DIALOG RAKYAT |
- JPJ awasi 3 laluan 'sakaratulmaut'
- PAS Perak hubungi pengundi luar dengan FB
- Pakatan mulakan belanjawan alternatif
- Karpal: Desak percepat kes Anwar 'hina mahkamah'
- Wan Azizah akan ganti Anwar 'jika perlu'
- Muhyiddin: Saya sendiri tak mampu jawab sebab pelajar gagal kuasai BI
- Pakatan: Bersih 3.0 susul jika Najib gagal bersihkan daftar pemilih
- Masalah MCA boleh lemahkan kempen BN di Selangor, kata sumber
- PRU-13: Umno dakwa BN boleh menang besar di Selangor
- PAS tangkap pengedar MyKad kepada warga asing
- 245,376 Pati didaftar sehingga hari ini
- Krisis hutang Eropah: Ekonomi M’sia tidak terjejas
- ‘Serbu’ gereja, PAS tentukan pendirian esok
- 1,000 ahli Umno bincang kaedah terbaik bangunkan Kelantan
- Mat Zal cerita detik ditumbuk,diterajang, dipukul polis sehingga berdarah kepala semasa Himpunan Bersih 2.0
- TERKINI!! Exco Kedah terima peluru dan surat ugutan
- Kunci kemenangan Pakatan di Kedah
- Lucutkan kuasa AG, gugur tuduhan terhadap PSM6 – Surendran
- Bersih: Warga Indonesia jadi pengundi, SPR perlu beri penjelasan
- PAS S'gor Desak Tubuh RCI Siasat JPN
- Kes Fitnah II : Nurul Izzah Desak Najib, Rosmah Ke Mahkamah
- Jeff Ooi Diberi Amaran Keras
- Peniaga Bazar Dinasihatkan Tawar Harga Berpatutan
- Tengkorak Dan Rangka Manusia Dijumpai Dalam Kebun
- 'Sidang Parlimen Tergempar' Pakatan Ingatkan Najib
JPJ awasi 3 laluan 'sakaratulmaut' Posted: 06 Aug 2011 03:28 PM PDT BERNAMA Tiga laluan pintu masuk ke Kelantan iaitu Machang-Grik, Kuala Krai-Gua Musang dan Pasir Puteh-Bukit Yong dikenalpasti sebagai berisiko tinggi nahas jalan raya atau 'Jalan Sakaratulmaut' pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini. Pengarah JPJ Kelantan Abdul Ghani Che Kassim berkata kawasan terbabit kerap berlaku kemalangan jalan raya, terutama dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas hari raya, berpunca daripada pemandu yang ingin pulang ke kampung memandu dalam keadaan mengantuk atau memandu terlalu laju. Sehubungan itu, katanya, JPJ Kelantan akan meningkatkan pemantauan di tiga laluan pintu masuk utama itu sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini. "Kita akan membuat rondaan dan jika perlu menempatkan anggota secara statik di kawasan yang dikenalpasti berisiko tinggi berlaku kemalangan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kaunter Online "One JPJ" di Pasar Tani Terminal Agribisnes Negara (Teman), di Tunjung di Kota Baharu hari ini. Beliau berkata gerakan itu akan dijalankan sebaik saja Ops Raya bersepadu dilancarkan secara serentak di peringkat kebangsaan tidak lama lagi. Sempena pelancaran itu, JPJ membuka kaunter bagi menyediakan kemudahan kepada orang ramai untuk perkhidmatan membaharui lesen memandu dan cukai jalan serta mengemaskini alamat pemegang lesen memandu dan menyemak saman polis dan JPJ dengan kerjasama pengendali sistem elektronik e-Government Service Provider. |
PAS Perak hubungi pengundi luar dengan FB Posted: 06 Aug 2011 03:23 PM PDT MALAYSAIA KINI Menjelang pilihan raya umum akan datang, PAS Perak memperkenalkan laman Facebook khas bagi berkomunikasi dengan pengundi negeri itu yang berada di perantauan. Ia dilancarkan pesuruhjayanya Abu Bakar Hussien di Markaz Tarbiyyah PAS negeri di Changkat Jering semalam, kata kenyataan PAS Perak. Abu bakar (kanan, berbaju biru) dalam ucapan ringkasnya berharap usaha itu membantu PAS dan Pakatan Rakyat merampas kembali tampuk kepimpinan negeri daripada BN antaranya melalui penggunaan laman sosial itu secara maksimum. Sementara itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Perak Haji Asmuni Awi pula berkata, pihaknya mensasarkan 50,000 akan mengikuti Facebook itu sebelum pilihan raya akan datang. "Bagi semua pengundi yang menyokong PAS/Pakatan terutamanya yang berada di Lembah Klang agar dapat bersama dengan Facebook ini yang menjadikan ianya komunikasi dan saluran berita PAS/Pakatan di negeri Perak," katanya. Asmuni juga berkata, laman itu akan menjadi pentas mendapatkan maklumat yang akan dijawab sendiri oleh pimpinan PAS negeri. Beliau juga berharap semua pengundi luar yang berada di seluruh negara agar kembali ketika pilihan raya umum ke-13 nanti. |
Pakatan mulakan belanjawan alternatif Posted: 06 Aug 2011 03:22 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Jawatankuasa kerja Pakatan Rakyat hari ini mengadakan mesyuarat pertamanya bagi membincangkan belanjawan alternatif, sekali gus mendepani pengumuman Belanjawan 2012 pada Oktober. Anggota jawatankuasanya Dzulkefly Ahmad (kanan) berkata hasil perbincangannya akan dikeluarkan sebelum kerajaan pusat mengumumkan belanjawannya. Bagaimanapun, anggota parlimen Kuala Selangor itu menegaskan, ia bukan belanjawan bayangan sepenuhnya tetapi lebih kepada pendekatan strategik, seperti dikeluarkan Pakatan pada 2008. Bercakap dalam sidang media di pejabat Pakatan di Petaling Jaya hari ini, Dzulkefly berkata, gabungan itu akan menagmbil pendekatan strategik, di mana semua parameter sektor akan diambil kira. |
Karpal: Desak percepat kes Anwar 'hina mahkamah' Posted: 06 Aug 2011 03:18 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Mendesak mahkamah menyegerakan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dikira menghina mahkamah kerana mencampuri pentadbirannya, kata Karpal Singh. Ketua peguam pembelaan dalam perbicaraan kes itu merujuk kepada cubaan kumpulan pendesak Gerakan Anti-Penyelewengan Selangor (Gaps) yang mahukan perbicaraan itu dipercepat. "Perbicaraan Anwar harus dibenarkan berlangsung tanpa sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak," kata Karpal (kiri) dalam kenyatannya hari ini. Katanya, setiap pihak tidak kira siapa tidak patut mengeluarkan kenyataan terbuka yang boleh mengganggu perjalanan perbicaraan itu. The Star hari ini melaporkan, Gaps mendesak mahkamah mempercepatkan perbicaraan, ekoran aduan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mahukan campurtangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada Rabu. |
Wan Azizah akan ganti Anwar 'jika perlu' Posted: 06 Aug 2011 03:15 PM PDT Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mengakui pernah terlintas di fikiran bahawa suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim – yang berdepan dengan dakwaan demi dakwaan salah laku seks – patut bersara dari politik. Tetapi bukanlah sekarang, kata Wan Azizah. Malaysiakini mengemukakan soalan berkenaan kepadanya dalam satu temubual minggu lalu bagi menanggap sejauh manakah dakwaan berkenaan menjejaskan kepemimpinan Anwar setakat ini. "Sebelum ini, ya – ketika dia menjadi profesor di (Universiti) John Hopkins. Saya gembira dengan kehidupan (pada waktu itu). "Saya perlu berterus terang. Kami merupakan keluarga biasa (pada waktu itu) – anak-anak berada di sana (Amerika Syarikat), melanjutkan pengajian, meneruskan kehidupan dan kami seronok. "Tetapi kini ada pilihan (yang pelu dibuat). Saya fikir, dalam keadaan politik yang teruk pada masa ini, bukan sahaja Anwar yang diperlukan. Semua orang diperlukan. "Seorang individu tidak dapat membuat banyak perubahan, tetapi setiap orang dan setiap rakyat Malaysia boleh melakukannya. Inilah yang saya ingin lihat," katanya. Wan Azizah juga berkata, beliau akan kembali ke arena politik semula sekiranya Anwar kecundang dalam perbicaraan kes ini. "Sekiranya saya diperlukan, tentulah. Tetapi terdapat ramai lagi pemimpin lain yang sudah teruji... "Saya bukanlah sangat seorang ahli politik. (Tetapi) saya rasa saya ada imej yang berupaya menyatukan orang ramai," katanya lagi yang meletakkan harapan tinggi kepada barisan pemimpin muda. Ditanya sekiranya beliau merasakan bahawa Anwar akan kembali ke dipenjara, Wan Azizah berkata beliau meletakkan harapan supaya perkara itu tidak akan berlaku. "Janganlah doa begitu," katanya sambil tertawa kecil. "Tentulah ada pelan kecemasan – pelan A, pelan B dan pelan C," katanya lagi. Lalu siapa yang akan mengetuai Pakatan sekiranya ia dapat menguasai Putrajaya tanpa Anwar? "Apabila keadaan itu berlaku, kita akan buat keputusan. Walaupun jika Pakatan berkuasa, kita masih perlukan semak dan imbang. Anda tidak boleh ada kuasa mutlak, anda tidak boleh (jadi) diktator," tegas Wan Azizah. PKR juga telah melatih ramai pemimpin muda untuk mengisi kedudukan pemimpin lama, katanya lagi. |
Muhyiddin: Saya sendiri tak mampu jawab sebab pelajar gagal kuasai BI Posted: 06 Aug 2011 03:10 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER SEGAMAT – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mahukan pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah dikaji semula bagi memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai bahasa penting itu sebagai bahasa kedua. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Pelajaran melaksanakan kajian itu. Menyatakan pandangan beratnya terhadap soal menguasai bahasa tersebut oleh pelajar, Timbalan Perdana Menteri berkata, penguasaan Bahasa Inggeris adalah penting kerana ia bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa dan ekonomi. "Bagaimana sistem pendidikan negara selama 13 tahun, dengan lima tahun di sekolah menengah, masih tidak mampu membuatkan murid-murid kita menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. "Saya sendiri tidak mampu menjawapnya," katanya ketika berucap sempena lawatannnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Maokil, Labis di sini. Dipetik Bernama Online, Muhyiddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, kajian itu yang akan dikendali Bahagian Kurikulum Bahasa Inggeris akan melihat sama ada kelemahan itu berpunca dari kekurangan guru Bahasa Inggeris, peralatan atau punca-punca lain. Katanya, murid-murid mungkin beranggapan bahawa kemampuan menguasai Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua itu tidak penting untuk mereka, sehingga mengakibatkan mereka berhadapan dengan masalah ketika di peringkat universiti. Beliau menolak tanggapan pelaksanaan dasar "Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris" (MBMMBI), telah mengakibatkan Kementerian Pelajaran mengabaikan penguasaan Bahasa Inggeris. "Itu tanggapan yang salah, saya dan Kementerian Pelajaran sentiasa menekankan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," katanya. Muhyiddin juga berkata, kementeriannya telah melakukan audit menyeluruh tentang kedudukan infrastruktur pendidikan negara, dalam usahanya untuk menyediakan keperluan infrastruktur yang diperlukan oleh sekolah-sekolah. Walaupun kementeriannya menerima peruntukan pembangunan di antara RM5 bilion hingga RM6 bilion setiap tahun, tetapi katanya, ini tidak mencukupi kerana bilangan sekolah di negara ini adalah besar serta pertumbuhan penduduk yang pesat memerlukan pembinaan sekolah-sekolah baru. |
Pakatan: Bersih 3.0 susul jika Najib gagal bersihkan daftar pemilih Posted: 06 Aug 2011 03:07 PM PDT KUALA LUMPUR — Sambil menegaskan pihaknya tidak meletakkan sebarang keyakinan ke atas pentadbiran Najib bahawa akan menyelesaikan kemelut pengurusan pilihan raya, Pakatan Rakyat mahu Perdana Menteri memikul tanggungjawab bagi memastikan daftar pemilih benar-benar bersih. Jika tidak, kata Pakatan Rakyat gelombang Bersih 3.0 akan menyusul. Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) menegaskan, Najib perlu bertindak segera lalu menyelesaikan semua penyelewengan dan konspirasi yang didakwa wujud demi memenangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 termasuk terbaru dakwaan pemberian kad pengenalan MyKad kepada warganegara asing. Bagaimana beliau tidak meletakkan harapan tinggi untuk Najib menyelesaikan masalah yang berlaku termasuk isu pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap. "Apa lagi yang kita boleh harapkan pada perdana menteri, Himpunan Bersih 2.0 pun beliau tak boleh nak tangani, macam mana dengan isu yang terbaru ini (pertukaran status kewarganegaraan pemastautin tetap). "Tapi sebagai pemerintah, beliau perlu bertindak segera... tuntutan Bersih 2.0 juga perlu dilaksanakan malah isu yang baru ini diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-13," kata Salahuddin. Isu daftar pemilih menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai pertukaran status kewarganeraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan hebat daripada kepimpinan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Berikutan pendedahan itu, Pakatan Rakyat mahu sidang tergembar Parlimen bagi membahaskan isu kewujudan pengundi-pengundi kalangan rakyat asing yang diberikan taraf kewarganegaraan Malaysia. Selain itu Pakatan Rakyat juga mendakwa BN mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar." Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13. Tegas Salahuddin, Najib harus bertanggungjawab terhadap semua penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya selain memberi penjelasan tentang langkah JPN membenarkan pemastautin tetap ditukar status menjadi warga negara Malaysia. "Walau macam mana pun beliau (Najib) harus bertanggungjawab, beliau perlu tampil menyelesaikan semua kemelut yang berlaku ini...beliau mesti bertindak segera dan bertanggungjawab. "Kita tahu apa yang dilakukan ini adalah usaha-usaha untuk membantu BN menang, selagi Najib sebagai perdana menteri beliau perlu tampil menyelesaikan perkara ini kerana ia akan mengancam keselamatan negara," katanya. Ahli Parlimen Kubang Kerian ini turut mengingatkan pentadbiran Najib agar melakukan segera transformasi pilihan raya sekiranya tidak mahu berdepan dengan Himpunan Bersih 3.0. "Sekiranya masih tiada perubahan sebelum pilihan raya umum ke-13 besar kemungkinan Himpunan Bersih 3.0 akan mengambil tempat. "Kalau perlu kita akan lakukan, apa lagi yang kita boleh harapkan dengan sistem (pilihan raya) sekarang? Kalau SPR kata daftar pemilih bersih dan nafikan lagi, kita ada bukti... kita boleh buktikan, adakah kita mahu terus berdiam diri?," katanya sambil menambah cadangan Himpunan Bersih 3.0 masih belum dibincangkan secara serius. Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor. Ditanya apa langkah akan diambil PAS selepas ini, Salahuddin berkata pihaknya telah menyediakan beberapa pelan tindakan untuk mendesak Putrajaya. "Saya rasa kita ada pelan tindakan...kita mempunyai beberapa siri pelan tindakan yang harus dilaksanakan dan buat masa ini tempat terbaik untuk mendedahkan semua konspirasi peringkat tertinggi ini adalah di Parlimen sebab itu kita mahu sidang tergempar Parlimen. "Kita juga akan desak kerajaan menubuhkan inkuiri awam untuk kita kenal pasti siapa yang terlibat sehingga ke akar umbi," katanya. Tegas beliau, sekiranya semua pelan tindakan itu tidak dipedulikan Putrajaya, pihaknya terpaksa menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai langkah terakhir bagi memastikan sistem pilihan raya diadakan secara bersih dan adil. Ditanya sama ada mempercayai daftar pemilih SPR, Salahuddin bagaimana pun menegaskan "sebab itu kita mahu satu pembersihan dilakukan yang mana ia merupakan perjuangan kita selama ini. |
Masalah MCA boleh lemahkan kempen BN di Selangor, kata sumber Posted: 06 Aug 2011 02:04 AM PDT KUALA LUMPUR — Walaupun Umno berkeyakinan boleh menawan semula Selangor pada pilihan raya umum akan datang, namun MCA melahirkan rasa bimbang untuk menang, kata pemimpin parti itu. Mendakwa kepimpinan Ketua MCA Selangor Datuk Donald Lim yang tidak serius, seorang pemimpin parti itu menjangkakan sebilangan besar barisan hadapan MCA akan keluar dengan mengatakan parti tidak akan dapat mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi. "Kita sepatutnya belajar tetapi ia tidak berlaku. Malah MCA pun belum pun ada satu pusat operasi pilihan raya. "Pemimpin kita tidak turun padang, berjumpa rakyat. Pengundi tidak tahu rupa mereka dan calon-calon kita belum tentu lagi boleh menang," kata seoran pemimpin negeri MCA yang tidak didedahkan namanya kepada The Malaysian Insider. Pemimpin itu berkata tidak seperti MCA, ahli Umno disemarakkan lagi dengan tsunami politik yang berlaku sejak pilihan raya umum 2008 dan mereka kini aktif mendaftarkan pengundi untuk mendapatkan sokongan. Pemimpin itu menjelaskan BN mempunyai 879 pusat daerah mengundi di Selangor dan telah melantik satu jawatankuasa yang mana setiap mereka ditugaskan untuk mengenalpasti pengundi dalam setiap kawasan. "Dengan sistem ini, pemimpin boleh menumpukan kepada pengundi yang khusus sebagai contoh 100 rumah dan Umno telah bekerja kuat, menganjurkan program dan menemui rakyat, mendengar rungutan dan memberikan bantuan kebajikan. "Tapi bagi MCA, kita mungkin berjuang untuk memenangi kembali dua kerusi — Kuala Kubu baru dan Sungai Pelek," katanya. Bagaimanapun pemimpin veteran ini berkata satu anjakan mungkin boleh berlaku dan menyenaraikan empat kerusi yang boleh dimenangi MCA — Balakong, Sekinchan, Teluk Datuk dan Kajang — kesemua kerusi parti itu tewas dengan majoriti yang kecil pada pilihan raya umum 2008. "Tapi kita perlu mengharapkan kualiti setiap calon. Kita tidak boleh tewas dalam kerusi yang kita tanding sebelum ini. Dan kita mesti meletakkan calon tempatan," katanya. Seorang lagi pemimpin MCA juga berkata, kecewa dengan ahli parti dan jurang antara calon dan pengundi, langkah itu akan memberi kesan kepada parti itu. Sementara itu, seorang pemimpin MCA memberitahu The Malaysian Insider bahawa calon-calon MCA yang tewas pada pilihan raya umum 2008 telah menutup pusat perkhidmatan mereka dan tidak berusaha untuk mendapatkan semula sokongan. The Malaysian Insider difahamkan ahli strategi Umno menjangkakan akan berlaku meningkatan terhadap sokongan orang Melayu dari 50 peratus pada 2008 kepada hampir 65 peratus, parti itu akan menang sekurang-kurangnya 25 daripada 35 kerusi negeri. Tetapi ia tidak cukup untuk Barisan Nasional (BN) bertukar kerajaan dengan Pakatan Rakyat dengan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — satu usaha yang baik dilakukan BN untuk menghadapin pilihan raya umum ke-13, yang mungkin akan diadakan selepas Hari Raya. Menurut seorang pemimpin BN, ahli strategi Umno telah berkata MCA boleh mendapat sekurang-kurangnya tiga daripada 14 kerusi sementara MCA boleh menyumbangkan satu daripada tiga kerusi yang membolehkan BN hanya memperoleh 29 kerusi. "Tapi ia boleh mengurangkan majoriti dalam kerajaan. Sasaran kita untuk menang sekurang-kurangnya melebihi 40 kerusi," kata Ketua Penerangan Umno Selangor Abdul Shukor Idrus kepada The Malaysian Insider. Beliau bagaimanapun mengakui sukar untuk mendapatkan sokongan BN dan berkata, "kami harap MCA boleh lakukan keajaiban." Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang ini berkata BN memerlukan sekurang-kurangnya 30 peratus undi Cina untuk membantu gabungan itu memperoleh kemenangan dengan majoriti selamat di Selangor. "Pada pilihan raya lalu, ia tidak mencecah 20 peratus. Jika kita boleh dapat 30 peratus dan ke atas, terutamanya di kawasan pinggir bandar dan luar bandar, kita boleh menang. Tapi kerusi di bandar kita memerlukan sekurang-kurangnya 50 peratus... itu sukar," katanya. Menurut Ketua Penerangan MCA Selangor Datuk Yap Pian Hon, BN memerlukan 35 peratus undi Cina jika mahu mendapatkan kemenangan selesa walaupun di kerusi yang majoriti orang Melayu. "Ini sebab Selangor unik... dalam banyak kerusi, walaupun majoriti orang Melayu tapi pengundi Cina besar. Jadi Umno memerlukan pengundi Cina untuk menyokong mereka," katanya. Berdasarkan perangkaan dari pilihan raya umum 2008, seramai 1.5 juta pengundi berdaftar di Selangor, dengan Melayu sebanyak 50.7 peratus sementara Cina 34.7, India 13.9 peratus dan lain-lain 0.6 peratus. Pada pilihan raya umum 2008, MCA tewas terus dengan hanya memenangi dua daripada 14 kerusi yang ditandingi. Umno mendapat 18 kerusi daripada 35 kerusi yang ditandingi sementara Gerakan dan MIC bertanding empat dan tiga kerusi namun gagal memenagi sebarang kerusi. Sementara gabungan DAP, PKR dan PAS yang menguasai negeri terkaya itu dengan 36 kerusi. |
PRU-13: Umno dakwa BN boleh menang besar di Selangor Posted: 06 Aug 2011 02:01 AM PDT TERKINI KUANG — Umno yakin Pakatan Rakyat akan berkubur di Selangor pada pilihan raya umum ke-13 dengan Barisan Nasional (BN) boleh memperoleh majoriti 20 kerusi bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat. Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus memberitahu The Malaysian Insider, pada kali ini BN boleh memperoleh sekurang-kurangnya 38 daripada 56 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada Mac 2008 BN hanya memperoleh 20 kerusi di negeri paling kaya di Malaysia itu. Umno Selangor kini diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak sendiri dan meletakkan sasaran mahu merampas negeri itu dengan apa cara sekali pun. Abdul Shukor meramalkan kemungkinan itu ekoran peningkatan dalam sokongan pengundi Melayu daripada 50 peratus pada 2008 kepada 65 peratus sekarang. Katanya, ia juga disumbangkan oleh rasa tidak senang dengan kerajaan negeri diterajui Pakatan Rakyat dan juga kerja kuat kepimpinan Umno, yang terkejut dengan kekalahan pada Mac 2008. "Meskipun kami tidak boleh mengatakan bahawa kami sudah sangat selesa, tetapi kami yakin bahawa kami boleh menang Selangor," kata beliau ketika ditemui di pusat perkhidmatan beliau di sini minggu lalu, sebelum kontroversi terbaru melibatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama tiga hari lalu. Adun Kuang itu berkata, 38 kerusi yang disasarkan mereka terdiri daripada kawasan luar bandar dan separa bandar - kawasan di mana pengundinya mempunyai akses terhad kepada Internet, media sosial dan media alternatif. "Isu-isu besar dan sebagainya tertumpu di kawasan bandar, tetapi kurang berpengaruh di kawasan luar bandar. "Di bandar, setiap orang menggunakan Internet. Tetapi di luar bandar, ramai hanya membaca akhbar... mereka banyak membaca Utusan (Malaysia)," kata beliau dengan senyuman. Wakil rakyat penggal pertama ini berkata, isu-isu kebangsaan yang dibawa Pakatan Rakyat hanya memberi kesan ke atas pengundi-pengundi bandar khususnya mereka yang tinggal di bandar-bandar yang dilihat kubu kuat Pakatan Rakyat. Abdul Shukor berkata Umno telah mengenal pasti 18 kerusi yang dikategorikan sebagai "kawasan hitam", yang parti itu melihat mustahil untuk dimenangi. Antaranya ialah Subang Jaya, Bukit Lanjan, Bukit Tunku, Balakong, yang terletak di bahagian Parlimen Petaling Jaya Utara dan Selatan. Katanya, BN tidak berputus asa dengan kerusi-kerusi "kawasan hitam" tetapi akan memberi fokus yang mendalam ke atas 38 kerusi yang dikenal pasti boleh dimenangi. Justeru kata beliau, pihaknya berharap MCA boleh menyumbang antara empat hingga tujuh kerusi manakala MIC yakin boleh menang di kerusi DUN Batu Caves dan Ijok. Baki kerusi akan disumbangkan oleh Umno. The Malaysian Insider difahamkan Umno akan meletakkan calon di 35 kerusi dan telah mengenal pasti 25 kerusi sudah boleh dimenangi, lebih tujuh daripada jumlah dikuasai tiga tahun lalu. Abdul Shukor juga berkata sokongan masyarakat India kepada pentadbiran Najib turut mengalami peningkatan selepas Datuk Seri S. Samy Vellu memutuskan untuk meletakkan jawatan akhir tahun lalu. Minggu lalu Najib memperuntukkan kerusi menteri penuh kedua kepada MIC. Katanya, sokongan masyarakat Cina juga sudah mula mengalami peningkatan ekoran rasa tidak senang golongan bisnes dengan pentadbiran Pakatan Rakyat. Berhubung pengundi Melayu, kata Abdul Shukor, pemimpin-pemimpin Umno bekerja kuat dengan meningkatkan program membabitkan mereka. "Kami pergi dari rumah ke rumah, kami memberikan bantuan kepada golongan ibu tunggal, yang miskin. Kami membetulkan atap rumah dan longkang... malah betulkan tandas," katanya lagi. Sebagai contoh, kata Abdul Shukor, beliau memutuskan untuk melawat 20 rumah di setiap hari Jumaat sejak dilantik ke jawatan itu. |
PAS tangkap pengedar MyKad kepada warga asing Posted: 06 Aug 2011 02:00 AM PDT "Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak." SHAH ALAM: PAS Selangor mengesan sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing yang didakwa didalangi rakyat tempatan berlaku di DUN Paya Jaras, Subang dekat sini. Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata, PAS mengesan pada Februari lalu apabila tangkapan dibuat di sebuah rumah. Beliau juga kesal ekoran laporan hasil siasatan berhubung sindiket pemberian kad pengenalan kepada warga asing masih belum mendapat perhatian pihak polis. "Peliknya kad pengenalan itu boleh dibaca 'card reader' tetapi semakan di dalam talian Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan mereka sebagai penduduk tetap (PR) "Kami menangkap seorang penduduk luar Selangor yang ditemui sedang mengedarkan kad pengenalan dan borang kepada sekumpulan warga Indonesia dalam sebuah rumah pada tengah malam. "Satu kes lagi melibatkan seorang individu dari Johor yang mengedarkan kad pengenalan kepada warga Kemboja. Kerakyatan sedang digadai "Kita sudah buat laporan polis tapi masih belum ada tindakan yang diambil dan kita tidak tahu kes ini disiasat atau tidak," katanya. Dalam pada itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad perkara itu tidak boleh dipandang ringan kerana melibatkan keselamatan negara serta menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat Malaysia. Ujar Khalid kes tersebut juga seperti kes yang berlaku di Sabah ketika Barisan Nasional berjaya menguasai negeri itu. "Jika kerakyatan sedang digadai untuk kemenangan BN, ini satu pengkhianatan yang sangat teruk. "Bagi negara demokrasi, orang yang melakukan kerja ini boleh dihukum dengan hukuman berat," katanya. |
245,376 Pati didaftar sehingga hari ini Posted: 06 Aug 2011 01:59 AM PDT Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pendaftaran dibuat melalui 197 pejabat Imigresen dan 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh 336 syarikat pengurus. PUTRAJAYA: Seramai 245,376 pendatang asing tanpa izin (Pati) telah didaftar sehingga tengah hari hari ini sejak hari pertama pendaftaran Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) bermula Isnin lepas. Timbalan Ketua Setiausaha (Kanan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Alwi Ibrahim berkata dalam satu kenyataan hari ini bahawa pendaftaran dibuat melalui 197 pejabat Imigresen dan 1,934 kaunter pendaftaran yang dikendalikan oleh 336 syarikat pengurus. Berdasarkan pecahan mengikut negeri, Selangor mencatatkan bilangan pendaftaran paling tinggi dengan 79,855 orang, diikuti Kuala Lumpur (54,041), Johor (31,060), Pulau Pinang (18,278), Perak (13,358), Pahang (12,218), Putrajaya (11,641), Negeri Sembilan (9,146), Kedah (7,738), Melaka (3,981), Kelantan (1,690), Terengganu (1,557), Perlis (648) dan Labuan (255). Mengenai aduan syarikat pengurus yang mendakwa gagal beroperasi akibat masalah teknikal, Alwi berkata kementerian mengenal pasti antara lainnya berpunca daripada komputer milik syarikat pengurus yang menggunakan sistem operasi tidak sepadan berbanding keperluan perisian yang digunakan bagi pendaftaran program itu. Selaraskan sistem operasi Alwi berkata bermula semalam, lebih 100 kakitangan teknologi maklumat di kementerian telah diarah turun ke lapangan untuk memantau operasi syarikat pengurus dan membantu menangani masalah teknikal, jika masih ada. "Contohnya masalah berkaitan installation atau masalah memuat naik data," katanya. Beliau berkata jika terdapat sebarang aduan atau masalah yang dihadapi, pihak yang berkaitan boleh menghubungi Bilik Gerakan KDN di talian 03-8886 8110/8112. |
Krisis hutang Eropah: Ekonomi M’sia tidak terjejas Posted: 06 Aug 2011 01:58 AM PDT Malaysia masih mampu mempertahankan kedudukan ekonominya ekoran kebergantungan kepada ekonomi Asia seperti China dan India. KEPALA BATAS: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yakin ekonomi Malaysia tidak akan terjejas dengan krisis hutang Eropah dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat (AS). Beliau berkata Malaysia masih mampu mempertahankan kedudukan ekonominya ekoran kebergantungan kepada ekonomi Asia seperti China dan India. Katanya negara juga dijangka mampu berhadapan dengan situasi semasa itu kerana tidak mempunyai pendedahan terus. "Kekukuhan asas ekonomi Malaysia yang didorong oleh permintaan domestik akan menjadi penampan bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan ekonomi global. "Kita juga bernasib baik kerana mempunyai perdagangan dengan China dan India yang merupakan gergasi ekonomi dunia," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada ibu tunggal di Parlimen Tasek Gelugor di sini hari ini. Nor Mohamed yang juga Anggota Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejatuhan pasaran saham Asia berikutan kebimbangan keadaan ekonomi di AS dan Eropah. Menteri itu berkata, beliau percaya masalah yang berlaku di negara-negara maju itu tidak akan menyebabkan dunia terjebak dalam kemelesetan ekonomi secara berganda. "Eropah sedang bertungkus-lumus menyelesaikan krisis hutang dan AS pula masih mampu mencatatkan pertumbuhan tetapi pada kadar yang cukup perlahan," katanya. Beliau berkata pertumbuhan perlahan di AS disebabkan oleh kadar pengangguran yang cukup tinggi iaitu 17 peratus. Katanya AS kini berhadapan dengan situasi yang amat mencabar dan masalah pengangguran menjadi ancaman kepada kuasa besar ekonomi itu. |
‘Serbu’ gereja, PAS tentukan pendirian esok Posted: 06 Aug 2011 01:56 AM PDT Datuk Dr Hasan Ali dijangka memberi keterangan kerana menyokong tindakan Jais itu. PETALING JAYA: Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan bermesyuarat jam 10.00 pagi esok bagi menyatakan pendirian parti berhubung isu 'serbuan' ke atas sebuah gereja oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Bandar Utama, di sini malam Rabu lalu. Ketika dihubungi FMT, AJK PAS Pusat dan juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan mesyuarat itu akan di adakan esok di Ibu Pejabat parti, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Exco agama kerajaan negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, yang menyokong tindakan Jais itu, dijangka akan memberi keterangan dalam mesyuarat itu. Rabu lalu, sekumpulan pegawai Jais dan beberapa anggota polis telah pergi ke Gereja Methodist Damansara Utama untuk mengambil keterangan dari 12 orang Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibbah di gereja itu. Beberapa akhbar perdana melaporkan bahawa terdapat usaha pihak gereja tersebut untuk membaptiskan (mengkristiankan) masyarakat Islam di sebalik majlis makan malam itu. "Kami tidak dapat memberi komen atau membuat keputusan sehingga kami mendapat laporan dari Jais dan menemui Hasan Ahli untuk mendapatkan keterangan lanjut daripadanya. "Kami mahu melihat apa bukti yang beliau (Hasan Ali) hendak kemukakan," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor dan juga Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad semalam. Kenyataan Hasan dilihat bercanggah dengan kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang tidak bersetuju dengan tindakan Jais. Beliau meminta Jais menyediakan satu laporan berhubung perkara ini dan beliau akan menghadap Sultan Selangor sebelum mengambil sebarang tindakan atau menetapkan pendirian. Pengarah Jais, Marzuki Husin semalam menafikan melakukan 'serbuan' terhadap gereja tersebut tetapi menerangkan bahawa mereka membuat beberapa pemeriksaan dan terdapat percubaan untuk menghilangkan bukti-bukti. "Ia dilakukan untuk memelihara orang-orang Islam dan saya berharap isu ini tidak menjadi kontroversi. Kami tidak melakukan sebarang tangkapan," kata beliau, dipetik dari sebuah akhbar perdana. Menurut laporan beberapa portal berita, Hasan dan pegawai Jais mendakwa usaha-usaha untuk memurtadkan umat Islam telah dan sedang berlaku dan aktiviti-aktiviti ini dilakukan di beberapa buah gereja di negeri Selangor ini. Kesucian Islam dan umatnya terpelihara dalam Perlembagaan Malaysia dan orang-orang bukan Islam dilarang untuk berdakwah kepada orang-orang Islam. |
1,000 ahli Umno bincang kaedah terbaik bangunkan Kelantan Posted: 06 Aug 2011 01:55 AM PDT Hasil perbincangan itu akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. BACHOK: Lebih 1,000 anggota Umno daripada 13 bahagian di Kelantan menyertai perbincangan mencari kaedah terbaik membangunkan negeri itu yang jauh ketinggalan berbanding negeri lain. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata perbincangan yang digabung dengan pengisian Ramadhan itu bermula tengah hari sehingga lewat malam ini. "Saya dan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Datuk Fuad Hassan akan menjadi ahli panel kepada perbincangan itu," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Umno Bahagian Bachok hari ini. Awang Adek, yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata turut serta dalam perbincangan itu adalah cendekiawan dan tokoh perniagaan Kelantan. "Kita berharap mereka akan dapat mengeluarkan buah fikiran yang bernas demi untuk pembangunan Kelantan," katanya yang menambah hasil perbincangan itu akan dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional pada pilihan raya umum akan datang. Ketua Umno Bahagian Bachok itu turut menggesa setiap bahagian parti mencari dana menerusi syarikat swasta yang ingin mengeluarkan zakat harta, untuk diagih kepada rakyat kurang berkemampuan bagi mengurangkan beban mereka menyambut Aidil Fitri. |
Posted: 06 Aug 2011 01:53 AM PDT PASPB Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain. Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya. Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil "buku lima." Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah. Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut. Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam. Warta Utara |
TERKINI!! Exco Kedah terima peluru dan surat ugutan Posted: 06 Aug 2011 01:47 AM PDT PASPB Seorang anggota Exco Kerajaan Kedah, Lim Soo Nee menerima kejutan terbesar dalam kerjaya sebagai ahli politik pagi tadi apabila menerima sehelai sampul surat berisi sebutir peluru dipercayai M-16 dan surat berbau ugutan. Lim yang juga ADUN Kulim dari PKR menerima barang berkenaan ketika menaiki tangga dan terjumpa di atas tangga jam 9.45 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kulim, Supretendan Ghuzlan Salleh mengesahkan kejadian tersebut. Antara kandungan surat ugutan tersebut yang ditulis dalam Bahasa Melayu menyebut rasa tidak puas hati terhadap penganugerahan darjah kebesaran negeri Kedah kepada dua pembantu Lim sempena istiadat pengurniaan darjah kebesaran oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL JALAN PULANG Kedah state exco member Lim Soo Nee got a shock after receiving an envelope containing an M16 rifle bullet and a threatening letter this morning. |
Kunci kemenangan Pakatan di Kedah Posted: 06 Aug 2011 01:43 AM PDT Roketkini.com ALOR SETAR – Kunci untuk mengekalkan kemenangan Pakatan Rakyat di Kedah bergantung kepada undi kaum bukan Melayu yang memerlukan kerjasama erat PAS, DAP dan PKR. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata UMNO dan Barisan Nasional yang menyedari keadaan itu telah cuba sedaya-upaya untuk memecahbelahkan perpaduan erat antara pemimpin dan ahli komponen Pakatan. "Kunci BN ialah memisahkan DAP dan PAS. Kalau DAP-PAS berpisah, agak susah untuk Pakatan memenangi pilihan raya umum akan datang di sini. "DAP mempunyai pengundi dari kalangan kaum Cina yang ramai, begitu juga Dewan Himpunan Penyokong PAS juga mempunyai jumlah ahli bukan Islam yang ramai. Kita perlu kekalkan hubungan erat ini," katanya kepada Roketkini. PAS menang 16 kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah dalam pilihan raya 2008, dan dengan kemenangan 5 kerusi DUN oleh PKR dan satu DAP, Pakatan membentuk kerajaan negeri di Kedah. BN mendapat 14 kerusi DUN kebanyakannya melalui UMNO. PAS Kedah juga menyedari kerusi-kerusi DUN Pakatan dimenangi di kawasan 60:40, iaitu 60 peratus Melayu, dan bukannya di kerusi yang mempunyai lebih 80 peratus pengundi Melayunya. Phahrolrazi berkata perkembangan terbaru, termasuk perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu telah menampakkan sokongan rakyat Kedah yang melonjak dengan drastik terhadap kerajaan negeri. Jelas beliau lagi, PAS bersama DAP sudah ada persefahaman yang kuat untuk menghadapi pilihan raya akan datang. "Pandangan bukan Melayu terhadap PAS juga sudah berubah, dulu mereka tengok PAS ini parti Islam yang kononnya tak boleh itu, tak boleh buat ini…tetapi sekarang persepsi itu sudah berubah," katanya. Berhubung soal perumahan, Phahrolrazi yang juga Exco Kanan Kedah berkata, kerajaan Pakatan Kedah mengamalkan sistem negara berkebajikan, iaitu yang memberikan manfaat kepada rakyat, bukan mengikut kehendak pemaju perumahan. "Inilah antara masalah kita dengan pemaju. Mereka tidak kisah jika 100 peratus kawasan itu dipenuhi dengan hanya sesuatu kaum sahaja. "Kita tidak mahu keadaan begitu. Kita mahu generasi akan datang dapat bercampur gaul dan tidak ada lagi perkauman tebal, seperti yang diamalkan BN dahulu. Kita juga mahu anak cucu kita naik bas ke sekolah bersama, berriadah bersama dalam suasana yang harmoni, bukan dipencilkan," katanya. Phahrolrazi juga berkata, kerajaan Pakatan Kedah menolak konsep pecah perintah peninggalan penjajah British yang disambung oleh UMNO-BN. "Kita tidak mahu amal sistem pecah perintah, kita tidak mahu sebuah kawasan perumahan itu dipenuhi kaum Cina sahaja, kaum India sahaja, kaum Melayu sahaja. "Itu bukan pattern yang bagus, kita tidak mahu isolate rakyat mengikut kaum. Ini bukan untuk kita, tetapi untuk untuk generasi akan datang, masa depan kita sebagai Malaysia yang benar-benar makmur dan harmoni dalam erti kata yang sebenar," katanya. |
Lucutkan kuasa AG, gugur tuduhan terhadap PSM6 – Surendran Posted: 06 Aug 2011 01:40 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR: Kuasa pendakwaan Peguam Negara perlu dilucutkan kerana ia sering digunakan untuk pendakwaan bermotifkan politik terhadap ahli politik pembangkang dan masyarakat sivil. Naib Presiden KEADILAN, N Surendran merujuk dakwaan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang didakwa di bawah Seksyen 29(1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960), Seksyen 43 dan Seksyen 48 Akta Pertubuhan 1966. Menurut Surendran, pendakwaan terhadap enam individu itu perlu digugurkan apabila mereka dikaitkan dengan kempen Gabungan Bersih 2.0 menuntut reformasi pilihan raya. "Ia bermotifkan politik dan penyalahgunaan kuasa penyiasatan dan pendakwaan. Keenam-enam mereka mempunyai rekod bakti kepada orang ramai dan penganiayaan terhadap mereka memalukan negara," kata beliau. Justeru, Surendran mendesak agar kuasa peguam negara dikaji semula dengan mencadangkan seorang pengarah pendakwa raya yang berkecuali dilantik menggantikan tugas itu. "Kuasa pendakwaan perlu dipegang seorang Pengarah Pendakwa Raya seperti biasa diamalkan di negara-negara Komanwel," kata Surendran. Dalam kenyataan sama, Surendran turut mengecam siasatan polis terhadap pimpinan KEADILAN, Latheefa Koya, editor Suara Keadilan dan wartawannya yang disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan. Ketiga-tiga mereka disiasat berkaitan berita yang ditulis tentang kelongsong gas pemedih mata dalam portal berita KeadilanDaily.com dan dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk dirakam keterangan semalam. "Siasatan polis adalah satu bentuk pencabulan terhadap kebebasan akhbar dan satu lagi contoh gangguan berterusan polis terhadap parti pembangkang dan akhbar mereka," kata Surendran. Justeru, beliau menggesa polis agar menghentikan segera gangguan terhadap Suara Keadilan dan wartawannya. |
Bersih: Warga Indonesia jadi pengundi, SPR perlu beri penjelasan Posted: 06 Aug 2011 01:35 AM PDT KEADILAN DAILY KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu memberi penjelasan berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 200,000 warga Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi. Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata demikian merujuk kenyataan Ketua Pembangkang itu di Manila, Filipina. Akhbar The Phillipine Star melaporkan kenyataan Anwar bahawa selain Warga Indonesia, rakyat Filipina di Sabah juga dibenarkan mendaftar dalam senarai pemilih, bagi membolehkan mereka mengundi Barisan Nasional. "SPR perlu menyiasat dan tampil memberi penjelasan atas dakwaan ini," "Jumlah 200,000 begitu besar dan jika benar mengapa beri mereka hak mengundi?," kata Maria ketika dihubungi Keadilandaily. Dalam masa sama, beliau juga mendesak SPR memberi penjelasan berhubung dakwaan kerajaan Pulau Pinang, bahawa 32,000 pengundi baru dikesan di negeri itu dalam tempoh hanya tiga bulan. "SPR perlu menjelaskan kenapa ada peningkatan (pengundi) mendadak di Pulau Pinang, mereka perlu memantau perkara ini dan tidak boleh menutup mata," katanya. Sementara itu, Gabungan Bersih juga menuntut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar tampil memberikan bukti dalam bentuk dokumen berhubung isu Mismah, pemegang status Penduduk Tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi baru. Katanya, alasan JPN bahawa ia adalah kesilapan teknikal dengan menukar status berkenaan kepada warganegara selepas empat jam didedahkan media, adalah tidak mencukupi. "Saya minta JPN tampil kemukakan bukti dan bukan hanya mengeluarkan kenyataan (penafian)," tegasnya. Keadilandaily difaham bahawa Bersih akan menghantar surat peringatan kepada SPR dalam masa terdekat. "Sudah tiga bulan kita beri masa untuk SPR membersihkan daftar pengundi. Tapi masih lagi tiada perubahan." Maria pada masa sama memberitahu Bersih bakal menganjurkan bengkel kesedaran seluruh negara bagi menyedarkan rakyat tentang kepentingan reformasi pilihanraya selepas Sambutan Hari Raya Aidilfitri. |
PAS S'gor Desak Tubuh RCI Siasat JPN Posted: 06 Aug 2011 01:33 AM PDT Ditulis oleh Hadri Yaziz SHAH ALAM : Semakin banyak pembongkaran salah laku data daftar pengundi dikesan muktahir ini terutamanya yang melibatkan warganegara asing menjelang pilihan raya yang dijangka berlangsung tidak lama lagi. Dakwaan pemberian status kewarganegaraan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) itu kini mencuri tempat selepas gabungan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat menggerakkan jentera mengumpul segala bukti bagi mengukuhkan dakwaan tersebut. Sehubungan itu, Pas Selangor hari ini mencadangkan agar Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan salahgunakuasa oleh JPN yang dianggap menguggat kedaulatan negara. "Saya yakin selepas insiden ini rakyat merasa sangat keliru dan bimbang dimana keselamatan pengeluaran kad pengenalan kita," kata Setiausaha Pas selangor Mohd Khairuddin Othman pada sidang media tadi. Menurut Mohd Khairudin, pihaknya telah mengadakan sebanyak 1,860 bantahan terhadap Rang Daftar Pemilih Tambahan bagi suku ke 2 tahun 2011 yang tamat pada 2 Julai lalu. Antara perkara yang disuarakan termasuk SPR sengaja tidak menyertakan alamat lengkap pengundi selain dakwaan terdapat pihak tertentu yang membawa masuk pengundi-pengundi yang tidak berkelayakan ke negeri Selangor. Ini termasuk dakwaan bahawa SPR gagal memasukkan seramai 240 nama pengundi Cina yang telah didafarkan sebagai individu layak memilih. "Melebihi 240 nama yang kita daftarkan tapi tidak keluar dalam rang daftar pemilih untuk suku kedua," katanya. Dalam perkembangan lain, Khairudin berkata pihaknya baru-baru ini berjaya mengesan kelibat mengedar kad pengenalan biru kepada warga Indonesia dan Kemboja di DUN Paya Jaras. Dalam dua kejadian yang berasingan itu Khairuddin berkata, seorang individu tempatan dipercayai menjadi agen pengedaran kad pengenalan dan borang permohonan warganegara kepada yang lain. Kata beliau, setelah kad pengenalan biru tersebut dimasukkan ke dalam pengimbas cip, nama yang tertera adalah betul namun perkara yang mengejutkan apabila pihaknya menyemak dilaman web JPN, kesemua nama tersebut berstatus Penduduk Tetap (Merah). "Yang peliknya apabila kita ambil kad pengenalan ini dan dimasukkan dalam pembaca kad, ianya dapat dibaca. Tapi bila kita semak dalam laman web JPN, kad pengenalan merah," kata beliau. Pas sebelum ini telah menyenaraikan 610 nama yang dikesan memiliki kad pengenalan berwarna merah di dalam senarai layak mengundi SPR. Berdasarkan pecahan, DUN Semenyeh mendahului dengan 261 pengundi diikuti DUN Paya Jaras 225 pengundi, DUN Kajang 140 pengundi dan DUN Dusun Tua 49 pengundi. Kejadian pada 2 Julai lalu turut disentuh Mohd Khairuddin apabila berjaya mengesan rekod kerakyatan Penduduk Tetap bagi 610 orang warganegara asing bertukar kepada warganegara dalam masa 24 jam setelah Pas mendedahkan perkara tersebut kepada media. Walhal menurutnya, proses menukar status kad pengenalan memerlukan kehadiran secara fizikal individu tersebut untuk diimbas menerusi sistem biometrik. "Tan Sri SPR menyebut bahawa JPN tidak kemaskini data. Kalau data tidak dikemaskini, kenapa nama-nama ini boleh ada dalam Rang Daftar Pemilih yang disebut telah disaring dan diproses?" ujar beliau. Justeru, Pas menyatakan kebimbangan berdasarkan jumlah individu layak mengundi yang memegang kad pengenalan merah kian bertambah saban hari akibat tindakan meragukan oleh JPN dan SPR. Oleh yang demikian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein digesa untuk tampil memberi penjelasan kerana ianya melibatkan isu keselamatan negara yang semakin membimbangkan. Sejurus sidang media itu tadi, Pas membuat laporan polis terhadap JPN untuk menyiasat dalam disebalik konsporasi yang dipercayai menjaga kepentingan kerajaan. |
Kes Fitnah II : Nurul Izzah Desak Najib, Rosmah Ke Mahkamah Posted: 06 Aug 2011 01:32 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor perlu hadir ke mahkamah bagi kes fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Izzah berkata, Najib dan Rosmah perlu berbuat demikian bagi membersihkan nama mereka yang terpalit sebagai dalang dan konspirasi dalam kes tersebut. "Seharusnya tidak ada masalah untuk datang ke mahkamah, kemukakan dan bagi bukti. Pada saya, kalau boleh jumpa si pengadu sebelum kes berlangsung, takkan tidak (boleh jadi saksi) , lebih-lebih lagi tampil di mahkamah untuk kemukakan keterangan," katanya. Ditanya sekiranya Najib dan Rosmah berdolak dalik untuk tidak hadir ke mahkamah, beliau yang juga ahli Parlimen Lembah Pantai itu menyifatkan tindakan itu hanya akan memburukan lagi imej pemimpin negara itu yang sememangnya sinonim dengan karektor pemimpin BN. "Dolak-dalik adalah perkara yang konsisten di bawah kerajaan Barisan Nasional, saya tidak begitu optimis, tapi saya mengharapkan respon positif daripada Perdana Menteri," Nurul Izzah berkata demikian ketika ditemui selepas sidang media dengan Persatuan Komuniti Peniaga Brickfields (BBCS) semalam . Najib sebelum ini bertemu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008, dua hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa diliwat. Beliau turut bertemu pembantu peribadi Rosmah, Datuk Mumtaz Jaafar seperti mana yang didedahkan pegawai penyiasat DSP Jude Pereira ketika perbicaraan Mac lalu. Kelmarin, Najib dan Rosmah enggan hadir sebagai saksi dalam kes perbicaraan itu, kecuali dengan sepina mahkamah. Mahkamah Tinggi menetapkan 8 Ogos ini untuk membuat keputusan berhubung permohonan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Selain Najib dan Rosmah, Anwar mahu menemubual bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku. Anwar juga mahu menemu bual 10 saksi alibi sebelum memberikan keterangan pada Isnin. Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos. |
Posted: 06 Aug 2011 01:31 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Anggota jawatankuasa pusat DAP dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun dilepaskan dari sebarang tindakan disiplin, namun beliau tetap diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin parti kerana mengkritik ahli parti yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, dalam media. Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai berkata, selepas mendengar keterangan Jeff Ooi di ibu pejabat parti itu semalam, jawatankuasa memutuskan untuk mengeluarkan 'amaran keras' terhadap beliau, yang juga Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. "Beliau telah melanggar disiplin parti dengan menggunakan media tanpa menggunakan semua saluran dalaman yang ada. Ini telah mencemarkan nama parti." kata Kok Wai kepada pemberita selepas pendengaran itu. Sebelum ini, Jeff Ooi telah berbalas kenyataan di media dengan rakan ahli DAP, Hon Wai, yang juga Exco Perumahan Pulau Pinang berhubung kegagalan mendapatkan data lengkap mengenai pemohon-pemohon apartmen kos rendah di Batu Lanchang. Malah, Jeff Ooi didakwa bersikap keterlaluan kerana menggesa Wong meletakkan jawatan. Pertikaian itu diketahui umum apabila Hon Wai mendakwa Jeff Ooi tidak membuat penyelidikan semasa menyerahkan senarai nama 178 orang yang memohon untuk membeli rumah kos rendah di kawasannya. Jeff Ooi kemudian menjawab dengan menyatakan 'tuduhan itu tidak berasas' dan menggesa Wong yang beliau labelkan sebagai 'Napoleon kecil', meletakkan jawatan. Menjelaskan mengenai keputusan jawatankuasa itu, Kok Wai berkata, Jeff Ooi diberi amaran keras kerana perbuatannya menggelar Hon Wai dengan panggilan tidak baik adalah 'contoh tidak baik kepada orang ramai. "Jeff Ooi sebagai seorang MP (Ahli Parlimen) dan ketua staf Lim Guan Eng sepatutnya bertindak sebagai seorang pemimpin parti yang tahu untuk memaparkan perpaduan antara rakan sekerja dan menggunakan saluran sesuai untuk membangkitkan isu. "Reputasi DAP yang telah dibina dengan susah payah lebih 46 tahun, boleh dimusnahkan dengan mudah melalui tindakan sebegini," katanya. |
Peniaga Bazar Dinasihatkan Tawar Harga Berpatutan Posted: 06 Aug 2011 01:28 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Peniaga Bazar Ramadan dinasihatkan agar menjual makanan mereka pada harga yang berpatutan bagi mengelakkan sebarang tindakan tegas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, kata Timbalan Menterinya, Datuk Tan Lian Hoe. "Peniaga yang didapati cuba mengaut keuntungan berlebihan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, yang boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan," katanya dipetik Bernama Online selepas memantau harga barangan serta juadah di Bazar Ramadan Taman Medan semalam. Ditanya mengenai peningkatan harga juadah berbuka di sesetengah tempat, beliau berkata, ia mungkin disebabkan bahan yang digunakan adalah berbeza. "Dalam hal ini, nilai tambahnya mungkin berbeza seperti ramuan dan rempah ratus yang digunakan...Kita akan sentiasa memantau dan pengguna juga harus menjadi mata dan telinga untuk kerajaan bagi mengawal kenaikan harga barang." katanya. Sehubungan itu, Lian Hoe mengingatkan pengguna agar bijak merancang perbelanjaan serta membuat perbandingan harga, terutama ketika membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan. Menurut Lian Hoe, sepanjang Ramadan ini, belum terdapat sebarang aduan tentang kenaikan harga barang. Bagaimanapun, Lian Hoe berkata, di Selangor, bagi tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, sejumlah 145 kes telah diambil tindakan dengan nilai rampasan RM32,809. Katanya, sepanjang bulan lepas, sebanyak 23 kes dikenakan tindakan dan nilai rampasan ialah RM3,244.40. Mengenai ayam, beliau berkata bekalan untuk musim perayaan adalah mencukupi. |
Tengkorak Dan Rangka Manusia Dijumpai Dalam Kebun Posted: 06 Aug 2011 01:27 AM PDT TVS NEWS KUALA LUMPUR : Tengkorak dan rangka manusia dipercayai seorang pemburu ditemui di sebuah kawasan kebun terbiar di Kampung Bumi Hijau, Kundang, Rawang di sini, semalam. Rangka manusia itu, ditemui orang awam yang melalui kawasan tersebut kira-kira 6.30 petang semalam dan dipercayai telah berada di kawasan tersebut kira-kira enam bulan berdasarkan siasatan awal polis. Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berkata identiti mangsa masih tidak diketahui kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada rangka itu. Mangsa berkemungkinan seorang lelaki berdasarkan penemuan baju dan seluar serta sepasang kasut berwarna hitam berhampiran rangka tersebut, katanya. Menurutnya lagi, polis tidak menolak kemungkinan mangsa seorang pemburu kerana kawasan sekitar di mana rangka dan tengkorak itu ditemui terkenal dengan kawasan memburu. "Mangsa mungkin pengsan di situ tanpa disedari oleh orang ramai dan kemungkinan binatang buas yang telah memakan dagingnya," katanya ketika dipetik Bernama. Abdul Rahim berkata, polis tidak menemui sebarang senjata yang boleh dikaitkan dengan kematian mangsa di tempat kejadian dan menurutnya kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Namun, polis masih menjalankan siasatan untuk mencari punca sebenar kematian memandangkan lokasi kejadian itu juga turut dikenali sebagai kawasan penagih dadah, katanya. |
'Sidang Parlimen Tergempar' Pakatan Ingatkan Najib Posted: 06 Aug 2011 01:20 AM PDT Ditulis oleh Naeem Raffi PETALING JAYA : Ahli Parlimen Pakatan Rakyat sekali lagi mengingatkan pentadbiran Perdana Menteri agar segera memutuskan desakan pemimpin parti itu supaya sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong berkata, peringatan itu dibuat berikutan tempoh seminggu yang diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk memberi maklum balas berhubung desakan seolah-olah dipandang sepi. "Ini adalah peringatan kembali kepada beliau (Najib) bahawa beliau hanya ada kurang dari 3 hari untuk menjawap gesaan Pakatan Rakyat," tegasnya. "Kami memberi seminggu kepada Perdana Menteri untuk mengadakan sidang parlimen tergempar bagi membincangkan isu warga asing yang diberikan kad pengenalan sekali gus disenaraikan dalam senarai pemilih," kata beliau pada sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat, Seksyen 16, dekat sini hari ini. Sebelum ini, ahli Parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri memanggil sidang Parlimen tergempar bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13. Justeru, ianya perlu dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat kerana ia melibatkan keselamatan negara. Malah, penemuan beberapa bukti jelas dalam bentuk cetakan, status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berjaya dikesan PAS Selangor pada awal bulan lalu juga perlu diambil perhatian. Jelasnya lagi, rekod sebelum ini juga turut menyaksikan status pemastautin tetap (PR) kepada warganegara Malaysia diubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Seramai 1,597 pemegang kad merah di seluruh negara dari 1 Mac hingga 31 Jun ini telah didaftarkan dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) tanpa menyertakan alamat. Malah, Selangor turut mencatatkan bilangan tertinggi dengan 1,108 penduduk tetap yang telah didaftarkan sebagai pemilih yang layak mengundi. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan