DUNIACACAMARBA |
- 2 Pemuda Kini Miliki Nama Terpanjang di Dunia
- Tun Siti Hasmah Bertudung, Semoga Kekal Hingga Akhir Usia
- Salah Satu Punca Disiplin Pelajar Teruk: Jaga Ugut Guru Tegur Anak
- Harga Sebuah Maruah...RM1 Juta
- Penagih Paksa Anak Suntik Dadah ke Tubuhnya
- Harga Minyak Dunia Jatuh, Harga Minyak Malaysia Bila?
2 Pemuda Kini Miliki Nama Terpanjang di Dunia Posted: 09 Aug 2011 05:00 AM PDT Dua pemuda dari Nottingham kini memegang rekod sebagai individu yang memiliki nama paling panjang di dunia selepas bertindak menukar nama demi memberikan penghormatan kepada adiwira masing-masing. Kelvin Borbidge, 22, dan Daniel Knox-Hewson, 23, yang merupakan rakan baik berkongsi minat terhadap sains fiksyen, komik, dan permainan komputer. Borbidge kini dikenal sebagai Baron Venom Balrog Sabretooth Vader Megatron Vegeta Robotnik Magneto Bison Sephiroth Lex Luthor Skeletor Joker Grind. Knox-Hewson pula dikenal sebagai Emperor Spiderman Gandalf Wolverine Skywalker Optimus Prime Goku Sonic Xavier Ryu Cloud Superman HeMan Batman Thrash. Ditanya sebab mereka menukar nama, Emperor Trash menjawab, "Kami mengambil keputusan untuk menukar nama kerana berasa bosan terhadap kehidupan sehari-hari dan kami mahu sesuatu yang bersesuaian dengan personaliti kami." Kedua-dua rakan baik ini membelanjakan £10 (RM49) seorang untuk urusan pertukaran nama tersebut di Legal Deed Poll, lapor Sky News. P/s: Macam-macam! | ||
Tun Siti Hasmah Bertudung, Semoga Kekal Hingga Akhir Usia Posted: 08 Aug 2011 07:55 PM PDT | ||
Salah Satu Punca Disiplin Pelajar Teruk: Jaga Ugut Guru Tegur Anak Posted: 08 Aug 2011 07:00 PM PDT Saya tidak mahu mengulas panjang kerana tidak tahu hujung pangkal dan situasi masalah. Namun, logiknya, guru tidak sewenang-wenang menegur pelajar jika pelajar itu tidak bermasalah. Apabila guru membuat teguran sudah tentulah teguran itu untuk menjadikan pelajar berkenaan sedar akan kesilapannya. Masalahnya, teguran guru sering disalahertikan oleh ibu bapa. Apabila teguran itu disalah anggap oleh ibu bapa, maka terjadilah perkara yang seumpama ini. Lebih teruk, nyawa guru seperti telur di hujung tanduk. Bertolak daripada kes seumpama ini, maka banyak guru kini membiarkan pelajar yang bermasalah kerana bimbang diancam oleh pelajar itu sendiri serta ibu bapa yang menyangka anak-anak mereka umpama ustaz dan ustazah. P/s: Tidak hairan pihak sekolah dan kementerian terpaksa menghantar pelajar ke penjara untuk kursus motivasi! | ||
Harga Sebuah Maruah...RM1 Juta Posted: 08 Aug 2011 06:00 PM PDT
Saya petik: Bekas tunang tukar keputusan 6 jam sebelum majlis [BH] KOTA BHARU: Berang dengan tindakan bekas tunangnya membatalkan pernikahan tanpa alasan munasabah kira-kira enam jam sebelum majlis akad nikah berlangsung pada 4 Jun lalu, seorang penjawat awam memfailkan saman ganti rugi RM1.1 juta terhadap wanita itu dan bapanya, di Mahkamah Tinggi di sini semalam. Mohd Masran Ab Rahman, 32, dari Tanah Merah, memfailkan saman itu terhadap Nor Zulyana Mat Hasan @ Mat Husin, 28, yang bekerja sebagai juruteknik makmal perubatan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur dan bapanya, Mat Hasan @ Mat Husin Ibrahim, 60, dinamakan sebagai defendan kedua. Beliau melalui peguamnya Latifah Ariffin dan Murtadza Mokhtar memfailkan saman berkenaan di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini, pagi semalam. Latifah berkata, anak guamnya mengambil tindakan saman kerana tertekan dengan tindakan Nor Zulyana dan Mat Hassan yang membatalkan pernikahan pada saat akhir sedangkan segala persiapan majlis termasuk perkahwinan sudah dilakukan. Berikutan keadaan itu, katanya, Mohd Masran terpaksa menjadikan majlis perkahwinan di sebelah lelaki yang sepatutnya berlangsung pada 6 Jun lalu diganti dengan majlis kesyukuran. Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif dan keluarga sudah mengadakan persiapan antaranya membeli barang hantaran, menjemput saudara mara yang berada di Kelantan dan negeri lain, menempah pelamin dan peralatan perkahwinan, membeli cincin perkahwinan, dan tempahan makanan untuk 1,200 tetamu. Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada tarikh akad nikah yang sepatutnya berlangsung pada 4 Jun lalu, defendan dengan sengaja enggan meneruskan majlis akad nikah tanpa alasan munasabah. Plaintif juga mendakwa mengalami kerugian teruk selain mengalami tekanan perasaan, malu kepada saudara-mara, rakan, jiran, tetamu dan orang kenamaan. Berikutan itu, plaintif menuntut defendan membayar antaranya ganti rugi am iaitu sebanyak RM100,000, ganti rugi khas, ganti rugi teruk (RM500,000 atau ditaksirkan), ganti rugi malu (RM500,000 atau ditaksirkan), faedah lapan peratus setahun ke atas jumlah keseluruhan jumlah dari tarikh pemfailan writ saman sehingga tarikh penghakiman, dan faedah ke atas semua jumlah penghakiman pada kadar lapan peratus setahun daripada tarikh penghakiman hingga tarikh penyelesaian penuh. | ||
Penagih Paksa Anak Suntik Dadah ke Tubuhnya Posted: 08 Aug 2011 05:15 PM PDT Saya petik:
P/s: Aduhai...! | ||
Harga Minyak Dunia Jatuh, Harga Minyak Malaysia Bila? Posted: 08 Aug 2011 04:21 PM PDT Saya petik:
P/s: Apabila harga minyak dunia naik, kepekaan kerajaan memang luar biasa. Oleh itu, kita mengharapkan kepekaan dan keprihatinan kerajaan tidak hilang entah ke mana pada waktu harga minyak dunia jatuh. |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan