Jumaat, 5 Ogos 2011

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Siapa Tak Kenal Perangai Pengampu UMNO?

Posted: 05 Aug 2011 01:55 AM PDT

Geran: Pengampu Umno bising sudah dijangka

KUALA LUMPUR, 5 Ogos: Seperti yang dijangka akan bangunlah puak Umno tegar yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membidas tindakan Selangor menyediakan geran memfailkan bantahan daftar pengundi baru kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Begitupun, beliau mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang proaktif dan pro rakyat untuk memastikan pilihan raya di negara ini berjalan dengan betul dan adil, dengan menyediakan geran berjumlah RM1 juta bagi membiayai usaha tersebut.

"Ini adalah hak rakyat untuk menentukan kepimpinan negara ini berjalan dengan betul," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya,negara akan rosak jika pemimpin yang menang bukan kerana kewibawaannya, sebaliknya kerana tipu muslihatnya melalui bantuan SPR.

Menurutnya, pengampu Umno takut hendak membuat kenyataan atas nama parti itu kerana orang yang tidak dapat melihat pun kenal tabiat buruk Umno.

Antaranya, kata beliau Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Ketua Pemuda Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) Kebangsaan, Amir Hamzah Abdul Rajak dan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar.

"Hujah puak pengampu Umno ini mudah sahaja, alangkah baiknya wang ini digunakan untuk rakyat Selangor," ujarnya.

Tambahnya, mereka akan susah hati jikalau projek untuk kebaikan rakyat, tetapi menikus ketika pemimpin Umno membazir wang untuk kepentingan politik dan pemimpin Umno.

Katanya, rakyat tidak mendengar komen mereka ketika Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) yang menyiasat perkara-perkara berkaitan kewangan oleh Balkis, bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor yang diketuai oleh isteri Dr Khir, untuk melihat sama ada terdapat salah laku.

Beliau berkata, pegawai-pegawai Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB) dan PKNS dan yang lain memberi keterangan di perbicaraan Selcat adalah memeranjatkan.

Sebanyak RM1.7 juta telah dibayar untuk perjalanan 'teknikal' DisneyWorld dan Disneyland termasuk sewa bilik Presidensel di Honolulu bernilai RM110,000, RM200,000 untuk perjalanan ke Jogjakarta dan upah penari sahaja RM10,000 dan mereka juga membayar tiket penerbangan untuk orang gaji Dr Khir untuk menyertai perjalanan itu.

Kelmarin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata mesyuarat Exco telah bersetuju menubuhkan geran tersebut.

Beliau menambah, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Oleh kerana dana kerajaan negeri digunakan, ujarnya bantahan itu hanya melibatkan kawasan di Selangor sahaja.

Katanya, kerajaan negeri memandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi yang sedia ada dan senarai daftar pengundi baharu.

Menurutnya, aduan dan tuduhan termasuk rakyat negara jiran yang mendapat taraf permaustatin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merunsingkan dan perlu diselesaikan dengan segera.

"Kerajaan Selangor berpandangan bahawa rakyat mempunyai hak untuk menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka jalan kepada satu pilihan raya yang bersih dan adil," ujarnya. -HD


Putrajaya harus ikut langkah Selangor sedia dana bersihkan daftar pemilih

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Dewan Pemuda PAS Selangor mengesyorkan Putrajaya agar mengikut langkah kerajaan negeri itu yang bersedia menawarkan geran RM 1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.

Ketua Pemuda PAS Selangor Hasbullah Mohd Ridzwan berkata, tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu adalah satu tindakan bijak dalam usaha membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan SPR.

"Sepatutnya pihak kerajaan pusat mengambil inisiatif mencontohi tindakan kerajaan negeri Selangor dengan menggunakan kuasa eksekutif yang ada pada mereka bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 akan menjadi pilihan raya yang lebih baik, telus daripada sebarang penyelewengan.

"Kami merasakan ini adalah satu tindakan bijak dan murni kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam menyemarakkan rasa tanggungjawab rakyat negeri ini untuk bersama-sama membersihkan rang daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan SPR untuk suku ketiga bagi tahun 2011 daripada sebarang perkara yang meragukan," katanya dalam satu kenyataan.

Kelmarin Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu diadakan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.

"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.

"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," katanya.

Menurut beliau, geran itu terbuka kepada orang ramai tanpa mengira kaum, agama dan kecenderungan parti politik.

Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia.

Tambah Hasbullah, jentera sayap Pemuda PAS di negeri itu perlu membuat persediaan rapi selain mengambil tindakan proaktif jika terdapat keraguan dalam daftar pemilih yang akan dipamerkan Oktober ini.

"Sebarang kecuaian dan kelekaan di dalam mempastikan daftar pemilih di kawasan masing-masing dibersihkan daripada unsur-unsur manipulasi pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan 'tumbangnya' pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor," katanya. -TMI


Bazar Ramadan Dilanda Ribut Kencang

Posted: 05 Aug 2011 12:55 AM PDT

Felda Sunga Koyan - "Keadaan tiba-tiba menjadi hingar bingar dengan tangisan kanak-kanak dan terdapat juga beberapa peniaga melaungkan azan bagi memohon kepada Allah supaya ribut segera berhenti."

Demikian menurut peniaga sayur-sayuran, Norhazimah Hadi, 22, ketika menceritakan detik awal kejadian ribut di bazar Ramadan yang turut menempatkan pekan sehari, di sini.

Menurutnya, kejadian ribut dan hujan lebat itu kali pertama dialaminya sepanjang tempoh lebih 10 tahun berniaga dan ia tidak akan dapat dilupakan sehingga akhir hayat.

"Hujan lebat dengan angin kencang melanda tapak perniagaan sekitar jam 8.15 malam kelmarin dan berlarutan sehingga sejam setengah.

"Ketika itu saya lihat kebanyakan peniaga memegang payung dan kanopi masing-masing supaya tidak diterbangkan angin. Saya bersama adik-beradik yang lain turut bertindak demikian dan membacakan ayat suci al-Quran beramai-ramai supaya angin kencang tidak datang dan menerbangkan kanopi kami," katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Norhazimah berkata, akibat kejadian itu, berpuluh payung dan kanopi milik peniaga mengalami kerosakan teruk.

Peniaga tanggung rugi

Seorang peniaga ikan bakar, Zulhazrul Zaiha, 30, berkata, semasa ribut melanda, dia sudah pulang ke rumah bersama keluarga untuk berbuka puasa.

"Saya baru tiga hari memulakan perniagaan ikan bakar untuk menambah sumber pendapatan sempena kedatangan bulan Ramadan.

"Selepas berbuka puasa, angin kencang berserta hujan lebat melanda kawasan ini dan saya tidak sedap hati mengenangkan tapak perniagaan di bazar Ramadan," katanya.

Zulhazrul berkata, sejurus selepas hujan reda, dia bergegas ke tapak perniagaan dan terkejut apabila melihat tiang kanopi miliknya patah dan diterbangkan angin.

"Saya mengalami kerugian sekitar RM300 kerana kanopi dan beberapa peralatan perniagaan rosak teruk dan tidak boleh diguna lagi.

"Hari ini (semalam) juga saya terpaksa menutup perniagaan untuk membersihkan kawasan sekitar dan bercadang untuk membeli kanopi serta beberapa barangan lain yang rosak," katanya.

Tiada sebarang kecederaan

Seorang peniaga air minuman, Jafri Siteh, 44, berkata, walaupun kejadian ribut itu antara yang paling teruk melanda, namun mereka bersyukur kerana tiada kecederaan menimpa peniaga dan pembeli.

"Ketika kejadian, kebanyakan peniaga sudah pulang ke rumah masing-masing untuk berbuka puasa dan yang tinggal hanya peniaga pekan sehari.

"Sebab itu ramai peniaga tidak dapat menyelamatkan payung dan kanopi dari diterbangkan angin kencang," katanya.

Jafri berkata, kanopi miliknya turut diterbangkan angin dan masuk ke dalam longkang, namun nasibnya baik kerana besi khemah berkenaan tidak patah serta boleh digunakan semula.

"Hampir setiap tahun menjelang Ramadan saya akan menjual air minuman dan kejadian ribut itu merupakan peristiwa paling teruk melanda kawasan ini hingga mengakibatkan ramai peniaga mengalami kerugian kerana banyak peralatan rosak.

"Saya menganggap peristiwa ini sebagai dugaan Allah dan kami semua bersyukur tiada sebarang kecederaan dialami peniaga mahupun pengunjung," katanya. -SH

Integriti SPR Hanyir, Penipuan Undi Pos Terbongkar

Posted: 04 Aug 2011 09:39 PM PDT

Integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terus dipertikai apabila seorang bekas kerani Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil mengaku menanda hampir 500 kertas undi pos di kem Sandakan pada pilihan raya umum 1986.

Mohd Nasir Ahmad yang berkhidmat selama 19 tahun dengan ATM menjelaskan pada ketika itu beliau bersama seorang rakan terpaksa akur kepada arahan yang diberikan oleh pegawai atasan tentera walaupun menyedari kesalahan yang bakal dilakukan.

"Saya disuruh buka karung undi dan diarahkan untuk memangkah kertas undi sebanyak 900, dan dibahagi dua bersama rakan. Undi adalah mengikut citarasa saya dan saya sedar telah ambil hak orang lain," jelas beliau dalam sebuah forum anjuran Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini.

Antara ahli panel terdiri daripada Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dan AJK Pas Johor, Mohd Mohzit Mohid yang berpengalaman menjadi agen parti pada waktu pilihan raya.

Forum yang berlangsung kira-kira dua jam itu antaranya mendedahkan kesalahan pilihan raya berkaitan undi pos yang berlaku pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sibu dan Bagan Pinang beserta bukti melibatkan komplot SPR dengan parti Barisan Nasional (BN).

Ini termasuk 62 peratus undi petugas SPR yang tidak dikembalikan dipercayai telah dijual ke pasaran gelap untuk tujuan manipulasi keputusan undi agar berpihak kepada parti BN di Sibu.

Tambah Suhaizan, PRK Sibu yang dimenangi Pakatan Rakyat dengan perbezaan 7.5 peratus mengalahkan BN mempunyai perbezaan amat ketara pada undi pos di mana PR hanya memperoleh 70 undi berbanding BN sebanyak 2,323 undi.

Menurut beliau SPR hanya mengambil sikap lepas tangan dari sudut jaminan kertas undi pos tidak disalah guna pihak tertentu memandangkan ianya diedarkan empat hari sebelum tarikh pilihan raya sebenar.

Beliau seterusnya menggesa SPR merombak sistem undi pos yang dianggap begitu teknikal
.

"Bagaimana jaminan kertas undi tidak dijual di pasaran gelap," soal beliau.

Menurut Mohd Mohzit yang menjadi agen parti PAS pada PRK Sibu yang lalu, pihaknya menggesan unsur penipuan pada Borang 2 undi pos.

Katanya, borang yang dihantar kepada mempunyai empat tandatangan yang berlainan di bawah satu nama.

Beliau seterusnya mengemukakan perkara tersebut kepada agen SPR namun suruhanjaya itu bertindak mempertahankan kesalahan tersebut termasuk disokong oleh wakil BN.


Dalam pada itu, menyentuh isu cadangan perlaksanaan sistem biometrik untuk pengundi pada pilihan raya akan datang, Suhaizan tidak yakin ianya akan dilaksanakan pada masa yang singkat.

Ini berikutan katanya, data daftar pemilih SPR masih tidak dikemaskini sehingga kini berikutan penemuan nama pengundi yang bertindan termasuk dakwaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersekongkol memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing seperti yang dilaporkan media semalam.

" Soalnya bagaimana sistem biometrik boleh berperanan secara aktif kalau sistem SPR itu sendiri menerima dua data.

Sehubungan dengan itu Suhaizan berkata PAS akan terus mendedahkan kepada umum bukti-bukti dakwaan bahawa SPR tidak bersedia untuk menjadi suruhanjaya bebas dan adil melaksanakan pilihan raya di negara ini. -tvsnews



Oh, Hassan Ali Di Belakang Serbuan JAIS & Polis

Posted: 04 Aug 2011 08:00 PM PDT

Khalid Samad: Itu pandangan Hasan, hadir di gereja bukan makna murtad

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

"Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama," katanya lagi.

"Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?" kata Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais dan polis dilaporkan telah mengadakan serbuan ke atas gereja itu yang terletak di Petaling Jaya malam kelmarin ekoran satu aduan yang tidak spesifik.

Serbuan itu dibuat kira-kira tiga minggu selepas Najib mengunjungi Pope di Vatican untuk menjalin hubungan diplomatik.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga awal Jun lalu. Beliau digantikan dengan Adun Meru dan Khalid turut dilantik semula sebagai salah seorang timbalannya.

Khalid menegaskan, tidak kira apa juga undang-undang, Jais seharusnya hormat premis gereja dan mendapatkan waran sebelum mengambil tindakan.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu seringkali memperlihatkan perbezaan pendapat dengan Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

Dalam kenyataannya dikeluarkan lewat petang semalam, Hasan mempertahankan tindakan Jais yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan pada majlis itu.

Hasan menambah, seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk hadir di Jais bagi siasatan lanjut. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Malam satu kenyataan semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam kelmarin.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

"Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu," katanya lagi. -TMI


Hasan Ali pertahan Jais, dakwa ada usaha murtadkan Muslim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama semalam atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "Quran" dan "pray" diselitkan pada ucapan di majlis itu.

Hasan (gambar) menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

"Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan," kata beliau menerusi kenyataan akhbar petang ini.

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu menambah anggota penguat kuasa Jais dan polis telah menjalankan pemeriksaan di bangunan gereja itu walaupun cuba dihalang oleh pihak penganjur.

"Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai," kata Hasan lagi.

Jelas beliau, apabila majlis hampir tamat, Jais dan polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan bagi menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

"Pegawai pengua kuasa Jais dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang," katanya.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Jais untuk siasatan lanjut.

Terdahulu dalam satu kenyataan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu malam tadi.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

"Saya memberitahu beliau bahawa saya telah minta Jais menyediakan laporan penuh mengenai insiden ini, termasuk sebab-sebab terperinci serbuan tersebut dilakukan.

"Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima," kata beliau.

Sehubungan itu, Khalid menegaskan, kerajaan Selangor selalu menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Beliau juga mengulangi bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat yang pelbagai agama serta amat menghargai usaha-usaha meningkatkan kefahaman antara agama sekali gus menyatupadukan rakyat.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam tadi.

Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

"Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu," katanya lagi.

Pihak berkuasa berkenaan menyoal siasat hadirin tetapi tiada sesiapa pun yang ditahan. -TMI


Ulasan GB

Oh Hassan Ali rupanya disebalik serbuan JAIS itu.

Apa sebenarnya agenda Hassan Ali? GB teringat UG. Masih termimpikan beliau nak jadi MB? Kenapa kerap sangat bertindak membelakangkan kepimpinan tertinggi parti?

Bagi GB, orang sebegini jangan dibenarkan bertanding lagi kerana ternyata beliau adalah kuda tunganggan malah trojan kepada pihak musuh yang sentiasa dengki dan iri hati.

Persepsi Terhadap Polis Merosot Selepas BERS✔H, Apa Mereka Ada Kisah?

Posted: 04 Aug 2011 06:39 PM PDT

Persepsi terhadap polis merosot selepas 9 Julai

Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) menjangka perhimpunan 9 Julai lalu akan memberi kesan negatif orang awam terhadap pasukan polis.

Pengarah bidang keberhasilan utama negara (NKRA) bagi pengurangan
jenayah, Eugene Teh Yee berkata, ia akan menterbalikkan peningkatan dalam persepsi tersebut sejak tahun 2009.

"Ya, (tahap persepsi orang ramai terhadap polis) akan terjejas, tetapi mudah-mudahan kita boleh memperbaikinya," katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai Program Transformasi Kerajaan di Petaling Jaya hari ini.

Antara sebab-sebab yang mungkin menjadi punca kemerosotan rating terhadap polis, katanya, ialah kecepatan perkongsian maklumat awam mengenai tindakan keras pihak polis pada hari berkenaan.

NONEBeliau berkata, gambar dan video diedarkan dengan serta-merta, tetapi
polis mengambil masa beberapa hari untuk mengemukakan penjelasan mereka.

Cerita para saksi pula disiarkan di internet mengenai dakwaan keganasan pihak polis ketika kira-kira 15,000 orang memenuhi jalan-jalan di Kuala Lumpur, bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil.

Kajiselidik yang dijalankan oleh PEMANDU pada bulan Mei menunjukkan 55 peratus daripada 2,000 responden puas hati dengan perkhidmatan polis - meningkat daripada 35,8 peratus pada bulan Disember 2009. -MK

Ulasan GB

GB rasa polis tak kisah apa persepsi rakyat terhadap mereka. Yang penting bagi mereka, asalkan pangkat naik, gaji naik, sekalipun terpaksa menjadi kuda tunggangan UMNO BN.



Kuning, Warna Yang Boleh Dilihat Walaupun Rabun.

Posted: 04 Aug 2011 05:00 PM PDT

Rabun tanda UMNO sudah uzur Oleh Tongkat Bahaman

"Musuh Barisan Nasional (BN) bukan lagi komunis yang bergerak dari hutan, tetapi pergerakan madani yang mempunyai kesedaran politik yang meningkat…" Prof. Shamsul Amri Baharudin.

Ini bukan nasihat dari seorang profesor kangkong. Ini nasihat dari seorang yang betul-betul profesor yang cuba menyedarkan pemimpin-peminpin UMNO supaya mereka dapat melihat siapa musuh mereka sebenar.

Mereka juga perlu sedar dan faham bahawa kita sedang berada di abad ke-21 dan bukan lagi era tahun 1960-an abad ke-20 di mana rakyat mendapat maklumat hanya dari corong Radio Malaya dan berlibur dengan menonton wayang pacak di padang yang menceritakan tentang bahaya cacing kerawit kemudian diselit pula dengan propaganda-propaganda….!

Ini zaman IT - Pasca Angkasa Lepas (makna ditekan) di mana berita dan peristiwa dapat dipancar sekelip mata menerusi satelit ke seluruh dunia. Zaman Generasi You Tube, Twitter - Facebook; anak semua bangsa berkenal dan berinteraksi dengan pantas menerusi sistem saraf rangkaian maklumat digital - generasi perubahan yang sedar bahawa mereka bertanggung jawab untuk memberi makna kepada masa depan serta hak dan nasib rakyat.

Menerusi sistem saraf rangkaian maklumat ini mereka bukan sahaja mampu menilai semula sejarah negara bangsa malah makna kemerdekaan itu sendiri, yang selama ini di kulum dengan rasa mual dan penuh ketidakpastian. Mereka begitu keliru tentangnya.

Haruskah sejarah yang ditulis oleh bangsawan Melayu gendut ini diwariskan untuk generasi akan datang sedang mereka sendiri keliru tentangnya……! Kata George Santayana "sesiapa yang melupai sejarah (bangsa dan negaranya) akan didera dengan mengulangi kesalahan mereka berkali-kali…" Apakah maksud ungkapan ini?

Rakyat Malaysia bukan melupai sejarah negaranya tetapi mereka sebenarnya tidak faham. Tidak ada seorang pelajar yang benar-benar tahu atau professor sejarah yang berani bercerita tentang sejarah kita yang sebenar kerana bimbang implikasi berbagai akta. Akhirnya tiada orang yang benar-benar tahu tentang sejarah negara dan bangsanya termasuklah kalangan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Tugu Negara, tugu penajajah inggeris

Kita tidak tahu sama ada kita dijajah oleh Inggeris atau oleh PKM kerana dari gelagat UMNO kita semacam dijajah oleh PKM. Kita tidak tahu sama ada regim kolonial Inggeris atau PKM yang membunuh dan memenjara pemimpin-pemimpin kita yang berjuang di bawah semboyan "MERDEKA". Tugu Pahlawan menunjukkan Inggeris sedang menginjak-injak kaki pada gerila-gerila PKM yang gugur sambil mengibarkan bendera jalur gemilang. Senario ini menunjukkan kita merdeka dari PKM dan bukan dari Inggeris.

Di situ juga kita membaca jajaran nama askar-askar British yang terkorban dalam perang bersama gerila PKM sejak darurat diistiharkan oleh British pada 18 Jun 1948. Kita juga tidak tahu sama ada kita terhutang budi dengan British atau PKM justeru kemerdekaan tanah air kita. Begitu juga tentang apa sebab Inggeris memerdekakan negara kita. Sebahagian rahsia sejarah sebenar tersimpan dalam benak kapitalis birokrat aka bangsawan gendut yang mengambil alih kuasa dari British.

Dari cebis-cebis coretan para gerila yang masih mereka genggam, mereka berkata Inggeris lari kerana tidak tahan dengan ribuan serangan dari mereka hingga terpaksa merdekakan Malaya secara bersyarat. Kita juga tidak pernah tahu syarat-syarat itu kecuali satu dua antaranya supaya UMNO dan Kerajaan Perikatan terus melancar perang dalam negeri terhadap PKM. Peperangan ini menguntungkan British yang bertindak sebagai penjual senjata di samping pada masa yang sama sempat mengurus segala asset dan modalnya. British tidak menyuruh UMNO memusuhi PKM hingga kiamat ia memadai untuk satu masa bagi memberi sedikit ruang kepada British untuk mengambil apa yang patut walaupun negara sudah merdeka.

Kita juga tidak tahu tentang sejarah Pasukan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) pernah bersama British untuk melumpuhkan tentera fasis Jepun pada tahun 1942-1945. Inilah pasukan yang berani menentang tentera fasis Jepun yang telah membunuh ribuan rakyat Malaya yang tidak berdosa. Kisah ini tidak pernah dibangkit oleh pemerintah sedang British yang lari seperti itek meninggalkan Malaya mengiktiraf jasa-jasa TAJRM yang dipimpin oleh Chin Peng dengan dua anugerah yang besar di London.

British masuk semula pada tahun 1945 melihat kebangkitan baru untuk menuntut merdeka - KRIS, PKMM, PKM, API, AWAS kesatuan Buruh dan lain-lain yang membentuk PUTERA-AMCJA. Pada tahun 1948 mereka menentang Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. PUTERA-AMCJA pernah menyanggah Dato' Onn yang memberi kerjasama kepada Inggeris memaksa raja-raja Melayu menandatangani perjanjian ini kerana ia sedikitpun tidak menyebut soal merdeka. Justeru akhirnya perjanjian ini gagal dan PUTERA-AMCJA telah mengemukakan 10 pasal perlembagaan Malaya Merdeka serta bendera Sang Saka Merah Putih lambang tuntutan kemerdekaan. Mereka menggabung pertubuhan politik dan seluruh warga Malaya patriotik-demokratik bangun melancarkan HARTAL di seluruh negara sehingga ia begitu mencemaskan British.

Dalam perjuangan kemerdekaan Dato' Onn dianggap oleh golongan progresif sebagai duri dalam daging yang sentiasa menghalang gerakan yang menuntut kemerdekaan. British telah merencana beberapa rusuhan kaum di Batu Pahat dan Muar Johor, begitu juga di Sungai Manik Perak yang kemudiannya di damaikan oleh PKM. Dato Onn lebih selesa hidup di bawah British kerana katanya dengan Inggeris kita boleh makan daging tetapi kalau merdeka kita akan makan ubi kayu. Dato' Onn memusuhi golongan kiri dan parti-parti progresif kiri seperti PKMM, API, AWAS dan PKM. HARTAL 1948 yang dilancar secara besar-besaran dan tuntutan) kemerdekaan (tekanan ditambah) menyebabkan British mengistiharkan Undang-Undang Darurat.

400,000 askar British telah dibawah masuk untuk melancarkan perang terhadap pemimpin-pemimpin kiri yang menuntut merdeka. British dengan persetujuan Dato' Onn telah mengharamkan seluruh parti-parti politik di Malaya pada tahun 1948 - ribuan pemimpin-pemimpinnya ditangkap dipenjara dan dibunuh. Inilah detik malapetaka paling besar buat pejuang-pejuang progresif di Malaya yang akhirnya kemenangan memihak kepada UMNO kerana seluruh parti-parti politik di Malaya ketika itu telah diharamkan dan pemimpin-pemimpinnya ditangkap. Mulai detik inilah pena dan lembaran sejarah terlepas kepada Kapitalis Birokrat aka Kelas Bangsawan Melayu. UMNO pada ketika itu hanya gerombolan seperti PERKASA yang muncul pada hari BERSIH 709 sedangkan golongan patriotik-demokratik PUTERA-AMCJA mempunyai hampir sejuta ahli. Di bawah undang-undang darurat ini pemimpin-pemimpin politik selain UMNO diburu, ditangkap dan dipenjara malah ramai yang dibunuh. Mereka dituduh mengancam keselamatan negara oleh British.

Yang terselamat telah melarikan diri ke hutan melancarkan perang gerila atas nama Tentera Pembebasan Nasional Malaya atau Tentera Rakyat. Mereka termasuklah Regimen 10 Melayu yang begitu digeruni British yang dipimpin oleh Abdullah CD bekas anggota PKMM. Regimen 10 Melayu ini adalah terdiri daripda pengikut-pengikut Dato' Bahaman yang masih hidup yang berpengkalan di Pahang. Mereka inilah yang meneruskan perjuangan menentang Inggeris hingga pada tahun 1957 Malaya mencapai kemerdekaan.

Percubaan untuk menzalimi anggota PSM yang terbaru di bawah Ordinan Darurat bukanlah suatu yang pelik. Apa yang pernah dilakukan oleh Dato' Onn kini ingin dicuba sekali lagi oleh cucunya pula. Bersih dikatakan haram dan mengancam keselamatan negara sebagaimana PUTERA-AMCJA dan parti-parti politik progresif di haramkan pada tahun 1948 oleh British. Pada ketika ini ramai yang ditahan kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan PKM termasuk pengerusi API, Ahmad Boestamam, Dr. Burhanudin al-Helmi, Pak Sako dan lain-lain. Osman Awang terselamat kerana beliau hanya menulis sajak walaupun beliau sendiri adalah lebih kiri daripada Pak Samad yang menjadi antara ikon dalam BERSIH 2.0.

Sesiapa yang tidak sealiran dengan UMNO boleh sahaja dikaitkan dengan PKM dan mereka boleh dituduh mengancam keselamatan negara. Idea ini adalah idea penjajah Inggeris sejak melancarkan akta darurat 1948 lagi.

Himpunan Bersih 709 dengan warna kuning memang suatu yang wajar kerana warna kuning bukan sahaja warna permbakar (matahari), ia juga lambang kedamaian dan keamanan - kebebasan dan kebijaksanaan. Kuning adalah warna yang disahkan oleh pengamal perubatan sebagai warna yang boleh dilihat meskipun seseorang itu rabun atau buta warna. Dengan kehadiran warna ini UMNO tidak seharusnya terus rabun. Mereka seharusnya dapat melihat lapan tuntutan BERSIH 2.0 sebagai satu pergerakan madani, rakyat yang menuntut perubahan.

Shahir Akan Berhenti Menyanyi Dan Ceburi Dakwah

Posted: 04 Aug 2011 08:10 AM PDT

Penyanyi popular Shahir menamatkan misteri kehilangannya selama ini apabila dia membuat keputusan untuk berhenti daripada industri seni dalam waktu terdekat.

Menurut sumber yang juga teman rapat penyanyi lagu Luar Biasa itu, juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) tersebut nekad dengan keputusannya kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu.

"Shahir tidak akan menyanyi lagi dan akan meninggalkan terus karier seni ini kerana berasa dirinya telah dianiaya.

"Saya kasihan dengan nasib yang menimpa Shahir kerana dia masih baru dalam industri seni tetapi sudah mengalami insiden seperti ini," kata sumber itu yang tidak mahu mendedahkan identitinya kepada mStar Online, Rabu.

Tambahnya: "Apabila sudah berhenti, dia mungkin akan mengikut jejak langkah pemuzik Sham (Kamikaze) yang terlibat dengan majlis-majlis berkaitan keagamaan.

"Setakat ini, dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Astro Entertainment Sdn Bhd dan peminat Shahir Fan Club (FC).

"Dia mungkin akan membuat sidang media kelak untuk menjelaskan dengan lebih lanjut tentang isu ini."

Beberapa minggu lalu, industri seni kecoh dengan isu Shahir yang dikatakan 'ghaib' dan gagal dihubungi oleh pihak media sertapengurusannya.

Bagaimanapun, ibunya, Mahanum Osman mengakui Shahir berada di kampung iaitu di Kampar, Perak dan sedang berehat.

Sebelum ini, Shahir pernah menghilang kerana mengalami masalah kesihatan dan pulang ke kampung beberapa ketika.

Dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pelakon Rozita Che Wan.

Namun pemuda tersebut menafikan perkara itu sebaliknya menganggap hubungan mereka sekadar teman biasa.

Pihak mStar cuba mendapatkan Shahir dan keluarganya, namun mereka gagal dihubungi. -mstar

Ulasan GB

Dahulu sewaktu GB tulis mengenai penyanyi ini di dalam entri Tulang Tangan Shahir Retak, Jatuh Bilik Air ada pula yang menghantar komen begini:

Anonymous said...

GB,
Artis standard ni tak payahlah masuk berita. Tulang tangan retak aje bukan mati pun. GB jagalah standard sikit.


Begitu sekali pandangannya yang GB rasa ia datang dari kalangan orang ugamawan sendiri yang "tak suka" kepada kelompok penghibur/penyanyi.

GB sudah menjawabnya pada ketika itu:

greenboc said...

kdg2 benda yg nmpk picisan tetapi mempunyai iktibar yg perlu diambil terutama apabila kita berdakwah, kita jgn lupa kepada kumpulan remaja. Shahir adalah ikon dan pujaan remaja.

Tugas kita ialah menarik minat remaja utk membaca kemudian bersama kita.

Kita berdakwah sepertimana diarahkan Allah dan RasulNya iaitu "bil-hikmah" dan kita berbicara dgn mad'u mengikut kemampuan akal mereka.

GB insyaAllah, boleh berbicara dgn sesiapa juga dgn topik apa pun mereka suka, dari Professor2 di menara gading sehinggalah anak-anak di PASTI. Bukankah itu contoh yg Rasulullah beri sebagai uswatun-hasanah sehingga akhirnya dakwah baginda diterima semua?

Maka dengan sebab itu, topik Shahir AF pun ada walaupun GB tak menonton pun AF itu!

Doakan GB.


Jadi jangan ketepikan mereka.

Media Indon Juga Persoal Kehidupan Rosmah Penuh Kontroversi

Posted: 04 Aug 2011 05:10 AM PDT

Kuala Lumpur, 4 Ogos: "Kehidupan Datin Seri Rosmah Mansor memang penuh dengan kontroversi" - Itulah ungkapan yang dilaporkan media Indonesia, KOMPAS.com hari ini dalam satu artikel mengulas mengenai kontroversi isu pembelian cincin berlian bernilai US24 juta yang dinafikan Rosmah minggu lalu.

"Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia?

"Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan," tanya KOMPAS dalam laporannya hari ini.

Memetik laporan-laporan dalam negeri dalam kontroversi isu pembelian cincin berlian, KOMPAS melaporkan bahawa Rosmah telah menyatakan bahawa kontroversi tersebut hanyalah satu fitnah dan 'menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya (untuk) dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu'.

Namun, penafian tersebut tidak menghalang artikel tersebut untuk menyifatkan kehidupan isteri Perdana Menteri Najib Razak ini sememangnya penuh dengan kontroversi.

"Perimekar Sendirian Berhad diketahui Parlimen Malaysia telah menerima wang komisyen sebanyak 100 juta euro (sekitar Rp 1.2 trilion) atas pembelian kapa selam Scorpenen buatan Perancis.

Pada pertengahan Julai, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia yang mengugat Perimekar Sdn Bhd atas dakwaan suap dan korupsi dalam kes pembelian kapal selam Scorpene telah ditahan Imigresen Malaysia lalu dihantar pulang ke negara beliau. Tindakan itu telah memicu protes daripada pergerakan hak asasi di Malaysia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram)," tulis artikel tersebut.

Pada 23 Julai yang lepas., William yang berada di negara untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, telah dihantar pulang setelah memberikan taklimat kes tersebut di satu makan malam anjuran Suaram di Pulau Pinang.

Kementerian Dalam Negeri telah memberikan alasan bahawa William telah menyalahi kegunaan visa beliau ketika dalam negara, walaupun umum mengetahui bahawa rakyat Perancis tidak memerlukan sebarang visa untuk memasuki negara Malaysia.

Menurut laporan KOMPAS lagi, krisis pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia dan senjata-senjata pertahanan yang lain didakwa telah mengakibatkan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaarribuu pada bulan April 2006.

"Altantuya, puteri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui mempunyai hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat peribadi Perdana Menteri Najib Razak.

Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan beberapa bahasa asing, menurut pihak pembangkang, juga memahami betul selok-belok pembelian senjata yang digunakan oleh Angkatan Tentera Diraja Malaysia.

"Kerana menuntut terlalu banyak (komisen), akhirnya dia ditembak mati, lalu tubuhnya diletupkan," tulis laporan itu lagi, sambil menambah bahawa dua orang, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar telah dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh Altantuya.

"Namun, auktor intelektualis dan dakwaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan (di mahkamah) sehingga pihak pembangkang Malaysia mengemukakan tuntutan di Mahkamah Paris, Perancis (kes Suaram)," tambah laporan itu lagi.

Kontroversi lain yang melingkupi Rosmah, kata laporan tersebut adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev yang berasal dari Kazakhstan.

"Maira Nazarbayev yang mempunyai gaya hidup ala Imelda Marcos didakwa mempunyai kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap keluar bersama Datin Rosmah," tambah laporan itu lagi.

Akibat kontroversi-kontroversi tersebut, kini terdapat sumber yang menyatakan bahawa satu gerakan yang kuat dan serius telah berlangsung di dalam Umno untuk menyingkir Najib dan Rosmah kerana mereka berpandangan bahawa suami-isteri tersebut telah menjadi liabiliti terbesar kepada Barisan Nasional menjelang pilihanraya ke 13.

"Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib berundur daripada (jawatan) perdana menteri.

"Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dalam satu sidang akhbar hari ini.

Di samping itu, blogger Mohd Sayuti Omar telah juga melaporkan bahawa beliau menerima maklumat mengenai perkara yang sama bahawa terdapat satu pergerakan untuk menjatuhkan Najib yang didakwa sumbernya diketuai Penawar, Persatuan bekas-bekas Ahli Parlimen Umno.

"Ceritanya Penawar katanya telah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelemban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabur ke negara ini juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad, cerita sumber itu," tulis beliau dalam blognya.

Hari ini, kata Sayuti, Penawar akan mengadakan mesyuarat sekali lagi mengenai isu tersebut, namun dijangkakan persatuan tersebut akan menafikan dakwaan bahawa terdapat satu pergerakan untuk menumbangkan Najib.

"Adalah dipercayai Penawar akan mengambil keputusan dalam mesyuarat berkenaan berhubung apa yang dicatatkan oleh saya dalam posting beberapa hari lepas. Dijangkakan satu kenyataan akhbar selepas mesyuarat itu akan dikeluarkan.

Isi kenyataan itu besar kemungkinan Penawar akan membuat penjelasan apa sebenarnya berlaku dan akan menafikan bahawa persatuan itu hendak mengemukakan apa-apam cadangan khususnya meminta Najib Razak berundur.

"Dalam masa sama Penawar akan menyiasat sumber yang membocorkan maklumat berkenaan," tambah beliau. -HD

Najib Bakal Tersungkur, PENAWAR Mahu Najib Letak Jawatan

Posted: 04 Aug 2011 03:15 AM PDT

Rosmah, masalah baru Najib

"Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang PM sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah," kata Prof Datuk Dr Zainal Kling.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik tempatan berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berdepan dengan masalah yang ditimbulkan oleh isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, di samping timbunan masalah lain.

Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, orang melihat Rosmah sebagai lebih menonjol dari Najib sendiri. Di Malaysia, orang belum boleh menerima isteri seorang Perdana Menteri sebagaimana yang dibuat oleh Rosmah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kepimpinan Najib yang menjadi perbualan banyak pihak termasuk di kalangan orang Umno sendiri.

Persatuan Bekas Ahli Parlimen Umno (Penawar) mahu Najib meletakkan jawatan kerana mendakwa tidak berjuang untuk orang Melayu dan negara Malaysia.

Setiausaha Agung PAS, Mustaffa Ali pula mendakwa ada kumpulan pimpinan Umno yang mahu Perdana Menteri meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum.

Mengulas lanjut, Dr Zainal berkata, rakyat curiga dengan Najib yang cuba membentuk keseimbangan untuk semua orang. Orang Melayu anggap Umno tidak membela mereka, orang Cina dan India pula dakwa kerajaan Umno tidak membela mereka.

"Orang Sabah dan Sarawak menuntut hak masing-masing, jadi Najib masih berdepan dengan masalah dalaman," tambahnya.

Para pemimpin Umno, kata Dr Zainal, pula masih menganggap diri mereka 'raja' dan tidak turun padang menemui rakyat sebagaimana diarahkan Najib.

Beliau berkata, Najib terpaksa bekerja kuat dan cepat untuk membaiki kelemahan yang berlaku sebelum ini. Malangnya, orang Umno masih lemah semangat walau pun ada tanda-tanda rakyat kembali menyokong kerajaan. -FMT


PAS dakwa wujud gerakan dalam Umno mahu guling Najib

KUALA LUMPUR, 4 Ogos — PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Datuk Seri Najib Razak ekoran kebimbangan bahawa Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor akan menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) dalam mengekalkan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

Bagaimanapun parti itu berkata Najib memang sedar tentang usaha sedemikian tetapi enggan meletakkan jawatan kerana bertegas mahu mengetuai BN menghadapi pilihan raya umum, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin konon pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat (PR) telah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. -TMI


Ulasan GB

GB sudah katakan lebih awal iaitu di awal tahun 2011 lagi bahawa Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah

Petikan:

Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.

Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.

Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.

Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.



Tiada ulasan: