Khamis, 18 Ogos 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Skrip sumpah 'PATI' : KDN minta bukti

Posted: 18 Aug 2011 09:00 PM PDT

Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini meminta ketua Wanita PKR mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaannya bahawa program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' yang menyokong BN.

Ketua setiausahanya Tan Sri Mahmood Adam berkata, jika tidak Zuraida Kamaruddin harus membuat laporan polis berhubung dakwaan yang dinyatakan itu.

"Susulan laporan (akhbar) tersebut, KDN menyifatkan dakwaan Zuraida sebagai satu tuduhan berat kepada kepentingan negara...," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Justeru, anggota parlimen Ampang itu menyifatkan program itu sebagai muslihat untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Katanya, Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) adalah inisiatif nasional yang tidak bermotifkan politik, sebaliknya bertujuan mendapatkan data biometrik pendatang asing tanpa izin (PATI) untuk rasional keselamatan.

Usaha itu, tambahnya, penting dalam menangani masalah membabitkan kes-kes pemalsuan identiti dan dokumen perjalanan antarabangsa.

Mahmud juga berkata data biometrik yang diperoleh daripada program itu juga dapat meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan terhadap PATI dan terbukti berjaya menangani jenayah rentas sempadan.

Jenayah seperti pemerdagangan orang, penyeludupan manusia dapat dikurangkan sejak sistem biometrik dikuatkuasakan di semua pintu masuk negara, katanya.

Baginda mohon ketepikan saman fitnah Ummi Hafilda

Posted: 18 Aug 2011 07:56 PM PDT

Ahli perniagaan Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda hari ini memohon untuk mengketepikan saman fitnah yang difailkan oleh Ummi Hafilda Ali ke atasnya.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk VT Singham memberi amaran kepada kedua-dua pihak agar tidak membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah yang mungkin memberi kesan ke atas kes berkenaan.

"Saya juga baca akhbar. Saya alu-alukan media membuat laporan kerana ini membantu ketelusan dan mempercepatkan kes.

"Bagaiamanapun, awak mesti memberi keterangan di dalam mahkamah dan bukannya di luar," katanya yang dipercayai merujuk kepada sumpah laknat yang dilakukan oleh Ummi Hafilda pada Selasa lalu.

Dalam sumpahnya itu, dia mendakwa dirinya tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan Baginda.

Singham kemudiannya menetap 12 September bagi mendengar permohonan itu.

Pada 25 April lalu, Ummi Hafilda memfailkan semula saman fitnah yang sebelum ini dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi 13 April lalu, selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ketika ia pertama kali disebut.

Dalam saman itu beliau mendakwa Baginda dalam satu temuramah di lobi Parlimen telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Baginda itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Turut dinamakan sebagai defenden pada saman fitnah itu adalah Mkini Dotcom Sdn Bhd yang didakwa telah secara cuai membenarkan penerbitan, penulisan dan penyiaran artikel bersifat fitnah itu di lamanweb www.malaysiakini.com pada 15 Mac lalu.

Beliau menuntut gantirugi am RM100 juta dan perintah injunksi bagi menghalang kedua-dua defendan daripada terus membuat kenyataan fitnah terhadapnya - malaysiakini

Kristian guna hak asasi ganggu akidah Muslim, dakwa NGO Islam

Posted: 18 Aug 2011 08:36 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) mendakwa kumpulan-kumpulan Kristian "mempergunakan" Perlembagaan Persekutuan dan hak asasi manusia untuk menyebarkan agama mereka kepada umat Islam.

Tegas Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, kumpulan-kumpulan Kritian juga berselindung di sebalik badan-badan kebajikan dengan tujuan yang sama.

"Kita percaya bahawa ini adalah hasil dan natijah dan di belakangnya tentu ada perancangan yang tersusun rapi untuk mengkristiankan dan mengeksploitasi kebebasan beragama dalam Perlembagaan dan di atas nama hak asasi manusia.

"Tanpa kita sedari sebenarnya mereka (kumpulan Kristian) menggunakan peruntukan Perlembagaan dan hak asasi manusia untuk mencucuk jarum permusuhan dan merosakkan akidah umat Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru jelas beliau, kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya membuktikan agenda memurtadkan umat Islam wujud.

"Hasil siasatan Jais menjadi bukti jelas bahawa kegusaran umat Islam selama ini terhadap aktiviti memurtadkan bukan lagi menjadi perkara yang tersembunyi.

"Isu ini menjadi sensitif bagi umat Islam bukan sahaja kerana kerosakan akidah yang berlaku di kalangan masyarakat Islam yang hanya tinggal pada nama sahaja tetapi lebih penting daripada itu, kita perlu memahami bahawa usaha tersusun pihak bukan Islam yang mengancam keselamatan dan kedaulatan negara," katanya.

Tegas Abdullah Zaik, kumpulan Kristian telah melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang tidak membenarkan agama lain disebarkan kepada umat Islam.

"Pada hari ini, kumpulan Kristian berselindung di sebalik alasan kebebasan beragama. Sebenarnya tindakan mereka terang-terang telah melanggar peruntukan Perlembagaan di dalam Perkara 11 (4) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti mengajak orang Islam keluar daripada agama itu.

"Dalam Perlembagaan tercatat bahawa setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing tetapi undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara penganut Islam," katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu - TMI

Tony Fernandes (Air Asia) kuasai kelab bolasepak Inggeris

Posted: 18 Aug 2011 06:24 AM PDT

Tony Fernandes kini pemilik baru kelab Queens Park Rangers

LONDON, 18 Ogos – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini muncul sebagai pemilik majoriti baru kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) dengan memiliki 66 peratus saham.

Menurut laporan The Guardian hari ini, beliau memiliki pegangan itu dengan membelinya pada harga £35 juta (RM168 juta).

Fernandes (gambar) dilaporkan membeli keseluruhan pegangan dimiliki Bernie Ecclestone dan harga itu juga dikatakan sama dengan kadar pelaburan Ecclestone dan rakannya Flavio Briatore pada 2007.

Dengan perkembangan ini, Fernandes menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris. Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

"Saya sentiasa mahu terlibat dalam bola sepak dan rayuan sebuah Kelab London seperti QPR, adalah satu peluang yang sukar untuk diketepikan begitu sahaja," kata Fernandes lagi.

"QPR merupakan berlian mentah dan moga-moga saya boleh menyumbang untuk menjadikannya satu berlian. Saya mahu peminat-peminat bangga dengan apa yang kami lakukan dan terlibat bersama sejauh yang boleh," kata beliau lagi.

Laporan semalam menyebut beliau bakal membeli saham pemilik Formula 1 Ecclestone yang merupakan pemegang saham utama dalam QPR dengan urus janji itu kemungkinan diumumkan dalam waktu terdekat.

Ecclestone memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Ecclestone merupakan pemegang saham utama kelab itu sejak lima tahun lepas dan beliau telah sejak sekian lama mahu menjualnya.

Fernandes, yang juga pemilik pasukan Team Lotus Formula 1, menghangatkan lagi spekulasi pengambilalihan itu pada Sabtu lalu apabila beliau menyaksikan kekalahan pasukan itu 4-0 kepada Bolton dari kotak pengarah di Loftus Road.

Wall Streets Journal semalam melaporkan Fernandes bakal membeli 51 peratus pegangan dalam kelab itu daripada Ecclestone dan beliau dikatakan akan membeli saham itu bersama-sama Mittal, yang sudah memiliki sepertiga saham kelab itu.

Sebuah lagi akhbar, Financial Times juga melaporkan Fernandes bakal mengambil alih saham majoriti QPR seawal Isnin tetapi mengingatkan urus janji itu masih belum dimeterai dan mungkin akan tertangguh atau malahan batal berikutan pihak-pihak perlu mencapai persetujuan pada butiran muktahir.

Fernandes, peminat West Ham, telah beberapa kali cuba dan gagal membeli West Ham United, kelab bola sepak utama di timur London.

Minggu lepas, Fernandes menerusi Tune Air telah memperoleh kawalan tidak rasmi Malaysian Airline System dengan memegang 20.5 peratus saham dalam syarikat penerbangan kebangsaan itu menerusi perjanjian pertukaran saham dengan cabang pelaburan kerajaan Khazanah Nasional, yang sebagai balasannya akan memegang 10 peratus saham dalam AirAsia Berhad.

Tahun lepas, Forbes Asia menilai kekayaan peribadi Fernandes sebanyak AS$330 juta (RM982 juta), meletakkannya pada ranking ke-19 dalam senarai orang paling kaya di Malaysia - TMI

Undi pos - pendedahan bekas anggota tentera : Panglima ATM tak perlu melatah

Posted: 18 Aug 2011 03:35 AM PDT

(Oleh: Rusnizam Mahat)

KUALA LUMPUR: Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengingatkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin supaya tidak melatah berhubung penipuan undi pos.

Shamsul merujuk kenyataan Zulkifeli yang menyifatkan tindakan empat bekas anggota tentera yang mendedahkan penglibatan mereka dalam undi pos semalam, sebagai satu pengkhianatan.

"Panglima Angkatan Tentera tidak perlu melatah, saya cabar dia apakah dia akan menafikan kaedah penyelewengan dalam undi pos ini tidak pernah berlaku di dalam kem-kem tentera.

"Kalau pendedahan ini dikatakan pengkhianatan, dia harus belajar lima rukun negara, antara asasnya iaitu keluhuran undang-undang dan kedaulatan perlembagaan. Dia harus berlapang dada dan beri ruang untuk mengakui kesilapan," katanya kepada Keadilandaily.

Shamsul yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Melaka menambah, pendedahan dilakukan anggota tentera itu dilakukan secara terang-terangan dan bukan berselindung.

Justeru itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof wajar menjawab isu mengenai penyelewengan undi pos yang didedahkan.

"Kita mahu pengerusi SPR menjawab, pendedahan ini sudah cukup kuat untuk memberitahu kepada kerajaan bahawa sudah sampai masanya sistem undi pos ini dihapuskan. Saya percaya rakyat di bawah marah dan tidak puas hati dengan penipuan yang dilakukan," ujarnya.

Beliau dalam pada itu mengkritik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mewujudkan Jawatankuasa khas parlimen bagi menambahbaik sistem pilihan raya.

Menurut Shamsul, pengumuman Najib sekadar memuaskan hati pembangkang dan tidak mencerminkan kesungguhan sekiranya SPR masih dikongkong.

"Sebab itu kita mendesak supaya SPR diletakkan di bawah parlimen dan bukannya menjadi badan kerajaan yang akhirnya akur kepada perdana menteri selaku Ketua Eksekutif.

"Saya percaya jawatankuasa ini tidak boleh berbuat apa kecuali cadangan yang tidak boleh membantu dalam usaha untuk memastikan sesuatu yang lebih baik kepada sistem pilihan raya," ujarnya.

Semalam, empat bekas tentera mengaku memangkah undi pos bagi pihak anggota lain semasa pilihan raya bermula pada tahun 1978 hingga 1999.

Mereka mengaku berbuat demikain di kem-kem tentera, di markas sempadan antara Malaysia-Thaland, Pengkalan TUDM di Pulau Pinang, Kem Terendak, Melaka dan Sandakan, Sabah dalam tempoh tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19139

Tiada ulasan: