Isnin, 29 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


British Yang Disebut Mat Sabu Adalah British Yang Sama Yang Halau Sultan Perak

Posted: 29 Aug 2011 12:02 AM PDT

British buang negeri Sultan Perak- Melayu tidak tentang ...

Ini adalah batu peringatan di mana Dato' Maharajalela, orang Besar negeri Perak yang mengarahkan pembunuhan JWW Birch, Resident British yang pernah menjajah negari Perak. Klik gambar utk besarkan.

Mengikut sejarah, Birch telah dibunuh, pada 2 Nov 1875 oleh si Puntum seorang orang asli dan beberapa pahlawan Melayu di Pasir Salak.

Satu kenyataan sejarah yang dibiarkan berlalu begitu sahaja.Tetapi bagi saya, ia menimbulkan satu pertanyaan : Kenapa si Puntum? Penjajahan British tiada kena mengena dengan kehidupan seharian Orang Asli di hutan! Bukankah ramai lagi pahlawan Melayu ketika itu? Mana mungkin Si Puntum lebih berani ke hadapan daripada mana-mana pahlawan Melayu ketika itu.


Mungkinkah kerana terlalu takut kepada penjajah , atau ada komplot tertentu untuk melepaskan tengkuk masing-masing, maka si Puntum dijadikan kambing Hitam. Agak menyedihkan, Si Puntum hingga kini tidak pernah diselidikki susur galur keturunannya. Jauh sekali untuk mengangkatnya sebagai 'hero' kerana membunuh Birch.

Si Puntum didapati bersalah sama seperti mana dua orang PTK yang didapati bersalah membunuh Altantuya.Mereka membunuh tanpa motif tertentu.Cumanya dalam kes Altantuya, orang yang mengarahkan pembunuhan itu terlepas...buat masa ini.

Sejarah pembunuhan Birch merakamkan betapa majoriti daripada orang-orang Melayu Perak sekadar berdiam diri sahaja. Segolongan daripada Raja-Raja Melayu Perak dan para pengikut mereka menyokong British dan menentang Sultan Abdullah dan Datuk Seri Maharaja Lela dan para pembesar yang bangun menentang British.Kalau benar si Puntum yang membunuh Birch, kenapa nama Maharajalela naik dijulang?

Walaupun ramai orang Melayu hari ini mengangkat nama Dato' Maharajalela sebagai pejuang bangsa, namun mereka tidak pernah berani mencerca penjajah yang menggantungnya hingga mati. Malah orang Melayu Perak tidak pernah berani mencerca penjajah yang telah membuang negeri Sultan mereka ketika itu, Sultan Abdullah ke Seychelles.

Rupa-rupanya, selepas lebih 50 tahun merdeka ini, masih ramai lagi orang Melayu beperangai macam itu, gemar menjilat penjajah dan mereka amat benci kepada orang macam Mat Sabu!

Mat Sabu hanya menyingkap sejarah perjuangan bangsa yang berlainan dari apa yang Umno putar belitkan.Dia hanya cakap seperti dalam video ini :

Dipetik dari Al-Husseyn


Che Rosli: Saya tak langgar dasar PAS, tak sokong Lynas

Posted: 28 Aug 2011 09:32 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat berkata akan akur dengan sebarang tindakan parti Islam itu sambil menegaskan, beliau hanya muncul di TV3 atas kapasiti peribadinya sebagai seorang saintis.

Menjawab pendirian kontroversi mengenai loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dan desakan agar dikenakan tindakan disiplin, Che Rosli berkata, beliau sebenarnya telah memaklumkan saluran swasta itu bahawa tidak akan hadir sebagai wakil PAS, sebaliknya selaku seorang pakar dalam bidang sains nuklear.

Che Rosli mengetepikan kritikan banyak pihak dengan berkata, "seperti Dr Ahmad Termizi Ramli (Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan), saya muncul di TV3 sebagai saintis. Itu sahaja."


"Saya memberitahu wartawan TV3 bahawa saya perlu mendapatkan kebenaran presiden parti, tetapi oleh kerana wartawan Karam Singh Walia telah menelefon saya dua tiga kali, saya pun kata bahawa saya hanya akan hadir atas kapasiti sebagai seorang saintis," kata bekas pensyarah sains nuklear kepada The Malaysian Insider.

Malangnya tegas Che Rosli, beliau telah diatribut sebagai wakil PAS — "Ahli Parlimen PAS" sehingga membawa kepada kontroversi sekarang.

"Bila saya disebutkan sebagai Ahli Parlimen PAS, maka ia menjadi kontroversi," kata beliau.

"Saya hanya pergi sebagai seorang saintis, saya tidak bertindak bertentangan dengan parti, saya juga tidak menyokong Lynas," katanya dengan merujuk kepada pandangannya bahawa hanya memberikan cadangan bagaimana sisa buangan loji Lynas boleh diuruskan.

"Sekarang sudah jadi isu kontroversi," kata beliau yang bersedia untuk bertemu dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan perkara sebenar.

"Saya akan bertemu dengan presiden parti, tetapi kalau nak saya beri penjelasan... boleh, tiada masalah, sila hantar surat secara formal, melalui surat berdaftar... saya akan pergi, sekarang saya baru dengar melalui akhbar, belum ada surat rasmi," kata wakil rakyat ini sambil menambah, "saya dengar akan dikenakan tindakan kerana melanggar disiplin, katanya nak panggil saya beri penjelasan."

The Malaysian Insider difahamkan beliau akan dipanggil ke ibu pejabat parti pada minggu kedua bulan depan.

Dalam satu kenyataan Mac lalu, Che Rosli pernah berkata, negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat perlu mengorak langkah dengan mendahului kerajaan persekutuan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui ini demi masa depan rakyat dan lestari alam.

Katanya, jika sisa-sisa buangan ini dijana dengan betul satu penghasilan tenaga baru akan meningkat.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu The Malaysian Insider, partinya akan memanggil Che Rosli, yang dilaporkan menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

"Kami akan minta YB Che Rosli agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti," kata Tuan Ibrahim sambil menambah, "setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin."

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan telah memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

"Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri," katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh mengatakan Dr Ahmad Termizi dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli didakwa bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau "malu" dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.


Bila Pengecut Berkokok

Posted: 28 Aug 2011 05:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 Ogos – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan melabelkan Mohamed Sabu sebagai pengganas dan pengkhianat negara apabila mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Sehubungan itu, katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu memantau tindak-tanduk Timbalan Presiden Pas itu dan mengambil tindakan tegas terhadapnya termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana kenyataannya itu menunjukkan beliau mempunyai kecenderungan menjadi pengganas.

Gua rembat dari utusex


Bila orang tua pencen mula bersuara maka gegak gempita la utusex memukul canang, hari ni gua baru tahu kalau lu ada kecenderungan sikit walaupun lu belum dan memang tak mahu jadi kominis boleh dikenakan ISA.

Peeeeeh dasat sungguh undang2 ISA ni ye ketakutan juga gua, kira-kira kominis ni macam najis berat la ye cenderung pun boleh kena ISA. Tu belum lagi cenderung kepada Syiah ke, khawarij ke, atau apa2 fahaman selain fahaman umprono, agak2nya la ada sama ke berat najis cenderung kepada kominis ni.

Orang tua ni da tengok ke video mat sabu tu kalau belum apasal meroyan macam juak2 umprono yang lain,pelik betul situa ni, ini tex kata-kata Mat Sabu ada ke dia cakap nak jadi kominis:

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan.

Semua sejarah negara kita bohong....

Dah nyanyuk ke orang tua pencen tu, pening2222

Dipetik dari Johor Born



Video Kontrovesi Mat Sabu..

Posted: 28 Aug 2011 03:02 PM PDT




SPR Buat Lawak Lagi.. Babitkan Status Murtad Pulak..

Posted: 28 Aug 2011 08:20 AM PDT

STATUS Zainal Ratin MURTAD Salah Siapa, SPR atau MSK?


KUALA LUMPUR, 28 Ogos -- Zainal Ratin Zainal Abidin, 67 membuat laporan polis berkaitan namanya yang disenaraikan sebagai salah seorang yang didakwa telah murtad kerana menukar agama Islam kepada Kristian di sini, hari ini.




Zainal Ratin Zainal Abidin, 67 memberi kenyataan kepada media selepas membuat laporan polis berkaitan namanya disenaraikan sebagai salah seorang yang didakwa telah murtad kerana menukar agama Islam kepada Kristian di sini, hari ini.

Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di ibu negara dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira jam 2 petang.

Beliau berkata perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.

"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya," katanya kepada pemberita.

Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.

- Bernama


********************************************************************



Nama Zainal Ratin antara yang disenaraikan oleh MSK di dalam blognya berdasarkan senarai Daftar Pemilih yang dikeluarkan oleh SPR.

Sebenarnya senarai yang dikeluarkan oleh MSK di dalam blog Malaysia Times itu berdasarkan rekod di dalam Daftar Pemilih negeri Perak. Jika MSK mengambil data tersebut daripada daftar pemilih yang dikeluarkan oleh SPR, jadi rasanya tidak timbul isu fitnah di sini. Isu yang akan timbul ialah isu salah rekod olah SPR yang dinyatakan sendiri oleh pengerusinya sekitar 0.0001%. Nak marah siapa pakcik oii!!

Dipetik dari Pulakdah


Rais mesti minta maaf – RTM siar berita palsu, hasutan mengenai murtad

Posted: 28 Aug 2011 06:23 AM PDT

PETALING JAYA, 28 OGOS – Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim perlu meminta maaf bagi pihak TV RTM yang dikuasai kerajaan Barisan Nasional kerana telah menyiarkan berita palsu dan hasutan menegnai murtad.

Berita yang disiarkan oleh TV1 pada jam 8 malam tadi telah mengaitkan para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya DAP, dengan sebuah laman Facebook yang dinamakan "Murtad in Malaysia & Singapore".

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Tony Pua berkata Rais perlu bertanggungjawab terhadap fitnah yang amat berat itu dengan melakukan siasatan segera terhadap sikap tidak professonal TV1 dan TV3.

Katanya, mereka yang bertanggungjawab menyiarkan berita palsu dan hasutan itu perlu dipecat dari jawatan mereka.


Menurutnya, DAP mengutuk sekeras-kerasnya tindakan stesen-stesen TV berkenaan yang telah menyiarkan laporan palsu itu yang mengaitkan pemimpin DAP seperti Tan Kok Wai, Charles Santiago, Dr Boo Cheng Hau dan Ean Yong Hian Wah dengan laman Facebook tersebut.

Beliau berkata, TV1 turut mengaitkan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Dr Nasir Hashim yang juga Adun Kota Damansara yang cuba digambarkan kononnya membelakangi kepercayaan agamanya.

"Berita (palsu) itu sudah tentu disebarkan untuk mengapi-apikan sentiment dan kemarahan orang Melayu dan Islam di negara ini, terutamanya terhadap Pakatan Rakyat, yang mana naman-nama pemimpin mereka telah 'dijumpai' kononnya menjadi sebahagian daripada kumpulan Facebook itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pua menjelaskan, amat jelas sekali penyiaran berita palsu yang berniat menghasut itu oleh media milik kerajaan dan UMNO adalah sebahagian daripada kerja terkutuk yang terancang untuk memecahkan perpaduan rakyat bagi mengekalkan kuasa Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurutnya, keadaan pentadbiran Najib yang amat terdesak kerana semakin kehilangan sokongan rakyat, termasuk sokongan orang Melayu sendiri, telah memaksanya untuk berbuat apa sahaja termasuk perbuatan keji seperti menyiarkan berita palsu dan menabur fitnah.

Malah, tambah beliau, demi kuasa, BN sanggup menggunakan sentimen agama yang boleh menghancurkan negara ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, TV1, sama ada benar-benar jahil atau sengaja tidak mahu tahu fungsi Facebook, bahawa tiada siapa yang dapat menyekat pentadbir mana-mana laman Facebook untuk memasukkan sesiapa sahaja (add to group) dalam kumpulan Facebook tersebut.

Tambahnya, tidak ada syarat yang memerlukan kebenaran sesiapa sahaja yang mempunyai laman Facebook untuk dimasukkan (add) dalam mana-mana kumpulan Facebook.

"Dengan itu, mereka yang dituduh menjadi penyokong laman Facebook tersebut sebenarnya tidak sedar atau tahu nama mereka berada dalam kumpulan tersebut. TV1 telah melanggar etika dalam laporannya kerana tidak mengesahkan berita dengan mereka yang terlibat.

"Sedangkan (TV1) tahu bahawa kebanyakan pemimpin Pakatan Rakyat amat mudah untuk dihubungi," ujarnya.

Pua berkata TV1 patut dikenakan tindakan kerana mencipta dan menyebarkan berita palsu untuk menghasut kebencian di kalangan rakyat jelata.

Beliau menambah bahawa tindakan TV1 menyiarkan berita palsu sama seperti TV3 yang menyiarkan berita palsu pada 21 Ogos lalu yang mendakwa kononnya wujud usaha memurtadkan orang Islam oleh sebuah pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur setelah mendapat aduan daripada "Surau Al-Musyrikin" yang tidak pernah wujud sama sekali.

Jelasnya, semua perbuatan jahat itu telah dirancang dengan rapi tanpa mempedulikan kesannya kepada keharmonian dan perpaduan kaum serta agama di negara ini.

sumber dari – Roletkini.com


Lynas - Dr Rosli Che Mat Dipanggil Beri Kenyataan

Posted: 28 Aug 2011 05:19 AM PDT

PAS akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat dari PAS Dr Che Rosli Che Mat, yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng dekat Kuantan, untuk membuat penjelasan mengenai pendiriannya selepas cuti sambutan Aidilfitri.

Bagaimanapun pucuk pimpinan tidak menganggap kenyataan wakil rakyat itu sebagai satu tindakan melanggar disiplin parti walaupun bercanggah dengan pendirian PAS.

"Kami akan minta YB Che Rosli (gambar) agar memberi penjelasan kepada pucuk kepimpinan kerana apa yang dikatakan oleh beliau bercanggah dengan pendirian parti," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sambil menambah, "setakat ini apa yang dikatakan oleh beliau tidak boleh dianggap sebagai isu disiplin."


Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, Che Rosli kemungkinan memberi pandangannya mengikut kepakaran beliau dalam bidang nuklear, tetapi pendirian parti adalah berlainan iaitu tidak bersetuju dengan loji Lynas didirikan di Gebeng.

"Saya bukan pengerusi jawatankuasa disiplin, tetapi apa yang boleh dikatakan ialah setakat ini, ia bukan kes disiplin. Tetapi sekretariat ibu pejabat akan memanggil beliau untuk memberi penjelasan," katanya lagi.

Katanya, tindakan susulan akan diputuskan sebaik sahaja setiausaha agung parti mengemukakan laporan hasil penjelasan Che Rosli nanti.

Akhir minggu lalu, pemimpin Pakatan Rakyat Pahang membidas TV3 ekoran pengakuan Che Rosli yang menyokong pembinaan loji pemprosesan nadir bumi Lynas.

Naib Presiden PKR Fuziah Salleh, yang mendesak agar loji bernilai RM700 juta itu dihentikan, mahu TV3 menarik balik dan meminta maaf termasuk Ketua MCA Kuantan, Datuk Ti Lian Ker yang telah mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.

PAS Pahang juga meminta kepimpinan pusat agar memanggil Che Rosli untuk memberikan penjelasan berhubung perkara itu.

Ketua Penerangan PAS Pahang Suhaimi Md Saad memberitahu The Malaysian Insider tindakan Che Rosli itu tidak boleh diterima kerana beliau sepatutnya menyatakan sokongan melalui akhbar rasmi parti, Harakah.

"Kita tahu beliau menyokong loji itu semasa kali pertama kita bincangkan isu ini pada 2009. Tetapi selepas berunding dengan pakar lain, pendirian PAS adalah membantah projek itu. Tetapi sekarang beliau telah masuk ke musuh untuk serang parti sendiri," katanya.

TV3 menyiarkan satu laporan khas oleh wartawan alam sekitar Karam Singh Walia mengatakan Pakar Keselamatan Radiologi dan Kesihatan Dr Ahmad Termizi Ramli dan Che Rosli mendakwa Fuziah memperdayakan orang awam dengan membandingkan Lamp dengan kemudahan nuklear.

Che Rosli bertindak menuduh PKR memutarbelitkan isu itu untuk kepentingan sendiri dan beliau "malu" dengan hujah-hujah yang dibuat tanpa asas saintifik atau akademik.

Fuziah berkata, Che Rosli hanya bercakap tentang soal bahaya radiologi sedangkan beliau dan penduduk di sekitar loji itu telah berunding dengan ramai pakar dalam beberapa bidang termasuk kesihatan awam, kejuruteraan kimia, fizik nuklear dan undang-undang alam sekitar.


Tiada ulasan: