Rabu, 10 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Habis Lagi Duit Rakyat Kat Bik Mama

Posted: 10 Aug 2011 08:10 AM PDT

Cadangan Perluaskan Projek Permata Pintar Ke Seluruh Negara - Rosmah

PUTRAJAYA, 10 Ogos (Bernama) - Projek Permata Pintar yang dikendalikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan pencapaian membanggakan akan diperluaskan ke seluruh negara, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun begitu, cadangan untuk memperluaskan projek itu ke negeri-negeri lain bergantung pada peruntukan dari kerajaan, ujar Rosmah yang merupakan Penaung Program Permata Negara.

Beliau berkata kejayaan projek berkenaan terbukti apabila pelajar-pelajarnya memenangi beberapa pertandingan penyelidikan dan seni di peringkat antarabangsa.

"Kita mempunyai ramai pelajar pintar dan berbakat tetapi sukar untuk menyesuaikan diri dalam sistem pendidikan biasa.

"Sehubungan itu, kami merancang untuk memperluaskan projek ini ke negeri-negeri lain agar bakat-bakat pelajar ini tidak disia-siakan.

"Kita mahu memastikan semua anak-anak ini mendapatkan pendidikan dan kemudahan yang terbaik.

"Namun begitu, bajet menjadi kendalaan," katanya kepada pemberita mengenai kejayaan pelajar Projek Permata Pintar dan Permata Seni Muzik di Seri Perdana di sini.

Seramai sembilan pelajar Projek Permata Pintar dan seorang pelajar Permata Seni Muzik yang memenangi pelbagai pertandingan penyelidikan dan muzik di peringkat antarabangsa menerima pingat masing-masing daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara penerima pingat ialah Amy Ng May Kay yang memenangi pingat emas dengan menghasilkan rumah mesra alam berteraskan "Zero-Carbon Eco House" dalam 3rd APEC Future Scientist Conference di Taiwan pada April lalu dan Nisa Addina Mohamad Taufik yang memenangi empat pingat emas dalam World Championships of Performing Arts ke-15 di Hollywoord, California, Amerika Syarikat Julai lalu.

Rosmah yang melahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar pintar Malaysia mahu mereka terus memajukan diri dalam pelbagai bidang yang boleh mengharumkan nama negara di arena dunia.

"Saya banyak kali ditanya tentang apa yang kami (Permata) buat dengan bajet. Anda lihat ke mana perginya bajet itu. Kisah kejayaan pelajar Permata Pintar menjadi bukti.

"Semua peruntukan diurus oleh bendahari. Saya tak ada kena mengena dengan semua ini (peruntukan). Saya beri jaminan kepada anda semua peruntukan yang kerajaan beri dibelanjakan dengan baik," katanya.

-- BERNAMA

potong gaji
potong elaun
jimat cermat
bersederhana dalam kos
cut kos

haram semua
habis kat bini!
Bini punya pasal
kalau nak naikkan nama bik
guna duit poket sendiri la ngok!

Tujuh negeri umum bonus, Pulau Pinang beri minimum RM600

Posted: 10 Aug 2011 07:55 AM PDT


KUALA LUMPUR, 10 Ogos – Kerajaan Terengganu, Pahang, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan dan Selangor serta Pulau Pinang merupakan tujuh kerajaan negeri setakat ini mengumumkan keputusan – mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam bulan ini.

"Kalau kerajaan pusat beri bonus, kita pun akan bagi sebagaimana jumlah yang dibayar kepada penjawat awam," kata Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said di Kuala Terengganu, lapor Bernama Online.

Katanya ia melibatkan 20,000 penjawat awam termasuk pekerja badan berkanun.

Ahmad berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM10 juta.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga mengumumkan bahawa pentadbirannya akan memberi bonus setengah bulan atau minimum RM600 kepada kakitangan kerajaan negeri.

Kadar minimum itu tambahan RM100 berbanding minimum RM500 diumumkan kerajaan pusat.

Lim berkata guru-guru Kafa pula akan menerima RM300.

"Bonus ini akan membantu kakitangan awam membuat persiapan menyambut Hari Raya," katanya kepada pemberita.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembayaran bonus di Pahang melibatkan 12,570 penjawat awam di negeri itu.

Kerajaan negeri Kelantan akan turut membayar bonus setengah bulan gaji kepada 6,000 penjawat awamnya serta bayaran khas RM500 untuk para pesara.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata kerajaan Kelantan akan menanggung kos RM5 juta bagi membiayai pembayaran itu.

Dalam pada itu, kerajaan negeri Perak juga mengumumkan keputusan mengikut langkah kerajaan pusat membayar bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam pada bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kerajaan negeri menyambut baik pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kelmarin.

Beliau berkata bayaran itu melibatkan peruntukan RM6.5 juta.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan pemberian bonus setengah bulan kepada 4,800 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat dengan kerajaan negeri Negeri Sembilan.

Katanya pemberian bonus itu menyebabkan kerajaan negeri mengeluarkan belanja sebanyak RM4.8 juta.

Di Shah Alam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut mengumumkan kerajaan negeri itu akan mengikut langkah kerajaan Persekutuan untuk memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada kakitangannya pada tahun ini.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan hanya pembayaran bonus RM500 kepada kakitangannya.

MAS-AiraAsia: Adakah ini jalan terbaik?

Posted: 10 Aug 2011 06:56 AM PDT


Mohd Firdaus Jaafar

Dewan Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa bimbang terhadap usaha kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sebanyak 20 peratus. Penjualan ini berkemungkinan akan menyebabkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akhirnya akan hilang ditelan syarikat konglomerat gergasi seperti Air Asia.

DPPM mempersoalkan apakah relevannya kerajaan menjual saham MAS kepada Air Asia sedangkan perlu ada usaha lain bagi menyelamatkan masa depan syarikat penerbangan milik kerajaan Malaysia itu.

MAS sepatutnya mengkaji dan memperbaiki prestasi akibat kerugian yang dihadapinya sebanyak RM 243.3 juta pada suku pertama tahun ini berbanding keuntungan sebanyak RM 310.60 juta untuk tahun 2010.

Dengan penjualan saham MAS kepada Air Asia akan mewujudkan monopoli dalam sistem penerbangan negara di samping merugikan rakyat. Sifat persaingan antara syarikat penerbangan ini mungkin tidak akan wujud lagi kerana masing-masing perlu menjaga kepentingan sesama mereka.

Selain itu, apa yang sangat dibimbangkan daripada wujudnya monopoli dalam penerbangan ini adalah akan menyebabkan harga tiket melambung tinggi mengikut selera pemilik syarikat berkenaan.

Dalam hal ini, syarikat ini menjadi penentu terhadap harga tiket dan penerbangan, bukan lagi mengikut permintaan pasaran semasa. Jika jadi demikian, siapakah yang akan rugi jika tidak rakyat biasa?

DPPM merasa dengan penjualan saham ini akan menyebabkan sebuah lagi syarikat GLC milik kerajaan bakal lingkup selepas beberapa GLC 'gulung tikar' sebelum ini seperti yang berlaku kepada Dawama. Akhirnya akan tinggal hanya Petronas sahaja yang memainkan peranan bagi menyelamatkan ekonomi negara daripada musnah.

Kerajaan sepatutnya memainkan peranan penting dalam memastikan syarikat GLC terus bernafas dan bersaing dalam pasaran semasa. Kegagalan GLC dalam menempatkan diri dalam pentas perniagaan menunjukkan kegagalan kerajaan mengatur ekonomi negara.

Apakah akan jadi kepada ekonomi negara jika GLC semakin banyak yang lingkup dan tidak mampu meneruskan lagi perniagaan mereka. Yang rakyat bimbangi akan menyebabkan peningkatan kadar inflasi, jurang kemiskinan yang semakin melebar serta mengakibatkan persengketaan berpanjangan akibat permainan monopoli oleh syarikat-syarikat bertaraf gergasi.

Persoalannya sekarang, mengapa GLC yang bernaung dibawah kerajaan Umno/BN kebanyakkannya menjadi tidak berdaya saing seperti mana syarikat-syarikat swasta yang dilihat lebih terkehadapan? Apakah GLC ini menjadi 'lubuk' kepada pimpinan Umno/BN mengaut keuntungan demi untuk kepentingan peribadi dan bukannya untuk GLC itu sendiri.

DPPM mengingatkan kepada rakyat sekiranya mahu melihat GLC yang selebihnya tidak menuju kehancuran, kerajaan yang sedia ada harus ditukar kepada kerajaan yang lebih telus dan beritegriti demi memastikan kestabilan ekonomi negara terus dipacu kehadapan bukannya 'dibelasah' oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

Dengan berkembangnya GLC sehingga ke tahap global juga boleh memastikan sosio ekonomi juga turut berkembang.

Ini juga akan membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada rakyat Malaysia. Negara sekarang sedang berdepan dengan kadar pengangguran yang agak membimbangkan.

Ini berdasarkan jawapan di Parlimen dan kenyataan akhbar oleh Menteri Sumber Manusia Datuk S Subramaniam pada Jun 2010 dan statistik Jabatan Perangkaan Jun lalu, menyatakan kadar pengangguran adalah pada tahap 3.7 peratus atau sekitar 426 600 orang yang menganggur.

Penulis adalah Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Dewan Pemuda PAS

Ekonomi Malaysia Merudum? Njib Gagal Dalam Urus Tadbir?

Posted: 10 Aug 2011 06:00 AM PDT

Najib gagal uruskan ekonomi
Rafizi Ramli

Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.

Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.

Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.

Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:

Selanjutnya..

Pakatan Rakyat bakal buat kejutan besar di Perlis

Posted: 10 Aug 2011 05:00 AM PDT



Oleh Abdul Manan Razak

Sejak 54 tahun Perlis diperintah oleh Barisan Nasional (dan sebelum itu Perikatan UMNO-MCA-MIC), tiada sebarang persaingan sengit dihadapi oleh BN di peringkat Dewan Undangan Negeri mahu pun Parlimen.

Perlis mempunyai 15 kerusi DUN dan 3 kerusi Parlimen. Pada masa ini, BN mempunyai 13 kerusi DUN manakala PAS 2. Ketiga-tiga kerusi Parlimen Perlis milik BN.Sebelum 2008, hampir 100 peratus kerusi di Perlis dimenangi oleh BN.

Pada pilihan raya umum ke-12 yang lalu, PAS telah memperolehi dua kerusi DUN, iaitu memenangi kerusi Simpang Empat dan mengekalkan kerusi Sanglang (selepas mahkamah memutuskan kemenangan BN dalam PRU 2008 sebagai tidak sah).

PAS yang telah meletakkan 12 calon dalam PRU itu (dan PKR bertanding 3 kerusi) telah tewas tipis di DUN Santan dan Guar Sanji yang pernah dimenanginya suatu masa dahulu.

PKR juga telah mula menjejak kaki di Perlis kerana walau pun tewas, gandingan PAS-PKR pada 2008 telah menampakkan hasil positif ke arah usaha menumbangkan BN pada PRU ke-13 nanti.

Kehadiran DAP di Perlis

Kini kehadiran DAP di Perlis pada 2009 dengan tertubuhnya tujuh cawangan yang berkeahlian lebih 1,000 orang, akan menambah mantap gandingan Pakatan Rakyat di negeri Indera kayangan.

Gandingan ini sudah tentu dapat merealisasikan impian yang tidak kesampaian selama ini. Ketiga-tiga parti ini bekerja keras siang dan malam untuk menjayakan harapan PR. Pelbagai bantuan sosial kepada golongan kurang berkemampuan dihulurkan di samping bantuan semasa banjir.

Begitu juga dengan pendaftaran pemilih baru yang dijalankan dari semasa ke semasa. Setiap ceramah yang diadakan dihadiri oleh ketiga-tiga parti komponen PR dan bilangan hadirin semakin bertambah ramai jika dibandingkan pada masa-masa lalu.

Apakah ini menandakan BN Perlis akan tumbang?

Dengan pelbagai isu yang timbul di negeri terkecil di Malaysia ini berserta pengundi seramai hampir 120,000 orang, sudah tentu Pakatan mampu membuat kejutan besar dalam PRU ke-13 nanti.

Pada PRU ke-12, PAS dan PKR telah berjaya meraih undi satu pertiga daripada jumlah keseluruhan undi. Hanya diperlukan 15,000 lagi undi untuk menumbangkan BN.

Masalah ekonomi rakyat

Masalah peluang pekerjaan semakin parah kerana tiadanya pelaburan untuk menjana ekonomi Perlis. Apa yang ada hanyalah janji-janji kosong pemimpin-pemimpin negeri sejak puluhan tahun dahulu.

Rakyat negeri, apabila tamat persekolahan, tiada banyak pilihan. Yang diberi peluang melanjutkan pelajaran, berhijrah ke negeri lain. Yang diberi peluang pekerjaan, pun turut berhijrah kerana peluang hanya ada di luar Perlis.

Selebihnya yang berada di dalam negeri, terdedah dengan aktiviti tidak sihat yang mendatangkan masalah sosial, termasuk kedudukan Perlis bersempadan dengan Thailand. Ada yang menganggap ini adalah antara faktor utama Perlis mencatatkan kadar perceraian tinggi di negara ini.

Pemimpin BN negeri hanya mampu menjadi burung kakak tua, meniru pimpinan pusat mereka dengan angan-angan projek-projek mega di Perlis seperti pembinaan Unimap, jambatan Padang Besar yang terbengkalai dan pembangunan Bandar Baru Chuping yang hanya menguntungkan golongan berada sahaja.

Majoriti rakyat masih lagi di takok lama mewarisi kemiskinan yang semakin tegar. Tiada sebarang industri yang berkeupayaan memberi pekerjaan kepada mereka.

Pemimpin UMNO-BN tak peduli rakyat

Dalam keadaan yang menyedihkan ini puna, kelibat pemimpin BN turun padang juga jarang kelihatan. Ada juga Exco Kerajaan Negeri yang selesa menetap di Lembah Klang kerana kesibukan perniagaan peribadi.

Ada pula Exco Kerajaan Negeri yang melarikan diri ketika kawasannya ditimpa bencana banjir. Mungkin sewaktu bersembunyi itu, pemimpin BN ini tidak sedar bahawa semua orang tahu perangainya kerana saiz negeri yang kecil molek ini tidak memudahkan seseorang cabut lari dari tanggungjawabnya.

Malah, ada juga seorang Ahli Parlimen yang lebih sibuk menangani masalah peribadinya berbanding dengan usaha memenuhi janji-janji piliahn raya kepada rakyat yang telah mengundi memilihnya.

Urusan mendapatkan hak milik tanah merupakan satu lagi pemasalahan yang menghantui rakyat Perlis.

Rata-rata rakyat jelata yang mengusahakan tanah sejak awal merdeka belum memperolehi hak milik hatta lessen pemilikan sementara (TOL) sekali pun. Yang memiliki hak milik hanyalah daripada kalangan pemimpin BN atau sekurang-kurangnya mereka yang mempunyai kaitan rapat dengan para pemimpin berkenaan.

Begitu juga dengan masalah yang dideritai oleh rakyat akibat pemberian ladang tebu oleh kerajaan negeri seluas 1,500 hektar kepada Perlis Plantation Bhd dan pengambilalihan balik oleh Felda Global dengan kos RM1.4 bilion daripada Tan Sri Robert Kouk dua tahun lalu.

Pengambilalihan ini menyaksikan harga gula di pasaran negara ini naik dua kali berturut-turut. Bukan sahaja rakyat Perlis malah semua orang di Malaysia merasai kesan kenaikan harga gula. Apakah ini amalan BN – kera di hutan disusukan, anak di rumah dibiarkan kelaparan?

Kes rebut jawatan Menteri Besar belum selesai

Seperti mana diketahui umum, isu pelantikan Menteri Besar masih lagi bergelumang di fikiran setiap rakyat Perlis. Perasaan tidak puas hati mantan Menteri Besar Datuk Seri Shahidan Kassim dan penyokongnya yang telah mendapat kemenangan untuk BN pada PRU 12 lalu diketahui oleh semua penduduk negeri.

Kontroversi itu masih menyelubungi negeri berikutan isu watikah pelantikan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi (untuk Shahidan) tidak laku sama sekali dan telah memberi impak besar ke arah pengkhianatan perjuangan sesama mereka dalam UMNO.

Bagi pihak yang kini menerajui UMNO Perlis dan kerajaan negeri, mereka menganggap mantan Menteri Besar itu yang sudah memegang kuasa selama 12 tahun sudah cukup lama dan perlu ditamatkan.

Inilah punca perpecahan sesama UMNO dan BN di Perlis yang turut membuka peluang untuk PR menumbangkan BN.

Inilah antara beberapa faktor yang sukar ditangkis oleh BN, dan inilah pilihan raya yang bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara golongan jumud dan golongan sederhana dalam UMNO-BN, serta cabaran baru oleh PAS-PKR-DAP yang senada ke arah UBAH PERLIS dalam gandingan Pakatan Rakyat. – Roketkini.com

Pertukaran saham MAS-AirAsia wujudkan monopoli – Anwar

Posted: 10 Aug 2011 04:30 AM PDT



KUALA LUMPUR: Pertukaran saham di antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia membangkitkan kerisauan serius tentang penguasaan AirAsia dan kemungkinan berlaku monopoli ke atas industri penerbangan tanahair.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu mungkin membawa kepada monopoli kerana ia membabitkan monopoli dan juga broker kuasa politik.

"Malah, penglibatan Pengerusi AirAsia, Tony Fernandes dan penamanya dalam lembaga pengarah MAS turut menimbulkan konflik kepentingan walaupun beliau memegang jawatan bukan eksekutif," kata Anwar yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Tony Fernandes dan syarikatnya, Tune Air Sdn Bhd semalam menukarkan 10 peratus kepentingan saham dalam AirAsia dengan 20.5 peratus saham dalam MAS.

Menurut Anwar, pertukaran saham itu amat jelas menyalahi peraturan urus tadbir korporat dan tidak patut dibiarkan berlaku.

Ia juga menimbulkan persoalan terhadap nasib program transformasi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan meriah menggunakan wang rakyat.

"Adakah kerajaan sekarang mengakui pemulihan MAS yang dikatakan berjaya sebelum ini adalah satu 'pertunjukan' semata-mata?

"Najib perlu dipertanggungjawabkan kerana mengelirukan rakyat tentang ini," kata Anwar.

Urusniaga itu juga, kata Anwar, membangkitkan isu ketelusan kerana ia dilakukan dengan penuh kerahsiaan.

"Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti perlu menyiasat kemungkinan berlakunya urusniaga dalaman membabitkan saham kedua-dua entiti ini," kata Anwar.

Dalam kenyataan sama, Anwar turut melahirkan kerisauannya tentang urusniaga itu yang akan menguntungkan pihak minoriti tetapi merugikan pihak majoriti.

"Saya risau urusniaga ini menguntungkan pihak minoriti dan mengorbankan pihak majoriti, iaitu pekerja MAS yang berkhidmat dengan penerbangan nasional kita dengan berdedikasi dan setia walau pun diberikan pilihan yang teruk dan tidak mendapat bonus selama bertahun-tahun," kata Anwar.

Prof Kangkong Di UPSI? Tukar Tiub Mesti Kenal

Posted: 10 Aug 2011 02:00 AM PDT

http://media1.malaysiakini.com/133/1d6f739b102394ce424b2c2f2a500518.jpg

Tan Sri Nordin Kardi yang juga merupakan Penyandang Kerusi Za'aba Universiti Pendidikan Sultan Idris yang baru dilantik baru-baru ini, telah memulakan tugas beliau dengan menganjurkan satu dialog bertajuk Ekonomi Melayu.

Dialog yang akan membincangkan survival Ekonomi Melayu tersebut akan disampaikan oleh jemputan khas Dato' Awang Adek , Timbalan Menteri Kewangan sebagai panel utama.

Tarikh : 24hb Ogos (Rabu)
Waktu : 3ptg - 8 mlm (Berbuka puasa)
Lokasi : Dewan Konvensyen E-Learning UPSI, Tanjung Malim.
Jemputan : Dato' Awang Adek (Timbalan Menteri Kewangan)

http://selangortoday.files.wordpress.com/2008/08/anwar-crop1.jpg


Kerabu: Masih teringat mamat ni kena tibai kat anwar semasa debat dulu. orang macam ni boleh jadi bangan macam tu berhujah. Oh UPSI, macam tiada orang lain dah nak lantik ke jawatan tu. Elok la pulak panggil bekas calon MB kelantan pada PRU 12 lepas. Adoi.....


Elaun Guru Banyak Ditarik Balik. Ke Mana Duit Tersebut Terbang?

Posted: 09 Aug 2011 11:00 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhXAsolAhXOLqnteZUGt0u5lFk_Nxv_FE5ASa58Vn_8YJr4i5PFuBB9TMfEinqQFEZv_6G6vmFKvIDYXHwJJs_aceVYt9hrSl81k2p85giHS_fIzyQ0iVBZV0KPRt2BGuf_j_S2mMXLMXs/s1600/281766_259417064070271_100000059387909_1164787_4847347_n.jpg

Habiskan kat PERMATA Rosmah?

Habiskan kat Shopping Rosmah?

Habiskan kat progran FAT Lady Rosmah?

Habiskan kat syarikat luar negara yang dibayar untuk naikan nama Najib dan Fat lady?

Banyak email yang kami terima supaya menyelidik dan mengutarakan apa yang telah berlaku di kementerian pelajaran malaysia sekarang ni. Ramai guru yang meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap KPM.

Terkini salah satu elaun penting untuk mereka sekali lagi ditarik balik. Anda boleh rujuk kepada gambar di atas. Kalau yang masih tak jelas boleh klik link KPM ini.

Sila ambil maklum bahawa tiada peruntukan disediakan bagi tuntutan elaun pertukaran untuk sesi Januari 2012.

Untuk pengetahuan semua, sebelum ni sudak banyak elaun dan kemudahan untuk guru-guru ditarik balik, tapi golongan guru hanya senyap dan terus senyap. Tan Sri Muhyiddin ke hulu ke hilir akan menjaja yang KPM dalam proses menyelesaikan masalah dan bebanan bertimbun guru-guru di sekolah.

Sudah berapa lama mahu mesyuarat Tan Sri?

Kalau pemimpin UMNO turun ke bahagian, golongan guru dan staf sekolah yang dulu dipaksa menghadiri. kalau mereka tak pergi, bermacam-macam tindakan akan dibuat.

Oit! bila golongan guru yang profesional mahu bangun tido? Senyap dan selesa dengan keadaan sekarang? Bagaimana nasib kawan-kawan korang yang dihantar jauh kat pedalaman sarawak dan sabah akan merasai bebanan ini nanti?

Pen dan kertas ditangan korang semua! lu pikir la sendiri!

Chegu Bard, bekas tenaga pengajar telah mengeluarkan artikel ini dan nasihat beliau boleh dibacab di blognya. Sila klik

-Pembantu Admin-

Siapa Kata TG Nik Aziz Ketinggalan Zaman IT? Cuba Tengok Gambar Ni

Posted: 09 Aug 2011 09:30 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/281743_263119793698072_100000001601905_1148089_6123432_n.jpg

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/229779_244082188958036_100000687708823_830126_4207330_n.jpg

TG Nik Aziz sempat membaca berita-berita terkini dari gajet terbaru dan terkini. Ini menutup mulut pemimpin-pemimpin umno kelantan yang mengatakan TG ketinggalan zaman dan buta IT.

Umno buta hati!

Panas! Kenyataan Terkini Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Berkenaan Pendedahan Siapa Beliau Yang Sebenar Dibongkar!

Posted: 09 Aug 2011 07:00 PM PDT

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Jaga kau babi setan Gaysec. Ini penerangan yang terakhir dari makcik tentang hal ini. Lepas ni makcik tak akan layan bende merepek ni dan blog makcik akan terus mengganas lagi dan SKMM tidak akan menghentikan makcik!! Aktiviti makcik di internet tidak pernah mengancam keselamatan dan tidak pernah mengganggu kedamaian mana-mana pihak. Makcik hanya bersuara dan ini hak asasi kemanusiaan makcik untuk kata apa yang makcik suka.

Untuk kali yang terakhir: Makcik tiada hubungan kait dengan minah Arlene Tan ni. Lagi pun, kami mempunyai banyak perselisihan fahaman dahulu antara perbincangan-perbincangan tahun lepas. Jadi, makcik jarang berinteraksi dengan minah nie dan makcik tidak kenal siapa minah ni dan tidak pernah jumpa dia pun. Perbincangan itu tidak dapat di kembalikan kerana akaun Facebook makcik yang lama sudah kene report oleh babi-babi penjihad pengikut babi Muhammad sebab makcik menuntut jalang betina jahanam Ustazah Siti Norbahyah meminta maaf atas ceramah die yang amat biadap melibatkan pengharaman Hari Valentine's oleh JAIS dan makcik mencabar ustazah pengecut mulut cibai ini berdebat dengan makcik di kaca TV. Kaki2 jihad di internet menyerang dan report profile Facebook makcik sampai hilang. Oleh itu semua komen-komen yang makcik buat di kumpulan2 di laman Facebook hilang atau kelihatan sebagai "Post deleted".

Selanjutnya


Manakala di bawah kami sertakan kekecewaan orang yang kononya dituduh sebagai Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara


PUBLIC STATEMENT: I AM WRONGLY ACCUSSED

August 9, 2011 in my little darn mind

I am saddened by this situation as this is really a sick act by a bunch of people who love to simply accuse without any proof. For the record, I am absolutely not Sitt Wuzura and I have never known this person before. I was not even aware about this issue until 3 days ago where I got an alert by some facebook friends that I was being wrongfully accused. The first time I ever read her blog was also 2 days ago when I had to show evidence to the police. For your information, I have made a police report against Gaysec and anyone else for the wrongful accusation, for posting my personal details in public, and for encouraging the public to harrass me, including making death threats at me. Dear friends, please let us spread the truth during this holy month where it is not merely avoiding from eating and drinking, but most importantly avoiding from spreading lies and fitna, as well as seeking truth and enlightenment.


Apa yang kami rasa sedih dan kecewa, pihak SKMM masih goyang kaki dan dok hayun telor tengok saja orang kafir laknat dok hina dan caci agama islam yang suci ini. Jangan cabar kesabaran umat islam!

Dulu Blog Lucah, Mencarut Dan Memfitnah, Sekarang Blog Alim Dan Warak

Posted: 09 Aug 2011 04:35 PM PDT

Sekarang heboh 1 Malaysia pasal isu seruan JAIS ke gereja yang didakwa melakukan kesalahan dalam penyebaran. Pung pang pung pang blog sebelah sana yang sebelum ini memaparkan gambar lucah dan video lucah sekarang menjadi alim dan warak.

Ada sesetengah blog tu kat atas blog punya main ada video lucah dan gambar lucah tetapi kat bawah header diletak pulak ayat Al Quran dan Hadis Nabi.

Bercakap bukan main mengalahkan ustaz kat masjid negeri, tapi sebelum ni bila time mengulas isu lucah mengalahkan pelakon yang digambarkan. Sedangkan belum terbukti yang siapa di dalam video tu.

Bila dibacakan ayat yang dalam islam perlu ada 4 saksi, haram tuan blog tersebut nak dengar dan percaya. Dok dengar fatwa dari 3 orang ketua kabilah mereka la. Begini la manusia hati gelap dan jahil.

Alim ulamak dok bagi nasihat dan baca ayat-ayat yang berkaitan tuduhan zina. haram puak ni nak dengar. Hati dah gelap. Korang bayangkan la video lucah dok tempek kat dalam blog. Hari-hari dosa dok ada. Tapi kalau dah hati gelap, buat bodoh je la.

Lucu! ramai orang perasan perubahan sikap hipokrit blog lucah dan pemfitnah yang berubah menjadi alim dan warak!

kita tengok bila isu ni reda, mereka akan bertukar menjadi blog lucah dan fitnah yang diredhai oleh pihak kerajaan.

Memang belah sana minat dan kaki lucah fitnah pun.

Sekarang umno pegang kuasa kerajaan, tunggu apa lagi? kalau dah alim dan warak sepatutnya blog-blog sebelah sana kena suruh najib dan muhyiddin perjuangkan akta jenayah murtad la! buat apa dok kecoh dalam blog? taik je dapat pun.

Dah korang kata ada kabel besar, hantar la kabel tu suruh najib gubal akta tersebut?

Kenapa tak mahu?

Sebab rakyat dah tahu perangai hipokrit umno dan barisan nasional!

Tolak umno, bn, najib dan rosmah, islam akan terus dan makin subur di malaysia. insya allah!

-Pembantu Admin-

Tiada ulasan: