Biaqpila |
- Kontroversi IC bukti desakan Bersih wajar
- 8TV: Iklan 'ketiak' disalahtafsir
- BAYAR ZAKAT FITRAH GUNA SMS DI SELANGOR
- NGERI...Tengkorak seorang lelaki hampir reput terlekat pada pelepah kelapa sawit.
- Siapa Yang Bohong??? JPN atau SPR!!!!
Kontroversi IC bukti desakan Bersih wajar Posted: 04 Aug 2011 03:00 PM PDT KUALA LUMPUR, 4 Ogos: Kontroversi terbaru membabitkan kes Penduduk Tetap (PR) yang mendapat kewarganegaraan untuk mengundi dalam pilihan raya, membuktikan tuntutan Bersih 2.0 adalah wajar. Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mengulas isu Mismah yang mendaftar sebagai pemilih dalam laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), meskipun memegang status PR, lapor KeadilanDaily. Nama Mismah yang memegang My Kad PR berwarna merah, turut tertera dalam laman web Jabatan Pendaftaran Negara. Bagaimanapun statusnya sebagai PR ditukar selepas isu itu didedahkan laman portal Malaysiakini kira-kira empat jam selepas itu. Selain itu, PAS tampil mendakwa di Selangor sahaja, sebanyak 1,100 pengundi berstatus PR yang tidak layak mengundi, berada dalam daftar pemilih SPR. Menurut Maria, insiden terbaru itu membuktikan SPR perlu benar-benar melakukan pembersihan senarai pengundi, satu daripada lapan tuntutannya. Malah, katanya, parti-parti politik Pakatan Rakyat sebelum ini turut menyerahkan senarai pengundi yang didapati mengundi sebanyak dua kali bagi mengesahkan kepincangan daftar pemilih. "SPR perlu semak semula semua nama dalam senarai pengundi yang mereka miliki. "Sudah tentu (ia bukti tuntutan kita wajar), kita sudah bagi mereka bukti malah sebelum ini kita sudah tunjukkan satu senarai pengundi yang boleh mengundi dua kali," kata Maria Chin. Lanjutan daripada kontroversi ini, Maria menggesa agar SPR menubuhkan jawatankuasa terpilih yang turut dianggotai parti-parti politik tanahair untuk mengkaji masalah seperti ini dalam senarai pengundi. "SPR perlu berikan perhatian dan mereka kena tubuhkan satu jawatankuasa khas. "Jawatankuasa khas itu perlu terdiri daripada wakil daripada parti-parti politik dan mereka akan mengkaji masalah-masalah seperti penduduk tetap yang menjadi warganegara dalam masa yang singkat ini," katanya. Menurutnya lagi, cadangan itu telah dipanjangkan Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sewaktu debat bersama Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar 26 Julai lalu di Shah Alam. "Kami bagi masa kepada beliau selama tiga bulan untuk mengkaji perkara ini dan menyiapkan satu laporan tentang masalah-masalah yang membelenggu senarai pengundi sekarang ini," katanya. Sewaktu ditanya langkah seterusnya yang akan diambil Bersih jika SPR tetap berdegil tidak mengambil langkah serius untuk menyelesaikan masalah itu, Maria berkata Bersih akan 'merujuk perkara itu kepada rakyat'. "Kita akan balik kepada rakyat dan tanya apa mereka mahu kita buat," kata Maria Chin. - Harakahdaily KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
8TV: Iklan 'ketiak' disalahtafsir Posted: 04 Aug 2011 05:00 AM PDT Stesen televisyen 8TV hari ini memohon maaf berhubung iklan Ramadan yang di-keudarakan seketika sebelum ditarik-balik berikutan bidasan pelbagai pihak bahawa ia berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa. Sambil memetik ahli falsafah Austria Karl Popper, 8TV cuba berfalsah menjelaskan iklan berbentuk pengumuman perkhidmatan masyarakat (PSA) Ramadan yang disiarkannya itu. "Seperti ahli falsafah terkenal Austria Karl Popper pernah berkata, “Adalah mustahil bagi bercakap dalam cara yang anda tidak akan disalah-tafsir” - dan ini situasi malang yang berlaku akibat iklan PSA Ramadan 8TV. “Dengan kesal terdapat salah tafsiran PSA itu yang hanya bertujuan menyampaikan mesej bagi menghormati bulan Ramadan. “Mesej itu bukan bertujuan menyinggung mana-mana bangsa atau keturunan dalam apa cara sekalipun. Ini adalah kesilapan jujur membabitkan sedikit jenaka yang disalahtafsir dan menjadi kebimbangan sesetengah pihak. “Sehubungan itu, 8TV menarik balik PSA berkenaan dan memohon maaf atas sebarang ketidak-selesaan atau kesulitan akibat daripada penyiarannya itu,” kata stesen tv berkenaan dalam satu kenyataan. Pada satu daripada tiga iklan itu, ketiak seorang wanita Cina yang memakai baju tanpa lengan yang ketat dikaburkan apabila dia mengunjungi bazaar Ramadan sambil mendakwa dirinya menjadi tumpuan. Iklan itu kemudiannya menasihatkan penonton agar tidak berpakaian ketat dan mendedahkan. Mereka juga diingatkan supaya tidak terbawa-bawa dan memahami serta menghormati signifikan Ramadan. Dalam reaksi terhadap kemarahan orang ramai, CEO 8TV Ahmad Izham Omar dalam tweet meminta penonton supaya 'chill' dan tidak “terlalu banyak berfikir”. “Chill guys. Don't overthink the ads. It's written, produced and directed by a multi-racial team. If you overanalyse, anything will be bad,” tulisnya. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
BAYAR ZAKAT FITRAH GUNA SMS DI SELANGOR Posted: 04 Aug 2011 01:00 AM PDT Lembaga Zakat Selangor meneruskan komitmen pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis.Pembayaran zakat melalui SMS ini telah bermula sejak Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi. Penggunaan SMS telah dibenarkan mengikut keputusan fatwa berhubung cadangan pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik; Pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Pra Bayar dan Pasca Bayar dan Pembayaran Zakat Melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit. Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa : • HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar. • HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit. • Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima. • Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan. Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor terbaru pada 6hb Januari 2011 boleh di download diFATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS. Atas inisiatif LZS dengan kerjasama pihak Celcom dan Maxis, para pelanggan talian mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar) atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka. Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS. 1. CELCOM : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya 2. MAXIS : Taip FITRAH [Jarak] SELANGOR dan hantar ke 22032 serta ikuti arahan seterusnya Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang. Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut : 1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/ 2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/personal/latest/mzakat/ Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 29hb. Ogos 2011. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1432 Hijrah sehingga jam 8.00 malam sahaja. kl-today KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
NGERI...Tengkorak seorang lelaki hampir reput terlekat pada pelepah kelapa sawit. Posted: 03 Aug 2011 09:00 PM PDT KULIM: "Saya mahu mengait kelapa sawit, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak kepala manusia yang sudah reput terlekat di pelepah kelapa sawit itu," kata S Nandakumaran, 31, yang menemui mayat lelaki yang sudah reput dan anggotanya yang berselerak di Ladang Air Merah, berhampiran Taman Melur, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, pekerja ladang kelapa sawit itu baru hendak memulakan tugas mengait buah kelapa sawit di ladang itu. Katanya, ketika tiba di situ, dia mula terhidu bau busuk yang meloyakan dan pada mulanya menyangka ia berpunca daripada bangkai binatang yang mati berhampiran kawasan berkenaan. "Ketika saya berjalan ke arah pokok kelapa sawit untuk mengait buahnya, tiba-tiba saya terpandang satu objek bulat berwarna hitam terlekat pada pelepah kelapa sawit. Saya kemudian menghampiri objek berkenaan dan amat terkejut apabila mendapati objek itu adalah kepala manusia yang hampir reput," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Katanya, lebih mengejutkan, dia terjumpa pula bahagian tubuh mayat berkenaan yang hanya tinggal kaki dan badan berhampiran pokok kelapa sawit itu, manakala kedua-dua tangannya ditemui beberapa meter dari situ. Nandakumaran membuat laporan di Balai Polis Kulim. "Saya bersama beberapa pekerja lain baru memulakan tugas mengait buah berkenaan hari ini (semalam) selepas kali terakhir melakukannya pada 13 Julai lalu. Waktu itu, tiada apa-apa berlaku di kawasan ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh, berkata berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemui pada mayat terbabit, mangsa dikenali sebagai A Benny Roy, 31, dan beralamat di Klang, Selangor. "Keadaan mayat yang hampir reput dan hanya tinggal kaki, manakala kedua-dua belah tangannya dijumpai beberapa meter dari mayat itu kemungkinan dibawa lari binatang buas. Kepala mangsa pula tersangkut pada pelepah pokok kelapa sawit. Seutas tali turut berada pada kepala itu," katanya. Beliau berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Kulim untuk bedah siasat dan setakat ini polis mengklasifikasikan sebagai kematian mengejut. HM KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
Siapa Yang Bohong??? JPN atau SPR!!!! Posted: 03 Aug 2011 06:00 PM PDT Berapa Ratus Ribu Mismah Di Malaysia? PENDEDAHAN dibuat oleh sebuah portal berita yang dilabelkan pro-pembangkang oleh media taksub kepada pemerintah mengenai 'salah teknik' berhubung status seorang insan bernama Mismah (mungkin pendatang tanpa izin – (Pati) dari Indonesia) yang dikorek dan digali didapati dengan mudah mendapat hak kerakyatan di negara ini, telah mengaluributkan kantor Jabatan Pendaftran Negara (JPN). Apa yang anih lagi dalam siasatan protal berita berkenaan Mismah dinaikkan taraf sebagai warganegara ini dari status sebagai penduduk tetap kepada waganegara dalam tempoh empat jam saja. Empat jam sebelum itu (menurut pengesanan menerusi online JPN) menunjukkan Mismah adalah pemegang Mykad sebagai penduduk tetap dengan MyPR (merah) bernombor: 640704715238, tetapi empat jam kemudian telah dinaikan taraf sebagai pemegang Mykad berwarna biru sebagai warganegara Malaysia yang layak mengundi. Fantastik dan hebat sungguh sistem pendaftaran JPN negara ini. Mungkin juga dikala portal berita berkenaan membuat penyiasatan proses mengup-gradkan penduduk tetap sedang diproses! Paling mengejutkan lagi dia telah disahkan sebagai pengundi berdaftar di negara ini. Malahan pengesahan beliau sebagai pengundi baru masih lagi dalam edah beliau pemegang MyPR berwarna merah. Apabila beliau sudah berdaftar sebagai pengundi dalam erti kata lain Mismah akan menjadi seorang pemilih setaraf dengan warganegara asal negara ini. Inilah yang menajkubkan dan menyebabkan sesuatu yang tidak kena kepada keselamatan negara. Hari ini Ketua Pengarah JPN, Jariah Mohd Said telah membuat penjelasan agak penjang lebar juga. Kepantasan penjelasan itu semacam pengarah itu dalam ketakutan kini seolah-olah kerja jahat dilakukan oleh jabatannya terbongkar. Jangan main-main kalau proses berkenaan 'terlalu' salah teknik kemungkinan Jariah akan dikenakan tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Memberi atau meluluskan pendatang asing atau warganegara asing menjadi warnegara ini tanpa prosuder yang betul satu kesalahan. Satu maklumat dalaman yang sampai kepada saya memang ada kegiatan memproses pendatang haram untuk diberikan kad pengenalan dan didaftarkan sebagai pengundi. Jariah menafikan yang taraf dan status Mismah dari pemegang kad merah kepada kad biru berubah dalam masa empat jam. Jelasnya, Mismah telah memegang kad merah, menjadi penduduk tetap (PR) sejak 17 Julai 1982 manakala permohonannya menjadi warganegara diluluskan pada 31 januari 2011 setelah 29 tahun menjadi penduduk tetap. Jadi menurut Jariah dari catatan rekodnya adalah tidak betul kalau taraf kewargangeraan Misamah berubah dalam tempoh empat jam. Persoalan kini siapa yang betul dan berbohong dalam hal ini. Siasatan protol berita berkenaan bersumberkan kepada online JPN sendiri dan juga online SPR yang bohong? Apakah online berbohong? Kalau portal berita itu berbohong maka tindakan tegas perlu diambil kerana apa didedahkan memalukan negara. Kejadian itu seolah-olah pentadbiran kita macam pentadbiran di zaman sebelum merdeka yang menggunakan semuanya dibuat secara manual. Bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu Jariah juga turut memberitahu sejak 9 April 2009 hingga 15 Julai 2011 Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dikepalai oleh Hishamuddin Hussein telah meluluskan 29,290 orang daripada 72,334 orang pemohon untuk mendapat wargenegara ini dalam tempoh tersebut. Ini bermakna purata dalam tempoh lebih kurang dua tahun itu seramai 1,126 orang menjadi warganegara ini pada setiap bulan. Sayang Jariah tidak mengecerkan jumlah berkenaan mengikut rupa paras atau pun ethnik para pemohon yang diterima sebagai warganegara itu. Kalau tidak kita boleh kira kaum atau ethnik mana yang ramai diterima sebagai warganegara ini. Kalau boleh beliau juga perlu perincikan mengikut ethnik atau bangsa yang memohon untuk menjadi warganegara ini daripada jumlah terbaki dari 72,334 orang itu. Kelulusan permohonan itu menurut Jariah dibuat mengikut Perkara 19 Perlembagaan Negara di mana mereka adalah warga asing yang bermastautin di Malaysia tidak kurang 12 tahun. Berbalik kepada kes Mismah tadi ia sungguh memalukan. Walaupun ia adalah salah teknik tetapi kejadian itu menunjukkan kelemahan sistem keselamatan kita terutama menerusi talian online. Tidak seharusnya kesilapan itu berlaku sehingga ia akan dijadikan hujah atau bukti bagi menunjukkan beberapa kepincangan dalam pentadbiran khusunya JPN dan juga SPR berlaku. Mungkin ramai yang berfikiran seperti saya, soal teknikal atau kesilapan manusia dalam kes Mismah itu hanya alasan saja. Mungkin sesuatu yang buruk sedang berlaku dalam kedua agensi itu JPN dan SPR. Boleh jadi juga selain Mismah itu masih banyak "Mismah" di Malaysia yang sudah diproses permohonan mereka. Apa dibimbangkan apakah selepas ini akan ada pula parti MISMAH. - Malaysia Ini sudah Mahu Hancur! Adalah sesuatu yang mendukacitakan kalau kelajuan proses terhadap Mismah-Mismah menjadi warganegara itu kemudian didaftar sebagai pengundi ia dibuat berselindung angenda tertentu yang berpaksakikan kepada nafsu amarah. Malang sungguh. Perkara ini perlu dibimbang oleh semua rakyat negara ini. Setiap dari kita perlu berjaga-jaga dan kakitangan kerajaan yang diberitanggung hendak bertanggungjawab dan kalau perlu membantah, bantahlah. Ingat masa depan negara dan bangsa. Kita tidak menolak untuk menerima mereka yang layak untuk menjadi waranegara ini, luluslah jika mereka sudah memenuhi syarat-syrat yang ditentukan. Tetapi kalau mereka diproses hanya untuk memenuhi kehendak golongan tertentu - menjadi pengundi hantu alangkan malangnya. Demokrasi negara kita sudah buruk dan sudah cemar. Pilihan raya kita sudah kotor dan sudah busuk. Kalau kekotoran dan kecemaran itu ditambah dengan kejadian-kejadian yang tidak sepatutnya, semisalnya mendaftarkan pendatang asing sebagai pengundi, ia sesuatu yang sungguh jijik dan satu kemalangan kepada negara ini. Mungkin keburukan dan kejahatan lain boleh dimaafkan tetapi kalau membenarkan orang asing bagi menentukan nasib dan masa depan negara ini sungguh celaka jawabnya. Ini bermakna masa depan negara dan pemimpin kita turut ditentukan sama oleh orang luar. Apalah bezanya keadaan dengan zaman penjajah yang mencampuri semua urusan hidup kita satu masa dulu? Merdeka ini yang kita banggakan tidak membawa apa-apa makna kalau kita tetap memperhambkan kepada kuasa asing. Dengan mengambil kes Mismah yang dianggap terpencil itu ia boleh mengesahkan beberapa perkara yang diragui dan dipertikaikan sebelum ini. Antaranya; 1. Mengesahkan memang ada pendaftaran pengundi di kalangan Pati untuk menjadi pengundi, 2. Keselamatan negara sudah tidak terjamin lagi, dan 3. JPN dan SPR sedang berganding bahu membantu ke arah kebusukan dan kekotoran. Rumusan dari segala itu, jelas tuntutan dan desakan Bersih terhadap lapan perkara itu ada kebenarannya dan semua rakyat perlu memberi sokongan dan kerajaan pula untuk tidak makin pupus wibawaanya perlu sedar dan mengambil peduli atas desakan bersih itu. Apapun hujan Abdul Aziz Yusuf kononnya biometerik sebagai option terbaik untuk membersihkan pilihan raya ia adalah satu helah dan dalih mentah saja dalam usaha SPR yang dianggap sebagai salah satu komponan BN untuk mempertahankan BN dalam pilihan raya ke-13 nanti.[wm.kl.10:30 am 03/08/11] - MSO KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan