Era Pasca |
KURMA OH KURMA.. APCO PUNYA PASAL! Posted: 04 Aug 2011 10:38 PM PDT Kenapa masih ada kurma dari Israel yang di bawa masuk ke pasaran Malaysia untuk dijadikan hidangan berbuka puasa bagi umat Islam Malaysia yang sedang menjalankan ibadah puasa? Mana Najib? Mana Mat Mustafa? Mana Jamil Khir? Mana pemimpin-pemimpin Umno yang lain? Mana Ulamak harapan UMNO? Memang mereka ini tidak sensitif dan tidak boleh diharap dalam hal Islam! Rupa-rupanya kerajaan Malaysia yang diperintah oleh Umno/Bn begitu rapat dengan rejim ganas dan zalim Israel yang saban hari membunuh umat Palestin di Gaza dan memusuhi dan memfitnah umat Islam. Buah kurma jenama ni boleh didapati dengan mudah di pasaran negara ini dan dijual secara terbuka. Bagaimana perkara BESAR begini boleh terlepas pandang? Kurma jenama ini dipercayai berasal dari Israel. Dibawa masuk ke beberapa buah negara seperti Afrika Selatan dan Singapura sebelum dibungkus semula dan dibawa masuk ke beberapa negara Islam seperti Malaysia. Kurma bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel dan diimport serta dikotakkan di Singapura dan diedarkan ke Malaysia. Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi. Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini. Kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini. Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi. Berbuka dengan kurma jenama Jordan River ini ibarat anda berbuka puasa dengan darah dan air mata anak-anak saudara kita di Palestin. Mohon disebarkan kepada rakan-rakan, saudara-mara, adik beradik dan sahabat anda. |
Video TERHANGAT khas untuk KORANG pagi-pagi nih!! Posted: 04 Aug 2011 05:51 PM PDT Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya. Nasir Mohamad (kiri) yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986. "Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka. "Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi. Berita Penuh (klik) [N/C-1] [N/C-2] UNLIMITED ONLINE + I-PHONE 4 SEPERTI BAGINDA DENGAN HANYA RM53/Monthly (TERHAD) HANYA DI SINI (klik) |
You are subscribed to email updates from Era Pasca ... To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan