Kelab Greenboc |
- Pilihanraya Olok-olok BN Jelaskan PR Bakal Tawan Putrajaya
- SPRM Sahkan Tiada Rasuah Kaitkan Kerajaan Kelantan
- Tak Serik-serik: Najib Masih Terus Nak Perbodohkan Rakyat...
- Biometrik: Gempak Saja Lebih, Panggil Najib & Muhyiddin Tengok Sini
- Najib Masuk Hospital, Bedah Kepala Lutut
- Keajaiban: Carribean Airlines Putus Dua, Semua 157 Penumpang Selamat
- Bebaskan Malaysia Dari Penjajahan Ketakutan Dan Keganasan!
- Dr. Dzulkefly: Najib Liabiliti Besar Buat UMNO
- Kakitangan Bank, Janda Dicekup Khalwat
- SUHAKAM Ulangi Gesaan Mansuhkan Semua Undang-undang Tahanan Tanpa Bicara
Pilihanraya Olok-olok BN Jelaskan PR Bakal Tawan Putrajaya Posted: 01 Aug 2011 12:04 AM PDT Pilihan raya olok-olok: BN boleh hilang Perak, Negeri Sembilan KUALA LUMPUR, 1 Ogos — Barisan Nasional (BN) boleh kehilangan Perak dan Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13, demikian menurut keputusan pilihan raya olok-olok melainkan parti-parti komponennya meletakkan muka-muka popular yang berpotensi dan memastikan jentera di peringkat akar umbi menjana sokongan pengundi. The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya latihan yang diadakan baru-baru ini menunjukkan BN boleh kehilangan sehingga 15 daripada 56 kerusi di Johor, dikuasai Pakatan Rakyat (PR). Persekitaran itu tidak pernah diduga tetapi BN telah hilang enam kerusi di Johor pada pilihan raya umum 2008. Daripada enam kerusi itu PAS menguasai dua manakala DAP pula empat. Difahamkan Perlis, di mana BN menguasai 14 daripada 15 kerusi, kemungkinan akan kehilangan beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri dan salah satu daripada tiga bahagian Parlimen di tangan Pakatan Rakyat disebabkan kemarahan penduduk negeri itu mengenai isu Wahabi termasuk tindakan meletakkan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dalam senarai pengganas. "Pilihan raya olok-olok ini menunjukkan banyak kelemahan. Dan, isu Wahabi tidak membantu," kata satu sumber Umno kepada The Malaysian Insider. Seorang pemimpin Umno yang semakin meningkat juga memberikan sentimen yang sama sambil menegaskan, BN perlu meletakkan muka-muka baru untuk menyegarkan kedudukan perikatan itu sementara memastikan jentera peringkat bawah peringkat aktif bagi mendapatkan sokongan menyeluruh. "Masalahnya ialah jentera Umno boleh bekerja jika diberikan motivasi, tetapi ahli parti komponen kelihatan tidak diberikan motivasi," kata pemimpin Umno itu. Beliau mendedahkan bahawa Umno hanya boleh menang 27 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak meskipun BN memerintah semula negeri itu sejak awal 2009 ekoran tindakan melompat parti melibatkan tiga wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Pada Jun lalu, Umno negeri itu yakin boleh menang 33 kerusi dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menolak laporan The Malaysian Insider bahawa kemenangan hanya boleh dipastikan jika calon yang betul dipilih kali ini. Difahamkan beberapa pemimpin Umno bahagian di Perak keberatan untuk berkempen atau mendaftar pemilih baru melainkan mereka pasti akan menjadi calon pilihan raya umum ke-13. "Umno Perak kuat dan boleh menang 33 kerusi negeri tetapi pemimpin-pemimpin bahagian tidak mahu bergerak kecuali mereka atau calon pilihan mereka diturunkan," kata sumber Umno ketika itu. Pada Mac 2008, Umno bertanding di 34 daripada 59 kerusi Dewan Undngan Negeri di Perak dan menang 27 kerusi manakala MCA pula satu. Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi. "Keadaan tidak berubah di Perak dan kini keadaan yang sama wujud di Negeri Sembilan memandangkan pembangkang menjadi semakin kukuh, melihat pada kemungkinan Datuk Seri Mohamad Hasan tidak akan kekal sebagai menteri besar," kata sumber Umno. Mohamad disebut-sebut akan bertanding kerusi Parlimen. Kata sumber itu, mereka melobi dengan kuat untuk mendapatkan kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan. "Tetapi mereka lupa bahawa kemenangan ketika pilihan raya umum 2008 adalah tipis," katanya lagi. Di negeri itu, BN menguasai 21 daripada 36 kerusi manakala 15 dimenangi Pakatan Rakyat, yang yakin untuk mengambil alih negeri itu kali ini. Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAS kini menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor selain memperoleh 82 kerusi Parlimen. Perikatan itu menyasarkan akan memperoleh lebih banyak kerusi kali ini dan mengurangkan lagi majoriti BN pada pilihan raya umum ke-13. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memberi bayangan bila pilihan raya umum akan diadakan tetapi timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memberitahu BN agar bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum dalam waktu terdekat. Kebanyakan penganalisis dan pemimpin pembangkang menjangkakan pilihan raya umum akan diadakan dalam tempoh setahun ini tetapi ada juga mengatakan ia kemungkinan diadakan seawal November ini selepas Bajet 2012 dibentangkan di Parlimen awal 7 Oktober dan sebelum perhimpunan agung tahunan Umno.-TMI |
SPRM Sahkan Tiada Rasuah Kaitkan Kerajaan Kelantan Posted: 31 Jul 2011 10:35 PM PDT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan mengesahkan tiada unsur rasuah dalam isu Bazar Tok Guru selain tidak menerima laporan rasuah daripada mana-mana pihak mengenai isu Ladang Rakyat. Pengarahnya, Nasaruddin Mohd Noor berkata, pihaknya menjalankan siasatan rapi dan telus terhadap kes terbabit dan menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa SPRM tidak melakukan siasatan. "Saya ingin ulangi kenyataan sebelum ini bahawa tiada elemen korupsi dalam isu Bazar Tok Guru dan kami menyangkal tidak buat kerja berhubung kes ini. Jika ada rasuah dan penyalahgunaan kuasa kami masuk, tapi setakat ini tidak terima (laporan berasas mengenainya). "Mengenai isu Ladang Rakyat pula, setakat ini tiada mana-mana pihak yang membuat laporan mengenainya, tetapi kami menjalankan siasatan berdasarkan laporan dalam media dan pemantauan masih dilakukan," katanya pada sidang media selepas menyerahkan tugas kepada Pengarah SPRM negeri yang baru, Nor Rasmi Shari, disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Putrajaya, Datuk Sutinah Sutan di Bangunan SPRM, Jalan Sultan Yahya Petra, di sini. Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Pengerusi Orang Muda Berpadu Anti Korupsi Kelantan (Ombak) yang juga Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian, bahawa terdapat pegawai SPRM Kelantan lebih berpihak kepada Pas. Nasaruddin juga menolak dakwaan pertukarannya ke ibu pejabat sebagai Pengarah Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme disebabkan tekanan pihak tertentu. -SH
Ulasan GB Aduhhhh....Hancur luluh hati orang-orang UMNO dan sekalian pencacainya... p/s bulan Ramadhan ini bulan terbaik untuk hancurkan UMNO. Kerana di bulan ini, kebenaran mengatasi kebatilan, kebaikan mengatasi keburukan, kebersihan mengatasi kekotoran... |
Tak Serik-serik: Najib Masih Terus Nak Perbodohkan Rakyat... Posted: 31 Jul 2011 09:05 PM PDT Saya sebenarnya mahu beri Bersih 2.0 Stadium Shah Alam, kata Najib KUALA LUMPUR, 31 Julai — Datuk Seri Najib Razak berkata beliau sebenarnya berhasrat mahu menawarkan Stadium Shah Alam kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) untuk berhimpun, namun gabungan 62 badan bukan kerajaan itu memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi. Najib sebelum ini tidak pernah mencadangkan mana-mana lokasi stadium kepada Bersih 2.0, sebaliknya hanya berkata bersedia menawarkan stadium. Bagaimanapun Bersih 2.0 yang dipengerusikan Datuk Ambiga Sreenevesan mahu menggunakan Stadium Merdeka bagi menjayakan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Namun polis tidak mengeluarkan permit kepada Bersih 2.0. "Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah. "Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan . . . dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak," kata Najib pada majlis perasmian penutup Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima di sini. Jelas beliau, perhimpunan yang dibuat di stadium lebih selamat daripada diadakan di jalan. "Kalau kita buat (perhimpunan) di jalan siapa yang boleh jamin tiada orang (awam) berada di sana? Siapa dapat jamin tiada masalah yang akan timbul? "Setiap rakyat Malaysia dilindungi, sebab itu kita mahu ia (Himpunan Bersih 2.0) dibuat di stadium," katanya di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan kalangan mahasiswa. Himpunan Bersih 2.0 menyaksikan hampir 1,700 peserta telah ditahan termasuk pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat. -TMI
Ulasan GB Kalau nak bagi stadium, bagilah yang kerajaan pusat ada kuasa ke atasnya seperti Stadium Merdeka atau Stadium Bukit Jalil. Stadium Shah Alam, itu kami dari Pakatan Rakyat pun pernah mencadangkan, malah MB Selangor pun mencadangkan. Itu (Stadium Shah Alam) bukan dibawah bidangkuasa Najib. Ia di bawah pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Pun masih nak perbodohkan rakyat walaupun kepala lutut akan dibedah di hospital hari ini. |
Biometrik: Gempak Saja Lebih, Panggil Najib & Muhyiddin Tengok Sini Posted: 31 Jul 2011 06:15 PM PDT Tidur di kaki lima pejabat imigresen KUALA LUMPUR: Rata-rata pekerja asing yang hadir ke Jabatan Imigresen Pusat Bandar Damansara, dekat sini, berputih mata apabila tidak dapat mendaftar menggunakan sistem biometrik walaupun menunggu empat hari di luar pintu masuk pejabat jabatan itu. Gambar: TERBARING...pekerja asing tidur di kaki lima sementara menunggu giliran. Tinjauan Harian Metro mendapati, ribuan pekerja asing mengerumuni kawasan itu dengan berasak-asak sehingga kadang-kadang berlakunya kekecohan akibat tindakan tolak-menolak dan potong barisan. Kebanyakan pekerja asing itu dibawa majikan masing-masing dan tidak diketahui puncanya, proses yang sepatutnya selesai dalam tempoh beberapa minit bertukar beberapa hari. Warga Indonesia, Sittina Kas, 36, berkata dia berulang-alik dari rumah sewanya di Datuk Keramat selama empat hari untuk melakukan proses itu, namun sehingga kini masih gagal. "Setiap hari saya duduk di luar menunggu giliran nama saya dipanggil, tetapi pegawai masih tidak berbuat demikian. "Hal itu menyebabkan saya menunggu dari seawal jam 9 pagi sehingga 10 malam. Lebih mengecewakan, ada di antara kami yang tidak dilayan seadilnya apabila ramai pekerja asing yang baru sampai dengan tiba-tiba boleh berbaris dan tidak lama selepas itu mereka melakukan proses berkenaan," katanya. Zainol, 30, pula berkata dia dan isterinya tidak berani berganjak dari tempat duduk untuk pergi ke tandas apatah lagi membeli makanan. "Kami takut kalau-kalau nama dipanggil, tetapi tidak mendengarnya lalu menyebabkan kami terlepas peluang untuk laksanakan proses ini dengan cepat. "Walaupun pejabat dibuka 24 jam, hal ini tetap berterusan dan tidak tahu mengapa mereka (pegawai bertugas) tidak memanggil nama saya dan isteri," katanya yang turut membawa anaknya yang berumur enam tahun. Difahamkan, selain menunggu dari jam 1 hingga 3 pagi, kebanyakan pekerja asing tidur di luar pejabat dan kaki lima premis perniagaan bersebelahan semata-mata mahu yang pertama berbaris untuk keesokan harinya. Walaupun mereka tahu tempoh pendaftaran proses berkenaan dilanjutkan, mereka masih mahu menunggu kerana khuatir berlakunya sebarang pindaan selepas ini. -HM Ulasan GB Itu biometrik! Panggil Najib yang mahu perkenalkan biometrik untuk pilihanraya umum. Panggil Muhyiddin yang temberang lebih & bodoh sombong menuduh PAS sebagai parti kolot kerana tolak biometrik. Suruh mereka berdua masuk beratur dengan Mat Indon di atas dan tidur di kakilima akibat pengenalan sistem biometrik yang tidak terrancang secara sempurna. Baca sini: KATAKAN TIDAK KEPADA BIOMETRIK Petikan:
|
Najib Masuk Hospital, Bedah Kepala Lutut Posted: 31 Jul 2011 04:30 PM PDT Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mendaftar masuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan kecil pada lutut kirinya esok. Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa serta Norashman Razak, tiba di Wad Diraja HKL pada jam 10 malam. Khamis lepas semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah, Najib memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas. Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan. Sebelum ini, lutut tersebut pernah tercedera semasa Najib bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari. Najib menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990. Ulasan GB Aikkk main tendang bola penalti olok-olok pun kepala lutut boleh terdera? Sedangkan Mat Sabu yang betul-betul tercedera akibat dilanggar kenderaan ppolis dituduh berbohong. Polis siap buat video ala video seks Datuk T nak tunjukkan kononnya PAJERO Polis tak langgar Mat Sabu. Sedangkan Mat Sabu membuat laporan polis sebelumnya menyatakan beliau dilanggar oleh kereta Proton WAJA bukannya Pajero. Amacam polis? Tak nak buat video tunjukkan Najib cedera semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas? Sekarang bagaimana jika rakyat berpesepsi bahawa Najib lagi besar pembohongnya? Itu sebab jangan mudah untuk menuduh orang berbohong, kini pemimpin sendiri yang secara tiba-tiba terpaksa menjalani pembedahan di kepala lutut. |
Keajaiban: Carribean Airlines Putus Dua, Semua 157 Penumpang Selamat Posted: 31 Jul 2011 09:04 AM PDT Sebuah pesawat Caribbean Airlines yang membawa 157 orang terbelah dua ketika mengalami kecelakaan di dalam satu pendaratan cemas di tengah hujan lebat dan kabus tebal di Georgetown, Guyana, Sabtu (30/7/2011). Pesawat yang bertolak dari New York tersebut dilaporkan mendarat di tengah landasan sebelum tergelincir keluar dan menghentam sebuah pagar dan kemudian terhenti di sebuah lereng berumput dekat sebuah jalan. Bahagian depan badan pesawat yang memuat rangkaian tempat duduk kelas satu pecah di landasan sehingga sempat membuat para penumpangnya terperangkap di dalamnya. Namun, tidak seorang pun dari 151 penumpang dan 6 awak yang berada di atas Boeing 737-800 itu yang mengalami cedera serius. Semuanya berjaya diselamatkan. Menteri Kesihatan Guyana Leslie Ramsammy menerangkan hanya seorang mengalami patah kaki dan beberapa orang lain menderita cedera ringan akibat kecelakaan pesawat ini. "Luar biasa apabila membayangkan hanya ada yang mengalami cedera yang ringan dalam kecelakaan pesawat yang cukup parah seperti itu," tutur Nicholas. Pernyataan serupa juga disampaikan oleh pemimpin Caribbean Airlines, George Nicholas, dalam keterangan persnya di Bandara Internasional Cheddi Jagan. "Keajaiban benar-benar terjadi hari ini," katanya. Pesawat ini mengalami kecelakaan pada pukul 01:32 waktu setempat atau pukul 12:32 WIB. Petugas berusaha menyelamatkan para penumpang dan awak dari pesawat yang hancur itu selama beberapa jam di dalam keadaan yang gelap gelita. Pihak pengurusan pesawat berbenderakan Trinidad dan Tobago itu menerangkan Pihak Penerbangan Awam Guyana akan mengadakan siasatan terhadap kecelakaan pesawat bersama-sama dengan Badan Keselamatan Pengangkutan Nasional AS (NTSB). -kompas |
Bebaskan Malaysia Dari Penjajahan Ketakutan Dan Keganasan! Posted: 31 Jul 2011 07:54 AM PDT Meskipun Tanah Malaya merdeka dari penjajahan British pada tahun 1957, dan seterusnya untuk Sabah dan Sarawak pada tahun 1963, namun pada hakikatnya negara Malaysia tidak pernah bebas dari penjajahan ketakutan dan keganasan. Kita bukan sebuah negara merdeka, selagi kita boleh dipukul polis pada bila-bila masa. Demikianlah kata-kata ahli jawatankuasa BERSIH 2.0, Wong Chin Huat ketika berucap dalam candle light vigil, sebagai solidariti kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock untuk mencari kebenaran. "Kita turun ke jalan raya untuk mencari demokrasi, namun akhirnya kita menemui negara," kata Wong Chin Huat, yang mendakwa bahawa tanggal 9 Julai 2011 menandakan kelahiran Malaysia 2.0. Teruja dengan sambutan hadirin, beliau memimpin untuk melaungkan "Merdeka!" Wong Chin Huat berkata, tahanan EO6 kehilangan kebebasan untuk kira-kira 30 hari, dan mendiang Teoh Beng Hock kehilangan nyawanya pada usia 30 tahun - kedua-duanya berlaku dalam zaman pemerintahan Najib Razak. Beliau menaruh harapan agar rakyat Malaysia tidak perlu lagi bertoleransi kepada keganasan pada masa depan, hanya kerana alasan bahawa masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum. Kira-kira 600 orang menyertai candle light vigil yang diadakan oleh Malaysians for Beng Hock di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KL-SCAH), semalam. Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga, Presiden KL-SCAH Tan Yew Sing, wakil NGO, pemimpin politik seperti Teo Nie Ching, Ean Yong Hian Wah, Jenice Lee, Sivarasa Rasiah, Zuraida Kamaruddin dan lain-lain lagi turut hadir untuk memberi solidariti kepada ahli keluarga mendiang Teoh Beng Hock. Ambiga: EO6, BERSIH, TBH semuanya menuntut keadilan Pengerusi BERSIH 2.0 Ambiga Sreenevasan berkata, kita tidak akan melupai Teoh Beng Hock. Malah, kita gagal menggantikan Teoh Beng Hock sebagai seorang suami, anak dan abang yang baik kepada ahli keluarganya. Beliau berkata, usaha menuntut pembebasan EO6, BERSIH 2.0, hinggalah kembalikan kebenaran untuk Beng Hock - kesemuanya menuntut satu perkara, iaitu keadilan, dan mendukung semangat negara hukum (rule of law). Zuraida Kamaruddin mengakui bahawa dirinya turut merasai kesedihan apabila dimaklumkan kematian Teoh Beng Hock. Beliau pernah bertemu dengan Teoh Beng Hock di pejabat EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah. Beliau mendakwa dirinya nampak harapan apabila bertemu dengan orang muda seperti Teoh Beng Hock. Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan EXCO Selangor merangkap ADUN Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah menolak kesimpulan Suruhanjaya Siasatan Kematian Teoh Beng Hock bahawa mendiang mati kerana membunuh diri. Mereka merakamkan penghargaan kepada orang ramai kerana tidak melupai Teoh Beng Hock sepanjang dua tahun ini, malah menyeru agar rakyat terus mendesak agar kebenaran dikembalikan kepada keluarga Teoh. -MR *Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia. Sebahagian kandungan daripada tulisan di atas diterjemahkan daripada laporan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. |
Dr. Dzulkefly: Najib Liabiliti Besar Buat UMNO Posted: 31 Jul 2011 05:00 AM PDT Dr Dzulkefly Ahmad dari PAS menyifatkan Datuk Seri Najib Razak sudah menjadi "liabiliti paling besar" kepada Umno, menjelang pilihan raya umum ke-13 berikutan kegagalan perdana menteri dalam menangani beberapa isu penting termasuk Bersih 2.0 dan penahanan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) di bawah Ordinan Darurat. Justeru menurut Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini, Najib kini terpaksa mencari "talian hayat" dengan menggunakan apa sahaja cara untuk terus kekal berkuasa. "Mengapa Umno terpaksa singkirkan Najib? Sebabnya banyak dan terus menonjol. Pendeknya, Najib telah menjadi liabiliti paling besar buat Umno di ambang pilihan raya umum ke-13 ini. "Beliau (Najib) telah menjadi seumpama Tun (Abdullah Ahmad Badawi) cuma dalam masa yang jauh lebih singkat, bagi sebuah parti yang penting ialah survival atau kesinambungan hidup parti untuk terus berkuasa," katanya dalam tulisan terbaru beliau. Beliau berkata, dalam tempoh tiga tahun memerintah negara Najib telah melakukan banyak perkara untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat, namun ia ternyata satu usaha yang sia-sia. "Tempoh tiga tahun ini menyaksikan Najib berusaha keras membuktikan bahawa beliau punya wibawa dan wawasan. Beliau tidak lengah untuk meyakinkan rakyat dan pengundi, malah beliau telah cuba buktikan bahawa beliau peka kepada soalan pandangan awam sehingga sanggup mengungkapkankan bahawa era kerajaan tahu semua telah berlalu. "Ketika itu kononnya beliau sanggup mendengar rakyat. Najib cuba perbaiki imej partinya yang tercalar kerana terlalu angkuh dengan mantranya 'Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan', kesemua itu adalah cubaan gigih Najib untuk baik pulih persepsi (rakyat) terhadap partinya," katanya sambil menambah, Najib juga cuba mendekati rakyat melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Kata Ahli Parlimen Kuala Selangor ini, kegagalan Najib menangani isu-isu agama dan penyelewengan yang berlaku membuktikan anak kepada perdana menteri kedua itu adalah seorang pemimpin yang tidak tegas dalam menguruskan negara. "Pelbagai pergolakan politik nasional, pertentangan agama dan pertelingkahan atas garis ras atau kaum, kemelut rasuah, ketirisan serta ketirisan dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara, semua menyerlahkan kepemimpinan Najib sebenarnya... beliau seharusnya sedar, tetapi beliau tidak begitu, beliau semacam dirasuk sindrom penafian. "Beliau tidak mempunyai jati diri politik yang wajar disanjungi seumpama bapanya, seorang negarawan sebaliknya kata-kata tidak cermat seperti 'you help me, I help u (anda tolong saya, saya tolong anda)', beliau sinonim dengan tabiat 'flip-flop', satu ciri yang tidak membuktikan ketegasan kerana beliau hanya mahu sokongan semua," katanya. Menurut Dzulkefly, Najib kini berhadapan dengan pelbagai cabaran getir termasuk mendapatkan semula keyakinan dan kepercayaan ahli parti Melayu terbesar itu. Tambah beliau, gesaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) agar transformasi sistem pilihan raya dilaksanakan menyerlahkan lagi kepimpinan buruk Najib. "Kini rakyat dan pengundi yang mengalami pencerahaan minda dan kemerdekaan jiwa serta punya keberanian menyatakan segala yang salah yang dilakukan orang politik dan parti-parti politik sama ada kerajaan atau pembangkang. "Najib gagal mendepani tuntutan dan melayani desakan masyarakat sivil sekaligus meletakkan persepsi negatif terhadap diri dan kerajaannya yang semacam mahu terus melindungi yang kotor dalam sistem pilihan raya," katanya. Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai Selangor, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak namun Perak kemudian jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) awal 2009. Selain itu, Pakatan Rakyat yang turut dianggotai PKR dan DAP berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat. Kelmarin polis telah membebaskan enam pemimpin PSM termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar yang ditahan selama 28 hari sejak 2 Julai lalu tanpa sebarang syarat. -TMI
Ulasan GB Najib dan isterinya bukan sahaja liabiliti untuk UMNO tetapi untuk negara secara keseluruhannya. Kerana Najib bukan sekadar Presiden UMNO, tetapi PM Malaysia. Apa-apa pun yang dilakukan memberi kesan kepada negara. GB telah menyatakan sebelum ini bahawa Najib akan turun dari takhta PM lebih awal dan lebih cepat dari Pak Lah. |
Kakitangan Bank, Janda Dicekup Khalwat Posted: 31 Jul 2011 03:58 AM PDT Dungun, Taman Rakyat Jaya – Seorang janda yang difahamkan baru tiga hari menerima keputusan perceraian di mahkamah dengan bekas suami dicekup khalwat ketika berdua-duaan dengan kekasih barunya dekat sini, awal pagi kelmarin. Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa syariah di perumahan kos rendah yang disewa teman lelakinya dekat sini, wanita terbabit yang hanya memakai baju tanpa lengan dan berseluar pendek dikatakan sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama teman lelakinya yang memakai seluar tanpa baju. Bagaimanapun, sebaik pintu diketuk dan penguat kuasa memperkenalkan diri, janda berasal dari Felda Kerteh Lima dan bekerja sebagai pembantu kedai makan itu cuba bersembunyi di dalam bilik. Hasil pemeriksaan lanjut, wanita terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan muhrim dengan teman lelakinya dari Kemaman yang bekerja sebagai kakitangan bank di Paka itu. Kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut sebelum didakwa mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali. -SH Ulasan GB Dungun lagi... |
SUHAKAM Ulangi Gesaan Mansuhkan Semua Undang-undang Tahanan Tanpa Bicara Posted: 31 Jul 2011 02:27 AM PDT Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) sekali lagi menyarankan agar kerajaan memansuhkan kesemua undang-undang penahanan pencegahan. Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata, ia perlu digantikan dengan satu undang-undang baru yang berfungsi menurut keperluan keselamatan negara di samping mematuhi prinsip hak asasi manusia sejagat. Sehubungan itu, beliau berkata, Suhakam mengalu-alukan pembebasan enam ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan tanpa bicara di bawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 selama 28 hari sejak 2 Julai lalu. Menurutnya, Suhakam berpuas hati kerana kerajaan telah memberi maklumbalas positif terhadap saranan yang telah dibuat oleh banyak pihak, termasuklah dari Suruhanjaya supaya keenam-enam tahanan tersebut dibebaskan. "Sesungguhnya adalah menjadi harapan kami agar penahanan secara arbitrari tidak berulang di masa hadapan kerana ianya bertentangan dengan masyarakat yang bebas dan berdemokrasi," ujarnya dalam satu kenyataan. Kesemua enam anggota PSM yang ditahan mengikut Seksyen 3(1) Ordinan Darurat dibebaskan kira-kira jam 5.30 petang Jumaat lepas. Mereka terdiri daripada ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar, setiausaha bahagian PSM Sungai Siput, AP Letchumanan, anggota jawatankuasa pusat, Choo Chon Kai, M. Sukumaran, timbalan pengerusi PSM, M Sarasvathy, dan pemimpin pemuda, R Sarat Babu dibebaskan di balai polis Jinjang. -tvsnews |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan