Biaqpila |
- Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak Dengar Keputusan PSC
- Wanita dakwa dicabul 11 polis
- Sidang DUN Perak Seperti Main-Main
Tak Ada Makna Umum Laksana Reformasi Kalau Tidak Dengar Keputusan PSC Posted: 20 Aug 2011 03:00 PM PDT SHAH ALAM 20 OGOS : Jangan hanya seperti melepaskan batuk di tangga. Itu ingatan ahli parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersabit pengumumannya bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada bila-bila masa pun. Najib sebelum ini dilihat mahu melaksanakan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya dengan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya pada Oktober ini setelah kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipersoal. Namun belum pun reda pertikaian rakyat tentang isu daftar pemilih yang bercelaru dan pengakuan lima bekas anggota tentera yang disuruh memangkah ribuan kertas undi pos, Najib sebaliknya berkata, pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak terikat terhadap PSC yang ditubuhkan. "Kalau dia (Najib) mahu tengok satu perjalanan yang lebih bersih dan adil maka dia kena tunggulah apa-apa saranan daripada jawatankuasa parlimen ini dan melaksanakan (keputusan) supaya semua pihak berpuas hati tetapi sekadar nak tubuh, lepas itu nak buat pilihan raya lebih awal jadi tak ada maknalah (ia ditubuhkan). "Kita bercakap mengenai satu perubahan cara pilihan raya yang rata-rata pemimpin BN bercakap tak perlu, semua (kata) sudah ok. Jadi kalau kita menyerahkan majoriti jawatankuasa kepada orang yang tak berminat dengan satu perubahan yang positif kepada perjalanan pilihan raya, kita tak nampak jawatankuasa pilihan raya ini akan berjaya (tapi) dimanipulasi dan tidak ada apa yang signifikan yang akan dilakukan pada pilihan raya akan datang,"jelasnya kepada Tv Selangor. Menurut Najib, pilihan raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak perlu terikat dengan keputusan yang dibuat oleh PSC mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya negara. Perdana menteri berkata, kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan dengan cepat di samping masa yang singkat. "Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' semalam. Namun menurut Hatta, reformasi pilihan raya memerlukan kesungguhan dan iltizam yang tinggi dan bukanlah sekadar penubuhan jawatankuasa yang kemudiannya tidak didengari keputusannya pada pilihan raya umum ke-13. Oleh itu katanya, Pakatan Rakyat tidak akan berhenti daripada terus mempertahankan syarat-syarat yang dikemukakan sebelum ini dan akan membuat keputusan sama ada akan menyertai jawatankuasa itu atau tidak. "Kita akan memperjuangkan dan berhujah, biar rakyat sendiri meneliti betapa seriusnya kita (Pakatan Rakyat), betapa seriusnya mereka (Barisan Nasional). "(Tetapi) sama ada kita menerima untuk menyertai jawatankuasa ini kita akan tengok macam mana perkembangan selanjutnya apabila kita membuat desakan-desakan ini,"katanya lagi. Najib semalam memberitahu, adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat meletakkan wakil mereka untuk mengetuai jawatankuasa itu seperti yang dinyatakan sebelum ini. Katanya, individu yang akan dilantik mengetuai jawatankuasa itu tentunya dari parti majoriti di parlimen. Malah ujarnya, pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti. tvs KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Posted: 20 Aug 2011 04:46 AM PDT Seorang pengurus akaun Wong Bee Fong mendakwa selepas tujuh tahun dicabul oleh 11 anggota polis, beliau sehingga kini masih menunggu tindakan terhadap kumpulan itu. Bahkan, tambahnya, polis gagal memberi jawapan sama ada kertas siasatan dibuka selepas dia membuat laporan polis berhubung pengalaman pahit yang meninggalkan trauma hinggga ke hari ini. Dalam sidang media bersama peguamnya hari ini, Wong, 39 mendakwa, polis sebaliknya menyiasatnya atas dakwaan menghalang polis menjalankan tugasnya. Wong mendakwa, mimpi ngerinya bermula pada jam 1.55 pagi apabila kereta yang dipandunya ditahan dalam sekatan jalan raya dekat Taman Connaught pada tahun 2004 kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk. "Saya minta lesen memandu saya kembali dan saman yang akan dikeluarkan tetapi pegawai itu, Johari Ismail, nombor lencana 88147, enggan memulangkan dan sebalinya meminta rasuah RM3,000. "Saya menolaknya dan beliau biarkan saya menunggu kira-kira 15 minit. Saya curiga ada sesuatu yang tidak kena jadi saya memandu ke arah balai polis Batu 9, Cheras," katanya. Tetapi, dakwanya, sebelum sampai ke destinasi, sebuah Proton Saga mengejar dan memaksanya membelok ke bangunan PGA di Batu 9. Sementara itu Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Wahab ketika dihubungi Malaysiakini berkata beliau akan berjumpa dengan Wong untuk cuba menyelesaikan masalah itu. Abdul Rahshid berharap Wong dapat menghubunginya segera kerana beliau memerlukan lebih makluma. Insiden itu berlaku sebelum Abdul Rashid menjawat jawatan itu. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Sidang DUN Perak Seperti Main-Main Posted: 19 Aug 2011 06:00 PM PDT Kerajaan Barisan Nasional telah menghina dan mempersendakan sidang Dewan Undangan Negeri Perak semalam dengan hanya memperuntukkan dua jam sahaja untuk bersidang . Timbalan Pengerusi DAP Perak V. Sivakumar berkata ia adalah satu sejarah yang memalukan di negeri itu kerana niatnya sekadar memenuhi syarat birokrasi, iaitu perlu diadakan sidang dalam tempoh enam bulan. "Dalam ucapan Yang Dipertua DUN, Datuk R. Ganesan menyebut bahawa sidang DUN kali ini diadakan semata-mata untuk memenuhi syarat tempoh enam bulan di antara mesyuarat-mesyuarat Dewan. "Beliau seharusnya berasa malu menbuat kenyataan seperti itu seolah-olah kerajaan BN tidak berminat untuk membincangkan masalah rakyat," katanya. Sivakumar yang juga Adun Tronoh mengakui memang terdapat syarat enam bulan itu tetapi ia mendedahkan hipokrasi BN kerana takut untuk membincangkan isu-isu kepentingan rakyat di Perak. "Undang-undang Tubuh Negeri Perak mahu memastikan bahawa sekurang-kurangnya Dewan Negeri bersidang dalam enam bulan supaya masalah rakyat boleh dibincangkan secara panjang lebar. "Tetapi, Menteri Besar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) dan pimpinan BN telah memanipulasi undang-undang itu hanya sekadar memenuhi syarat. Adakah kerajaan BN mengatakan bahawa di negeri Perak tidak ada masalah langsung untuk diketengahkan dalam Dewan yang mulia itu?" katanya. Beliau menambah, tindakan BN jelas menggambarkan golongan pengecut yang tidak berani menghadapi wakil-wakil dari Pakatan Rakyat yang hendak membawa masalah rakyat ke forum tertinggi itu. Menurutnya, BN mencari helah untuk melarikan diri daripada tanggungjawab selepas merampas kuasa kerajaan negeri daripada Pakatan secara tidak sah pada 2009. "Apa guna kita ada pilihan raya dan wakil rakyat jika persidangan Dewan Negeri hanya diadakan untuk setengah hari sahaja? Sekali lagi kerajaan BN telah mencemarkan demokrasi di Perak," ujarnya. Sementara itu, Menteri Besar Perak yang dipilih oleh rakyat dalam PRU 2008, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin hari ini telah membuat laporan polis di sini terhadap kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof, yang memberi amaran kepada wakil-wakil rakyat Pakatan di Perak. Amaran Zakaria disiarkan dalam akhbar Sinar Harian di bawah tajuk "Jaga adab" di mana Zakaria dipetik sebagai berkata, "saya harap ahli-ahli Dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin". Menurut Nizar, kenyataan Zakaria melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124 kerana bersifat melampau dan keterlaluan. "Sekaligus Zakaria mengenepikan Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak (Perlembagaan Perak), Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetap DUN yang mana saya dan semua ADUN telah mengangkat sumpah memelihara dan mendukungnya. "Sebagai wakil rakyat dan ahli dewan, saya juga tertakluk kepada semua perkara yang terkandung di dalam Peraturan Tetap Dewan bagi mentadbir perjalanan mesyuarat termasuk adab, tatasusila, peraturan persidangan dewan serta tingkah laku kami," katanya. Beliau yang juga Adun Pasir Panjang berkata kenyataan Zakaria mengesahkan bahawa sejak rampasan kuasa oleh UMNO-BN pada bulan Februari 2009, kesemua persidangan DUN Perak telah dicerobohi oleh polis dengan kehadiran begitu ramai anggota serta kenderaan polis. Nizar turut mengingatkan bahawa polis telah masuk dan menceroboh DUN Perak pada 7 Mei 2009 sewaktu Sivakumar, selaku Speaker Dewan pada waktu itu, sedang mengendalikan persidangan. Menurutnya, Sivakumar telah diheret dan diangkat serta digulingkan oleh anggota polis dan beliau telah dikunci selama satu jam di bilik belakang Dewan sementara Adun-Adun Pakatan Rakyat dikasari oleh polis di dalam Dewan. "Semua ini ditonton oleh media, rakyat, Orang-orang Besar Negeri, pengarah-pengarah kerajaan negeri dan Persekutuan. Siapa yang sebenarnya biadap bila Datuk Zakaria menyuruh kami "Jaga adab"? "Kenyataan (Zakaria) ini juga menimbulkan keluh-kesah dan berupa ugutan serta pencerobohan terhadap bidang kuasa kami sebagai wakil rakyat," tambahnya. Beliau menggesa Zakaria supaya menarik balik kenyataanya dan memohon maaf kepada rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini serta menasihatkan beliau berhenti menjadi perkakas UMNO-BN. – Roketkini.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan