Isnin, 29 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Memang Pusat Zakat Tak Cekap, Kamu Nak Bela Apa Lagi Zuhdi?

Posted: 29 Aug 2011 01:03 AM PDT

Usah 'hentam' agensi zakat

KUALA LUMPUR: Memang ada kekurangan dalam sistem pengurusan zakat di negara ini, tetapi ia bukan alasan kepada pihak tertentu untuk menghentam agensi itu, malah mengaitkannya dengan isu murtad.

Timbalan Dekan di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Antarabangsa (Istac), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid berkata, bukan senang untuk mengagihkan wang zakat dengan berjaya sehingga sampai ke tangan fakir miskin terakhir di negara ini.

"Apabila ada pihak mula mengkritik pengurusan zakat, ia menyebabkan ramai orang secara spontan berfikiran negatif terhadap agensi itu sedangkan sebelum ini isu tidak pernah timbul.

"Memang ada kekurangan, tetapi ia secara umum dan pengagihan kutipan zakat bukan mudah dilaksanakan dengan berjaya sepenuhnya terutama sekali wujudnya golongan yang mengambil kesempatan memohon bantuan sedangkan dia tidak layak," katanya yang dihubungi semalam.

Beliau berkata, disebabkan kritikan negatif itu, orang mula melihat pengurusan agensi kutipan zakat tidak cekap.

"Umpamanya isu bantuan beras dan makanan sudah habis. Memang sudah habis sebab esok atau lusa umat Islam sudah menyambut Aidilfitri.

"Bayangkan jika bantuan itu terlalu banyak disediakan sehingga menyebabkan lambakan, nanti timbul pula isu Baitulmal tidak pandai mengagih," katanya.


Menurutnya, memberi bantuan kepada penerima zakat boleh diumpamakan mengajar mereka memancing daripada berterusan memberi ikan.

"Saya melihat jika memberi bantuan kewangan secara berterusan kepada fakir miskin, ia tidak memberi kesan kuat supaya mereka berusaha mengubah taraf kehidupan.

"Lebih malang lagi apabila ada mengaitkan soal pengurusan wang zakat dengan isu murtad. Ia bukan disebabkan zakat kerana ada umat Islam yang murtad itu mendapat bantuan zakat," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata, apa yang berlaku sekarang disebabkan orang Melayu sudah berpecah belah sehingga membuka peluang pihak lain mengambil kesempatan.

"Keadaan sekarang kelam-kabut, mufti tidak sefahaman dengan mufti lain, ulama tidak setuju dengan ulama lain, begitu juga orang politik sehinggalah kepada rakyat biasa. Keadaan ini menyebabkan ada pihak lain ambil kesempatan," katanya.


Pulang hampa

KUALA LUMPUR: "Saya bergegas ke sini sebaik dimaklumkan ada sumbangan beras untuk golongan miskin tapi hampa dimaklumkan bantuan itu sudah habis dan hanya diagihkan semula bulan depan," rintih seorang wanita dikenali sebagai Ramlah, 52, yang kecewa selepas bantuan makanan yang diagihkan di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) habis.

Menurutnya, bukan dia seorang, malah ramai lagi yang senasib dengannya yang terpaksa pulang tangan kosong. "Tidak tahu lagi apa yang boleh dilakukan untuk mendapatkan bantuan menjelang hari raya ini," katanya.

Dia berkata, dia menunggu di kaunter bantuan dan kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak 10 pagi untuk mendapatkan makanan dan beras yang diagihkan percuma kepada kepada golongan miskin.

Sebaik gilirannya tiba, katanya, petugas di kaunter itu memberitahunya bahawa makanan dan beras yang diagihkan sudah habis dan perlu datang semula September untuk mendapatkannya.

"Rasa sedih juga kerana tidak dapat makanan itu. Saya tinggal sendirian di Cheras dan apabila jiran memberitahu MAIWP memberikan beras percuma, saya terus datang, malangnya, ia sudah habis sejak beberapa hari lalu," katanya.

Harian Metro yang melakukan tinjauan selama dua hari di kaunter bantuan dan kecemasan MAIWP pada minggu terakhir Ramadan mendapati orang ramai khususnya gelandangan memenuhi kaunter yang terletak di tingkat bawah kompleks itu untuk mendapatkan pelbagai bentuk bantuan yang disediakan.

Pelbagai ragam orang ramai untuk mendapatkan bantuan makanan, kecemasan dan waran tiket dapat dilihat dengan sesekali berlaku pertikaman lidah dengan petugas di kaunter terutama yang gagal mendapatkan bantuan disebabkan pelbagai alasan.


Ulasan GB

Sebagai ahli akademik GB kecewa dengan sikap dan kenaytaan seorang yang bergelar professor mempertahankan kelemahan institusi zakat di dalam negara ini dengan membelakangkan kepentingan umat Islam secara menyeluruh.

Lihat kenyataan beliau ini:

Beliau berkata, disebabkan kritikan negatif itu, orang mula melihat pengurusan agensi kutipan zakat tidak cekap.

"Umpamanya isu bantuan beras dan makanan sudah habis. Memang sudah habis sebab esok atau lusa umat Islam sudah menyambut Aidilfitri.

"Bayangkan jika bantuan itu terlalu banyak disediakan sehingga menyebabkan lambakan, nanti timbul pula isu Baitulmal tidak pandai mengagih," katanya.


Saya ingin bertanya kepada Prof Mahmood Zuhdi ini tentang nasib umat Islam terutama golongan asnaf yang belum menerima agihan tersebut sedangkan wang zakat masih ada tersimpan oleh Pusat Zakat. Aatau ada golongan asnaf yang "terpaksa" memohon pertolongan dari tempat lain. Siapa yang akan memikul dosanya? Apakah tuan sanggup?

Ini bukan soal pandai tak pandai mengagih tetapi soal terlaksana atau tidak kewajipan.

Kemudian dengan cuba mengajar seperti mengajar budak tadika, beliau berkata

"memberi bantuan kepada penerima zakat boleh diumpamakan mengajar mereka memancing daripada berterusan memberi ikan"

Baik, jika demikian, kita ingin bertanya apa yang telah dilakukan oleh pusat Zakat bagi mempastikan umat Islam tidak diberi ikan tetapi diberi pancing untuk memancing ikan agar mereka dapat berdikari?

Cakapnya pandai, isinya hampas!

Satu ketika dulu, GB pernah terlibat di dalam dialog yang disertai oleh Majlis Agama Islam sebuah negeri dan para peniaga kecil. Pihak majlis forum pada masa itu menekankan tentang keperluan untuk mengutip zakat daripada golongan peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja.

GB menyoal, Tuan-tuan ingin mengutip zakat daripada peniaga-peniaga kecil dan penjaja, tetapi apakah tuan-tuan ada mempunyai program untuk membantu peniaga-peniaga kecil dan penjaja-penjaja yang terbeban perniagaan dan hidupnya sehingga mereka terpaksa meminjam kepada bank dan along?

Tuan mengambil zakat daripada peniaga kecil Islam, tetapi apa pula "program" tuan di dalam pengagihan zakat kepada umat Islam dan aktiviti yang dilakukan untuk membantu para usahawan Islam yang tenat?

Terdiam pegawai-pegawai berkenaan. Dan ketika waktu rehat, meluru para peniaga kecil bersalam dengan GB dan menyuarakan bahawa pegawai berkenaan hanya pandai untuk membaca ayat-ayat mengenai kewajipan membayar zakat tetapi gagal untuk membaca ayat kewajipan menunaikan hak dan tanggungjawab mereka terhadap umat Islam. Mereka tidak tahu ada peniaga kecil yang kais pagi makan pagi, ada yang hidup tak keruan kerana dihambat along dan pemiutang, apa Majlis Agama Islam ada bantu? Bila kia pergi ke pejabatnya, karenah birokrasi seolah-olah kita ini sampah di mata mereka, katanya.

Itu sebab mengapa GB katakan bahawa kebencian umat Islam kepada institusi zakat bukan disebabkan oleh orang lain tetapi adalah kerana kelemahan pusat zakat sendiri yang lebih mengutamakan bangunan besar, bilik hawa dingin dan gaji ribuan untuk para pegawainya dan ditambahi pula dengan kewujudan mereka bergelar "prof datuk" dan "datuk prof" di IPT-IPT yang membela ketidak-cekapan mereka seperti kenyataan Prof Datuk Mahmood Zuhdi di atas.

Saya mengesyorkan agar professor ini yang siap ada gelaran Datuk jangan sekadar bertali leher mengajar di bilik-bilik kuliah, tetapi turun melihat sendiri umat Islam yang menderita kemiskinan.

Jadilah seperti khalifah Umar yang tersentak melihat ada umat Islam di zamannya yang terpaksa merebus batu untuk menidurkan anaknya yang kelaparan supaya anak itu menyangkakan ibunya memasak nasi. Apabila diketahui Umar, beliau bergegas untuk mengambil gandum dan tatkala hendak dipikul oleh pembantunya, Umar terus melarang dan menyuruh diletakkan di atas bahunya seraya berkata: Apakah engkau sanggup memikul dosa Umar di akhirat nanti?

Saya mahu tanya apakah ada Prof Mahmood Zuhdi tokoh ilmuan yang memperolehi kelulusan yang tinggi di dalam bidang syariah pernah melakukan seperti yang pernah dilakukan oleh Prof Ungku Aziz menyusuri rakyat miskin, tinggal bersama mereka, buka tudung saji mereka untuk melihat sendiri apa lauk yang dimakan oleh mereka?

Hah, Prof Mahmood Zuhdi sudah amat jauh berbeza dengan yang GB kenal sebelum ini!



WASPADA: Renjatan Eletrik Kereta Permainan Kawalan Jauh, Budak Melecur Teruk

Posted: 28 Aug 2011 11:00 PM PDT

Asap daging hangit

SEREMBAN: "Sejurus melihat asap dari pakaiannya diselangi bau hangit daging, saya segera mengoyakkannya sebelum tersentak apabila melihat kedua-dua tangannya dan kaki melecur teruk," kata Norashahkin Ujang, 52.

Kegembiraan ibu tunggal itu meraikan Aidilfitri kali ini bertukar suram apabila anak lelakinya, Mohd Shafiq Mat Isa, 10, cedera terkena renjatan elektrik dalam kejadian jam 8.35 pagi ketika dipercayai bermain dengan alat kawalan jauh kereta permainannya di Stesen Komuter Sungai Gadut di sini, semalam.

Menceritakan detik cemas itu, Norashahkin berkata, dia melakukan tugas rutinnya sebagai tukang cuci terkejut apabila melihat mangsa tiba-tiba rebah ke lantai dan pengsan. "Saya memanggil nama Shafiq, namun masih tidak bersahut. Pada waktu itu, seluar dan bajunya terbakar selain berbau hangit pada badannya yang terkulai layu.

"Saya mengoyakkan pakaiannya dan mendapati tangan serta kakinya melecur teruk," katanya ketika ditemui di perkarangan Unit Kecemasan Hospital Tuanku Jaafar Seremban di sini,
semalam.

Norashahkin yang menetap di Taman Senawang Jaya, berkata, selepas lebih lima minit, anak lelakinya sedarkan diri dan menangis.

Saya memaklumkan perkara itu kepada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Shafiq dikejarkan ke hospital untuk tindakan lanjut.

"Walaupun cedera teruk, namun saya bersyukur kerana dia selamat," katanya.

Norashahkin berkata, sambutan Aidilfitri kali ini berbeza kerana anaknya itu kemungkinan tidak berpeluang memakai baju Melayu baru.

"Apa yang penting bagi saya adalah Syafiq yang kini dalam keadaan stabil dan ditempatkan di Wad 5D (Unit Rawatan Rapi Bayi HTJS) untuk rawatan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTMB, Mohd Fadzil Ismail berkata, kejadian dipercayai berlaku kerana arus elektrik bervoltan tinggi di kawasan itu bertindak balas dengan alat kawalan jauh berkenaan.

"Bagaimanapun, kita akan menjalankan siasatan menyeluruh terutama mengenal pasti bagaimana alat kawalan jauh berkenaan boleh menarik arus elektrik.

"Kami mungkin mengenakan sekatan membawa alat kawalan jauh berkenaan di sekitar kawasan stesen KTMB pada masa depan," katanya. -hm


Melecur terkena renjatan elektrik

KESAN simen berlubang di Stesen Komuter Sungai Gadut, Seremban selepas seorang kanak-kanak terkena rencatan elektrik semalam.

SEREMBAN – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera parah selepas terkena renjatan elektrik dipercayai dari kabel bervoltan tinggi ketika bermain alat kawalan jauh di Stesen Komuter Sungai Gadut dekat sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.35 pagi itu, mangsa Mohd. Shafiq Mat Isa melecur pada kedua-dua belah tangan, kaki kiri dan sebahagian badannya.

Alat kawalan jauh yang digunakan untuk bermain kereta pula terbakar.

Kejadian tersebut berlaku ketika kanak-kanak malang terbabit mengikut ibunya yang sedang bekerja di stesen komuter itu sebagai kakitangan pembersihan.

Ibu mangsa, Norashahin Ujang 52, berkata, ketika kejadian dia sedang membersihkan sebuah gerabak komuter manakala anaknya itu bermain sebuah alat kawalan jauh (tanpa kereta mainan) di luar gerabak berkenaan.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila menjenguk keluar tingkap gerabak saya terkejut melihat anak saya sudah terbaring di atas lantai dengan tubuhnya berasap," kata Norashahin ketika ditemui di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban (HTJ) di sini semalam. -kosmo


Mat Sabu Akan Teliti Video, Tindakan Undang-undang Diambil Jika Perlu

Posted: 28 Aug 2011 08:55 PM PDT

Rakaman video diserah pada Mohamad petang ini

PULAU PINANG, 28 Ogos: Rakaman video Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini ada di tangan Harakah Pulau Pinang.

Video itu akan disampaikan terus kepadanya petang ini untuk diteliti semula ucapan kononnya beliau menyokong tindakan komunis menyerang Pondok Polis Bukit Kepng pada 23 Februari 1950.

Rakaman yang diperolehi daripada seorang peminat tokoh nombor dua PAS itu dan akan diberikan kepada Mohamad yang akan hadir pada majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Kuala Bekah, Penaga bersama Ketua Menteri, Lim Guan Eng petang ini.

Mohamad dalam kenyataanya semalam menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapanya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.


"Saya perlu tengok rakaman" - Mohamad Sabu

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) berkata, beliau akan meneliti rakaman ceramahnya semula berhubung dakwaan akhbar Utusan Malaysia bahawa beliau mengatakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily berkata, beliau tidak ingat isi ceramahnya 23 Ogos lalu itu kerana sudah seminggu berlalu dan banyak ceramah-ceramah lain yang dihadirinya selepas itu.

Bagaimanapun menurutnya, beliau sedang berusaha mendapatkan semula rakaman ceramahnya itu untuk melihat adakah benar beliau berkata sedimikan seperti dilapor akhbar Umno itu.

"Saya sedang cari tape rakam itu balik, saya tak ingat adakah saya kata begitu.

"Lepas kita tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam untuk tindakan seterusnya atau bagaimana," katanya.





Laporan GB sebelum ini
Klik untuk baca sepenuhnya
mat sabu



[Video] Isu Ceramah Mat Sabu - Lagi Dikecohkan Lagi Terdedah Tembelang UMNO [updated]

Posted: 28 Aug 2011 05:30 PM PDT

Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD?? -JALAN PULANG

di bawah adalah artikel dari Tukar Tiub...wajib baca

MAT SABU HINA PEJUANG NEGARA - meloya

KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

"Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

"Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung," katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

"Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak," tuduhnya.

WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA

KOMENTAR TUKAR TIUB

Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berkata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka.

Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini?

Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah.


Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi.

Dalam serangan ke atas Rumah Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu

Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini.

Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul.

Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul.

Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah)

Apakah Onn Jaafar nasionalis?
Apakah Tunku nasionalis?


Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar '... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....' Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar.

Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA.

United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen.

Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka.

Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli.

Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob.

Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Onn Jaafar, ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah.

Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan.

Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru.

Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British.

Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.

Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain.

Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKAN dipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggil RUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong.

Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong. Khalas.Perid.End. Fin.




Apa yang Mat Sabu sampaikan?


Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net


Ulasan GB

Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!


Isu Surau Al-Musyrikin - TV3 Ditimpa Suweh Berterusan

Posted: 28 Aug 2011 10:43 AM PDT

Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO

Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.

Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.

Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.

"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.

Fariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).

"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.

NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3. -mk

Ulasan GB

Nampaknya nasib TV3 benar-benar suweh seperti yang kita katakan sebelum ini hasil daripada dosa-dosa penipuannya selama ini.

Baru saja Sri Pentas bergegar kerana dilaporkan adanya Editor Kanannya melakukan gangguan seksual terhadap beberapa orang kakitangannya, kini muncul pula fitnah bodoh - Surau Al-Musyrikin namanya.

Bila sebut nama Surau Al-Musyrikin ada beberapa hal yang terfikirkan oleh kita:

1) mempersendakan nama surau sebagai tempat ibadah umat Islam dengan nama yang tak sepatutnya iaitu Surau Al-Musyrikin

2) memang wartawan JAHIL SESANGAT tak tahu maksud Al-Musyrikin. Asalkan sedap dengan bunyi Arabnya.

"Suweh" yang menimpa TV3 nampaknya kian berterusan.

Sampailah Sri Pentas nanti tumbang lantaran kejahatan yang mereka sendiri lakukan di sana.

Ulasan GB sebelum ini:


Jangan lupa Khir Toyo yang dahulu menghadiahkan penyapu kepada PBT, tiba-tiba beliau yang ditimpa suweh sehingga sekarang tak habis-habis lagi.

Kerana apa? Mentaliti orang Melayu dah anggap penyapu itu pembawa suweh. "Kamu ialah apa yang kamu fikirkan"!

Maka yang akan ditimpa suweh nanti nampaknya bukan Khalid Ibrahim tetapi kepada penghadiah penyapu itu iaitu UMNO Selangor yang berselindung di sebalik nama NGO yang dikenali sebagai GEMPAK dan WARISAN.

Kalau geng kepala lembu sudah menerima habuannya, tak lama lagi geng penyapu dan mangkuk tandas ini bakal menerima apa yang mereka lakukan bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali namanya.

Allah itu Maha Melihat dan Allah itu Maha Berkuasa. Sebenarnya Allah yang akan mengurniakan habuan pembalasan itu, bukan kerana suwehnya penyapu.

Dia juga yang akan menunjukkan siapa sebenarnya yang bertanduk. MB Selangor & Khalid Samadkah atau geng songkok tinggi bersama UG. Di dalam Islam, yang jahat akan terkena balik kejahatan yang mereka lakukan. Di dalam konteks demonstrasi semalam nampaknya UMNO Selangor yang diwakil oleh geng bersongkok tinggi bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali & kumpulan UG bakal terkena "suweh penyapu" itu disertai dengan wartawan-wartawan & akhbar-akhbar yang menjulang tinggi tindakan mereka itu.

InsyaAllah, pemerhatian GB ini tidak silap.


p/s Apabila GB menyatakan pemerhatian GB tidak silap, bukanlah GB ini riak dan ujub seperti dituduh oleh orang yang bankrap hujjah tetapi mempelajari dari Sejarah dan mengambil pelajaran daripadanya - itulah apa yang dikatakan iktibar.

Penjualan Esso Malaysia Kepada Firma Filipina Bukti Kegagalan BN

Posted: 28 Aug 2011 08:01 AM PDT

Cadangan penjualan Esso Malaysia Berhad dan syarikat berkaitannya kepada San Miguel Corporation yang merupakan sebuah syarikat dari Filipina dipandang serius Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, jika urusan jualan itu diteruskan ia akan memberi kesan negatif jangka panjang kepada industri minyak dalam negara sekali gus memperlihatkan satu lagi kegagalan kerajaan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kepentingan negara dalam industri strategik.

Baru-baru ini, San Miguel mencadangkan kepada ExxonMobil International Holdings Inc, untuk mengambil alih 65 peratus kepentingan ekuiti dalam Esso Malaysia melibatkan dana RM614.25 juta. Esso Malaysia ialah anak syarikat ExxonMobil International.

San Miguel berkata syarikat itu juga merancang membuat penawaran pengambilalihan mandatori untuk memperoleh baki saham yang tidak dimiliki oleh syarikat selepas cadangan pengambilalihan itu.

Serentak dengan tawaran pengambilalihan Esso Malaysia, San Miguel juga mencadangkan kepada Mobil International Petroleum Corp dan ExxonMobil International untuk mengambil alih ExxonMobil Malaysia dan ExxonMobil Borneo pada paras AS$403.979 (RM1.2 billion) juta.

Cadangan pengambilan alihan itu akan menyediakan San Miguel dengan peluang unik untuk meluaskan portfolio peniagaan penapisan dan pemasaran minyak di luar Filipina.

Awal minggu ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim juga meminta Putrajaya memberi penjelasan mengenai isu tersebut.

"Perlu diingat bahawa urusan niaga itu juga termasuk loji penapisan minyak milik Esso di Port Dickson, yang merupakan aset penting negara," Kata Anwar.

Tegas Hadi, pihak kerajaan melalui pihak berkuasa kementerian yang berkenaan wajib untuk tidak meluluskan urus niaga tersebut dan Esso mestilah menawarkan penjualan asetnya kepada syarikat dalam negara, sebagaimana yang ditawarkan oleh beberapa pihak yang menunjukkan minatnya seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Tambah Hadi lagi, perlu diingatkan bahawa Kongres Amerika Syarikat pernah menghalang penjualan Union Oil of California kepada syarikat minyak milik negara China atas kepentingan strategik.

"Sepatutnya kerajaan yang ada ini, bersama dengan Petronas melalui Petronas Dagangan Berhad bertindak untuk menentukan keselamatan bekalan bahan petroleum dan harga bahan petroleum kekal pada paras yang munasabah.

"Sekali gus Petronas Dagangan juga tidak boleh melupakan peranannya untuk membina dan mempertahankan usahawan-usahawan Bumiputera yang turut menyumbang kepada kerancakan perkembangan ekonomi negara," katanya.

Katanya, walaupun Petronas Dagangan menduduki tempat pertama dalam pasaran bahan petroleum dan negara, penguasaannya dalam syer peruncitan iaitu pasaran stesen minyak hanyalah sekitar 30 peratus walhal sektor ini dipercayai menyumbangkan lebih 60 peratus dari keuntungan Petronas Dagangan.

"Sektor inilah yang paling banyak menerima subsidi kerajaan di mana hampir 70 peratus jumlah subsidi yang dibayar dengan menggunakan wang rakyat mengalir kepada syarikat-syarikat luar negara seperti ExxonMobil, Shell dan Caltex.

"Sepatutnya kerajaan yang menguasai Petronas Dagangan mempunyai pandangan strategik dengan menjadi syarikat pertama untuk mengambil alih Esso sekali gus menguasai sektor ini dari 30 peratus kepada hampir 50 peratus," katanya.

Beliau menambah PAS percaya bahawa masih belum terlambat bagi Petronas Dagangan atau LTAT untuk memulakan perundingan bagi mengambil alih Esso.

"PAS juga mendesak kerajaan supaya menyemak semula penstrukturan subsidi minyak supaya syarikat-syarikat luar negara tidak membolot sebahagian besar jumlah subsidi kerajaan yang berjumlah berbilion-bilion ringgit.

"Kerajaan dan Petronas mestilah bertindak pantas secara strategik supaya kestabilan bekalan bahan petroleum domestik pada paras harga munasabah terus dibina dan dilindungi dan kepentingan negara tidak terhakis," katanya lagi.

Malah kata beliau, PAS tidak akan bertolak ansur dalam isu strategik dan mempunyai impak jangka panjang kepada keselamatan negara, perkembangan ekonomi dan kepentingan rakyat Malaysia seperti penjualan Esso kepada kepentingan luar.


Soal Tuntutan Kerusi: PKR Jangan Tamak, DAP Jangan Riak

Posted: 28 Aug 2011 06:00 AM PDT

DAP minta pulangkan kerusi

BAYAN BARU - DAP dilihat tiada pilihan lain selain meminta kerjasama PKR untuk memulangkan kembali sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen dan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Ahli jawatankuasa (AJK) DAP negeri, Zulkifli Mohd Noor berkata, disebabkan desakan dari badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan kaum Melayu sendiri yang ingin melihat DAP mempunyai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), maka DAP tidak mempunyai pilihan lain melainkan meminta semula kerusi daripada PKR.

"Saya akan bawa perkara ini melalui saluran tertentu supaya ia tidak menjadi satu ugutan dan mengeruhkan lagi keadaan. Sekiranya DAP tidak dapat menurunkan calon Melayu seperti yang dituntut, ini akan menunjukkan persepsi orang Melayu bahawa DAP adalah parti anti Melayu. Jika dilihat, DAP bukan parti anti Melayu berikutan pernah bertanding 13 kerusi Adun di negeri ini ketika menjadi pembangkang dulu.

"Di Pulau Pinang kerusi yang diminta, tidak perlu disebut berikutan rakyat sedia maklum kerusi-kerusi yang berada dalam keadaan bahaya dan tenat. Saya yakin, sekiranya satu perhitungan bijak tidak dibuat oleh pimpinan atasan, maka ia akan merugikan Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada media semalam.

Menurutnya, apa yang didesak oleh Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) supaya DAP memperuntukkan minimum lima kerusi Dun kepada calon-calon Melayu di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 nanti ada kebenarannya.

"Desakan oleh KMPP saya terima dengan hati yang terbuka kerana ia adalah pandangan kaum intelek Melayu yang terdiri daripada anak-anak muda bertaraf profesional dengan pengikut yang ramai serta mempunyai pendirian yang tersendiri untuk memperjuangkan nasib bangsanya di negeri ini. Teguran dan desakan itu saya anggap secara tidak langsung diketahui pucuk pimpinan tertinggi parti. Ia kemungkinan besar akan dipertimbangkan secara wajar.

"Pengundi kaum Melayu kini telah meningkat secara mendadak terhadap DAP jika dibandingkan sewaktu DAP jadi pembangkang dahulu. Pentadbiran PKR yang diterajui DAP telah membuat pengundi Melayu bertambah yakin dan menyebabkan mereka mula menaruh kepercayaan terhadap DAP," katanya.

Zulkifli berkata, KMPP sepatutnya tidak menuduh melulu dengan mengatakan bahawa pemimpin Melayu dalam DAP tidak buat kerja dan tidak berkesan.

"KMPP pasti faham bahawa DAP hanya mempunyai seorang pemimpin Melayu dalam Kerajaan Negeri di taraf rendah iaitu saya sendiri, kemampuan saya terhad kepada hal-hal kerajaan tempatan sahaja. Bagaimanapun, apabila terdesak untuk membantu orang Melayu, saya diberi pertolongan oleh pemimpin yang lain serta Ketua Menteri sendiri. Semua cadangan dan teguran dari NGO Melayu serta KMPP akan saya beri perhatian dan bawa ke pihak atasan setakat termampu.

"Sekiranya ada calon Melayu dari DAP yang menang dalam pilihan raya ke-13 nanti dan akan diberikan tempat dalam Kerajaan Negeri, mereka mesti bebas daripada bayangan pemimpin DAP serta tidak boleh dianggap sebagai boneka kerajaan semata-mata," katanya.

Terdahulu, KMPP mencabar parti DAP memperuntukkan minimum lima kerusi Dun kepada calon-calon Melayu di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Presiden KMPP, Rahmat Ishak berkata, sekiranya rakyat memberi mandat kepada PR, maka wakil rakyat berkenaan perlu bebas dari bayangan dianggap 'boneka' serta wajib menjadi pemimpin yang memartabatkan Melayu. -SH


PKR minta DAP jangan jadi 'besar kepala seperti Umno'

DAP telah ditegur kerana meminta kerusi tambahan daripada rakannya dalam Pakatan Rakyat - PKR - untuk membolehkan calonnya dari kalangan orang Melayu bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua penerangan PKR Pulau Pinang, Johari Kassim berkata pemimpin Melayu DAP yang membuat permintaan itu baru-baru ini, tidak bijak berbuat demikian, memandangkan pilihan raya umum ke-13 dijangka tidak lama lagi.

Johari berkata, dengan pilihan raya semakin dekat, beliau menasihatkan ahli jawatankuasa pusat DAP, Zulkifli Mohd Noor - yang membuat komen tersebut - supaya tidak 'mengeruhkan keadaan'.

Beliau menasihatkan DAP supaya tidak menjadi seperti Umno, yang didakwanya, menjadi besar kepala apabila mereka menang besar.


Ulasan GB

Sorong tarik mengenai kerusi memang berlaku sebelum pilihanraya.

GB rasa tak salah untuk DAP meminta dengan baik beberapa kerusi yang dipegang PKR. Dan PKR juga boleh meminta beberapa kerusi dari DAP di negeri lain. Itu namanya sebuah PAKATAN.

"Give and take" dan di dalam "win-win situation".

PKR tidaklah perlu berkeras menolak dan DAP tidak juga perlu keras mendesak.

PKR tidak boleh tamak, pengajaran di Sarawak sepatutnya menjadi iktibar. PKR bertanding di 49 kerusi, cuma menang 3.

DAP pula tidak boleh riak sekalipun menang 12 dari 15 kerusi yang ditandinginya.

Itu senarion di Sarawak. Mungkin ada yang tak bersetuju ianya digunapakai untuk pilihanray umum di Semenanjung.

Pokoknya ialah kita perlu bersepakat. -mk

Industri Auto Malaysia Ketinggalan Sediakan Aspek Keselamatan - CAP

Posted: 28 Aug 2011 03:30 AM PDT

Sebagai negara pengeluar kereta dan motosikal nasional, Malaysia dilihat masih ketinggalan menyediakan keselamatan dalam industri automobil.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (Cap), S M Mohamed Idris berkata, beberapa kemalangan maut dilaporkan sejak kebelakangan ini, disebabkan kegagalan mengawal kenderaan.

"Tayar adalah kategori paling diabaikan dalam industri auto. Jika dilihat, semakin banyak kes kemalangan berpunca daripada kegagalan tayar, namun apa yang menyedihkan, tiada kesungguhan untuk membetulkan keadaan ini.

"Selain itu, kita juga memerlukan sistem penarikan semula kenderaan yang rosak atau tidak sempurna buatannya seperti dilakukan beberapa syarikat dari Jepun antaranya Honda dan Toyota.

"Bagaimanapun, di negara ini, langkah itu belum diambil,
" katanya semalam.

Menurutnya, pihak berkuasa juga, perlu memantau serta mengambil tindakan terhadap penjualan alat ganti kenderaan tiruan yang bermutu rendah.

"Bengkel kenderaan juga perlu dipantau dan diselia sementara, mekanik perlu memberikan perkhidmatan profesional. Di luar negara seperti United Kingdom umpamanya, kenderaan berusia lebih tiga tahun selepas pendaftaran pertama perlu menjalani pemeriksaan ketahanan di jalan raya dan pemeriksaan setahun sekali.

"Bezanya di Malaysia, undang-undang seumpama itu hanya diguna pakai untuk kenderaan komersial sewaktu pemindahan hak milik kenderaan sahaja," katanya.

Mohamed berkata, selain kenderaan persendirian, pengusaha bas ekspres juga perlu melaksanakan langkah keselamatan, antaranya menghentikan perkhidmatan pada waktu tengah malam.

"Mereka juga perlu membuat kajian terhadap kesesuaian penggunaan bas bertingkat digunakan di jalan raya yang mana, permit baru perlu ditangguhkan sehingga kajian itu selesai.

"Peraturan 66,80 dan 36 ECE Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu dikuatkuasakan secara berperingkat bagi membendung kemalangan membabitkan bas ekspres berikutan bas ekspres mempunyai struktur badan yang lemah terutamanya reka bentuk bumbung dan tempat duduk," katanya.

Mohamed berkata, Cap menggesa pengguna jalan raya lebih berhemah dan pihak berkuasa juga perlu melaksanakan saranan dikemukakan.

Tiada ulasan: