[Sadis&Tragis] Susulan Kes Mayat Dikerat 15, Jantina Mangsa Dikenal Pasti Posted: 04 Aug 2011 07:30 AM PDT
Saya petik:
[HM] AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.
Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan. Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.
Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu. "Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis," katanya ketika ditemui, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.
"Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut. "Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni," katanya.
Kemas Kini: Mayat ditemui di Taman Kosas milik wanita, kanak-kanak lelaki
[Bernama] KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemui di tingkat lima, Blok Chryssa, Apartment Astaria di Taman Kosas, Ampang semalam disahkan seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata mayat pertama yang dijumpai dalam keadaan dikerat-kerat masih belum diketahui identiti dan bangsanya.
"Hasil bedah siasat mengesahkan badan yang dikerat milik seorang wanita dan cap jari mangsa telah diambil untuk semakan lanjut.
"Manakala mayat kanak-kanak lelaki ditemui dalam plastik dan lengkap tubuh badan, dipercayai berusia lima hingga enam tahun," katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.
Beliau berkata, polis masih menyiasat, merakam keterangan saksi dan sedang memeriksa rekod orang hilang.
Semalam, badan manusia yang dikerat kepada beberapa bahagian selain organ dijumpai dalam dua beg plastik selain usus dan perut manusia dalam mangkuk tandas di unit itu.
|
Laporan KOMPAS Sebut "Cincin 24 Juta, Skandal Scorpene, Altantuya, Mafia Rusia, William Bourdon". Glamour Najib-Rosmah di Indon! Posted: 04 Aug 2011 06:22 AM PDT
Saya petik:
[Kompas] DALAM sepekan terakhir terjadi saling serang dan pembelaan antara media kubu oposisi dan media pro-pemerintah terkait kepemilikan cincin berlian senilai 24 juta dollar AS (setara Rp 203 miliar) dengan Datin Sri Rosmah Mansor, istri Perdana Menteri Malaysia Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
Jumat (29/7), Datin Sri Rosmah Mansor muncul dan mengungkapkan bantahan di harian berbahasa Inggris, The Star, yang menyatakan tuduhan itu adalah fitnah dan tidak berdasar. Sejumlah foto pemberitahuan bea cukai (Kastam Malaysia) atas impor cincin berlian senilai lebih dari 24 juta dollar AS dari pialang berlian kelas dunia, Jacob and Co, di New York, AS, dan nama pengekspor atas nama Datin Sri Rosmah Mansor beredar luas di internet. Bantahan Datin Rosmah menghiasi halaman favorit di situs Thestaronline.com. Rosmah menduga ada pihak yang memanfaatkan namanya dikaitkan dengan cincin berlian yang harganya selangit itu.
Perusahaan Jacob and Co yang namanya dikaitkan dengan berlian ratusan miliar rupiah itu pun dikenal kontroversial. Penulis di situs Themalaysianinsider.com, Yow Hong Chieh, mencatat, Jacob Arabo, seorang Yahudi asal Uzbekistan, pemilik Jacob and Co, berulang kali ditangkap aparat karena diduga terlibat pencucian uang hasil kejahatan.
Kontroversi Datin Rosmah
Kehidupan Datin Sri Rosmah Mansor memang penuh kontroversi. Perusahaan Rosmah, Perimekar Sendirian Berhad (Sdn Bhd), diketahui Parlemen Malaysia menerima uang jasa 100 juta euro (sekitar Rp 1,2 triliun) atas pembelian kapal selam Scorpene buatan Perancis.
Pertengahan Juli, pengacara Perancis, William Bourdon, yang mewakili sejumlah aktivis pro-Demokrasi Malaysia, menggugat Perimekar Sdn Bhd atas dugaan suap dan korupsi dalam kasus kapal selam Scorpene. Ia ditahan imigrasi Malaysia, lalu dideportasi. Tindakan itu memicu protes dari penggiat hak asasi manusia di Malaysia, seperti lembaga Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Kasus pembelian kapal selam Perancis, pesawat tempur jet Rusia, dan persenjataan lain diduga mengakibatkan pembunuhan model asal Mongolia, Altantuya Shaarribuu, bulan April 2006. Altantuya, putri seorang profesor di Ulan Bator, diketahui memiliki hubungan khusus dengan Abdul Razak Baginda, penasihat pribadi PM Najib Razak.
Altantuya yang fasih berbahasa Rusia dan sejumlah bahasa asing, menurut pihak oposisi, mengerti betul seluk-beluk pembelian senjata yang digunakan Angkatan Tentera Diraja Malaysia itu. Karena menuntut terlalu banyak, akhirnya ia ditembak mati, lalu tubuhnya diledakkan. Situs berita Singapura, Channelnewsasia.com, pada 9 April 2009 melaporkan, dua polisi, Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dijatuhi hukuman mati karena menjadi eksekutor Altantuya. Namun, auktor intelektualis dan dugaan korupsi pembelian senjata tidak pernah disidangkan hingga pihak oposisi Malaysia mengajukan gugatan di Pengadilan Paris, Perancis.
Kontroversi lain yang melingkupi Datin Rosmah adalah hubungannya dengan calon besan bernama Maira Nazarbayev asal Kazakhstan. Maira Nazarbayev yang memiliki gaya hidup ala Imelda Marcos konon memiliki kaitan dengan Organisatziya atau mafia Rusia. Maira Nazarbayev kerap bepergian bersama Datin Rosmah.Mungkinkah kasus cincin berlian 24 juta dollar AS ini nanti menjadi pintu perubahan dan demokratisasi Malaysia? Hanya rakyat Malaysia sendiri yang menentukan. P/s: Tahniah UMCO, tahniah BN, tahniah rakyat Malaysia kerana mempunyai PM dan isteri yang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi. |
Seperti TBH, Inkues Sarbini Putuskan Arwah Tidak Dibunuh atau Bunuh Diri Posted: 04 Aug 2011 04:50 AM PDT
Saya petik: [Bernama] Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tiada unsur dibunuh atau membunuh diri sebaliknya diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Pegawai penyiasat kes Ahmad Sarbaini, Asisten Superintendan Zuhairi Mohamed, berkata beliau percaya punca kematian Ahmad Sarbaini disebabkan beliau terjatuh dari tempat tinggi.
Katanya, kesimpulan itu dibuat berdasarkan keterangan 57 saksi, termasuk pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan, kastam, pakar patologi, pegawai forensik, ahli kimia, anggota polis, anggota keluarga dan rakan Allahyarham.
Zuhairi, 46, yang bertugas di Bahagian Siasatan Perundangan dari Ibu pejabat Polis Daerah Cheras menyatakan demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.
Zuhairi berkata, sampel cat yang ditemui pada seluar mangsa juga berpadanan dengan dinding tingkap di bilik pantri, aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan, yang dipercayai mangsa terjatuh.
"Ada sebab dan akibat kenapa mangsa (Ahmad Sarbaini) keluar dari tingkap bilik pantri berkenaan, tetapi sehingga ke hari ini saya tidak mendapat jawapan dan tiada keterangan daripada mana-mana saksi yang nampak mangsa berbuat demikian," katanya.
Menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM mengenai sama ada Zuhairi berpuas hati dengan hasil siasatan yang dilakukannya, pegawai polis itu berkata: "Pada saya siasatan yang dilakukan hanya 90 peratus lengkap kerana saya masih tidak mengetahui kenapa Ahmad Sarbaini keluar dari tingkap itu.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.
Beliau dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.
Zuhairi, saksi ke-34 inkues berkata kematian Ahmad Sarbaini tidak boleh dikaitkan dengan membunuh diri kerana tidak ditemui nota bunuh diri atau kecederaan oleh pakar patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa yang membuktikannya berbuat demikian.
Beliau juga menafikan terdapat unsur jenayah dilakukan terhadap Ahmad Sarbaini kerana dalam bedah siasat yang dijalankan oleh patologi tidak ditemui kecederaan akibat dipukul atau kesan mempertahankan diri.
Sementara itu, Zuhairi turut mengesahkan isteri Ahmad Sarbaini, Masiah@Maziah Manap ada membuat laporan polis kedua berhubung artikel yang ditulis oleh Raja Petra Kamarudin (RPK) bertajuk "Ahmad Sarbaini''s Death: The Lies and Deception by the MACC (Part 7), dalam blog Malaysia Today, pada 20 Julai lalu.
Dalam laporan itu, Masiah mendakwa pegawai SPRM bertanggungjawab atas kematian suaminya selepas beliau membaca artikel berkenaan dan yakin suaminya tidak membunuh diri tetapi wujud "foul play" dalam siasatan polis.
Ketika disoal Muhammad Shafee adakah dalam penyiasatan yang dilakukan terdapat keterangan daripada mana-mana saksi yang menyokong "cause of death" seperti yang dinyatakan oleh RPK dalam artikel itu?
Zuhairi berkata: "Saya tidak tahu bagaimana RPK boleh mendapat cerita mengenai sebab kematian Ahmad Sarbaini kerana tiada keterangan sedemikian dan saya berpendapat ini adalah andaiannya sendiri".
Terdahulu, Ahli Kimia Dr Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia Malaysia memberitahu mahkamah bahawa pihaknya menemui DNA yang berpadanan dengan DNA yang ditemui pada pakaian Ahmad Sarbaini pada lima orang pegawai SPRM iaitu Abdul Ghani Ali, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad, Henrita Serai Anak Andrew Lenggie, Kamal Awang Besar dan Khalid Amir Meruphy Abdullah Stanley Meruphy Samuel.
Dr Seah, 53, saksi ke-33 inkues berkata, analisis terhadap barang kes termasuk dua helai stokin, seluar, baju dan belakang tapak tangan si mati (Ahmad Sarbaini) hanya menemui dua kesan DNA daripada dua orang asing yang tidak dikenali.
"Kemungkinan dua DNA berkenaan adalah milik ahli kimia yang menjalankan analisis atau patologi yang menjalankan bedah siasat ke atas mangsa," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid.
Bagaimanapun Dr Seah memberitahu mahkamah beliau ada menerima sampel DNA daripada ASP Zuhairi dan hasil analisis yang dijalankan mendapati dua DNA berkenaan sepadan dengan DNA yang ditemui pada si mati.
"Dua DNA itu adalah milik Soo Chew Kheong yang dibedah pada 5 April lalu dan Lum Chee Weng yang dibedah pada 6 April lalu. Perkara ini berlaku berikutan mangsa (Ahmad Sarbaini) dibedah di atas meja yang sama digunakan oleh kedua-dua mayat itu menyebabkan DNA Soo dan Lum melekat pada badan Ahmad Sarbaini," katanya.
Perbicaraan dijalankan di hadapan Koroner Aizatul Akmal Maharani.
CUBA FIKIRKAN PERSOALAN DALAM BERITA DI BAWAH INI .
Pelakon lagak ngeri: Sukar untuk keluar tingkap
[MK] Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian.
Saksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan.
Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April....
Inkues Sarbaini: Dua kamera CCCT 'diganggu seseorang'
[TMI] KUALA LUMPUR, 6 Julai — Saksi ketiga inkues kematian Ahmad Sarbaini Mohamed memberitahu terdapat gangguan pada dua unit kamera litar tertutup (CCTV) pada hari penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia itu ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Juruanalisis bahagian audio dan video makmal forensik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras ASP Fauziah Che Ismail (gamabar) berkata, terdapat tiga perakam video digital (DVR) yang dianalisisnya, terdiri daripada rakaman antara pukul 8 hingga 11 pagi 6 April lalu.
"Hasil daripada analisis ketiga-tiga DVR ini, saya dapati DVR 1 dan DVR 2 pada tarikh 6 April tidak merakamkan apa-apa dari pukul 8 hingga 11 pagi.
"Bagaimanapun DVR 3, saya memperoleh rakaman imej si mati yang dirakamkan pada pukul 8.30 pagi," kata beliau ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Nor Amalina Ismail.
Menurut Fauziah, tiga DVR tersebut merupakan alat perakam di tiga tempat berbeza iaitu DVR 1 dan 2 meliputi kamera dalam bangunan manakala DVR 3 memberi tumpuan ke atas kawasan luar bangunan SPRM.
Selain itu, Fauziah turut berkata, DVR 1 dan 2 tidak beroperasi secara normal dan rakaman turut "diganggu."
"Terdapat dua gangguan terhadap DVR 1 dan 2 sehingga menyebabkan rakaman terhenti. Gangguan pertama pada DVR 1 pada 5 April pukul 14:17:52 (pukul 2.17 petang) sehingga 14:19:23 (2.19 petang) yang menyebabkan gangguan selama beberapa minit. Sama seperti DVR 2. Gangguan pertamanya hanya beberapa minit.
"Bagaimanapun bagi gangguan kedua, DVR 1 mula berhenti pada 5 April, pukul 14:47:15 (2.47 petang) hingga 6 April, 13:24:16 (1.24 tengah hari) iaitu selama 22 jam dan 33 minit. Sama seperti DVR 2 yang mengalami gangguan pada tarikh sama bermula pukul 14:37:54 (2.37 petang) hingga 13:26:17 (1.26 petang). Kesemuanya berpunca dari 'record off manually'. Untuk DVR 3 tiada gangguan," katanya.
Beliau turut menjelaskan, DVR 3 hanya merakamkan imej Allahyarham Sarbaini memasuki bangunan SPRM dengan menunggang motosikal.
Turut dipaparkan beberapa minit rakaman video Allahyarham Sarbaini yang berhenti untuk membuat pendaftaran masuk di pondok pengawal SPRM dengan berbaju kemeja putih berseluar hitam.
Selepas itu, beliau dilihat memasukkan baju ke dalam seluar dan beredar dari pondok tersebut.
"Hanya dapat rakaman dia masuk. sahaja yang dapat dikesan," katanya yang turut menambah rakaman video DVR 3 beroperasi secara manual antara 8 hingga 11 pagi pada 6 April.
Selain itu, ketika Fauziah ditanya oleh peguam pemerhati keluarga Sarbaini, Awtar Singh mengenai rakaman tersebut tidak beroperasi dengan sempurna, Fauziah menjawab: "Ya, ia diganggu oleh seseorang."....
P/s: Selamat meng"gebang" orang kampung dan Felda!
|
Bekas Tentera Mengaku Pangkah 400 Undi Pos Posted: 03 Aug 2011 11:40 PM PDT Saya petik: [MK] Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalah guna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya. Nasir Mohamad yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986. "Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka. "Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat. Dia ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut cita rasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi. Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum - pemalsuan undi yang selama ini digembar-gemburkan pembangkang.
P/s: Apa komen SPR? Apa komen rejim? |
Khairy & Ahli PATRIOT, Sila Bantu "Rakan" Anda! Posted: 03 Aug 2011 09:05 PM PDT | Kredit: Ini yang aku rasa... |
Mungkin tertinggal bas selepas cuba menghalang BERSIH 2.0?
|
Gadis Dirogol Biras Posted: 03 Aug 2011 08:08 PM PDT
Saya petik: [HM] KAJANG: Hanya alasan mahu berbincang, seorang kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 19 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol birasnya di sebuah hotel di Bangi, Ahad lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.
"Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang. "Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik," katanya.
Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.
Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek. "Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya," katanya.
Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu. "Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang," katanya.
P/s: Berbincang di hotel, memang cari nahas!
|
Pelajar Tahfiz 9 Tahun Didera, Diliwat, Dipaksa Lakukan Seks Oral oleh Senior Berusia 12 Tahun. GILA! Posted: 03 Aug 2011 07:00 PM PDT
Saya petik: | CEDERA...bapa berkenaan menunjukkan kecederaan pada telinga anaknya. |
[HM] SUNGAI PETANI: "Tak sangka mereka tergamak berbuat demikian kerana perbuatan itu begitu zalim, sanggup meliwat, memukul dan mendera anak saya tanpa ihsan."
Begitu kata seorang bapa yang kesal dengan tindakan tiga pelajar senior sebuah sekolah agama di Baling yang dikatakan mendera dan meliwat tiga murid berusia sembilan tahun dan sepasang kembar berusia lapan tahun sejak 20 Jun lalu.
Difahamkan, kejadian berlaku sejak sebulan lalu selepas murid berkenaan mendaftar masuk sekolah agama itu, malah seorang daripada mereka dikatakan diliwat beberapa kali dalam masa lebih sebulan.
Bapa yang enggan dikenali itu mendakwa, kejadian berlaku sejak dia mendaftar anaknya berusia sembilan tahun ke sekolah berkenaan dan murid terbabit mengikuti minggu orientasi 40 hari tanpa dibenarkan pulang ke rumah atau berjumpa waris. "Saya terkejut apabila melihat muka anak lebam, selain bengkak kaki dan tangan. Telinga anak saya juga kehitaman manakala darah keluar melalui hidungnya. Saya terus membawanya ke hospital.
Pelajar tahfiz kena liwat ketika suai kenal
[BH] SUNGAI PETANI: Seorang pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital sejak empat hari lalu, dipercayai diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera oleh tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu.
Bapa pelajar terbabit yang enggan dikenali berkata, anaknya yang hanya dibenarkan ditemui selepas minggu suai kenal yang dikenali sebagai tempoh berpantang itu tamat 30 Julai lalu mengadu dia diliwat setiap malam dan akan dibelasah jika menangis oleh pelajar senior itu.
Selain anaknya, beliau mendakwa dua lagi pasangan kembar berusia lapan tahun turut di dera teruk hingga trauma tetapi mereka tidak mengadu diliwat. Sepanjang tempoh suai kenal itu, semua pelajar dilarang menghubungi keluarga atau waris mereka.
Beliau berkata, anaknya hanya merasai suasana selesa sebagai seorang pelajar selama seminggu sebelum kejadian itu.
Beliau berkata, niatnya menghantar anaknya ke sekolah agama terbabit untuk menjadi pelajar cerdik al-Quran hancur apabila anaknya diperlakukan seperti haiwan dan lebih malang mendapat pembelaan sewajarnya daripada pihak sekolah.
"Saya sedih dengan kejadian yang menimpa anak kerana tindakan murid yang hanya berusia 12 tahun mendera kanak-kanak 9 tahun dengan pelbagai cara, langsung tidak masuk akal.
"Pada mulanya kami sekeluarga memang tidak menyangka anak saya dipukul kerana pihak sekolah memberitahu ia adalah kesalahan. "Bagaimanapun, hati saya tersentak apabila doktor memberitahu, anak saya kena dera dan diliwat.
"Sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu saya membuat laporan polis pada 30 Julai lalu iaitu pada petang hari saya dibenarkan berjumpa anak saya.
"Anak saya juga mengadu tidak tahan dengan sikap guru di sekolah berkenaan yang tidak menyiasat sesuatu kejadian menyebabkan dia sering mengalah kepada pelajar senior berkenaan," katanya di sini, semalam.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu pada 30 Julai lalu dan siasatan sedang dijalankan.
P/s: Gila! Bagaimana budak semuda ini tahu meliwat dan melakukan seks oral? Adakah kerana terlalu banyak membaca Utusex dan menonton tv pencacai rejim BN? Sila ambil perhatian dan iktibar!!!
|
Pengusaha AKAN Buang Kek Lapis Tercemar dengan Unsur BABI. Anda Percaya? Posted: 03 Aug 2011 06:00 PM PDT | Sekadar hiasan. |
Saya petik: Kek lapis guna mentega Golden Churn dimusnah Pengusaha perlu samak peralatan sebelum buat kek baru
[BH] KUCHING: Pengusaha kek lapis Sarawak yang menggunakan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter yang disahkan mengandungi DNA babi, disaran memusnahkan stok mereka dan menyamak semua peralatan dan kelengkapan memasak sebelum menghasilkan semula kek berkenaan untuk dipasarkan.
Ia perlu dilakukan kerana ramai pengusaha menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri, pada akhir bulan ini.
Mereka perlu berbuat demikian bagi mengelak menanggung dosa selepas mengetahui produk yang dihasilkan tidak halal dimakan.
Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam), Datuk Daud Abdul Rahman, berkata berdasarkan hukum Islam, menyamak adalah wajib kepada lebih 400 pengusaha kek lapis di Sarawak kerana mentega jenama berkenaan antara yang popular serta paling banyak digunakan bagi menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan.
Daud berkata, proses menyamak mengambil masa kurang satu jam bergantung kepada saiz peralatan dan tidak menyebabkan kerosakan mesin pengusaha.
"Kita dimaklumkan memang ada pengusaha menyediakan stok bernilai jutaan ringgit sejak tiga atau empat bulan lalu, namun apa boleh buat. Ini adalah hukum dan mereka bersalah jika terus menjual kek lapis mengandungi DNA babi.
"Bagi pengusaha yang mempunyai banyak simpanan mentega jenama itu, mereka boleh merujuk Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Penggunaan bagi maklumat lanjut dan pada masa sama menukar mentega kepada jenama yang disahkan halal," katanya.
Daud berkata, sebelum ini pihaknya meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil dengan kenyataan rasmi pengharaman mentega jenama itu selepas Majlis Islam Sarawak (MIS) berbuat demikian pada 28 Julai lalu.
Katanya, keputusan makmal oleh MIS tidak perlu dipertikaikan kerana ia dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Sarawak menggunakan sampel mentega yang diperoleh secara meluas di pasaran tempatan.
Persatuan akui ramai batal tempahan
KUCHING: Presiden Persatuan Pengusaha Kek Lapis Sarawak (PPKLS), Rabiah Amit memberi jaminan orang ramai tidak perlu bimbang status halal kek lapis Sarawak kerana semua 70 ahlinya sudah menghentikan penggunaan mentega jenama Golden Churn Creamy Butter dan bertukar kepada jenama lain.
Rabiah bagaimanapun mengakui ramai pelanggan menghentikan tempahan sementara selepas isu itu dihebahkan menerusi media.
"Kami ingin menjelaskan bahawa kek lapis di Sarawak halal kerana tidak menggunakan produk itu sejak setahun lalu. Pengguna yang ragu-ragu boleh meneliti sijil halal kami yang dikeluar JAIS," katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sementara itu, isu itu dijangka tidak memberikan impak besar kepada industri kek lapis Sarawak kerana tempahan yang diterima pengusaha terus meningkat menjelang Aidilfitri. Namun, ada pengusaha terpaksa membatalkan tempahan luar negara kerana bimbang ia menjejaskan jualan selepas terpaksa menanggung kos pengedaran yang tinggi.
Pemilik Kedai Kek Di Wannie, Zoraidah Leen, berkata beliau kerugian sekurang-kurangnya RM30,000 selepas membatalkan penghantaran kek lapis ke Brunei dan Singapura walaupun sudah menerima banyak permintaan daripada pelanggan tetap di negara berkenaan.
Katanya, sejak 2007 pihaknya mengedar kek lapis di dua negara jiran itu selain pelanggan di Semenanjung serta tempatan yang setakat ini tidak terjejas.
"Saya terpaksa menerangkan kepada pelanggan di luar negara dan jalan terbaik adalah menangguhkan penghantaran.
"Kerugian boleh ditampung dengan permintaan dalam negara yang stabil kerana saya memang sudah lama tidak menggunakan mentega itu," katanya.
Sementara itu, pengedar kek lapis Sarawak di Semenanjung, Azman Hezri, berkata isu mentega tidak menjejaskan tempahan penggemar di Semenanjung.
Malah, beliau terpaksa menghentikan tempahan sebelum Ramadan kerana bimbang tidak dapat menghantar bekalan akibat tempahan terlalu banyak.
Setakat ini beliau mengedarkan 1,500 kilogram kek lapis di sekitar Kuala Lumpur dan Semenanjung.
"Isu Golden Churn nampaknya tidak menjejaskan minat orang ramai di Semenanjung. Walaupun ada yang kata macam-macam mengenai mentega itu, masih ramai membuat tempahan sehingga saya bimbang tidak mampu menghantarnya sebelum raya," katanya.
P/s: Saya tidak mahu mengulas panjang. Cuma saya sangsi dengan kesungguhan sesetengah pengusaha (bukan Islam) membuang kek yang telah tercemar dengan unsur babi. Jumlah kek yang akan dimusnahkan mungkin banyak jumlahnya. Malah berita di atas memerihal bahawa pengusaha telah menyediakan stok bernilai sehingga jutaan ringgit sejak tiga bulan lalu untuk menampung permintaan sambutan Aidilfitri. Bukan sahaja kek yang akan dibuang, malah mentega yang dibeli secara borong itu juga perlu dibuang. Sanggupkah mereka menanggung kerugian?
Seperkara lagi, mentega itu paling popular dan paling banyak digunakan dalam kalangan pengusaha kerana dapat menghasilkan kek lapis yang tahan lama serta mampu disimpan sehingga enam bulan. Dengan kelebihan yang sedemikian, adakah pengusaha dengan mudah akan membuang atau menggantikannya dengan jenama lain?
Ringkasnya, bagi penggemar kek lapis Sarawak, mungkin melupakan keinginan untuk membeli dan makan kek ini buat sementara waktu adalah jalan yang terbaik. Biarpun begitu, terpulang kepada anda. Tepuk dada tanya selera.
|
Selama 12 Tahun, DBP Sudah Membayar RM650 Juta kepada DAWAMA. Mana Duit Itu? Posted: 03 Aug 2011 05:20 PM PDT
Berdasarkan laporan di media, DAWAMA bersetuju menarik notis cuti tanpa gaji semula dan bersetuju melaksanakan Peraturan Pemberhentian Dan Renti Kerja Sentara 1980 yang memperuntukkan pihak majikan perlu membayar gaji minimum 12 hari kepada pekerja mereka.
Menurut Menteri Sumber Manusia, jika Dawama tidak mampu lagi melaksanakan peraturan tersebut dan terpaksa ditutup, maka pihak syarikat perlu membayar pampasan kepada pekerja mereka.
Kenyataan media ini bukanlah penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pekerja DAWAMA yang sebahagiannya dulu pernah berkhidmat dengan DBP. Namun, sekurang-kurangnya pembayaran gaji minimum itu dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Yang mahu saya tonjolkan di sini ialah kehairanan banyak pihak tentang kegawatan yang dihadapi oleh syarikat yang mendapat hak ekslusif daripada DBP dan Kementerian Pelajaran. Syarikat ini mendapat kontrak menerbit, mencetak serta memasarkan buku keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sejak tahun 2002. Bagaimana boleh menghadapi masalah kewangan?
Menurut laporan media, selama mengikat kontrak dengan DBP, syarikat ini telah menerima bayaran sebanyak sebanyak RM650 juta. Di sinilah timbul kehairanan banyak pihak. Bagaimana syarikat ini boleh menghadapi masalah kewangan jika jumlah yang diterimanya konsisten dan nilainya cukup lumayan? Seperkara lagi, timbul pula dakwaan bahawa syarikat ini berbuat demikian untuk menekan DBP agar menyerahkan tender tertentu kepada syarikat itu. Pekerja yang terlibat telah dipergunakan untuk tujuan itu. Hal ini ada dilaporkan dalam media pencacai semalam yang memetik kata-kata daripada Datuk Fuad Zarkashi yang mengadakan perbincangan dengan wakil pekerja DAWAMA.
P/s: Kontrak syarikat ini dengan DBP akan tamat pada tahun 2014. Adakah DBP akan meneruskan kontrak dengan syarikat ini?
|
Atlet Menembak Kahwin Lari, Jadi Isteri Ketiga Posted: 03 Aug 2011 04:50 PM PDT Saya petik: [Kosmo] MELAKA - Seorang bapa merayu anaknya, seorang atlet menembak pelapis kebangsaan yang menghilangkan diri setelah kahwin lari tahun lalu supaya kembali ke pangkuan keluarga.
Azlan Maidin, 53, juga merayu anaknya, Nabila Ashazra, 20, (gambar) supaya meneruskan kembali latihan menembak di Majlis Sukan Negara di Kuala Lumpur demi masa depan.
Nabila adalah pemenang pingat emas acara Air Pistol di Kejohanan Menembak Asia Tenggara di Bangkok tahun lalu.
Dia bagaimanapun menghilangkan diri setelah dipercayai berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun di Wilayah Pattani, Thailand pada 12 November tahun lalu.
Lebih menyedihkan keluarga atlet tersebut ialah lelaki berkenaan yang sudah mempunyai empat anak mengambil Nabila sebagai isteri ketiga.
Azlan menjelaskan, dia mula menyedari kehilangan Nabila setelah mendapat panggilan telefon daripada seorang wanita yang mendakwa sebagai isteri pertama lelaki tersebut pada 25 Julai lalu.
Menurutnya, dalam perbualan singkat itu, wanita tersebut mendakwa anak perempuannya itu kini berada di Kampung Kor, Lorong Kubur, Kota Bharu, Kelantan.
"Saya sangat risau kerana dia dikatakan berkahwin dengan seorang lelaki berusia 44 tahun dan sudah pun mempunyai dua isteri serta empat anak," katanya kepada pemberita di Pusat Perkhidmatan Barisan Nasional (Pembela BN) Negeri Melaka, Ayer Keroh di sini semalam.
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan