MiLo SuaM |
Zulkifli Nordin kantoi tipu Sirah Sahabat! [video] Posted: 19 Aug 2011 04:33 PM PDT KISAH Syaidina Umar Al-Khatab masuk melawat sebuah gereja besar di Juruselam merupakan satu kisah yang sangat popular di dalam Sejarah Islam. Peristiwa ini menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam apabila sahabat nabi itu menolak untuk bersolat di dalam gereja walaupun dipelawa oleh paderi besar Baitulmuqadis, Sophronius. Merujuk kepada buku novel sejarah Islam, UMAR AL-KHATTAB Reformis Dunia Islam, muka surat 265, tulisan Abdul Latip Talib, diceritakan secara jelas bahawa Syaidina Umar telah mengunjungi sebuah gereja besar di Baitulmuqaddis namun menolak untuk bersolat di dalamnya. Namun begitu, demi mempolitikkan isu gereja untuk menunjukkan kononnya dia pejuang Islam, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin, sanggup memutar belitkan Sirah Sahabat dan menipu di khalayak ramai. Ahli Parlimen bebas itu menipu dengan mengatakan bahawa Syaidina Umar telah dijemput ke gereja tetapi beliau tidak mahu masuk ke dalam gereja. Fakta sebenar, Syaidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, bukan tidak mahu masuk. Lihat penipuan terang-terangan Zulkifli dalam video di bawah. Dengan lagak Zulkifli Nordin yang konon-konon pejuang Islam sebenar, ramai orang yang tertipu dan menyangka masuk ke gereja adalah berdosa kerana terpengaruh dengan fatwa baru Zulkifli Nordin. ReJaM© "Zulkifli Nordin buat Sirah sendiri..." |
Syarikat Filipina San Miguel beli saham Esso Posted: 19 Aug 2011 01:44 PM PDT PEMBELIAN saham beberapa aset hiliran Esso oleh San Miguel Corp, menimbulkan beberapa persoalan. Pembelian saham itu bernilai USD 610 juta, suatu jumlah kurang dari nilai harga pasaran serta menyebabkan sahamnya merudum sebanyak 18% semalam. Sungguhpun jumlah itu barangkali berasaskan alasan komersial, namun ianya memberi tamparan buat pemegang saham minoriti kerana jualan kurang dari nilai pasaran tersebut. Saya menggesa semua yang terbabit termasuk Suruhanjaya Sekuriti dan Badan Pemerhati Pemegang Saham Minoriti untuk meneliti pembelian tersebut demi memastikan kepentingan pemegang saham minoriti tidak terjejas. Saya juga perihatin apabila beberapa aset utama seumpama kompleks pemprosesan serta stesyen petrol diambil alih oleh syarikat yang hampir tiada pengalaman berurusan di Malaysia. San Miguel menempa nama di negara ini hanya apabila anak mantan Perdana Menteri, Mirzan Mahathir dilantik sebagai pengarah konglomerat tersebut selepas membeli 19.9% saham yang bernilai RM 2.9 billion. Sungguhpun Mirzan Mahathir telah meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah San Miguel Corp pada April 2010, dia masih memegang jawatan sebagai pengarah Petron Corporation, syarikat bersekutu San Miguel yang memiliki jaringan pusat pemprosesan serta edaran petrol di Filipina. Justeru, tidak hairanlah persoalan muncul berkaitan pembelian saham aset sektor hiliran Esso tersebut samada semata-mata menguntungkan pihak Mirzan Mahathir. Manakala itu saudaranya Mohkzani Mahathir mendapat manfaat besar dari sektor huluan industri petroleum dan gas melalui Kenchana Petroleum; terutamanya ayahnya masih merupakan penasihat PETRONAS. Pembelian tersebut juga memunculkan beberapa persoalan terhadap iltizam pentadbiran negara untuk memupuk budaya tadbir urus korporat yang lebih tegas. Dunia korporat wajar menuruti amalan ketelusan dan pertanggungjawaban sekaligus meninggalkan amalan korporat yang merugikan rakyat sepertimana yang menjadi kebiasaan sistem payung pimpinan Umno-Barisan Nasional. DATO' SERI ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA 19 OGOS 2011 Sumber [LidahRakyat] |
You are subscribed to email updates from MiLo SuaM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan