Kelab Greenboc |
- Terbukti, Betapa Teruknya Polis Malaysia, Bangla Pun Dirompaknya!
- Berkenalan Di Laman Sosial, Janda Akhirnya Dirogol, Disamun & Diugut
- Bukti Nyata, Najib Pendusta & J/K Khas Parlimen Hanya Satu Sandiwara Semasa
- Selepas Utusan, Giliran Penerbit TV3 Pula Menerima "Suweh"
- Rakyat Johor Terdedah Makan Bangkai Ayam
- BONGKAR: Rakyat Terengganu Terima Duit Raya Kena Bersumpah Sokong UMNO BN
- Siasat Kewujudan Dalang Umno Dalam Isu Jais-DUMC
- Kritik Jais Tidak Bermakna Persoal Institusi Raja
- Pakatan Rakyat Perlu Tolak J/K Khas Parlimen, Rakyat Desak BERS✔H 3.0 Dilancarkan
Terbukti, Betapa Teruknya Polis Malaysia, Bangla Pun Dirompaknya! Posted: 20 Aug 2011 01:08 AM PDT Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh sejumlah wang tunai RM34,516, pada 8 Ogos lalu. Mohd Afizi Mohd Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20; didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di sebuah rumah No 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada 12.01 pagi. Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit pekerja-pekerja buruh binaan itu. Pertuduhan ke atas kesemua mereka dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat. Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh, namun peguam Mohamad Arfizi Mohd Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga. "Saya juga merayu di bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya. Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan. Kesemua tertuduh membayar wang jaminan itu. - Bernama Ulasan GB Ini bukan kali pertama polis menyamun dan merompak orang awam. Ada beberapa kes sebelum ini yang melibatkan kes samun dan rompakan dilakukan anggota polis seperti kes bulan Feb yang lalu dimana seorang wanita yang hamil lapan bulan mendakwa ditampar dan dirompak Isnin lalu oleh anggota polis berpakaian preman yang didakwa memecah masuk ke kedainya di Sungai Buloh - dan mereka kemudian menangkapnya. Pada tahun lepas, seorang ahli perniagaan menjadi mangsa sekumpulan polis yang membelasahnya gara-gara kerana tidak mempamerkan cukai jalan yang tamat tempoh di skrin kereta. Malah beliau telah mengalami kecederaan fizikal di mata kanannya dipukul ekoran enggan menyerahkan sejumlah wang yang dimilikinya. Sikap sesetengah anggota polis yang bertindak seperti "binatang" dengan membelasah rakyat sesuka hati amat perlu dikenakan tindakan disiplin kerana ia mencemarkan imej polis. Rakyat membenci polis bukan kerana dihasut sesiapa, tetapi adalah lantaran perlakuan sesetengah polis sendiri yang menyebabkan mereka dibenci. Mahkamah pula berlembut dengan penjenayah di kalangan anggota polis ini - Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh, masing-masing diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Sept ini untuk sebutan. Masa himpunan Bersih yang lalu, polis memaparkan ke seluruh dunia aksi keganasan mereka. Tetapi polis juga cuba melindungi dan menutup perbuatan durjana mereka dengan mengeluarkan video palsu kononnya tindakan polis itu paling betul, paling mulia, paling wangi, paling sopan. Itu sebab mengapa jenayah di kalangan polis tidak dapat dibendung dan rakyat sentiasa hidup di dalam ketakutan - kerana harapkan pagar, pagar yang makan padi. |
Berkenalan Di Laman Sosial, Janda Akhirnya Dirogol, Disamun & Diugut Posted: 20 Aug 2011 12:33 AM PDT Hasrat seorang janda untuk berpacaran dengan seorang lelaki Australia berkecai apabila dia bukan sahaja menjadi mangsa samun malah terpaksa hidup dalam ketakutan selepas diugut supaya menyerahkan RM30,000 jika tidak mahu gambarnya dalam keadaan mengaibkan tersebar. Kejadian 11 Ogos lalu itu berlaku apabila ibu kepada empat anak berusia lingkungan 30-an tersebut menginap di sebuah hotel di Sepang bersama lelaki tersebut. Lebih malang apabila barangan berharga seperti jam tangan Rolex dan barang kemas miliknya dilarikan suspek. Barangan tersebut merupakan hadiah daripada arwah suaminya yang telah meninggal dunia enam tahun lalu. Difahamkan, mangsa mendakwa telah mengadakan hubungan seks bersama suspek di hotel tersebut sebelum dia tidak sedarkan diri sebaik diberi sejenis minuman oleh suspek. Suspek turut mengugut mangsa memberinya RM30,000 jika tidak mahu gambar bogelnya yang diambil di hotel itu disebarkan. Episod malang wanita itu bermula apabila dia berkenalan dengan seorang lelaki menyamar sebagai warga Australia bergelar Richard di satu laman sosial di Internet sejak empat bulan lalu. Selepas bertukar-tukar maklumat, kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk bertemu selepas suspek mendakwa akan datang ke sini melalui Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang 11 Ogos lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd. Adnan Abdullah (gambar kecil) berkata, kemuncak perkenalan mangsa apabila mangsa yang teruja dengan berita itu bergegas ke LCCT untuk menyambut ketibaan kekasihnya tersebut. Katanya, sebaik tiba, mangsa telah diajak untuk menginap di sebuah hotel di Sepang. "Mangsa kemudian memberitahu yang mereka telah mengadakan hubungan seks sebelum dia tidak sedarkan diri selepas diberi sejenis minuman. "Mangsa hanya dibawa keluar apabila pihak pengurusan membuka pintu bilik selepas curiga penghuninya tidak muncul-muncul. Ketika itu mangsa dalam keadaan terbaring di atas katil sebelum dibawa ke hospital," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Tambahnya, sebaik sedar di hospital, mangsa mendapati barangan berharga seperti jam Rolex dan barang kemas miliknya lesap. Menurut Mohd. Adnan, tidak lama selepas kejadian itu, suspek telah menghubungi mangsa dan memintanya membayar RM30,000 jika tidak mahu gambar yang mengaibkannya disebarkan. "Mangsa yang cemas kemudian telah membuat laporan dua hari kemudian dan polis telah menubuhkan satu pasukan khas untuk mengesan suspek yang menggunakan pasport palsu untuk menyamar sebagai warga Australia itu," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 384/380 Kanun Keseksaan iaitu peras ugut dan curi dalam bangunan. -kosmo |
Bukti Nyata, Najib Pendusta & J/K Khas Parlimen Hanya Satu Sandiwara Semasa Posted: 19 Aug 2011 09:52 PM PDT PM: P'raya boleh bila-bila masa, tak perlu tunggu PSC Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan pilihan raya. Perdana menteri berkata kerajaan akan cuba melaksanakan sebarang cadangan penambahbaikan yang dibuat oleh jawatankuasa itu sebelum pilihan raya umum yang akan datang. "Kami akan cuba, pasti ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kadar segera, sesuatu yang mungkin akan mengambil sedikit masa. Jadi, apa yang kita boleh lakukan dengan segera, kita akan lakukannya dengan segera," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn hari ini. Najib yang juga presiden Umno berkata bentuk-bentuk penambahbaikan pilihan raya akan dibincangkan dan ditentukan oleh semua wakil parti-parti politik yang menyertai jawatankuasa tersebut. Ditanya mengenai pendirian pembangkang yang belum membuat keputusan untuk menyertai jawatankuasa itu selagi belum melihat terma rujukannya, Najib berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan merupakan tawaran yang ikhlas daripada pihak kerajaan supaya setiap keputusan dapat dibuat secara konsensus. "Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya. Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti. Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti. Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini. Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas. "Ini merupakan tawaran ikhlas di pihak kami kerana perbincangan perlu diadakan di antara kedua-dua pihak supaya ada konsensus. Kita harap akan ada konsensus atas apa yang kita lakukan," katanya. Mengenai permintaan pembangkang agar jawatankuasa itu diterajui wakil dari pihak mereka, Najib berkata perkara itu adalah mustahil kerana ia mesti diketuai oleh parti majoriti. Beliau juga berkata pengagihan jumlah wakil jawatankuasa secara sama rata seperti yang dituntut oleh pembangkang juga tidak akan dipertimbangkan kerana ia bergantung kepada kekuatan sesuatu parti. Pada Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan bahawa kabinet telah bersetuju dengan penubuhan jawatankuasa itu yang bertanggungjawab memperkukuhkan undang-undang dan peraturan berkenaan pilihan raya di negara ini. Ia akan dianggotai lima orang wakil kerajaan Barisan Nasional, tiga wakil pembangkang dan seorang wakil Bebas. Najib juga berkata Majlis Tertinggi Umno menyokong keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut tetapi tidak bererti mereka mengakui terdapat kelemahan yang besar pada kesahihan pilihan raya di negara ini. "MT nak tegaskan demokrasi berparlimen adalah prinsip perjuangan Umno selama ini. Kesahihan pilihan raya tidak seharusnya dipersoalkan sebab kita telah buktikan tiada manipulasi dalam pilihan raya sama ada dari segi undi yang dilakukan atau senarai daftar pemilih," katanya. Mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa terdapat beberapa individu yang menjadi penduduk tetap dan tersenarai sebagai pengundi dalam masa yang singkat, Perdana Menteri berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membuat penjelasan mengenai kes tersebut. "Mungkin ada individu-individu yang boleh jadi pertikaian tapi kita minta SPR buat penjelasan tentang kedudukan nama-nama tersebut memandangkan kecenderungan pembangkang membangkitkan nama-nama mereka," katanya. - Bernama Ulasan GB Bukankah kenyataan Najib di atas satu BUKTI NYATA bahawa Najib itu seorang pendusta dan penubuhan J/P Khas Pilihanraya yang diwarwarkan sebelumnya adalah satu sandiwara semasa? Jika pilihanraya ke 13 hendak diadakan juga sebelum J/K Khas Pilihanraya menghabiskan siasatan dan cadangannya, apa erti pilihanraya ke 13 itu yang nantinya masih penuh dengan penipuan dan penyelewengan? Apakah nanti apabila Najib melihat J/K yang bersidang sudah menemui penipuan dan penyelewengan terutama di Parlimen Pekan sendiri, maka cepat-cepat pilihanraya dipanggil? Setakat mana kuasa J/K Khas itu pun masih kabur? Apakah hanya terhad kepada mengutarakan cadangan-cadangan perbaikan tanpa sebarang kuasa pendakwaan? Jika demikian padamkan saja hasrat penubuhannya. Yang rakyat kini ialah penubuhan Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat dan membedah secara komprehensif operasi dan pengendalian pilihanraya oleh SPR selama ini, kerana ternyata SPR tidak telus. Malah SPR tidak pernah melantik pemeerhati bebas dari luarnegara untuk memantau perjalanan pilihanraya di negara ini kerana SPR tahu kehadiran pemantau itu bakal mendedahkan kepincangan SPR sendiri. Buktinya semasa MAFREL pemantau di dalam negara sendiri sewaktu dilantik menjadi pemerhati dan apabila MAFREL menemui perbuatan salahlaku SPR, tiba-tiba MAFREL tlah tidak diktirafkan lagi sebagai pemantau pilihanraya. Bukankah itu jelas SPR memang sebuah badan "anjing gila" yang bebas melakukan apa saja untuk memanipulasikan sistem pilihanraya di negara ini? Keras bunyi krtikan GB tetapi demi kebenaran dan keadilan yang perlu diletakkan di tempat yang sewajarnya, maka terpaksa ia berbunyi demikian. Malah GB berjanji seandainya Pakatan Rakyat memerintah selepas ini, kami rakyat Malaysia yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan akan mencari Pengerusi, Timbalan pengerusi dan semua anggota SPR yang terlibat sampai ke lubang cacing untuk disiasat dan diadili. |
Selepas Utusan, Giliran Penerbit TV3 Pula Menerima "Suweh" Posted: 19 Aug 2011 07:05 PM PDT Pembunuhan Banting: Penerbit Buletin Utama TV3 Pula Diperintah Tunjuk Sebab SHAH ALAM: Sehari selepas wartawan dan editor Utusan Malaysia diperintahkan untuk hadir di Mahkamah Tinggi di sini, perintah sama dikeluarkan pula kepada penerbit Buletin Utama, TV3 untuk memberikan penjelasan berhubung penerbitan berita yang 'menyerang' peribadi peguam utama di dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu pada Jumaat, selepas membenarkan permohonan peguam Manjeet Singh Dhillon yang memberitahu bahawa berita itu disiarkan pada pukul 8 malam, Rabu lalu dan dapat ditonton di seluruh negara, termasuk oleh dua rakan peguam, Datuk Ng See Teong dan Amer Hamzah Arshad. Manjeet menambah, kandungan berita tersebut adalah sama seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Rabu lalu, menerusi berita bertajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' yang memetik temubual antara wartawan, Raja Syahrir Abu Bakar dengan Ahli Parlimen Padang Serai, N, Gobalakrishnan. Katanya lagi, berita tersebut yang membawa maksud barisan pembelaan adalah alat kepada pemimpin pembangkang dan mempunyai motif tersembunyi dalam kes itu adalah bersifat subjudis (kacau ganggu kes yang masih berjalan) serta merupakan campur tangan kepada mahkamah dan juga pentadbiran kehakiman. Hakim Akhtar kemudiannya berkata, perintah telah dikeluarkan kepada Raja Syahrir dan editor surat khabar arus perdana itu untuk hadir di mahkamah pada minggu hadapan, tanpa memberikan tarikh yang spesifik bagi memberikan penjelasan berhubung berita tersebut. Sementara itu, perbicaraan yang masuk hari ke-26 menyaksikan Timbalan Ketua Balai Polis Selayang, Sarjan Mejar Ranjit Singh, 49, memberitahu bahawa tiga tertuduh, T. Thilaiyalagan, R. Matan dan R. Kathavarayan tidak pernah membuat aduan kepadanya semasa beliau melawat lokap pada pukul 3.25 pagi dan 3.30 petang, 10 September 2010. ''Mereka berada dalam keadaan yang normal dan tidak mengalami masalah kesihatan," katanya semasa menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainudin. Sementara itu, semasa disoal balas oleh Manjeet, saksi yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun itu mengakui bahawa lawatannya ke lokap tidak dicatitkan pada buku perharian balai, meskipun ia merupakan satu kemestian. Tambahnya, ketiadaan catitan itu mungkin disebabkan kerana anggota polis yang bertanggungjawab menulis buku tersebut terlupa atau tersalah pandang untuk berbuat demikian. Penggunaan perkataan 'terlepas pandang' oleh saksi dipersoalkan oleh Manjeet yang berkata, tidak mungkin anggota polis yang menjaga lokap tidak perasan jika Ranjit ada melawat lokap kerana kerana keadaan fizikalnya yang tinggi dan mudah dilihat. Manjeet: Berdasarkan keterangan ini, adakah kamu mengatakan anggota polis tersebut tidak mematuhi peraturan? Ranjit: Mungkin mereka terlupa. Manjeet: Adakah kamu akan mengambil tindakan kepada anggota polis itu? Ranjit: Saya boleh membuat aduan pada badan disiplin. Saya kena berbincang dengan Ketua Balai terlebih dahulu. Manjeet: Jadi, jika kamu berbohong, siapa yang akan mengambil tindakan? Ranjit: Saya telah bersumpah untuk bercakap benar, tidak boleh berbohong. Ditanya bagaimana cara pemeriksaan di lokap dilakukan, Ranjit berkata beliau akan berjalan di hadapan sel dan melihat dengan mata kasar jika tahanan mempunyai masalah. "Waktu lawatan dilakukan, ada juga tahanan yang akan mengadu sakit seperti sakit kepala atau sakit perut dan minta diberikan rawatan," tambah Ranjit. Menjawab soalan Amer Hamzah, Ranjit memberitahu bahawa beliau tidak menerima sebarang aduan berhubung isu keselamatan atau perkauman dari tertuduh mahupun dari tahanan-tahanan Melayu yang terdapat di dalam lokap pada malam itu. Selain Ranjit, terdapat empat lagi anggota polis dipanggil sebagai saksi kepada pihak pendakwaan dalam prosiding bicara dalam perbicaraan (TWT) yang diadakan untuk menentukan keadaan mental Thilaiyalagan dan Kathavarayan yang didakwa berada dalam keadaan tertekan semasa memberikan keterangan yang membawa kepada penemuan barang kes. Prosiding TWT berakhir pada Jumaat, dan Hakim Akhtar menetapkan pihak-pihak yang terlibat untuk mengemukakan hujahan bertulis selewat-lewatnya pada Jumaat depan. Thilaiyalagan, 20, dan Kathavarayan, 31, dibicarakan bersama bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42, dan R. Matan, 21, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010 di senuah ladang di Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini. Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Perbicaraan akan bersambung dengan prosiding perbicaraan utama pada Isnin ini. -mstar Ulasan GB GB dah ulas semalam di entri Wartawan Utusan Mula Menerima "Suweh" Hasil Pencabulan Terhadap Etika Kewartawanan |
Rakyat Johor Terdedah Makan Bangkai Ayam Posted: 19 Aug 2011 05:35 PM PDT Johor dibanjiri ayam disembelih tak sempurna JOHOR BAHRU - Percaya atau tidak, beratus-ratus peniaga di negeri ini kini menjual kira-kira 60,000 ekor ayam segar yang amat diragui status halal dan kesuciannya setiap hari. Gambar: KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan. Jumlah tersebut meliputi 30 peratus daripada bekalan ayam di negeri itu setiap hari yang berjumlah 200,000 ekor. Masalah tersebut berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan. Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, pihaknya bimbang pengusaha kecil kini semakin berani untuk mengaut keuntungan berikutan permintaan yang tinggi daripada umat Islam berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. "Pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAIJ,'' katanya. Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bahru di Pontian awal pagi semalam. Dalam serbuan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi itu, JAIJ mendapati premis terbabit tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas. KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan. Turut membimbangkan JAIJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kaedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa. Menurutnya, JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal namun mereka tidak mematuhinya. "Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin. Beliau berkata, pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna. Samsudin berkata, JAIJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya. Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua. -kosmo |
BONGKAR: Rakyat Terengganu Terima Duit Raya Kena Bersumpah Sokong UMNO BN Posted: 19 Aug 2011 11:13 AM PDT Dana Raya: Diskriminasi Ramadhan! KUALA TERENGGANU - Sambutan Hari Raya Idulfitri bakal menjelang tiba dan kerajaan Umno-Barisan Nasional Terengganu kini sedang sibuk mengagihkan peruntukan wang ehsan berjumlah RM60 juta bagi tahun 2011. Menteri Besarnya, Dato' Seri Ahmad Said mengumumkan jumlah peruntukan 'gula-gula raya' tersebut akan diberikan kepada rakyat miskin, berpendapatan rendah, warga emas termasuk golongan belia remaja. Malangnya, pengagihan dana raya itu yang 'sedang rancak berlangsung' masakini, telah berlaku diskriminasi terutama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Penyelaras Dun masing-masing. Sumber Skuad Buletin memaklumkan setiap penerima dana raya tersebut dikehendaki melafazkan 'sumpah' janji setia akan menyokong Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang. Bahkan, disetengah tempat setiap penerimanya dikehendaki mengisi borang keahlian Umno terlebih dahulu sebelum pembayaran dibuat oleh pihak Dun atau JKKK. Mohd Sabree Yunus (bukan nama sebenar), 30, dari Manir mendakwa terpaksa melafazkan 'sumpah' janji setia menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya. Menurutnya, sumpah 'Aku Janji' itu dibuat di pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (Dun) dan di rumah Pengerusi JKKK berkenaan. "Hendak buat macam mana, disuruh buat sumpah dengan surah Ya'asin. Saya buatlah sumpah Aku Janji akan sokong BN dalam pilihan raya akan datang. "Jika tidak, saya tidak dapat RM300 itu. Saya buat di pejabat Dun dan ada rakan-rakan lain buat di rumah Pengerusi JKKK," ujarnya. Katanya, perbuatan melafaz sumpah taat setia dan 'Aku Janji' sambil memegang surah Ya'asin dibuat disemua tempat suluruh negeri Terengganu. Beliau diberitahu oleh petugas Dun tindakan seumpama itu terpaksa dilakukan oleh Umno kerana bimbang sokongan rakyat terhadap Umno-BN semakin merosot. Seorang warga emas, Mansor Ngah dari Kampung Maras mendakwa pihak penyelaras Dun dan JKKK telah memotong penerimaan dana khas raya. Menurutnya, kesalahan yang membawa kepada pemotongan dana raya tersebut kerana telah menyertai satu rombongan melawat negeri kerajaan Pakatan Rakyat, di Pulau Pinang. "Borang permohonan bantuan telah diisi tetapi telah dipotong dari senarai penerima dana raya kerana mengikuti rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Rakannya, Awang Yusuf, 54, mengakui telah dikeluarkan dari senarai penerima sumbangan dana raya beberapa hari lalu. Katanya, sebelum ini pernah menerima sumbangan dana raya sebanyak RM400 tetapi telah dikeluarkan dari senarai penerima atas tuduhan menyokong PAS-Pakatan Rakyat. [Gambar kiri - dari kanan, Rashid, Awang dan Ibrahim, dari Kampung Maras, Batu Rakit, dinafikan Dana Raya kerana melawat Pulau Pinang] "Dulu dapat RM400 tetapi sekarang nama saya telah dipotong dari senarai penerima kerana pergi (ikut) rombongan ke Pulau Pinang, Mei lalu. Beliau merupakan seorang buruh kasar dari keluarga berpendapatan rendah serta mempunyi seorang isteri dan 13 orang anak. Encik Rashid Ibrahim, 47, dari Kampung Maras menyifatkan pemimpin Umno di peringkat kampung 'zalim' dan khianat. Beliau sekadar bekerja kampung dan mempunyai lima orang anak tergolong di kalangan keluarga berpendapatan rendah. Menurutnya, ada di kalangan penerima dana raya dipaksa mengisi borang keahlian Umno sebelum duit tersebut diserahkan. "Tahun 2011 ini, nama saya telah dipotong dari senarai penerima sumbangan dana idulfitri. Ini bukti Umno-BN mengamalkan diskriminasi. "Saya diberitahu pihak petugas Umno kerana kesalahan menyertai rombongan melawat kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang," ujarnya. Bekas pemain bola sepak Terengganu tahun 60-an, Ibrahim Mat, 63, berpendapat pemotongan dari senarai penerima dana raya bersifat dendam politik Umno-PAS. Katanya, Umno mengamalkan sifat pilih kasih dan hanya mengutamakan penyokong serta ahli Umno-BN sahaja. "Pemimpin Umno mempunyai sifat dengki, dendam terhadap ahli PAS dan Pakatan Rakyat. Mereka hanya mengutamakan di kalangan orang Umno dan Barisan Nasional," jelasnya. Manakala, nasib yang menimpa, Ahmad Kamalrul Hisan Ahmad Hanipah, 29, [Gambar kanan] dari Kampung Tok Dor Luar, Setiu tergolong dari kalangan Orang Kelainan Upaya (OKU) malang. Katanya, pernah menerima bantuan hari raya tersebut sebelum dikeluarkan dari senarai penerima. Beliau yang bekerja sebagai pemandu dengan pendapatan RM500 sebulan mendakwa telah dua tahun namanya tercicir dari senarai penerima bantuan tersebut. "Saya rasa terkilan dan tidak puas hati kenapa nama saya dikeluarkan. Saya berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU). "Saya ada isteri dan seorang anak yang berusia hampir tiga tahun. Saya tidak boleh kerja berat selepas kemalangan jalan raya sejak lebih setahun lalu," ujarnya. Katanya, kali terakhir menerima bantuan raya yang diagihkan setiap tahun kepada rakyat miskin dan berpendapatan rendah pada 2008 sebanyak RM300. -BO |
Siasat Kewujudan Dalang Umno Dalam Isu Jais-DUMC Posted: 19 Aug 2011 05:30 AM PDT Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) hari ini menggesa agar siasatan dijalankan apabila wujudnya dakwaan penglibatan Umno semasa pemeriksaan Jabatan Agama Islam (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Ini berikutan dakwaan Setiausaha Agong PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini mengatakan Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas DUMC 3 Ogos lalu. Mustafa mendakwa Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu tersebut ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas DUMC. Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin. Begitu juga ekoran pendedahan klip video kehadiran Jais ke DUMC pada hari kejadian seperti yang ditayangkan dalam beberapa blog Umno. Sehubungan itu, DPPNS dalam memorandumnya kepada Exco Slangor Datuk Hasan Ali dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini meminta agar tindakan serius diambil jika apa yang didakwa Mustafa sebelum ini benar. Video klip "Kami memandang serius mengenai hal ini dan minta supaya kerajaan negeri siasat bagaimana video klip tersebut dikeluarkan oleh penulis blog Umno. "Kami juga minta jasa baik Mustafa supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri dan Pemuda supaya isu ini diselesaikan dengan sebaik mungkin," kata Ketua Pemuda PAS Selangor, Hasbullah Ridzwan kepada pemberita di pejabat Dr Hasan di Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri di sini hari ini. Sementara itu, Timbalan Ketua DPPNS Mohd Sany Hamzan menyifatkan tindakan penulis blog yang menyiarkan klip video rakaman Jais pada malam kejadian sebagai satu penderhakaan kepada Sultan. Katanya, Jais dalam responnya terhadap PAS minggu lalu berkata tidak akan ada sebarang pertemuan atau penjelasan dengan mana-mana pihak seperti yang dititahkan Sultan sehingga siasatan selesai. Namun, beliau berkata Umno mengingkari arahan tersebut malah terus menyiarkan klip video terbabit melalui blog "Screwkuat" dan beberapa blog milik penulis upahan Umno. "Sultan sudah keluar titah jangan keluarkan apa-apa kenyataan sebab itu Dr Hasan tak mahu berjumpa dengan pihak media atau sesiapa kerana dia akur dengan titah Sultan. "Tetapi Umno yang selama ini mempertahankan institusi Raja bertindak mengingkari arahan Sultan," katanya -FMT Selangor digesa siasat dakwaan Umno dalang |
Kritik Jais Tidak Bermakna Persoal Institusi Raja Posted: 19 Aug 2011 04:33 AM PDT Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menegaskan Kenyataan-kenyataan mengkritik tindakan dan pendekatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu tidak seharusnya dianggap sebagai tindakan mempersoalkan institusi diraja. Sebaliknya, beliau berkata agensi-agensi agama di negeri ini tidak sewajarnya menggunakan nama istana untuk melindungi pengurusan dan penguatkuasaan bidang kuasa masing-masing. "Kritik Jais tidak semestinya kutuk Sultan. Sepatutnya (Majlis Agama Islam Selangor) Mais sebagai penasihat Sultan sebagai ketua agama beri nasihat yang betul kepada baginda. Bukan gunakan nama baginda untuk memberi perlindungan kepada Mais atau Jais," katanya dalam satu kenyataan media. Justeru itu, Mais dan Jais sepatutnya faham konsep dan implikasi akauntabiliti. "Agama selain Islam dan penganut mereka ada hak dan ini perlu dilindungi. Ini semua dikandung oleh Perlembagaan khususnya Perkara 11. Apa yang berlaku menimbulkan keraguan tentang perlindungan itu. Mais dan Jais patut faham dan bukan menyeret Sultan," kata beliau lagi. Semalam, pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya secara tidak langsung tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri. Beliau berkata, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor. "Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais. "Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran," katanya. Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu yang mendapat kritikan banyak pihak. Sebelum ini, PAS menegaskan tiada pihak yang mempertikaikan tindakan Jais ke atas gereja tersebut, sebaliknya hanya mahu penjelasan sebenar daripada agensi penguatkuasaan agama itu. Malah, pemimpin-pemimpin PAS menegaskan tidak timbul soal mempertikaikan tindakan Jais atau tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama negeri tapi semua pihak hanya mahu mendapatkan penjelasan. Dalam pada itu, menjawab pendirian Mais, Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman menegaskan, dakwaan mengatakan ada pihak termasuk parti politik mempertikaikan tindakan Jais apatah lagi mempersoalkan kuasa Sultan Selangor. -tvsnews |
Pakatan Rakyat Perlu Tolak J/K Khas Parlimen, Rakyat Desak BERS✔H 3.0 Dilancarkan Posted: 19 Aug 2011 02:55 AM PDT JK Khas Parlimen sekadar penghias jendela KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu kerana ia memberikan alasan yang lebih kukuh kepada rakyat untuk menerus dan mengukuhkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih. "Perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu semakin membuktikan bahawa hanya perjuangan rakyat seperti yang berlaku 9 Julai lalu yang boleh diharapkan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini," katanya sambil mengulangi supaya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dilaksanakan. Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Mahfuz juga mempertikaikan kewujudan jawatankuasa itu kerana apa yang sebelum ini dituntut oleh Bersih 2.0 ialah sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuh untuk menambah baik proses pilihanraya secara menyeluruh sebelum Pilihanraya Umum ke-13. "Yang dituntut ialah siasatan adil dan bebas oleh suruhanjaya tersebut dan langkah-langkah pembaikan yang dicadangkan oleh suruhanjaya itu dilaksanakan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan, bukannya jawatankuasa yang meragukan yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Menurut Mahfuz, antara perkara yang meragukan dalam jawatankuasa itu ialah apabila ia diketuai oleh seorang menteri. "Menteri mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN), selain SPR, kerajaan BN juga adalah pihak yang dipertikaikan oleh rakyat yang menuntut pilihan raya adil dan bersih. "Amat karut jika pihak yang dipersoal dan dipertikaikan menjadi pengerusi badan yang kononnya ditubuhka untuk memperbaiki amalan pilihan raya yang dipertikaikan dan dilihat tidak bersih," tegas beliau. Mahfuz juga mempersoalkan keanggotaan jawatankuasa itu. "Keanggotaan jawatankuasa itu sepatutnya diputuskan dalam sidang Parlimen. "Mengapa tiba-tiba menteri pula yang menetapkan keanggotaan jawatankuasa itu?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan. Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas. Mahfuz juga menolak tawaran Kementerian Dalam Negeri yang mahu menjawab persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh jawatankuasa yang dicadangkan oleh Perdana Menteri itu. "Kita bukan mahu jawapan, kita mahu perubahan ke arah pilihan raya yang adil dan bersih," tegas beliau. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan