Isnin, 1 Ogos 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


PASANGAN LESBIAN Pertama Malaysia BERKAHWIN

Posted: 01 Aug 2011 12:56 AM PDT

Apple dan Thomas ketika upacara minum teh China

Pasangan lesbian di Batu Pahat, Malaysia, yang telah menjalin perhubungan selama dua tahun akhirnya bernikah. Walaupun berita ini telah tersebar di seluruh Malaysia, namun keduanya menolak apabila diminta untuk memberi keterangan lebih lanjut.

Dipetik dari The Star, Isnin, 1 Ogos 2011, pasangan yang dikenali sebagai Thomas dan Apple ini mengadakan upacara minum teh khas China di kediaman mereka sekitar pukul 10 pagi pada Ahad, 31 Julai 2011. Thomas yang berusia 29 tahun ini melamar pasangannya yang dua tahun lebih muda darinya, Apple, dua bulan sebelum ini.

Pasangan berbahagia ini membangunkan sebuah laman Facebook khusus untuk menunjukkan kesungguhan cinta mereka. Dalam laman tersebut, terdapat sebuah album berjudul 'The Happiest Lesbian' yang berisi foto-foto pra-perkahwinan mereka. Thomas dan Apple juga menampilkan foto-foto dari resepsi pernikahan mereka sendiri di dalam laman tersebut.

Banyak pesanan yang diposting oleh teman-teman kedua mempelai dalam laman yang disukai lebih dari 656 pengguna Facebook itu. Seorang rakan bernama Wong Shally memberi ucapan selamat dan berharap dapat memiliki cinta seperti yang dimiliki Thomas-Apple. Rakan yang lain, Winny Chin, menggelar pasangan ini sebagai contoh bagi pasangan lain.

Tidak disebutkan dimana dan bagaimana keduanya melangsungkan pernikahan. Malaysia, negara majoriti Muslim, melarang dan menyatakan pernikahan sesama jenis sebagai tindakan salah disisi undang-undang. Pernikahan seperti ini tidak akan berdaftar dan tidak sah bagi pemerintah Malaysia.

Hasnah Haron MENINGGAL DUNIA

Posted: 31 Jul 2011 10:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: PENYANYI tahun 60-an yang pernah popular dengan lagu Bersedih, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia kerana barah pangkal rahim kira-kira jam 8 pagi ini di Hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru, Johor.

Rakan seangkatannya, Datuk A Rahman Hassan berkata, walaupun pemergian Hasnah sememangnya dijangka, namun beliau dan isterinya yang juga kawan rapat kepada Hasnah, Datin Azizah Mohamad turut bersedih dan merasakan kehilangannya.

"Sebenarnya sudah beberapa hari Hasnah dimasukkan ke hospital, dan kami sedia maklum kerana diberitahu oleh anaknya yang mana Hasnah sudah nazak sejak Subuh semalam. Kami sentiasa berhubung dengan anaknya untuk mengetahui perkembangan mengenai dirinya.


"Dan pagi tadi kami disedarkan dengan berita pemergiannya dan akan dikebumikan di Johor Bahru. Hasnah sudah lama menghidap penyakit barah ini dan keadaannya makin teruk sejak dari awal tahun ini selepas rawatan kimoterapi diberikan. Sebagai kawan yang rapat dengannya, kami ada melawat Hasnah di hospital beberapa kali sebelum pemergiannya.


"Selain itu, pada hujung Mei lalu, kami sempat meluangkan masa makan bersama di Kuala Lumpur dan itulah kali terakhir kami menghabiskan masa bersama, selepas itu kami tidak mempunyai kesempatan sehinggalah hari ini mengetahui berita mengenai pemergiannya," katanya ketika dihubungi.


Kredit : Bharian

Laman Web SINGAPURA DIGODAM Kerana MALAYSIA KALAH

Posted: 31 Jul 2011 05:01 PM PDT


Sebuah laman web Singapura berkaitan dengan kereta terpakai - Singapore Cars Online - nampaknya telah digodam oleh sekumpulan penggodam dari Malaysia. Kumpulan ini yang tidak berpuas hati tentang kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam siri kelayakan Piala Dunia 2014, dan telah meninggalkan mesej benci untuk peminat Singapura.

Kumpulan penggodam ini telah mendakwa pasukan bola sepak Singapura "penipu" dan "berlakon", malah mereka menang kerana pemain asing.

Mereka turut mengutuk rakyat Singapura dengan perkataan "go to hell".









UPDATE : Laman web berkenaan bagaimanapun sudah berjaya dibaikpulih. Bagaimanapun tindakan menggodam ini bukanlah satu tindakan yang 'bijak'. Come on lah wei...: Author Faethal



Tiada ulasan: