DIALOG RAKYAT |
- Pengerusi, Setiausaha SPR perlu letak jawatan – Shamsul
- Lagi penemuan pengundi bertindih di kawasan parlimen Titiwangsa
- Pekan Machan di Kanowit musnah terbakar
- MAM, MAIS kerjasama bantu penghidap HIV
- T'ganu rayu bina segera hospital baru di Dungun
- Kajian: M'sia antara negara sekat kebebasan agama
- Pengundi 'klon' dikeluarkan tetapi masih ada persoalan
- MBPJ nafi mahu sita gereja DUMC
- 'Pelakon' Baharudin mahu saman penulis blog
- Jenayah jual warganegara
- Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa
- PAS desak siasat kamera dalam tandas wanita
- Menteri Palanivel dan Macam-Macam Cerita
- PTPTN beri pendahuluan RM53.4 juta pelajar masuk IPT bulan depan
- Ambiga: Idea Bersih 3.0 belum dibincang, kami tunggu respons Putrajaya
Pengerusi, Setiausaha SPR perlu letak jawatan – Shamsul Posted: 10 Aug 2011 10:22 PM PDT Oleh: Norutul Ilham
KUALA LUMPUR: Pengerusi, Timbalan dan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa meletakkan jawatan sekiranya masih tidak dapat menyelesaikan isu daftar pemilih yang tercemar. Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata demikian mengulas isu pengundi hantu samada yang melebihi umur 100 tahun, penduduk tetap yang mendapat status warganegara dan kewujudan pengundi klon yang mempunyai dua hak mengundi. Menurutnya, kenyataan SPR bahawa isu-isu tersebut merupakan kesilapan teknikal dan menyalahkan agensi lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), merupakan jawapan dangkal. "Jawapan yang diberikan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof adalah jawapan dangkal, sepatutnya beliau mesti bertanggungjawab bagaimana boleh adanya pengundi yang tidak sah. "Selagi pengerusi SPR tidak boleh jawab isu pengundi berumur 100 tahun, isu Mismah, pengundi bernama Kg Baru dan pengundi klon ini, Pengerusi, timbalan dan setiausaha SPR digesa berundur," kata Shamsul ketika dihubungi Keadilan Daily.com. Beliau mengambil contoh isu Kg Baru baru-baru ini yang didaftarkan sebagai pengundi, sekaligus menunjukkan kelemahan yang dilakukan petugas SPR. "Bagaimana nama kampung boleh didaftar sebagai pengundi, di sini saya lihat pihak SPR tergesa-gesa mendaftar pengundi. "Proses untuk jadi pengundi perlu melalui proses yang dikhaskan, jika dibuat dengan betul dan teliti tidak munasabah boleh berlaku perkara itu. Takkan pekerja dan petugas SPR tiada pendidikan, boleh jadi nama kampung sebagai pengundi," katanya. KEADILAN sebelum ini mendedahkan terdapatnya 1,607 pengundi berusia lebih 100 tahun yang berdaftar di Perak dengan pengundi paling tua di negeri itu berusia 132 tahun dan terdapat 160 pengundi yang berumur lebih 110 tahun. Baru-baru ini, media alternatif mendedahkan penduduk tetap (PR) yang didaftarkan dalam daftar pemilih SPR, bernama Mismah yang memegang kad MyPR bernombor 640704715238. Bagaimanapun, SPR menukar status tersebut kepada warganegara kira-kira empat jam selepas isu itu dihebohkan. Selain itu, SPR turut mencipta sejarah apabila mendaftar sebuah 'kampung' bernama Kg Baru sebagai pengundi. Manakala terbaru, beberapa nama pengundi yang diklonkan dikesan berada dalam daftar pemilih SPR dan memiliki dua hak untuk mengundi di dua kawasan parlimen berbeza. Setakat ini, sekurang-kurangnya 7 nama tersebut dikesan didaftar di Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa, Taiping dan Bukit Gantang, Perak dan Hulu Terengganu, Terengganu. Namun carian terbaru mendapati enam nama yang bertindih tersebut dibuang, manakala satu lagi masih kekal dalam daftar SPR. | ||
Lagi penemuan pengundi bertindih di kawasan parlimen Titiwangsa Posted: 10 Aug 2011 10:16 PM PDT Dewan Pemuda PAS Kawasan Titiwangsa (DPPKT) mendesak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan bagaimana boleh wujud beberapa orang pengundi bertindih di Parlimen Titiwangsa. | ||
Pekan Machan di Kanowit musnah terbakar Posted: 10 Aug 2011 10:14 PM PDT BERNAMA Kebakaran awal pagi tadi memusnahkan keseluruhan pekan Machan yang terdiri daripada 10 unit bangunan dua tingkat kedai runcit dan kedai kopi. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan 70-an mengalami kebakaran apabila dia cuba menyelamatkan barangannya dalam kejadian 2.40 pagi itu, kata pemimpin masyarakat Kapitan Leong Khing Hee. Machan yang terletak kira-kira 20 minit jarak pemanduan daripada sini, terletak di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit di daerah Kanowit. Leong berkata para penduduk dengan dibantu jiran kaum Iban mereka menghadapi kesukaran memadam kebakaran dan menyelamat bangunan kedai yang berumur lebih 50 tahun. "Kami mengalami tekanan air rendah kerana musim kering sekarang. Kami tidak mempunyai pam yang sempurna untuk menyedut air dari sungai Machan yang berdekatan," katanya. Leong berkata lelaki yang cedera itu telah dimasukkan ke Hospital Daerah Kanowit. Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Kanowit, Douglas Graji berkata para anggotanya menerima panggilan kebakaran kira-kira 3.14 pagi. ""Empat belas orang daripada kami (anggota bomba) segera bekejar ke tempat kebakaran. Kami kemudiannya disertai 10 lagi anggota dari Sibu. Kami dapat mengawal kebakaran 30 minit kemudian," katanya. ADUN Machan Datuk Gramong Juna yang juga Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dijangka melawat kawasan kebakaran esok. | ||
MAM, MAIS kerjasama bantu penghidap HIV Posted: 10 Aug 2011 10:11 PM PDT MALAYSIA KINI Majlis AIDS Malaysia (MAM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menjalin kerjasama erat dalam menangani isu-isu sosial, kebajikan dan kemasyarakatan yang berkaitan rapat dengan HIV/AIDS terutama di sekitar kawasan Lembah Kelang dan Selangor, kata Presiden MAM, Tan Sri Mohd Zaman Khan. MAIS merupakan antara majlis agama yang tampil membantu, khususnya orang yang hidup dengan HIV dengan membiayai bantuan rumah perlindungan melalui wang kutipan zakat. Dalam satu kenyataan, Mohd Zaman berkata, objektif utama jaringan kerja antara MAM dan MAIS adalah untuk menangani permasalahan yang dihadapi di sekitar Lembah Kelang dan Selangor dengan memberi bantuan kewangan dan sokongan dalam membantu masyarakat Malaysia yang hidup dengan HIV. Di samping itu, MAM juga pernah diberi peluang oleh MAIS untuk melatih pegawai agama di sekitar negeri Selangor, terutamanya kepada pegawai JAIS dalam mengenal cabaran dan isu-isu yang dihadapi orang yang hidup dengan HIV/AIDS dan komuniti lain yang turut terjejas serta terdedah dengan HIV/AIDS. Antara inisiatif-inisiatif bersama yang pernah dijalankan, termasuklah majlis, kempen media dan program kerohanian yang melibatkan program temu seru untuk komuniti terpinggir. Pihak MAIS juga melakukan aktiviti turun padang bersama komuniti, termasuk golongan mak nyah dengan memberi informasi dalam penjagaan dan rawatan serta pendekatan agama agar mereka dapat hidup seperti manusia biasa. Menurut Mohd Zaman lagi, MAM dan MAIS juga memperkukuhkan kerjasama dalam mempertingkatkan fungsi MAM dalam program sokong bantu kepada mereka yang hidup dengan melalui bahagian Baitulmal dan Ar-Riqab. Sebilangan besar orang yang hidup dengan HIV tidak berani tampil untuk mendapatkan rawatan yang sedia ada kerana bimbang akan prejudis masyarakat. Hasil kerjasama erat ini dilihat melalui beberapa program yang efektif telah dianjurkan, antaranya program yang terbesar ialah Hari Memperingati AIDS Sedunia (IAMD). Ia telah dilangsungkan pada 13 Mei lalu di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, hasil kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Malahan, Mohd Zaman turut merayu kepada jabatan agama yang lain semoga mencontohi MAIS dalam membantu orang yang Hidup dengan HIV di Malaysia. Menurut kenyataan itu lagi, keprihatinan MAIS terbukti lagi dengan tertubuhnya dua rumah perlindungan orang yang hidup dengan HIV, termasuk Rumah Istana Budi di Kuang, Selangor dan Rumah Darul Ukhwah di Petaling Jaya, Selangor. Kedua-duanya yang menempatkan seramai 50 orang, dibiayai sepenuhnya oleh MAIS dan telah menelan belanja sebanyak RM750,000 setahun. MAIS juga telah merancang satu projek komuniti yang besar yang dikenali sebagai Projek Baitul Islah, untuk menubuhkan rumah perlindungan HIV yang boleh menetapkan lebih ramai lagi komuniti terpinggir. Kos projek Baitul Islah, yang terletak di kawasan pendalaman Serendah, Selangor itu dan menelan belanja RM5 juta, masih dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2013. Menurut kenyataan itu lagi, ini jelas menunjukkan MAIS begitu mengambil berat tentang isu-isu kesihatan dan kebajikan berkaitan dengan HIV/AIDS, terutamanya di kalangan masyarakat yang beragama Islam. | ||
T'ganu rayu bina segera hospital baru di Dungun Posted: 10 Aug 2011 10:10 PM PDT BERNAMA Kerajaan Terengganu merayu Kementerian Kesihatan agar mempercepatkan pembinaan hospital baru Dungun kerana ia begitu kritikal memandangkan hospital yang ada tidak lagi mampu menampung jumlah pesakit yang semakin bertambah dan kedudukan di satu lokasi yang sesak. Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (kanan) berkata cadangan pembinaan Hospital Dungun yang baru telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kelapan tetapi sehingga kini ia belum terlaksana. "Dua hospital yang sangat kritikal ialah Hospital Dungun dan Hospital Kemaman. Ia sudah tidak sesuai lagi beroperasi di tempat yang ada sekarang kerana pembangunan yang berlaku di sekitarnya, menjadikan ia agak sesak. "Kita sedia memberi kerjasama kepada Kementerian Kesihatan dengan menyediakan tapak baru untuk Hospital Dungun, kira-kira 20 hektar di Kampung Che Lijah di sini," katanya ketika menghadiri program Ehsan Ramadan di hospital itu dan menyampaikan sumbangan hamper kepada pesakit serta menghadiri majlis berbuka puasa di Dungun semalam. Ahmad berkata, keadaan Hospital Dungun yang rendah, sering dinaiki air apabila berlaku hujan lebat. "Beberapa tahun lalu, pesakit hospital itu pernah dipindahkan ke tempat selamat akibat berlaku banjir kilat dan ia amat menyusahkan pesakit serta kakitangan hospital itu sendiri. "Jadi kita haraplah agar Kementerian Kesihatan mempercepatkan pembinaan Hospital Dungun agar perkhidmatan yang lebih baik dapat disediakan kepada rakyat di sini," katanya. | ||
Kajian: M'sia antara negara sekat kebebasan agama Posted: 10 Aug 2011 10:07 PM PDT MALAYSIA KINI Untuk pertama kalinya, Malaysia disenaraikan sebagai antara 10 negara teratas dalam ranking dunia yang mengenakan sekatan ke atas kebebasan agama yang berbeza. Menurut kajian Pew's Forum on Religion and Public Life yang berpangkalan di Washington DC, Malaysia kini berada di kumpulan yang sama dengan negara-negara seperti Mesir, Iran, Arab Saudi, Uzbekistan, China, Maldives, Burma, Eritrea dan Indonesia. Berdasarkan kajian selama tiga tahun di 198 buah negara dari tahun 2006, Pusat Penyelidikan Pew juga mendapati bahawa Malaysia adalah negara kelima yang merakamkan peningkatan ketara yang mendadak dalam mengenakan sekatan kebebasan beragama. Menurut pusat itu, sekatan di seluruh dunia terhadap kepercayaan dan amalan agama telah meningkat pada pertengahan tahun 2006 dan 2009 di 23 buah negara, termasuk di Malaysia dan Mesir. Kaji selidik itu dijalankan oleh felo kanannya Brian Grim dan para penyelidiknya yang meninjau data-data dan maklumat termasuk laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Majlis Kesatuan Eropah, dan beberapa kumpulan hak asasi. Tujuan mereka adalah untuk melihat sejauh mana tolak ansur setiap negara berhubung agama yang berlainan. Di Malaysia, beberapa kejadian, dikatakan faktor penyumbang kepada kedudukan yang tidak diingini itu. Ini termasuk rampasan buku dan CD berkaitan agama Kristian seperti kes Jill Ireland di mahkamah dan pengharaman penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian termasuk akhbar Herald. Tindakan pihak berkuasa ke atas pengikut mazhab Wahabi dan Syiah serta penangkapan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga dipercayai mempengaruhi kajian itu. Begitu juga dengan laporan dan aduan mengenai perobohan kuil-kuil Hindu, sehingga menyaksikan pembentukan Hindraf dan demonstrasi besar-besaran pada 2007 yang sebelum ini belum pernah terjadi di Malaysia. | ||
Pengundi 'klon' dikeluarkan tetapi masih ada persoalan Posted: 10 Aug 2011 10:05 PM PDT Kuek Ser Kuang Keng Sehari selepas Malaysiakini mendedahkan kemungkinan terdapat 'pengundi klon' - pengundi yang didaftarkan lebih dari satu kali dalam daftar pemilih - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan semua 'klon' itu daripada daftarnya. Namun, tinjauan mendapati masih ada 'klon' yang tertinggal dalam daftar itu dan beberapa persoalan yang belum dijawab oleh kedua-dua SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Semalam, sekurang-kurangnya tujuh pengundi yang mempunyai 'klon' dalam daftar pemilih - iaitu didaftarkan di bawah nama dan kad pengenalan lama yang sama tetapi nombor MyKad berlainan untuk klon mereka - berjaya didedahkan. Ketika itu, sistem pengesahan dalam talian SPR menunjukkan bahawa nama-nama berkenaan muncul dua kali dalam daftar pemilih dan menimbulkan tanda tanya sama ada mereka boleh mengundi dua kali pada pilihan raya nanti. Namun, semakan pada laman web SPR pagi ini, mendapati beberpa 'klon' itu telah dikeluarkan dari sistem mereka. Status terakhir tujuh pengundi itu adalah: 1. Shodah binti Abdul Rahman IC lama: 4802777 Entri pertama: MyKad 550620055800 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 560620055412 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 2. Mohamad bin Ismail IC lama: 8370614 Entri pertama: MyKad 540405025757 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 540405025095 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 3. Anderson a/l P Arputhanathan IC lama: A0831847 Entri pertama: MyKad 671117106499 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 671117105963 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 4. Chellamah a/p Murugesu IC lama: 7877951 Entri pertama: MyKad 491006045672 sah di laman web JPN, berdaftar di Setiawangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 491006015094 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 5. Sa'ad bin Samsudin IC lama: 1479323 Entri pertama: MyKad 380913105681 sah di laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 510913105553 tiada lagi dalam rekod laman web JPN, berdaftar di Titiwangsa dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 6. Mohd Rashid bin Ismail IC lama: 6397062 Entri pertama: MyKad 620108086991 sah di laman web JPN, berdaftar di Taiping, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 620108086713 sah di laman web JPN, berdaftar di Bukit Gantang dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. 7. Sulong bin Jalil IC lama: 6290844 Entri pertama: MyKad 611110115371 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan masih dalam daftar pemilih. Entri kedua: MyKad 611110015143 sah di laman web JPN, berdaftar di Hulu Terengganu, dan telah dikeluarkan dari daftar pemilih. Namun bagi Mohd Rashid dan Sulong, meskipun 'klon' mereka telah dikeluarkan dari daftra pemilih, namun kedua-dua mereka masih memiliki dua nombor MyKad yang berlainan seperti yang dipaparkan di laman web JPN. | ||
MBPJ nafi mahu sita gereja DUMC Posted: 10 Aug 2011 10:03 PM PDT Jimadie Shah Othman Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menafikan mahu menjalankan operasi menyita Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya atas dakwaan premis itu tidak pernah diluluskan sebagai rumah ibadat. Timbalan pengarah jabatan penguatkuasaan dan keselamatannya Tun Mohd Izlizam Bahardin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang arahan bagi tujuan itu setakat ini. ""Di pihak kami tidak menerima sebarang berita (berkaitan) dan arahan setakat ini. "Kami tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung," katanya ketika diminta mengulas khabar angin bahawa operasi menyita DUMC akan dijalankan bila-bila masa pada hari ini. Khabar angin yang disebarkan melalui SMS itu antaranya mendakwa operasi itu akan dijalankan kerana DUMC tidak pernah diluluskan sebagai gereja dan permohonan asalnya sebagai pusat komuniti. SMS itu juga mendakwa operasi itu akan dijalankan bila-bila masa pada hari ini. 'Polis juga boleh bertindak' Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Izlizam bagaimapun tidak pasti sekiranya terdapat pihak penguatkuasa lain, seperti polis yang mengambil tindakan itu. Jelasnya, jika berkaitan isu jenayah, polis juga boleh bertindak menyita sesuatu premis. "Perkara itu di luar bidang kita," katanya sambil menjelaskan MBPJ hanya boleh bertindak terhadap premis yang tiada lesen. Ditanya tentang status lesen gereja itu, Izlizam berkata urusan kelulusan rumah ibadat diuruskan jawatankuasa khas di bawah kerajaan negeri dan bukannya MBPJ. Sementara itu, pejabat DUMC memberitahu Malaysiakini, setakat pagi ini belum ada tanda-tanda ia akan disita mana-mana pihak penguatkuasa. DUMC menjadi tumpuan apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu majlis makan malam di perkarangan premis itu pada 3 Ogos lalu. Operasi itu menjadi kontroversi apabila ia dikaitkan dengan usaha penyebaran agama Kristian terhadap 12 orang Islam yang hadir dalam majlis itu. | ||
'Pelakon' Baharudin mahu saman penulis blog Posted: 10 Aug 2011 10:00 PM PDT Jimadie Shah Othman Shuhardi Mat Isa - yang didakwa berlakon sebagai Baharudin Ahmad yang meninggal dunia dalam perhimpunan BERSIH - bercadang menyaman beberapa penulis blog yang didakwa memfitnahnya. Enggan mendedahkan nama mereka pada masa ini, Shuhardi berkata beliau tidak berpuas hati dengan tindakan beberapa penulis blog yang didakwa menyunting videonya ketika sakit dengan cara yang tidak betul. "Mereka terbalikkan (babak) yang awal kepada mula, yang mula kepada awal... Ia gambarkan saya seolah-oleh mati hidup semula (berlakon)," katanya. Sebelum ini, Shuhardi - peserta perhimpunan BERSIH - dikatakan dimanipulasi sesetengah pihak dengan mendakwa dia allahyarham Baharudin yang dilaporkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung. Polis dilaporkan menyiasat perkara itu bawah seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melibatkan kenyataan mendatangkan khianat awam; dan Seksyen 233 Akta Multimedia bagi kesalahan melibatkan penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. Pihak berkuasa juga pada 2 Ogos lalu dilapor merakam kenyataan Shuhardi dan aktivis usahawan Islam itu mengaku memberikan kerjasama penuh dalam sesi kira-kira 3 jam di rumahnya di Bandar Baru Salak Tinggi. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Shuhardi berkata, peguamnya masih mengumpulkan beberapa bukti berkaitan sebelum dijangka memfailkan saman minggu depan. "Kita masih tunggu masa yang sesuai (untuk tujuan itu)," katanya yang juga setiausaha agung Persatuan Usahawan, Konsultan dan Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) Tambahnya, saman itu akan dihadapkan kepada tiga atau empat orang penulis blog "yang berniat jahat" dan "pro-kerajaan". Jenis dan nilai tuntutan masih dibincangkan dengan pihak peguam, jelas Shuhardi lagi. | ||
Posted: 10 Aug 2011 09:59 PM PDT
| ||
Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa Posted: 10 Aug 2011 09:56 PM PDT
| ||
PAS desak siasat kamera dalam tandas wanita Posted: 10 Aug 2011 09:49 PM PDT | ||
Menteri Palanivel dan Macam-Macam Cerita Posted: 10 Aug 2011 09:43 PM PDT A Kadir Jasin KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru saja menambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang. Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai. Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam. Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima. Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP. Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu. Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga. Malaysia Boleh Di Mana-Mana Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung? Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu. Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson. Tukar-Menukar Harap Berjaya MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia. Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS. Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS. Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil. Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan. Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC. Tak Sangka Bawa Angkara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti. Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara. Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam. | ||
PTPTN beri pendahuluan RM53.4 juta pelajar masuk IPT bulan depan Posted: 10 Aug 2011 08:00 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER PUTRAJAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperuntukkan RM53.4 juta sebagai wang pendahuluan pembiayaan kepada 35,664 pelajar yang akan memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan bermula 3 September ini. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semua pelajar yang layak akan menerima wang sebanyak RM1,500 seorang, dua minggu sebelum tarikh pendaftaran kemasukan ke IPT. "Ini adalah salah satu usaha yang mana selaras dengan prinsip pendemokrasian pendidikan. Percayalah, kerajaan akan terus membantu golongan muda kerana mereka adalah harapan negara dan kita akan melakukan yang terbaik untuk menjamin masa depan golongan belia," katanya. Najib berucap pada majlis berbuka puasa bersama pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di Seri Perdana hari ini. Pemimpin-pemimpin pelajar yang mewakili 38 IPTA-IPTS dalam negara dan 30 wakil pelajar dari universiti asing turut serta pada majlis itu. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bantuan itu diberikan kepada pelajar yang keluarga mereka berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan dan yang belum pernah mendapat pembiayaan PTPTN sebelum ini. Beliau berkata kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program bersifat proaktif bagi memastikan masa depan golongan muda di negara ini terus terjamin dan bertambah baik. Sebagai kerajaan prihatin yang mengutamakan kebajikan rakyat, Najib berkata Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak pernah memikirkan untuk menaikkan yuran pengajian IPT. "Walaupun semua harga barangan naik termasuk harga rumah, barang makanan seperti nasi lemak, teh tarik tetapi yuran pengajian tidak naik. Saya nak tegaskan bahawa yuran pengajian tidak pernah dikaji di negara ini," katanya. Menurutnya rusuhan yang berlaku di London dan di beberapa negara Timur Tengah seperti di Libya baru-baru ini, menunjukkan bahawa golongan muda tidak diberikan peluang yang sewajarnya dalam pendidikan dan pekerjaan. Najib berkata kewujudan 21 IPTA dan berpuluh-puluh IPTS sejak negara mencapai kemerdekaan, jelas menunjukkan bahawa pendemokrasian pendidikan di negara ini berjalan lancar. | ||
Ambiga: Idea Bersih 3.0 belum dibincang, kami tunggu respons Putrajaya Posted: 10 Aug 2011 04:55 PM PDT KUALA LUMPUR — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan berkata pihaknya tidak bercadang untuk menggerakkan gelombang Bersih 3.0 buat masa sekarang, sebaliknya mahu menanti respons daripada Putrajaya berhubung lapan tuntutan yang telah pun diketengahkan. Bekas presiden Majlis Peguam ini berkata walaupun kepincangan mengenai sistem pengurusan pilihan raya terus didedahkan dan diperkatakan, pihaknya mengambil pendirian "tunggu dan lihat" perkembangan terbaru yang akan diambil SPR dan kerajaan dalam tempoh tiga bulan. Bersih 2.0 telah mengajurkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, yang disertai ribuan rakyat. Jelas Ambiga (gambar), pihaknya mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan melaksanakan lapan tuntutan yang disifatkan beliau boleh dilakukan dalam tempoh tiga bulan. "Kita ambil pendirian tunggu dan lihat yang mana kita mahu SPR dan kerajaan mengambil tindakan yang serius dan melaksanakan lapan tuntutan kita. "Kita tahu ada desakan yang mahu perhimpunan Bersih 3.0 diadakan tapi kita tidak pernah membincangkan perkara itu setakat ini... tiada perbincangan dan keputusan," katanya kepada The Malaysian Insider. Walaupun diasak soalan sama berulang kali namun Ambiga tetap mempertahankan pendirian gabungan 62 badan bukan kerajaan (NGO) itu. "Seperti yang saya katakan kita mahu lihat reaksi SPR dan kerajaan terhadap lapan tuntutan kita. "Sepatutnya semua tuntutan ini boleh dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan terutamanya daftar pemilih, penggunaan dakwat kekal, rasuah dan akses media," katanya. Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Isu kepincangan sistem pengurusan pilihan raya semakin hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat. Selain itu, pemastautin tetap itu juga turut didaftarkan sebagai pengundi. Namun perkara itu dinafikan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR. Sebelum ini Pakatan Rakyat mendesak Najib memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar serius sekiranya tidak mahu berdepan dengan gelombang Bersih 3.0. Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan