Rabu, 10 Ogos 2011

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Salah Masuk Bilik, Salah Teman Lelaki, Salah....Ehem-ehem!

Posted: 10 Aug 2011 07:00 AM PDT


DUNIACACAMARBA!
Seorang gadis China yang tersalah anggap lelaki yang tidak dikenali sebagai teman lelakinya lalu mereka ehem..ehem telah membuat laporan polis tentang kejadian itu. Yang mengecewakan, polis sukar untuk mengambil tindakan kerana gadis itu secara sukarela melakukan ehem..ehem dengan lelaki tersebut petik China Daily daripada akhbar di China.

Semuanya bermula apabila gadis berusia 26 tahun itu bersama-sama dengan teman lelakinya menghadiri parti hari jadi seorang rakan. Oleh sebab malam sudah lewat, mereka membuat keputusan untuk tidur di sebuah asrama di Guizhou, China.

Hendak dijadikan cerita, pada lewat malam, si gadis ini pergi ke tandas. Sekembali dari tandas, gadis ini tersalah masuk bilik yang dihuni oleh lelaki tersebut. Bagai bulan jatuh ke riba, lelaki itu mengajak gadis ini melakukan ehem..ehem. Menyangkakan lelaki itu teman lelakinya, si gadis itu terus melakukan ehem..ehem.


P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil!


Kemerosotan Ekonomi Tanda Dasar Ekonomi Najib Gagal

Posted: 10 Aug 2011 06:00 AM PDT






Saya petik:
Angka-angka ekonomi terkini yang baru diumumkan membayangkan ekonomi negara akan terus malap; selain dari kerugian ratusan bilion ringgit yang dialami pelabur di Bursa Kuala Lumpur sejak Jumaat lalu.
Keputusan agensi pelaburan dan penganalisa pasaran memotong unjuran pertumbuhan ekonomi negara di bawah paras 5% bagi tahun 2011 menjadi tanda-tanda bahawa dasar dan inisiatif ekonomi yang menjadi tonggak pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak (seperti Program Transformasi Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Model Ekonomi Baru) telah gagal sejak dari awal-awal lagi.

Jika prestasi ekonomi terus malap seperti yang diunjurkan, Program Transformasi Ekonomi akan gagal sebelum memasuki tahun kedua kerana ia mensasarkan pertumbuhan ekonomi 6% setahun untuk mencapai sasaran Pendapatan Kasar Kebangsaan (GNI) per kapita sebanyak RM48,000 menjelang 2020 yang diwar-warkan. Pertumbuhan ekonomi tahunan di bawah angka 5% setahun bermakna Program Transformasi Ekonomi telah gagal menarik minat pelabur walhal kerajaan menumpukan sepenuh tenaga, fokus dan jentera kerajaan untuk mempromosikannya. Jika ia gagal menarik perhatian dalam tahun pertama dan di kemuncak promosinya, bayangkan keadaannya 2-3 tahun akan datang.

Prospek yang malap ini akan diburukkan lagi dengan keadaan tidak menentu yang dialami Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah. Pakar ekonomi dunia sependapat bahawa krisis hutang di Eropah akan mengheret 3 ekonomi terbesarnya iaitu Itali, Perancis dan Jerman ke kancah kekalutan ekonomi seperti yang dialami oleh negara-negara Eropah lain. Jika ini berlaku, prestasi ekonomi Malaysia akan turut terkesan dan memburukkan lagi angka pertumbuhan ekonomi tahun-tahun akan datang.

Dato' Seri Najib Tun Razak juga perlu menerima hakikat bahawa pentadbiran beliau telah gagal mencapai sasaran pelaburan swasta yang ditetapkannya sendiri dan diumumkan sebagai strategi utama beliau menghidupkan kembali pertumbuhan ekonomi Malaysia. Sebelum ini, PEMANDU dengan gah mengumumkan bahawa 92% daripada dana untuk melaksanakan projek-projek di bawah Program Transformasi Ekonomi bernilai ratusan bilion ringgit akan dibiayai swasta.

Namun, sumber dana untuk membiayai projek-projek utama yang diumumkan masih diselubungi rahsia. Setakat ini, 77% daripada 10 projek terbesar yang diumumkan di bawah Program Transformasi Ekonomi akan dilaksanakan dan dibiayai oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Analisis 10 projek terbesar seperti berikut akan membuktikan bahawa pentadbiran sekarang masih menggunakan kaedah pergantungan kepada wang rakyat untuk mewujudkan peluang ekonomi, tetapi kini ia disalurkan melalui GLC:

PROJEK TERBESAR ETP
PELABURAN DIUMUMKAN
(RM BILLION)
GLC/BUKAN GLC
Pembangunan kompleks loji penapisan dan petrokimia (RAPID) di Johor
60.0
GLC (PETRONAS)
MRT (kos pelaburan tidak termasuk kos tanah dan koc/kenderaan)
36.6
GLC
(sebuah syarikat khas ditubuhkan)
Pembangunan minyak dan gas di lapangan Tapis dan lapangan Teluk (dijadualkan bermula 2013)
10.0
GLC
(PETRONAS & ExxonMobil, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan Karambunai Integrated Resort City
9.6
Bukan GLC
Program Transformasi Kedai Runcit (TUKAR) untuk membangunkan kedai-kedai runcit
5.43
Tidak diketahui
Program pelaburan baru Shell Malaysia (menaiktaraf dan membina loji baru termasuk membabitkan kompleks Shell Middle Distillates, kompleks Port Dickson dan pembangunan lapangan Gumusut)

5.1
GLC
(PETRONAS & Shell, pelaburan semula kekayaan minyak negara)
Pembangunan terminal petroleum laut dalam di Johor
5.1
Dialog Group
(syarikat swasta dengan pegangan saham yang besar oleh badan berkaitan kerajaan)
3 loji penjanaan elektrik yang baru, 2 loji penjanaan hidro-elektrik, 1 loji penjanaan elektrik arang batu dan pelaburan dalam infrastruktur transmisi
4.0
GLC
(TNB)
Pembangunan kompleks petroleum dan lojistik di Tanjong Agas, Pekan, Pahang
3.0
GLC
(di bawah Koridor Ekonomi Pantai Timur)
Pembangunan MINES Wellness City
3.0
Bukan GLC

Setakat ini, 10 projek terbesar di bawah Program Transformasi Ekonomi menelan pelaburan RM142 bilion, iaitu 82% daripada keseluruhan pelaburan projek-projek yang telah diumumkan berjumlah RM173 bilion. Hakikatnya, 77% daripada 10 projek terbesar di bawah pelan ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak sebenarnya menggunakan dana awam melalui GLC dan membuktikan bahawa sasaran 92% pembiayaan swasta itu tidak lebih dari angka-angka untuk kempen politik yang sudah tentu tidak akan dicapai.

Prestasi 3 penanda aras ekonomi yang paling utama (iaitu kekalutan di Bursa Kuala Lumpur, unjuran pertumbuhan yang semakin rendah saban hari dan kegagalan menarik pembiayaan swasta bagi projek-projek utama di bawah Program Transformasi Ekonomi) sudah cukup untuk membayangkan kegagalan dasar dan inisiatif ekonomi Dato' Seri Najib Tun Razak.

Malangnya, prospek ekonomi murung yang menyelubungi Malaysia adalah berlainan sama sekali dengan prestasi ekonomi Indonesia. Pertumbuhan ekonomi Indonesia terus meningkat pada kadar 6.5% suku yang lepas dan dijangka mencecah 7% tahun depan. Pada masa rakyat Malaysia bergelumang dengan kadar inflasi tertinggi dalam tempoh 2 tahun, Indonesia pula mencatatkan kadar inflasi terendah dalam tempoh 14 bulan yang lalu. Sementara kadar kenaikan gaji hanya menokok pada angka 2.6% sahaja bagi pekerja Malaysia sepanjang sedekad yang lalu, pekerja di Indonesia menikmati kadar kenaikan gaji tahunan 10% sejak tahun 2006.

Sudah tentu ada perbezaan yang nyata dari segi pendekatan ekonomi sehingga mengakibatkan prestasi yang berlainan seperti ini. Pemerintah Indonesia mengalu-alukan reformasi dan keterbukaan sejak tahun 1998 lagi, berbeza dengan Barisan Nasional yang mencari seribu satu alasan untuk memadamkan api reformasi yang dituntut rakyat sehingga mengorbankan prestasi ekonomi negara.

Baiknya keadaan ini tidak akan berterusan kerana lebih ramai rakyat boleh menilai sendiri bahawa reformasi ekonomi hanya boleh berlaku seiringan dengan reformasi politik, selaras dengan pendekatan ekonomi yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

-  Rafizi Ramli ialah Pengarah Strategi, PKR.



PRU 13 Tidak Akan Dijalankan Tahun Ini kerana Krisis Ekonomi?

Posted: 10 Aug 2011 05:16 AM PDT


Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad  menjangka, Najib terpaksa menangguh pilihan raya umum ke 13 ekoran krisis ini yang juga mula melanda Malaysia lapor HD.

Walau bagaimanapun, katanya, PAS akan terus mempersiapkan semua jenteranya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 jika diadakan November ini, iaitu sebaik sahaja selepas perbentangan Bajet 2012.

Menurut beliau, Bursa Malaysia sedang mengalami susut RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu berdasarkan rekod yang beliau peroleh pada jam 10 pagi ini. Kedudukan panik kini sedang melanda seluruh dunia khasnya Eropah dan Amerika.

"Saya yakin, krisis yang sedang melanda London sekarang tentunya ada hubungkait dengan tekanan hidup akibat ramai yang hilang pekerjaan dengan kos saraan hidup terus meningkat," kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Kota London, England berdepan dengan krisis dan huru hara dengan rusuhan merebak ke seluruh kota lain sekarang yang bermula dengan protes kecil Sabtu lalu apabila seorang remaja kulit hitam ditembak mati.

Sementara itu, Indeks FTSE London sudah jatuh RM245 bilion sejak seminggu lalu manakala Indeks Dow Jones di Amerika Syarikat jatuh 4.1 peratus dalam masa 10 hari, kejatuhan terbesar sejak tahun 2008. Ekoran itu, mata wang Euro di Eropah jatuh dengan mendadak dan hampir lumpuh.

Pasaran saham Asia juga merudum sejak beberapa hari ini termasuk di Tokyo, Taipei, Shanghai dan juga Sydney.

"Apabila kemelesetan berlaku kepada gergasi ekonomi dunia, iaitu Amerika, ia akan membawa kemelesetan ke seluruh dunia," kata Dr Dzulkefly yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor.

Menurut beliau, suasana ini akan mencetus satu krisis kewangan dan kemelut ekonomi yang telah masuk ke kemelesetan kedua sejak 2008 (double-dip recession).

Keadaan ini bakal bertambah buruk apabila harga komoditi makanan beras, gandum, gula terus meningkat akibat permintaan yang tinggi dan bekalan yang merosot akibat ketidaktentuan cuaca.

"Cakap-cakap yang PM akan adakan pilihan raya mengejut tahun ini saya rasa tidak munasabah lagi kerana para penganalisis politik dan ekonomi hanya menjangkakan krisis ini akan pulih tahun depan.

"Saperti telahan banyak pihak penganalisis dan pundit politik, saya sukar meramalkan Najib akan berani membuat pilihan raya mengejut dalam bulan September. Permintaan global akan menguncup dan pertumbuhan ekonomi negara juga terjejas kerana penguncupan permintaan global. Saya yakin PM tak akan buat PRU tahun ini," kata Dr Dzulkefly.

Menurut beliau, dengan unjuran ekonomi yang akan merudum ini,  Perdana Menteri tidak wajar mampu bermewah seperti lazim dalam budget 2012 yang bakal dibentang pada 7 hb Oktober. Ini adalah Budget pra-PRU 13 .

Projek besar yang disebutkan beliau dalam ETP seperti MRT dan Bandar Malaysia juga hanya akan dapat dilihat atau bermula tahun depan dengan kewangan dunia yang tidak menentu ini.

"PM hanya akan mampu memanggil PRU jika projek-projek ini boleh berjalan tetapi kini dengan krisis ini projek itu akan tergendala," tegas beliau.

Menurut beliau, dua tahun lalu PM mendapat kelebihan kerana harga minyak mentah tinggi yang menyebabkan beliau boleh berbelanja besar tetapi dengan keruntuhan ekonomi global ini, harga petrol akan merundum, eksport merundum. Hal ini  bakal menjadi mimpi ngeri yang menjadi kenyataan untuk Najib."

Bursa Malaysia mula mengalami pengucupan sejak Jumaat lalu (5 Ogos) ketika penerapan hutang Amerika Syarikat mengalami kejatuhan teruk yang memberikan kesan kepada bursa saham seluruh dunia.

Untuk menjadikan bajet 7 Oktober nanti sebagai bajet pilihanraya, Najib akan dikekang dari berbelanja besar untuk tidak mencetuskan defisit fiskal yang melebihi 7 peratus KDNK seperti 2009, katanya.

Pada waktu sama juga, katanya, Najib akan berdepan dengan tekanan inflasi yang sudah hampir ke paras 4 peratus sekarang ini dengan CPI (Indek harga pengguna) bulan Jun mencecah paras 3.5 peratus. Program rasionalisasi subsidi dalam perkara asas keperluan bahan bakar - minyak, diesel dan gas, sangat tidak membantu Najib dalam memenangi sokongan rakyat, sementara monopoli dan pengepungan pasaran terus berlaku akibat permit diberikan kepada kroni tertentu.



[Pembetulan] Kerajaan Negeri Selangor Beri Setengah Bulan Gaji

Posted: 10 Aug 2011 04:07 AM PDT



P/s: Rezeki bertambah.

Sebelum ini, MB Selangor mengumumkan di Twitternya bahawa kerajaan negeri akan memberikan bonus raya sebanyak RM500 kepada penjawat awam di negeri Selangor. Klik sini.


[Video] Pelajar Malaysia Diserang dan Dirompak Ketika Rusuhan di London

Posted: 10 Aug 2011 02:00 AM PDT



Saya petik:

ASYRAF...patah rahang
Asyraf Patah Rahang

[HM] KUALA LUMPUR: "Anak saya bukan saja dipukul hingga patah gigi dan rahang, tetapi dia disamun sekumpulan lelaki sebaik melalui satu kawasan rusuhan di London," kata Rossli Harun, 49, bapa pelajar Malaysia di Universiti Kaplan, London, Asyraf Haziq, 20.

Rossli berkata, dia dihubungi Mara dari bahagian pelajar luar negara pagi semalam, memberitahu mengenai kejadian menimpa anaknya itu.

Menurutnya, daripada maklumat yang diperoleh, anaknya serta seorang kawan Mohd Fariz ketika itu dalam perjalanan untuk berbuka puasa di rumah pelajar senior mereka.

Rossli yang bekerja sebagai Pengurus Eksekutif Bangunan berkata, dia terkejut dengan berita itu kerana beberapa jam sebelum kejadian, Asyraf ada menghubunginya untuk bertanyakan khabar ibu serta keluarga lain.

"Rasa macam tak percaya kerana dia baru saja telefon kira-kira jam 11 malam semalam (kelmarin), tiba-tiba pagi tadi (semalam) kira-kira jam 9 pagi, kami dikejutkan dengan berita yang menimpa Asyraf.

"Saya ada juga menghubungi Wisma Putra untuk mengetahui mengenai keadaan rusuhan di sana, namun dimaklumkan tiada rakyat atau pelajar Malaysia yang terbabit," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya, video bagaimana Asyraf dipukul dan disamun tersebar dalam YouTube di Internet. Namun, dia bersyukur anaknya itu selamat dan kini dirawat di hospital.

"Kami juga difahamkan, Asyraf akan dibedah esok (hari ini) untuk merawat rahangnya yang patah. Saya sekeluarga begitu bimbang dan bersedih dengan apa yang menimpa anak, tambahan dia baru saja sebulan di sana melanjutkan pelajaran.

"Jika ada peluang saya dan isteri akan ke London untuk melihat keadaannya, tapi ia bergantung pada perkembangan rusuhan di sana. Tak sangka perkara ini boleh berlaku, lebih-lebih lagi menjelang Syawal ini, Asyraf tidak dapat pulang kerana baru saja di sana," katanya.

Menurutnya lagi, jika perlu dia meminta Mara membawa pulang anaknya kerana dalam keadaan sekarang, Asyraf mungkin terpaksa menangguhkan pelajaran.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Asyraf tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.

"Pelajar itu tidak terbabit dalam rusuhan, tetapi dia diserang sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarahi rakannya untuk berbuka puasa di utara London," katanya pada majlis berbuka puasa di Institut Kemajuan Desa.




Teruknya Masalah Sosial Remaja Islam, Kawasan Jirat Cina Jadi Lokasi Seks Bebas

Posted: 10 Aug 2011 12:45 AM PDT


Saya petik:
Lokasi maksiat terbongkar

[SH] KULIM - Masalah sosial remaja semakin membimbangkan setiap hari.

Sebelum ini, Sinar Harian pernah membongkar aktiviti menghidu gam dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di sekitar kawasan jirat Cina di Taman Cendana sehingga mendapat perhatian pihak berkuasa tempatan (PBT).

Semalam, Sinar Harian membuat pemantauan di sekitar kawasan itu sekitar jam 1 pagi dan menemui kawasan tersorok dipercayai digunakan remaja untuk melakukan hubungan seks.

Dari tinjauan dibuat mendapati, banyak seluar dalam dan coli wanita dibuang di kawasan itu.

Apa lebih menjijikkan apabila kondom yang sudah digunakan bertaburan di kawasan itu.


Pegawai Agama Daerah Kulim Kedah, Sheikh Radzi Abdul Mutalib berkata, ibu bapa seharusnya dipertanggungjawabkan sekiranya ada dalam kalangan anak mereka terlibat dalam masalah seumpama ini.

"Ibu bapa terlalu banyak melimpahkan kemewahan kepada anak-anak mereka. Selain itu, anak juga diberikan telefon bimbit yang canggih di mana mereka boleh memuat turun pelbagai aksi lucah di dalamnya," katanya.

Dari tangkapan dibuat oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) terhadap pasangan yang melakukan maksiat selalunya adalah pelajar.

Beliau tidak menafikan pelajar lelaki dan perempuan hari ini lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan cinta dari menimba ilmu pelajaran.

Pegawai Khas kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas, Elyas Saad berkata, bagi pelajar Tingkatan Lima dan Tiga khususnya, mereka seharusnya mengulang kaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semakin hampir.

"Baru-baru ini, dua laporan polis dibuat apabila dua pelajar perempuan yang masih menuntut dirogol oleh teman lelaki mereka. Dari maklumat saya terima, kedua-dua mangsa ini sering melihat aksi lucah dalam telefon bimbit. Ini merangsang mereka untuk melakukan perlakuan tidak bermoral.

"Saya meminta PBT memantau perlakuan sumbang yang dilakukan oleh pelajar sekolah yang sering berkeliaran di pasar raya bersama teman lelaki masing-masing," katanya.

 P/s: Saya sudah galak memberikan komen isu kerosakan moral remaja. Biarlah berita di atas memberikan gambarannya.

Lelaki Mengamuk di Rumah Bekas Isterinya, Apa Sebabnya?

Posted: 10 Aug 2011 12:00 AM PDT


Saya petik:
[SH] KULIM - Gara-gara hilang sabar melihat bekas isteri dan teman lelakinya berdua-duaan di ruang tamu rumah, seorang duda nekad mengambil parang sebelum 'menetak' motosikal teman lelaki bekas isterinya itu.

Dalam kejadian di Kampung Padang Tembak dekat sini, jam 5.30 petang semalam, bekas isterinya turut pengsan akibat terkena hulu parang ketika cuba meleraikan pergaduhan antara kedua lelaki itu.

Menurut ibu mangsa, suspek dan mangsa telah bercerai beberapa bulan lalu tetapi masih datang ke rumah untuk berjumpa anak mereka.

"Ketika kejadian, saya sedang memasak di dapur manakala anak saya (mangsa) sedang berbual dengan teman lelakinya di ruang tamu rumah. Tiba-tiba terdengar bunyi orang bertengkar.

"Saya cuma dengar bunyi suara mereka bertengkar sebelum menjenguk untuk melihat apa yang berlaku dan ketika itu nampak bekas suami anak saya menetak motosikal teman lelakinya dengan parang panjang. Saya hanya sempat ambil cucu kerana takut tercedera atau terjatuh," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, sebelum ini dia tinggal di Rumah Orang Tua di Sungai Petani namun berpindah ke rumah anaknya untuk menjaga cucu.

Sementara itu, suspek ketika ditemui menyatakan sebelum kejadian mangsa telah menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya dan meminta dia datang ke rumah untuk berjumpa anak mereka.

"Pada Februari tahun ini, bekas isteri saya telah ditangkap oleh Pejabat Agama Islam Daerah Kulim (PADK) kerana berkhalwat dengan teman lelakinya.

"Pada bulan April kami bercerai dengan talak satu. Sepanjang tempoh penceraian saya masih memberikan duit kepada bekas isteri dan membeli susu untuk anak-anak. Pada bulan Jun lalu saya nampak bekas isteri saya keluar bersama teman lelakinya. Saya telah menghentikan penghantaran wang kepadanya tetapi masih membeli keperluan untuk anak-anak.

"Saya mempunyai dua anak. Seorang bersama saya manakala seorang lagi bersama ibunya. Bekas isteri saya telah menghantar SMS kepada saya meminta saya menghantar anak ke rumahnya untuk mereka bermain.

"Tapi setelah sampai di rumahnya saya nampak motosikal kekasihnya berada di luar rumah. Saya memanggil mereka turun dan teman lelaki bekas isteri saya menyatakan bahawa anak saya adalah anak haram. Saya berang lalu merosakkan motosikalnya," katanya sebelum ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kulim untuk siasatan lanjut manakala teman lelaki bekas isterinya melarikan diri.

P/s: Aduhai....! Kalau benarlah dakwaan si lelaki ini, maka bukanlah pelik jika dia mengamuk!




Dr Asri: Islam Agama Hujah, Tidak Perlu Tindakan JAIS

Posted: 09 Aug 2011 10:56 PM PDT


Saya petik:
[MK] Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah, kata bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Sehubungan itu, katanya Malaysia sebagai sebuah negara Islam sepatutnya, berlaku keadaan di mana orang lain terpengaruh dengan Islam dan bukannya umat Islam di negara ini pula yang dipengaruhi oleh hujah pihak lain.

"Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

"Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

"Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa," katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.

Dr Asri mengulas kejadian 3 Ogos lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) didakwa menyerbu sebuah majlis makan malam yang diadakan di sebuah gereja di Petaling Jaya tanpa sebarang waran.

Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Hasan Ali bagaimanapun mempertahankan tindakan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama itu dengan alasan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Menurut Dr Asri sebagai agama hujah, pengajaran dan dakwah Islam sepatutnya mampu menangani isu berkenaan tanpa memerlukan tindakan seumpama itu daripada JAIS.

"Bukan hendak mmpertikaikan JAIS, namun untuk renungan kita umat Islam di Malaysia; sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang?

"Ertinya, pengajaran dan dakwah kita perlu disemak semula," katanya mengakhiri SMS itu. 

P/s: Saya suka akan hujah Dr. Asri yang menyentuh isu yang sedang hangat diperkatakan. Pendirian ini agak selari dengan YB Khalid Samad yang kini sedang "dikristiankan" oleh jurublog UMCO.

Isu orang Islam menagih simpati pihak gereja bukan perkara baru. Isu murtad ini pun bukan perkara baru. Hal ini sudah lama didedahkan oleh bekas paderi dan sebagainya. Mengapa tiada tindakan efektif diambil sedangkan maklumat ini sudah menjadi pengetahuan umum agensi-agensi terlibat? Sedangkan duit zakat yang dikutip setiap tahun bukan sedikit jumlahnya. Jika berlaku umat Islam menagih simpati gereja, siapa yang perlu dipersalahkan? 

Jika terbukti gereja berniat untuk memurtadkan umat Islam, maka ambillah tindakan yang sewajarnya mengikut undang-undang yang diperuntukkan. Siasatan perlu dilakukan dalam suasana yang baik tanpa unsur provokasi yang boleh mencetuskan perbalahan dan sebagainya. Namun, pihak yang terbabit perlulah memandang pada diri sendiri dan bertanya, mengapa hal ini berlaku? Mengapa orang Islam ini boleh menuju ke arah murtad? Apa kelemahan aku sebagai orang yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini? Selain itu, kita juga perlu menyoal diri kerana setiap orang mempunyai peranan dalam hal ini.

Dalam menyelesaikan isu ini, selain penguatkuasaan undang-undang yang mengikut lunas undang-undang, pendekatan berhujah dan keberkesanan dakwah serta penyaluran wang zakat yang menyeluruh perlu diambil kira.




Guru Wanita Rakam Adegan Seks dengan Pelajar

Posted: 09 Aug 2011 08:45 PM PDT

Tara Driscoll

Menurut berita Agensi, seorang guru sekolah menengah menghadapi tuduhan merogol selepas didakwa merakam adegan dia mengadakan hubungan seks dengan seorang pelajar bawah umur.

Tara Driscoll, 33, dari Bayshore, Long Island, ditangkap selepas polis menerima salinan video berkenaan yang menunjukkan dia mengadakan seks dengan pelajar lelaki berusia 16 tahun.

Polis berkata, pelajar itu mengaku mengadakan seks dengan Tara selepas disoal ibunya.

Penyiasat berkata, Driscoll, yang mengajar undang-undang dan kerajaan, memilih pelajar itu dan membawanya ke sebuah Motel, tempat mereka mengadakan seks. 
 
P/s: Gila!

Salur Darah Manusia Boleh Digodam

Posted: 09 Aug 2011 07:38 PM PDT


Saya petik:
[Kosmo] LAS VEGAS, Amerika Syarikat (AS) - Salur darah manusia turut tidak terselamat daripada penggodam komputer selepas seorang penyelidik keselamatan siber mendapati pam insulin alat pengawasan gula dalam darah boleh dikawal penggodam, lapor sebuah akhbar semalam.

Akibatnya, pesakit diabetis boleh dikawal supaya menerima terlampau banyak atau terlalu sedikit insulin iaitu hormon yang mengawal pencernaan gula, sekali gus membahayakan nyawa mereka.

Penyelidik siber berkenaan, Jay Radcliffe yang juga penghidap diabetes mencipta sendiri peranti radio untuk menggodam seterusnya mengawal pam insulin yang digunakan oleh pesakit diabetis.

Dia membentangkan penemuan itu pada persidangan keselamatan komputer Black Hat di sini pada hujung minggu lalu.

"Reaksi awal saya ialah peranti penggodam ini hebat tetapi saya kemudian berasa gerun apabila menyedari pam insulin yang membantu saya untuk terus hidup tidak memiliki kawalan keselamatan," katanya.

Penemuan Radcliffe mencetuskan kebimbangan mengenai peralatan kesihatan sedia ada seperti peralatan yang mengawal degupan jantung dan monitor bilik pembedahan di era Internet. - Agensi

[Kemas Kini] Susulan Kes Wanita Dikerat 15, Mangsa Warga Indonesia Dibunuh Mungkin Kerana Cemburu

Posted: 09 Aug 2011 06:30 PM PDT


Saya petik:

[HM] AMPANG: Motif cemburu dikenal pasti menyebabkan seorang wanita warga Indonesia dan anaknya yang berusia enam tahun dibunuh kejam sebelum mayat mereka dikerat lebih 15 bahagian. 

Mayat dua beranak itu dibungkus dalam tiga plastik sebelum dibuang di sebuah pangsapuri terbiar di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, pada 3 Ogos lalu.

Polis mengesahkan wanita berkenaan juga mengandung berdasarkan bedah siasat dijalankan.

Setakat ini, polis menahan sembilan lelaki termasuk suami mangsa yang berusia 29 tahun bagi membantu siasatan di Bandar Baru Ampang, di sini, dua hari lalu.

Lapan lagi lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci adalah warga Bangladesh. Seorang daripada lelaki dipercayai kekasih 'gelap' wanita berkenaan.

Siasatan awal, suami mangsa yang berasal dari Sabah tidak pernah membuat laporan polis berhubung kehilangan isteri dan anaknya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan motif cemburu menjadi punca pembunuhan kejam itu.

Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan.

Berkaitan:
Tukul Besi Dipercayai Digunakan Dalam Pembunuhan Kejam Di Taman Kosas

[Bernama] SHAH ALAM: Polis Selangor pada Selasa mendedahkan tukul besi ialah antara senjata yang dipercayai digunakan dalam kes pembunuhan seorang wanita dan kanak-kanak lelaki di Taman Kosas, Ampang, Selangor Rabu lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata kesan kecederaan pada badan si mati hampir sama dengan kesan penggunaan tukul besi.

Beliau juga berkata pakar perlu menganalisis keadaan mayat sebelum mengetahui punca kematian kedua-dua mangsa dan polis sedang mengenal pasti sama ada kanak-kanak lelaki itu anak wanita berkenaan.

Katanya, setakat ini lebih 100 orang ditemu bual dan keterangan 40 saksi diambil, termasuk seorang lelaki yang dikatakan suami wanita malang itu.

"Lelaki itu berkata si mati hilang 29 Julai lepas. Dia menyedari perkara ini selepas wanita itu tidak balik ke rumah mereka," katanya.

Mayat wanita dan kanak-kanak itu ditemui dalam beberapa beg plastik di sebuah apartmen yang tidak berpenghuni dalam keadaan badan mereka dikerat-kerat.

Hati-hati Beli Juadah di Pasar Ramadan, Budak Maut Selepas Berbuka Puasa

Posted: 09 Aug 2011 05:45 PM PDT


Saya petik:
Enam turut alami muntah, cirit birit

[BH] MERU: Seorang murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Binjai dekat sini, meninggal dunia pagi kelmarin, selepas mengalami muntah dan cirit birit kira-kira setengah jam selepas menikmati juadah berbuka puasa yang dibelikan bapanya di sebuah bazar Ramadan berdekatan rumahnya di Taman Seri Mewah di sini, petang Ahad lalu.

Selain Nurdini Mohamad Ali, 11, hampir seluruh ahli keluarganya turut mengalami simptom sama sehingga terpaksa dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, selepas memakan juadah sama.

Mereka ialah ibunya, Noraliti Ramli, 37, yang kini hamil lima bulan, dan empat abangnya, Mohammad Syafiq, 14; Mohammad Irfan, 13; Mohammad Fitri, lapan dan Mohammad Hazimi, tiga tahun serta pembantu rumah dikenali sebagai Pati. 

Mohammad Irfan dan Mohammad Fitri turut disyaki dijangkiti penyakit taun, manakala Mohammad Hazimi menghidap demam denggi.

Bapa mangsa, Mohamad Ali Khir, 37, yang ditemui di HTAR, berkata jam 6.10 pagi kelmarin, beliau ke bilik air dan terdengar bunyi dengusan seperti lembu disembelih dari bilik air.

"Sebaik membuka pintu bilik air, saya terkejut melihat Nurdini dalam keadaan terlentang dengan mata terbeliak dan mulutnya berbuih," katanya.

Mohamad Ali yang tidak dapat menahan sebak, berkata Nurdini meminta air batu campur (ABC) dan otak-otak sejak awal Ramadan lagi, tetapi hanya Ahad lalu beliau berkesempatan membeli juadah berkenaan.
 
"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah itu, perut saya mula berasa tidak selesa dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah serta cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air.

"Sebaik melihat keadaan Nurdini yang semakin teruk, saya membawanya ke HTAR tetapi sebaik tiba di hospital, doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya.

Ahli keluarganya yang lain dibawa ke hospital sama dengan bantuan jiran.

Mohamad Ali berkata, biarpun beliau turut mengalami simptom sama, beliau menggagahkan diri dan tidak mahu dirawat di hospital kerana tiada siapa untuk menguruskan jenazah anaknya.

Jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, selepas Zuhur, petang kelmarin.

Ditanya sama ada beliau mahu mengambil tindakan terhadap peniaga yang menjual makanan yang disyaki tercemar, Mohammad Ali berkata beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, tetapi menasihati peniaga bazar Ramadan mengambil iktibar dan berhati-hati ketika mengendalikan makanan yang dijual supaya kejadian menimpa keluarganya tidak berulang.


P/s: Sila ambil perhatian!




Lima "Ekor Katak Politik" Sedia Jadi Saksi Drama Liwat II

Posted: 09 Aug 2011 05:08 PM PDT


Saya petik:

Ezam antara bekas orang kanan mahu jadikan mahkamah medan jawab segala fitnah

[BH] KUALA LUMPUR: Beberapa bekas orang kanan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyatakan kesediaan mereka untuk menjadi saksi pembelaan bagi kes liwat yang sedang dihadapi ketua pembangkang itu.

Antara mereka ialah bekas Setiausaha Politik Anwar yang juga Ahli Dewan Negara, Ezam Mohd Noor; bekas setiausaha sulitnya, Anuar Shaari; bekas pegawai khas, Rahimi Osman; bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong.
Ezam, yang juga Ahli Dewan Negara, berkata ini memang masa yang ditunggu-tunggu kerana mahkamah adalah medan menjawab segala fitnah yang dilemparkan terhadap beliau dan beberapa rakan seangkatan yang sudah meninggalkan Anwar. 

"Sebelum ini ramai yang beranggapan kami meninggalkan Anwar kerana disogok dengan habuan tertentu dan pelbagai tohmahan lain, hakikatnya kami meninggalkan Anwar disebabkan kami tahu adalah haram bertuankan seorang yang rendah moral," katanya ketika dihubungi semalam.

Anuar berkata, beliau menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kerana beliau cukup tahu minat dan kecenderungan Anwar.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak relevan untuk dipanggil peguam bela kerana mereka tidak ada kena mengena dengan kes liwat itu. Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini dengan menggunakan media.


"Anwar mahu menemu ramah Najib dan Rosmah supaya beliau dapat mempolitikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara dan pasti akan memburukkan sistem kehakiman negara jika ia tidak memihak kepadanya," katanya.
Rahimi berpendapat tujuan Anwar mahu menemubual Najib dan Rosmah adalah cubaan untuk mempolitikkan isu dan perbicaraan liwat yang dihadapinya.

Katanya, Anwar hanya mahu memburuk-burukkan sistem kehakiman negara dan beliau tidak akan sekali-kali menyalahkan kerakusan nafsu songsangnya dalam hal itu.

Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, berkata beliau juga bersedia menjadi saksi kepada pasukan pembela berbanding Najib dan Rosmah.

"Saya cukup mengenali Anwar dan Saiful Bukhari, malah saya mengenalinya lebih daripada Najib dan Rosmah dan melalui saya banyak yang mahkamah boleh dapatkan," katanya.

Choo Keong pula berkata, beliau juga mempunyai banyak maklumat yang boleh membantu dan bersedia menjadi saksi pembelaan.

"Saya juga menjadi saksi ketika Rahimi diarahkan untuk menandatangani pengakuan bersumpah pada 29 Jun 2008 dan saya tidak perlu rasa takut," katanya.


P/s: Hahahaha.Aduhai, katak politik! Semakin dekat PRU, semakin kuat membodek. Katak-katak ini sepatutunya menjadi saksi pendakwaan, mengapa sibuk mahu menjadi saksi pembelaan? Mengapa pasukan pendakwaan enggan memanggil katak-katak ini ke kandang saksi? Kalau pun mahu dipanggil, Raja Sesumpah Ezam saja yang wajar dipanggil kerana Si Sayfool ada berjumpanya sebelum membuat laporan polis. Apa relevannya katak politik yang lain dipanggil ke kandang saksi?










Susulan Kes Hina Islam/Nabi, Nor Arlene Tan Buat Laporan terhadap GaySec

Posted: 09 Aug 2011 03:09 PM PDT

Kredit: Milo Suam

P/s: Tunggu dan lihat. Dalam masa yang sama, janganlah bertindak melulu dan biarlah hal ini ditangani oleh pihak yang terlibat.


Tiada ulasan: