Kelab Greenboc |
- "Abang Pegang-pegang Manja Saja...."
- Harga Emas Dunia Meningkat. Langkah Kelantan Perkenal Dinar & Dirham Bijak & Tepat.
- Muslim Sweden Berpuasa Hingga 18 jam
- Aura Seks Negara Meningkat: Warga Emas Pun Merogol Juga
- Najwa Ditemui Di Batu Pahat Johor, Ikut Lelaki Sehingga 400 Km
- Menteri Ini Perlu Nafi Beliau Adalah Gay Yang Dituduh Oleh Wikileaks
- Kenyataan Wan Ahmad Bukti Sahih Beliau Talibarut UMNO
- Malaysia Tersenarai TOP TEN Negara Sekat Kebebasan Beragama
- Pengerusi, Setiausaha SPR Perlu Letak Jawatan
"Abang Pegang-pegang Manja Saja...." Posted: 12 Aug 2011 01:18 AM PDT Georgetown - Baru bertunang, tetapi si lelaki sudah pandai melepaskan penat lelahnya dengan melelapkan mata apabila tidur di atas bahu pasangannya. Pengakuan itu dibuat sendiri oleh gadis berkenaan ketika sedang diperiksa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) di Jalan Bayan Mutiara berhampiran Jeti Pantai Jerejak. Pemeriksaan pada kira-kira jam 12 tengah malam itu mendapati kereta pasangan berkenaan diletakkan berhampiran dengan deretan kedai makan, namun agak tersorok di tempat gelap. Ketika melalui jalan berkenaan, penguat kuasa Jaipp mendapati kedua-duanya yang belum berkahwin berada dalam keadaan mencurigakan dengan berdua-duaan di dalam kereta. Selepas diminta keluar daripada kereta, kedua-duanya masih berpakaian lengkap, namun berada dalam keadaan seolah-olah selepas bangun tidur. Gadis berkenaan yang baru sahaja berusia 22 tahun mengaku tunangnya tidur di atas bahunya sahaja, namun tidak melakukan perbuatan lain. Penguat kuasa Jaipp kemudiannya bertanya lagi supaya dia tidak bercakap bohong dan menyebabkan kenyataannya berbeza dengan si lelaki. "Dia tidur saja atas bahu saya sebab dia penat, kalau pegang pun, pegang-pegang manja sajalah, tidak lebih daripada itu cik," katanya membuat pengakuan. Seorang penguat kuasa bertanya sama ada keluarganya tahu dia keluar sehingga lewat malam bersama tunangnya, namun kata gadis itu, ibunya tahu. Dalam pada itu ditanya adakah ibunya tahu dia tidur di situ hingga lewat malam, gadis yang memakai baju T berwarna merah dan seluar jean itu kemudiannya menggelengkan kepala tanda ibunya tidak tahu yang dia keluar dari rumah sehingga tidur di dalam kereta. Penguat kuasa Jaipp juga memeriksa keadaan dalam kereta dan tidak menjumpai sebarang barang mencurigakan melainkan hanya kerusi pemandu dan juga penumpang di bahagian depan yang diturunkan ke belakang. Ketua Operasi dan Penguatkuasa Jaipp, Khairul Azman Azizan berkata, pasangan berkenaan kemudiannya diberikan notis mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang atas kesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Menurutnya, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sebanyak RM1,000 atau penjara enam bulan. Hadir sama dalam operasi Ops Santai itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jaipp, Jaafar Ismail termasuk 14 penguat kuasa. -SH |
Harga Emas Dunia Meningkat. Langkah Kelantan Perkenal Dinar & Dirham Bijak & Tepat. Posted: 11 Aug 2011 11:30 PM PDT Langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini kelmarin. Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas. "Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu. "Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000," ujarnya. Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta. Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000. Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik. "Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS," ujarnya. Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini. Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang. |
Muslim Sweden Berpuasa Hingga 18 jam Posted: 11 Aug 2011 09:45 PM PDT Umea(Sweden): Umat Islam di Sweden mengerjakan ibadat puasa bulan Ramadan lebih sukar tahun ini kerana terpaksa berlapar lebih lama - sehingga 18 jam kerana musim panas di utara Eropah. Presiden Liga Islam Sweden, Encik Omar Mustafa, berkata ekoran isu itu, beberapa imam dan pertubuhan Islam berbeza pendapat tentang bagaimana penganut Islam di utara Eropah perlu berpuasa. Belum ada sebarang keputusan berhubung perkara itu dicapai setakat ini, katanya. 'Ia terpulang kepada setiap individu untuk memutuskannya, tetapi itu tidak bermakna anda perlu berpuasa sepanjang hari. 'Islam memberikan umatnya banyak pilihan,' kata Encik Omar kepada akhbar Sweden, The Local. Pada 1 Ogos lalu, umat Islam di Eropah mula berpuasa Ramadan yang jatuh pada musim panas apabila siangnya lebih panjang daripada biasa. Sebagai contoh, pada Isnin lalu di bandar Umea di utara Sweden, terbit fajar bermula pada 3.47 pagi waktu tempatan dan matahari terbenam pada 9.41 malam - hampir 18 jam. Isu itu kini masih dibincangkan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah (ECFR) yang melibatkan imam-imam di seluruh Eropah. 'Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan dan tahun ini kita mengikut pergerakan matahari, tetapi perbincangan masih dijalankan,' kata Encik Omar. Bagaimanapun, cabaran itu sedikit pun tidak menjejas semangat umat Islam di negara itu menjalani ibadat berpuasa. Malah, menurut rangkaian pasar raya Coop, jualan mereka meningkat terutamanya barangan keperluan sepanjang Ramadan ini. 'Kami mendapati jualan buah-buahan, sayur-sayuran, daging halal dan kurma meningkat,' kata pegawai media Coop, Cik Louise Stephan. Dianggarkan kira-kira 200,000 daripada sembilan juta penduduk Sweden beragama Islam. -- Agensi. |
Aura Seks Negara Meningkat: Warga Emas Pun Merogol Juga Posted: 11 Aug 2011 09:00 PM PDT Warga emas rogol jiran KUALA TERENGGANU- Apabila nafsu menguasai diri, seorang warga emas bergelar datuk sanggup menjadikan janda yang sudah 'berusia senja' sebagai pemuas nafsu serakahnya. Lebih menyedihkan, suspek, 67, dari Kampung Beladau Selat, di sini, sanggup melakukan perbuatan terkutuk ke atas mangsa, 52, yang difahamkan banyak berjasa menjaga kebajikan ibu kandungnya yang sudah uzur kerana faktor usia dan kesihatan. Mangsa yang tinggal berjiran dengan rumah ibu suspek itu boleh dikatakan hampir setiap hari akan datang menjenguk orang tua itu untuk memberi makan serta menjaga kebajikannya memandangkan ibu suspek yang berusia 80-an itu yang tinggal bersendirian bukan sahaja sudah uzur, malah turut mengalami masalah pendengaran dan penglihatan. Dalam kejadian yang berlaku pertengahan Julai lalu kira-kira jam 10 pagi, suspek yang datang ke rumah ibunya telah memanggil mangsa masuk ke dalam rumah kononnya untuk sama-sama menjenguk ibunya itu. Bagaimanapun, mangsa difahamkan seorang yang agak 'lurus bendul' itu enggan kerana tidak selesa dengan situasi berkenaan lebih-lebih lagi suspek datang bersendirian. Namun, suspek memaksa mangsa dengan menarik tangannya masuk ke dalam rumah lalu dibawa ke bilik tidur ibunya. Mungkin mengetahui ibunya itu mengalami masalah pendengaran dan penglihatan, suspek bertindak berani merogol mangsa tanpa langsung tidak menghiraukan kewuju-dan ibunya yang ketika kejadian masih berada di bilik tidur berkenaan. Geram dengan tindakan tidak perikemanusiaan suspek, mangsa yang tidak mempunyai anak itu melaporkan kejadian berkenaan di Balai Polis Chabang Tiga, Kuala Terengganu pada 7 Ogos lalu. Rentetan laporan dibuat, suspek ditahan malam kelmarin dan kini direman sehingga 15 Ogos ini untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan laporan dan menjelaskan kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH
|
Najwa Ditemui Di Batu Pahat Johor, Ikut Lelaki Sehingga 400 Km Posted: 11 Aug 2011 06:10 PM PDT Kampar: Misteri kehilangan gadis berusia 17 tahun sejak seminggu lalu akhirnya terjawab selepas mangsa ditemui dalam keadaan 'bingung' di satu lokasi kira-kira 400 kilometer (km) dari rumahnya, kelmarin. Seri Najwa Ferda Hasan yang didakwa diculik seorang lelaki menaiki skuter merah ketika dalam perjalanan ke sekolah pada 4 Ogos lalu, ditemui bersama seorang lelaki berusia 19 tahun kira-kira jam 9 malam kelmarin di Air Hitam, Batu Pahat, Johor. Lebih pelik, mangsa difahamkan ditemui ketika sedang membeli makanan ringan bersama dengan 'penculiknya' di kawasan pekan berkenaan. Mangsa kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di sini, untuk dipertemukan kembali dengan ahli keluarganya kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam. Ibu mangsa, Seri Wangi Mokhtar, 42, bersyukur ke hadrat Ilahi berikutan anaknya itu ditemui semula dalam keadaan selamat. "Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan media dalam usaha mencari anak saya sehingga berjaya ditemui. Saya anggap kejadian ini satu dugaan daripada Tuhan pada bulan Ramadan. "Saya reda menghadapinya kerana dugaan ini tidak akan diberikan kepada insan yang lemah. Ia mengajar kami sekeluarga supaya lebih tabah dan mempunyai hikmah di sebaliknya," katanya. Difahamkan Najwa dipujuk lelaki berkenaan untuk melarikan diri dari rumah sebelum dibawa ke Johor atas sebab-sebab tertentu. Ditanya sama ada dia ingin mengambil tindakan terhadap teman lelaki anaknya, Seri Wangi menyerahkan siasatan dan tindakan selanjutnya kepada pihak polis. "Saya enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu dan minta diberikan masa kepada kami untuk berbincang. "Perkara paling penting Najwa ditemui selamat. Insya-Allah kami akan mengadakan kenduri doa selamat dan berharap ia adalah dugaan pertama dan terakhirnya seumpamanya dihadapi keluarga kami," kata Seri Wangi yang juga ibu tunggal. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan mendapati kes kehilangan mangsa bukan disebabkan diculik. "Mangsa ditemui di Air Hitam, Batu Pahat, Johor malam semalam (kelmarin) dalam keadaan selamat dan siasatan mendapati, mangsa bukan diculik tapi mengikut rakan lelakinya. Seorang suspek lelaki kini ditahan bagi membantu siasatan," katanya. -hm Ulasan GB Tengok tu, gara-gara penangan facebook, seorang gadis remaja sanggup tinggalkan keluarga di Ipoh Perak naik motor ikut jantan sampai Batu Pahat. Hebat. BEWARE & BECAREFUL! |
Menteri Ini Perlu Nafi Beliau Adalah Gay Yang Dituduh Oleh Wikileaks Posted: 11 Aug 2011 04:45 PM PDT Wikileak tuduh menteri dan pegawai Najib homoseks Oleh Chegu Bard Semua pasti tidak lupa dengan keghairahan Utusan Malaysia yang memanipulasi maklumat yang didedah wikileak yang kononnya mendedahkan kabel sulit US yang mengaitkan Anwar dengan sesuatu yang negatif. Maklumat tersebut yang sejengkal sudah jadi sedepa dipusing Utusan Malaysia. Namun terbaru laman yang sama wikileak juga telah mendedahkan nota sulit US yang berbunyi : Mengikut pendedahan WIKILEAKS yang terbaru, bekas Duta Amerika ke Malaysia melaporkan: Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behavior; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation. TERJEMAHAN: Pendakwaan Anwar (untuk kes liwat II) bukanlah kempen untuk memperjuangkan moral. Kerajaan Malaysia tidak agresif di dalam membasmi amalan homoseks; jikalau tidak nescaya seorang ahli kabinet yang baru dilantik, pegawai kerajaan yang berkaitan dengan Najib serta beberapa tokoh penting yang berkait rapat dengan kerajaan akan turut sama disiasat (atas tuduhan homoseks) Namun Utusan Malaysia terus senyap dengan tuduhan ini. Sememangnya majoriti rakyat Malaysia maklum. Pendakwaan Liwat 2 ke atas Anwar bukanlah tujuannya untuk memperjuangkan Islam ataupun nilai-nilai moral. Ianya bertujuan untuk memusnahkan apa-apa harapan bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri. che'GuBard ingin mencabar kepimpinan UMNO atau mana - mana NGO 'tanggungan' regim untuk mendesak pihak berwajib memulakan siasatan serta mendedahkan nama-nama orang yang disebut dalam laporan bekas duta Amerika ke Malaysia ini. Mungkin sahaja US tahu siapa mereka dan mereka ini duduk dikedudukan strategik negara berpotensi untuk diugut apabila tiba masa US atau sekutunya memerlukan sesuatu dari negara. Ulasan GB Seperti biasa sebelum membongkar sesuatu, GB pun memulakan dengan membaca doa ini: اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَااجْتِنَابَهُ 1) Allahumma arinaal haqqa haqqaan, warzuqnattiba'ah, wa arinaal bathila bathilaan, warzuqnajtinaabah Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan utk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya. رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً وَقُلْ جَاء الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقاً 2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nashiran wa qul ja alhaqqu wa zawaqal bathil innal bathila kaana zahuuqa Ya Allah, masukkanlah kami dengan cara yang benar dan keluarkanlah(pula) kami dengan cara yang benar dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Kebenaran tetap akan menang mengalahkan kebatilan. Nilaikan apa yang ditemui:
|
Kenyataan Wan Ahmad Bukti Sahih Beliau Talibarut UMNO Posted: 11 Aug 2011 08:00 AM PDT Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (gambar) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah. Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan. Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno. "Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily. "Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri" "Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka," kata Fuziah. Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini. Katanya, penafian itu dilakukan bagi menutup kesalahan mereka, sebaliknya badan itu pula menuding jari kepada Pakatan Rakyat kononnya menyebarkan fitnah dengan mengada-adakan cerita. "(Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana hanya mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut," kata Fuziah. Sebelum ini, Pakatan mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun. Baru-baru ini media alternatif menimbulkan isu Mismah, seorang penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR. Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa 200,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi. Manakala kerajaan Pulau Pinang pula mengesan 30,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan dalam daftar pemilih SPR. SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama 'Kg Baru' sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian. Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR.
Ulasan GB Penipu yang menuduh orang lain menipu. Pencuri yang berlari-lari kemudian menjerit-jerit "pencuri, pencuri" untuk menuduh orang lain mencuri supaya dia dapat selamatkan diri dari di kejar oleh orangramai yang sedang mengejar pencuri. Itulah analogi yang paling mudah untuk menceritakan situasi Wan Ahmad Wan Omar berkenaan. Hujjah Wan Ahmad tersebut ternyata beliau berpihak kepada Barisa Nasional. Bukan lagi sebagai Timbalan pengerusi SPR. Menuduh Pakatan Rakyat melakukan agenda politik kotor menang pilihanraya sedangkan rakyat sudah buktikan beratus-ratus kali agenda politik kotor SPR untuk memenaangkan Barisan Nasional. Truth prevails. Anda sedang diawasi dan akan diadili tidak berapa lama lagi. |
Malaysia Tersenarai TOP TEN Negara Sekat Kebebasan Beragama Posted: 11 Aug 2011 06:20 AM PDT Malaysia buat kali pertamanya tersenarai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang menyekat kebebasan agama yang berbeza. Satu kajian yang dibuat oleh Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada dalam kumpulan yang sama dengan Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia. Malah hasil kajian itu menunjukkan Malaysia antara negara kelima yang mempamerkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun dari tahun 2006. Kajian yang dilakukan ke atas 198 negara itu mendapati, sekatan terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 hingga 2009 di 23 negara, termasuk Malaysia dan Mesir. Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi. Tujuan mereka adalah untuk melihat sejauh mana tolak ansur setiap negara berhubung agama yang berlainan. Di Malaysia, beberapa kejadian, dikatakan faktor penyumbang kepada kedudukan yang tidak diingini itu. Ini termasuk rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar Herald. Tindakan pihak berkuasa ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga dipercayai mempengaruhi kajian itu. Begitu juga dengan laporan dan aduan mengenai perobohan kuil-kuil Hindu, sehingga menyaksikan pembentukan Hindraf dan demonstrasi besar-besaran pada 2007 yang sebelum ini belum pernah terjadi di Malaysia. -tvsnews Ulasan GB Elok dibaca sekali lagi entri ini: Isu Gereja: Tindakan JAIS Tidak Perlu, Islam Agama Hujjah - GB Sokong Dr. Asri |
Pengerusi, Setiausaha SPR Perlu Letak Jawatan Posted: 11 Aug 2011 04:06 AM PDT Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletakkan jawatan sekiranya masih tidak dapat menyelesaikan isu daftar pemilih yang tercemar. Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas isu pengundi hantu samada yang melebihi umur 100 tahun, penduduk tetap yang mendapat status warganegara dan kewujudan pengundi klon yang mempunyai dua hak mengundi. Menurutnya, kenyataan SPR bahawa isu-isu tersebut merupakan kesilapan teknikal dan menyalahkan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), merupakan jawapan dangkal. "Jawapan yang diberikan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof adalah jawapan dangkal, sepatutnya beliau mesti bertanggungjawab bagaimana boleh adanya pengundi yang tidak sah. "Selagi pengerusi SPR tidak boleh jawab isu pengundi berumur 100 tahun, isu Mismah, pengundi bernama Kg Baru dan pengundi klon ini, Pengerusi, timbalan dan setiausaha SPR digesa berundur," kata Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com. Beliau mengambil contoh isu Kg Baru baru-baru ini yang didaftarkan sebagai pengundi, sekaligus menunjukkan kelemahan yang dilakukan petugas SPR. "Bagaimana nama kampung boleh didaftar sebagai pengundi, di sini saya lihat pihak SPR tergesa-gesa mendaftar pengundi. "Proses untuk jadi pengundi perlu melalui proses yang dikhaskan, jika dibuat dengan betul dan teliti tidak munasabah boleh berlaku perkara itu. Takkan pekerja dan petugas SPR tiada pendidikan, boleh jadi nama kampung sebagai pengundi," katanya. KEADILAN sebelum ini mendedahkan terdapatnya 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di Perak dengan pengundi paling tua di negeri itu berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun. Baru-baru ini, media alternatif mendedahkan penduduk tetap (PR) yang didaftarkan dalam daftar pemilih SPR, bernama Mismah yang memegang kad MyPR bernombor 640704715238. Bagaimanapun, SPR menukar status tersebut kepada warganegara kira-kira empat jam selepas isu itu dihebohkan. Selain itu, SPR turut mencipta sejarah apabila mendaftar sebuah 'kampung' bernama Kg Baru sebagai pengundi. Manakala terbaru, beberapa nama pengundi yang diklonkan dikesan berada dalam daftar pemilih SPR dan memiliki dua hak untuk mengundi di dua kawasan parlimen berbeza. Setakat ini, sekurang-kurangnya 7 nama tersebut dikesan didaftar di Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa, Taiping dan Bukit Gantang, Perak dan Hulu Terengganu, Terengganu. Namun carian terbaru mendapati enam nama yang bertindih tersebut dibuang, manakala satu lagi masih kekal dalam daftar SPR. -KD Ulasan GB Mereka jangan harap dapat melepaskan diri dari "dosa" yang dilakukan selama ini. Sepertimana yang GB katakan sebelum ini, bila PR memerintah nanti, mereka diantara yang akan diburu sampai ke lubang cacing! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan