DUNIACACAMARBA |
- Pastor dari Malaysia Bakal BERKAHWIN dengan Teman Lelakinya
- [Wajib Baca] Sikap Sebenar UMCO terhadap Gejala MURTAD - Pengalaman YB Salahuddin Ayop
- Momokan Kristianisasi dan Mainkan Isu Gereja
- Hidangan Babi pada Ruangan "Ramadan Delights", The Star Dipanggil KDN
- Bahaya, Mengapa? Peralatan Biometrik Diubah Suai!
- Remaja Lelaki Dibelasah, Teman Wanitanya Diperkosa, Bagaimana Kejadian Itu Boleh Berlaku?
- Remaja Suka Bertaruh Wang untuk Sukan Futsal, Tiba-tiba Teringat...
- [PANAS] WikiLeaks Dedah MENTERI dan PEGAWAI Najib Homoseks, SIAPA?
- Susulan Budak Meninggal Dunia Selepas Berbuka Puasa
- [Wajib Baca] Apa Alasan Musa Hassan dan Rodhwan Enggan Ditemu Bual Jika Anwar Ada? Sila Baca...Lucu!
- Drama Liwat II: Najib dan Rosmah ke Mahkamah?
- Bank Negara Malaysia Guna Khidmat Syarikat Konsultan Israel?
Pastor dari Malaysia Bakal BERKAHWIN dengan Teman Lelakinya Posted: 11 Aug 2011 07:30 AM PDT Artikel menarik untuk bacaan pengunjung DCM. Apa yang menarik? Sudah tentu, pasangan ini akan menjadikan Malaysia lebih terkenal selepas heboh satu dunia membicarakan soal Bersih 2.0. Rev Ou Yang Wen Feng, pastor gay dari Malaysian sedang merancang untuk berkahwin dengan pasangannya, lelaki Afrika-Amerika. Pasangan ini dilaporkan akan berkahwin penghujung bulan ini atau sekitar awal September depan. Majlis perkahwinan ini dikatakan akan dilangsungkan di New York dan di Malaysia. Menurut Ou Yang, pasangannya - produser muzik Broadway - menimbulkan persoalan ini pada 26 Jun lalu, dua hari selepas New York menghalalkan perkahwinan sesama jantina. "Dia pergi ke gereja, menulis lagu untuk saya. Dia melamar saya pada penghujung lagu di depan orang ramai," kata lelaki berusia 41 tahun itu kepada AFP. Ou Yang yang berkhidmat di Metropolitan Community Church (MCC) New York pernah berkahwin dengan wanita sebelum bercerai dengan isterinya yang dikahwininya selama sembilan tahun. Menurut, AFP, Ou Yang dibesarkan dalam keluarga Kristian yang konservatif. P/s: Apa nak dikata? | ||
[Wajib Baca] Sikap Sebenar UMCO terhadap Gejala MURTAD - Pengalaman YB Salahuddin Ayop Posted: 11 Aug 2011 06:04 AM PDT Saya petik:
"Amat hipokrit apabila bercakap hendak menentang gejala murtad tetapi pada masa yang sama menjadi kuda tunggangan Umno yang berkali-kali menolak usaha untuk mencegah murtad. "Menolak inisiatif dan usaha untuk menentang murtad melalui peruntukan undang-undang dan perlembagaan hakikatnya menentang dan memusuhi usaha mencegah jenayah syariah paling serius itu," kata Salahuddin. P/s: UMCO sokong judi, kartun hina hudud --- UMCO tolak undang-undang Hudud, undang-undang murtad TIBA-TIBA kemaruk mahu menjadi pembela agama? Ada udang di balik batu! Jika jurublog pro-UMCO ikhlas memerangi murtad, mereka sepatutnya menyiarkan artikel/pengakuan YB Salahuddin ini! | ||
Momokan Kristianisasi dan Mainkan Isu Gereja Posted: 11 Aug 2011 05:34 AM PDT Kita menyokong penuh usaha pihak berkuasa menangani gejala murtad. Malah, gejala ini perlu ditangani sebelum menjadi barah dalam masyarakat. Ironinya, isu murtad seperti yang katakan sebelum ini bukanlah baru di negara kita. Menteri Agama UMCO turut memberikan statistik di Parlimen. Dengar khabar, borang permohonan untuk menukar agama daripada Islam kepada agama lain juga menimbun di agensi yang berkenaan. Isu yang sama turut berlegar-legar dari satu ceramah ke satu ceramah sama ada oleh pendakwah atau pun oleh bekas paderi dan sebagainya. Malah isu beberapa buah gereja yang didakwa sering dikunjungi orang Melayu juga sudah lama kedengaran, iaitu sejak tahun 80-an lagi. Ada yang mendakwa sebuah gereja di Jalan Gasing Petaling Jaya sering dikunjungi orang Melayu. Baru-baru ini, jurublog UMCO turut menyenaraikan nama gereja yang didakwa memberikan makanan secara percuma kepada orang ramai yang turut melibatkan orang Melayu. Justeru, isu ini sememangnya sudah di bawah pengetahuan agensi yang dipertanggungjawabkan. Mengapa isu ini menjadi begitu heboh kali ini? Itu persoalannya! Media UMCO memainkan isu ini semaksimum boleh, blog pro-UMCO membidas kerajaan Selangor, mengkristiankan pemimpin Melayu yang meragui motif kes ini diperbesarkan dan cara kes ini dikendalikan, malah NGO pro-BN juga bertempik sorak dalam hal ini. Mengapa mereka senyap membisu apabila Menteri Agama UMCO mendedahkan statistik murtad baru-baru ini? Hal ini dipersoalkan oleh banyak pihak, dan pihak ini bukannya membantah usaha menangani murtad! Cuba baca petikan berita di bawah ini. Cuba fikirkan juga sebab media perdana memainkan isu ini tatkala isu pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing dan penipuan daftar pengundi sedang rancak dibicarakan di media pro-PR. Selain isu serbuan gereja, Hassan Ali, PERKASA, dan NGO lain diam membisu dalam hal yang membabitkan kedaulatan dan keselamatan negara. Saya petik:
| ||
Hidangan Babi pada Ruangan "Ramadan Delights", The Star Dipanggil KDN Posted: 11 Aug 2011 03:35 AM PDT
Saya petik:
P/s: Alahai! | ||
Bahaya, Mengapa? Peralatan Biometrik Diubah Suai! Posted: 11 Aug 2011 02:30 AM PDT
Mereka kata biometrik SELAMAT dan CANGGIH! Hari ini media kerajaan melaporkan:
P/s: Apa pendapat anda? Adakah biometrik masih lagi SELAMAT dan CANGGIH. Kalau selamat dan canggih mengapa mudah sangat alat itu diubah suai? Apa tindakan yang bakal dikenakan kepada syarikat yang terlibat mengubahsuaikan alat ini. Perbuatan ini adalah suatu bentuk pengkhianatan kepada negara! | ||
Remaja Lelaki Dibelasah, Teman Wanitanya Diperkosa, Bagaimana Kejadian Itu Boleh Berlaku? Posted: 11 Aug 2011 12:35 AM PDT Kata orang malang itu tidak berbau...tetapi banyak juga orang yang sengaja menempah bala. Remaja seperti yang diperihalkan dalam berita di bawah ini tergolong dalam kumpulan kedua. Saya petik:
P/s: Saya musykil, berhenti motosikal berhampiran dengan kawasan ladang kerana mahu berbincang? Mahu berbincang atau mahu ehem..ehem? | ||
Remaja Suka Bertaruh Wang untuk Sukan Futsal, Tiba-tiba Teringat... Posted: 10 Aug 2011 11:22 PM PDT Penceramah bebas Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz mengulas isu remaja gemar membuat pertaruhan yang melibatkan sukan futsal. "Niat bertaruh futsal, 'siapa kalah dia bayar' adalah haram di sisi agama Islam kerana ia ibarat satu perjudian," kata penceramah bebas itu seperti yang dipetik oleh HM. Kata Ustaz Hassan, sukan futsal yang pada awalnya bermanfaat kerana menyihatkan badan namun sikap segelintir remaja yang gemar bertaruh futsal 'siapa kalah dia bayar' menyebabkan jatuhnya hukum haram dan berdosa. Menurutnya, jika sesuatu permainan itu membabitkan pertaruhan, maka permainan itu salah di sisi agama kerana mengandungi unsur perjudian namun jika pemenangnya diberikan hadiah yang ditaja pihak penganjur sukan itu diharuskan. "Begitu juga dengan program Imam Muda, pemenangnya akan menerima hadiah kemenangan yang ditaja manakala yang kalah pula tidak kerugian apa-apa kerana tidak bertaruh atau membayar sejumlah wang untuk menyertai. "Hari ini kita melihat ramai anak muda gemar bertaruh futsal, yang kalah terpaksa membayar sejumlah wang, yang menang bergembira, maka jatuh hukumnya haram dan berdosa," katanya. Saya kata tiba-tiba teringat pada tajuk kiriman. Sebenarnya, saya teringat bagaimana kemaruknya Kerajaan BN di bawah pimpinan Najib meluluskan lesen judi untuk Piala Dunia yang lalu. DCM ada menyiarkan beberapa petikan berita dan artikel tentang hal ini. Lucu-geramnya, selepas diketahui umum, hal itu cuba disorok-sorokkan. Jika remaja sekarang gemar berjudi, cuba tanya pendapat parti yang bikin kain rentang di bawah ini: P/s: Kalau bertaruh itu hukumnya haram, apa pula hukum orang yang meluluskan lesen judi serta penyokongnya, sedangkan mereka tahu judi juga tidak dibenarkan oleh agama lain dan pemberian lesen judi itu akan turut merosakkan orang Islam? | ||
[PANAS] WikiLeaks Dedah MENTERI dan PEGAWAI Najib Homoseks, SIAPA? Posted: 10 Aug 2011 09:38 PM PDT Saya petik: Anwar's prosecution is not part of a morals campaign. The GOM does not aggressively target non-heterosexual behavior; if it did so, a recent cabinet minister, senior staff associated with PM Najib and other prominent citizens linked to the government also would find themselves under investigation. TERJEMAHAN: Pendakwaan Anwar (untuk kes liwat II) bukanlah kempen untuk memperjuangkan moral. Kerajaan Malaysia tidak agresif dalam membasmi amalan homoseks; jikalau tidak nescaya seorang ahli kabinet yang baru dilantik, pegawai kerajaan yang berkaitan dengan Najib serta beberapa tokoh penting yang berkait rapat dengan kerajaan akan turut sama disiasat (atas tuduhan homoseks). Kalau sesiapa yang selalu menjengah blog, baik blog pro-PR atau pro-BN pasti tahu tentang kontroversi seorang menteri yang didakwa menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada seorang artis suatu ketika dahulu. Lelaki sama lelaki. Itu yang kecoh sekejap. Namun dakwaan WikiLeaks ini mengatakan bahawa ahli Kabinet itu baru dilantik. Siapa? Siapa juga gerangan orang lain yang dinyatakan dalam laporan yang didedahkan oleh WikiLeaks? P/s: Macam-macam! Siapa yang panas punggung sekarang? | ||
Susulan Budak Meninggal Dunia Selepas Berbuka Puasa Posted: 10 Aug 2011 09:03 PM PDT Saya petik:
P/s: Hati-hati! | ||
[Wajib Baca] Apa Alasan Musa Hassan dan Rodhwan Enggan Ditemu Bual Jika Anwar Ada? Sila Baca...Lucu! Posted: 10 Aug 2011 07:17 PM PDT Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! Anda pun pelik! Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja. Kata pihak pendakwaan:
Anda mahu gelak? Silakan! Adakah bekas KPN takut kepada Anwar Ibrahim? Adakah bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof takut kepada Anwar Ibrahim? Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. WOW!!!!!!! Kedua-dua bekas dan anggota polis pernah memegang jawatan tinggi dalam PDRM, kononnya hebat, tetapi masakan takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Bagaimana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai! ADUHAI!!!!! Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian! Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah! P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai! | ||
Drama Liwat II: Najib dan Rosmah ke Mahkamah? Posted: 10 Aug 2011 06:58 PM PDT Saya petik:
P/s: Jangan teruja sangat.Mungkin ada helah lain! | ||
Bank Negara Malaysia Guna Khidmat Syarikat Konsultan Israel? Posted: 10 Aug 2011 05:00 PM PDT Beberapa hari ini kecoh fasal lambang Star of David, iaitu lambang keagamaan Yahudi pada syiling baru yang bakal dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Kini, timbul pula isu BNM menggunakan khidmat syarikat konsultan Israel, iaitu HayGroup. Pautan maklumat tentang syarikat ini ada disertakan dalam artikel yang saya salin dan tampal di bawah ini. Anda klik sama ada mahu merujuk terus ke laman sesawang syarikat itu atau Wikipedia. Artikel tersebut merupakan aduan seorang yang mendakwa sebagai kakitangan BNM. Dalam aduannya, dia mengadu bahawa syarikat konsultan ini seolah-olah mengawal pengurusan sumber manusia di BNM. Dakwanya, berlaku pelbagai diskriminasi, penindasan yang melibatkan kenaikan gaji dan pangkat. Baiklah, orang boleh mempertikaikan dakwaan itu. Mungkin ada yang mendakwa pengadu ini mungkin tidak berpuas hati atau sengaja memburuk-burukkan BNM kerana masalah peribadi. Namun, jika benar dakwaannya, maka sudah tentu kita bersimpati dengan nasibnya. Poinnya, BNM telah mengupah syarikat Yahudi. Pengadu juga mendakwa syarikat tersebut menerima bayaran yang agak tinggi. Jika benar, maka besar sungguh peranan syarikat Yahudi dalam kerajaan Najib. Kerajaan Malaysia (Najib) mengupah APCO, sistem pengkomputeran PDRM menggunakan khidmat syarikat yang dikaitkan dengan Israel (lawak, DSAI telah membangkitkan isu sejak dahulu lagi- tiba-tiba jurublog UMCO mendakwa membuat pendedahan tentang hal itu.) Siang malam, mulut penyokong UMCO membidas Yahudi, menyokong Palestin, menghantar bantuan ke Palestin, namun dalam masa yang sama, kerajaan membayar puluhan juta kepada syarikat Yahudi atas kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh anak tempatan. Sudahlah merendah-rendahkan kemampuan syarikat tempatan, syarikat Yahudi pula dibela dan dikayakan. Saya petik:
Seorang pengunjung di Aduan Rakyat memberikan komen (respons) dengan menganggap bahawa pengadu, iaitu G hanya membuat keluahan peribadi bukannya mewakili pandangan majoriti kakitangan di BNM. Hal ini demikian kerana pemberi komen yang mengunakan nama samaran PKA mendakwa bahawa dia juga tidak mendapat imbuhan seperti dinyatakan oleh pengadu. Namun, PKA yang mendakwa kakitangan BNM itu TIDAK menafikan peranan Hay Group di BNM. Saya petik: |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan