Jumaat, 19 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Kenyataan Panglima ATM Dangkal Dan Diselar Hebat Sebagai Memalukan

Posted: 18 Aug 2011 11:50 PM PDT

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

Abdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

Zulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya,"
kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

Abdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan". -mk


Panglima Tentera tidak cermat

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tindakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.

"Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam," kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.

Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.

"Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

"Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan,"
ujarnya.

Menurutnya, mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.

Katanya, mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan.

Secara tidak langsung, ujarnya Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut
.

Beliau penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil ke hadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang.

Katanya lagi, Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya, ujar beliau selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tentera terbabit.

"Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan, menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat," ujarnya.

Jelasnya, sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.

"Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos," katanya.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Zulkifeli.

"Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera," tegasnya.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita.

"Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihan raya," ujarnya lagi. -HD




Nazri Memuktamadkan PSC, Rakyat Boleh Memuktamadkan BERSIH 3.0 Diteruskan

Posted: 18 Aug 2011 09:54 PM PDT

Nazri: Muktamad, menteri BN ketuai panel khas Parlimen

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya akan diketuai oleh seorang menteri bukannya wakil Pakatan Rakyat sambil berkata, keputusan sebelum ini "tidak bermakna tidak."

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyoal pembangkang agar memberikan "satu alasan yang baik" mengapa wakil Pakatan Rakyat seharusnya menyandang jawatan itu.

Katanya, hanya kedudukan seorang menteri persekutuan akan membolehkan akses mudah kepada kemudahan-kemudahan kerajaan.

"Seperti jawatankuasa-jawatankuasa sebelum ini, seorang menteri lazimnya mempengerusikannya agar ia (jawatankuasa pilihan khas) boleh menikmati kesemua kemudahan kerajaan... memanggil mesyuarat. Tambahan, menteri dihormati oleh kesemua ahli Parlimen," kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Nazri (gambar), menteri yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen bersetuju bahawa amalan itu adalah berlandaskan konvensyen dan bukannya aturan Parlimen.

"Tetapi ini adalah realiti di negara ini," katanya.

Tambah beliau, "persoalan saya ialah mengapa mereka mahu jadi pengerusi? Apa istimewa sangat jawatankuasa ini?"

"Kita seringkali mengadakan jawatankuasa dan setiap jawatankuasa adalah istimewa, jadi mengapa yang ini istimewa sangat?" katanya lagi.

Pemimpin dari Umno ini mengulangi bahawa jawatankuasa ini akan terdiri daripada sembilan ahli iaitu lima dari Barisan Nasional (BN) termasuk seorang pengerusi, masing-masing satu mewakili PAS, DAP dan PKR manakala seorang dari barisan Bebas.

"Dalam jawatankuasa sebelum ini, biasanya tujuh anggota.... empat dari BN dan tiga daripada setiap parti Pakatan Rakyat.

"Itu sebelum kita ada anggota Bebas di Dewan. Sekarang untuk memperakui (kehadiran) wakil rakyat Bebas, kita menambah bilangannya kepada sembilan," kata beliau lagi.

Ketika ditanya adakah pendirian itu bermakna permintaan Pakatan Rakyat untuk menjadi pengerusi jawatankuasa pilihan khas ini sudah ditolak, Nazri mengulangi, "berikan saya satu sebab" mengapa kedudukan sebaliknya perlu diamalkan.

Apabila ditanya lagi bagi mendapatkan jawapan, menteri itu menambah, "baik, menyedari (pendirian) Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Aziz, tidak bermakna tidak. Jadi, tidak bermakna tidak."

Dalam satu kenyataan Selasa lalu, sambil menyifatkan pengumuman mahu membentuk jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi meneliti sistem pilihan raya sebagai "kemenangan besar bagi pejuang demokrasi", Pakatan Rakyat mahu panel itu diketuai oleh seorang wakil barisan pembangkang.

Selain itu, Pakatan Rakyat mahu jawatankuasa tersebut mempunyai kuasa menyiasat, mengesah dan mencadangkan perubahan menyeluruh, malah diberi kuasa dan kewangan yang secukupnya.

"Pakatan Rakyat menyambut baik kenyataan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) untuk menubuhkan jawatankuasa pilihan (khas) Parlimen. Ini mengesahkan isu-isu penambahbaikan sistem pilihan raya seperti yang dibangkitkan Pakatan Rakyat dan Bersih 2.0 dan kami menganggap ini satu kemenangan besar bagi pejuang demokrasi di Malaysia.

"Walau bagaimanapun, demi bertindak jujur, kami meminta Perdana Menteri menyertakan tuntutan-tuntutan berikut dalam bidang tugas jawatankuasa pilihan tersebut," kata Pakatan Rakyat.

Kini, BN mempunyai 137 anggota di Dewan Rakyat, 75 wakil Pakatan Rakyat (DAP 29, PKR 23, PAS 23), Parti Sosialis Malaysia satu manakala Bebas sembilan.

Ulasan GB

Ketempangan perlantikan J/K Khas Parlimen seperti yang didedahkan tidak mendapat perhatian dari Menteri di JPM, sebalik beliau terus memuktamadkan perlantikan tersebut.

Justeru itu menteri yang sentiasa cuba menunjukkan lagaknya kepada rakyat ini perlu diberitahu rakyat juga boleh memuktamadkan bahawa BERSIH 3.0 akan diteruskan.


Siapa Sebenarnya Pengkhianat Dan Tidak Amanah?

Posted: 18 Aug 2011 08:45 PM PDT

Tentera sangkal undi diseleweng

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

ATM apolitikal

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi.

Ulasan GB

Mengapa begitu cepat dan biadab Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyelar and menganggap PAS sebagai pengkhianat jika beliau sendiri sudah menyatakan bahawa "Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing"?

Kekurangan apa? Kekurangan untuk tidak dapat bersekongkol lagi dengan penipuan yang dilakukan selama ini? Bukankah itu lebih khianat lagi?

Dan panglima berkenaan juga menyatakan "sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya" bererti sistem pilihanraya yang berjalan kini ada banyak kekurangannya sehingga J/K peringkat parlimen terpaksa dibentuk dan tidak mustahil penipuan undi pos adalah salah satu kelemahan itu. Apabila ada anggota ATM mendedahkan secara jujur dan ikhlas sepatutnya ia disiasat secara komprehensif dan jujur juga. Mengapa panglima ini cepat sangat melatah?

Apakah terlalu besar pangkat seorang panglima tentera hendak "menyerang" sebuah parti yang sah disisi perlembagaan yang mempunyai keahlian 1 juta orang?

PAS mempunyai wakil rakyat yang ramai di Parlimen dan sedang memerintah di dua negeri. Anda perlu menghormati pilihan rakyat tersebut!

Panglima itu kemudian berkata "Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami". Sejak bila rakyat tidak akui pengorbanan tentera? Yang kami lakukan ialah supaya tentera berkhidmat secara amanah dan jujur, jangan khianat. Apabila ada pihak tentera sendiri mengakui perbuatan khianat di dalam undi bererti pihak tentera sendiri yang tidak amanah dan tidak jujur yang sedang membinasakan masa depan negara.


J/K Khas Parlimen Hanya Wayang UMNO BN

Posted: 18 Aug 2011 06:30 PM PDT

Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz untuk mewujudkan awatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya bagi menjamin proses pilihan raya umum akan datang berjalan dengan bebas, adil dan demokratik disifatkan sebagai hanya sekadar wayang kerajaan pemerintah.

Malah, menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh amalan bermain wayang ini sering menjadi pilihan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dalam memberi gambaran baik kepada dunia bahawa mereka dalam cerdik mentadbir sesebuah negara.

"Pengumuman itu hanyalah wayang, nak tunjuk pada satu dunia yang kononnya (UMno-BN) akan melaksanakannya tapi apa pula dengan kenyataan Nazri yang tidak menjamin pembersihan daftar pengundi sebelum pilihanraya?

"Mereka juga tidak bersungguh-sungguh dan tidak memberikan komitmen dengan betul,"
katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, sama sekali tidak bersetuju dengan pembahagian Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan Nazri Aziz semalam ekoran pembahagian kerusi yang tidak adil.

Menurut Fuziah, jawatankuasa yang dicadangkan itu jelas berat sebelah dimana ianya dianggotai sembilan wakil - lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Tambahnya lagi, ahli parlimen dari bebas tidak berhak mendapat pembahagian walaupun seorang, berdasarkan jumlah kesuluruhan ahli parlimen.


"Jika kita lihat pada peratus kerusi di Parlimen, Ahli Parlimen bebas yang memiliki 8 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan tidak mewakili 1 peratus dari 8 ahli jawatan kuasa,"

"Kita boleh lihat ketidakseimbangan pembahagian jawatan kuasa ini kerana bebas tidak sampai 0.5 peratus pun untuk dilantik menjadi jawatankuasa. Satu wakil bebas dan hanya tiga wakil dari PR tidak mengikut pembahagian,"

Nazri yang dipetik dalam laporan akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew semalam berkata, walaupun penggubalan undang-undang adalah satu proses yang panjang, tetapi kerajaan berharap untuk melaksanakannya sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau menjangka jawatankuasa itu akan diketuai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala wakil-wakil pembangkang pula akan diputuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Wardina Akui Kalau Nak Dekati Agama Pi La Kelantan

Posted: 18 Aug 2011 04:12 PM PDT

Sewaktu dalam tempoh Wardina Saffiyah Fadullah Wilmot, 32, sedang bercuti dari program MHI TV3, diberitakan wanita keturunan Aceh ini telah berkesempatan berkunjung ke Kelantan untuk menjadi salah seorang panelis dalam program "Bicara Selebriti, Manisnya Hidayah-Mu".

Program anjuran kerajaan Kelantan ini turut membawa bersama ke pentas tiga lagi panelis yang lain iaitu mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, bekas celebrity yang pernah menjadi tenaga pengajar Akedemi Fantasia, iaitu Sham Kamikaze, Ustaz Harizal Abdul Jamil, dan Amim Idris dari TV Hijrah sebagai moderator.

Wardina mengaku, tempat yang paling cocok bagi selebriti untuk mendekati Islam di Malaysia adalah Kelantan. Negeri yang dipimpin ulama ini sentiasa terbuka buat mereka. Kelantan mencoba menjadi pelopor dengan hiburan alternatif Islam di Malaysia. Karena para pemimpinnya berpendapat, manusia tak dapat dipisahkan dari hiburan. Tinggal lagi, bagaimana mau mengolah hiburan itu agar tak bertantangan dengan Islam.

Kedatangannya ini merupakan kali kedua Wardinah ke Kelantan atas undangan pemerintah. Kali pertama, 2010, ia tampil bersama novelis terkenal Indonesia, Habiburrahman El Shirazy. Acara berlangsung di sebuah gedung, Kota Bharu.

"Saya amat terharu dengan kehadiran khalayak malam itu. Dewan penuh sesak. Majoritasnya anak muda. Semuanya berhimpun atas dasar Iman dan kecintaan pada Islam..." kata Wardinah.

"Khalayak hadir dengan semangat ingin sebuah perubahan yang hakiki pada seni hiburan. Mereka mencoba memaknai hiburan yang sebenar-benarnya. Karena anak-anak muda ini sudah terlalu lama dilalaikan dengan hiburan penuh kemaksiatan yang hanya meracuni minda mereka" tambah Wardina. - mvi

Wartawan Utusan Mula Menerima "Suweh" Hasil Pencabulan Terhadap Etika Kewartawanan

Posted: 18 Aug 2011 09:54 AM PDT

Pembunuhan Banting: Wartawan, Editor Utusan Malaysia Diperintah Tunjuk Sebab

SHAH ALAM: Hakim yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya memerintahkan seorang wartawan dan editor surat khabar Utusan Malaysia untuk hadir di Mahkamah Tinggi di sini, bagi memberikan tunjuk sebab berkaitan penyiaran berita yang menyentuh peribadi peguam di dalam kes tersebut.

Hakim Datuk Akhtar Tahir pada Khamis, membuat keputusan itu pada Khamis, selepas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama dalam kes itu, N. Pathmanabhan, membangkitkan isu mengenai berita mengenai dirinya bertajuk 'Manjeet selalu burukkan kerajaan' yang disiarkan di surat khabar arus perdana berkenaan pada Rabu.

Manjeet yang turut membawa keratan akhar tersebut berkata, berita itu yang ditulis oleh wartawan bernama Raja Syahrir Abu Bakar bersifat subjudis (kacau ganggu pada kes yang belum selesai) sedangkan tiada siapa yang dibenarkan untuk membuat komen terhadap sesuatu kes yang masih di dalam peringkat perbicaraan.

"Malangnya, Utusan Malaysia dengan tidak berasas telah menyiarkan berita yang boleh membawa maksud bahawa terdapat campur tangan politik dalam prosiding ini dan barisan pembelaan adalah alat kepada pemimpin pembangkang serta mempunyai motif tersembunyi dalam mengendalikan perbicaraan ini," tambahnya.

Seterusnya, Manjeet juga memberitahu komen tersebut juga disiarkan di TV3 pada pukul 8 malam Rabu, tetapi sehingga kini beliau masih tidak dapat mengenal pasti wartawan yang terlibat dan memohon agar komen tersebut diabaikan oleh mahkamah.

"Lelaki yang membuat komen itu ialah N. Gobalakrishnan yang merupakan Ahli Parlimen Padang Serai. Saya tidak mengenali lelaki ini dan tidak pernah berjumpa dengan beliau. Saya tidak tahu daripada mana beliau mendapat tahu tentang penipuan ini," katanya lagi.

Sehubungan itu, Manjeet memohon agar satu perintah dikeluarkan untuk Gobalakrishnan, Raja Syahrir dan editor surat khabar terbabit hadir di mahkamah bagi memohon maaf dan menarik semula berita itu selain dijadikan peringatan kepada mereka yang tidak mempunyai rasa hormat kepada perjalanan kes di mahkamah.

"Mereka perlu diingatkan bahawa jika bertindak melampui batasan, mereka akan menerima akibatnya," ujar beliau.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff yang mengetuai barisan pendakwaan memberitahu, beliau tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan berhubung isu tersebut, tetapi mengakui telah membaca berita yang dibangkitkan Manjeet.

Akhtar selepas mendengar hujahan tersebut kemudiannya menyifatkan tindakan mengaitkan prosiding di hadapannya dengan isu politik adalah keterlaluan dan memerlukan penjelasan daripada wartawan terbabit.

"Sebarang serangan terhadap peguam adalah sama seperti serangan kepada mahkamah," katanya dan menambah, editor seharusnya tahu bahawa sebarang komen sepatutnya 'disimpan' dan tidak disiarkan terutamanya yang menyentuh prosiding yang belum selesai.

Merujuk kepada kejadian yang hampir sama, iaitu di mana Manjeet memohon agar wartawan New Straits Times dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana berita bertajuk 'Victims' bones found in river' pada Julai lalu, Akhtar berkata semua laporan yang ditulis selepas peristiwa itu adalah tepat dari segi fakta.

Beliau seterusnya memberi peringatan kepada wartawan yang membuat liputan kes itu untuk mengingatkan editor masing-masing bahawa tindakan sebegitu adalah subjudis dan boleh membawa kepada tindakan menghina mahkamah.

"Orang awam boleh membuat andaian sendiri, tetapi bukan pihak media," ujarnya.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42, yang merupakan bekas peguam didakwa bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20, R. Matan, 21, dan R. Kathavarayan, 31, atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, dan pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Mereka juga didakwa membunuh pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, yang didakwa hilang bersama pengasas kosmetik jenama Nouvelle Visages tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah ladang lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini pada pukul antara pukul 8.30 dan 9.45 malam, 30 Ogos 2010.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan akan bersambung pada Jumaat. -mstar


PKAUM kata laporan Utusan petik ketuanya palsu, VC UM juga nafi

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Presiden Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) Prof Madya Azmi Sharom menafikan sekeras-kerasnya laporan muka hadapan Utusan Malaysia hari ini kononnya beliau mendakwa seramai 146 staf akademik telah meletakkan jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Naib Canselornya, Tan Sri Dr Ghauth Jasmon.

Sebaliknya tegas Azmi, pihaknya juga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai perkara itu kepada akhbar milik Umno berkenaan.

Jasmon juga menafikan kandungan laporan itu.

Jelas Azmi, apa yang berlaku beberapa ahli PKAUM datang menemuinya untuk meluahkan perasaan tentang pentadbiran UM.

"Ada beberapa ahli jumpa saya untuk meluahkan perasaan dan saya kata boleh, tapi apa yang keluar dalam Utusan Malaysia itu adalah tidak benar kerana ia bukan pendirian PKUAM tapi kenyataan daripada ahli.

"Terdapat beberapa ahli yang kata A, B, C dan D itu sahaja, apa yang keluar (dalam Utusan Malaysia) itu bukan daripada saya, tapi mereka... bukan saya yang cakap tapi orang lain," katanya kepada The Malaysian Insider dan menambah, beliau terkejut apabila dimaklumkan mengenai perkara itu.

Jelas Azmi, beliau hanya hadir majlis itu sebagai tanda sokongan dan untuk melindungi hak ahli PKAUM.

"Saya sendiri tidak pernah tengok angka itu, saya pun tidak tahu daripada mereka dapat angka itu... saya hanya berada di majlis itu selama 10 minit dan saya tidak kata apa-apa pun.

"Saya tidak pernah kata sedemikian dan saya nafikan, saya cuma bagi sokongan kepada ahli... itu sahaja," katanya.

Berikutan laporan itu, Azmi memberitahu telah menghantar e-mel kepada Utusan Malaysia memohon agar ia ditarik balik.

Muka hadapan Utusan Malaysia hari ini mengatakan UM mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan seramai 146 staf akademik sejak 2009 kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Jasmon.

Mereka yang meletak jawatan melibatkan profesor, profesor madya, pensyarah dan ahli akademik dari pelbagai fakulti yang sudah lama menabur bakti dan berkhidmat di universiti itu.

Azmi dalam laporan itu berkata antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan.

Pada tahun ini sahaja, katanya, kira-kira 20 staf akademik meletak jawatan atas alasan yang sama.

Azmi mendakwa Jasmon turut memperketatkan proses dan prosedur kenaikan pangkat dengan memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam Bahasa Malaysia.

Jasmon dilantik menjadi Naib Canselor pada 2008 untuk menggantikan Tan Sri Dr. Rafiah Salim.

Sementara itu, Jasmon ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, laporan Utusan Malaysia tidak betul dan beliau telah dimaklumkan Azmi mengenai perkara yang sebenar melalui e-mel.

"Tidak betul, memang tidak betul... saya nafikan, esok saya akan beri angka sebenar," katanya. -TMI


Ulasan GB

Kewaratawanan adalah satu profesion yang mulia. Tetapi apabila etika kewartawanan dicabuli maka jadilah sang wartawan itu manusia paling hina.

Sebelum ini di dalam entri bertajuk Siapa Yang Bakal Terkena Suweh Penyapu?, GB telah ulas. Petikan:


Jangan lupa Khir Toyo yang dahulu menghadiahkan penyapu kepada PBT, tiba-tiba beliau yang ditimpa suweh sehingga sekarang tak habis-habis lagi.

Kerana apa? Mentaliti orang Melayu dah anggap penyapu itu pembawa suweh. "Kamu ialah apa yang kamu fikirkan"!

Maka yang akan ditimpa suweh nanti nampaknya bukan Khalid Ibrahim tetapi kepada penghadiah penyapu itu iaitu UMNO Selangor yang berselindung di sebalik nama NGO yang dikenali sebagai GEMPAK dan WARISAN.

Kalau geng kepala lembu sudah menerima habuannya, tak lama lagi geng penyapu dan mangkuk tandas ini bakal menerima apa yang mereka lakukan bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali namanya.

Allah itu Maha Melihat dan Allah itu Maha Berkuasa. Sebenarnya Allah yang akan mengurniakan habuan pembalasan itu, bukan kerana suwehnya penyapu.

Dia juga yang akan menunjukkan siapa sebenarnya yang bertanduk. MB Selangor & Khalid Samadkah atau geng songkok tinggi bersama UG. Di dalam Islam, yang jahat akan terkena balik kejahatan yang mereka lakukan. Di dalam konteks demonstrasi semalam nampaknya UMNO Selangor yang diwakil oleh geng bersongkok tinggi bersama-sama tokoh pujaan mereka Hassan Ali & kumpulan UG bakal terkena "suweh penyapu" itu disertai dengan wartawan-wartawan & akhbar-akhbar yang menjulang tinggi tindakan mereka itu.

InsyaAllah, pemerhatian GB ini tidak silap.

p/s Bagi sesiapa yang disebut tadi nak elak terkena suweh penyapu tu, kenalah hubungi GB, jangan lupa siapkan pengeras sekali. Kalau tak tanggung jer nanti... hehehe


Proses Pemutihan PATI, Taktik Kotor UMNO BN Untuk Menang Pilihanraya

Posted: 18 Aug 2011 06:55 AM PDT

Pembongkaran demi pembongkaran berhubung kepincangan Program Pemutihan Pendatang Asing (6P) baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa Umno-Barisan Nasional (BN) kini semakin terdesak serta sanggup melakukan apa sahaja taktik kotor bagi memastikan mereka terus kekal berkuasa.

Malah, tindakan terdesak itu juga jelas menggambarkan bahawa segala taktik kotor itu didalangi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ini berikutan, Najib didakwa pernah mengeluarkan arahan agar Umno Selangor bekerja bersungguh-sungguh dan menggunakan segala senjata yang ada bagi membolehkan Umno-BN menawan kembali negeri itu dalam pilihanraya umum akan datang.

Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, perkara tersebut ternyata menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat kerana ia melibatkan keselamatan dan masa depan negara.

"Kita tidak terkejut tapi agak khuatir tentang masa depan dan keselamatan negara kita kerana perkara sebegini boleh dibuat sewenang-wenangnya. Kita juga prihatin dengan masa depan pendatang asing kerana mereka seolah-olah diancam sekiranya tidak memberikan sokongan yang diperlukan," katanya memberitahu Tv Selangor.

Menurut Nik Nazmi, perkara tersebut juga jelas melanggar undang-undang malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai agama Islam mahupun bangsa Melayu seperti yang di uar-uarkan selama ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mendedahkan salinan surat sumpah kepada media selain mendakwa ianya sebahagian daripada syarat tetap yang perlu dipatuhi warganegara asing.

Helaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip" berkenaan, yang antara lainnya menyebut "saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN)."

Namun begitu, gerak kerja penyampaian maklumat kepada rakyat mengenai situasi sebenar yang berlaku perlu diteruskan dan beliau percaya rakyat kini sudah cukup matang untuk menilai perkara sebenar walaupun cubaan penipuan ini akan berterusan.

Malah, beliau menegaskan, pihaknya tidak akan mengambil mudah situasi ini sebaliknya akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.



J/K Reformasi Pilihanraya Sekadar Helah Politik Najib & BN

Posted: 18 Aug 2011 04:53 AM PDT

Reformasi pilihan raya: Najib sekadar untuk menangguh?

Sekali lagi Perdana Menteri Najib Razak menampilkan dirinya sebagai pembawa perubahan apabila mengumumkan bahawa kerajaan akan meneliti dan mengkaji sistem pilihan raya dan sistem media yang sedia ada, selepas siri program transformasinya. Ia memberi persepsi seolah-olah Najib akur kepada suara rakyat.

Bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat pula menganggap janji Najib akan berakhir sebagaimana program transformasinya yang lain - semakin lenyap apabila masa berlalu.

Najib pernah menjanjikan ruang media yang lebih bebas selepas menerajui tampuk kerajaan, malah melancarkan siri program transformasi untuk mewujudkan "suasana feel good". Tetapi, ruang media tidak terbuka luas, malah semakin sempit berbanding zaman pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi. Program transformasinya pula dihalang oleh golongan sayap kanan, misalnya PERKASA - dan akhirnya lari dari rupa bentuk asalnya - mungkin juga kerana tekad politiknya yang tidak teguh.

Perhimpunan BERSIH 2.0 memperlihatkan ketidakpuasan rakyat. "Suasana feel good" yang cuba diwujudkan Najib ranap. Kini, sekali lagi Najib menampilkan diri untuk membawa perubahan, cuma, sejauh manakah keikhlasannya, dan lebih penting, apa niatnya?

Ketiga-tiga orang ahli parlimen Pakatan Rakyat, Tian Chua (Batu-PKR), Liew Chin Tong (Bukit Bendera-DAP) dan Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PAS) ketika ditemuramah MerdekaReview, menganggap BERSIH 2.0 memberi tekanan yang besar terhadap kerajaan Najib, dan beliau perlu menyajikan janji reformasinya sebagai reaksi terhadap ketidakpuasan rakyat.

Dzulkefly Ahmad yang juga AJK PAS Pusat berkata, ini adalah kemenangan rakyat, kemenangan BERSIH 2.0 dan kemenangan Pakatan Rakyat. Naib Presiden PKR, Tian Chua turut berkata, ia adalah hasil tekanan yang tercetus daripada perhimpunan BERSIH 2.0. Tian Chua menambah, Najib mengalami tekanan sebelum dan selepas perhimpunan BERSIH 2.0, dan beliau tidak menggunakan cara yang terlalu drastik untuk menindas perhimpunan ini. Ini menunjukkan bahawa Najib tidak berani, malah tidak bersyarat untuk menentang kuasa rakyat. Maka, Najib memilih cara diplomatik untuk menyedapkan hati rakyat.

Sengaja untuk menangguh?

Oleh sebab bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan institusi itu untuk melakukan kebanyakan tuntutan reformasi, misalnya penggunaan dakwat kekal, pembersihan daftar pemilih dan sebagainya, Tian Chua menganggap pengumuman penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen sekadar untuk menangguhkan masa - sebagaimana yang dilakukannya ketika menubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kematian Teoh Beng Hock. Kesudahannya bakal membuktikan, hasilnya jauh lebih kurang daripada apa yang dilaung-laungkan, kata Tian Chua.

Ketika ditanya kemungkinan Najib menyedari bahawa reformasi sistem pilihan raya adalah hasrat rakyat, maka dirinya perlu mengikut arus ini untuk mengembalikan keyakinan rakyat, Tian Chua (gambar kiri) sebaliknya mempersoalkan, "Mengapa perlu Najib berbuat sedemikian? Beliau tak perlu buat sedemikian, itu periuk nasinya."

Tian Chua menjelaskan, kerajaan tetap boleh menjalankan reformasi sistem pilihan raya meskipun tanpa Jawatankuasa Pilihan Parlimen. Tian Chua tetap menganggap bahawa Najib tidak berniat untuk melaksanakan agenda reformasi, yang bakal menjejaskan peluang kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke-13.

Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong meskipun mengalu-alukan respon positif Najib terhadap tuntutan BERSIH 2.0, namun meramalkan bahawa janji ini akan berdepan dengan rintangan dalam partinya ketika cuba dilaksanakan.

Umumkan tarikh PRU-ke13!

Dzulkefly Ahmad berkata, Najib tidak menampilkan apa-apa prestasi atau monumen politiknya sepanjang tiga tahun ini, meskipun beria-ia dengan program transformasinya - dan hanya "terkejut dari tidurnya" selepas ditekan BERSIH 2.0. Dzulkefly Ahmad menambah, seandainya Najib ingin meyakinkan rakyat bahawa dirnya memang ikhlas untuk melaksanakan perubahan, maka Najib harus memberitahu rakyat bila PRU ke-13 akan diadakan, selain menetapkan "jadual waktu" dan objektif pelaksanaan reformasi yang jelas.

Meskipun mengalu-alukan respon positif daripada Najib, Liew Chin Tong berkata penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen sahaja tidak mencukupi, kerana negara kini memerlukan reformasi secara menyeluruh dari sistem demokrasinya, termasuk kebebasan media, pemilikan media, kebebasan perhimpunan, pendaftaran warga negara dan sebagainya - dan bukan hanya reformasi yang terbatas kepada bahagian-bahagian tertentu.

Beliau menambah, anggota Jawatankuasa Pilihan Parlimen belum diketahui setakat ini. Malah beliau berkata, seandainya ahli parlimen Pasir Mas merangkap Presiden PERKASA Ibrahim Ali tersenarai sebagai anggota jawatankuasa tersebut, maka usahlah berbicara mengenai reformasi.

Liew Chin Tong menganggap desakan BERSIH 2.0 dan tekanan dalam parti seperti Saifuddin Abdullah, yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, yang menyebabkan Najib terpaksa menampilkan imej pembawa perubahan. Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam menunjukkan Najib bakal menghadapi halangan daripada golongan sayap kanan dalam UMNO.

Liew Chin Tong percaya bahawa Najib menyedari perubahan senario yang berlaku dalam kerangka yang lebih besar, malah faham bahawa pengawalan media tidak akan memberi kesan. Namun demikian, golongan kanan dalam UMNO mempunyai pemahaman yang berbeza dengannya dalam hal ini, yang menyebabkan usaha dirinya sentiasa tersekat dalam parti.

Tidak tegas, tidak mempunyai halatuju adalah masalah yang terbesar untuk Najib, sehingga agenda yang dikemukakannya itu sentiasa tidak "tulen" pada peringkat akhirnya, kata Liew Chin Tong. "Beliau tidak tahu untuk berada di posisi mana dalam politik demokrasi, di depan atau di belakang. Adalah bahaya untuk seseorang ketua yang tidak berhalatuju, lebih bahaya daripada membuat keputusan."

Dzulkefly Ahmad juga bersetuju dengan pandangan ini, "Najib ditentang partinya sendiri, partinya adalah musuh beliau, bukan Pakatan Rakyat atau rakyat. Dan Najib adalah musuh untuk dirinya, ini kerana beliau tidak bertulang belakang, beliau berdolak-dalik, gagal melakukan apa-apa!"

*Chan Wei See ialah Ketua Pengarang MerdekaReview. Diterjemah dan disunting dari teks asal yang disiarkan pada 16 Ogos 2011


Pakatan: JK khas berat sebelah, helah politik BN

Ahli parlimen Pakatan Rakyat hari membantah pembentukan jawatankuasa khas Parlimen untuk meminda undang-undang dan peraturan berkaitan pilihan raya di negara ini yang yang majoritinya dibarisi wakil rakyat daripada parti pemerintah.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jawatankuasa yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu bertujuan sekadar untuk mengaburi mata rakyat.

Katanya, ini kerana penubuhan jawatankuasa itu untuk menambah baik proses pilihan raya, tidak dirunding bersama ahli parlimen Pakatan Rakyat dan bersifat berat sebelah.

"Kalau dikatakan ada jawatankuasa khas yang ditubuh, itu hanyalah untuk mengaburi mata kita sebab ini tidak dibincangkan dengan pihak pembangkang di parlimen. Sistem ini juga berat sebelah," katanya dalam tulisan di blognya.

Menurut Wan Azizah, penubuhan jawatankuasa itu juga membuktikan kerajaan BN mengakui wujud kepincangan pilihan raya.

Bagi ketua parlimen DAP Lim Kit Siang, perkara yang paling mengecewakan ialah keengganan BN untuk berunding dengan Pakatan Rakyat sebelum membuat keputusan tentang pembentukan jawatankuasa khas parlimen itu.

Helah dan taktik

Ini katanya, termasuk keanggotaan, bidang tugas, tempoh masa, peranan BERSIH 2.0 dan perkara-perkara berkaitan. Menurut Lim yang juga ahli parlimen Ipoh Timur, pembentukan panel itu hanya helah dan taktik mengalih pandangan rakyat.

Beliau menjelaskan bahawa tanpa sasaran tempoh dan jaminan penuh daripada Perdana Menteri, segala kajian dan keputusan panel parlimen itu akan sia-sia jika Parlimen dibubarkan lebih awal.

"Malah, jawatankuasa pemilih Parlimen itu akan terbubar secara automatik apabila Parlimen yang ada sekarang dibubarkan," katanya dalam satu kenyataan.

Lim berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji BN yang selama ini jarang dikotakan, selain dipergunakan sebagai helah politik dan taktik mengalih pandangan rakyat daripada masalah yang dihadapi parti pemerintah.

Turut membidas pembentukan jawatankuasa dengan majoriti ahlinya daripada pihak kerajaan adalah naib presiden PKR, Fuziah Salleh.

Katanya, amalan bermain wayang ini sering menjadi pilihan kerajaan Umno-BN dalam memberi gambaran baik kepada dunia bahawa mereka dalam cerdik mentadbir sesebuah negara.

"Pengumuman itu hanyalah wayang, nak tunjuk pada satu dunia yang kononnya (Umno-BN) akan melaksanakannya tapi apa pula dengan kenyataan Nazri yang tidak menjamin pembersihan daftar pengundi sebelum pilihanraya?

Tidak bersungguh-sungguh

"Mereka juga tidak bersungguh-sungguh dan tidak memberikan komitmen dengan betul," katanya.

EMengulas lanjut, Fuziah yang juga ahli parlimen Kuantan, sama sekali tidak bersetuju dengan pembahagian Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan Nazri Aziz semalam berikutan pembahagian kerusi yang tidak adil.

Menurut Fuziah, jawatankuasa yang dicadangkan itu jelas berat sebelah dimana ia dianggotai sembilan wakil - lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu Bebas.

Tambahnya lagi, ahli parlimen dari bebas tidak berhak mendapat pembahagian walaupun seorang, berdasarkan jumlah kesuluruhan ahli parlimen.

"Jika kita lihat pada peratus kerusi di Parlimen, ahli parlimen bebas yang memiliki 8 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan tidak mewakili satu peratus dari lapan ahli jawatan kuasa,"

Tiada keseimbangan

"Kita boleh lihat ketidakseimbangan pembahagian jawatan kuasa ini kerana bebas tidak sampai 0.5 peratus pun untuk dilantik menjadi jawatankuasa. Satu wakil bebas dan hanya tiga wakil dari Pakatan tidak mengikut pembahagian,"

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata kabinet bersetuju supaya usul mengenai cadangan penubuhan jawatankuasa itu dibentangkan dalam persidangan Parlimen Oktober ini.

Jemaah menteri juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat bagi membincang mengenai rangka kerja jawatankuasa itu yang akan diketuai oleh seorang menteri, katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Nazri berkata jawatankuasa itu akan dianggotai sembilan wakil rakyat terdiri lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Isnin lalu mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu dalam usaha menambah baik proses pilihan raya di negara ini. -mk


Isu Gereja: Pendedahan Blog Pro-UMNO Bukti Nyata UMNO Dalang Tindakan JAIS

Posted: 18 Aug 2011 03:20 AM PDT

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melengah-lengah isu siasatan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu berhubung laporan murtadnya hingga menimbulkan polemik umum, tidak mendatangkan kebaikan kepada semua.

Malah, katanya, ia diburukkan lagi apabila pada waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.

"Kini, rakyat tengah menanti tindakan JAIS, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak.

"Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini," katanya dalam satu kenyataan media.

Semalam, satu laporan yang didakwa ditulis oleh seorang pegawai kanan JAIS berhubung pemeriksaan di premis gereja itu telah disebarkan di internet, dengan beberapa blogger mendesak mengapa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim masih belum menyatakan pendirian berhubung kontroversi tersebut.

Laporan itu juga menyenaraikan nama penuh dan kad pengenalan 12 orang Islam yang dikatakan hadir di majlis makan malam itu.

Menurut Tuan Ibrahim, timbul beberapa persoalan berhubung reaksi dan tindakan Umno sejurus selepas cetusan isu JAIS menyiasat gereja yang beliau sifatkan sebagai amat mencurigakan.

Katanya, yang paling aneh adalah semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar dan dipelopori oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh JAIS, sedangkan bukti berkenaan adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya didedahkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.

Tegasnya, ini termasuklah kertas soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan JAIS yang sepatutnya dipersembahkan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu.

"Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini semakin hangat diperkatakan terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini.


"Dengan ledakan sedemikian di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini. Kenapa perkara ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno?" soal Tuan Ibrahim.

Selain itu, beliau yang juga pesuruhjaya PAS Pahang berkata lebih mencurigakan lagi ialah kepantasan media arus perdana milik Umno dan BN yang terus melonjakkan isu itu dengan membuat serangan ke atas menteri besar Selangor dan kerajaan negeri.

Begitu juga demonstrasi yang dilakukan oleh Senator Umno Mohamad Ezam Mohd Nor yang diadakan di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk membawa penyapu tandas, mangkuk tandas untuk dihantar ke pejabat menteri besar.

"Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses Kristianisasi yang dilakukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?" soal Tuan Ibrahim lagi.

SU Agung PAS: Saya ada bukti campur tangan Umno dalam operasi Jais



KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Umno berhubung dakwaannya bahawa ada campur tangan parti Melayu terbesar itu dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja baru-baru ini.

Sebaliknya tegas Mustafa, beliau mempunyai maklumat sahih bahawa Umno terlibat dalam tindakan Jais itu.

"Saya kekal dengan apa yang saya katakan di Kuala Terengganu, jadi soal minta maaf itu tidak berbangkit.

"Saya ada maklumat dan info yang sangat boleh dipercayai bahawa ada elemen campur tangan Umno dalam pemeriksaan itu," katanya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Umno Selangor memberi tempoh tiga hari bermula hari ini kepada Mustafa untuk memohon maaf kepada Umno.

Setiausaha Umno Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed berkata, ini kerana kenyataan Mustafa jelas berniat jahat dan bertujuan memburuk-burukkan Umno sebagai salah sebuah parti pemerintah dalam komponen Barisan Nasional (BN).

Pada sidang akhbar di Kuala Terengganu kelmarin, Mustafa mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Tambah Mustafa, beliau sedia mendedahkan maklumat campur tangan Umno kepada Pengarah Jais Marzuki Hussin.

"Saya sedia dedahkan maklumat ini kepada Pengarah Jais sekiranya berjumpa dengan beliau.

"Memang ada elemen campur tangan Umno di belakang operasi Jais," katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Pemeriksaan itu mendapat bantahan banyak pihak dan kerajaan negeri Selangor di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim meminta satu laporan daripada Jais.

Jais juga telah mengambil keterangan dan memberi kaunseling kepada 12 individu beragama Islam yang berada dalam gereja semasa pemeriksaan itu dilakukan.

Pertemuan PAS dengan Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama ditangguhkan. -TMI




Tiada ulasan: