Jumaat, 12 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Saya cuma nak tegur PM, kata penulis buku ‘Najib Perdana Menteri Terakhir’

Posted: 12 Aug 2011 01:35 AM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Penulis buku "Najib Perdana Menteri Terakhir" berkata beliau menghasilkan buku setebal lebih 300 halaman hanya untuk menegur agar Datuk Seri Najib Razak membetulkan segala kelemahannya selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno sebelum keadaan menjadi parah.

Buku 25 bab ini dikeluarkan ketika kepimpinan Najib masuk tahun ketiga dan spekulasi menyebut pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa.

Petang ini, Najib mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato' Onn.

Malah buku ini berada di pasaran ketika timbul desas-desus Umno berhadapan dengan masalah dalaman, yang telah pun dinafikan oleh beberapa pemimpin kanan parti itu.


Minggu lalu, Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) juga menafikan laporan blog bahawa pihaknya telah memutuskan untuk meminta Najib meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

"Saya hanya menulis untuk menegur Datuk Seri Najib selaku Presiden Umno dan Perdana Menteri. Saya tidak mengkritik parti.

"Apa yang saya sampaikan cuma pandangan dan suara akar umbi dan rakyat.. saya cuma menyampaikan demi kepentingan parti," kata Shahbudin Husin ketika ditanya mengapa menghasilkan buku yang dilihat sebagai tindakan mengkritik presiden parti sendiri.

Pemerhati melihat kritikan dalam bentuk buku ini muncul dalam tempoh singkat berbanding ketika kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi memimpin Umno dari 2003 hingga 2009.

Shahbudin, bekas naib ketua Pemuda Umno Wangsa Maju bertanya, "apa ruang yang saya ada untuk memberikan pandangan?"

"Dulu saya pernah memegang jawatan dalam bahagian, kami boleh sampaikan fikiran. Saya fikir ini cara untuk membawa pandangan dan suara rakyat kepada kepimpinan, kepada Datuk Seri Najib... saya tidak mengkritik Datuk Seri Najib, cuma menegur beliau," kata beliau yang juga bekas ahli jawatankuasa Umno Wangsa Maju.

Shahbudin juga mengakui bahawa beliau bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan disiplin jika parti memutuskan demikian.

"Saya cuma nak selamatkan parti. Ini penting," katanya yang berusia awal 40-an.
Shahbudin Husin

Buku ini dengan tajuk penuh "Tak berubah, faktor Rosmah & pola Sarawak petanda BN The End, Najib Perdana Menteri Terakhir..." dua tahun selepas Najib menjadi perdana menteri keenam.

Shahbudin merupakan memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dari 2004 hingga 2008.

"Sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib melakukan banyak kelemahan, disebabkan oleh kepimpinan, masalah yang disebabkan oleh isterinya (Datin Seri Rosmah)... ini orang bercakap, orang di bawah bercakap.

"Harapan saya ialah Datuk Seri Najib akan melakukan perubahan, membawa perubahan... jika tidak berubah, rakyat akan mengubah. Kata-kata ini beliau gunakan sebelum ini, saya harap beliau akan berubah, ini yang saya cuba sampaikan dalam buku saya," kata beliau sambil menambah, "saya lebih sayangkan parti, bukannya individu."

Di bahagian Bingkisan Penerbit, Shahbudin yang merupakan wartawan sebelum aktif dalam Umno berkata, "sudah lebih dua tahun Najib menjadi Perdana Menteri, namun Umno dan kerajaan yang dipimpinnya belum lagi menunjukkan tanda-tanda positif dari segi penerimaan rakyat."

"Jika dihitung, luahan rasa kecewa, tidak yakin malah keraguan lebih banyak kedengaran berbanding sanjungan dan keyakinan," kata Shahbudin.

"Umno dan kerajaan yang diterajui Najib dipertikai hampir dari semua sudut sebenarnya," kata beliau lagi sambil menggariskan alasan-alasan atas perkembangan itu.

"Dari kepimpinan yang terlalu bertolak ansur dan tidak tegas, Melayu rasa dipinggirkan, barisan Kabinet yang diragui, pentadbiran dibayangi skandal dan rasuah, ekonomi yang lembab, pelabur menjauhkan diri, harga minyak, gula dan barang naik, cenderung kepada dasar kronisme dan nepotisme sehinggalah kepada isu campur tangan isteri dan penglibatan beberapa pegawainya yang didakwa rasuah dan salah guna kuasa, semuanya menjurus kepada semakin meningkatnya ketidakyakinan rakyat terhadap beliau," kata penulis.

Beliau menambah, "tidak pernah dalam sejarah Malaysia, seorang Perdana Menteri diragui rakyat sebegini rupa," kata Shahbudin yang turut menolak andaian bahawa beliau dipengaruhi pihak-pihak tertentu dalam Umno agar menghasilkan buku politik ini.

"Tidak, tidak. Saya jumpa orang, hanya merangkumkan pandangan orang dalam bentuk analisis, malah ada yang berkata 'mengapa tidak beritahu awal, ada lagi input boleh diberikan'," katanya lagi.

"Ini menunjukkan ramai hendak memberi pandangan. Saya simpan untuk buku kedua saya," katanya lagi.

Shahbudin berkata, setelah lebih dua tahun menjadi Perdana Menteri dan pilihan raya umum ke-13 pula semakin menghampiri ambang pintu, "buku ini lahir dikira tepat waktunya untuk dijadikan sedikit pedoman buat rakyat negara ini."

Buku ini terdiri daripada 25 bab, termasuk yang bertajuk Sarawak Pemangkin Kejatuhan BN, Jangan Bimbang Jika Umno Tumbang, Menteri-menteri Yang Gagal, 1Malaysia Jadikan Melayu Kelas Kedua?, Juara Rakyat Program Syok Sendiri, Pengundi Muda-KJ Perlu Jadi Menteri, Rosmah Punca Rakyat Tolak Umno, Tun Siti Tak Menyibuk, Melayu Hilang Kuasa Atau Umno Hilang Kuasa, dan Najib Bukan 'Fighter'.

Shahbudin yang sedang menghasilkan buku kedua bertajuk "Kesilapan-kesilapan Najib" juga berkata, buku pertamanya bukan bertujuan memperlekeh Umno dan pemimpinnya dan bukan juga berupa pemberoan dividen percuma kepada pembangkang.

"Buku ini lahir tidak lain atas inisiatif sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pembayar cukai yang sentiasa inginkan perubahan dan kebaikan untuk rakyat dan negara ini.

"Rakyat adalah keutamaan buku ini," katanya lagi.

Selepas Ibrahim Katak, Ezam Sesumpah Pula Isytihar Perang.. Hehehe

Posted: 12 Aug 2011 12:41 AM PDT

GCM isytihar 'perang' jika isu murtad tidak selesai

Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan ini demi mempertahankan akidah sekiranya mereka tidak berhenti menyesatkan umat Islam.

SHAH ALAM: Gerakan Cegah Murtad (GCM) memberi amaran akan melancarkan 'perang' jika isu memurtadkan umat Islam tidak ditangani dengan segera.


Senator Mohamad Ezam Mohd Nor berkata tindakan ini demi mempertahankan akidah sekiranya mereka tidak berhenti menyesatkan umat Islam.

"Kepada masyarakat bukan Islam, kami tiada masalah dengan anda.

"Tetapi kita ada masalah besar dengan orang-orang bukan Islam yang biadap dengan agama Islam dan yang cuba menarik umat Islam keluar daripada agama," katanya di hadapan kira-kira 500 orang awam yang baru selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

TERKINI - Najib, Rosmah hadir ditemubual peguam Anwar

Posted: 12 Aug 2011 12:29 AM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta untuk ditemubual oleh peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka tiba pada jam 2.55 petang ini dan kini berada di tingkat tingkat tujuh.

Anwar juga berada di situ untuk menghadiri temubual tersebut.

Peguam Karpal Singh, Sankara Nair dan Param Cumaraswamy mengendalikan temuduga itu.

PAS Ternyata Bijak Tangani Isu Gereja

Posted: 11 Aug 2011 11:42 PM PDT

Mengapa JAIS Tidak Mahu Berjumpa Dengan PAS Minggu Depan?

Maklumat yang Tulang Besi dapat, JAIS tidak bersedia untuk bertemu dgn PAS pada 16 Ogos 2011. Alasan JAIS tidak mahu berjumpa adalah kerana siasatan masih belum selesai.

Namun, yang menghairankan adalah butir2 siasatan JAIS ini sudah pun tersebar di laman2 web UMNO. Sila rujuk di sini, sini, sini dan sini sebagai contoh.

Malahan, Presiden Sahabat PPUM sendiri menunjukkan gambar bahan2 bukti yang dikatakan dikumpul JAIS.

Soalnya sekarang: MENGAPA JAIS TIDAK MAHU BERTEMU PAS?

PERANGKAP UMNO TIDAK MENGENA


Analisa Tulang Besi: Serbuan di Gereja Methodist itu bertujuan untuk memerangkap PAS. Sekiranya PAS menyokong tindakan JAIS, PAS akan hilang kredibiliti di kalangan pengundi bukan Islam.

Sekiranya PAS menentang usaha JAIS, PAS pula akan dicaci oleh pengundi ISlam.

Malang bagi UMNO, PAS telah mengambil langkah ketiga, yakni MENYIASAT DENGAN TERPERINCI dan MENDAPAT MAKLUMAT KEDUA-DUA BELAH PIHAK.

Langkah PAS ini menunjukkan PAS sebuah parti yang KENEGARAAN (Statesmen). Imej yang ditunjukkan PAS ini menjelaskan lagi peluang PAS untuk memimpin negara.

PAS menunjukkan sikap yang adil lagi saksama. Menyiasat secara terperinci terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Maka, demi mengagalkan usaha PAS ini tidak hairanlah JAIS menolak untuk bertemu PAS.

Mustahil JAIS tidak boleh bertemu PAS apabila bahan-bahan bukti yang JAIS itu sudah pun tersebar umum sekarang ini (walaupun bukan semuanya).

Sekian

Tulang BEsi

Pemuda PAS minta PDRM tidak samakan rusuhan dengan perhimpunan aman

Posted: 11 Aug 2011 11:29 PM PDT

KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyangkal dakwaan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mengatakan kecekapan pihak berkuasa semasa Himpunan Bersih 2.0 — berjaya mengelakkan insiden rusuhan sebagaimana disaksikan di Britain awal minggu ini.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Raja Ahmad Al-Hiss menyifatkan, Khalid seolah-olah tidak dapat membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman apabila menyamakan perkembangan semasa di Britain dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) bulan lalu.

"Kami ingin menegaskan bahawa beliau perlu jelas dalam membezakan maksud rusuhan dan perhimpunan aman. Amat dikesali seorang yang berpangkat tinggi tetapi sangat dangkal dalam menterjemahkan perbezaan tindakan tertentu.


"Himpunan yang berlaku semasa 9 Julai tempoh hari adalah himpunan aman rakyat Malaysia dalam mempraktikkan Perlembagaan Persekutuan, Artikel 10 yang mana ia adalah himpunan aman dan terkawal," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, Himpunan Bersih 2.0 yang disertai ribuan rakyat adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya manakala rusuhan di Britain merupakan sesuatu yang tidak boleh dikawal dan tidak mengikut undang-undang.

"Himpunan Bersih 2.0 juga membawa erti pendokongan rakyat terhadap kecintaan kepada negara.

"Manakala apa yang berlaku di London dan sekitar England adalah tindakan luar kawal yang tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang negara mereka dan boleh dikategorikan sebagai rusuhan," katanya menambah kagum dengan pendekatan Britain untuk menyelesaikan rusuhan itu dengan baik dan bukan kekerasan.

Kata Raja Ahmad, pendekatan yang digunakan di Britain sangat berhikmah walaupun apa yang berlaku bukan perhimpunan aman atau demonstrasi.

Semalam Khalid berkata rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.

Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.

"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan. Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya menerusi laman Facebook.

Ekoran kenyataan itu Naib Presiden PKR menyelar tindakan Khalid yang menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan pegawai tertinggi itu "jahil."

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.

"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan tapi kalau Malaysia tidak berhati-hati kita menuju masa depan yang sama dengan Britain," katanya.

Keadaan di bandar-bandar utama di Britain kembali selepas dilanda rusuhan dan kegiatan mencuri yang berleluasa sejak beberapa hari lalu sehingga mencetuskan kecemasan di negara itu.

Selain operasi besar-besaran polis di London dan bandar raya lain, hujan lebat di utara Britain turut membantu mengembalikan keadaan tenang, berikutan rusuhan selama lima malam berturut-turut. - TMI

Beza pengundi tulen, pengundi hantu

Posted: 11 Aug 2011 10:12 PM PDT

PETALING JAYA: Pemuda PAS mendakwa mendapat bukti terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang membabitkan Umno, kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda, Suhaizan Kaiat.

Beliau memberi contoh tiga individuyang didaftarkan sebagai pengundi cuma dibezakan dengan 2 digit nombor kad pengenalan.

Beliau berkata, Mohd Bahar Omar hanya dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 dua digit terakhir kad pengenalan.


"Mohd Bahar yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Pemuda Umno Jalan Junjung dalam parlimen Kulim-Bandar Baru.

"Manakala seorang lagi Mohd Bahar yang mempunyai kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu," katanya.

Suhaizan yang juga ketua Pemuda PAS Johor berkata, turut mendedahkan dua lagi identiti yang didakwa mempuntai dua kad pengenalan hampir sama.

Faten Diana Hassan dari Tumpat Kelantan juga mempunyai kad pengenalan dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka.

Beliau yang memegang kad pengenalan bernombor 810822035400dakwa Suhaizan adalah ahli Puteri Umno bahagian Tumpat.

Pengundi hantu

Manakala identiti kedua menggunakan nama yang sama tetapi mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

"Dua identiti yang menggunakan nama Sharina Mat Arif hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka.

"Identiti yang mempunyai nombor kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno DUN Santan dalam Parlimen Padang Besar.

"Identiti kedua Sharina yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu," tambahnya.

Menurut Suhaizan, berkemungkinan mereka boleh menggundi dua kali dengan menyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut :

Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;
Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Free Malaysia Today

PAS dakwa pengundi 'klon' adalah ahli Umno

Posted: 11 Aug 2011 09:22 PM PDT

Ekoran pendedahan mengenai pengundi 'klon', PAS mendakwa parti itu mendapati antara mereka yang mempunyai identiti berganda dalam daftar pemilih, adalah ahli Umno.

EKetua Pemuda Johor PAS Suhaizan Kaiat, hari ini mendedahkan tiga lagi
'pengundi klon' di mana identiti berganda mereka masih ada dalam lamanweb pengesalahan dalam talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Semakan Malaysiakini mengesahkan bahawa ketiga-tiga mereka mempunyai identiti berganda dengan nama, alamat dan kawasan pilihan raya yang sama tetapi nombor MyKad yang sedikit berbeza.


Semakan dengan lamanweb Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang membolehkan orang ramai menyemak status dokumen pengenalan diri, mendapati satu daripada MyKad mereka adalah tidak sah.

Ketiga-tiga kes baru ini berbeza dengan kes-kes sebelum ini yang dilaporkan oleh Malaysiakini, yang kemudiannya dibuang oleh SPR dari senarai pemilih.

Mereka tidak mempunyai nombor kad pengenalan lama, dan identiti berganda mereka berkongsi alamat yang sama tetapi ditulis dalam format yang berbeza.

Bagaimanapun, Malaysiakini tidak dapat mengesahkan dakwaan bahawa ketiga-tiga mereka adalah ahli Umno.

Suhaizan mendakwa ketiga-tiga mereka adalah ahli sayap Puteri Umno dan Pemuda Umno.

Beliau disyaki 'pengundi klon' tersebut telah dibenarkan mengundi dua kali, dengan meyakinkan pegawai SPR semasa pengundian, dengan menggunakan:

- MyKad palsu;

- Lesen palsu memandu;

- MyKad tulen tetapi dibenarkan mengundi kerana kesilapan kecil dalam nombor MyKad;

- Borang 11 untuk mengisytiharkan bahawa pengundi adalah orang yang namanya terdapat dalam daftar pemilih; dan

- Cara-cara lain yang sesuai.

Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu akhbar Sin Chew Daily bahawa isu identiti berganda adalah akibat kesilapan manusia ketika memasukkan nombor MyKad ke dalam sistem.

Katanya, sesetengah pengundi mungkin mendaftar dua kali kerana nombor MyKad mereka tidak betul dimasukkan semasa pendaftaran kali pertama.

Jadi mereka mendaftar sekali lagi apabila mendapat tahu nama mereka tidak ada dalam daftar pemilih, mengakibatkan terdapat dua identiti.

Malaysiakini

Rakyat persoal Najib, Rosmah masih enggan ke mahkamah

Posted: 11 Aug 2011 09:15 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak dan Datin Rosmah Mansor yang sehingga kini masih enggan untuk tampil ditemubual peguam sebagai saksi dalam kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima kecaman dari orang ramai.

Keadilandaily membuat tinjauan di sekitar Kuala Lumpur untuk mendapat reaksi mereka dan mendapati rata-ratanya mempersoalkan keengganan perdana menteri dan isterinya itu ditemubual peguam Anwar.

Siti Zulaikha Hamid, 20, seorang pekerja swasta ketika ditemui menyatakan ketidakpuasan hatinya jika Perdana Menteri sewenangnya boleh dikecualikan dari tampil menjadi saksi.


"Apa istimewanya Perdana Menteri berbanding orang awam? Kenapa dia boleh menolak dan memutuskan beliau terlepas daripada perintah mahkamah. Sebaliknya, kalau orang awam dikenakan waran tangkap.

Menurutnya jika benar mereka tidak terlibat dalam sebarang konspirasi, mereka tidak perlu takut dan perlu tampil beri kerjasama.

Baca seterusnya disini

Siasat Nazri ikut undang-undang yang penjarakan Anwar

Posted: 11 Aug 2011 08:43 PM PDT

Walaupun Datuk Nazri Abdul Aziz telah menjelaskan bahawa suratnya kepada syarikat kaitan kerajaan (GLC) supaya selesaikan saman mereka dengan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hanya satu "nasihat", tetapi DAP mahu menteri itu disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Dalam satu kenyataan, setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa ia merupakan satu kes yang jelas menteri menggunakan kedudukannya untuk secara tidak wajar mempengaruhi keputusan yang belum selesai di syarikat-syarikat tersebut.

Tony berkata, Nazri tidak ada urusan untuk memberi apa juga bentuk arahan kepada GLC kerana beliau bukan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan terbaik.


Sebaliknya, katanya, pihak terbaik untuk menasihati lembaga pengarah syarikat berkenaan berhubung kes perundangan mereka adalah peguam mereka yang dilantik, yang menurut Pua, juga terkejut dengan arahan menteri tersebut.

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan arahan Nazri itu sebagai "memperolok-olokkan urus-tadbir korporat syarikat berkenaan", yang menurutnya hanya akan menjejaskan minat pelabur tempatan dan asing, yang tidak bertolak ansur dengan campurtangan terang-terangan kerajaan dalam perniagaan dan keputusan kewangan.

Pua berkata Nazri boleh disiasat di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970.

Seksyen itu menyebut mana-mana anggota pentadbiran, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang melakukan perbuatan rasuah boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda 20,000 RM atau kedua-duanya."

Nurul Izzah Sanggah Kenyataan Dangkal Timb. Ketua Polis Negara

Posted: 11 Aug 2011 03:32 PM PDT

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyelar tindakan Datuk Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di Britain dengan Himpunan Bersih 2.0 sambil menyifatkan Timbalan Ketua Polis Negara itu "jahil."

Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah yang berlaku di negara itu dan ia tidak boleh disamakan dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) di ibu negara pada 9 Julai lalu.

"Pada saya apa yang dikatakan itu menunjukkan kejahilan yang ada pada Timbalan Ketua Polis Negara yang mana beliau tidak faham apa yang berlaku di sana (Britain) dan ia tidak boleh disamakan dengan demonstrasi Bersih 2.0.


"Kalau kita lihat rusuhan yang berlaku di Britain disebabkan masalah ketiadaan peluang pekerjaan yang mana ramai yang menganggur, namun ia tidak terjadi di Malaysia di mana kita masih banyak peluang pekerjaan," katanya.

Malah menurut Nurul Izzah (gambar), kenyataan yang dikeluarkan Khalid adalah sangat tidak bertanggungjawab.

"Himpunan Bersih 2.0 adalah untuk menuntut reformasi pilihan raya, ia bukan rusuhan dan apa yang dikatakan Timbalan Ketua Polis itu sangat tidak bertanggungjawab.

"Beliau tidak boleh bandingkan rusuhan dengan demonstrasi, saya terkejut apabila beliau berkata demikian... inilah masalah kalau ikut telunjuk politik," katanya.

Laporan The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan Khalid berkata rusuhan-rusuhan yang berlaku di Britain dan bandar-bandar utama lain adalah satu "mimpi ngeri" sekiranya polis tidak dapat menghalang demonstrasi jalanan.

Jelas beliau, walaupun terpaksa menyuaraikan Himpunan Bersih 2.0 dengan gas pemedih mata dan meriam air namun apa yang penting polis berjaya mengelak insiden-insiden yang tidak diingini.

"Ia adalah mimpi ngeri, sebab itu kita menghalang demonstrasi jalanan.

Ia sepatutnya dihalang untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini," katanya menerusi laman Facebook.

Rusuhan terburuk di Britain dalam tempoh puluhan tahun berlarutan ke hari keempat hari ini apabila gerombolan pemuda mengganas di Manchester dan kawasan perindustrian tengah England tetapi keadaan di London agak tenang selepas 16,000 anggota polis dikerahkan untuk membendung keganasan.

Di Manchester, perusuh memecah masuk dan mencuri barang kedai serta menghalau jurugambar dari tempat kejadian dalam keganasan terburuk di bandar raya ketiga terbesar di Britain itu dalam tempoh 30 tahun.



PM ada 11 pegawai media mengejutkan

Posted: 11 Aug 2011 06:41 AM PDT

KUALA LUMPUR, 11 Ogos: Pendedahan bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, Datuk Kadir A Jasin (gambar) bahawa Perdana Menteri mempunyai 11 pegawai media mengejutkan banyak pihak walaupun ia sebelum ini bukan menjadi rahsia di kalangan pengamal media.

Bilangan pegawai media ini amat mengejutkan kerana semasa Tun Dr Mahathir, beliau hanya mempunyai tiga pegawai media sahaja.

"Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga," tulis Kadir dalam blognya.

Menurut sumber antara nama besar di kalangan pegawai media Najib adalah Datuk Seri Farid Redzuan (bekas CEO TV3), Datuk Khalid Mohamad (bekas Ketua Pengarang kumpulan Utusan) dan Jalil Abdul Hamid (bekas Timbalan Ketua Biro Reuters Malaysia).


Di samping mereka bertiga ada Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad (Setiausaha Akhbar PM), Datuk Seri Jalaludin Bahaudin (Penasihat Media PM), Datuk Hardev Kaur (bekas Timbalan Ketua Editor Kumpulan NST yang kini menjadi Pegawai Khas PM).

Menurut maklumat yang Harakahdaily terima, Jalil bersama dengan Datuk Khalid kini menyertai Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communication Team) yang berpejabat di Boulavard, Mid Valley.

Datuk Seri Farid Ridzuan pula dikatakan dipinjamkan ke Pejabat PM untuk tugasan khas berkaitan dengan belia termasuk menguruskan media baru.

Datuk Hardev Kaur adalah penasihat khas Najib selaku Menteri Kewangan.

Menurut sumber, pasukan penasihat yang bertugas bersama APCO sebelum ini masih bertugas dengan pejabat Perdana Menteri.

"Kesemua mereka masih bertugas cuma bukan atas nama APCO lagi sekarang," kata satu sumber kepada Harakahdaily.


(Tiga tokoh media yang kini menjadi pegawai media PM. Dari kiri Datuk Khalid Mohd, Datuk Hardev Kaur dan Datuk Seri Farid Ridzuan)

Ada juga yang memaklumkan, gaji mereka semuanya amat besar iaitu kira-kira sama dengan gaji yang mereka dapat ketika bertugas dengan jabatan mereka sebelum ini.

Di samping bimbang dengan bilangan pegawai media yang ramai ini, Kadir Jasin dalam tulisannya juga secara sinis membandingkan bilangan menteri dalam kebinet Najib ekoran perlantikan G Palanivel sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang terbaru.

Kalau menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang, tulis Kadir.

"Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

"Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam," tulisnya.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu.

Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP, tulis Kadir.

"Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu," tulis Kadir Jasin lagi.

Harakahdaily

Star Kurang Ajar..

Posted: 11 Aug 2011 04:01 AM PDT

Babi di juadah Ramadan: Star dipanggil KDN

Kementerian Dalam Negeri telah memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu telah menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar-gambar masakan daging khinzir serta artikel mengenai restoran tidak halal yang menyediakannya.

Katanya KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit.


"Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu merupakan ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

Kerajaan Melaka Membazir RM2 Juta Untuk Bergambar

Posted: 11 Aug 2011 03:18 AM PDT


"RM2juta hanya untuk bergambar?" Lim (kanan) dan Zheng mengkritik kerajaan negeri membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membina satu kincir air yang tidak berfungsi.

MELAKA : Selepas kerajaan negeri mengeluarkan duit sehingga hampir RM 2 juta untuk pembinaan 'Kincir Air' di sungai Melaka bagaimanapun ia adalah satu kegagalan dan pembaziran keranya ianya tidak boleh berfungsi, menurut Adun Bachang ( DAP ), Lim Jak Wong.


Sehingga hari ini kincir air tersebut masih tidak berfungsi walaupun sebanyak RM1.76 juta telah dibelanjakan iaitu fasa pertama RM1,477,500.00; fasa kedua RM191,650.00 dan fasa ketiga RM98,000.00.

Sepatutnya segala perbelanjaan yang melibatkan wang rakyat harus mempunyai perancangan yang rapi dan teliti agar dapat mengelakkan berlakunya pembaziran.

Kincir Air yang dibuat daripada kayu itu dibina pada 18 September 2007 dan siap pada 28 Mac 2008 oleh Rintiz Rezeki (M) Sdn Bhd dengan kos RM1,477,500.00 tetapi ianya gagal berfungsi atau bergerak disebabkan kayunya yang berat dan air sungai Melaka yang tenang tidak bergerak.

Lalu kerajaan negeri telah mengarahkan TPM Engineering Sdn Bhd anak syarikat Teknologi Park Malaysia merekabentuk dan memfabrikasi sistem gegalas, membekalkan motor dan kotak galas panel kawalan bagi menggerakkan roda kincir air secara mekanikal dengan kos RM191,650 pada 13 Jun 2008 dan siap pada 2 April 2009.

Namun, ianya masih gagal digerakkan dan diambil alih oleh Utem Holdings Sdn Bhd anak syarikat Universiti Teknika Malaysia Melaka pada 29 Julai 2009 dengan kos tambahan RM98,000 lagi di mana dikatakan berjaya berfungsi selama sebulan bermula 20 Oktober 2009 tetapi kemudiannya rosak semula.

Alasan Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, bahawa beliau yang memberi idea pembinaan 'Kincir Air' tersebut dan mendapat ilham ketika berkunjung ke Li Jiang, China, kerana ianya telah wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

"Saya fikir baik dibina kincir air seperti di Li Jiang itu dan kita keluarkan tender reka dan bina serta hantar mereka ke Syiria untuk mendalami kepakaran itu tetapi ianya berat dan sungai Melaka airnya tenang terpaksa guna motor."

"Kita terpaksa baiki dan gagal, jadi banyak pihak suruh buang untuk dibina yang baru, saya kata takkan nak buang RM1.4 juta kita ada teknologi takkan ini tak boleh dibuat."

"Utem kata kosnya RM98,000.00 dan mereka setuju baiki, hari ini kita minta mereka baiki dan benda ini kecil aje pakar – pakar ramai orang dah boleh pergi ke bulan," katanya.

Pulakdah


Belum Ada Petunjuk Bila Boleh Temubual Najib, Rosmah-Karpal

Posted: 11 Aug 2011 01:20 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 OGOS : Tiga hari telah berlalu, namun belum ada petunjuk bila pasukan peguam bela, Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat menembual Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, kata peguam Karpal Singh.

Mahkamah sebelum ini membenarkan permohonan Anwar menemubual 15 saksi sebelum beliau memberikan keterangan membela diri dalam kes fitnah liwat ke atasnya pada 15 Ogos ini.

"Mahkamah telah memberikan pihak pendakwaan tempoh seminggu untuk membekalkan saksi untuk ditemubual oleh pihak pembelaan sebelum perbicaraan membela Anwar bermula. Jadi kita tunggu dan lihat," kata Karpal.


Hari ini, dua lagi saksi dalam kes fitnah liwat Anwar ditemubual oleh peguam Karpal dan Sankara Nair.

Mereka ialah pengawal peribadinya Mokhtar Mustafa dan pemandunya Abdullah Sani Said.

Temubual itu berlangsung selama sejam lamanya,

Dalam pada itu Karpal memberitahu, dua lagi saksi akan dipanggil esok.

Mereka adalah pemilik kondominium, lokasi kejadian di mana Anwar didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Hasanuddin Abd Hamid dan Noor Sham Abdul Hamid.

Dipetik dari TvsNews

Tiada ulasan: