MiLo SuaM |
Surau Al-Musyrikin, salinan laporan Polis ke atas TV3 Posted: 28 Aug 2011 04:19 PM PDT ISU berita palsu Surau Al-Musyrikin yang disiarkan oleh TV3 pada 21 Ogos lalu telah menaikkan kemarahan pelbagai pihak. Tindakan TV3 mengada-adakan nama Surau Al-Musyrikin sebagai bahan propaganda untuk menimbulkan ketegangan agama, benar-benar biadap. Hal ini boleh menggugat keselamatan negara. Sebuah NGO yang terdiri daripada blogger dan facebooker merangkap badan amal yang menggelarkan diri mereka sebagai Jingga 13 telah membuat laporan Polis ke atas TV3, rujuk sini [Laporan Polis TV3]. Seperti yang dijanjikan sebelum ini, MiLo SuaM telah berjaya mendapatkan salinan report Polis yang dibuat oleh NGO itu pada 27 Ogos 2011 di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam. Di bawah ini salinan laporan Polis yang dimaksudkan. ReJaM© "Ingat TV3 ingat Al-Musyrikin..." |
Surau Al-Musyrikin, TV3 cuba hilangkan bukti! Posted: 28 Aug 2011 01:31 AM PDT MEDIA propaganda TV3 telah menyiarkan berita yang didapati palsu berkenaan bantahan Qariah surau Al-Musyrikin di depan sebuah kelas tuisyen Jalan Klang lama pada 21 Ogos 2011, rujuk sini [Al-Musyrikin]. Media propaganda TV3 ini jelas sekali biadap kerana mencipta nama Al-Musyrikin (Orang yang menyekutukan Allah) sebagai nama surau dan surau ini telah dibuktikan sebagai tidak wujud. Satu laporan Polis telah dibuat oleh Jingga 13, sebuah NGO bebas terhadap laporan berita palsu ini, rujuk sini [Laporan Polis TV3] Video rakaman berita palsu oleh media propaganda TV3 itu sebelum ini boleh disaksikan terus di laman sesawang rasmi TV3 di link ini [http://www.tv3.com.my]. Bagaimanapun tinjauan hari ini menunjukkan bahawa TV3 telah menyingkirkan video rakaman berita palsu itu dari laman sesawang rasminya dipercayai untuk menghilangkan bukti. Bagaimana pun anda masih boleh mengakses paparan asal laman tersebut di dalam simpanan googlecache (buat sementara waktu sebelum dipadam oleh goole) klik sini [googlecache]. Di bawah ini rakaman video berita palsu surau Al-Musyrikin yang pernah disiarkan di Buletin Utama TV3. Walaupun TV3 sudah memadam bukti, video tersebut kini sudah disimpan dan diupload di YouTube. ReJaM© "TV3 Al-Musyrikin..." |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan