Selasa, 9 Ogos 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Dewan Pemuda PAS ikut langkah Perkasa?

Posted: 09 Aug 2011 03:12 AM PDT

Free Malaysia Today melaporkan Dewan Pemuda PAS Pusat menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang melakukan pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya Rabu lalu.

Perkara itu diutarakan oleh Ketua Pemudanya Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu sidang media di sini hari ini selepas pertemuan kira- kira sejam bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr Hasan Ali bagi mendapat penjelasan lanjut berhubung kontroversi yang membabitkan Jais. Baca di sini

Klik untuk besarkan

Yang agak peliknya ialah, Dewan Pemuda ini telah mendahului PAS Pusat dalam membuat kenyataan berhubung isu tersebut.Nasrudin pun nak menonjolkan heronya seolah-olah mahu berlumba-lumba dengan Perkasa untuk menyokong kenyataan Hasan Ali.

Nasrudin sepatutnya bersopanlah sikit, beri peluang PAS pusat buat siasatannya dahulu dan buat kenyataan yang adil dan saksama setelah meneliti kenyataan daripada kedua belah pihak.

Menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali , pertemuan dengan JAIS dicadangkan pada 15 Ogos (Isnin) dan DUMC pula pada 16 Ogos (Selasa).

Polis London minta bantuan PDRM?

Posted: 08 Aug 2011 11:50 PM PDT


Para perusuh mengganas di Kota London akibat kematian Mark Duggan, seorang penduduk tempatan berkulit hitam yang berusia 29 tahun, selepas ditembak polis dua hari sebelum itu.

Polis London perlu belajar dari PDRM tentang cara-cara yang berkesan menghadapi rusuhan.Semasa kejadian 9 Julai lalu (genap sebulan hari ini!) PDRM telah berjaya mengawal dan mententeramkan keadaan kembali pulih menjelang petang harinya...

Malaysia sepatutnya menghantar pasukan polis anti rusuhannya yang sangat berpengalaman itu ke London bagi membantu mengawal keadaan di sana supaya kembali aman seperti Malaysia. Namun sehingga kini , dilaporkan tiada permintaan dari pihak interpol.
Baca beritanya di sini

Ambil gula-gula getah nih, pergi main jauh-jauh - Najib

Posted: 08 Aug 2011 05:28 PM PDT


Penjawat awam Persekutuan terpaksa menggigit jari buat sekian kalinya bila PM Najib umumkan bayaran bonus hanya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada 1.27 juta penjawat awam Persekutuan bulan ini.

Turut diumumkan ialah bayaran khas sebanyak RM500 kepada 590,000 pesara kerajaan. Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

Apakah penjawat awam Persekutuan gembira dengan pengumuman tersebut?

Pengumuman tersebut jelas menolak permohonan Cuepecs untuk mendapatkan dua bulan bonus baru-baru ini. Cuepecs terpaksa gembira dengan gula-gula getah pemberian PM Najib.Gula-gula getah ini sangat mujarab untuk menutup rapat mulut Cuepecs sekali lagi sebagai mana sebelum ini.

Cuepacs beberapa kali telah membuat permohonan kepada kerajaan agar mempertimbangan pemberian bonus tersebut selepas Cuepacs sendiri menerima banyak permintaan dari penjawat awam agar mereka mendapat bonus.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan," kata Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman di sini

Tiada ulasan: