DIALOG RAKYAT |
- PERKASA: Siasat kaitan Israel dalam projek PDRM
- LPK tiada kewangan kukuh untuk beli tanah
- Kes Sosilawati: Saksi nampak empat lelaki buang barang
- Undi pos: Lagi bekas tentera dakwa subahat
- Dr Hasan: Ada bukti agama lain disebar pada umat Islam
- Raja-Raja usah dengar cakap Umno saja
- Buku Konsep Negara Berkebajikan dilancar esok
- Penawar nafi minta Najib letak jawatan
- Rosmah Tentu Melenting
- Canister buatan Israel - Pakatan desak Tindakan Tegas Diambil.
- Awal Ramadhan 1432H, Penguasa Kejam Syria Membunuh Umat Islam
- Waspada : Golden Churn ada DNA babi
- Tiga ADUN, 1MP; Tapi Semporna Terbiar
- Muhyiddin ganti Najib?
- Pendarahan di kepala punca kematian Sarbaini
- Kematian misteri 10 pekerja SFC di Bakun
- Bekas orang kuat Ku Li tidak mahu sertai Amanah
- Beri tekanan kepada k’jaan pusat
- Bersih 2.0: Mahfuz, Salahuddin fail saman polis Isnin depan
- Perkasa lapor polis projek kaitan Israel
- DAP yakin Pakatan mampu buat kejutan di Perlis
- Pakatan Kedah tunai janji pilihan raya, yakin rakyat terus beri mandat
- Peluang menangi RM 6,000 pertandingan esei Bersih 2.0
- Polis: Panggil editor, wartawan gangguan kepada media- Latheefa
PERKASA: Siasat kaitan Israel dalam projek PDRM Posted: 04 Aug 2011 03:34 PM PDT Salhan K Ahmad Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak agar siasatan dijalankan ke atas dakwaan berhubung penyelewengan dan penglibatan pihak Israel dalam kontrak di PDRM. Dalam laporan polisnya hari ini, ketua pemuda pertubuhan itu, Irwan Fahmi Ideris berkata siasatan itu perlu dijalankan ke atas dakwaan pengagihan dan pemberian projek melibatkan polis Bukit Aman. Irwan (foto kanan) membuat laporan itu berdasarkan tulisan di beberapa laman blog pro-BN – gerakantimur.blogspot.com, kerisputera.blogspot.com, darulehsantoday.blogspot.com dan gerakan-anti-pkr.blogspot.com. Dakwaan seumpamanya – melibatkan kaitan kerajaan dan Bukit Aman dengan Israel – pernah ditimbulkan di Dewan Rakyat oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 April 2010. Dakwaan berkenaan adalah berhubung kegiatan individu yang didakwa sebagai ejen risikan Israel dengan satu syarikat untuk menaiktaraf sistem komunikasi PDRM. Ekoran itu, ketua polis negara pada masa itu, Tan Sri Musa Hassan dalam penjelasannya beberapa hari kemudian berkata, syarikat Asiasoft yang berpangkalan di Tel Aviv itu tidak lagi dibenarkan memasuki ibu pejabat PDRM bagi melakukan kerja-kerja berkenaan.
Dakwaan kali ini pula menyebut kaitan seorang lelaki tempatan berhubung dakwaan skandal dalam kontrak berkenaan yang turut melibatkan unit teknologi maklumat Bukit Aman. Ketika ditanya, Irwan berkata beliau tidak dapat memastikan sekiranya dakwaan itu melibatkan isu sama tetapi "apa yang pasti, ini laporan polis pertama yang dibuat." "Di dalam blog tersebut, penulis menyatakan beberapa bukti yang kononnya terdapat penglibatan seorang lelaki yang mempunyai kaitan dan hubungan dengan pihak Israel," katanya lagi dalam laporan polis tersebut. Laporan yang dibuat pada kira-kira jam 12 tengahari itu juga menyebut, siasatan perlu dijalankan bagi menjamin keselamatan negara dan juga agar "maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab." Satu tulisan bertarikh 3 Ogos di kerisputera.blogspot.com menyebut kaitan berkenaan dengan tiga orang individu di Bukit Aman, masing-masing berpangkat asisten komisioner, deputi superintenden dan superintenden. Ketiga-tiga orang pegawai kanan itu didakwa telah ditukarkan ke jabatan lain, menurut tulisan itu lagi. | ||
LPK tiada kewangan kukuh untuk beli tanah Posted: 04 Aug 2011 03:31 PM PDT BERNAMA Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) tidak mempunyai kewangan yang kukuh untuk membuat pembelian tanah seluas 830 ekar bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Mukim Klang.Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, Kementerian Pengangkutan, Datuk Abdul Rahman Mohd Noor, 61, berkata berikutan itu Kementerian Pengangkutan dicadangkan untuk membeli tanah berkenaan dan menyewakannya kepada LPK. "LPK tidak mampu untuk membeli tanah berkenaan kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi, sekiranya LPK membeli tanah tersebut kedudukan kewangan LPK akan menjadi lebih teruk," katanya ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah. Saksi keempat pendakwaan bagi perbicaraan kes Bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik itu memberitahu walaupun kerajaan memberikan subsidi sebanyak 50 peratus untuk pembelian tanah itu, LPK masih tidak mampu membelinya kerana ia masih dalam defisit. Selain itu, Abdul Rahman memberitahu bahawa LPK turut dicadangkan untuk mendapatkan pinjaman daripada kerajaan berhubung pembelian tanah tersebut. Katanya menerusi satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Penyelarasan Syarikat MKD, Kementerian Kewangan, Abdul Rahim Mokti menyatakan LPK dicadangkan untuk membuat pinjaman daripada kerajaan bagi pembelian tanah berkenaan. "Menerusi satu mesyuarat berhubung cadangan untuk membeli tanah seluas 830 ekar di Pulau Indah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) yang dihadiri oleh saya di Kementerian Kewangan yang mana mesyuarat itu dipengerusikan oleh Abdul Rahim pada 2 November 2000 ada membincangkan mengenai pembiayaan kerajaan untuk beli tanah itu," katanya. Abdul Rahman berkata beliau telah memaklumkan mengenai mesyuarat tersebut kepada Dr Ling menerusi satu surat bertarikh 6 November 2000. Terdahulu itu, beliau memberitahu bahawa kerajaan berhasrat untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai pusat pemuggahan utama untuk semua kargo dari Malaysia. Beliau menambah atas sebab itu kerajaan berhasrat membeli tanah seluas 830 ekar tersebut berbanding 400 ekar yang ditawarkan oleh penjual (KDSB). "Tawaran pertama KDSB untuk pembelian tanah itu ialah seluas 400 ekar, namun LPK tidak menerimanya disebabkan keluasan tanah yang terlalu kecil untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai hab utama," jelasnya. Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dalam menentukan nilai kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah. Dia juga didakwa atas dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000. Beliau didakwa melakukan semua kesalahan itu di tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 November 2002. Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung esok. | ||
Kes Sosilawati: Saksi nampak empat lelaki buang barang Posted: 04 Aug 2011 03:28 PM PDT BERNAMA Seorang saksi perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia nampak empat orang lelaki membuang barang di beberapa lokasi di Banting pada September tahun lalu.U Suresh, 27, berkata, dia melihat perbuatan itu semasa lori yang dipandunya mengekori sebuah pacuan empat roda berwarna biru yang dinaiki oleh empat orang lelaki termasuk seorang lelaki warga Indonesia pada pagi 4 September tahun lalu. Sebelum itu, saksi ke-29 pendakwaan tersebut berkata, seorang lelaki telah menahan lori yang dipandunya di simpang masuk menghala ke tempat kerjanya, iaitu sebuah ladang di Tanjung Sepat, Banting, dan bertanyakan sama ada boleh menyewa lorinya. Suresh, yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan tersebut, berkata lelaki terbabit memberitahu bahawa lori itu diperlukan untuk membuang barang sembahyang dan bersedia membayar upah sebanyak RM250. "Selepas bersetuju untuk menyewakan lori, ada seorang lelaki Indonesia turun dari jip (pacuan empat roda) itu dan naik lori saya serta duduk di bahagian tempat duduk sebelah pemandu. Lelaki Indonesia itu suruh saya mengekori jip itu. "Jip itu kemudian bergerak dan berhenti di sebuah sungai yang saya tidak tahu nama. Pemandu jip tidak turun dari jip, saya nampak dua lelaki lagi turun dari jip dan buang satu karung (sack) warna putih ke dalam alur (drain). "Lepas buang mereka naik semula ke dalam jip dan sambung perjalanan," katanya ketika disoal balas peguam Manjeet Singh Dhillon yang mewakili tertuduh pertama, N Pathmanabhan pada perbicaraan hari ke-17. Suresh memberi keterangan pada perbicaraan kes Pathmanabhan, 42, bekas peguam, dan tiga pekerja ladang, T Thilaiyagan, 20; R Matan, 21; dan R Khatavarayan, 31; yang didakwa membunuh Sosilawati, 47; peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44; di Lot 2001, Jalan Tanjong Layang, Tanjung Sepat, Banting, antara 8.30 malam dan 9.45 malam pada 30 Ogos 2010. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Suresh berkata pacuan empat roda itu seterusnya berhenti di sebuah jambatan kecil kira-kira empat hingga enam kilometer dari lokasi pertama kenderaan itu berhenti. "Di sana dia nampak seorang lelaki dari pacuan empat roda itu membuang barang ke dalam sungai. "Selepas itu saya masih ikut jip dan bila sampai di satu kawasan hutan berhampiran Jalan Kelanang dan jip itu berhenti, saya nampak sebuah kereta warna hitam berada dalam jarak kira-kira 20 meter dari lori saya. Saya tidak nampak siapa dan berapa orang dalam kereta hitam kerana cerminnya "tinted". "Selepas itu saya turun dan buka bahagian belakang lori sebelum naik semula (ke dalam lori). Kemudian saya nampak lelaki Indonesia dan seorang lelaki isi barang dalam lori saya kira-kira 10 minit. Selepas loading barang kereta hitam bergerak di hadapan kemudian diikuti jip dan lori saya," katanya. Saksi itu berkata kira-kira lima hingga 10 minit kemudian ketiga-tiga kenderaan berhenti di tepi sebuah sungai di mana dia melihat lelaki Indonesia serta dua lelaki dari pacuan empat roda itu mengeluarkan barang dari lorinya dan membuangnya ke dalam sungai. Suresh berkata ketika itu, dia yang masih berada di tempat duduk pemandu turut mendengar seperti bunyi zink dipijak. "Saya kemudian nampak pemandu jip minta bayaran dari kereta hitam dan driver kereta hitam ada buka cermin kereta tetapi saya tidak nampak siapa. Pemandu jip beri saya wang RM300 dan bila saya beritahu bayarannya hanya RM250 lelaki itu cakap tidak apa, saya simpan baki duit," katanya. Manjeet: "Selepas itu adakah awak terus ke Puchong?" Suresh: "Tidak saya ada berhenti di satu tempat. Lelaki Indonesia itu cakap dia nak turun di Subang Jaya dan dia beritahu itu dalam perjalanan jadi bolehlah turunkan dia (di Subang Jaya)." Suresh berkata apabila tiba di sebuah kawasan kilang dan flat di Subang Jaya, lelaki Indonesia itu memberitahu dia ingin berjumpa seseorang. Kira-kira 10 minit kemudian saksi itu nampak lelaki Indonesia terbabit membuang sebuah kotak rokok ke dalam sebatang alur semasa sedang berjalan ke arah lorinya. "Sebelum lelaki Indonesia beredar dari situ, dia ada beri dua buah telefon bimbit kepada saya dan saya tolak tetapi lelaki Indonesia itu mendesak saya mengambilnya," katanya. "Bila balik semula ke ladang, saya beritahu majikan saya Ravi," kata beliau. Manjeet: "Ravi ambil ke telefon bimbit itu?" Suresh: "Ravi marah saya sebab barang-barang yang dibuang ialah barang sembahyang...dia suruh saya buangnya." Saksi itu berkata dia kemudian membuang kedua-dua telefon bimbit tersebut ke dalam sebuah alur kecil berhampiran sungai di Pasar Besar Banting. Kepada soalan lain, Suresh berkata dia tidak pernah melakukan sebarang kesalahan atau melakukan pembunuhan pada malam 30 Ogos 2010 (tarikh kejadian) dan dia juga tidak mengenali Pathmanabhan sehinggalah dia ditangkap polis pada 9 Sept 2010. Saksi itu juga mendakwa dia telah dipukul oleh pegawai polis bernama Govindan dan anggota-anggota polis lain serta diacukan pistol di kepala bagi mengaitkan (implicate) Pathmanabhan dengan kes pembunuhan tersebut. Terdahulu, Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan untuk membenarkan rakaman percakapan Suresh digunakan dalam prosiding bagi mencabar kebolehpercayaan (impeach) keterangannya di mahkamah. Akhtar membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa percakapan saksi itu yang dirakam oleh pihak polis memenuhi keperluan di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). Beliau bagaimanapun tidak menerima rakaman percakapan Suresh dikemukakan sebagai bahan bukti di mahkamah. Ini kerana, katanya, Suresh merupakan saksi dalam kes pembunuhan itu dan bukan orang yang dituduh. Akhtar kemudiannya meneruskan prosiding mencabar kebolehpercayaan saksi itu dengan meminta Suresh menjelaskan 22 percanggahan dalam keterangannya. Setelah mendengar penjelasan Suresh, Akhtar berkata beliau akan memutuskan sama ada untuk mencabar kebolehpercayaan saksi itu di akhir kes pendakwaan kelak. Perbicaraan bersambung esok. | ||
Undi pos: Lagi bekas tentera dakwa subahat Posted: 04 Aug 2011 03:27 PM PDT Jimadie Shah Othman Seorang lagi bekas tentera hari ini tampil mendakwa pernah terlibat menyalahguna undi pos semasa berkhidmat atas arahan pegawai atasannya. Nasir Mohamad (kiri) yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai bekas "kerani" di kem Sandakan, Sabah berkata, kejadian itu berlaku ketika pilihan raya umum ketujuh pada tahun 1986. "Saya bersama seorang kerani diarah buka karung undi... (kami) diarah pegawai atasan buka uncang undi dan diarahkan memangkah. Kertas undi itu lebih kurang 900 keping, termasuk tentera dan isteri mereka. "Saya diarah bahagi dua, kawan saya, namanya Ayub Mat ambil 400 lebih, saya ambil 400 lebih (kertas undi). Saya diminta undi ikut citarasa saya," katanya dalam majlis anjuran Pemuda PAS di sebuah hotel di Ampang pagi tadi. Menurut Nasir lagi, oleh kerana dia "mungkin BN" pada masa, maka undi diberikan kepada parti pemerintah itu. "Saya ambil hak orang lain yang sepatutnya undi kertas itu. Tetapi saya sebagai tentera kena yes men (jadi penurut)," katanya lagi yang tamat perkhidmatan dengan tentera pada tahun 1998. Kes yang hampir sama didakwa berlaku pada Oktober 2009 apabila bekas "sarjan gaji" Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak tentera lain dalam dua pilihan raya umum – pemalsuan undi yang selama ini hanya digembar-gemburkan oleh pembangkang. 'Bukan jumpa kerani Datuk Wan' Hadir sama dalam majlis pendedahan "penipuan" sistem pilihan raya itu antaranya Pengarah Pilihan Raya PAS Mohd Sany Hamzan dan Pengerusi Sekretariat Mobilisasi dan Pemulihan Demokrasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat. Sementara itu, Nasir ketika ditanya kenapa beliau tampil membuat penjelasan selepas hampir lebih 20 tahun, beliau mengakui "takut" sebelum ini. "Tetapi apabila saya lihat tidak lagi terikat dengan sebarang perintah tentera, sebab itu sekarang saya berani," katanya sambil memberitahu rasa terpanggil bertanggungjawab terhadap sistem demokrasi negara ini. Nasir bagaimanapun buat masa itu tidak mempunyai sebarang rancangan untuk memanjangkan kes yang disimpannya selama 25 tahun itu kepada pihak SPR. "(Ia) bergantung kepada keadaan," kata Nasir lagi yang kini bergiat bersama PAS. Sementara itu, Suhaizan pula berkata, ketika pihaknya mengetengahkan dakwaan Abu menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang dua tahun lalu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof berjanji perkara itu tidak akan berulang. "Tetapi kalau sistemnya sama, ia masih boleh boleh berlaku. Saya cakap ini dengan Tan Sri Aziz, saya jumpa dengan dia. "Saya bukan jumpa kerani (timbalan SPR) Datuk Wan Ahmad (Wan Omar), saya jumpa bos Datuk Wan Ahmad," kata Suhaizan dengan nada menyindir. Terlalu teknikal Dalam forum pasca 9 Julai yang menyaksikan Wan Ahmad dan Pengerusi BERSIH S Ambiga sebelum ini, Wan Ahmad pernah menolak soalan teknikal daripada peserta dengan menyifatkan ia sebagai "soalan kerani". Sementara itu, dalam pembentangan lebih dua jam kepada media hari ini, Suhaizan membentangkan pelbagai data dakwaan "penipuan" yang dikumpulkannya dalam pilihan raya Bagan Pinang dan Sibu sebelum ini. Banyak disentuh berhubung undi pos yang "terlalu teknikal" yang didakwa terdedah kepada banyak ruang manipulasi, antaranya penjualan kertas undi di pasaran gelap dan kuasa terhadap petugas SPR dan pemantau di kem tentera. Dalam masa yang sama, beliau menimbulkan persoalan sama ada SPR benar-benar berhasrat memperkenalkan pengundian awal bagi menggantikan undi pos kerana sehingga sekarang belum ada sebarang pindaan dibuat. "Kalau pilihan raya bulan 11 ini adakah dia boleh buat? Nak buat (pindaan) kena bawa Dewan Rakyat, Dewan Negara lagi. Jadi pilihan raya akan datang pakai sistem apa?" soalnya. Sehubungan itu, Suhaizan mencadangkan, undi pos hanya mestilah melibatkan pihak yang mempunyai tugas-tugas kritikal sahaja, contohnya tentera di perbatasan. "Isterinya tak perlulah terlibat, dia (isteri tentera) kerja lain pun. Kalau undi awal pula, buat luar kem, kerana dalam kem kawalan lebih sukar," katanya yang juga ketua Pemuda PAS Johor. | ||
Dr Hasan: Ada bukti agama lain disebar pada umat Islam Posted: 04 Aug 2011 03:19 PM PDT MALAYSIA KINI dikemaskini Exco kerajaan Selangor bagi hal ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Ali berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya malam tadi kerana terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam. Menurut beliau, maklumat yang diterima mengatakan terdapat kehadiran orang Islam yang hadir pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan. "Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Larikan diri Menurut Dr Hasan berdasarkan siasatan awal, 12 penganut Islam didapati terbabit dengan majlis itu dan mereka akan disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. | ||
Raja-Raja usah dengar cakap Umno saja Posted: 04 Aug 2011 03:17 PM PDT
| ||
Buku Konsep Negara Berkebajikan dilancar esok Posted: 04 Aug 2011 03:09 PM PDT
| ||
Penawar nafi minta Najib letak jawatan Posted: 04 Aug 2011 03:07 PM PDT TERKINI Presidennya Tan Sri Abd Aziz Shamsuddin berkata Penawar yang ditubuhkan pada Disember 2009 tidak pernah meminta agar Najib berundur. Najib menjadi perdana menteri dan presiden Umno sejak awal 2009. "Saya sama sekali menafikan kenyataan itu," kata beliau sambil menambah, pada mesyuarat diadakan 29 Julai lalu Penawar tidak pernah membuat sebarang keputusan mahu menggesa agar Najib meletakkan jawatan. "Sebarang bentuk persepsi yang salah harus dibetulkan," kata beliau yang juga bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Ahli Parlimen Shah Alam. Beberapa blog menulis bahawa Penawar telah mengadakan mesyuarat beberapa hari lepas, dipengerusikan oleh Aziz yang merupakan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi. Penawar didkwa telah mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri atas alasan terlalu lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Ia dikatakan dihadiri oleh bekas anggota jemaah menteri Datuk Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar iaitu anak bekas timbalan perdana menteri dan adik kepada timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Aziz menegaskan beliau ragu-ragu "gelombang mahu menggulingkan" kepimpinan mula wujud dalam Umno. "Tiada keadaan sedemikian. Umno berdiri penuh di belakang Najib," kata beliau sambil menambah, Najib yang juga Presiden Umno bekerja keras untuk membangunkan negara. "Kami sendiri pernah berada dalam kerajaan sebelum ini, jadi kami bersimpati dengan beliau. Kami berharap publik juga akan memberi simpati mereka kerana fitnah akan menyebabkan publik kerugian," kata beliau. Aziz juga berkata Penawar ditubuhkan untuk memberi pandangan dan sokongan kepada Perdana Menteri agar "beliau dapat menjalankan tugasnya dengan baik." "Kami kesal kerana dilaporkan bahawa kami telah meminta beliau meletakkan jawatan. Kami pemimpin Umno lama menghormati kerajaan dan setia kepada Umno," katanya lagi. Justeru kata Aziz, jika benar ada ahli Penawar yang membuat kenyataan palsu sedemikian, dia seharusnya meletakkan jawatan kerana tidak berkongsi pendirian badan itu. "Dalam pertubuhan ini, kami ada disiplin dan kami ada syarat. Jika benar dia (individu terbabit) berkata demikian, dia harus rasa bersalah," katanya lagi. | ||
Posted: 04 Aug 2011 02:59 PM PDT MSO SEPERTI mana yang dijangkakan Pertubuhan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) lewat petang ini telah membuat penafian berhubung catatan saya dalam blong ini yang dikatakan pertubuhan itu ada mencadangkan untuk mendesak Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri. Presiden Penawar Abdul Aziz Shamsuddin (foto) dalam satu kenyataan menjelaskan pertubuhan itu tidak pernah membuat cadangan itu dan menganggap apa yang saya catat itu tidak benar. Katanya Penawar ditubuhkan tahun 2009 semasa Najib sudah menjadi Presiden Umno. Penegasan itu memberi gambaran pertubuhan itu wujud bersama Najib. Penawar mengadakan mesyuarat khas petang ini khas untuk membincang apa yang saya catat dalam blog. Nampaknya mesyuarat itu dibuat tergesa-gesa dan seakan tertekan dengan pendedahan itu. Apakah sudah ada orang yang menyala terhadap Penawar itu? Hairan mengapa Penawar perlu membuat penjelasan sesegera itu. Walhal mereka adalah terdiri dari orang cerdik dan pakar strategik serta berpengalaman tidak seharusnya mengambil tindakan sedrastik itu. Khabarnya mesyuarat itu juga untuk menyiasat bagaimana maklumat berkenaan bocor. Persoalan kini timbul apabila Penawar terpaksa mengadakan mesyuarat khas untuk menyiasat siapa yang membocor maklumat dinafikan itu, ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa mesyuarat Penawar pada 29 Julai lalu kemungkinan ada membincang perihal itu. Kalau Penawar tidak ada nawaitu membincangkan itu untuk apa siasatan atau mempedulikan catatan yang saya buat secara iseng-isengan itu. Seharusnya bayangan itu dialpakan begitu saja. Apakah Najib percaya dengan penafian dibuat oleh Abdul Aziz Shamsuddin hari ini? Tentu Najib cukup kenal dengan Aziz dan kepada siapakah bekas menteri ini berwala'? Mungkin juga kerana Najib atau pun para penasihatnya mengenal siapa Aziz menyebabkan Penawar lekas-lekas membuat penafian itu bagi mententeramkan keadaan. Molek juga kalau para spy Najib membuat penyiasatan dan mencari apakah agenda dibincangkan pada mesyuarat Penawar 29 Julai lalu seperti mana kata Aziz. Aziz atau Penawar sendiri seharusnya mengumumkan apakah yang dibicangkan pada 29 Julai lalu. Apa yang disuluh umum sekarang ini di sebalik isu yang cuba memberi imej buruk kepada Nik Aziz yang dikatakan berjumpa dengan Tengku Razaleigh untuk mengganti tempat Anwar sebagai ketua pembangkang sudah terbalik tempias pedihnya terkena kepada Najib. Yang hendak menjatuhkan Najib secara gelap kini bukan pembangkang tetapi orang dalam sendiri. Najib selepas ini tidak boleh menaruh kepercayaan dan merasa selesa lagi. Beliau kena sedar dalam diam-diam sudah ada gerakan untuk menjatuhkannya. Apa yang menimpa Abdullah Badawi sebelum ini nampaknya akan berulang ke atas Najib pula. Ini tidak menghairankan kerana politik haiwan itu memang menjadi amalan Umno. Kalau Najib terjelapak orang memain peranan ianya tidak lain dan tidak bukan adalah orang sama yang berperanan dan kuat mengatur strategi untuk menjatuhkan Abdullah tiga tahun lepas. Siapakah orang itu, nanti selepas berbuka atau bersahur nanti kita akan huraikan sejelas-jelasnya | ||
Canister buatan Israel - Pakatan desak Tindakan Tegas Diambil. Posted: 04 Aug 2011 02:55 PM PDT KL POS KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat telah membuat laporan polis berkenaan dengan isu penggunaan Canister dari pihak FRU dikatakan juga digunakan Israel bagi menyerang penduduk Palestin. Naib Presiden PKR, N.Surendran berkata, ianya bukan sahaja satu tindakan yang memecah hak demokrasi dan hak asasi, malah mempamerkan tahap keselamatan Negara yang tidak terkawal dan menganiaya rakyat yang dahagakan keadilan. Turut serta bersama adalah Aktivis PKR Latheefa Koya yang juga mempertikaikan sikap polis yang bertindak ganas terhadap peserta BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan berlakunya kecederaan. Laporan polis ini telah dibuat bertempat di Ibu Pejabat Daerah Jalan Dang Wangi. | ||
Awal Ramadhan 1432H, Penguasa Kejam Syria Membunuh Umat Islam Posted: 04 Aug 2011 04:09 AM PDT ARRAYAH.INFO, Lebanon - Menjelang Ramadhan 1432H yang mulia ini, regim diktator Syria telah melakukan kekejaman dengan membunuh kaum Muslim di negerinya. Trak tentera Syria sejak pagi hari menyerbu ribuan umat yang berkumpul di kota Hama pada 2 Ogos 2011 yang lalu. Ini menyebabkan 67 orang umat Islam syahid dan lebih dari 100 terluka. Di Hama, sedihnya 49 orang tewas, 13 orang lagi di Ezzour Deir, 2 lainnya tewas di Soran, di pinggiran Hama dan 3 orang lagi tewas di Daraa. Penguasa kejam menembak rambang dari atas bangunan serta membuat benteng di jalanan. Selain itu, penembak juga dibantu dengan kedatangan kereta perisai. Di Hama, umat turun ke jalan dan meluapkan kemarahan mereka untuk menahan kereta perisai. Lebih dari 100 orang terluka. Kereta perisai bergerak dekat perhimpunanan dan mendapat perlawanan sengit dari penduduk. "Hama akan sangat keras untuk mereka," kata al-Habbal, aktivis pergerakan yang tinggal di kota tersebut. "Seluruh kota telah memutuskan untuk melawan dengan batu, bukan senjata. Tentera yang baik akan bergabung dengan umat atau meninggalkan kami," terang Habbal. Tembakan juga terdengar melalui udara selama berjam-jam, dan asap hitam tebal menutupi langit. "Masjid telah menyiarkan pekik 'Allahu Akbar' sepanjang pagi," kata al Habbal. Penduduk setempat melakukan perbincangan dengan tentera, iaitu dengan umat berdiri di kereta perisai dan bersorak "Syria bersatu!" Serangan itu menandai aksi kekerasan terbaru sebagai anti-pemerintah di negara tersebut. Setelah menyerukan pergantian regim baru sejak pertengahan Mac 2011. Setidaknya 27 orang terkorban, dan beberapa lainnya terluka serta 150 ditahan di berbagai daerah akibat serangan setelah selesai solat yang menandakan awal Ramadhan pada hari Isnin yang berlanjut hingga Selasa. Sementara itu, Utsman Bakhasy, Direktur Media Pusat Hizbut Tahrir, sejak awal telah mengingatkan kepada para tentara Muslim untuk menolong saudara mereka di Syria. "Seruan kami sampaikan kepada ahlul quwah di ketenteraan kita, belum tibakah saatnya Anda menolong saudara-saudara Anda setelah semua pembunuhan ini dan menghilangkan kezaliman dari mereka?!" kata Utsman. "Tidakkah di tengah Anda ada tokoh seperti Sa'ad bin Mu'adz yang menolong agama Allah?! Tidakkah Anda mengharapkan 'Arasy ar-Rahman akan bergetar kerana kematian Anda sebagaimana dahulu telah bergetar karena kematian Sa'ad sehingga Anda bisa menjumpai Allah dan Allah redha kepada Anda?!" Berita Video Di sini | ||
Waspada : Golden Churn ada DNA babi Posted: 04 Aug 2011 03:50 AM PDT SABAH DAILY KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega 'Golden Churn Creamy Butter' terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi. | ||
Tiga ADUN, 1MP; Tapi Semporna Terbiar Posted: 04 Aug 2011 03:38 AM PDT Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini) KENDATIPUN pekan Semporna diwakili oleh tiga orang Adun iaitu Bugaya, Senallang, Sulabayan dan seorang Ahli Parlimen (Semporna) tetapi tidak ada seorangpun yang prihatin terhadap masalah prasarana yang dihadapi penduduk Semporna. | ||
Posted: 04 Aug 2011 03:33 AM PDT http://mutaligat.blogspot.com Desas-desus bertiup kencang bahawa 'umur' Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ini kerana Najib ternyata gagal mentadbir negara dengan baik. PR sudah lama mendesak Najib mengundurkan diri kerana sejak awal-awal pemerintahannya Najib sudah menampakkan yang dirinya gagak meneruskan kesinambung Allahyarham bapanya. Bila PR menggesa Najib berundur ramai juak beliau melenting. Kini timbul pula cerita baru bahawa ada gerakan dari dalam Umno yang membuat desakan samada secara terang atau 'sirr' (Rahsia). Malah ada pihak yang mengaitkan cerita ini dengan pemimpin tertinggi dan bekas pemimpin tertinggi Umno yang masih hidup walaupun sudah berumur kira-kira 80 tahun.Apa yang pasti sebuah NGO bekas-bekas Wakil Rakyat (bukan Mubarak kaki ampu) secara terang-terang menggesa Najib berundur kerana menurut mereka anak Tun Razak itu hanya menjadi liabiliti kepada Umno. Walaupun ianya NGO kecil namun seorang Perdana Menteri sudah tentu tercalar imejnya kerana desakan ini. Bagi kita apa yang penting Najib mesti segera memBERSIHkan namanya supaya kredibiliti beliau tidak dipertikaikan. Selain itu jika beliau berani tampil mengeluarkan hujah dan fakta di atas semua tuduhan, tindakan dan kezaliman beliau selama ini mungkin mereka yang tidak sukakan beliau tiada alasan dan sebab untuk menggesa beliau meletakkan jawatan. Antara perkara yang mesti diberi perhatian dan mesti dijelaskan kepada umum ialah :- 1) Skandal Kapal Selam yang pernah tak boleh menyelam 2) Pembunuhan janda jelita berasal dari luar negara 3) Kejadian di sebuah pusat pelancongan di Negeri Sembilan 4) Layanan 'istimewa' kepada rakyat pada himpunan BERSIH 2.0 5) Tindakan menafikan royalti minyak kepada Kelantan 6) Layanan yang menafikan sistem federalisme terhadap kerajaan negeri-negeri PR 7) Rompakan kuasa kerajaan PR negeri Perak 8) Perbelanjaan RM17 juta untuk lawatan Rasmi Perdana Menteri dan Rosmah ke luar negeri 2008-2011 9) Kos RM49 juta untuk penyelenggaraan rumah rasmi PM dan TPM 10) RM10 juta untuk Bil elektrik dan air PM dan TPM untuk setahun11) RM111 juta untuk Peruntukan Program Permata Negara 12) Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai - RM140,000 satu malam 13) Beg tangan Rosmah berjenama 'Hermezz Matte' - RM361,259.99 14) Cincin berlian - RM24 juta 15) Penganjuran Persidangan Wanita Pertama dunia yang dihadiri 14 wanita pertama majoritinya dari Afrika - RM4.5 juta 16) Gelang tangan - RM1.65 juta 17) Kegagalan memastikan sistem pilihanraya bebas, telus dan adil dan banyak lagi .................... Ada antara perkara di atas adalah tuduhan dan dakwaan pihak tertentu. Najib mesti tampil dengan bukti-bukti dan fakta untuk menafikannya. Kalau perlu beliau mesti menyaman pihak terbabit di Mahkamah supaya mereka berhenti membuat tuduhan dan dakwaan. Sementara itu Portal Malaysiakini hari melaporkan bahawa PAS mendakwa wujudnya 'gerakan' dalam Umno untuk menyingkirkan Datuk Seri Najib Abdul Razak sebagai perdana menteri. Setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata gerakan tersebut bagi menjatuhkan Najib sebelum pilihan raya umum ke-13 kerana presiden Umno dilihat sebagai "liabiliti kepada BN". "Ada gerakan serius yang meminta supaya Najib daripada perdana menteri. "Najib dan Rosmah dilihat liabiliti kepada BN kerana pada waktu ini ia memberi kesan negatif kepada pilihan umum akan datang," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur. Beliau juga mendakwa laporan yang mengaitkan pemimpin PAS dalam pakatan sulit untuk menaikkan ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ketua pembangkang yang baru - bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim - hanya satu usaha mengalihkan perhatian daripada gerakan dalam Umno tersebut. | ||
Pendarahan di kepala punca kematian Sarbaini Posted: 04 Aug 2011 03:32 AM PDT "Mangsa tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan pengaliran darah yang menutup saluran pernafasannya," kata Dr Faridah. KUALA LUMPUR: Kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed adalah disebabkan pendarahan teruk di kepala akibat terjatuh dari tempat tinggi selain kesukaran untuk bernafas, Mahkamah Koroner diberitahu hari ini. Ahli patologi Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) Profesor Madya Dr Faridah Mohd Noor berkata pemeriksaan ke atas mangsa mendapati kecederaan yang dialaminya konsisten dengan kesan jatuhan dari aras tiga, bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan. Beliau berkata darah yang banyak keluar daripada mulut, hidung dan telinga kiri juga menyebabkan mangsa sukar bernafas. "Mangsa tidak dapat bernafas dengan baik disebabkan pengaliran darah yang menutup saluran pernafasannya," kata Dr Faridah yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanim Mohd Rashid pada prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini. Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April. Dia dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai kastam. Dr Faridah, yang menjalankan bedah siasat ke atas Ahmad Sarbaini pada 6 April lepas berkata terdapat 42 kesan kecederaan pada badan mangsa. "Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan lebam dan luka pada mata, dagu, dahi, pergelangan tangan, dada, dan juga beberapa kepatahan pada tulang tangan dan lutut, serta retak di bahagian tengkorak yang ditemui pada badan mangsa," katanya. Beliau berkata kecederaan patah pada kaki sebelah kanan hingga menyebabkan tulang pada bahagian lutut mangsa terkeluar adalah konsisten dengan kesan jatuhan dari tempat tinggi. Selain itu, keadaan sebelah kasut yang tertanggal daripada kaki mangsa dan jam tangan tercabut juga konsisten dengan kesan jatuhan tersebut, katanya ketika menjawab soalan peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili SPRM. Saksi ke-29 itu juga berkata Ahmad Sarbaini dianggarkan meninggal dunia antara jam 7 pagi hingga 11 pagi, dan tubuh mangsa didapati suam selain kekejangan otot masih berlaku, ketika mayatnya ditemui pada 6 April lepas. Selain itu, Dr Faridah berkata mangsa terjatuh dari tempat yang tinggi dengan tidak disengajakan, dan beliau menolak berlakunya unsur bunuh diri atau dibunuh. Beliau juga berpendapat Ahmad Sarbaini tidak membunuh diri kerana tidak ada sebarang nota bunuh diri dijumpai di tempat kejadian, selain tidak terdapat kesan kecederaan pada pergelangan tangan akibat dikelar. "Sekiranya Ahmad Sarbaini telah dibunuh dan dicampak keluar melalui tingkap di pantri itu, akan dijumpai kesan pergelutan di kawasan berkenaan, namun hasil pemeriksaan mendapati tiada kesan pergelutan ditemui," katanya. Dr Faridah berkata jika mangsa cuba mempertahankan diri atau melawan kembali jika diserang, sudah pasti terdapat kesan kecederaan atau luka pada badan Ahmad Sarbaini. Prosiding di depan Koroner Aizatul Akmal Maharani disambung esok. | ||
Kematian misteri 10 pekerja SFC di Bakun Posted: 04 Aug 2011 03:31 AM PDT Penduduk tempatan percaya kejadian berlaku akibat perbuatan 'penunggu' di kawasan Empangan Hidroelektrik Bakun. BELAGA: Kematian 10 pekerja 'Sarawak Forestry Corporation' (SFC) yang terlibat dalam operasi memindahkan binatang liar yang tinggal di kawasan yang hampir ditenggelami takungan air empangan Bakun kini dianggap satu kejadian misteri. Ketika pihak berkuasa belum dapat mengesahkan sama ada punca kematian itu akibat kencing tikus, penduduk tempatan pula percaya kejadian berlaku akibat perbuatan 'penunggu' di kawasan Empangan Hidroelektrik Bakun. Kes terbaru membabitkan seorang pekerja SFC, Larry Kiding, 28, yang tiba-tiba jatuh sakit selepas menyertai operasi memindahkan binatang liar yang tinggal di kawasan yang hampir ditenggelami takungan air empangan Bakun. Doktor yang melakukan bedah siasat ke atas Larry sehingga kini belum dapat mengesahkan punca kematian pekerja SFC itu dan perkara ini mencetuskan kebimbangan pelbagai pihak. Selain 10 pekerja SFC yang dilaporkan telah terkorban, kini seorang ketua masyarakat dari Sungai Asap di Belaga pula dilaporkan sakit tenat dan dikatakan mengalami simtom yang sama. Lebih 10,000 penduduk, terutama golongan Pagan, percaya 'penunggu' mengamuk akibat kemusnahan alam sekitar yang berlaku ekoran pembinaan Bakun. "Penunggu sudah memberi amaran awal tahun ini apabila ratusan tan ikan ditemui mati di Bakun dan apabila tiada sebarang tindakan dilakukan, kini ia meragut nyawa manusia," kata Jok Ngau. Jok, 54, yang bekerja sendiri memberitahu, beberapa amaran yang hanya difahami penduduk setempat telah 'dikeluarkan' penunggu namun kerja-kerja penakungan air tetap diteruskan tanpa mempertimbangkan pendapat dan sensitiviti penduduk. "Kita di sini masih tinggal di dalam hutan dan beberapa 'peraturan alam' perlu dipatuhi supaya semangat atau penunggu itu tidak mengamuk," tambahnya. Selain kematian misteri serta berpuluh-puluh tan ikan yang dijumpai mati di Bakun, beberapa fenomena ganjil juga berlaku sebelum dan selepas bermula operasi penakungan air Bakun. Penduduk setempat memberitahu haiwan liar di kawasan itu berkelakuan ganjil selain berlaku musim kemarau luar biasa serta longgokan kayu hanyut yang menyebabkan Sungai Baleh dan Rajang seperti longkang sumbat. Ketika isu ini hangat diperkatakan, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Bakun Dr Ellie Luhat pula mencetuskan kontroversi dengan menuduh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak berbuat apa-apa untuk menyiasat punca penyakit misteri itu. | ||
Bekas orang kuat Ku Li tidak mahu sertai Amanah Posted: 04 Aug 2011 03:29 AM PDT Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Samad berkata beliau tidak mahu menyertai Amanah. PETALING JAYA: Beberapa bekas orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan mereka tidak berminat menyertai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) sebuah NGO yang tubuhkan minggu lalu. Bekas Naib Presiden Umno itu menubuhkan Amanah yang beliau sendiri sebagai presidennya untuk membawa suara rakyat menuntut kebenaran dan keadilan dalam menangani masalah rasuah, kronisme dan perpaduan antara kaum di Malaysia. Ahli Parlimen Johor Baru, Datuk Shahrir Samad berkata beliau tidak mahu menyertai Amanah. "Saya tidak minat untuk masuk Perkasa," katanya ketika dihubungi FMT hari ini. Ketika ditanya adakah Amanah akan berjaya, Shahrir berkata soalan itu kena tanya dengan orang Amanah. Shahrir merupakan calon bebas Parlimen Johor Baru pada pilihan raya kecil 1988 yang disokong Tengku Razaleigh, yang ketika itu Presiden Semangat 46. Sementara itu, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun beliau menyokong Amanah tetapi beliau akan memikirkan terlebih dahulu sama ada mahu menyertai Amanah atau tidak. Mengulas mengenai penubuhan Amanah, bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, Amanah boleh bertahan lama jika ia berpegang kepada tujuan awal penubuhannya. "Kalau platform untuk menjadikan politik negara lebih matang, Amanah akan mampu pergi jauh dan diterima. Tetapi jika hanya penubuhannya hanya untuk reaksi politik dan lebih kepada hendak cabar mencabar saya tidak fikir ia akan bertahan lama," katanya. Hashim menegaskan sehingga ini tidak ada parti politik dan NGO yang boleh dipercayai dan berpegang teguh kepada prinsip dan janji- janjinya. "Jadi menyertai pertubuhan seperti ini hanya membuang masa," katanya. | ||
Beri tekanan kepada k’jaan pusat Posted: 04 Aug 2011 03:27 AM PDT Kerajaan Selangor berpendapat bahawa kenyataan yang mengatakan akan berlaku krisis air adalah tidak tepat dan mengelirukan. SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tetap berpendirian bahawa isu air boleh diselesaikan jika semua pihak memberi tekanan kepada kerajaan pusat untuk menyelesaikan proses penstrukturan semula industri perkhidmatan air. Exco Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata jika isu tersebut tidak diselesaikan terlebih dahulu, pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat tidak dapat dilaksanakan. "Kerajaan Selangor berpendapat bahawa kenyataan yang mengatakan akan berlaku krisis air adalah tidak tepat dan mengelirukan. "Selangor percaya kenyataan ini terlalu bergantung kepada Kajian Sumber Air Nasional (NWRS) yang dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2000. " Perlu diingat bahawa anggaran NWRS per kapita keperluan air tidak didasarkan pada 'Design Guidelines for Water Supply Systems' yang dihasilkan Persatuan Air Malaysia seperti kita fahami," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco di Bangunan SUK hari ini. Sebaliknya, mereka menggunakan "Pendekatan Keperluan Air" yang didasarkan pada unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar yang berubah mengikut pasaran ekonomi global yang tidak stabil sejak krisis ekonomi dunia yang turut menjejaskan ekonomi Malaysia. Dua bulan lalu, Kerajaan Negeri telah bertemu dengan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui. Wong berkata, formula untuk menyelesaikan penstrukturan semula industri air adalah jelas dan kita berharap Menteri tidak melengahkan masa atau menunda isu ini. Menurut beliau, walaupun terdapat beberapa pihak yang mengatakan bekalan air tidak mencukupi namun hakikatnya unjuran permintaan menunjukkan terdapat lebihan bekalan air untuk memenuhi keperluan pelanggan di Selangor dan Kuala Lumpur. Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri bersetuju untuk memberi bonus hari raya sebanyak RM500 seorang kepada semua kakitangan Gred 54 ke bawah. Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri akan menyediakan geran membiayai usaha rakyat untuk membuat bantahan ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran kepincangan daftar pengundi. "Kerajaan Negeri pandang serius aduan-aduan mengenai kepincangan daftar undi dan daftar undi baru. Aduan dan tuduhan rakyat negara jiran permaustautin tetap dan senarai sebagai pengundi merungsingkan. Rakyat berhad tuntut daftar bersih untuk buka jalan satu pilihan raya bersih dan adil," katanya. | ||
Bersih 2.0: Mahfuz, Salahuddin fail saman polis Isnin depan Posted: 04 Aug 2011 03:24 AM PDT Saman itu akan dikemukakan atas tuntutan tangkapan dan penahanan mereka adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang. KUALA LUMPUR: Dua Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub akan memfailkan saman terhadap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Isnin depan berhubung penahanan mereka semasa menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu. Saman itu akan dikemukakan atas tuntutan tangkapan dan penahanan mereka adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang. Mahfuz, Ahli Parlimen Pokok Sena dan Salahuddin, Ahli Parlimen Kubang Kerian akan diwakili peguam Zulhasme Sharif daripada Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham). Pengerusi Biro Guaman PAS Pusat Asmuni Awi berkata, Mahfuz dan Salahuddin merupakan antara peserta Bersih 2.0 yang akan memfailkan saman terhadap PDRM. "50 peserta Bersih 2.0 daripada Perak yang ditahan pada hari kejadian juga akan memfailkan saman mereka minggu depan," katanya kepada pemberita di lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini. Asmuni sebelum itu mewakili Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, juga salah seorang peserta Bersih memfailkan saman terhadap PDRM (defendan pertama) dan kerajaan Malaysia (defendan kedua) berhubung penangkapannya di KL Sentral. Beliau dalam tuntutan samannya berkata pada 9 Julai lalu kira-kira 17 anggota polis menahannya selepas turun daripada LRT atas alasan 'mengganggu tugas anggota polis' selepas beliau enggan menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa. Beliau kemudiannya dibawa masuk ke dalam trak polis, dibiarkan berhimpit-himpit dengan tahanan Bersih 2.0 yang lain sehingga sesak nafas, dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) dan hanya dibebaskan pada pukul 9.30 malam. "Sehingg ke saat pembebasan plaintif oleh defendan pertama (PDRM), plaintif tidak mengetahui dan tidak pernah diberitahu secara spesifik mengapa atau atas kesalahan apa ditangkap dan ditahan," katanya dalm saman itu. Sehubungan itu, Razman, 51, yang memfailkan saman melalui Tetuan Awi & Co, selain mahu mendapat pengisytiharan tangkapannya tidak sah, turut menuntut ganti rugi teladan, ganti rugi am, kos, dan lain-lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Sementara itu, Asmuni ketika mengulas mengenainya berkata ia satu pencabulan terhadap hak kebebasan individu bergerak dan berhimpun secara bebas dan tindakan saman ini relevan supaya isu yang sama tidak akan berulang. "Ini baru permulaan. Akan ada lebih ramai lagi tahanan Bersih 2.0 yang mahu failkan saman dan kita sedia membantu," katanya. | ||
Perkasa lapor polis projek kaitan Israel Posted: 04 Aug 2011 03:21 AM PDT Ini bukan perkara remeh memandangkan wujud penglibatan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai hubungan intim dengan Israel dan Singapura. KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat empat laman blog yang didakwa mendedahkan aktiviti penyelewengan dan penglibatan Israel dalam pemberian projek di ibu pejabat PDRM di Bukit Aman. Menerusi laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini tengah hari tadi, Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris mendakwa pendedahan oleh empat laman blog ini dikesan sejak lapan minggu lalu. Irwan berkata empat laman blog itu termasuklah Darul Ehsan Today, Gerakan Timur, Gerakan Anti PKR dan Keris Putra. Beliau mendakwa pendedahan yang dibuat dalam laman blog itu bukan perkara remeh memandangkan wujud penglibatan seorang lelaki berbangsa Cina yang mempunyai hubungan intim dengan Israel dan Singapura. Malah laman blog Gerakan Anti PKR dengan jelas memaparkan maklumat lengkap termasuklah nombor kontrak projek berkenaan, orang yang terlibat malah maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SMM). "PDRM, SPRM perlu siasat sebab isu ini bukan perkara remeh tetapi serius. Penulis laman blog berkenaan juga menyatakan beberapa bukti kononnya wujud penglibatan lelaki Cina itu. "Tujuan kami mendesak PDRM ambil tindakan adalah untuk menjamin keselamatan negara dan maklumat sulit kerajaan tidak jatuh ke tangan mereka yang tidak bertanggungjawab," katanya. Satu lampiran berupa maklumat lanjut mengenai empat laman blog itu turut diserah kepada pihak polis sejurus laporan dibuat. | ||
DAP yakin Pakatan mampu buat kejutan di Perlis Posted: 04 Aug 2011 03:19 AM PDT Roketkini.com PADANG BESAR– Kerjasama kukuh dalam Pakatan Rakyat serta sokongan 'senyap' dari rakyat termasuk kakitangan awam, meyakinkan DAP Perlis bahawa tidak mustahil untuk Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri pada pilihan raya umum mendatang. Naib Pengerusi DAP Perlis, Abdul Manan Abdul Razak berkata, melalui ceramah-ceramah yang diadakan bersama pimpinan Pakatan Perlis, dapat dilihat bahawa kian ramai masyarakat membanjiri majlis yang diadakan di mana ianya terdiri dari pelbagai lapisan kaum. "Sebab utama terjadi begitu ialah kerana mentaliti rakyat sudah berubah secara drastik, terutamanya di kawasan bandar, selepas perhimpunan Bersih 2.0 dan tsunami politk 2008. "Oleh sebab itu kami berani untuk mengatakan keyakinan kami bahawa DAP bersama rakan dalam Pakatan berpeluang menambah banyak lagi kerusi di sini. "Walau pun propaganda murahan UMNO masih menusuk masuk ke dalam jiwa Melayu terutamanya, tetapi itu bukan masalah kerana orang Melayu yang berfikiran terbuka dan lebih sederhana pendirian mereka semakin ramai dan bijak menilai yang mana baik untuk mereka," katanya kepad Roketkini. Perlis mempunyai tiga kerusi Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kesemuanya milik BN kecuali DUN Simpang Empat yang dimenangi PAS dalam PRU 2008. Manan menjelaskan angin perubahan 2008 telah mengejutkan semua pihak kerana tiada siapa menyangka Pakatan akan menenangi Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak serta mengekalkan Kelantan. Menurutnya, perubahan yang melanda turut membuka minda rakyat Perlis yang kini mula melihat DAP sebagai parti yang konsisten dan produktif dengan rekod bersih sejak penubuhannya pada 1966. DAP Perlis mula menapak kembali di Negeri Indera Kayangan ini sejak Mei 2009, dengan pertumbuhan yang laju dengan sehingga hanya dalam tempoh dua tahun, DAP sudah mengembangkan lagi cawangannya menjadikan jumlahnya tujuh. Manan menjelaskan bahawa beliau menyertai DAP kerana percaya kepada dasar-dasar DAP yang lebih jelas dan menjurus kepada Malaysia yang lebih unggul dan maju. Selain itu, tambah beliau yang pernah bertugas sebagai pegawai bank, beliau memilih DAP kerana ketelusan yang ditonjolkan pemimpin parti, selain semangat perjuangan yang tinggi. "Tengoklah mereka (pemimpin DAP) yang keluar masuk penjara… Walau pun ditahan, diseksa, disepak terajang kerajaan dan dimasukkan ISA, apabila keluar dari tahanan semangat perjuangan mereka lebih bertambah kuat," katanya. Beliau berkata bukan sahaja orang Melayu dan Cina, malah warga keturunan Siam di Perlis juga sudah muak dengan kerajaan UMNO-BN di Perlis. Mengenai pembahagian kerusi Adun, Manan berkata tiada masalah di antara PAS, DAP dan PKR kerana perbincangan telah dijalankan dengan licin dan sempurna. Setiausaha DAP Perlis, Teh Seng Chuan pula berkata, sambutan rakyat untuk Pakatan begitu menggalakkan di negeri ini di mana ramai kakitangan awam sudah memberi isyarat bahawa mereka mahu melihat perubahan. Secara berseloroh, beliau berkata, ketika kunjungannya ke ibu pejbata kontinjen polis (IPK) Perlis dalam urusan rasmi sesuatu hal, dalam perbualan dengan beberapa anggota polis, mereka bertanya: "Awat (kenapa) DAP lambat mai (datang) ke Perlis?" "Ini menambahkan lagi keyakinan kami sehinggakan polis pun bertanya tentang kami secara positif," katanya. – Roketkini.com | ||
Pakatan Kedah tunai janji pilihan raya, yakin rakyat terus beri mandat Posted: 04 Aug 2011 03:17 AM PDT Roketkini.com ALOR SETAR – Semenjak mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tiga tahun lalu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah telah menunaikan manifesto Kedah Sejahtera dengan lebih 80 peratus daripadanya telah dilaksanakan. Malah, usaha tambahan yang tidak terkandung di dalam manifesto itu juga dilaksanakan, termasuk pelancaran Skim Kafalah, pembinaan Kampus Induk Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil, penubuhan Majlis Ketua Kampung/Komuniti serta mewujudkan Tabung Tunku Mahmud untuk bantuan pendidikan di Kedah. Selain itu, toleransi dan sifat penerimaan antara kaum juga bertambah positif, berbanding ketika pemerintahan UMNO dan BN. Exco Kanan Negeri Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, perkara-perkara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Kedah telah memberi impak positif kepada rakyat. Dengan itu, katanya, tidak mustahil Pakatan akan kekal sebagai keajaan di Kedah pada pilihan raya umum akan datang. Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berkata, masyarakat di negeri ini juga sudah mengamalkan toleransi yang kuat antara kaum dan agama. "Bagaimana pun, kerajaan sentiasa berhati-hati agar isu-isu sensitif seperti tempat penyembelihan babi, dan kuota perumahan di sini tidak dimanipulasikan oleh UMNO-BN," katanya kepada Roketkini. Menurut Phahrolrazi, siatuasi di Kedah agak berlainan berbanding negeri Pakatan lain kerana mentaliti masyarakat di Negeri Jelapang Padi ini agak sensisitif berkaitan isu-isu yang berkaitan dengan agama. "Di Kedah lain sedikit dari negeri Pakatan yang lain. Contohnya di Pulau Pinang, (Lim) Guan Eng boleh selesaikan isu masalah babi tanpa rungutan oleh semua kaum, tetapi di Kedah agak sukar untuk menerangkan kepada rakyat, walau pun sebenarnya tujuan pemindahan pusat penyembelihan babi itu ialah berkaitan pencemaran, bukan kebencian atau sensisitiviti terhadap babi," katanya. Tambahnya lagi, ini adalah kerana BN telah menanam sifat sebegini sejak 50 tahun dahulu lagi ke dalam pemikiran rakyat. "Bagaimana pun, perubahan untuk mengubah persepsi itu makin menaik hari ke hari dan secara rata-ratanya, rakyat dan pegawai-pegawai awam sudah dapat menerima corak budaya baru bawaan Pakatan," katanya. | ||
Peluang menangi RM 6,000 pertandingan esei Bersih 2.0 Posted: 04 Aug 2011 03:17 AM PDT KEADILAN DAILY Strategic Information and Research Development Centre (SIRD) dengan kerjasama kumpulam pemikir muda Diskopi menganjurkan pertandingan menulis esei dan cereka Bersih 2.0 dengan menawarkan hadiah berjumlah sehingga RM 6,000. Pertandingan dengan tema 'Merakam Semangat Zaman' ini terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur di antara 18 hingga 30 tahun. Ia terbahagi kepada 4 kategori iaitu penulisan esei Bahasa Malaysia, penulisan cereka Bahasa Malaysia, penulisan esei Bahasa Inggeriss dan penulisan cereka Bahasa Inggeris. Cereka yang dihasilkan adalah penulisan asli dalam bentuk kreatif yang boleh bersumberkan pengalaman sebenar penulis, imagnasi atau kombinasi kedua-duanya. Manakala esei dalam konteks pertandingan ini adalah sebarang bentuk penulisan yang berbentuk wacana, pandangan, analisis, komentar sosial, kritik, perbahasan dan nukilan pemikiran. Karya yang dihasilkan tidak dibenarkan melebihi 2000 patah perkataan dan perlu dihantar dalam format Microsoft Word ke emel pertandinganwriting@yahoo.com Tarikh akhir karya diterima adalah pada 30 September 2011. Penulisan yang terpilih berpeluang untuk diterbitkan oleh penerbit dan pengedar buku-buku ilmiah dan intelektual, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). Penganjur memaklumkan pertandingan ini dibuat atas keprihatinan, kesedaran dan tanggungjawab untuk mengumpul dan merakamkan 'zeitgeist' atau semangat zaman yang diluahkan melalui penulisan pengalaman himpunan Bersih 2.0. "Bersih 2.0 adalah peristiwa besar dalam perjalanan sejarah sosial masyarakat Malaysia. Ia tidak dinyatakan hanya melalui penyertaan di atas jalan raya semata-mata, tetapi dirakamkan dalam ruang debat, wacana, penulisan, foto, filem, cerpen, puisi, teater, lagu dan sembang-sembang di kedai kopi. "Pemikiran dan idea yang dihasilkan adalah menifestasi dari fenomena sosial dan 'zeitgeist' adalah tanda semangat zaman oleh bangsa kita," kata penganjur bersama, kumpulan Diskopi. Sebarang maklumat lanjut berhubung butiran lengkap, garis panduan dan peraturan boleh diperolehi dengan melayari laman web http://diskopi.wordpress.com/ dan http://gbgerakbudaya.com/about-sird/ | ||
Posted: 04 Aug 2011 03:08 AM PDT | ||
Polis: Panggil editor, wartawan gangguan kepada media- Latheefa Posted: 04 Aug 2011 03:06 AM PDT Oleh: Norutul Ilham KUALA LUMPUR: Tindakan polis mengambil keterangan Editor dan wartawan Suara Keadilan hanya bersifat mengganggu tugasan mereka, kata Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya. Editor Suara Keadilan Fazallah Pit dan wartawan, Ahmad Fadli Mohd Nazari dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, petang tadi. Ia berhubung satu laporan yang diterbitkan portal KeadilanDaily.com mengenai penggunaan kanister gas pemedih mata oleh pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). Kanister itu dilapor digunakan oleh polis untuk menyuraikan peserta himpunan Bersih pada 9 Julai lalu. Mereka dipanggil memberi keterangan di bawah Seksyen 505 (b) selama lebih kurang 15 minit. Kata Latheefa, walaupun perkara sama turut dilakukan kepada pemimpin parti KEADILAN sebelum ini, namun ia sama sekali tidak akan menggentarkan KEADILAN bagi mendedahkan salah laku kerajaan. "Kami tidak gentar langsung, bukan mahu jadi hero, polis hanya gunakan taktik begini dan tidak menjawab soalan salah guna, sepatutnya dia siasat tentang kanister dan sebagainya, tetapi sebaliknya siasat wartawan dan orang yang memberi kenyataan. "Isunya kita tidak pernah mengatakan itu kanister Israel, apa yang kita katakan, polis harus tahu isi kandungannnya, nampaknya tidak, persoalannya kenapa anggap kita sebagai musuh sebagaimana orang-orang Israel anggap orang Palestin musuh. "Itu kita persoalkan, jika ia dibuat di Afrika Selatan atau tempat lain, itu bukan isunya, tapi cara dan tindakan kanister digunakan," kata Latheefa ketika sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi. Sementara itu wakil peguam hak asasi manusia dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri menyifatkan tindakan menyoal wartawan dan editor tidak berasas ekoran beberapa soalan yang ditanyanya. "Ada beberapa soalan yang ditanya antaranya 'Apakah tugas anda editor? Siapakah yang menulis artikel berkenaan yang mengesahkan kezaliman BN ketika perhimpunan Bersih? Ada buat editing? Bilakah kedua-dua artikel itu disiarkan di Keadilandaily.com? Adakah berita ini disiarkan di mana-mana akhbar tempatan? Siapakah pemilik Keadilandaily?' "Saya tanya polis apakah mesej soal siasat ini, tapi polis tidak dapat beri jawapan.Tiada mesej untuk disiasat," kata Fadiah. Manakala Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran berkata sekali lagi pihak berkuasa mengamalkan kekerasan kepada rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka sehingga sanggup menggunakan undang-undang. "Sekali lagi, menggunakan undang-undang jenayah, gunakan polis ini. Ini adalah salah, mesti dihentikan walaupun mereka siasat isu di Stesen Sentral Kuala Lumpur. "Mereka disiasat di bawah seksyen 505(b) berkenaan ketenteraman awam. Setiap kali mengambil kenyataan, polis gunakan taktik sama. "Kerajaan mesti ingat kebenaran adalah penting sama ada dalam politik, kehidupan, seni, prinsipnya adalah kebenaran. Tolong hentikan dengan taktik ini," ujarnya. Sementara itu, editor Suara Keadilan, Fazallah Pit tetap mempertahankan kredibiliti berita yang disiarkan dalam Suara Keadilan mahu pun Keadilandaily. "Suara Keadilan mempertahankan berita yang ditulis tentang kanister Israel. Walaupun kenyataan itu datang daripada pemimpin yang kami percaya, (kami) membuat semakan kedua yang ada asas, jadi kita siarkan berita itu dan masalahnya kami pula yang disiasat sedangkan kanister itu tidak pula disentuh," kata beliau. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan