Briged Al-Akhdor LR2 |
- TG Haji Hadi Dulu Lagi Pertahankan Akta Jenayah Akidah. Umno Lidah Bercabang...?
- Lihat Gambar Ini..Ikan Yu Berkaki Itik ..
- Allahuakbar Proses Penghapusan Bintang Bintang (Supernova) Di Dalam Al-Quran
- Sanggup Tunggu Lama Demi Roti John Titiwangsa
- Apa daa...Negeri maju tapi surau tiada....
- Dirantai Selama 6 Tahun Kerana Jin
- Monopoli BN punca kos sara hidup tinggi
- Kejatuhan Ekonomi Dunia 1935: Satu Persediaan utk Kejatuhan 2012
TG Haji Hadi Dulu Lagi Pertahankan Akta Jenayah Akidah. Umno Lidah Bercabang...? Posted: 09 Aug 2011 08:31 AM PDT Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam. "Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan. "Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini. "Cadangan itu ketinggalan zaman. Di mana Umno ketika (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) berusaha mencadangkan rang undang-undang berkaitan di dalam Parlimen? "Bukan sekali, malah dua kali Umno dilihat berkonspirasi mengetepikan perbincangan dan cadangan rang undang-undang mengenai murtad. "Inilah contoh sikap lidah bercabang Umno dan bermuka-muka seolah-olah mahu membela Islam sedangkan terbukti sebelum ini mereka bukan sahaja tidak mahu melakukannya malah menentang serta memfitnahkan usaha memartabat dan melaksanakan hukum Islam," kata Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena itu membangkitkan, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak. Selepas itu, kata Mahfuz lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad. Bagi beliau, apa yang berlaku sudah lebih dari mencukupi untuk membuktikan Umno mahu menerima usaha-usaha lebih konkrit untuk membela kepentingan Islam kecuali apabila bertepatan kepentingan politiknya untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu. Ditanya mengenai usaha PAS untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama berikutan serbuan Jais ke atas gereja tersebut baru-baru ini, Mahfuz berkata usaha tersebut adalah selaras dan sebahagian dari usaha berdialog dengan pelbagai pihak yang sentiasa ditekankan serta diamalkan oleh PAS sejak lama dahulu. "Dengan dialog sedemikian, saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang dan muhibbah termasuk keselarasan tindakan dengan Perlembagaan Malaysia di mana Perkara 11 (4) perlembagaan tersebut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam," katanya. | |
Lihat Gambar Ini..Ikan Yu Berkaki Itik .. Posted: 09 Aug 2011 07:00 AM PDT | |
Allahuakbar Proses Penghapusan Bintang Bintang (Supernova) Di Dalam Al-Quran Posted: 09 Aug 2011 05:00 AM PDT
"Lihat gambaran Al Quran mengenai bintang-bintang yang berjatuhan dan penghapusan bintang-bintang tersebut seperti- Firman Allah SWT: Dan apabila bintang-bintang berjatuhan (Takwir :2) Dan dalam surah lain Allah berfirman : Dan apabila bintang-bintang itu dihapuskan (Mursalat : 8) Ilmu metafizik diketahui oleh manusia pada akhir kurun ke 20 untuk menegaskan bahawa fasa perjalanan bintang-bintang melalui fasa di mana bintang tersebut berjatuhan dan juga fasa di mana bintang tersebut mengalami fasa penghapusan. Bintang merupakan objek angkasa yang berpijar (menyala-nyala), bersinar, dan bercahaya dengan sendirinya dan salah satu penyebab yang membuatkan bintang tersebut bersinar ialah proses pemantikan reaksi penggabungan nuklear hasil dari pemanasan di kerak bintang yang ada di dalamnya. Apabila kandungan bintang berubah dengan sempurna menjadi besi, bintang melalui dua gumpalan proses awal iaitu ia akan meledakkan haba dan memancarkan cahaya. Bintang seperti yang dinyatakan ini di dalam bahasa astronomi di sebut sebagai Supernova dan ada pula bintang yang berakumulasi dengan dirinya sendiri.
Supernova Apabila bintang tersebut berakumulasi terhadap dirinya, bintang tersebut akan membentuk sebuah gumpalan yang keras dan padat sehingga menyebabkan cahaya yang terpancar tidak dapat lepas dari lingkungannya, akan tetapi sebelum bintang-bintang itu berjatuhan sehingga cahaya-cahaya bintang terpadam dan kemudian bintang itu menghilang dengan sempurna. Sungguh Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang beredar dan tenggelam (Takwir: 15-16) Ayat ini membahas tentang penghapusan bintang-bintanig atau lebih dikenali sebagai Supernova. Terbukti Al-Quran telah melangkaui zaman. Tiada ragu keatas kandungannya. Maha suci Allah. | |
Sanggup Tunggu Lama Demi Roti John Titiwangsa Posted: 09 Aug 2011 02:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah gerai 'roti john' di Bazar Ramadan Datuk Keramat di sini, bukan saja laris tetapi juga semakin popular pada kalangan pengunjung bazar. Sekalipun bersaing dengan empat lagi gerai yang menjual juadah serupa, Roti John Titiwangsa yang dikendalikan Mohd Amri Osman jelas tidak menghadapi masalah Tinjauan Bernama di bazar itu mendapati walaupun waktu berbuka tidak sampai setengah jam, barisan pelanggan di gerai Amri masih panjang dan masing-masing sabar menunggu giliran. Kebanyakan mereka sudah biasa membeli roti john di gerai itu, namun pelanggan baru juga kian bertambah hasil cerita dari mulut ke mulut. -Bernama | |
Apa daa...Negeri maju tapi surau tiada.... Posted: 08 Aug 2011 11:40 PM PDT Kesian, kesian, kesian orang Melaka ya, negeri majulah katakan. Surau pun canggih, guna khemah untuk solat terutama solat Tarawaih pada bulan Ramadhan ini. Sabarlah ye , orang Melaka ye. Mana pergi duit zakat? JAKIM (JAmil KhIr baharoM agaknya) mungkin kata ini kes terpencil juga seperti laporan di bawah. Orang Melaka tahu tak kisah benar bagaimana Bangunan Majlis Agama Islam Melaka dijual ke Taukeh Cina? Nak tahu ceritanya sila baca laporan pada pautan berikuthttp://amkns.blogspot.com SOLAT DALAM KHEMAH KANVAS Melaka 8 Ogos 2011 : Akibat ketiadaan surau, penduduk Taman Seri Putih di Bukit Rambai, dekat sini, terpaksa menunaikan solat tarawih sepanjang Ramadan ini di khemah kanvas yang didirikan sementara di taman permainan kawasan perumahan berkenaan. Tinjauan, mendapati jemaah lelaki menunaikan solat dengan hanya berlantaikan papan, manakala wanita termasuk kanak-kanak pula berlapikkan kain kanvas. Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Seri Putih atau juga dikenali Taman Bukit Rambai Seksyen 2, Rasul Muhamad, berkata pihaknya terpaksa menggunakan khemah sementara itu kerana tidak mempunyai pilihan lain. Katanya, sebelum ini pihaknya ada mengemukakan permohonan untuk membina sebuah madrasah kepada pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di situ, namun sehingga kini tidak menerima jawapan. "Kami mengemukakan permohonan itu pada 2008, namun sehingga kini tiada jawapan," katanya sambil melahirkan rasa kesal kerana terpaksa berdepan situasi itu bersama penduduk taman berkenaan sepanjang Ramadan ini. "Sekarang ini kami buntu dan berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil. Sekiranya tiada juga, bermakna kami akan terus bersolat tarawih di khemah sementara ini pada setiap tahun," katanya. Seorang penduduk taman ini, Saripah Talip, 37, berharap isu pembinaan surau atau madrasah di kawasan itu dapat diselesaikan segera bagi memastikan umat Islam di situ dapat beribadah dengan selesa. "Sekarang ini kami sepakat untuk sama-sama menyumbang bagi melengkapkan kekurangan di sini seperti khemah, bekalan air dan juga elektrik bagi membolehkan penduduk mempunyai tempat untuk solat berjemaah sekali gus menjadikan Ramadan kali ini lebih bermakna," katanya. www.bharian.com.my KES LUAR BIASA DAN TERPENCIL - JAKIM KUALA LUMPUR 7 Ogos - Dakwaan bahawa Baitulmal gagal berfungsi sehingga ada di kalangan umat Islam mendekati gereja untuk memperoleh bantuan adalah tidak benar sama sekali kerana badan itu sentiasa prihatin terhadap kebajikan ummah menerusi 28 skim bantuannya. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha berkata, agak mustahil bagi Jakim untuk terlepas pandang keluarga terlibat memandangkan pihaknya kini menggunakan sistem bersepadu dan seragam dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).www.utusan.com.my MEREKA YANG MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN DIMINTA DATANG TERUS KE JKM - SHAHRIZAT KUALA LUMPUR, 7 Ogos -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyeru mereka yang menghadapi masalah kewangan dan tidak mendapat pembelaan, agar datang terus ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan bantuan. Shahrizat berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar bahawa ada NGO berselindung atas nama kebajikan, aktif membantu warga miskin dan ibu tunggal Islam, sebelum memesongkan akidah mereka. | |
Dirantai Selama 6 Tahun Kerana Jin Posted: 08 Aug 2011 09:33 PM PDT Seorang pemuda berumur 29 tahun yang hanya dikenali sebagai Turki dirantai di tingkat bawah rumah orang tuanya sejak 6 tahun lalu. Mengikut cerita si bapa beliau terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu menahan amukkan anaknya yang disampuk jin. Turki mula meracau-racau 6 tahun yang lalu. Risau dengan fenomena aneh yang dirasainya akibat perbuatan makhlus halus, bapa Turki membawanya berubat dengan seorang ustaz. Ketika sedang berubat Turki meracau teruk dan mula bercakap dengan suara wanita. Dengan nada marah suara wanita tadi mengaku dirinya ratu jin dan hanya akan melepaskan Turki sekiranya dia mati. Ustaz tadi menggelabah dengan kedegilan jin betina ini. Apabila gagal mengubati Turki si ustaz menasihatkan supaya Tuki dirantai kepada katil. Menurut si bapa lagi, beliau juga pernah disampuk entiti yang sama ketika beliau masih kecil. Beliau mengesyaki yang entiti ini berpindah ke badan Turki kerana dia lebih muda. Maka terantailah Turki dikatilnya selama 6 tahun hingga seorang professor dan aktivis hak asasi manusia datang melawat beliau. Apabila Quran dibacakan si professor Turki meracau-racau dengan suara wanita yang mendakwa dirinya ratu jin. | |
Monopoli BN punca kos sara hidup tinggi Posted: 08 Aug 2011 07:00 PM PDT Pakatan Rakyat yakin kos sara hidup tinggi yang terpaksa ditanggung oleh setiap rakyat negara ini pada hari ini adalah akibat dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mewujudkan sistem monopoli dan ketinggalan zaman. Sehubungan itu, terdapat keperluan mendesak agar sistem permit terutamanya yang bersabit import barang keperluan utama dikaji keseluruhannya kerana ia meningkatkan harga barangan yang menekan rakyat. Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim menegaskan, Pakatan Rakyat juga mendakwa harga petrol dan diesel yang tinggi di Malaysia adalah akibat perancangan guna tenaga yang lemah. Menurut beliau, Malaysia dilaporkan masih menggunakan sehingga 70 peratus daripada minyak mentahnya yang bergred tinggi dan mahal untuk diproses menjadi petrol dan diesel bagi kegunaan domestik. Katanya, oleh kerana harga minyak mentah adalah komponen kos yang paling utama, sebarang usaha untuk menukar minyak mentah kepada gred yang lebih murah akan secara langsung menurunkan harga petrol dan diesel di Malaysia. "Pakatan Rakyat yakin bahawa harga petrol dan diesel boleh diturunkan segera. Salah satu caranya melalui perancangan guna tenaga yang lebih munasabah," katanya pada sidang media di Pejabat S e t i a u s a h a Ke r a j a a n Selangor (SUK), dekat sini, 2 Ogos lalu. Sebelum itu di tempat yang sama, Pa k a t a n Rakyat, menurutnya, telah mengadakan Rundingan Ekonomi Buku Jingga yang pertama dengan ahli ekonomi, penganalisis pasaran dari bank dan firma kewangan, pimpinan kesatuan sekerja dan persatuan pengguna. Katanya, rundingan t e r s e b u t a n t a r a l a i n membincangkan secara terperinci langkah-langkah segera yang boleh dilakukan untuk mengawal inflasi dan membantu jutaan isi rumah Malaysia yang terbeban dengan kos sara hidup mutakhir ini. "Rundingan tersebut adalah yang pertama daripada beberapa siri selepas ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk digarap di dalam Belajawan 2011 yang akan diumumkan oleh Pakatan Rakyat dalam bulan Oktober ini. "Setiap rundingan a k a n me m f o k u s k a n kepada persoalan dasar ekonomi negara yang utama, termasuklah dasardasar pertumbuhan dan persaingan ekonomi, menurunkan kos sara hidup rakyat dan reformasi sistem pendidikan supaya selari dengan keperluan modal insan negara," katanya. Pe luang yang di perolehi oleh pimpinan Pakatan Rakyat pada hari ini untuk bertukar-tukar fikiran dengan wakil-wakil daripada pelbagai sektor penting ekonomi negara itu, katanya, akan dimanfaatkan sebaik mungkin, apabila pandangan-pandangan itu akan digarabkan di dalam Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat. "Belanjawan 2011 oleh Pakatan Rakyat adalah satu lagi dokumen ekonomi yang memberi peluang kepada rakyat dan sektor niagawan menilai sendiri perbezaan pendekatan ekonomi yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat dan kerajaan BN, sekiranya Pakatan Rakyat yang berkuasa selepas pilihanraya umum akan datang," katanya. Turut hadir pada rundingan dan sidang media itu termasuklah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad serta pemimpin DAP. | |
Kejatuhan Ekonomi Dunia 1935: Satu Persediaan utk Kejatuhan 2012 Posted: 08 Aug 2011 05:00 PM PDT "The Great Depression Orang ramai berebut untuk mengeluarkan wang di bank Pada awal kurun ke-19, Amerika Syarikat mengamalkan polisi kewangan bersandarkan emas seperti apa yang dilakukan oleh negara-negara lain pada masa itu. Diantara tahun Oktober 1929 dan 1934, berlakunya musibah ruangan dagangan saham terkemuka dunia di "Wall Street" di New York, Amerika Syarikat. Berlakunya insiden "Wall Street Crash"dimana pada waktu itu semua pasaran saham merundum jatuh menyebabkan kegagalan ekonomi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. Sangat teruk sehingga ekonomi mereka berhenti serta merta. Punca kegagalan ini adalah disebabkan pelabur dan pedagang saham mengunakan pinjaman (leverage) yang terlalu tinggi untuk membeli saham. Seperti yang kita tahu, dalam perniagaan ada masa untung, ada masa kita rugi. Apabila saham merundum, pelabur gagal membayar balik pinjaman ini dan menyebabkan bank-bank mengalamai masalah kecairan kewangan (tiada wang). Apa bila bank bermasalah, orang ramai mula panik. Orang ramai mula berebut dan beratur panjang di bank cuba untuk mengeluarkan semua wang yang mereka ada. Akan tiba satu tahap dimana bank terpaksa mengishtiharkan cuti (bank holiday) kerana kehabisan wang (bank runs). Kegawatan ekonomi yang sangat dahsyat menyebabkan ramai yang tiada pekerjaan, sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, lambakan barangan kerana tiada pembeli, pembinaan terpaksa ditangguhkan dan macam-macam lagi. Dan di Amerika sebuah negara industri yang hebat, kini menjadi detik hitam pada negara mereka, dan dikenali sebagai "The Great Depression". Emas Di Rampas Dari Orang Ramai Arahan merampas emas dari Presiden Roosevelt. Ekonomi pada masa itu tidak bergerak langsung. Orang ramai takut untuk berbelanja dan melabur. Wang tidak bergerak, tiada wang di bank untuk diniagakan. Jika ada wang pun tiada siapa pula yang hendak meminjam. Oleh itu presiden Amerika ketika itu Franklin Roosevelt terpaksa mengambil tindakan drastik untuk memulihkan ekonomi Amerika. Dia mengunakan kuasa mutlak presiden meluluskan akta "Emergency Banking Act". Akta ini membenarkan kerajaan melakukan apa yang terbaik untuk memulihkan ekonomi dan berkuasa untuk mengambil alih institusi kewangan dan perbankan (nationalize). Tindakan pertama yang diambil adalah untuk merampas semua emas dari rakyat Amerika (lihat gambar diatas. Klik disini untuk membaca artikel penuh). Jika gagal untuk menyerahkan emas, individu boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda sebanyak $10,000 dan pejara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali !! Dan mereka yang menyerahkan emas-emas mereka akan digantikan dengan wang kertas dollar Amerika pada nilai 1oz emas untuk $20. Dan pada masa inilah menampakkan kebocoran sistem matawang kertas. Kerana wang boleh dicetak dengan sangat mudah. Untuk menampung proses penebusan emas ini, bank pusat Amerika atau "Federal Reserved" terpaksa mencetak sebanyak $2,000,000,000 (billion) dollar. Ingat, bank-bank sudah tiada wang, jadi $2 billion ini jatuh dari langit !! Saya berikan sedikit gambaran bertapa banyaknya $2 billion dollar pada masa itu. Setin sup Campbell boleh di beli dengan hanya $0.20. Satu suit baru jaket dan seluar yang baik boleh dibeli tempah dengan harga $20 sahaja. Kepada orang ramai, mereka tiada pilihan dan terpaksa menerima wang kertas ini. Pada 1933 Inflasi Dilahirkan Setelah operasi "merampas" emas ini tamat, orang ramai mula menyimpan wang-wang kertas ini dibank. Bank-bank boleh mula berurusniaga. Walaupun ekonomi bergerak, tetapi perlahan. Jadi untuk terus "meransang" ekonomi ini Roosevelt melaksanakan pelan kedua. Pelan keduanya ialah dengan menyusutkan nilai matawang Dollar Amerika dari $20 per oz kepada $35d per oz emas. Ini menjadikan lebih banyak wang diperlukan untuk membeli jumlah emas yang sama. Ini menambahkan lagi kekalutan pada orang ramai. Asset wang kertas mereka secara automatik susut nilai. Jadi mereka mula berbelanja dan melabur untuk cuba mendapatkan balik atau mengurangkan kerugian mereka. Tindakan ini memang berjaya untuk merancakan ekonomi pada masa itu, tetapi rakyat yang terpaksa menanggung kerugiannya. Orang ramai tidak boleh buat apa-apa. Mereka tiada lagi kawalan atas emas-emas yang mereka serahkan dahulu. Dan detik ini inflasi pada skala global dilahirkan. Dan kegiatan memanipulasi nilai matawang merupakan senjata ekonomi paling merbahaya dan masih lagi digunakan hingga hari ini. Amerika Syarikat telah mengesahkan bahawa wang kertas boleh mengawal kekayaan orang lain melalui manipulasi matawang. Kita dapat lihat bagaimana kerajaan sesebuah negara boleh merampas hak orang ramai atas nama ekonomi. Kita dapat lihat bagaimana harga sesuatu barang, melalui wang kertas boleh dimanipulasi untuk kepentingan tertentu. sumber " |
You are subscribed to email updates from Briged Al-Akhdor LR2 To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan