada golongan muda perlu memenuhi kriteria pemilihan, termasuk memperlihatkan ciri 'calon menang' yang disenangi rakyat.

Beliau menjangkakan calon PRU kali ini sebahagiannya mungkin terdiri daripada anggota badan bukan kerajaan, agensi kerajaan, pesara, tokoh agama atau ahli akademik.

Katanya, pertikaian berhubung calon yang dipilih pucuk pimpinan serta budaya 'cah keting' perlu dihindari kerana ia tidak menguntungkan parti.--Bernama

Wanita dakwa dicabul 11 polis

Posted: 20 Aug 2011 03:04 PM PDT

Aidila Razak


Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu.

Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini.

Wong bee fong demonstrating how she was molested by policeDalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya.

Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk.

"Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000.

"Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya.

Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9.
[Baca berita penuh]

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu.

Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu.

BERSIH: PSC tak bererti bila parlimen bubar

Posted: 20 Aug 2011 02:51 PM PDT

MALAYSIA KINI


Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya tidak akan membawa sebarang erti sekiranya pilihan raya umum dilangsungkan dan jawatankuasa itu kemudiannya dibubarkan.

BERSIH 2.0 hari ini menyatakan kekecewaannya atas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pilih raya umum boleh diadakan bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan PSC.

azlan"Ini menyalahi tujuan dan semangat pembentukan PSC yang mana ia bermaksud menyelesaikan amalan pincang yang serius dalam proses pilihan raya.

"PSC akan menjadi tidak bermakna sekiranya parlimen dibubarkan sebelum sempat membentangkan laporannya kepada parlimen," kata kenyataan bersama jawatankuasa pemandu BERSIH.

BERSIH menegaskan tuntutan bahawa pilihan raya tidak ditangguh melainkan cadangan tindakan segera seperti berkaitan pembersihan daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal dan pendaftaran automatik dilaksanakan.

BERSIH juga berkata menjadi keutamaan PSC menjadi suruhanjaya diraja bagi mengkaji isu yang lebih besar berkenaan pilihan raya dan demokrasi seperti sistemnya, pertimbangan menyeluruh undang-undang pilihan raya dan keanggotaan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

PAS: Najib bunuh minat kami pada PSC

Posted: 20 Aug 2011 02:54 AM PDT

MALAYSIA KINI


PAS mungkin tidak menyertai jawatankuasa khas parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap kerajaan yang didakwa semakin jelas tidak ikhlas, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini, katanya.

NONE"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana enteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat kami untuk memberikan perhatian kepada jawatankuasa tersebut," tegas beliau sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai bukti keangkuhan Najib dan Umno.

Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.

"Kenyataan yang angkuh itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini," kata Salahuddin.

azlanMengenai usaha untuk menghubungi badan-badan di peringkat antarabangsa mengenai tuntutan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, ahli parlimen Kubang Kerian itu menyatakan, perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Beliau menjelaskan, usaha itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat antarabangsa mengenai tunturan rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih dalam negara ini.

"Kesedaran mengenai tuntutan itu perlu diperluaskan sehingga ke peringkat antarabangsa," kata Salahuddin.

BERSIH 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

KP APMM KEMPUNAN MAKAN DAGING RUSA?

Posted: 20 Aug 2011 01:57 AM PDT

Oleh : ZAMZURINA ZAMZURI

KETUA Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato' Mohd Amdan Kurish mungkin kempunan ketika berbuka puasa di Hotel Shangrila, Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu petang kelmarin kerana hasratnya untuk merasa kenikmatan daging rusa yang dibawa pegawainya dirampas Jabatan Hidupan Liar Sabah ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Sabahkini.net yang menerima panggilan telefon daripada 'informer' tidak sempat bergegas ke Lapangan Terbang tersebut untuk merakam gambar seorang pegawai APMM dan seorang pegawai Polis ditahan Jabatan Hidupan Liar kerana ramai Krew Sabahkini berada di luar kawasan membuat liputan masing-masing.

Namun Informer yang menghubungi Sabahkini tersebut gagal memberikan maklumat lengkap menyebabkan Sabahkini.net melancarkan 'sebaran rangkaian maklumat melalui jaringan blogger' dan mendapat maklumat yang agak cukup lengkap daripada rakan Twitter dan Cybertrooper Pro-Sabahkini.net.

Hasil maklumat daripada 'Jaringan Black Widow', Sabahkini.net dapat mengesan daging rusa (atau seangkatan dengannya) seberat lebih kurang 20 kilogram dibawa oleh Komander APMM, Azman Shamsuddin melalui Penerbangan Malaysia MH2134 daripada Tawau, pada 2.30 petang dan tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 3.30 petang kelmarin.

Ketika melalui pemeriksaan rutin Jabatan Hidupan Liar, Azman dan seorang lagi Inspektor Polis yang turut membawa daging beku yang dipercayai daging hidupan liar telah ditahan untuk dirakam keterangan sebelum dibebaskan; tetapi daging rusa atau hidupan liar yang mereka bawa telah dirampas.

Mungkin Laksamana Dato' Mohd Amdan Kurish yang tiba dalam waktu yang sama daripada Kuching Sarawak untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa APMM di Hotel Shangrila, Bandaran Berjaya tidak menyedari pegawainya diberkas Jabatan Hidupan Liar.

Mengikut siasatan Sabahkini.net Komander Maritim Azman Shamsuddin merupakan Ketua Penguatkuasa Maritim Tawau yang ingin 'membodek' Ketua Pengarah APMM untuk mendapat jawatan yang lebih tinggi dalam proses 'Pertabalan' APMM sebagai Agensi Penguatkuasa Tunggal Maritim di Malaysia; sehingga sanggup membawa daging rusa berkenaan yang telah didingin beku, sedangkan beliau tahu bahawa Rusa adalah Haiwan dilindungi di Sabah.

Dengan semangat yang membara kerana terbayangkan kenaikan pangkat, Azman telah meminta Pejabat APMM Sabah menghantar kenderaan rasmi APMM bersama pemandu untuk menjemputnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Manakala seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang turut ditahan bersama Azman tidak dapat dikenalpasti namanya.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar, Lawrentius Nambu ketika dihubungi mengesahkan penahanan Azman dan seorang Inspektor polis kerana disyaki memiliki daging haiwan yang dilindungi; namun enggan mengulas lanjut kerana daging yang dirampas telah dihantar ke Jabatan Kimia untuk penganalisaan dan pengesahan spesis.

Mengikut prosedur, Jabatan Hidupan Liar perlu menyiapkan Kertas Penyiasatan termasuk mendapatkan bukti pengesahan makmal sebelum boleh bertindak terhadap tertuduh mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997.

Namun daripada maklumat Twitter yang baru diterima jam 5.44 pagi tadi, adik Ketua Pengarah APMM yang bertugas sebagai anggota polis berpangkat Sarjan dipercayai sedang berusaha untuk memujuk Pegawai Jabatan Hidupan Liar Tawau untuk membelakangkan tarik permit memburu bagi melindungi abangnya dan Azman yang mungkin kehilangan jawatan atau dihadap ke Lembaga Tatatertib jika didapati bersalah.

Selepas Utusan, Giliran Penerbit TV3 Pula Menerima "Suweh"

Posted: 20 Aug 2011 01:51 AM PDT

KELAB GREENBOC

Pembunuhan Banting: Penerbit Buletin Utama TV3 Pula Diperintah Tunjuk Sebab


SHAH ALAM: Sehari selepas wartawan dan editor Utusan Malaysia diperintahkan untuk hadir di Mahkamah Tinggi di sini, perintah sama dikeluarkan pula kepada penerbit Buletin Utama, TV3 untuk memberikan penjelasan berhubung penerbitan berita yang 'menyerang' peribadi peguam utama di dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu pada Jumaat, selepas membenarkan permohonan peguam Manjeet Singh Dhillon yang memberitahu bahawa berita itu disiarkan pada pukul 8 malam, Rabu lalu dan dapat ditonton di seluruh negara, termasuk oleh dua rakan peguam, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad.

Manjeet menambah, kandungan berita tersebut adalah sama seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Rabu lalu, menerusi berita bertajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' yang memetik temubual antara wartawan, Raja Syahrir Abu Bakar dengan Ahli Parlimen Padang Serai, N, Gobalakrishnan. Katanya lagi, berita tersebut yang membawa maksud barisan pembelaan adalah alat kepada pemimpin pembangkang dan mempunyai motif tersembunyi dalam kes itu adalah bersifat subjudis (kacau ganggu kes yang masih berjalan) serta merupakan campur tangan kepada mahkamah dan juga pentadbiran kehakiman.

Hakim Akhtar kemudiannya berkata, perintah telah dikeluarkan kepada Raja Syahrir dan editor surat khabar arus perdana itu untuk hadir di mahkamah pada minggu hadapan, tanpa memberikan tarikh yang spesifik bagi memberikan penjelasan berhubung berita tersebut.

Sementara itu, perbicaraan yang masuk hari ke-26 menyaksikan Timbalan Ketua Balai Polis Selayang, Sarjan Mejar Ranjit Singh, 49, memberitahu bahawa tiga tertuduh, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan tidak pernah membuat aduan kepadanya semasa beliau melawat lokap pada pukul 3.25 pagi dan 3.30 petang, 10 September 2010.

''Mereka berada dalam keadaan yang normal dan tidak mengalami masalah kesihatan," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin.

Sementara itu, semasa disoal balas oleh Manjeet, saksi yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun itu mengakui bahawa lawatannya ke lokap tidak dicatitkan pada buku perharian balai, meskipun ia merupakan satu kemestian.

Tambahnya, ketiadaan catitan itu mungkin disebabkan kerana anggota polis yang bertanggungjawab menulis buku tersebut terlupa atau tersalah pandang untuk berbuat demikian.

Penggunaan perkataan 'terlepas pandang' oleh saksi dipersoalkan oleh Manjeet yang berkata, tidak mungkin anggota polis yang menjaga lokap tidak perasan jika Ranjit ada melawat lokap kerana kerana keadaan fizikalnya yang tinggi dan mudah dilihat.

Manjeet: Berdasarkan keterangan ini, adakah kamu mengatakan anggota polis tersebut tidak mematuhi peraturan?

Ranjit: Mungkin mereka terlupa.

Manjeet: Adakah kamu akan mengambil tindakan kepada anggota polis itu?

Ranjit: Saya boleh membuat aduan pada badan disiplin. Saya kena berbincang dengan Ketua Balai terlebih dahulu.

Manjeet: Jadi, jika kamu berbohong, siapa yang akan mengambil tindakan?

Ranjit: Saya telah bersumpah untuk bercakap benar, tidak boleh berbohong.

Ditanya bagaimana cara pemeriksaan di lokap dilakukan, Ranjit berkata beliau akan berjalan di hadapan sel dan melihat dengan mata kasar jika tahanan mempunyai masalah.

"Waktu lawatan dilakukan, ada juga tahanan yang akan mengadu sakit seperti sakit kepala atau sakit perut dan minta diberikan rawatan," tambah Ranjit.

Menjawab soalan Amer Hamzah, Ranjit memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung isu keselamatan atau perkauman dari tertuduh mahupun dari tahanan-tahanan Melayu yang terdapat di dalam lokap pada malam itu.

Selain Ranjit, terdapat empat lagi anggota polis dipanggil sebagai saksi kepada pihak pendakwaan dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang diadakan untuk menentukan keadaan mental Thilaiyalagan dan Kathavarayan yang didakwa berada dalam keadaan tertekan semasa memberikan keterangan yang membawa kepada penemuan barang kes.

Prosiding TWT berakhir pada Jumaat, dan Hakim Akhtar menetapkan pihak-pihak yang terlibat untuk mengemukakan hujahan bertulis selewat-lewatnya pada Jumaat depan.

Thilaiyalagan, 20, dan Kathavarayan, 31, dibicarakan bersama bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan R. Matan, 21, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di senuah ladang di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung dengan prosiding perbicaraan utama pada Isnin ini. -mstar

Ulasan GB

GB dah ulas semalam di entri Wartawan Utusan Mula Menerima "Suweh" Hasil Pencabulan Terhadap Etika Kewartawanan

Gunakan ‘Google Reader’ Untuk Memudahkan Pembacaan :

Posted: 20 Aug 2011 01:44 AM PDT

Dunia yang serba canggih ini sangat-sangat memanggil kita untuk terlibat dalam era pembangunan dan kecanggihan yang berlaku. Ianya merupakan ni'mat yang kemuncak yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada umat Nabi Muhammad s.a.w kerana selepas daripada ini pasti akan berlakunya kiamat dan tidak timbul Nabi yang lain selepas kedatangan Nabi Muhammad s.a.w. Cuma, nabi Isa akan turun memimpin umat islam dan membunuh dajjal diakhir zaman. Oleh kerana terlalu ramai pengguna internet yang tidak tahu, saya menyarankan penggunaan Google Reader (http://www.google.com/intl/en/googlereader/tour.html) untuk memudahkan kita membaca sebarang maklumat daripada pelbagai laman web kepada satu bentuk paparan sahaja.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Pemuda PAS Dun Chukai, terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih belum menguasai teknologi maklumat terutamanya bagi mendapatkan perkembangan semasa dengan mudah tanpa memerlukan masa yang panjang membaca semua maklumat tersebut. Termasuk kepada mereka yang sudah biasa 'online'.

Sebagai contoh; anda akan mengalami kesulitan sekiranya anda ingin membaca semua laman web dalam satu-satu masa dengan membuka laman web berita atau blog tersebut satu persatu.Pasti ianya akan membuang masa anda yang menjadikan anda malas untuk membaca dan akhirnya kurang maklumat yang masuk ke minda anda dan keluarga anda akibat kurangnya pembacaan. Justeru, kita akan lambat atau sukar dimaklumkan berkenaan isu-isu semasa dan perkembangan-perkembangan terkini yang datangnya daripada pelbagai sumber dan laman web seperti buletin online (http://www.buletinonline.net/) , tranungkite.net (http://www.tranungkite.net/) dan sebagainya sebagai media alternatif masyarakat.

Selain itu, sikap yang ditunjukkan oleh kebanyakan rakyat yang berbangsa Melayu adalah tidak minat membaca dan mengkaji. Bukan semua tetapi terlalu ramai berbanding sikap bangsa lain atau penduduk di Negara lain termasuk Amerika syarikat. Rakyat mereka diajar dengan budaya membaca yang menyebabkan ada dikalangan mereka yang masuk islam disebabkan pembacaan semata-mata. Media yang merupakan sebagai saksi kepada mereka dan mereka bertindak sebagai hakim dalam menentukan sikap dan arus pemikiran.

Rakyat Malaysia hari ini sudah tidak bergantung kepada media arus perdana yang dimiliki oleh kerajaan bahkan peratusan penjualan Surat-Surat Khabar seperti Utusan Melayu dan lain-lain turun dengan mendadak. Ini menunjukkan bahawa hilangnya kepercayaan terhadap media yang ada pada hari ini. Oleh itu, kita sebagai masyarakat perlu mencari alternatif lain dan 'Google Reader' adalah satu kaedah pembacaan yang memudahkana pembaca membaca pelbagai berita dan maklumat daripada pelbagai sumber. Ini membolehkan pembaca menilai kebenaran suatu maklumat dan masyarakat tidak dapat ditipu dan diperbodohkan dengan mudah oleh media-media yang ada.

Bagaimana Untuk Menggunakan 'Google Reader'???

Anda hanya perlu memiliki satu akaun email goolgle atau dikenali dengan gmail. Ianya membolehkan anda mengaktifkan google reader dan memilih semua laman web yang anda minat untuk membacanya ketika anda 'online'.

Apa yang menarik adalah anda akan mengetahui berita dan masa dikemaskini atau berita terkini. Bukan sahaja berita, anda juga boleh memasukkan blog-blog yang dipilih supaya anda dimaklumkan sekiranya pemilik blog atau laman web memasukkan entri (apa-apa sahaja) baru mereka dalam laman tersebut. Ini menjimatkan masa anda daripada membuka laman web satu persatu dan laman web tersebut boleh terus dibuka dengan 'klik' pada tajuk tersebut. Pasti ianya memudahkan anda…!



Kaedah : Pastikan Anda Mempunyai Akaun Gmail (email google)

Paparan yang keluar selepas anda klik 'more' dan klik 'Reader' dalam google (http://www.google.com.my/)

Sekiranya Anda tidak mempunyai email google anda boleh 'create an account' dan buat email google terlebih dahulu. Sekiranya sudah wujud email google, terus sign in menerusi akaun google anda.
Sekarang anda sudah selesai masuk ke 'google reader'. Anda hanya perlu klik 'Add a subscription' dan masukkan laman web yang anda suka untuk dibaca terutamanya berita-berita yang diperlukan.

Contoh : Anda ingin baca buletin online dan tranungkite.net dengan mudah.

1. Masukkan alamat web buletin online dan tranungkite.net atau apa sahaja lama web.

2. klik 'Add' dan buat sekali lagi untuk tranungkite.net

3. Paparan yang keluar seperti berikut:



4. Anda boleh memasukkan laman-laman web yang lain dan anda hanya perlu scroll untuk membaca dan 'klik' disebelah kiri anda laman web yang mana hendak dibaca. Ia memudahkan pembacaan anda setiap hari. Angka (8) yang terpapar menunjukkan anda ada 8 perkara yang belum dibaca. Anda juga boleh memasukkan blog yang ingin dibaca seperti blog PPDC http://ppdcgroup.blogspot.com/ dan blog-blog yang lain. Copy alamat dan masukkan!

Kami mengharapkan anda memanfaatkan perkongsian ini dan menggunakan sebaik mungkin untuk mendapatkan maklumat terkini dan sebarang maklumat melalui pembacaan anda setiap hari. Untuk makluman, 'google reader' ini juga wujud untuk mobile dan juga Android. Mulakan dengan komputer anda. Terima Kasih dan Selamat Mencuba...

Isu Gereja Dan Jais ,Memang Umno Hipokrit

Posted: 20 Aug 2011 01:37 AM PDT

Oleh periapahit


"Aku malas nak mengulas perihal serbuan JASI keatas sebuah gereja di PJ tetapi melihatkan betapa hipokritnya puak-puak UMNO ni bila mengulas isu ini maka aku terpangil untuk turut mengulasnya.

Bagi aku, tidak salah seorang pendakwah kristian berdakwah mengenai agamanya kepada sesiapa sahaja. Sejak dahulu lagi kita boleh melihat orang India beragama HINDU memeluk agama krisitian. Cina jual sayur kat pasar pun menganut agama kristian. Begitu juga melayu, ramai yang menganuti agama krisitian.

Dimasa yang sama, banyak juga orang india yang menganut agama Islam dan begitu juga kaum cina dan bahkan ramai juga penganut agama kristian bertukar menganut agama Islam seperti di Amerika dan U.K.

Isu murtad ini bukanlah isu baharu kerana Mufti Perak pernah membangkitkan isu ini tetapi Pak Lah yang menjadi PM ketika itu menganggap isu murtad ini adalah isu kecil. Ketika itu, para pemimpin PAS memberi hujah bahawa walaupun hanya satu kes murtad, ianya merupakan satu isu yang harus ditangani. Inikan pula puluhan ribu seperti yang dikatakan oleh Mufti Perak.

Kesalahan sebenar dalam isu murtad ini adalah terletak ditangan kerajaan memerintah. Kerajaan yang boleh membuat undang-undang (Pusat) dan bukannya kerajaan yang mencadangkan undang-undang dan perlu mendapatkan kelulusan dari kerajaan yang boleh membuat undang-undang (Negeri). Kita lihat contoh, apabila kerajaan Kelantan dan Terangganu (ketika pemerintahan PAS) meluluskan enekmen undang-undang HUDUD yang dibahaskan didalam siding DUN, kerajaan pusat yang menolak enekmen tersebut.

Kalau kita lihat, pada masa kini, isu murtad bukan sahaja berkaitan dengan pertukaran agama sahaja. Pelbagai perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu beragama Islam sendiri menuju kearah murtad. Kita pernah mendengar bahawa terdapat rmasyarakt Islam apabila ditangkap berkhalwat atau tidak berpuasa dan minum arak di Disco mengaku bahawa mereka beragama Kristian. Bukankah secara tidak langsung mereka ini sudah murtad.

Ramai masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini pada masa ini melakukan Dosa-Dosa Besar yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan yang memerintah dan Jabatan Agama yang dipertanggungjawabkan.

Begitu ramai orang Melayu yang kufur sekarang.

Begitu juga yang munafik.

Lagi ramai yang fasik.

Lagi ramai yang syirik.

Ramai yang menjadi pembunuh.

Ramai yang derhaka kepada kedua orang tua.

Begitu banyak yang berzina.

Begitu banyak memakan makanan haram.

Banyak orang suka minum arak.

Banyak juga yang mencuri, merompak dan mengainaya orang.

Aku tidak perlu menerangkan secara terperinci tentang apa yang aku tulis diatas tadi kerana semua orang tahu perkara itu berlaku setiap masa pada masa kini di Negara yang bernama Malaysia ini.

Aku teringat Almarhum Ustaz Ishak Baharom (bekas mufti negeri Selangor) ketika menyampaikan ceramah dikawasan Rantau Negeri Sembilan yang aku hadiri mengakui bahawa beliau dipecat kerana melakukan serbuan dan menahan peserta Melayu di pertandingan ratu cantik yang berpakaian bikini.

Bayangkan seorang Mufti berserta anggota JAIS melaksanakan tugas keatas orang Melayu beragama Islam tetapi akhirnya dipecat. Kerajaan negeri pada masa itu diperintah oleh kerajaan BN. Kenapa tiada NGO-NGO bangang yang bangun untuk mempertahankan tindakan Almarhum dan JAIS ketika itu. Hanya penyokong PAS sahaja yang berjuang untuk mempertahankan tindakan Almarhum. Kenapa ianya tidak dijadikan isu besar…. Ianya kerana kerajaan itu kerajaan UMNO. Maka itulah NGO-NGO seperti pekida dan entah apa-apa lagi NGO tidak berani bersuara. Tidak ada political millage kepada mereka. Inilah tahap hipokritnya puak UMNO ini.

Sikap hipokrit puak-puak UMNO ni sering kita lihat. Apabila membangkitkan sesuatu isu agama, apabila diajak berdebat maka akan diberi pelbagai alas an penolakkan seperti kes fahaman wahabi. Bila diajak berhujah, lari masuk kelambu tetapi bila mengutarakan kes tersebut, gegak gempita seantero Malaysia digegarnya.

Lagi satu yang aku bengang dengan isu JAIS dan GEREJA ini ialah tidak ada langsung pengakuan kesilapan dipihak kerajaan mahupun agensi penguatkuasaan. Seharusnya kerajaan mengaku kesilapan betapa mereka tidak melakukan tugas dengan betul dalam membantu umat Islam. Melihat dari pengakuan mereka-mereka yang menghadiri majlis tersebut, kebanyakkannya hadir atas sifat berterima kasih diatas bantuan yang pihak gereja berikan ketika mereka didalam kesusahan. Ada juga yang mengaku bahawa mereka pernah memohon bantuan dari Baitulmal tetapi ditendang kesana sini dan akhirnya bantuan tetap tidak diperolehi.

Pendakwah kristian tahu bahwa sifat utama orang Melayu adalah sentiasa mengenang budi. Apabila ditolong, budi itu akan sentiasa diingati..tambahan pula pada ketika situasi yang teramat susah. Bayangkan seorang islam akan sentiasa mencuba untuk membayar zakat fitrah pada setiap bulan ramadhan walaupun kadang-kadang untuk makan pun mereka terpaksa mengikat perut. Ratusan ribu dan Jutaan Rinngit yang dikumpul dari pelbagai jenis zakat mampu untuk membantu golongan ini. Tetapi itu tidak berlaku.

Kita pernah mendengar laporan bahawa wang zakat disalahguna oleh pegawai jabatan agama islam. Penipuan di Lembaga Tabung haji dan macam-macam lagi… Tiada pula NGO-NGO yang bangun untuk memperjuangkan isu ini. Ini kerana mereka-mereka ini adalah juak-juak UMNO yang hipokrit.

Ketika aku bertugas di Medan, aku bertemu dengan seorang pemuda Batak Bergama Kristian yang mengahwini seorang wanita Melayu beragama Islam yang telah murtad. Aku bertanyakan kepada pemuda itu kelebihan kristian berbanding Islam yang diperjuangkan oleh beliau sehingga Berjaya mengahwini gadis tersebut. Aku agak terkejut kerana menurut pemuda tersebut, beliau pernah belajar dipondok dan bahkan boleh membaca alquraan dengan lancar untuk mengetahui tentang agama Islam. Tetapi ilmu yang dipelajari itu sebenarnya digunakan untuk menunjukkan kepada orang-orang disekelilingnya bahawa Islam adalah agama yang indah bila dibaca tetapi pelaksanaannya tidak pernah dilakukan. Hukum Hudud adalah hukum yang sempurna tetapi orang islam sendiri yang menolaknya. Banyak perbuatan yang diharamkan oleh agama Islam, orang Islam sendiri yang melakukannya. Jadi apa guna menganuti agama yang penganutnya sendiri tidak menghormatinya. Agama Islam melarang minum arak, orang Islam minum juga. Agama Kristian tidak melarang orang minum arak. Jadi kenapa harus memilih Islam. Agama Islam melarang zina, orang Islam lakukan juga. Agama Kristin tidak melarang. Jadi agak mudah untuk memurtadkan orang yang kurang imannya.

Ketika aku bertugas di London, aku bertemu seorang pemuda kulit putih seusai memnunaikan solat jumaat di masjid Malaysian Hall. Aku bertanya kepada beliau, sejak bila beliau menganut agama Islam. Rupa-rupanya beliau baru satu tahun mneganut agama islam. Aku bertanya lagi bagaimana beliau berminat dan akhirnya menganut agama Islam meninggalkan agama asalnya kristian. Mengikut pemuda itu, beliau sering mendengar khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Efirno (Imam Masjid Malaysian Hall) setiap kali melalui kawasan tersebut pada setiap hari jumaat. Dengan suara yang lunak dan penuh pengisian, beliau seakan ketagih untuk mendengar khutbah dari ustaz Mohd. Efirno walaupun pada permulaan khutbah tidak memahaminya disebabkan ianya bermula dengan bahasa arab, kemudian diikuti dengan bahasa Malaysia dan akhirnya bahasa inggeris yang difahaminya. Walaupun hanya sedikit, yang difahaminya, cara penyampaian serta sifat-sifat Ustaz Mohd. Efirno amat digemari dan disukai oleh beliau. Sejak itu beliau mula mendekati agama Islam dan akhirnya mengganut agama tersebut.

Jadi disini aku nak tegaskan tak payahlah nak mengulas isu JAIS dan Gereja ni kerana apa pun yang malu kita sendiri yang beragama islam. Seperti kata pemuda Batak tadi, orang Islam yang menolak hukum hudud, orang islam yang suka minum arak dan orang islam juga yang suka berzina. Apa yang perlu dilakukan ialah kerajaan perlu mencari jalan untuk menanamkan ilmu pengetahuan agama bagi memantapkan akidah dan takwa umat islam. Kembalikan Islam ketahun-tahun sebelum merdeka dimasa penjajahan British. Dimana ketika itu umat Islam bukan hanya tidak mempedulikan kristian, memandang gereja pun mereka tidak mahu. Kembalikan keutuhan Islam bukannya melalui perkauman kerana pada masa kini orang Islam terdiri dari pelbagai bangsa. Jadilah Ketuanan ISLAM bukannya Ketuanan MELAYU kerana sekarang ini ramai orang MELAYU bukan ISLAM.

Akhir kalam janganlah jadi HIPOKRIT seperti puak-puak UMNO. Menggunakan Islam bila berada diposisi lemah, membuang ISLAM bila diposisi kuat.

Isu murtad PAS pilih Jais atau DAP

Posted: 20 Aug 2011 01:35 AM PDT

Oleh MASHITAH IBRAHIM


Sekali lagi Pas berada di persimpangan, sama ada berpaksi kepada perjuangan 'amal makruf nahi mungkar' atau tunduk saja kepada DAP atas dasar setia kawan dalam pakatan politik untuk memenangi pilihan raya.

Kemelut Pas berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan pemeriksaan di gereja, dipercayai cuba memurtadkan orang Islam minggu lalu, membuka pekung di dada. Rakyat, termasuk penyokong Pas sendiri mahu melihat yang mana menjadi pilihan parti bernama Islam ini.

Andainya Pas memilih dasar perjuangannya mendaulatkan Islam, mereka mesti menyokong tindakan Jais, yang bertindak atas laporan awam dan bahan bukti. Mesti berdiri tegak di belakang Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor, yang mempertahankan tindakan Jais mahu menyelamatkan akidah 12 Muslimin.

Setakat ini, ramai penyokong Pas, NGO dan pertubuhan Islam, menzahirkan sokongan terhadap tindakan Jais. Namun, Pas bersikap dingin dan melahirkan hasrat untuk mendapat maklumat lanjut daripada pihak gereja dan Jais sendiri. Ini sangat bertentangan dengan tarbiah Pas kepada penyokongnya untuk tidak berkompromi dalam soal perjuangan hak Islam.

Kenapa kepimpinan Pas bagaikan burung kasawari membenam kepala di dalam lubang tanah dalam soal ini? Takut menyinggung perasaan penganut Kristian dan DAP? Apakah Pas tidak percaya dengan Hasan atau meragui kesahihan maklumat diperoleh Jais? Apa pula kuasa Pas untuk mengarah sebuah agensi kerajaan negeri untuk beri maklumat kepadanya? Mahukah sebuah gereja Kristian disoal selidik oleh parti Pas?

Lebih teruk, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sudah pun memohon maaf kepada pihak gereja atas tindakan Jais, walaupun belum dapat laporan lengkap kedudukan sebenar. Ini seolah-olah Jais sudah bersalah. Nampaknya Menteri Besar sudah hilang kepercayaan kepada Exco dan jabatan agamanya sendiri. Kini, beliau dilaporkan mahu mendapat nasihat Sultan Selangor pula. Nasihat terbaik untuk Khalid ialah siapa korek lubang, dialah yang timbus.

Ramai ketahui Exco paling berpengaruh di Selangor ialah yang dipegang pemimpin DAP. Selain Hasan, Pas hanya ada dua wakil dalam kerajaan negeri, dianggap lemah dan junior. Sejak 2008, banyak isu berkaitan Islam dan Muslimin yang diperjuangkan Pas ditentukan oleh DAP. Ini termasuk konsert rock terbesar di Shah Alam, penjualan arak dan premis rumah urut, penggajian orang Islam di premis jual arak, serta pembukaan ladang babi terbesar di Malaysia. Exco-Exco DAP bukan Islam ada pengaruh besar ke atas Menteri Besar, melebihi Exco-Exco Pas Islam.

Pas sudah tersepit dengan konsep tahaluf siyasinya kerana mahu terus berdamping dengan DAP bagi memperoleh kuasa, ia menjadi pengecut dan tidak berani lagi mempertahankan prinsip Islam. Sudahlah dasar perjuangannya selama ini – negara Islam, hudud – sudah dibuang, pemimpinnya sendiri dikritik hebat kerana melaksanakan tanggungjawab. Semuanya gara-gara takut kepada DAP.

Saya cuma terbayang, andai Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) juga mendapat laporan sahih berlaku usaha memurtadkan orang Islam di sebuah gereja di Alor Setar, tidakkah Jaik pergi menyiasat? Atau kena tunggu arahan DAP dulu? Jika pemeriksaan dibuat, adakah Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak kena mohon maaf juga?

Hasan kini diarah tutup mulut oleh Menteri Besar. Karpal Singh kata Hasan sudah 'melampaui batas'. Lim Kit Siang tegur Hasan supaya 'ikut garisan' dan jadi 'pemain pasukan'. Pemimpin Pas Selangor juga kritik Hasan. Ada yang tuduh beliau ejen UMNO, cuba sabotaj hubungan Pas-DAP. Hasan kata dia sedia dipecat kesemua jawatan dalam kerajaan mahupun parti. Sebelum ini, beliau sudah dipecat sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor selepas gagal pertahan Naib Presiden dalam muktamar ke-57.

Presiden Pas Datuk Seri Hadi Awang berkata, keputusan selepas Raya Puasa. Andai Hasan dipecat sebagai Exco menjelang Aidiladha nanti, bermakna ada pemimpin Pas Selangor dan DAP yang akan berhari raya awal – dengan Hasan sebagai korban kambing hitamnya.S/Harian

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah

Posted: 20 Aug 2011 01:31 AM PDT

Oleh Pembaca anti murtad

Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk "Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?" Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.

Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa "Murtad" tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?

Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.

Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.

Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk "Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan" di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.

Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.

Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?

Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?

Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.

Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad.

Percayakah Najib mahu jadi PM disokong rakyat

Posted: 20 Aug 2011 01:30 AM PDT

Oleh Haji Abdul Subky Latif

Ketika mengumumkan kerajaan setuju menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen mengenai transformasi pilihan raya, Perdana Menteri Najib menyebut bahawa beliau dan kabinetnya tidak mahu jadi Perdana Menteri dan menteri yang tidak jelas disokong rakyat.

Ia adalah semangat dari amalan demokrasi di mana-mana jua dan bagi siapa jua yang menganut dan mengamalkan demokrasi. Ia bukan sekadar suatu yang Najib saja mahu tetapi itulah yang dituntut oleh semua orang dan semua bangsa dulu, kini dan selama-lamanya.

Negara kita akan jadi aman jika Najib dan sesiapa juga yang jadi Perdana Menteri berfikir dan berpegang dengan apa yang Najib kata itu.

Kata Perdana Menteri itu adalah betul tetapi yang betul itu tidak akan jadi betul jika ia tidak dibuktikan.

Najib mesti membuktikan dulu apa yang diucapkannya itu sebelum orang boleh bercaya dia berpegang kepada kata-katanya itu.

Setakat ini Najib tidak dapat dipercayai bahawa beliau berperang kepada kenyataannya itu.

Bukti dia tidak berpegang pada cakapnya itu dapat dilihat dari kejadian di Perak menjelang dia jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.

Dia mencabul amalan demokrasi seperti yang dikatakannya itu sebaik dia menjadi ketua Umno sementara di Perak menggantikan Tajol Rosli dan selepas menjadi Presiden Umno dia jadi ketua Umno Selangor, diyakini mahu menjadi Selangor seperti yang telah berlaku di Perak.

Di Perak jelas dalam PRU 12 Mac, 2008 Barisan Nasional tidak mendapat sokongan rakyat. Yang memegang kuasa majoriti di Perak ialah Pakatan Rakyat yang masa itu belum diwujudkan.

Sama ada tiga ADUN Pakatan Rakyat yang hilang dan kemudian dijumpai menjadi ADUN Bebas, jadi begitu kerana mainan politik Najib atau mereka secara siuman atau kurang siuman rela lari dari Pakatan Rakyat, terbukti rakyat Perak setahun sebelumnya tidak menyokong BN.

Sekali pun tiga ADUN itu kemudiannya tidak menentang kerajaan BN yang ditegakkan di negeri itu, keputusan rakyat di negeri setahun sebelumnya menolak BN.

Ini demokrasi sebenarnya ada pada rakyat telah membuktikan untuk tempoh lima tahun ialah mereka menolak BN. Ajaran dan amalan demokrasi yang disetujui dunia, sokongan rakyat atas sebuah kerajaan itu ialah selagi tiada pilihan raya baru diadakan.

Kerajaan Perak yang ada sekarang adalah kerajaan yang ditunjuk oleh Istana dan BN pimpinan Najib tetapi ia belum dibuktikan disokong oleh rakyat seperti yang Najib sebut ketika membuat kenyataan dia tidak mahu jadi PM yang tidak disokong rakyat.

Baru setahun rakyat Perak menyatakan tidak menyokong BN secara jelas, Najib menegakkan Menteri Besarnya yang tidak diketahui disokong atau tidak disokong rakyat.

Adakah yang dia tidak mahu hanya jadi Perdana Menteri dan menteri yang tidak disokong secara jelas oleh rakyat, untuk menjadi Menteri tidak mengapa tanpa sokongan jelas rakyat?

Katakanlah ketika tiga ADUN di Perak itu sudah membebaskan dirinya dari kerajaan masa itu, maka dalam keadaan semasa sudah tidak jelas kerajaan pimpinan Nizar itu disokong rakyat, tetapi pada masa itu juga tidak jelas Zamri Abdul Kadir disokong rakyat.

Katakanlah keadaan itu tidak jelas, tetapi Najib menyokong pembentukan kerajaan yang tidak jelas juga. Apabila kes di Perak itu dibawa ke mahkamah, Najib lebih rela menyokong kerajaan yang ditegakkan oleh mahkamah dari kerajaan yang asalnya disokong oleh rakyat secara jelas.

Kemudian dia beralih ke Selangor. Berbagai pergolakan berlaku di Selangor. Adalah dipercaya jika boleh apa yang berlaku di Perak hendak dilakukan juga di Selangor. Mungkin tidak bertujuan begitu, tetapi dari bacaan politik dia boleh dipercayai bertujuan begitu.

Oleh kerana satu ADUN saja di Selangor yang lari dari Pakatan tiadalah dapat gantikan kerajaan yang sah itu dengan satu kerajaan yang tidak disokong secara jelas oleh rakyat.

Najib juga cuba ganggu di Kedah hingga seorang Exconya dari kaum India terpaksa meletak jawatan. Tetapi Pilihan Raya Kecil di Kedah itu dimenangi juga oleh Pakatan Rakyat. Setahun selepas kerajaan di Kedah itu ditegakkan, terbukti rakyat menyokongnya lagi.

Jika kejadian di Kedah dalam masa setahun itu rakyatnya tetap menolak BN, maka kemungkinan rakyat di Perak juga sama masih bersama Pakatan.

Dalam keadaan tiga ADUN di Perak berubah kedudukan, berlaku keadaan yang jelas di sebelah Nizar dan tidak jelas juga di sebelah Zamri. Dalam keadaan semuanya tidak jelas, yang s ewajarnya Najib mesti bersetuju kepada satu pilihan raya baru supaya Perak dapat sebuah kerajaan yang jelas disokong rakyat.

Tetapi Najib memilik untuk menegakkan sebuah kerajaan yang tidak jelas disokong rakyat. Ini berlawanan dengan kenyataannya konon tidak mahu jadi Perdana Menteri yang tidak jelas disokong rakyat.

Justeru itu ada transformasi pada diri Najib sendiri.

Tangkapan Polis : Polis Jangan Hanya Ikut Arahan Umno/Bn!

Posted: 20 Aug 2011 01:28 AM PDT

DETIK DAILY

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengecam tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) berikutan telah membuat tangkapan seramai enam orang pada majlis ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Tapah yang turut disertai Ahli Parlimen Kawasan Sungai Siput, Dr Jeyakumar. Tangkapan tersebut jelas bermotifkan politik dan ianya seperti menerima arahan pihak tertentu sahaja.

Kami kesal dengan tindakan tidak profesional Polis di dalam isu ini seperti hanya menerima arahan daripada Umno / Barisan Nasional (BN) sahaja. Bagi kami dengan melihat kedudukan jenayah yang semangkin meningkat, mengapa perlu Polis bersungguh-sungguh memusuhi pemimpin Pakatan Rakyat (PR). Kita belum pernah dengar bahawa majlis atau ceramah anjuran Umno atau parti Kompenan BN yang lain diganggu polis atau ada pemimpin mereka yang ditangkap.

Pimpinan Pakatan Rakyat sering kali menjadi buruan pihak Polis seperti penjenayah besar dan usaha bagi menangkap akan sentiasa berlaku. Ini membuktikan Negara kita terlalu terkebelakang dari segi demokrasi. Umno / BN seolah-olah bebas menggunakan Polis untuk kepentingan politik bacul mereka.

Kami memohon agar Polis bersikap profesional dan matang di dalam menjaga keselamatan Negara dan rakyat, jangan sampai rakyat menganggap Polis itu Umno dan Umno itu Polis.

MOHD AKMAL KAMARUDIN
Ketua Penerangan,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Undi Pos Tentera :Ketaatan Yang Di Persendakan

Posted: 20 Aug 2011 01:22 AM PDT

Oleh PERWIRA KERDIL

Askar Melayu

Suatu penghinaan sebenarnya bila mana ketaatan dan kesetiaan perajurit dan perwira negara sedang dipersenda oleh pemimpin negara. Manakan tidak, disuatu ketika askar-askar ini dikerah berkawal ke seluruh negara menghalang dan menangkap pendatang asing tetapi kini dengan mudah mereka diberi kerakyatan dan hak memilih (baca 'mesti pilih' calon yang ditunjukkan) pemimpin negara dalam pilihanraya. Malah, hak askar-askar ini dalam pilihanraya (undi pos) tanpa sedar, turut dimanipulasikan demi kemenangan secara penipuan politik kotor mereka.

Cogan kata dan maruah 'Taat Setia' , 'Agi Idup Agi Ngelaban' dan sebagainya kini dicabul demi kelangsungan kuasa politik cela mereka. Panglima-panglima tertinggi sekadar pak turut, mencari nama dan mengobeskan diri bersekongkol mempersenda ketaatan dan kesetiaan askar-askar pimpinan yang hanya mematuhi arahan tanpa soalan. Lupa mereka akan sumpah taat setia yang dilafazkan kepada SPB Yang DiPertuan Agong, 'berjuang dan sanggup berkorban demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara'. Military leadership values tidak lagi menjadi pegangan kepimpinan, maruah diri dicabul hanya untuk menjaga kedudukan dan pangkat.

Askar-askar bawahan menjadi alat meneruskan kuasa yang curang. Pegawai-pegawai pula takut dan kecut mempersoal arahan atasan kerana menjaga kerjaya mencari makan. Jerih payah askar dalam operasi menghambat pendatang asing menjadi cerita jenaka penglipur lara semata. Terleka askar dengan pujian palsu dan secebis imbuhan didendang konon merekalah pahlawan negara sedangkan dilayan tak ubah seperti Jaga atau Pengawal Keselamatan.

Kepada askar-askar satria Negara, nilaikanlah semula perjuangan ini sebenarnya untuk apa. Jangan hanya mengikut perintah membabi buta. Buat pegawai-pegawai perwira Negara, janganlah maruah kepimpinanmu dikorbankan hanya kerana mencari makan. Sesungguhnya rezeki itu ketentuan Ilahi bukan mereka yang menentukan. Di kala kesempatan masih ada dalam Perkhidmatan, jadilah pahlawan negara yang menegakkan kesucian agama, melindungi rakyat dan kedaulatan negara. Jangan kita turut dicemuh sebagai 'hanjing-hanjing penguasa' kerana turut memukul rakyat yang hanya meminta hak mereka.

Menangis hiba roh arwah Lt Adnan Saidi dan banyak lagi melihat pengorbanan mereka kini dikhianati. Di manakah anak muda yang mewarisi kepahlawanan Sjn Kanang anak Langkau kalau pun tak sehebat Zaed ibn Harithah, perwira yang mewarisi keberanian Kapt Zainal Rashid kalau pun tak sehebat Muhammad Al-Fateh dan panglima sewibawa Jen Ghazali Che Mat kalau pun tidak sehebat Salahhudin al-Ayubi. Dan adakah pesara tua sanggup berjuang lagi laksana Umar Mokhtar demi kesucian agama, nasib bangsa dan maruah negara daripada menatang kuasa untuk kelangsungan kuasa dan hayat pemimpin keji.

Sumpah 'Taat Setia' mu dilafaz kepada Panglima Tertinggi iaitu SPB Yang DiPertuan Agong, bukan kepada menteri. Fikirlah sendiri…..

UMNO dah jadi Parti "Musang Berbulu Ayam"?

Posted: 20 Aug 2011 01:20 AM PDT

PASPB

http://www.marhaen.info/images/juara_fitnah.jpg


Sejak PAS isytihar mahu ganti Umno, parti asobiyah Melayu itu tiba-tiba berubah watak menjadi lebih PAS dari PAS. Rentetan isu yang berlaku satu demi satu dalam negara menunjukkan bahawa Umno cuba menonjolkan bahawa mereka adalah parti yang betul-betul memperjuangkan Islam.

PAS mahu menggantikan UMNO sebagai tulang belakang parti kerajaan yang memerintah. Jika selama BN berkuasa UMNO menjadi sandaran serta tempat rujukan orang Melayu/Islam di negara ini maka apabila Pakatan Rakyat berkuasa nanti maka PASlah penaung umat Melayu/Islam.

PAS tidak ingin menggantikan UMNO dari aspek syaksiyyah buruk UMNO; sudah tentu bukan mengambil alih sebagai perasuah dan penyamun kekayaan negara

Umno yang panik dengan pengumuman PAS itu jadi tak keruan kerana jika rakyat meyakini bahawa PAS mampu menggantikan Umno sebagai peneraju kerajaan Pusat dan sebagai tempat mengadu nasib orang Melayu/Islam maka runtuhlah empayar kekuasaan Umno yang dibina separuh abad.

Mutakhir ini Umno sentiasa menunjukkan bahawa mereka sedia berpencak di mana saja dengan pihak yang cuba mencabar kedaulatan Melayu dan maruah Islam. Dalam isu antara Jais dan gereja baru-baru ini, Umno bangkit menjulang keris tumpulnya dengan penuh semangat kepahlawanan... tapi bukannya dihalakan kepada puak missionary Kristian, sebaliknya kepada PAS dan Melayu KeADILan kononnya gagal bertegas dengan puak gereja.

Berhari-hari mereka mengejek PAS kerana gagal mengeluarkan kenyataan paling tegas terhadap pihak gereja. PAS dituduh gagal mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu JAIS-gereja.

Lidah Rasmi UMNO Utusan Malaysia terus menjolok PAS untuk mengeluarkan kenyataan rasmi parti berhubung isu serbuan JAIS terhadap sebuah gereja di Selangor.

Baru-baru ini Timbalan Presiden PAS sudah menyatakan, PAS berpendirian menolak sebarang bentuk penyebaran agama lain di kalangan orang Islam termasuk usaha kristianisasi oleh mana-mana gereja. Kenyataan itu merujuk kepada isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas majlis yang diadakan di Dewan Damansara Utama, Methodist Church

"Ini adalah selari dengan peruntukan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan. Selama ini pendirian PAS adalah konsisten mempertahankan kemurnian aqidah ummat Islam.

"PAS menyerahkan sepenuhnya kepada Jais untuk mengambil langkah pendakwaan ke atas mana-mana pihak sekiranya terbukti berlakunya kejadian tersebut," tegas Mohamad Sabu.

Kenyataan tersebut cukup tegas dan jelas, namun Umno tetap kata PAS tiada pendirian. Tertutup sungguh mata hati Umno.

Di tengah-tengah serangan bertalu-talu terhadap PAS kononnya PAS gagal dalam mempertahankan aqidah Muslim hanya kerana kononnya PAS tidak keluarkan kenyataan rasmi apa-apa, ramai yang tidak sedar rupanya Umno pun sejak bermulanya isu tersebut belum mengeluarkan sepatahpun kenyataan rasmi mengenainya. Najib, Muhyiddin, tiga naib Presiden, ketua Wanita dan Pemuda; tiada seorang pun yang berani mengeluarkan kenyataan rasmi menyanggah pihak gereja. Kenyataan yang banyak dari Umno ialah menyanggah dan memperlekehkan PAS. Seolah-olah Umno terkecuali untuk berbuat sesuatu mempertahankan aqidah Islam, yang pentingnya ialah membelasah pihak lawan bagi meranapkan pengaruh politik mereka. Nawaitu Umno dalam memperjuangkan isu aqidah ini pun sudah tidak betul.

Hakikatnya isu murtad bukan boleh ditangani dengan penguatkuasaan semata-mata. Seseorang itu sudah jatuh murtad sebaik terdetik dalam hati kecil bahawa agama selain Islam adalah benar. Tak perlu masuk gereja, sambil berbaring seorang diri pun seseorang boleh murtad jika dengan redha mengengkari perintah Allah SWT dan pesan Nabi Muhammad SAW.

Maknanya pemahaman dan pemantapan aqidah perlu di peringkat paling asas. Peringkat pra sekolah. Sebab itu PAS menubuhkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh negara yang mengajar mengenal Allah dan Islam sebagai asas. Tapi PASTI tak disenangi oleh Umno. Berkali-kali cuba diharamkan. Berkat solat hajat dan doa penyokong perjuangan Islam PASTI tetap bertahan. Alasan mereka untuk mengharamkan PASTI hanya berasaskan prasangka jahat Dr. Mahathir kononnya PASTI menyuruh pelajarnya memijak gambar pemimpin UMNO. Fitnah yang sungguh jahat.

UMNO tidak pernah ada pusat asuhan pra sekolah. Yang ada ialah tadika KEMAS milik kerajaan yang mengajar segalanya. Doa dan solat diajar. Menyanyi dan menari pun ada juga diajar.

Bila besar boleh jadi artis. Orang yang didedahkan dengan dunia hedonisme begini sejak kecil, lebih mudah untuk terpesong apabila dewasa. Ditambah lagi dengan hiburan tanpa batas melalui peti televisyen saban waktu, di setiap rumah.

Semua elemen yang dibenar dan digalakkan kerajaan BN ini adalah jurutarbiyah terbesar yang menyesatkan umat Islam di negara ini. Mereka yang lemah iman inilah yang mudah terjebak dengan kesesatan.

Mereka cenderung untuk murtad bukan kerana miskin harta tapi fakir iman. Siapa berperanan besar dalam meyumbang kepada keruntuhan aqidah ini? Jawabnya ialah kerajaan BN!

Sekarang satu Malaysia heboh isu murtad kerana ada orang dijinakkan dengan agama Kristian. Itu jugalah jenis murtad yang Umno cuba juarai sekarang ini.

Berpuluh tahun PAS berkonfrontasi dengan Umno berpunca dari isu batas-batas iman dan kufur. Apabila PAS mahu melaksanakan hukum hudud, Umno menyanggah dengan pelbagai penghinaan dan ejekan.

Dalam perhimpunan Umno, dalam parlimen hukum Allah itu menjadi bahan persendaan oleh Umno. Mempersenda hukum Allah jelas menjatuhkan seseorang kepada murtad.

Bukan sekali, malah berkali-kali para pemimpin Umno persendakan hudud. Cuma masa itu Perkasa dan NGO talibarut Umno belum wujud untuk menghantar mangkuk jamban ke pejabat Umno kerana telah mengajar ramai umat Islam negara ini jadi murtad.

Ini adalah jenis murtad di mana orang Islam tidak perlu masuk Kristian. Siapa pelopornya?.. BN!

Sekarang UMNO cuba muncul sebagai juara anti murtad di Selangor, juara anti judi di Pulau Pinang dan juara anti pusat hiburan di Kedah; maka ia tidak lebih dari lakonan opera wayang tongkoi.

Ia tidak 'menjadi', sebab orang kenal benar Umno berwatak musang. Jangan cuba nak memakai bulu ayam sampai menutup seluruh badan sekalipun, kerana musang tetap musang. Oleh: Mr Zulya - Sedaka Sejahtera

(Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja

Posted: 20 Aug 2011 01:01 AM PDT

Staff Berita Semasa

sophia murtad (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja

Tempohari, kami telah menyiarkan sedutan video mengenai serbuan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ke atas gereja.Dan pada hari ini, kami menyiarkan pula laporan penuh JAIS berhubung insiden tersebut.

LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA

1. PENDAHALUAN

Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan "THanksgivng DInner" sepertimana alamat di atas.

2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.

2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.

2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.

3. PELAKSANAAN OPERASI

3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.

3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.

3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.

3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda namaDream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.

3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.

3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya "Sofea" dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.

3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.

3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang "tetamunya" cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.

3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.

3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu – Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.

tentatif jais gereja (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja

3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.

kuiz islam gereja (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja

3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.

3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).

isu murtad malaysia (Eksklusif) Laporan Penuh Jais Berhubung Serbuan Gereja

3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):

i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)
iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246

3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.

4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.

4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.

4.3 Walaupun majlis itu adalah "Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:

4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.

4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.

4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.

4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).

4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)

4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.

4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.

5. PENAFIAN

5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.

5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.

5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.

6. PENUTUP

Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.

Disediakan oleh:

Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor

Tarikh: 4 Ogos 2011

Video mengenai serbuan,telah kami paparkan dan kali ini laporan mengenai isu serbuan ini telahpun diperjelaskan oleh pihak JAIS.Apa pula pandangan anda mengenai laporan JAIS ini?

Lima Polis Didakwa Rompak Warga Bangladesh

Posted: 20 Aug 2011 12:52 AM PDT

TVS NEWS


KUALA LUMPUR : Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan terhadap 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu.

Mohd Afizi Mohd Nasir, 27, Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21, Azrin Adha Abdullah, 25, Mohd Faiz Muhammad, 25, dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di Kuala Lumpur pada 12.01 pagi.

Kelima-lima anggota polis terbabit bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan semua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya semua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya dipetik Bernama Online.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan semua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan.

Semua tertuduh membayar wang jaminan itu.

Pemuda PAS Sambut Baik Langkah Sinar Jejak Pemilih

Posted: 20 Aug 2011 12:50 AM PDT

Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad


SHAH ALAM : Akhbar Sinar Harian hari ini mengambil langkah proaktif dan tepat dengan membuktikan bahawa enam individu yang didakwa Pemuda PAS sebelum ini, tidak terlibat dalam senarai bertindih daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda Pas, Suhaizan Kaiyat berkata dakwaan bersabit daftar pemilih bertindih itu adalah hasil proses semak dan imbang yang dijalankan oleh pihak Pemuda Pas.

Justeru, pihaknya menyambut baik langkah Sinar menjejak dan mengesan individu yang disyakki namanya didaftar sebanyak dua kali dalam senarai daftar pemilih SPR.

" Jadi kalau benar apa yang diperkatakan, saya ucapkan tahniahlah kepada Sinar yang membuat usaha yang baik , untuk menjejaki mereka. Yang kedua saya mengucap terima kasih kepada keenam-enam individu ini yang telah telah tampil kehadapan memberikan maklumat yang sebenar," katanya.

Akhbar Sinar Harian hari ini menampilkan enam individu berbeza yang mempunyai nama sama bagi mencari kebenaran bersabit dakwaan PAS sebelum ini.
Nama- nama yang mempunyai persamaan itu ialah Azhar bin Ahmad, Besah binti Mat dan Mansor bin Ahmad.
"Kepada kita inilah proses semak dan imbang. Bila Timbalan Pengerusi SPR sebut bahawa adanya kad pengenalan klon dan Dewan Pemuda berusaha keluarkan data-data ini.
"Maknanya data ini bagi kita untuk mengesan nama- nama umum ni yang biasa kita dengar nama-nama macam Ahra bin Ahmad ni selesai. Jadi dah ada enam orang, bermakna selesailah tahap satu ini," katanya.
Menurut Suhaizan, Pemuda PAS tidak akan menghentikan usahanya melakukan proses semak dan imbang senarai nama pemilih dan akan mendedahkan beberapa lagi nama pemilih berdaftar yang mencurigakan.

"Jadi sekarang ni Dewan Pemuda akan keluarkan satu daftar yang nama- namanya yang pelik. Contohnya Jumaiyah bt Alus, Sainam bin Tukisan, Katimah Katni dan pengundi pos seperti Nisam Banu, Lanudin bin Ngah Mat Nasir. Kita nak semuanya tampilkan diri, benar atau tdak," jelas Suhaizan.
Menurut Suhaizan, usaha semak dan imbang yang dilakukan Pemuda PAS itu terbukti berhasil apabila terdapat sejumlah nama yang dipertikaikan telah di keluarkan oleh SPR dari senarai daftar pemilih.
"Dan kita telah kenal pasti apabila kita keluarkan maklumat-maklumat yang ada ni kita dapati bahawa data yang asalnya kita ada itu bila kita semak semula data itu dah tak ada dah Sebahagian data tu dah tak ada sekarang.
"Maknanya SPR telah membuat semakan dan membatalkan beberapa nama yang seiras dengan kes pertama tadi, kes Azhar bin Ahmad, Misbah binti Mat dan Mansor bin Ahmad," katanya.

Panglima ATM Tak Perlu Jawab, Kami Tunggu Jawapan SPR-Suhaizan Kaiat

Posted: 20 Aug 2011 12:48 AM PDT

Ditulis oleh Fauzan Uda Ahmad


SHAH ALAM : Tindakan Panglima Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mencampuri urusan politik apabila tampil menjawab pengakuan bekas anggota tentera yang terlibat dalam memangkah ribuan kertas undi pos, diselar Pemuda PAS.

Pengarah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat yang terlibat secara langsung mendedahkan aktiviti berkenaan berkata, pihak yang harus menjawab pendedahan itu ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukannya Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malah katanya, tindakan Zulkifeli menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh lima bekas anggotanya juga "tidak boleh berlaku".

Hal ini kerana, ATM katanya haruslah apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

" Kita nak maklum balas daripada pihak SPR sendiri macam mana ianya boleh berlaku.. Dan kita harapkan, panglima ini tidak campur dalam urusan politik kerana anggota tentera memang sepatutnya tidak terlibat dalam hal-hal politik dan kita mahu benda ni berterusan sampai bila-bila,"katanya kepada Tv Selangor.

Menurut Suhaizan, PAS hanya mahukan penjelasan daripada badan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengendalikan proses pilihan raya dan bukannya campur tangan pihak yang tidak terlibat.

SPR sehingga kini masih belum menjawab mengenai pendedahan pemuda PAS berhubung pegawai ATM yang diarah memangkah ribuan kertas undi pos.

Baru-baru ini lima bekas anggota tentera mengaku diarah oleh pegawai atasan mereka untuk menjalankan kerja-kerja memangkah kertas undi pos bagi pihak orang lain dalam satu sidang media anjuran PAS.

Mereka adalah Abu bin Kasim, Mejar Bersara Rizman Mansor, Komando Mohd Kamil Osman, Mohd Nasir Ahmad dan Kamaruzzaman Ibrahim.

" Lima individu ini telah mengaku dengan penuh insaf dan mahu membongkar perkara-perkara yang mereka telah lakukan semasa dulu. Mereka rasa mereka bersalah lakukan tersebut dan mereka sekarang ini mahu menyatakan bahawa undi pos ini memang terbuka kepada ruang manipulasi," kata Suhaizan lagi.

Sementara itu dalam portal Malaysiakini semalam, pakar Perlembagaan dan pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Zulkifeli berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Menurut Aziz, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah '"memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana beliau sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

Kes simbah asid: Polis temu bual semula Rafie

Posted: 20 Aug 2011 12:45 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

Mohd Rafie Abdul Latiff bersama anggota keluarganya ketika ditemui di HKL semalam.
KUALA LUMPUR — Polis sedang mengumpul maklumat terperinci termasuk menemu bual semula mangsa simbah asid di Jalan Raja Laut di sini awal bulan ini, Mohd Rafie Abdul Latiff, 27.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis juga akan meneliti semula laluan mangsa sehingga ke tempat kejadian bagi mengesan kemungkinan terdapat saksi-saksi yang boleh membantu siasatan kes itu.

"Polis juga masih menunggu hasil analisis forensik mengenai jenis asid yang digunakan oleh suspek sehingga menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Sehingga kini pihak polis masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian ini," katanya dalam laman sosial Facebook dipetik Bernama Online.

Mangsa yang bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya disimbah pada 8 Ogos lepas oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya semasa sedang berada di dalam kereta berhampiran tandas awam berdekatan Wisma Bumi Raya, Jalan Raja Laut.

Lelaki yang tidak dikenali itu telah membuka pintu kereta mangsa dan menyimbah mangsa dengan asid yang menyebabkan kulit muka mangsa melecur, sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta bersama dua lagi lelaki.

Sehubungan itu, Mohmad Salleh berkata kerjasama peniaga-peniaga yang menjalankan aktiviti penjualan asid diperlukan bagi membantu menyalurkan maklumat sekiranya mereka ada mengesan penjualan asid terhadap lelaki berumur antara 25 ke 30 tahun dalam tempoh sebelum 8 Ogos.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya tidak berhasrat untuk mengemukakan cadangan kepada kerajaan mengenai larangan penjualan asid walaupun terdapat beberapa kes kebelakangan ini membabitkan penggunaan cecair itu sebagai senjata dalam melakukan kegiatan jenayah.

Khalid berkata ia sukar untuk dilaksanakan kerana asid merupakan cecair yang digunakan oleh orang ramai untuk pelbagai perkara.

"Mustahil untuk kita larang (penjualan) kerana benda tu (asid) digunakan tiap-tiap hari ... macam cili api yang pernah digunakan penjenayah untuk menyamun waktu dahulu takkan nak larang penjualan serbuk cili," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Balik Kampung sempena Aidilfitri anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia di pusat beli-belah Sunway Pyramid.

Katanya polis akan mengenakan tindakan berganda kepada penyimbah asid di bawah ordinan kerana mencederakan orang dan akan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan 326 Kanun yang sama.

Ketika ditanya mengenai jumlah laporan berhubung simbahan asid, beliau memberitahu di Lembah Klang terdapat lebih 20 laporan namun cecair itu bukan asid tetapi bahan pencuci lantai yang telah dicampur dengan bahan lain.

Ditanya adakah kes simbah asid merupakan trend jenayah masa kini, beliau berkata perkara tersebut tidak benar kerana sejak dahulu sudah wujud kegiatan jenayah menggunakan asid sebagai senjata.

Fama diminta import jika bekalan tempatan tak cukup

Posted: 20 Aug 2011 12:43 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

SIK — Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah meminta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) supaya mengimport barang-barang keperluan untuk Aidilfitri jika bekalannya didapati tidak mencukupi.

Timbalan Menterinya Datuk Mohd Johari Baharom berkata langkah itu bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi dan harganya tidak naik.

"Seperti kelapa, Fama import sendiri tiga juta biji kelapa tambahan untuk hari raya ini. Kalau tak cukup import lagi. Ia akan dilakukan sepanjang masa bagi memastikan bekalan barang keperluan cukup dan harga tak naik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama anggota dan pegawai 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Markas Taktikal, Kem Gubir dekat sini malam tadi.

Dipetik Bernama Online, Johari berkata kementerian telah mengambil langkah-langka untuk memastikan bekalan barangan hari raya mencukupi dan orang ramai boleh mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

"Semalam telah diadakan perbincangan dengan Persatuan Penanam Sayur. Mereka beri jaminan sayur cukup," katanya.

Beliau berkata orang ramai juga boleh mendapatkan barang keperluan daripada Pasar Tani Ramadan dan Pasar Tani PraAidilfitri iaitu pasar tani khas yang diadakan seminggu sebelum raya yang menyediakan barangan keperluan raya pada harga lebih murah.

"Harga barang di pasar tani khas itu 10-30 peratus lebih murah daripada tempat lain. Bekalan ayam cukup, harga di ladang sekarang ditetapkan RM5.20 sekilogram dan kita cuba usaha turunkan lagi ... begitu juga daging, cukup," katanya.

Sementara itu, Johari meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan harga barangan yang murah dari Thailand kerana ia mungkin diseludup dan tidak melalui proses pemeriksaan yang sepatutnya.

"Sebagai contoh lembu-lembu yang masuk ke negara ini perlu dikuarantin ... lembu-lembu seludup mungkin ada penyakit ... lembu-lembu yang dibawa dari Australia pun ada yang berpenyakit.

"Kita kena ambil berat tentang keselamatan makanan. Lembu seludup tak jamin keselamatan dan boleh menyebabkan penyakit," katanya.

Panel Parlimen: Pendirian terbaru Najib, Pakatan sangsi inisiatif Putrajaya

Posted: 20 Aug 2011 12:41 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR — Pakatan Rakyat mula sangsi dengan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan pusat diterajui Datuk Seri Najib Razak dalam membawa penambahbaikan sistem pilihan raya ekoran kenyataan semalam bahawa pilihan raya umum boleh diadakan bila-bila masa meskipun jawatankuasa pilihan khas bersidang.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) merupakan salah seorang pemimpin yang terkilan dengan kenyataan Perdana Menteri semalam.

Katanya, "sejauhmana kesungguhan Barisan Nasional untuk penambahbaikan pilihan raya jika kenyataan yang tidak berapa cerdik ini dikeluarkan?"

Petang semalam, Najib berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

"Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Sementara mandat semasa Parlimen akan berakhir April 2013, sesetengah pihak berpandangan bahawa jawatankuasa itu memerlukan tempoh satu tahun untuk menyiapkan laporannya

Turut melahirkan pendirian yang sama ialah Timbalan Presiden DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw yang meminta Najib menjelaskan sebab Kabinetnya mengesyorkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas pada sesi Parlimen Oktober ini jika beliau berhasrat mahu memanggil pilihan raya umum bila-bila masa.

"Rakyat Malaysia tertanya-tanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri apabila beliau mengatakan kerajaan akan berusaha untuk melaksanakan syor-syor dikemukakan oleh jawatankuasa sebelum pilihan raya.

"Sebaik sahaja jawatankuasa itu diluluskan oleh Parlimen pada sesi Oktober ini, ia akan mengambil masa, kemungkinan enam bulan atau lebih sebelum ia boleh memberi syor-syor dan undang-undang pilihan raya dipinda dan dilaksanakan," kata Dr Tan yang juga Ahli Parlimen Kepong.

Oleh itu soal beliau, jika Najib mengisytiharkan pilihan raya umum awal bagaimana syor-syor jawatankuasa pilihan khas ini boleh dilaksanakan.

"Menterinya (Datuk Seri) Nazri Aziz bercakap mengenai meminda undang-undang pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang. Kini, beliau bercakap yang ini tidak terikat dengan kerja-kerja yang akan dibuat oleh jawatankuasa (pilihan khas)," kata wakil rakyat veteran ini.

Rabu lalu, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata jawatankuasa khas ini akan dianggotai oleh sembilan orang dengan pengerusinya merupakan seorang menteri.

Sambil berkata rakyat Malaysia tertanya-tanya apa hendak dibuat oleh Perdana Menteri dengan membentuk jawatankuasa pilihan khas, Dr Tan menambah: "Adakah beliau (Najib) benar-benar iklhas?"

Dr Tan juga berkata pada hari yang sama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula mengumumkan pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan kepimpinan Bersih 2.0, yang telah mengemukakan lapan tuntutan pilihan raya.

Bersih 2.0 telah mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai lalu kerana tujuan menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

"Kerajaan telah mengambil tindakan ke atasnya. Mengapa Najib mahu mengadakan jawatankuasa pilihan khas sedangkan ia mahu mengadakan pilihan raya umum bila-bila masa," katanya lagi.

Jangan panggil PRU-13 selagi tiada pembaharuan, Bersih gesa Najib

Posted: 20 Aug 2011 12:39 AM PDT

TERKINI

KUALA LUMPUR— Bersih 2.0 menggesa pilihan raya umum ke-13 tidak wajar diadakan selagi syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan sistem pilihan raya tidak dilaksanakan sepenuhnya.

"Bersih 2.0 dengan keras mengulangi tuntutannya bahawa kerajaan tidak harus mengadakan mana-mana pilihan raya sehingga dan melainkan syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan pembaharuan segera dilaksanakan," kata gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan ini dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, Bersih 2.0 juga berkata, pihaknya kekal dengan pendirian bahawa sebuah suruhanjaya diraja harus ditubuhkan bagi mengkaji pembaharuan pilihan raya, meliputi isu-isu lebih besar dan demokrasi antaranya sistem daftar pengundi, kajian semula undang-undang pilihan raya dan keanggotaan dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Tidak harus ada pilihan raya sehingga jawatankuasa pilihan khas ditubuhkan dan syor-syornya dilaksanakan untuk membetulkan kesemua kepincangan sistem pilihan raya," katanya.

Sehubungan itu kata Bersih2.0, pihaknya juga kecewa dengan kebongkahan "menteri-menteri kita" dalam membinbcangkan terma rujukan dan komposisi keahlian jawatankuasa pilihan khas yang akan dibentuk Oktober ini.

"Kami mahu mengingatkan pemimpin-pemimpin negara bahawa sebagai wakil yang dilantik oleh rakyat Malaysia, mereka mesti dengan rendah diri mendengar suara rakyat dan bertindak mengikut kehendak rakyat," katanya.

"Pilihan raya yang bersih, bebas dan adil adalah asas kepada sebuah negara demokrasi," kata Bersih 2.0 sambil menambah, apabila sistem sedia ada dipertikaikan satu siasatan mesti dilancarkan dan usaha secukupnya perlu dilaksanakan untuk memperbaikinya.

"Oleh itu, adalah penting pembentukan jawatankuasa pilihan khas yang disyorkan mesti distruktur sedemikian rupa agar dapat memastikan standard sistem pilihan raya yang tinggi," katanya.

Antara lain Bersih 2.0 mengesyorkan lagi agar jawatankuasa pilihan khas melihat aspek:
- ia diketuai oleh wakil pembangkang sebagai pengerusi;
- perlu menyertakan bersama pakar-pakar sebagai sumber pokok perbincangan;
- perlu mengamalkan ketelusan yang cukup tinggi dalam melaksanakan fungsinya;
- perlu mengadakan siasatan awam di seluruh Negara;
- perlu dibenarkan mengadakan perbincangan ketika sidang Parlimen berlangsung.

Petang semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

"Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Koh: Pulau Pinang berjaya kerana BN, tak adil kredit diambil Pakatan

Posted: 20 Aug 2011 12:37 AM PDT


KUALA LUMPUR — Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan kejayaan ekonomi Pulau Pinang sekarang seharusnya diatribut kepada pentadbirannya sehingga Mac 2008 sambil mendakwa Ketua Menteri Pakatan Rakyat Lim Guan Eng secara tidak adil menerima kredit yang seharusnya disalurkan kepada Barisan Nasional (BN).

Koh (gambar), Ketua Menteri Pulau Pinang dari 1990 hingga Mac 2008 membidas, "asas kukuh" pelbagai projek pembangunan yang disusun oleh pentadbirannya diserahkan kepada Lim, yang kemudiannya menggunakan media untuk mendakwa kejayaan adalah kerana kebolehan beliau.

"Untuk berlaku adil, kita kena atribut kerja keras oleh banyak pihak dan dipandu oleh kerajaan negeri BN di bawah kepimpinan saya ketika itu.

"Kerja keras yang kami lakukan selama 12 tahun, ketika Lim Guan Eng mengambil alih pembangunan, projek-projek itu sudah pun berada di tahap maju," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

"Kami menjalankan kerja-kerja keras. Saya boleh kata, kesemuanya. Tetapi, apa sahaja yang baik bagi Pulau Pinang, kita gembira dengan perkembangan itu.

"Tetapi beliau mahu mengambil kredit berkaitan (perkara) itu, ia adalah tidak adil," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.

Menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (Mida), Pulau Pinang berada di kedudukan teratas dari segi kemasukan pelaburan dalam projek-projek pengeluaran, menarik RM12.24 bilion, lima kali ganda berbanding RM2.17 bilion pada 2009.

Perangkaan Mida juga menunjukkan Pulau Pinang berada di kedudukan kedua selepas Selangor sehingga Mei 2011, menerima RM4.49 bilion dalam bentuk projek pengeluaran yang diluluskan, selepas Selangor yang memperoleh RM4.47 bilion.

Koh yang juga Presiden Gerakan berkata, perbandingan yang dibuat antara pentadbiran Lim dan beliau adalah tidak adil kerana pelaburan dan pembangunan tidak berlaku dalam semalaman dan ia merupakan kesan "akumulatif."

"Satu contoh perdana ialah Pulau Pinang disenaraikan sebagai kawasan Warisan Dunia ... pentadbirannya saya cuba sejak 1996.
"Kami berharap untuk mendapatkan penyenaraian pada 2006 atau 2007 (tetapi) ia sangat mencabar disebabkan permohonan penyenaraian bersama dengan Melaka. Penyenaraian Unesco diluluskan pada Julai 2008, hanya empat bulan selepas Lim Guan Eng mengambil alih," kata Koh.

Perkara yang sama, kata Koh, terpakai dalam soal berkaitan dengan pelaburan kerana ia akan mengambil masa untuk memutuskan sama ada mahu melabur di Pulau Pinang ataupun sebaliknya dan tertakluk kepada perundingan dengan Mida.

"Sehingga kini beberapa pelaburan yang diluluskan oleh Mida atau diumumkan oleh pelabur adalah kerja yang dilakukan oleh kami selama lima tahun.

"Malah, kebanyakan pelaburan semula telah dipromosikan ketika era (Tun Lim) Chong Eu, khususnya ketika 18 tahun saya menjadi Ketua Menteri," kata Koh lagi.
Koh juga berkata, pengumuman Lim mengenai simpanan negeri mencecah RM1 bilion tahun bukan sesuatu yang hebat.

Sebaliknya kata Koh, Lim telah gagal untuk memaklumkan bahawa ketika Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang pada 2008, simpanan negeri itu sudah pun mencapai RM850 juta.

Dakwa Koh, pengumuman Lim itu seolah-olah menunjukkan bahawa BN meninggalkan negeri itu dengan sifar simpanan dan ia satu andaian yang mengelirukan orang ramai.

Sejak beberapa hari lalu Koh berhadapan dengan tekanan agar melepaskan jawatan presiden Gerakan jika BN mahu merampas balik Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Beliau dilihat sebagai pemimpin yang tidak boleh membuat keputusan tegas dan simbol kepimpinan BN yang telah ditolak oleh pengundi pada Mac 2008.

Pemuda PAS edar sampul duit raya Bersih

Posted: 20 Aug 2011 12:36 AM PDT

Harakahdaily

RAWANG: Kempen untuk mendapatkan pilihanraya yang bersih dan adil dijangka semakin bersemarak di hari raya Aidil Fitri ini dengan pelbagai pendekatan.

Pemuda PAS Gombak misalnya mencetak dan menjual sampul duit raya Bersih. Ia memaparkan lapan tuntutan Bersih di belakang sampul itu.

Dua malam lalu, hampir 1,000 sampul itu dijual oleh Yang Dipertua PAS Gombak Ustaz Salahudin Nasir.

"Malam ini saya bawa 300 je, harap semuanya habis malam ini. 3 bungkus RM10 je," kata Salahudin ketika memberikan tazkirah di sebuah surau dekat sini.

Bagi beliau, masih ramai yang tidak tahu lagi apa tuntutan Bersih. Oleh itu, dengan menggunakan kad ini bermakna tuntutan ini diberitahu kepada lebih ramai orang, katanya.

Malam kelmarin, Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Bahrom mengajak semua jamaah surau itu agar memakai baju kuning untuk hari raya tahun ini.

Beliau juga mencadangkan agar kuih muih dibuat dengan warna kuning "dan jangan lupa kita buat juga pulut kuning,"
kata beliau.

Dengan cara ini, kata beliau ia akan mengingatkan semua orang tuntutan Bersih agar pilihan raya di negara ini dijalankan dengan bersih dan adil.

Sejak kebelakangan ini, pelbagai masalah berkaitan dengan daftar pemilih dan penyelewengan sistem pilihan raya didedahkan kepada media.

Baru-baru ini empat bekas tentera mendedahkan mereka diarahkan membuang undi bagi pihak anggota tentera yang lain.

Ekoran itu, panglima angkatan tentera menyifatkan mereka melanggar etika tentera dan boleh disifatkan sebagai pembelot.

Namun kenyataan ini dibantah oleh pelbagai pihak termasuk Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media bekas tentera itu.

Jika p'raya telus, sudah lama BN pembangkang

Posted: 20 Aug 2011 12:35 AM PDT

Fakhri Ali


BUTTERWORTH: Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar) ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam.

Menurut beliau lagi, dalam pembentukan jawatankuasa tersebut sudah melihat adanya kepincangan, jadi bagaimana untuk mengharapkan suatu keadilan tercapai secara telus.

"Mereka ingin bentuk jawatankuasa yang didominasi oleh mereka. Majoriti kuasa ada pada mereka. Suara juga banyak pada mereka. BN ada lima anggota dan PR hanya tiga. NGO yang dicadangkan juga tidak relevan pada mereka.

"Pembentukan (jawatankuasa) ini tidak akan membawa apa-apa erti sekiranya pada awal-awal lagi sudah adanya unsur-unsur tidak telus dalam menangani masalah pilihan raya yang tidak adil dan telus dalam negara.

"Selagi SPR diperkudakan oleh Umno dan BN, saya yakin, selagi itulah masalah yang sekian lama dipertikaikan seperti pengundi pos, pengundi hantu dan terkini isu pemilikan Mykad oleh warga asing sebagai pemilih sah," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, Umno dan BN tidak akan berani untuk menghadapi pilihan raya secara telus dan adil.

Malah katanya, sekiranya pilihan raya dilaksanakan secara telus BN sudah lama menjadi pembangkang dalam politik negara apabila rakyat menolak mereka melalui keputusan pilihan raya yang bersih.

"Namun begitu, adalah sukar untuk merealisasikan pembersihan ini wujud, selagi SPR tidak melepaskan diri mereka dari belenggu parti pemerintah, " tambahnya lagi.

Tiada ulasan: