Sabtu, 20 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Umno P.Pinang Ambil Kesempatan Atas Isu Bodoh

Posted: 19 Aug 2011 06:06 AM PDT

KM kecam Umno politik insiden simbah cat

Umno Pulau Pinang hari ini dikecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana cuba mempolitikkan insiden ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat Ahad lalu.

Beliau menolak tuntutan pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman supaya menarik balik kenyataannya, yang didakwa menjadikan insiden tersebut sebagai isu perkauman.

Sebaliknya, Lim berkata, beliau tidak ada masa untuk melayan "ekstremis seperti Umno" yang menurutnya cuba mempolitikkan insiden tersebut.


Lim yang juga setiausaha agung DAP menegaskan demikian ketika
meninjau ibu pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon yang menjadi sasaran cubaan dibakar pada awal pagi Ahad lalu.

Beliau diminta mengulas desakan Zainal supaya ketua menteri Pulau Pinang itu menarik balik dakwaannya yang mengaitkan umat Islam dengan insiden ibupejabat DAP itu disimbah cat.

Bernama memetika Zainal sebagai berkata kenyataan Lim itu membayangkan seolah-olah cat tersebut disimbah oleh orang Islam.


Anwar: Pembelian Esso Msia bawah harga pasaran disebabkan anak Mahathir?

Posted: 19 Aug 2011 05:19 AM PDT


Pendedahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tentang ura-ura syarikat minyak Esso di Malaysia bakal dijual kepada salah seorang anak Mahathir, Mirzan yang bakal menjadi taikun petroleum sekiranya pengambil alihan ini berjaya, hanya akan merosakkan lagi industri petroleum di negara kita.


Dengan harga pasaran sekitar USD610 juta (RM1.88 bilion) dan sengaja menjunam sebanyak 18 peratus semalam, rupanya akibat tekanan Mahathir sendiri, Anwar mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan pengumuman penjualan Esso kepada Mirzan.

Mirzan, walaupun telah meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah bagi jenama minuman keras tersohor di Filipina, San Miguel pada April 2010, rupanya masih lagi bertindak sebagai Pengarah di Petron Corporation, syarikat yang dikaitkan dengan San Miguel yang memegang rangkaian peruncitan petroleum dan penjualannya di negara bekas tanah jajahan Sepanyol itu.

Anwar kini mendesak Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Jawatankuasa Pemantau Pemegang Saham Minoriti menyiasat dengan lebih dalam bagaimana Mirzan boleh mendapat akses "pintu belakang" perundingannya dengan pemilik Esso di Malaysia sedangkan setiap pengambil alihan mesti dimaklumkan kepada SC dan Bursa Malaysia.

Tambah membimbangkan lagi, seorang lagi anak Mahathir, Mokhzani yang menguasai Kencana Petroleum juga nampaknya akan mendapat laba paling tinggi dengan keadaan Mahathir masih lagi menjadi Penasihat PETRONAS sehingga kini.




Timbul konflik kepentingan antara Mahathir dan anak beranak dengan skandal penjualan Esso dan mengenepikan sama sekali kepentingan pemegang saham minoriti yang bakal menerima kesan langsung sekiranya ia benar menjadi kenyataan.

Anwar menuntut pentadbiran Najib Altantuya supaya jangan lagi merosakkan institusi ekonomi dengan campur tangan politik, dan yang paling menghairankan adalah mengapa Najib Atantuya langsung tidak mahu menegur tindakan terbaru Mahathir ini?

Apakah Mahathir sudah mengugut Najib Altantuya akan membocorkan rahsia dan kini nasib rakyat negara kita ditentukan oleh dua orang gila yang tamakkan harta dan kuasa?

Anda mampu mengubahnya.

Dipetik dai JALAN PULANG


Pegawai SKMM bangkit isu kaum dan agama halang soalan

Posted: 19 Aug 2011 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Seorang peguam hak asasi kesal dengan tindakan seorang pegawai kerajaan, didakwa membangkitkan soal kaum dan agama bagi menghalang beliau daripada mengemukakan soalan ketika anak guamannya disoal siasat petang ini.

Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty, yang menemani jurugambar Suara Keadilan Yusriah Yusof, 50, memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kecewa dengan tindakan pegawai itu.

"Saya hanya bertanya kepada pegawai SKMM itu, untuk apa nak ambil keterangan, untuk siasatan apa, tapi pegawai itu kata 'U Melayu kan, U Islam kan, jadi jangan banyak soal'.

"Saya terkejut apabila pegawai cakap macam itu, saya cuma nak tahu mengapa nak ambil keterangan tapi pegawai itu tiba-tiba kaitkan dengan bangsa dan agama," katanya kepada The Malaysian Insider.


Terdahulu peguam itu menghantar mesej mengenai isu menerusi akaun Twitternya petang ini.

Ekoran tindakan itu, Fadiah Nadwa berkata, beliau akan membuat satu aduan di Majlis Peguam dan laporan polis.

Katanya, tindakan pegawai SKMM itu merupakan satu pencabulan.

"Saya akan membuat laporan tapi nak buat di mana saya akan bincang dulu tapi aduan di Majlis Peguam akan dibuat kerana ia adalah satu pencabulan kerana menghalang hak saya selaku peguam.

"Saya tidak boleh biarkan perkara ini, tindakan perlu diambil," katanya.

Yusriah hadir di pejabat SKMM untuk memberikan keterangan berhubung gambar kecederaan pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fayyadh Afiq Albakqry semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

"SKMM cuma nak tahu gambar yang saya ambil itu tulen atau palsu, saya kata tulen. Saya disoal hampir satu jam di pejabat SKMM," katanya.

Ketika perhimpunan Bersih 2.0, Fayyadh mengalami kecederaan teruk di muka dan hancur tulang pipi selepas terkena kanister gas pemedih mata.


Monopoli BERNAS Patut Dihapuskan

Posted: 19 Aug 2011 03:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat hari ini mencadangkan penghapusan status monopoli pengedaran beras oleh Beras Nasional Malaysia (Bernas) dan juga kajian semula terhadap status Bernas sebagai pengimport tunggal beras di negara ini.

Langkah itu dicadang untuk menjadikan industri beras tanahair lebih kompetitif dan pada masa sama memperbaiki taraf ekonomi petani beras tempatan.

Ia diumumkan Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua sewaktu sidang media siri perbincangan bajet Pakatan Rakyat 2012 di Sekretariat Pakatan Rakyat, Petaling Jaya tengah hari tadi.

"Pakatan Rakyat cadangkan status monopoli Bernas ditamatkan. Status Bernas sebagai pengimport tunggal ke dalam negara kita juga akan dikaji semula.


"Dan kita akan cadangkan lesen import dibuka kepada orang lain agar ada persaingan daripada segi import beras," kata Tian Chua.

Menurut Tian Chua, langkah itu dicadangkan kerana sejak ia diswastakan, Bernas tidak lagi mewakili kepentingan nasional tetapi terus diberikan keistimewaan oleh kerajaan Umno BN.

Melalui sistem monopoli sedia ada, Bernas memperolehi keuntungan melalui perbezaan di antara subsidi yang dibayar kerajaan kepada mereka dengan harga beras yang dibayar mereka kepada petani, kata Tian Chua.

"Mereka rendahkan harga yang mereka beli daripada petani, hasilnya petani hilang insentif untuk menghasilkan beras dengan lebih banyak.

"Dengan adanya persaingan dalam membeli beras, kita harap ia akan merangsang pendapatan petani dan ia akan meningkatkan produktiviti petani," kata Tian Chua.

Pada masa sama, petani juga akan memperolehi pendapatan yang lebih baik kerana subsidi beras akan disalurkan terus kepada mereka.

Pendapatan petani juga akan meningkat hasil persaingan daripada pengedar beras yang mahu mendapatkan bekalan daripada petani, kata Tian Chua.

"Ia akan mampu memperbaiki kadar penghasilan beras di dalam negara ini serta pengedaran beras dan padi (yang lebih baik).

"Sokongan kepada penanam padi juga perlu diubahsuai agar bantuan diberi terus kepada petani.

"Antaranya skim pinjaman dan skim simpanan untuk pengeluar dan penanam beras.

"Melalui skim ini, kita akan tingkatkan pengeluaran petani, dan juga ada skim pendapatan yang lebih baik untuk petani," kata Tian Chua.

Pada masa sama, katanya lagi, pengguna tidak perlu peningkatan harga beras kerana ia adalah di antara harga barangan kawalan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19188


Tiada ulasan: