Isnin, 1 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Sang Kelembai: Pejabat PM Najib yang perlu di tranformasikan dulu.

Posted: 01 Aug 2011 07:38 AM PDT

MERUPAKAN ARTIKEL TERBARU DARI BLOG SANG KELEMBAI

Pejabat PM Najib yang perlu di tranformasikan dulu.

PM Najib berkata di dialog antarabangsa Langkawi yang sebilangan besar pesertanya dari Benua Afrika supaya jangan takut dengan melaksanakan tranformasi.

Melaksanakan tranformasi memang satu amalan yang baik. Tetapi dari mana hendak bermula? Satu jawabpan perlu diberi dahulu sebelum dilaksanakan.

Bagi sebuah negara yang sudah merdeka di gerbang 54 tahun, Sabenanya sudah berpuluh kali tranformasi dilakukan tetapi tidak sehebat hari ini. Semuanya hendak tranformasi, ayat itu digunakan dimana-mana.

Maka apakah tranformasi yang hendak dibawa oleh PM Najib, adakah satu dasar yang menyeluruh? Atau ada beberapa perkara sahaja yang di perlukan tranformasikan. Ambil dahulu dalam soal pentadbiran kerajaan itu sendiri, adakah sudah ditranformasikan.

Jika PM Najib terus bersetuju dengan seorang pegawai turus di perkhidmatan awam yang sudah menjangkau usia 58tahun, disambung lagi perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha Negara sehingga usia 61 tahun dan seorang Gabenor Bank pusat yang sudah berusia 60 tahun disambung tugas sehingga 65 tahun adakah satu tranformasi? Adakah selama 50tahun ini kita gagal melahirkan ahli pentadbir yang bijak, ahli ekonomi yang terhandal? Atau kita tidak berjaya melahirkan modal insan.

Jika lonjakan ekonomi dimulakan mengambil tanah-tanah kerajaan dan diberikan kepada IMalaysia Develoment Berhad (1MDB) kemudian IMDB dengan tidak mengambil kira kepentingan negara dimasa depan. Akhirnya jangka panjang merugikan rakyat, bila mana 30 tahun kedepan kerajaaan masa itu terpaksa pula menggunakan akta pengambilan tanah-tanah milik rakyat bagi keperluan masa itu. Adakah itu maksud tranformasinya.

Kenapa tidak merancang bandar baru saperti yang dibuat oleh pemikir-pemikir perancang ekonomi tahun 60an yang tidak sehebat Zetty Aziz, hingga lahir Bandar Baru Bangi dan Shah Alam dan beberapa bandar baru. Kenapa tanah-tanah perladangan yang tamat tempoh pajakan tidak diambil semula oleh kerajaan dijadikan kawasan pembangunan baru, kenapa dipersetujui pertukaran status tanah dari pertanian ke perumahan dan komersial? Adakah itu bukan tranformasi tanah?

Akan ada beratus senarai yang akan ditulis yang memerlukan tranformasi jika benar kita mahu "tran" ia itu menyeluruh dalam reformasi kita. Belum masuk lagi perkara lain, Contuhnya kita mahu penjaja haram dan kakilima dihapuskan tetapi dalam masa yang sama kita keluarkan lesen penjaja. Kita suruh mereka berpindah tetapi foodcourt tidak dibina, jika ada pun dikawasan komplek atau mall, harga sewaan tidak termampu oleh penjaja dan peniaga kecil.

Akhirnya orang saperti saya yang terlibat dalam politik dan menjadi ahli Parti yang bernama UMNO akan bertanya adakah tranformasi ini akan dimulakan oleh UMNO sendiri ia itu melalui pemimpin-pemimpinnya khasnya PM Najib dan timbalannnya TPM Muhyiddin, belum termasuk Ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO yang sebilangan besarnya semasa hendak membuat pemilihan dahulu suara macam harimau dan bila terpilih saperti kucing meminta ikan.

Kepada saya UMNO yang perlu di tranformasikan, yang perlu diubah, bukan sahaja perlembagaannya tetapi perangai pemimpinnya.

UMNO sebenarnya tidak pernah belajar kenapa dengan tiba-tiba ditolak oleh rakyat pada pilihanraya umum 2008 dengan kekalahan di empat kerajaan negeri yang dikuasainya dan kekal tidak dapat menguasai Kerajaan Kelantan.

Segalanya bermula dengan pemimpin UMNO sendiri. Soal dasar dan sumbangan UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional tidak ada sesiapa hendak menafikan apa yang sudah dilakukan oleh UMNO ini selama 50tahun Merdeka.

Kenapa pada tahun 2007 menjelang Malaysia meraikan 50tahun kemerdekaannya tidak saperti Kerajaan Perikatan meraikan 10tahun kemerdekaan ditahun 1967. Dimana beberapa pamiran dan keraian dilakukan melibatkan rakyat berbagai kaum. Jika tidak kerana perayaan 10tahun itu, kemungkinan dipilihan raya tahun 1969 lagi parah keputusannya.

Berbalik semula ke dasar-dasar tranformasi yang sewajarnya dimulakan dalam batang tuboh UMNO.. adakah sudah dilakukan dengan dimulakan pemimpin UMNO ini berubah cara tingkah lakunya.

Pemimpin UMNO ini dalam istilah politiknya sudah menjadi gulongan 'borjuis' walau sebenarnya asal mereka juga dari kaki lima. Saya perhatikan sikap borjuis ini dikalangan pemimpin UMNO ini yang menyebabkan rakyat khasnya generasi baru dari berbagai kaum naik menyampah dengan pemimpin UMNO belum termasuk lagi gulungan yang berlagak aristokrat.

Jika dibandingkan majoriti rakyat hari ini.. mereka tidak termasuk dalam gulongan borjuis jauh sekali mereka aristokrat. Tetapi bagaimana rakyat dizaman 50an dan 60an boleh menerima gulongan aristokrat menjadi pemimpin mereka walhal mereka adalah proletariat dan petani.

Kenapa Dato Onn, Tunku, Tun Razak, Tun Ismail dan berderet lagi pemimpin UMNO dari gulongan aritokrat dan borjuis Melayu diterima oleh orang-orang Melayu, malah kematian mereka ditangisi. Jawabpannya mereka memang keturunan aristokrat dan datang dari gulongan borjuis tetapi mereka tidak pernah menunjukan diri mereka dari asal dari gulongan itu.

Mereka pemimpin melayu sejati, mereka terbuka untuk menerima pandangan pengikut dan penyokungnya, berdamping dengan rakyat dimana sahaja.

Berbeza hari ini.. pemimpin UMNO yang asal dari kakilima dan dapat sedikit pelajaran dan masuk universiti akhirnya dianggap intelek, mereka pula sekarang berlagak macam aristokrat dan berjouis besar.

Mereka yang memegang jawatan Menteri dan Menteri Besar satu perkara, yang hanya ahli Parlimen dan ahli Dewan Negeri satu perkara lain ditambah lagi dengan Ketua-ketua UMNO Bahagian yang sibuk menggunakan jawatan untuk mencari projek memperkayakan diri.

Satu perkara yang pemimpin ini terlupa bahawa mereka membesar didepan beribu pengundi dan pemilih dalam kawasan pilihanraya. Sebilangan besar pengundi tahu asal usulnya. Jika perubahan kehidupannya mendadak dan luar biasa. Maka disoal, mana punca dan datang kekayaan itu? Jika tidak menjual jawatan dan melacurkan pengundi dan ahli UMNO?

Kesimpulannya bahawa rakyat bukan mahu terlalu banyak tranformasi hanya hendak satu tranformasi sahaja ia itu pemimpinlah tranformasikan diri.

Dalam wall saya di facebook, saya katakan bahawa jika saya yang memberi tangan surat kepada PM Najib sendiri dan saya tahu bahawa PM Najib akan menyerahkan surat itu kepada pembantunya untuk mengambil tindakan susulan. Akhirnya tidak dapat sebarang jawabpan.. bukan surat itu minta sokungan projek tetapi membincangkan kepentingan rakyat tidak dilayan. Bagaimana dengan surat rakyat yang lain. Adakah itu salah PM Najib?

Itu sebabnya bagaimana pun yang lama juga di puji orang. Tun Dr Mahathir Mohamed semasa menjadi Perdana Menteri setiap surat yang dihantar akan dijawab sama ada oleh dirinya sendiri atau pegawainya. Itu sebab banyak orang menyimpan surat jawabpan Tun Dr Mahathir Mohamed sebagai satu kenangan dengan pemimpin.

Saya tidak salahkan PM Najib tetapi pembantunya. Kenapa pembantu tidak melayan surat yang berkepala surat lambang UMNO sendiri agaknya kerana saya siapa. Memang saya bukan siapa.. tetapi saya Setiausaha UMNO Bahagian satu UMNO Bahagian yang hanya berjumlah 191 sahaja. Bagi pembantunya yang bertaraf Setiausaha Sulit Kanan dan kiri, Setiausaha Politik dan juga Pegawai-pegawai Khas tolong jangan ambil kesempatan atas kelemahan PM Najib anak seorang aritokrat melayu itu. Jangan sibuk menukar cover proposal dan mencari komisyen dan membuat rumah banglow, dimata rakyat memandang.

Saya sudah melalui zaman Tun Razak,Tun Hussein, Tun Dr Mahathir Mohamad hanya dizaman PM Abdullah dan PM Najib sahaja yang saya lihat banyak pegawai-pegawai di pejabat PM bergelar Datuk Seri dan Datuk, yang belum ada ialah gelaran Tan Sri kepada pegawai-pegawainya, saya rasa dizaman PM Najib nanti akan ada gelaran Tan Sri akan diberi kepada Pegawai Khasnya saperti Azlin Alias.

Ingatlah PM Najib pernah menang hanya dengan majoriti bawah 250 undi di Pekan, Jika beliau menang hanya di Pekan tanpa menang ditempat lain kalah, beliau tidak juga menjadi Perdana Menteri. Saya tidak akan mengeluarkan wang walau sesen pun untuk dapat berjumpa dengan PM Najib saperti mana saya dengar dan di beritahu bahawa ada orang disekeliling Pejabat PM Najib diberikan wang beribu-ribu dulu untuk dapat berjumpa dan potong que. kerana itu soal nak berjumpa itu, bukan kepentingan saya.

Kesimpulanya bertranformasikan sikap supaya jujur dan amanah.

Sang Kelembai: Ahmad Maslan hantar msg minta saya hantar semula surat yang dihantar. Konunnya nak bantu dapat temujanji. Saya sudah tidak berminat berjumpa lagi. dengan PM Najib. Jika saya telah mulakan mengangkat sauk dan layar berkembang, saya akan mulakan pelayaran saya. Biar sebesar mana gelombang dan gelora akan saya tempoh.

Terkini! Gambar YAB Ustaz Azizan Dan TG Haron Din Di Hospital

Posted: 01 Aug 2011 06:14 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJRG5nv4OSlC3TkvAT_kc9rxhHwlzpR4sHK-zZ6RcBWGNZPxuOtq770eA2qQnj0YteY9PKBDUolbPh3810R5HhaceybK3UnoBOcgu3sDNmpNYCgUn235Y4y6bL9a8YRLipWWpgXIgps9Xr/s400/Azizan+sakit.jpg

YAB Ustaz Azizan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgIbU1yZekz1W15JgMY2zJBjWdWicvJNOxYODEpBEI8Y8_ePhHArPkA7OIH40rr1Z7uWvPmChbCk3SiU1mhu8jU86zbkrM1WE4P7yFJDJ_LcSJKiZvJW9EORoo-XQlZhemY9kXmxb1tims-/s400/Harun+din+sakit.jpg

TG Haron Din

Semoga Allah memberi kekuatan dan cepat sembuh buat Tok Guru pimpinan PAS yang disayangi.

Ya Allah selamatkan penganut islam dimuka bumi Malaysia ini dari golongan Sekular Umno!

CINTA SULTAN MUHAMMAD KE-V KEPADA AYAHANDANYA

Posted: 01 Aug 2011 06:10 AM PDT

Demi cinta, kasih dan sayang Baginda kepada paduka ayahanda Baginda, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra, maka pada hari Khamis, 28 Julai 2011, lalu Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V, telah membuat satu keputusan yang bijaksana dengan menggunakan dana peribadi Baginda sendiri bagi menjelaskan kemudahan overdraf yang telah diberikan oleh CIMB Bank Berhad kepada paduka ayahanda Baginda sebelum ini yang nilai mutakhirnya berjumlah sebanyak RM2,731,550.

Sesungguhnya tindakan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V ini merupakan satu pengorbanan terpuji yang didorong oleh keinsafan Baginda bahawa keadaan kesihatan paduka ayahanda Baginda sudah pasti tidak akan mengizinkan paduka ayahanda Baginda dari menjelaskannya sendiri. Inilah satu lagi petanda jelas betapa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Ke-V adalah seorang anak bertanggungjawab yang tidak pernah sama sekali melupakan jasa-jasa paduka ayahanda bonda Baginda.

Allahu Akbar.

http://thekelantaninsider.blogspot.com/

Semoga Ustaz Azizan Cepat Sembuh. Jom Pakat Doakan Beliau

Posted: 01 Aug 2011 04:49 AM PDT

MB Kedah dimasukkan ke IJN, jantung tersumbat

Kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur untuk menjalani rawatan serta pemeriksaan jantung, tidak membimbangkan dan berada dalam keadaan stabil.

Menurut Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Helmi Khalid, Azizan yang menghidap penyakit darah tinggi dimasukkan ke IJN Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

"Doktor yang memeriksa beliau mendapati satu saluran ke jantungnya ada masalah (tersumbat) dan menasihatkan Menteri Besar tinggal lebih lama untuk dirawat, selain bagi menstabilkan tekanan darahnya.

"Kesihatan Menteri Besar dalam keadaan stabil sekarang, tetapi saya tidak tahu bila doktor akan membenarkan beliau keluar dari IJN," katanya ketika dihubungi.

Mohd Helmi berkata doktor juga tidak membenarkan Azizan menerima pelawat bagi mengelak gangguan terhadap proses rawatan dan membolehkan tekanan darah beliau kembali normal dengan lebih cepat.

Bagaimanapun, beliau berkata Sultan dan Sultanah Kedah serta beberapa anggota Exco kerajaan negeri itu sempat menziarahi Azizan di IJN hari ini.

- Bernama

MB Kedah Dapat Rawatan “Diam-diam” Di IJN

Posted: 01 Aug 2011 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini ditahan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini sejak Sabtu lalu.

Berita mengenai tahap kesihatan beliau dirahsiakan daripada umum serta belum diterbitkan oleh mana-mana pihak termasuk akhbar rasmi parti PAS, Harakah.

Sumber memberitahu AANS, beliau datang ke IJN untuk menjalani pemeriksaan biasa Sabtu lalu namun terpaksa ditahan selepas pemeriksaan mendapati terdapat saluran darah tertentu di bahagian jantungnya yang hampir tersumbat.

"Beliau boleh bercakap tetapi tidak boleh lama, terpaksa menggunakan bantuan pernafasan kalau banyak bersuara," katanya.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mendedahkan jika Azizan berada dalam keadaan tenat atau tidak.

Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau.

Beliau mula berkhidmat selaku Menteri Besar bermula 9 Mac 2008 dan kini berusia 67 tahun.

http://facebookaans.blogspot.com/2011/08/mb-kedah-dapat-rawatan-diam-diam-di-ijn.html

Mahasiswa gerak kempen Jom Baca Media Alternatif

Posted: 01 Aug 2011 04:38 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang terdiri daripada beberapa gabungan mahasiswa akan melancarkan kempen Jom Baca Media Alternatif hujung minggu ini.

Menurut Sekretariat Media SMM Ahmad Shukri Kamarudin, kempen itu diadakan agar rakyat menyedari kewujudan media-media alternatif seterusnya menjadikan ia sebagai akses utama mendapat maklumat.

"Selain itu kempen ini juga bertujuan mendidik rakyat untuk mengutamakan kesahihan berita, mendedahkan rakyat kepada persepsi yang lebih terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat realiti Malaysia berdasarkan dimensi yang berbeza.

"Dalam pelancaran kempen dua hari ini bermula Sabtu kita juga akan mengatur beberapa aktiviti lain bagi menyemarakkan lagi suasana," katanya sambil menambah kempen itu juga bertemakan Baca dan Banding.

Jelas beliau, pelancaran perasmian akan dilakukan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said pada Ahad di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

"Pada hari Sabtu (3 petang) kita akan berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman yang mana kira-kira 30 hingga 40 mahasiswa akan memakai baju khas kempen yang tertera alamat media alternatif, kita juga akan mengedarkan risalah kempen dan buah kurma kepada orang ramai.

"Sementara itu pada hari Ahad, kita akan buat pelancaran kempen yang akan dilakukan Datuk A Samad Said, beliau juga akan membaca puisi dan kita juga akan mengadakan beberapa gimik pelancaran," katanya.

Sebelum majlis pelancaran, wacana "Mahasiswa Selamatkan Rakyat" yang akan menyentuh mengenai pembinaan loji nadir bumi Lynis di Gebeng, Kuantan akan turut diadakan.

SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).

Ramadhan bulan pembersihan jiwa- Anwar

Posted: 01 Aug 2011 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Ramadhan adalah bulan pembersihan jiwa di mana Allah memberi ruang kepada umat Islam beribadat bagi memuliakan bulan suci itu.

"Alhamdulillah, dengan limpah inayah dan izinNya maka kita dapat memulakan ibadah Ramadhan untuk sekalian kalinya tahun ini,".

"Justeru wajarlah ia dimanfaatkan segenap masa agar Ramadhan kali ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita inshaAllah," kata Anwar dalam perutusan Ramadhan hari ini.

Menurut Anwar, Rasulullah SAW bersabda , "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.

"Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Hari ini, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432 Hijrah, umat Islam di Malaysia mula menunaikan ibadah puasa- rukun Islam ketiga yang diwajibkan ke atas umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sistem dua gabungan parti

Posted: 31 Jul 2011 11:30 PM PDT

Penulis TamuOleh: Ghazali Mayudin
ghazalimayudin@yahoo.com

Semenjak merdeka, sistem parti di Malaysia termasuk dalam kategori sistem parti dominan di mana terdapat banyak parti politik tetapi hanya satu parti sahaja yang sentiasa menang dan menguasai kerajaan. Perikatan/Barisan Nasional adalah parti dominan yang telah menguasai kerajaan pusat dan hampir semua kerajaan negeri semenjak merdeka sehingga sekarang.


Walau bagaimanapun kedudukan BN sebagai parti dominan agak tergugat selepas pilihan raya Mac 2008. Kejayaan gabungan parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat menguasai lima buah negeri dan menafikan BN dua pertiga majoriti dalam Dewan Rakyat menunjukkan kemampuan parti pembangkang menjadi saingan setara dan mencabar kedudukan BN sebagai parti dominan.

Sebagaimana yang sering berlaku sebelum ini, kewujudan atau kemenangan gabungan parti pembangkang akan diwarwarkan sesetengah pihak sebagai bermulanya kemunculan sistem dua parti di negara ini.

Pada awal 1990an, wujudnya gabungan parti pembangkang dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat memberi harapan kepada pihak tertentu dan menganggapnya sebagai satu permulaan yang baik kearah kemunculan sistem dua parti.

Namun harapan itu tinggal harapan, apatah lagi apabila kedua-dua gabungan itu gagal bertahan lama dan akhirnya hilang daripada arena politik Malaysia. Kini Pakatan Rakyat dilihat berpotensi dan diharap mampu menggantikan BN dan membawa Malaysia ke arah sistem dua parti. Adakah harapan ini akan menjadi kenyataan atau masih harapan palsu sebagaimana sebelumnya.

Kalau diamati pekembangan dalam negara yang pernah diperintah parti dominan, tidak ada yang yang bertukar kepada sistem dua parti apabila parti dominan dikalahkan dalam pilihan raya atau tidak lagi berkuasa. Parti Kongres di India, Liberal Democratic Party (LDP) di Jepun dan Golkar di Indonesia adalah parti dominan yang pernah tewas setelah berkuasa untuk satu jangka masa yang panjang.

Setelah parti dominan ini tewas, parti lain pula berkuasa. Pada masa yang sama terdapat banyak parti lain yang bersaing untuk mendapatkan kuasa atau sekurang-kurangnya menghantar wakil ke dewan perundangan. Memang benar pengalaman di negara lain tidak semestinya berulang di Malaysia kerana pengalaman dan latar belakang sosiopolitik yang berbeza.

Namun perbezaan yang lebih ketara adalah diantara latar belakang Malaysia dengan negara yang terdapat sistem dua parti. Di Amerika Syarikat terdapat hanya dua parti utama iaitu Demokrat dan Republikan yang dari awal lagi telah menampakkan pebezaan dari segi latar belakang penyokongnya, dasar, pendekatan dan cadangan penyelesaian masalah dan isu utama dalam masyarakat.

Demokrat lebih berpengaruh di bahagian selatan dan menekankan kepada menjaga kepentingan golongan miskin dan kelas bawahan. Republikan pula lebih menumpukan kepada hak individu.

Kedua-dua parti ini juga menyarankan atau mengambil langkah yang berbeza bagi mengatasi masalah atau menangani isu tertentu saperti kemelesetan ekonomi tahun 1930an, Perang Dunia Kedua, Perang Vietnam, langkah mengatasi kemelesetan ekonomi semasa, pendudukan Amerika di Iraq dan Afghanistan. Misalnya Demokrat menyarankan tentera Amerika dibawa keluar sementara Republikan lebih cenderung untuk meneruskan kehadiran tentera Amerika di negara berkenaan.

Dalam pilihan raya, terutamanya pilihan raya presiden, calon yang bertanding mengemukakan pendapat, cadangan dan memperdebatkan isu yang menjadi fokus semasa. Pada hari mengundi, rakyat membuat pilihan di kalangan calon yang bertanding dengan mengambilkira pendapat dan cadangan yang dikemukakan semasa berkempen.

Kemenangan Obama yang berjanji akan membawa keluar tentera Amerika dari Iraq secara tidak langsung membayangkan kehendak rakyat agar tentera Amerika diundurkan. Dengan itu rakyat menolak pandangan saingan Obama dari Republikan yang ingin meneruskan kehadiran tentera Amerika di Iraq.

Oleh itu dalam sistem dua parti, rakyat diberikan pilihan dari segi dasar, pendekatan dan langkah mengatasi masalah dan menangani isu dan persoalan semasa. Rakyat Malaysia yang telah lebih lima dekad berada pemerintahan parti dominan Perikatan/Barisan Nasional tentunya lebih berhati-hati dan tidak mudah diyakinkan untuk melakukan perubahan.

Beberapa persoalan mungkin ditimbulkan saperti apakah bezanya diantara BN dengan Pakatan Rakyat? Apakah yang ada pada PR tetapi tidak ada pada BN? Mengapakah dan bagaimanakah mengundi PR boleh menguntungkan mereka dan keluarga? Sebahagian daripada persoalan itu mungkin dijawab dalam manifesto yang turut juga memuatkan janji pilihan raya.

Janji itu pula akan lebih meyakinkan sekiranya janji yang dibuat semasa pilihan raya Mac 2008 telah dilaksanakan dalam empat buah negeri yang dikuasai PR dan pertukaran parti yang memerintah telah memberi impak yang positif kepada kehidupan rakyat.

Oleh kerana telah wujud banyak parti, maka yang akan muncul bukanlah sistem dua parti tetapi sistem dua gabungan parti yang boleh bekerjasama untuk mendapatkan kuasa dan kemudiannya bersedia pula untuk berkongsi kuasa.

Ketiadaan esprit de corp (perasaan kekitaan) di kalangan rakyat menjadi penghalang kepada kemunculan sistem dua parti di Malaysia. Bagaimanakah perasaan itu akan wujud sekiranya rakyat Malaysia dari zaman kanak-kanak lagi sehingga remaja dipisahkan mengikut etnik semasa dalam alam persekolahan?

Agak menakjubkan kalau mereka tidak pernah makan semeja dan belajar sebumbung, kemudian apabila dewasa diharapkan akan bersama dalam satu parti politik. Benih sistem dua gabungan parti telah disemai disekolah dan hasilnya dituai dalam kancah politik negara.

Penulis adalah mantan Profesor Madya, Program Sains Politi, UKM.

Polis itu manusia, tiada ia malaikat

Posted: 31 Jul 2011 11:00 PM PDT

Oleh SUBKY LATIF

ADAPUN polis itu wajib ia taat dan mematuhi undang-undang dan melaksana segala perintah yang diturunkan kepadanya. Tiada boleh ia tidak menjalankan tugas. Salah ia kalau tidak menjalan ia akan perintah.

Oleh itu apabila minta longgar seseorang akan tindakan polis, maka berkata polis, ia menjalankan tugas.


Apabila metakwil seseorang akan tindakan polis, maka menjawab polis, ia mematuhi undang-undang dan melaksanakan peraturan.Ia suka atau tidak suka ia kena buat sekalipun ia tidak disukai orang.
Sebagaimana setiap malaikat memetahui segala perintah Allah, maka begitulah polis mesti mematuhi yang diturunkan kepadanya.

Malaikat itu tiada membantah ia akan perintah Allah. Tidak seperti iblis, apabila diperintah Allah supaya sujud kepada Adam, tiada mahu sujud iblis. Berkata ia begitu dan begini kepada perintah Allah itu. Akan tetapi sujud sekalian malaikat pada Adam.

Perintah sujud kepada Adam itu dirasa pelik oleh malaikat, maka bertanya mengapa tidak dijadikan mereka saja sebagai khalifah di bumi, kerana manusia itu suka menumpah darah sesama sendiri dan melakukan banyak kerosakan?

Menjawab Allah, Dia lebih tahu. Maka patuh sekaliannya.

Akan polis itu adalah manusia. Tiada dijadikan ia seperti malaikat. Walaupun manusia juga mesti mengikut perintah dan tiada boleh ia engkar, tetapi patuh manusia itu tidak seperti patuh malaikat.

Polis tidak boleh jadi macam malaikat. Malaikat diberi otak tetapi tidak boleh memikir. Tidak boleh malaikat menggunakan akal dalam menjalankan tugasnya. Kecil besar tugas dijalankan mengikut yang Allah perintah secara terperinci.

Tidak boleh ia berfikir untuk buat begitu dan begini semasa mematuhi perintah Allah. Ia buat seperti yang Allah suruh.

Polis tidak begitu dalam menjalan perintah. Polis itu manusia, diberi otak untuk berfikir dan menggunakan akal bagi melaksanakan perintah. Perintah itu ada ketat, ada longgar, ada khusus dan ada umum. Sebagai manusia polis dikehendaki membuat yang terbaik bagi melaksanakan perintah.

Ia mesti menggunakan budi bicara. Tidak seperti malaikat. Malaikat tiada budi bicara. Kalau ada orang sakit terlantar bertahun-tahun, ikut adanya orang itu patut sudah lama mati. Malaikat Maut tidak serta-merta mengambil nyawanya, melainkan menunggu isyarat daripada Allah barulah nyawanya diambil.

Malaikat Maut buat kerja lain dulu seperti memburu orang yang segar dan sihat yang sudah tiba ajalnya, megambil nyawa orang kena pukul kepala dan patah tulang kerana dipukul polis anti rusuhan. Bila Tuhan kata ambil nyawa orang terlantar tadi barulah ia jalankan perintah itu.

Ada Malaikat Maut diminta mengambil nyawa Nabi Musa a.s. Biasanya perintah itu tidak dapat ditangguh. Tetapi Nabi Musa memberi alasan begitu dan begini mengapa nyawanya tidak boleh diambil masa itu. Malaikat pergi bertanya Allah macam mana nak buat. Setelah Allah beri perintah selanjutnya barulah ia ditunaikan.

Adapun polis tidak boleh jalan perintah macam malaikat jalankan perintah. Ia ada otak kena guna budi bicara jalankan perintah. Kalau jalan perintah 100 peratus macam malaikat, polis kena minta jadi malaikat. Jangan lagi jadi manusia.

Kalau polis sudah jadi malaikat seperti melaksanakan tugas menghalang Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, polis tidak boleh pancut gas pemedih mata ikut suka hati, tak boleh kejar penunjuk perasaan begitu saja. Ia kena tunggu perintah Allah dulu.

Apabila polis yang malaikat itu diperintah rukuk ia rukuk saja. Yang diperintah sujud, ia sujud saja. Tidak akan buat lain selagi tidak diperintahkan. Kalau polis manusia itu sudah jadi malaikat dan buat kerja seperti malaikat, orang yang melihatnya merasa pelik. Apabila buat macam itu orang akan kata ia orang gila. Tapi kalau malaikat yang buat begitu, ia tidak gila. Memang cara malaikat itu begitu.

Kalau polis itu sudah malaikat, siapa saja yang langgar peraturan, perintahnya mesti pukul atau tembak dengan meriam air. Maka ia tidak boleh dibantah, kerana yang melangar peraturan itu mesti buat begitu.

Tetapi manusia itu diberi peluang memikir. Ikut peraturan orang mencuri dipotong tangan. Tetapi ada orang mencuri yang diadukan kepada Sayidina Umar ditanya dulu oleh Sayidina Umar, mengapa dia mencuri.

Yang mencuri itu adalah jiran orang yang kena curi. Jawabnya, dia dan keluarganya lapar, kerana itulah dia mencuri makanan di rumah jirannya. Baginda bebaskan pencuri itu dan memberi amaran kepada jiran yang kena curi itu, kira dia tidak mengambil tahu hal jirannya, jika dia mencuri lagi dan apabila diadukan, bukan tangan pencuri itu dipotong tetapi tangan jiran itu yang dipotong.

Ada seorang perempuan mengaku dia berzina kepada Rasulullah s.a.w. Baginda tidak mempedulikan aduannya. Baginda tidak terus laksanakan hukum rejam. Baginda nasihatkan dia begitu dan begini.

Ertinya baginda menggunakan otak dan budi bicara. Setelah semua nasihat dipatuhinya dan wajar hukuman dilaksanakan baginda tidak laksanakan kerana datang wahyu memberitahu taubatnya diterima.

Nabi menimbangkan peraturan tidak dilaksanakan segera pertama kerana berhati-hati dan kedua kerana wanita itu datang untuk menuntut keadilan. Dia mahu dia diadili.

Tuntutan keadilan wajar didengar sekalipun ia nampak seperti melanggar peraturan. Tuntutan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah satu tuntutan dan rayuan bagi mendapatkan keadilan.

Sesudah berbagai rayuan dan cara dibuat tidak mendapat perhatian, maka timbul apa yang dipanggil Bersih 2.0. cara terakhir tuntutannya ialah dengan tunjuk perasaan besar-besaran.

Polis mengenakan peraturan tunjuk perasaan itu dikatakan melanggar undang-undang, maka ia haram. Siapa melanggar peraturan akan dikenakan tindakan serta risikonya.

Perintah itu dibuat oleh manusia. Dunia tidak mengharamkannya, cuma negeri seperti Malaysia saja yang melarangnya. Ulama berbeza pendapat. Ulama makan gaji bersetuju ia haram tetapi ulama yang tidak terikat dengan kerajaan mengiranya harus.

Kerajaan dan polis berhujah, apakah tunjuk perasaan itu saja caranya bagi menuntut keadilan itu? Mengapa tidak guna cara lain? Tetapi apakah mengharamkan tunjuk perasaan Bersih itu saja menyelesaikan isu tunjuk perasaan itu? Tidak adakah cara lain bagi menangani tunjuk perasaan itu selain dari menggerahkan polis bertindak keras?

Tunjuk perasaan itu banyak dilakukan di seluruh dunia bagi menyelesaikan tuntutan keadilan.

Malah ia pernah digunakan oleh Barisan Nasional pimpinan Hussein Onn-Mahathir Mohamad dan Ibrahim Ali untuk menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan menjelang pilihan raya negeri tahun 1978.

Tunjuk perasaan restu Hussein Onn-Mahathir tegang, panas dan provokasi. Tetapi kerjasama polis terhadap demonstrasi itu dapat mengawal keamanan dan ketenteraman. Tiada kejadian buruk berlaku.

Cara polis masa itu menghadapi demonstrasi itu sekali pun melanggar peraturan polis, tetapi polis bertindak sebagai cara manusia menangani perintah dan undang-undang. Polis mematuhi undang-undang dan perintah sama seperti malaikat mematahui perintah Allah.

Sesuai dengan sifat polis itu sebagai manusia, maka ia tidak bertindak seperti kejadian malaikat mematuhi perintah Allah. Kepatuhan malaikat mengikut perintah itu sama sejak kejadian mula kejadian malaikat itu. Ia tidak berubah dari masa ke semasa. Hingga selepas kiamat, malaikat yang menjaga neraka bertindak sama.

Manusia ada syariatnya daripada satu nabi ke satu nabi. Peraturan itu tiba ke peringkat yang sempurna dengan turunnya Rasulullah s.a.w. rahmat kepada alam dan dengan turunnya al-Quran serta pengumpulan sunnah, manusia diberi otak untuk mentafsir kitab Allah dan sunnah Nabi.

Dengan peraturan itulah polis mesti menjalankan peraturan mengikut keperluan manusia, bukan mengikut keperluan yang dilalui para malaikat. Kepatuhan malaikat kepada perintah Allah itu adalah mutlak, kepatuhan polis kepada perintah polis tidak mutlak seperti malaikat menjalankan perintahan Allah, tetapi mesti sesuai dengan keperluan manusia.

Rakyat Sudah Hilang Kepercayaan Kepada Bn

Posted: 31 Jul 2011 10:30 PM PDT

Oleh Aspan Alias

Isu perkauman elok dihentikan sebelum terlambat.Mengendung isu perkauman tidak berhenti-henti sangat menjemukan kerana rakyat hendak hidup dengan aman dan damai. Isu ini hanya diperbesarkan oleh mereka yang lemah sokongan dan menggunakan isu ini sebagai cara untuk mendapatkan sokongan dari kaumnya sendiri


Isu perkauman hanya permainan politik mereka yang berkuasa dan mereka yang tidak mampu untuk menjadi pemimpin kepada rakyat. Mereka menggunakan isu ini untuk kepentingan peribadi mereka semata-mata.

Mahu tidak mahu kita mesti akui yang semua rakyat ada hak untuk bersuara. Bagi saya kerajaan patut mengambil tindakan dengan undang-undang terhadap sesiapa yang melaungkan sentimen perkauman yang terlalu menebal. Kita terpaksa menerima yang semua kaum adalah rakyat Malaysia. Mereka berhak untuk bersuara tentang nasib masa depan mereka.

Masa depan sesebuah negara itu ditentukan oleh rakyatnya sendiri. Pemimpin tidak boleh menekan dan memaksa sesiapa pun untuk memberikan sokongan secara terus menerus kerana pemimpin itu sendiri telah dipilih oleh rakyat buat satu masa yang ditetapkan dan di negara kita mereka dipilih selama 5 tahun sahaja.

Dalam hal negara kita BN telah diberikan mandat sebegitu lama, tetapi keyakinan rakyat yang berterusan itu telah di salah guna oleh mereka dan mereka sudah menganggap yang hak untuk memerintah itu hanya ada kepada BN semata-mata. Dalam usaha mengekalkan mandat itu BN telah melangkaui batas-batas demokrasi yang sebenarnya.

BN khususnya UMNO tidak lagi percaya kepada sikap toleransi dan etika demokrasi yang sebenarnya dan sikap ini lama kelamaan menjadikan rakyat yang mempunyai walaupun sedikit pemikiran menjadi bosan. Rakyat sudah mula jemu dengan isu-isu yang diketengahkan terhadap parti-parti halal yang juga mempunyai hak untuk menawarkan untuk mendapatkan mandat dari rakyat.

Maka sekarang ini parti-parti yang berteriak tentang isu rasis ini dengan secara beransur-ansur dipinggirkan oleh rakyat berbilang kaum di negara ini. UMNO terutamanya masih dengan retorik usangnya kerana masih bercakap sesama sendiri betapa pentingnya UMNO itu untuk dikekalkan kerana UMNO sahajalah yang boleh menjamin masa depan negara dan orang Melayu.

Tetapi persoalannya benarkah UMNO kini masih relevan sebagai parti yang benar-benar memperjuangkan orang Melayu? Dulu benar yang UMNO merupakan parti kebangsaan yang menjadi payung kepada orang Melayu di samping menjaga kepentingan orang-orang bukan Melayu. Malahan seperti yang saya sebutkan acapkali orang-orang bukan Melayu memang menyokong UMNO itu untuk meningkatkan kedudukan orang Melayu yang akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.

Tetapi keyakinan ini sudah hilang samasekali kerana UMNO mengambil sokongan semua pihak ini secara 'for granted'. Kita telah menjadi kumpulan yang kufur terhadap nikmat yang di dapati melalui sokongan semua kaum ini. Oleh kerana unsur rasuah dan kecenderungan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri untuk mengaut kekayaan sejak 3 dekad yang lalu, UMNO telah beransur-ansur menjadi lemah dan rasuah dalam parti telah menaikan mereka yang lemah kepimpinan untuk menjadi pemimpin dengan wang ringgit hasil dari kekayaan yang di dapati secara 'ill gotten' tadi.

Sokongan dari kaum bukan Melayu itu telah menurun kerana UMNO sendiri telah menyalah gunakan sokongan mereka kepada UMNO dengan secara terbuka dan mudah dipandang dan dilihat. Bukan Melayu telah menyaksikan bagaimana UMNO telah mempermainkan orang Melayu sendiri apabila DEB yang sepatutnya tamat tempoh pada tahun 1990 dahulu telah tidak dihiraukan oleh pucuk pimpinan UMNO sendiri dan pada hakikatnya DEB itu telah ditamatkan riwayatnya bertahun-tahun sebelum tempoh berakhirnya dasar itu.

Orang-orang bukan Melayu sendiri melihat hak dan keistimewaan orang Melayu itu telah di salah gunakan kerana diambil kesempatan oleh kroni-kroni pucuk pimpinan di atas nama Bumiputra. Projek-projek ekonomi yang besar-besar dalam jumlah ratusan billion ringgit telah diberikan kepada beberapa orang Melayu dan Bumiputra secara 'negotiated tender' dan harganya melambong tinggi dengan menggunakan wang dari cukai yang di kutip dari rakyat. Projek ini kebanyakannya tidak termasuk di dalam rancangan pembangunan 5 tahun yang menjadi amalan kita selama ini.

Semua projek dilaksanakan secara 'express' dan rasuah pun mula bermaharajalela tanpa sekatan. Zaman itulah kita melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Melayu dan Bumiputra baru ini menjadi seperti saudagar minyak Arab yang terbang kesana kemari dengan jet peribadi dan seumpamanya.

Sekarang semua jet-jet tersebut sudah tiada lagi kerana mereka tidak mampu untuk bertahan Kata seorang yang mempunyai jet peribadi dahulu memberitahu saya, "kalau kita membeli jet ianya hanyalah merupakan '2 times happiness' sahaja. Pertamanya semasa mendapat menerima penghantaran jet itu dan yang keduanya semasa jet itu dapat dijual atau ditarik balek (repossess) oleh syarikat kewangan yang memberikan pinjaman itu". Ada di antara mereka telah jatuh merudum kerana kesilapan memberi mereka menjadi kaya raya secara kilat.

Ratusan billion ringgit keuntungan pembangunan hanya dinikmati oleh segelintiran rakyat yang akhirnya hidup di dalam kufur nikmat yang tidak terperi. Semuanya ini mendapat perhatian rakyat ramai dan mereka sudah tidak lagi yakin dengan jenis pimpinan seperti ini. Sekarang ini pemimpin-pemimpin yang jenis dan kumpulan ini pula yang ingin menyakinkan rakyat tentang transformasi ekonomi dan transformasi politik untuk negara.

Bagaimana rakyat hendak percaya sedangkan projek pertama untuk melaksanakan transformasi ini masih lagi mempunyai unsur-unsur yang tidak menyenangkankan rakyat. Yang dimaksudkan ialah projek raksaksa MRT yang akhirnya akan menelan belanja sebanyak lebih dari 60 billion ringgit melalui syarikat orang berpengaruh secara 'negotiated' tender. Ini menyakitkan kepada siapa yang faham sedikit sebanyak tentang apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes projek ini.

Projek yang sebesar ini sepatutnya dilakukan dengan 'tender antarabangsa' dan tidak terkejut jika ianya dilakukan secara tender ini projek ini akan memakan kos yang kurang dari 30 billion ringgit. Kerajaan tidak boleh menyalahkan rakyat kerana begitu 'suspicious' kerana rakyat telah banyak kali terkena dengan projek-projek raksaksa yang telah menelan belanja yang jauh lebih besar dari yang sepatutnya. Rakyat tahu berbillion-billion dari jumlah kos itu merupakan jumlah 'kick back' kepada pihak-pihak tertentu.

Alah bisa tegar biasa. Rakyat sudah tidak lagi percaya cara dan kos yang terlibat dalam projek seperti ini merupakan proponent yang tepat dalam projek ini. Perkara-perkara seperti inilah yang menyebabkan terbinanya persepsi yang sangat buruk terhadap kerajaan dan nampaknya kerajaan tetap melakukannya. Tidak ada bayangan yang kerajaan sedar dan mahu berubah Apabila telah ketagih dengan rasuah kegiatan ini memang tidak dapat diubati lagi.

Rakyat berbilang kaum sudah hilang keyakinan terhadap BN khusunya UMNO dan krisis keyakinan seperti ini selalunya akan mendapat hukuman dari rakyat semasa pilihanraya nanti.

Rasuah dan penyalah gunaan kuasa tetap dilakukan, tetapi rakyat tidak dibenarkan bersuara untuk menentangnya. Jika rakyat bersuara ada yang ditangkap dibawah EO pula. Justru kehendak UMNO ialah, 'biarkan aku rasuah dan kamu mesti terus menyokong aku. Kalau tidak aku akan tangkap kamu dan penjarakan kamu'.

Persoalannya siapa yang hendak mempercayai janji UMNO untuk membela generasi yang akan datang sedangkan generasi sekarang pun sedang menghadapi masalah keji ini? Rakyat nampaknya ingin mencari hala tujuan baru. Mereka sedang beransur-ansur lari dari perjuangan rasis yang dibina oleh UMNO begitu tebal.

Rakyat mahu mencari kerajaan yang mempunyai 'decency' yang jelas dan pasti. Itulah sebabnya ramai rakyat termasuk orang Melayu sedang dalam pencarian dan setengahnya sudah pun mengambil keputusan untuk memberikan perhatian terhadap 2 parti, iaitu PAS dan DAP.

PAS merupakan parti yang secara relatifnya lebih bersih dan mempunyai disiplin kepartian yang kuat. DAP pula merupakan parti berbilang kaum yang terbukti mampu mentadbir kerajaan dengan jujur dan mendapat sokongan semua kaum. Di Pulau Pinang, MCA dan Gerakkan sudah menjadi tidak mempunyai pengaruh lagi. UMNO pula sudah menjadi seperti pelesit kehilangan tuan…menyalak kebukit dan lembah kerana sudah hilang segala punca penyelesaiannya.

UMNO di P Pinang sudah hilang segala hidayah dan amat sukar untuk kembali berjiwa dalam masa yang singkat ini. UMNO hanya akan dapat kembali sembuh dari penyakit krisis keyakinan ini jika seluruh pimpinan sekarang mengambil tempat dibelakang dan memberikan kepada orang lain untuk menerajuinya. Kalau masih tidak mahu berkorban maka UMNO akan terkorban. Jangan menyesal dikemudian hari, kerana ia tiada gunanya lagi.

Hanya 3 perkara yang ditolak rakyat dari kerajaan yang memerintah sekarang. Apakah 3 perkara itu?

Pertamanya kerajaan sekarang mesti berjaya untuk menghilangkan persepsi rasuah. Keduanya rakyat menolak sistem pentadbiran ala "police state' yang sedang berlaku pada hari ini. DAN yang akhir sekali rakyat menolak kerajaan dan UMNO memainkan sentiment rasis yang terlalu menebal sekarang ini.

Tetapi ketiga-tiga elemen inilah yang sudah pasti tidak mampu dilakukan oleh pemerintah pada hari ini

Memahami politik rimba, bebal

Posted: 31 Jul 2011 10:00 PM PDT

oleh RIDHUAN TEE ABDULLAH

Sebut sahaja nama Ibrahim Ali pada pandangan ultra kiasu seolah-olah sedikit pun tidak ada kebaikan pada dirinya. Begitu juga segelintir kalangan umat Islam, semuanya buruk belaka. Bila ditanya pula kepada golongan ultra ini akan pandangan mereka terhadap kenyataan-kenyataan rasis pemimpin parti politik perkauman dan NGO seperti Dong Zong, Jiao Zong, Dong Lian dan Dong Jiao Zong, termasuk beberapa Dong lagi, semuanya baik belaka. Mereka dinobatkan sebagai wira.

Marilah kita membuat senarai semakan, berapa banyak kebaikan dan keburukan Ibrahim. Saya yakin kita akan terjumpa juga dengan beberapa kebaikannya. Ibrahim yang saya kenali memang seorang yang lantang memperjuangkan nasib Melayu (Islam) sehingga dicap sebagai rasis. Tidakkah kita terfikir, kadangkala perlu ada juga orang yang lantang seperti ini sebagai reaksi kepada pertubuhan ekstrem atau ultra yang lain. Bangsa lain lantang dikatakan hak, orang Melayu lantang dikatakan rasis.

Saya yakin Ibrahim tidak akan menindas dan menganiaya orang bukan Islam jika ditakdirkan mempunyai kesempatan memegang kuasa. Islam tidak membenarkannya. Apa yang jelas, beliau bukan penzina (peliwat), penjudi, peminum arak dan tidak melakukan dosa besar. Berbanding dengan pemimpin ultra lain, yang sudah jelas terlibat melakukan dosa besar, tidak pula dibesar-besarkan peribadinya, malah dianggap sebagai orang berjasa.

Pada mereka latar belakang seseorang tidak penting, yang penting hak-hak bangsa mesti dipertahankan. Inilah cara ultra kiasu berfikir.

Ketika Ibrahim menawarkan anugerah kepimpinan oleh Perkasa kepada UiTM, saya berada bersama beliau sebagai panel dalam majlis forum tersebut. Pegawai atasan akademik dan pentadbiran UiTM bertepuk tangan dengan pengumuman anugerah tersebut, seolah-olah menerima sebagai tanda setuju. Saya tidak dengar Ibrahim menamakan anugerah tersebut atas namanya.

Saya fikir tawaran itu tidak salah. Selaku rakyat Malaysia, Ibrahim berhak berbuat demikian. Naif sangat kita jika menolak sumbangan seseorang hanya kerana namanya tidak enak didengar, kecuali hasil daripada pendapatan haram.

Pada hemat saya, kesilapan UiTM adalah dengan memberikan nama anugerah tersebut atas nama Ibrahim, yang pada perkiraan saya agak tidak wajar nama beliau ditonjolkan dan mungkin Ibrahim pun tidak setuju, walaupun wang itu datang daripada poketnya. Isu ini mungkin tidak akan menjadi sensasi jika anugerah tersebut dinamakan Anugerah Kepimpinan Terbaik dan disenyapkan nama Ibrahim Ali dan Perkasa.

Memelikkan saya, kenapa batang tubuh seseorang itu yang menjadi sasaran. Banyak juga anugerah ditaja syarikat judi, arak dan sebagainya, kenapa kita tidak tolak dan cemuh anugerah tersebut?.

Ada yang mencadangkan nama-nama seperti Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Awang Had Salleh, dijadikan anugerah. Saya tidak menolak nama dan tokoh tersebut, kerana mereka memang wajar untuk didendangkan kewiraannya. Jika kita bertindak waras, senyapkan nama Ibrahim atau Perkasa, letakkan nama-nama tokoh besar tersebut. Kenapa tidak dibawa berbincang sehingga menyebabkan kawan makan kawan, kawan jadi lawan?

Adakah anugerah-anugerah seperti ini tidak terdapat di Kolej New Era, Kolej Tunku Abdul Rahman, Universiti Tunku Abdul Rahman, Universiti Terbuka Wawasan dan universiti-universiti yang dipunyai oleh kaum-kaum tertentu? Berapa banyak nama Lim Lian Geok dinobatkan? Adakah perjuangan parti-parti politik dan NGO perkauman yang saya sebut ini tidak rasis? Ini cara pemikiran yang sukar untuk negara berkembang maju.

Di negara-negara Barat, anugerah-anugerah yang diambil berasaskan kepada nama-nama mereka yang memberi sumbangan adalah perkara biasa. Misalnya, Presiden Bush, Hitler, dan sebagainya. Jika kita mengambil batang tubuh mereka, tidak layak dinobat sebagai wira. Apakah kita boleh memaafkan Bush yang telah membunuh ramai umat Islam melalui arahannya semasa menjadi presiden Amerika? Begitu dengan Hitler, Mao Tse Tung, Shih Huang Ti dan sebagainya. Nama-nama ini tetap disanjung dan tidak kurang anugerah diberikan atas nama mereka. Kenapa kita tidak mengutuk?

Menyerang batang tubuh seseorang adalah perbuatan yang keji dan tidak sepatutnya berlaku. Apabila orang Melayu menuntut hak mereka, dituduh sebagai rasis. Tetapi apabila kaum lain menuntut hak mereka secara ekstrem, maka itu dikatakan hak atau merit untuk mendapatkan keadilan.

Negara dalam keadaan darurat

Posted: 31 Jul 2011 09:30 PM PDT

oleh SYAHREDZAN JOHAN


Tahukah anda pada ketika ini, negara kita berada dalam keadaan darurat? Jangan terperanjat, ini diakui sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Parlimen.

Beliau menyatakan, terdapat dua Perisytiharan Darurat iaitu pada 1964 dan 1969 yang berkuat kuasa di seluruh negara dan masih belum ditamatkan.

Menurut Perkara 150(1) Perlembagaan Persekutuan, jika YDPA berpuas hati bahawa suatu darurat besar yang sedang berlaku dan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam dalam negara adalah terancam oleh kerananya, maka baginda boleh mengeluarkan suatu Perisytiharan Darurat.

Apabila Perisytiharan Darurat diumumkan, YDPA boleh memasyhurkan apa-apa ordinan sebagaimana yang didapatinya perlu mengikut hal keadaan. Maknanya, undang-undang (yang dikenali sebagai 'ordinan darurat') boleh digubal tanpa perlu diluluskan oleh Parlimen dan undang-undang ini akan mempunyai kesan seperti sebuah Akta Parlimen sehinggalah ia dibatalkan atau dimansuhkan.

Lebih penting lagi, apa-apa ordinan darurat yang dimasyhurkan adalah sah walaupun ia tidak konsisten dengan mana-mana peruntukan Perlembagaan, melainkan percanggahan itu adalah berkenaan dengan agama, kewarganegaraan atau bahasa. Oleh itu, suatu ordinan darurat boleh menggantung kebebasan dan hak asasi kita yang termaktub dalam Perlembagaan dan ia adalah sah.

Contoh ordinan darurat yang telah dimasyhurkan ialah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 yang sering kali digunakan untuk menahan seseorang tanpa bicara.

Seksyen 3 ordinan tersebut memberi kuasa kepada pihak polis untuk menahan tanpa bicara seseorang atas dasar mencegah ancaman terhadap ketenteraman awam atau jenayah melibatkan keganasan selama tidak lebih dari 60 hari. Ini dipanggil 'penahanan polis'. Manakala Seksyen 4 ordinan tersebut pula memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk mengeluarkan perintah bagi menahan seseorang tanpa bicara untuk suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun. Ini dipanggil 'Perintah Tahanan'. Perintah Tahanan ini boleh diperbaharui berkali-kali tanpa had.

Jika dilihat, kuasa-kuasa diberikan kepada polis dan Menteri Dalam Negeri di bawah ordinan tersebut adalah sama dengan yang diberikan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA. Kedua-duanya memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan seseorang itu tanpa bicara.

Tahanan selalunya akan memfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah untuk mendapatkan perintah bahawa penahanan mereka tidak mengikut undang-undang (unlawful detention). Sekiranya penahanan itu hanya penahanan polis di bawah Seksyen 3, masih ada peluang untuk berjaya kerana pihak polis harus memberi justifikasi objektif mengapa mereka menahan.

Tetapi, sekiranya ia adalah Perintah Tahanan di bawah Seksyen 4, menteri tidak perlu memberi justifikasi, sudah cukup beliau berpuas hati terdapat sebab-sebab untuk menahan dan Mahkamah tidak akan mempersoalkan sebab-sebab tersebut.

Di samping itu, Seksyen 7C ordinan tersebut menyatakan Mahkamah tidak boleh mempersoalkan atau menyemak semula bidang kuasa menteri kecuali terdapat kekhilafan dari segi prosedur, contohnya jika Perintah Tahanan tidak ditandatangani.

Oleh sebab itu, peguam yang mewakili tahanan akan sentiasa memohon supaya bicara permohonan habeas corpus dipercepatkan sebelum Perintah Tahanan dikeluarkan oleh menteri. Secara jujur, adalah mustahil untuk mana-mana pihak memberi justifikasi mengapa negara ini masih berada di bawah keadaan darurat. Tidak ada perintah berkurung, tidak ada keadaan berbahaya, tidak ada apa-apa mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam. British telah lama pulang, komunis militan tidak lagi berjuang dan kita tidak berperang dengan mana-mana negara.

Maka, keadaan darurat yang membelenggu negara ini sewajarnya ditamatkan dengan serta-merta. Jika tidak, bagaimana hendak terangkan kepada dunia bahawa negara Truly Asia ini masih berada dalam darurat yang berdekad lamanya?

SPRM Sahkan Tiada Rasuah Kait Kerajaan PAS Kelantan

Posted: 31 Jul 2011 09:00 PM PDT

Tiada rasuah kaitkan Kerajaan Kelantan

KOTA BHARU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat.

Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan.

"Saya ingin ulangi kenyataan sebelum ini bahawa tiada elemen ko-rupsi dalam isu Bazar Tok Guru dan kami menyangkal tidak buat kerja berhubung kes ini. Jika ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kami masuk, tapi setakat ini tidak terima (laporan berasas mengenainya).

"Mengenai isu Ladang Rakyat pula, setakat ini tiada mana-mana pihak yang membuat laporan mengenainya, tetapi kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan dalam media dan pemantauan masih dilakukan," katanya pada sidang media selepas menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM negeri yang baru, Nor Rasmi Shari, disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Putrajaya, Datuk Sutinah Sutan di Bangunan SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian, bahawa terdapat pegawai SPRM Kelantan lebih berpihak kepada Pas.

Nasaruddin juga menolak dakwaan pertukarannya ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme disebabkan tekanan pihak tertentu.

Ku Li Ganti Anwar? Nik Aziz Cakap Ibarat Lawak Jenaka

Posted: 31 Jul 2011 08:30 PM PDT

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/205916_10150253283322592_358919387591_8086971_3008826_n.jpg


1. "Lawak jenaka!", Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

2. Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadhan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak.

3. Apa yang peliknya, ada akhbar yang boleh membuat cerita bahawa cadangan ini timbul kerana dijangka Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan. Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?

4. Setakat itulah sahaja saya ingin memberikan respon tehadap 'lawak jenaka' media masa terbaru milik UMNO / Barisan Nasional ini.

Selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan.

Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
01 Ogos 2011

percaya la cakap zahrin biawak lidah bercabang!

Perangkap Muhyiddin Kepada Najib Sudah Kena?

Posted: 31 Jul 2011 07:59 PM PDT

Perdana menteri menjawab soalan daripada hadirin semasa Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada sidang medianya di parlimen tahun lalu, timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui bahawa beliau adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudiannya baru rakyat Malaysia

Seterusnya

Pilihan raya olok-olok: BN boleh hilang Perak, Negeri Sembilan

Posted: 31 Jul 2011 06:30 PM PDT

Oleh Jahabar Sadiq

KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi.

The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR).

Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008.

Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat.

Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas.

"Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu," kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider.

Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh.

"Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi," kata pemimpin Umno itu.

Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat.

Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini.

Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13.

"Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan," kata sumber Umno ketika itu.

Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi.

"Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar," kata sumber Umno.

Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen.

Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan.

"Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis," katanya lagi.

Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen.

Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat.

Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.

Tazkirah : Persediaan Ramadan Dalam Mencari Taqwa

Posted: 31 Jul 2011 06:19 PM PDT

Ramadhan

Bulan ini merupakan satu bulan mulia dan waktu yang merupakan khusus untuk umat Islam melakukan ibadah puasa dengan menuruti perintah Allah yang menyebut :

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sebagaimana telah ditetapkan kepada orang-orang sebelum kamu mudah-mudahan kamu menjadi bertaqwa"(Al-Baqarah : 183).

"Bulan Ramadhan yang pada bulan itu telah kami turunkan Al-Qur'an untuk memberi pertunjuk kepada manusia dan memberi penerangan dari hidayah serta pembeza hak dan kebathilan"

"Barangsiapa yang menghadapi bulan ramadhan maka hendaklah dirinya berpuasa" (Al-Baqarah : 185).

Sesungguhnya ramadhan merupakan bulan mulia yang menjadi salah satu dari waktu tertegaknya rukun Islam yang lima iaitu berpuasanya umat Islam pada bulan ini sebagai menunaikan kewajipan mereka kepada Allah yang Maha Esa.

Diriwayatkan dari Ibn Umar ra bahawa baginda rasulullah salallahualaihiwasalam pernah bersabda : "Terbinanya Islam itu di atas lima perkara iaitu bersyahadah bahawa tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad itu sebagai rasulullah dan mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menunaikan haji serta puasa di bulan ramadhan" (hadith sahih riwayat Bukhari no. 8 dan Muslim no. 16).

Bahkan bulan yang mulia ini juga diberi penghormatan oleh Allah swt dengan membersihkannya dari kewujudan dan kekotoran syaitan dan dosa seperti yang terdapat dalam hadith riwayat Abu Hurairah ra dari rasulullah yang bersabda : "Apabila tibanya bulan ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu para syaitan" (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1899 dan Muslim no. 1079).

Juga baginda bersabda : "Barangsiapa yang berpuasa di bulan ramadhan dengan penuh keimanan dan berjaga-jaga serta keikhlasan maka diampunkan segala dosanya yang terdahulu"(hadith sahih riwayat Bukhari no. 38 dan Ibn Majah no. 1641).

Sesungguhnya bulan ramadhan ini ialah sebuah ibadah yang agung dan mulia di sisi Allah swt. Juga pada bulan ini ganjaran pahala dan kebaikan menanti hamba yang beriman yang melalui bulan dan waktu ini dengan ibadah dan keimanan yang sahih kepada Allah swt.

Mereka yang berpuasa merupakan tetamu Allah swt yang akan dilayani dengan ganjaran dan kebaikan seperti yang disebut oleh rasulullah dalam hadith qudsi bahawa Allah berfirman : "Setiap amalan anak adam itu ialah ialah untuk dirinya sendiri kecuali puasa kerana puasa itu ialah untuk Aku (Allah) dan Akulah (Allah) yang akan memberinya ganjaran, dan puasa itu ialah pendinding.." (Hadith sahih riwayat Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).

Sesungguh para tetamu Allah di bulan ramadhan ini akan diberikan kelebihan di sisi Allah bukan hanya di dunia tetapi juga di akhirat bahkan baginda dalam sebuah hadith menyebut : "Sesungguhnya demi Yang jiwa Muhamamd itu di tangan-Nya bahawa bauan mulut mereka yang berpuasa itu di hari akhirat lebih harum di sisi Allah dari wangian misik dan bagi mereka yang berpuasa itu dua kegembiraan iaitu kegembiraan ketika berbuka dan kegembiraan ketika menemui tuhannya.." (hadith sahih Bukhari no. 1904 dan Muslim no. 1151).

Bahkan tetamu Allah di bulan ramadhan akan diberikan ganjaran besar di sisi Allah sehingga disediakan kepada mereka sebuah pintu syurga yang khusus seperti dari riwayat Sahl ibn Said ra dari baginda nabi yang bersabda : " Sesungguhnya di syurga itu terdapat pintu yang dinamakan ar-rayyan yang dikhususkan untuk golongan yang berpuasa dan pada hari kiamat tiada yang masuk melalui pintu itu melainkan hanya golongan yang berpuasa yang akan diseru mereka itu dengan ditanya : Siapakah golongan yang berpuasa ? Lalu mereka pun bangun dan memasuki pintu tersebut dan kemudiannya ditutup setelah mereka selesai melalui pintu tersebut dan tidaklah masuk selepas itu sesiapa pun" (hadith sahih riwayat Bukhari no. 1896 dan Muslim no. 1152).

Persiapan pertama

Memperbetulkan aqidah dan keimanan kepada Allah swt menurut panduan yang sahih dengan memastikan kefahaman aqidah, konsep keimanan berada di landasan yang benar dan membersihkan karat-karat kesyirikkan dan kejahilan dari jiwa.

" Barangsiapa yang berbuat kebaikan sesuai dengan apa yang dihidayahkan maka sesungguhnya dia telah membuat kebaikan untuk dirinya sendiri. Dan sesiapa yang sesat maka sesungguhnya kesesatan itu merugikan dirinya sendiri." (Al-Isra : 15).

Aqidah yang sahih

Memastikan memiliki aqidah yang sahih ialah satu keperluan dan kewajipan kerana tidak diterima ibadah dan tidak bernilai ibadah yang dilakukan tanpa memiliki aqidah yang sahih. Kefahaman aqidah yang sahih ialah apa yang datang secara pasti dan yakin dari pemahaman salaf soleh yang merupakan sebaik-baik umat dan terpelihara keimanan dan keilmuan mereka serta terjamin. Sabda baginda salallahualaihiwasalam melalui riwayat Aisyah ra : " Sebaik-baik kurun manusia ialah kurun aku berada di dalamnya dan kemudian kurun kedua (Sahabat) dan kurun ketiga (Tabi'ien)"(hadith Sahih riwayat Muslim no 1965 Jilid 2, Abu Daud no. 44 Jilid 5).

" Dan tidaklah kami mengutuskan sebelum kamu daripada rasul-rasul melainkan kami mewahyukan kepada mereka bahwasanya tiada tuhan selain aku maka sembahlah aku." (Al-Anbiya' : 25).

Begitulah juga seperti apa yang diperintahkan oleh rasulullah salallahualaihiwasalam kepada Muaz bin Jabal ketika diutuskan sebagai naqib (utusan rasulullah) ke Yaman untuk berdakwah di sana dengan sabdanya kepada Muaz : " Seawal-awal perkara yang hendak kamu dakwahkan kepada manusia haruslah tauhid kepada Allah." (Hadith Sahih, riwayat Bukhari no.6937).

Sebagaimana disebut oleh Imam Abd Izz dalam kitabnya Syarah Aqidah Thahawiyah menyebutkan bahawa hendaklah setiap muslim itu berada dalam aqidah yang sahih dan tetap meninggalkan dunia dengan aqidah yang sahih juga sebagaimana sabda baginda salallahualaihiwasalam : " Barangsiapa yang mati dalam keadaan mengetahui bahawa tiada tuhan selain Allah ( memiliki aqidah yang benar) maka sesungguhnya dia akan masuk syurga." (Hadith Sahih, riwayat Muslim no.43 dan Ahmad 69/1).

Memahami manhaj ahlul sunnah wal jamaah menurut pegangan salaf soleh tanpa ta'wil yang jahil, tanpa mengguna akal fikiran yang lemah sebaliknya berpegang kepada keutuhan riwayat dan kesahihan pegangan salaf soleh dalam hal-hal aqidah dan keagamaan.

Demikianlah para ulama salaf soleh berpegang dan menetapkan aqidah berdasarkan dalil yang sahih sebagaimana berkatanya Imam As-Syafie ra : " Aku beriman dengan Allah atas apa yang di datangkan oleh Al-Qur'an dan sunnah dan aku beriman kepada rasul atas apa yang dibawanya iaitu sunnah" (lihat syarah Lumatul Iktiqad oleh Ibn Qudamah m/s 25).

Begitulah juga dengan kalam dari Imam Ahmad ra : "Kami beriman kepada Allah melalui Al-Qur'an dan as-sunnah tanpa membagaimanakan atau memperumpamakan dan kami beriman dengan apa yang datang dari rasul (sunnah)" (riwayat dari Abu Ya'la dalam Ibthal Ta'wilat lil Akhbar As-Sifat m/s 44 Jilid 1).

"Apakah kamu berani mengatakan sesuatu perihal Allah tanpa ilmu ?" (Al-Baqarah : 80).

"Dan janganlah kamu mengikut sesuatu yang kamu tidak ketahui kerana Sesungguhnya pendengaran kamu, penglihatan kamu dan hati kamu semuanya akan ditanya dan dipersoalkan." (Al-Isra : 36).

Membetulkan keimanan

Memastikan keimanan dan kelurusan hati serta keikhlasan melakukan ibadah hanya kerana Allah swt. Sesungguhnya tidaklah diterima amalan jika tidak dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah swt.

" Dan tidaklah kamu diperintahkan melainkan untuk beribadah kepada Allah dengan ikhlas kepada-Nya melalui deen yang lurus"(Al-Baiyinah : 3).

Keimanan bahawa kewajipan puasa ramadhan dan kewajipan serta sunnah melakukan ibadah di bulan ini merupakan apa yang datang dari Allah dan rasul serta mengimani akan kebesaran Allah, mengimani kerasulan Muhammad salallahualaihiwasalam dan melakukan ibadah sesuai sebagai hamba Allah yang mengharap redha dan keampunan serta rahmat-Nya merupakan kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap orang sebelum memasuki bulan ramadhan.

" Barangsiapa yang mengingini pertemuan dengan tuhannya maka hendaklah dia beramal soleh dan tidak mensyirikkan ibadahnya kepada tuhannya dengan sesuatu" (Al-Kahfi : 110).

Perlu betulkan keimanan, keyakinan dan ketabahan melakukan ibadah untuk Allah swt yang Maha Esa dan meninggalkan kemaksiatan demi Allah semata-mata dan menghormati bulan ini juga semata-mata kerana keimanan kepada Allah swt.

Persediaan kedua

Mempersediakan diri dengan ilmu dan panduan ibadah serta puasa yang sahih dan kaedah menjalankan ibadah secara sahih.

Hendaklah sebelum memasuki ramadhan setiap orang kembali menyemak buku-buku atau menyoal para alim ulama akan kaedah puasa dan menjalankan ibadah yang sahih menurut pegangan salaf soleh dan ajaran rasulullah salallahualaihiwasalam yang jauh dari bid'ah dan penambahan dan penyelewengan.

" Bertanyalah kamu kepada orang yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui" (An-Nahl : 43).

Hendaklah difahami tujuan beribadah itu ialah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan hendaklah dilakukan menurut panduan yang Allah swt berikan iaitu melalui kitab Allah dan sunnah rasulullah serta apa yang dari para salaf soleh yang memahami isi panduan kedua ini menurut pemahaman yang sahih dan terjamin. Sabda baginda Salallahualaihiwasalam : "Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu urusan baru dalam agama kami sedang ia bukan dari kami maka sesungguhnya ianya ditolak." (Hadith sahih disepakati Bukhari 156 Jilid 8 & Muslim no.4467) .

Tidaklah diterima amalan kebaikan dan amalan ibadah apabila ianya dilakukan dengan menyeleweng, menambah atau mengurang dari apa yang diajarkan oleh pembawa utusan kerasulan iaitu Muhammad salallahualaihiwasalam.

Persiapan yang ketiga

Hendaklah juga siapa yang akan menjalani bulan ramadhan mempersiapkan dirinya dengan kemampuan fizikal dan kekuatan jasadiyah serta juga material moga dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan selesa.

"Dan bersedialah kamu dari kekuatan untuk peperangan itu apa yang kamu mampu dari kuda yang terikat moga demikian menakuti musuh Allah dan musuh kamu.." (Al-Anfal : 60).

Sekalipun ayat di atas untuk peperangan namun ianya secara umum untuk semua hal ibadah iaitu jika peperangan dan jihad itu ialah ibadah yang memerlukan persediaan kebendaan maka demikianlah juga dengan puasa yang merupakan ibadah asasi yang termasuk rukun keIslaman.

Mempersediakan diri dengan fizikal dan kekuatan badan iaitu seperti menjaga kesihatan dan menjaga badan supaya dapat mengerjakan ibadah dengan sempurna ialah satu kewajipan supaya dapat menunaikan hak kepada Allah swt dalam ibadah dengan sempurna dan selesa.

Tidaklah disukai mereka yang tidak menjaga makan dan minum serta juga tidak mengurus tidur dan rehat secukupnya sehingga mengakibatkan kerosakan badan dan melemahkan diri untuk menjalani ibadah puasa dan ibadah di bulan ramadhan dengan kukuh dan selesa bahkan terganggu waktu ibadah kerana kelemahan dan keletihan badan.

Oleh itu hendaklah melakukan persediaan secara fizikal dan badan bagi yang mampu bahkan termasuk amalan dan usaha melakukan persediaan secara fizikal seperti mengambil vitamin, melakukan senaman dan mempersediakan menghadapi ramadhan dengan menjalani terapi kesihatan sebagai usaha ibadah dan berpahala.

"Tidaklah Allah membebani seseorang melainkan sekadar apa yang termampu olehnya" (Surah Al-Baqarah : 286).

Setelah itu hendaklah juga para golongan yang beriman mempersiapkan untuk menjalani ibadah puasa dengan melengkapkan diri dengan kemampuan material dan kewangan serta belanja keperluan.

Ini disebabkan supaya dapat mengambil bahagian dalam usaha infaq dan sedekah serta menunaikan kewajipan zakat di bulan ramadhan. Sesungguh golongan yang kaya dan berkemampuan harta serta material mendapat kelebihan di sisi Allah swt apabila mereka mampu menunaikan ibadah zakat dan mampu pula mengeluarkan infaq sedekah kepada fakir miskin yang mengakibatkan mereka beroleh kedudukan mulia di sisi Allah swt dan mendapat ganjaran pahala yang besar.

Bahkan disebut dalam hadith riwayat Muadz Ibn Jabal ra bahawa baginda nabi salallahualaihiwasalam pernah bersabda " Sedekah itu memadamkan dosa seperti air yang memadamkan api" (hadith sahih riwayat tirmidzi no. 609 dan nasaie , Ibn majah ).

Sesungguhnya tidaklah dengan sedekah itu mengurangkan harta sebagaimana sabda baginda "tidaklah berkurang harta itu dengan sedekah" (hadith riwayat tirmidzi).

Hendaklah umat Islam berusaha mendapatkan kedudukan untuk bersedekah dan menjadi tangan yang di atas dari tangan yang di bawah supaya dapat memperolehi ganjaran besar di sisi Allah swt.

" Ambillah sedekah dari harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan harta mereka" (At-Taubah : 103).

" Mereka berkata ; kami memberikan makanan kepadamu kerana mengharapkan keredhaan Allah dan tidak kami mengharapkan kepadamu balasan dan tidak pula pujian serta tidak pula penghargaan" (Ad-Dahr : 9).

Persediaan yang keempat

Mempersiapkan perancangan dan persediaan jadual akitiviti kehidupan dengan mengatur supaya dapat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan dan lain-lain ibadah dengan teratur dan selesa serta tanpa gangguan.

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah.Barangsiapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Munaafiqun: 9).

Sesungguhnya Islam ialah agama yang tersusun dan teratur oleh itu hendaklah umat Islam mengatur kehidupan dan membuat perancangan ibadah di bulan puasa supaya tahu menyusun aktiviti hidup agar dapat dimanfaatkan waktu sebanyak mungkin untuk menjalani ibadah di bulan ramadhan.

"Di antara kamu ada golongan yang menginginkan dunia dan ada pula golongan yang mengingini akhirat" (Ali-Imran : 152).

Sebagai contohnya hendaklah seorang muslim itu mengatur waktu kerja, waktu rehat dan waktu aktiviti keluarga dan juga waktu ibadahnya supaya dapat memanfaatkan sebanyak mungkin masa ibadah di bulan ramadhan.

Terutama bagi mereka yang bekerja pada waktu siang mungkin mereka boleh merancang bahawa sepanjang bulan ramadhan akan lebih banyak merehatkan diri di rumah setelah selesai kerja untuk mempersiapkan diri beribadah di waktu malam di bulan ramadhan dan bagimereka yang bekerja malam pula boleh merancang memperbanyakkan ibadah di waktu siang dengan menjadikan malam sebagai waktu bekerja dan petang waktu berehat.

" Sesungguhnya Allah memberi hikmah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan barangsiapa yang diberikan hikmah maka sesungguhnya dia telah mendapat kebaikan yang banyak." (Surah Al-Baqarah : 269).

Tiada ulasan: