Khamis, 11 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Amanat Mursyidul Am Parti Gerakan Yang Baru

Posted: 11 Aug 2011 06:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi01IZ7kA0iRLZGakh3EEX4RSchBv3mpCclgDFkvrttuDV2G5CWv_RwtdQ_5uWzUcR1pvkAm9VT989WIgad9ucRkk7zU_fUoPDULalgRbolnd0gexbsGJsHr4KLwgLEED904kWLiXqe7wlB/s1600/ali+ketam+biawak.jpg

Gerakan perlu pemimpin baru jika mahu rampas P. Pinang - Zahrain

PETALING JAYA 11 Ogos - Parti Gerakan perlu menukar kepimpinannya dengan menonjolkan muka baru jika mereka serius mahu merampas kembali Pulau Pinang daripada pihak pembangkang, kata seorang Anggota Parlimen bebas negeri itu.

Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd. Hashim berkata, jika Barisan Nasional (BN) mahu mengambil balik Pulau Pinang, Gerakan perlu tonjolkan seorang pemimpin baru yang boleh diterima oleh rakyat dan pemimpin berkaliber bagi mencabar kepimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Mungkin pemimpin seperti (Presiden Gerakan) Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon sudah tidak relevan lagi untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang memandangkan rakyat sudah menolak beliau sejak (pilihan raya umum) 2008," katanya kepada pada sidang berita di sini hari ini.

"(Bahkan) ramai pemimpin di akar umbi sendiri menolak kepimpinan Dr. Koh dan menganggap beliau sudah tidak boleh memimpin, ibarat kata orang putih 'he has overstayed'," katanya. - Bernama

Ada orang nak dengar ke mamat ni cakap?

Kes Tajuddin Ramli ditangguh hingga 29 Sept 29, peguam Umno membisu

Posted: 11 Aug 2011 04:14 AM PDT



Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Kes saman berjuta ringgit dan saman-saman balas melibatkan Tan Sri Tajuddin Ramli dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditangguhkan sehingga 29 September ini ekoran satu arahan kontroversi daripada Putrajaya agar kesemua pihak menyelesaikannya di luar mahkamah.

Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun enggan bercakap mengenai isu itu hari ini meskipun arahan Putrajaya menerusi Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri

Nazri Aziz menyebutkan bahawa beliau akan mewakili kesemua GLC.

"Saya dalam mesyuarat (Sibu). Biar ia selesai sebelum kita bercakap... maaf, terima kasih," kata beliau menerusi mesej SMS pagi tadi.

Hafarizam juga enggan mengesahkan atau menafikan sama ada firmanya terlibat dalam urusan yang iambil kerajaan pusat itu tetapi menekankan bahawa nama firmanya telah disalah eja.

"Saya hanya dipandu oleh apa yang ditulis dalam The Malaysian Insider," kata beliau.

"Biar peguam-pegaum yang bertindak bagi GLC dan Tajuddin Ramli selesaikan dulu. Apa-apa saya kata (sekarang) akan ada impak," katanya lagi.

The Malaysian Insider difahamkan sekitar 10 peguam yang mewakili sejumlah 38 syarikat dan individu yang disaman oleh Tajuddin telah membangkitkan surat

Nazri dan isu penyelesaian luar mahkamah dalam satu pertemuan tertutup dengan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Md Raus Sharif, yang dilantik sebagai hakim pengurusan bahagian komersial di mahkamah Kuala Lumpur tahun lalu.

Seorang peguam yang bertindak bagi salah satu GLC berkata dia hanya mengetahui tentang perintah itu semalam dan belum menerima pemakluman formal daripada pelanggannya.

Peguam itu yang enggan namanya didedahkan berkata dia belum menerima sebarang arahan agar menyerahkan apa-apa kepada firma guaman dinamakan surat Putrajaya.

Pertukaran Saham Bukan Penyelesaian Terbaik Bagi Entiti Strategik Negara

Posted: 11 Aug 2011 02:30 AM PDT



KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Penjualan dan pertukaran saham bukan penyelesaian terbaik bagi perkembangan sesebuah entiti strategik negara, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Al Attas

Katanya DPMM melahirkan kebimbangan ia akan menjadi satu trend penyelesaian selepas ini bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

"Kami memandang berat urus niaga sebegini di mana saham-saham pegangan kerajaan yang mewakili rakyat keseluruhan akhirnya akan terhakis kepada pihak luar," katanya kepada media sebagai respon DPMM terhadap urus niaga pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia baru-baru ini.

Katanya, MAS yang merupakan "flag carrier" bagi negara dan rakyat Malaysia, mempunyai "nilai yang lebih tinggi" malah melebihi nilai pasaran.

Pertukaran saham tempoh hari adalah berdasarkan pada harga dagangan kedua-dua syarikat penerbangan itu pada Aug 5 iaitu RM3.95 bagi AirAsia dan RM1.60 bagi MAS.

Pertukaran itu menyaksikan Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham AirAsia memegang 20.5 peratus di dalam syarikat penerbangan nasional itu dan Khazanah Nasional, pemegang saham MAS memegang 10 peratus di dalam syarikat penerbangan tambang murah itu.

Sebaliknya, Syed Ali berkata pertukaran pengurusan sepatutnya menjadi penyelesaian utama bagi memastikan sesebuah entiti strategik kerajaan terus berkembang.

"Kita mempunyai ramai cerdik pandai di luar sana yang boleh menakhoda MAS. Kita juga mempunyai ramai cerdik pandai untuk mendapatkan pandangan sebelum keputusan sebegini dibuat," katanya.



-- BERNAMA

Banyaknya aduan status pengundi

Posted: 11 Aug 2011 01:24 AM PDT



Oleh ABD SHUKUR HARUN

WALAUPUN momentum yang menunjukkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat terus kekal sejak Himpunan Bersih 2.0, masih tetap ada kebimbangan di sana sini yang perlu diberi perhatian.

Yang paling membimbangkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 ini ialah berita-berita di sana sini yang mendakwa ada para pendatang yang mendapat status sebagai warganegara dan terus menjadi pengundi. Ini sesuatu yang berbahaya dan sama sekali tidak dapat diterima.


Selain itu, penambahan pengundi dari luar dengan tibatiba, atau pengundi 'import' di sesuatu kawasan pilihan raya dan pelbagai lagi. Setakat ini pihak SPR belum lagi memberikan penjelasan bagaimana hal ini boleh terjadi.

Berita-berita yang sangat membimbangkan ini berlaku ketika tidak lama lagi PRU ke-13 sangat hampir. Dalam masa yang sama tuntutan Bersih 2.0 belum menerima jawapan yang konkrit daripada pihak kerajaan, khususnya Suruhan Pilihan Raya (SPR).

Dalam keadaan begini bagaimanakah rakyat boleh yakin bahawa pilihan raya umum akan datang – seperti juga pilihan raya yang lalu - akan berjalan dengan bersih, telus dan demokratik? Dengan apa yang berlaku ini, yang dilihat segalanya berjalan penuh rahsia dan sulit, menyebabkan wujud persepsi umum bahawa pilihan raya akan datang juga jauh daripada bersih dan tidak boleh diharapkan.

Itu belum lagi dengan tuntutan lapan perkara dari Bersih 2.0 yang kini 'tergantung' begitu saja. Lidah tidak bertulang berdolak-dalik, memberikan pelbagai jawapan yang negatif. Kita bimbang, lama kelamaan tuntutan Bersih 2.0 itu beransur-ansur dilupakan dan ini memang diharapkan oleh pihak tertentu supaya pelaksanaan pilihan raya akan terus begini keadaannya.

Sementara itu perlu diingat bahawa menurut kajian, dua pertiga daripada 222 kerusi Parlimen terletak di kawasan luar bandar, lebih 50 peratus pengundi berdaftar di negara ini tinggal di bandar.

Ertinya, kawasan luar bandar masih sangat perlu diberikan perhatian oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang dijangka bertanding banyak di kawasan tersebut di samping kawasan bandar dan semi bandar.

Ada pendapat mengatakan bahawa momentum Bersih 2.0 banyak berada di dalam bandar saja, sedikit-sedikit di kawasan semi bandar. Justeru, isu Bersih 2.0, kononnya hanya isu Lembah Klang, bukan isu nasional keseluruhannya.

Walaupun pendapat ini tidak benar, wajar kita memberikan perhatian. Maknanya momentum Bersih 2.0 ini perlu dibina secara menyeluruh dari Perlis ke Johor dan juga ke Sabah dan Sarawak.

Pendukung Pakatan Rakyat sangat perlu menerangkan isu ini sejelasjelasnya kepada rakyat baik di luar bandar mahupun di dalam bandar.

Perlu dingat, memenangi hati pengundi di Sabah dan Sarawak sangat penting dalam usaha Pakatan Rakyat hendak memenangi PRU ke- 13 untuk sampai ke Putrajaya. Oleh itu, momentum Bersih 2.0 juga sangat perlu diteruskan di dua negeri itu.

Sementara itu sangat wajar usaha Pakatan Rakyat hendak membekalkan beribu-ribu VCD dan bahan-bahan penerangan mengenai Bersih 2.0 kepada mereka yang hendak pulang berhari raya di kampung untuk disebarkan di sana bagi memberikan penerangan sebenarnya senarion politik yang berlaku sekarang.

Selama ini rakyat luar bandar mungkin mendapat maklumat daripada media yang dikuasai parti pemerintah saja, menyebabkan hal sebenar yang berlaku di ibu negara 9 Julai lalu tidak diketahui oleh mereka.

Bagaimanapun, tidak semua rakyat di luar bandar ini hanya mendapat maklumat daripada TV, radio dan akhbar yang dikuasai Umno-BN. Ini kerana sudah ramai anak-anak muda di luar bandar menggunakan internet dan mendapat maklumat melalui YouTube, blog, web-site, twitter, Facebook dan sebagai.

Ini bermakna sebahagian rakyat luar bandar, khususnya generasi muda, mendapat maklumat bukan daripada saluran media tradisional.

Dalam hal ini usaha Pakatan Rakyat membekalkan CD dan akhbar alternatif serta bahanbahan maklumat lain masih sangat diperlukan supaya maklumat tersebut dapat diketahui secara meluas.

Bagaimanapun saya tertarik dengan kenyataan Naib Presiden KeADILan, Nurul Izzah Anwar yang menegaskan bahawa pemimpin politik perlu menyedari hakikat bahawa isu-isu asas masih kekal prominen, walaupun optimis dengan peningkatan penyertaan orang awam seperti yang dilihat pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

Isu-isu global, katanya, seperti keadaan ekonomi yang semakin buruk akan memberi kesan kepada Malaysia, terutama kepada rakyat, di samping isu lain.

Kepada saya isu kenaikan harga barang keperluan harian yang sangat menekan kehidupan rakyat akan memberi kesan kepada PRU ke-13 nanti. Isu ini adalah 'isu hidup mati' rakyat Malaysia daripada golongan berpendapatan rendah.

Walaupun kerajaan Umno- BN sudah mula memberikan wang dan sebagainya kepada rakyat luar bandar, khususnya kepada warga Felda, ada berjutajuta lagi rakyat miskin yang tidak mendapat perhatian sama ada di bandar mahupun di luar bandar.

Keluhan pemandu teksi, pekebun kecil, keluhan nelayan kecil, keluhan peniaga kecil di tepi jalan, buruh kasar mengenai belanja hidup yang melambung tinggi dijangka memberi kesan dalam PRU ke-13 nanti. Rakyat yang tidak tahan lagi dengan kenaikan harga barang dijangka akan menterjemahkan kekecewaan mereka melalui peti undi dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Bridget Welsh, seorang profesor bersekutu dalam bidang sains politik di Universiti Pengurusan Singapura pula percaya bahawa keputusan pemilihan yang akan datang, akan ditentukan oleh golongan atas pagar, yang beliau anggarkan kira-kira 40 peratus daripada pengundi berdaftar.

Beliau berkata, ia juga akan bergantung kepada trend mengundi di kalangan pengundi Melayu dan India dan juga trend di Sabah dan Sarawak - yang dianggap sebagai 'deposit tetap' BN.

Welsh juga menegaskan perlunya reformasi sistem pilihan raya, yang menurutnya, tidak memberi peluang yang sama rata untuk pengundi berdaftar menjalankan hak-hak mereka.

Dalam perkembangan terkini, anggota Parlimen Pakatan Rakyat menuntut Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara 'khianat' itu 'mengancam keselamatan dan kedaulatan negara'.

"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar bersama ahli Parlimen Pakatan di di Ibu pejabat Pakatan di Petaling Jaya beberapa hari lalu.

Apa Khabar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara?

Posted: 10 Aug 2011 11:31 PM PDT

http://portal.ikdn.gov.my/wp-content/uploads/2011/06/datin-jariah.jpg

sudah bermacam-macam masalah timbul sampai tak tahu nak tunjuk bukti yang mana satu. tapi ketua pengarah jpn masih senyap dan memeluk tubuh tanpa sebarang komen.

kalau ada pun komen-komen dari penjilat umno

ramai yang menunggu komen dari anda

kita tunggu

tuunggu

dan

terus

menunggu


Gambar: YB Firdaus Jumpa TG Nik Aziz Tanda Sokongan Pengharaman Judi Di Kelantan

Posted: 10 Aug 2011 08:51 PM PDT

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/283980_10150260836157592_358919387591_8166570_611033_n.jpg


Tuan Guru tersenyum mendengar penjelasan YB Firdaus semasa menyerahkan memorandum menyokong pendirian kerajaan Negeri Kelantan mempertahankan isu pengharaman penjualan tiket loteri di Kelantan.

Foto oleh Hafiz Musa.

Kami di meja team kerabu bersuara mendoakan Tok Guru tabah menghadapi segala dugaan dan cabaran dari musuh-musuh islam yang datang dari umat islam sendiri. Allahukhbar. Doakan Tok Guru sentiasa sihat dan ceria.

Isu Pertemuan Ku Li Dengan TG Nik Aziz: Ada Lagi Hok Bengong!

Posted: 10 Aug 2011 08:30 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieAViK4X8ox7evEiixuErCIpzLplqISupFEpXz-4MHlhn4UrpUZhdhMruQyTHpIGqTsHfbRwkAQcjb5w1y9tKxacDE-F_oxDqwKBTkp9wKd9f9pi8ob89y0vW35j_Pp0pItqtKHFeQ24I5/s320/336.jpg


Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah,Zamil Ibrahim mencabar parti pakatan rakyat menyaman beliau jika mereka benar-benar berpendirian tidak pernah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang,Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pembangkang menggantikan Anwar Ibrahim.Menurutnya,pakatan rakyat tidak harus bermain wayang dan menipu rakyat dengan isu tersebut kerana ada beberapa bukti yang menunjukkan pertemuan itu benar-benar berlaku.

"Setiap kali ada isu,mereka hanya pandai nafi tetapi tak berani nak saman.Saya beranggapan penafian itu adalah satu penipuan besar terhadap rakyat," katanya.

Baru-baru ini,beberapa pemimpin pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas,Nik Aziz terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh bagi mempelawa untuk mengetuai pembangkang menggantikan Anwar.Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah mencadangkan pakatan haram memilih individu lain jika mahukan Ketua Pembangkang pada masa depan.

"Saya percaya Ku Li masih setia dengan Barisan Nasional. Apa kata mereka pilih Datuk Zaid Ibrahim," katanya.

Pilih Zaid? kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah.........

Perjanjian Pertukaran Saham MAS-Air Asia Menimbulkan Kebimbangan Serius Terhadap Kecekapan Kawalan Dan Tatakelola

Posted: 10 Aug 2011 08:00 PM PDT


Perjanjian pertukaran saham MAS-AirAsia yang diumumkan semalam menimbulkan kebimbangan serius terhadap dominasi AirAsia ke atas MAS serta mengakibatkan kemerosotan persaingan di antara keduanya. Ini seterusnya akan mewujudkan monopoli maya dalam industri penerbangan domestik untuk jangka masa panjang dan juga meningkatkan risiko dan keprihatinan berkaitan monopoli-monopoli, terutamanya dengan penglibatan kroni-kroni dan broker-broker kuasa politik.

Penglibatan aktif Tony Fernandez dalam urusan pertukaran tersebut dan pencadang-pencadang beliau di dalam lembaga pengurusan MAS menimbulkan pertikaian konflik kepentingan memandangkan kedudukan beliau yang bersifat 'bukan-eksekutif'. Ini jelas merupakan pencabulan ke atas peraturan tadbirurus korporat dan seharusnya tidak dibiarkan berlaku.

Apa yang lebih penting, perjanjian ini menimbulkan persoalan tentang apakah nasib Program Transformasi GLC yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dengan publisiti luarbiasa dan pembaziran jutaan ringgit wang rakyat. Dan adakah kerajaan secara khusus mengakui bahawa kononnya kejayaan pemulihan MAS adalah sesuatu yang sia-sia? Perdana Menteri mesti bertanggungjawab kerana telah mengelirukan rakyat berkaitan isu ini.

Perjanjian ini juga turut membangkitkan isu asas iaitu ketelusan kerana kerahsiaan di sebaliknya. Dalam hal ini, Suruhanjaya Sekuriti mesti menyiasat akan kemungkinan berlakunya kepincangan termasuk urusniaga dalaman saham-saham kedua-dua entiti.

Saya khuatir perjanjian ini akan menguntungkan pihak minoriti dengan mengorbankan kepentingan pihak majoriti iaitu kakitangan MAS yang telah memberikan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan kebangsaan dengan penuh dedikasi dan kesetiaan meski pun dinafikan ganjaran bonus selama beberapa tahun.

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang
Parlimen Malaysia

Menteri Palanivel dan Macam-Macam Cerita

Posted: 10 Aug 2011 07:13 PM PDT

A Kadir Jasin


KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru saja menambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.

Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP.

Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.

Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.

Malaysia Boleh Di Mana-Mana

Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung?

Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu.

Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson.

Tukar-Menukar Harap Berjaya

MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS.

Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil.

Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.

Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.

Tak Sangka Bawa Angkara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti.

Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara.

Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam.

Terkini! Salinan Laporan Polis Nor Arlene Tan, Nafi Bukan Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara

Posted: 10 Aug 2011 06:02 PM PDT

Mungkin masih ada antara anda yang tak tahu apa-apa berhubung isu Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara ini, jadi kami berikan sedikit kronologi untuk memberi gambaran kepada anda.

1. Wujud sebuah blog (http://makcikhajjahsittalwuzara.wordpress.com) yang mana kandungannya menjurus kepada penghinaan terhadap agama Islam. Ditulis oleh seseorang yang tidak dikenali dan menggunakan nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara sebagai pengenalan diri.

2. Ekoran kewujudan blog tersebut, ramai pihak terutamanya yang beragama Islam berang mengenainya. Bermula dari situ, ramai yang ingin mengenali siapakah orang disebalik blog tersebut dan pengguna nama Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara itu.

3. Setelah beberapa ketika, akhirnya kumpulan penggodam Malaysia yang dikenali dengan nama Gaysec (nama macam Gay Section. LOL) 'berjaya' mendapatkan info yang kononnya milik Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Nama yang dikeluarkan oleh Gaysec ialah Nor Arlene Tan binti Khalid.

4. Info yang diperolehi oleh Gaysec itu kemudiannya didedahkan kepada umum. Dengan pendedahan itu, ramai blogger yang mengambil kesempatan dengan menyebarkannya di blog masing-masing. Paling parah, ada yang membuat ugutan.

5. Setelah info (atau lebih tepat privasi) Nor Arlene Tan binti Khalid disebarkan secara meluas dan menerima ugutan, dia telah membuat laporan polis mengenainya dan menafikan yang dia bukanlah Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara seperti yang didakwa oleh Gaysec.

Harap sedikit jelas dengan kronologi yang kami berikan di atas dan kat bawah ni adalah salinan laporan polis yang telah dibuat oleh Nor Arlene Tan binti Khalid pada 8 Ogos 2011. Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.


Tiada ulasan: