Sabtu, 27 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Berita 'murtad' TV3 palsu, kata NGO

Posted: 27 Aug 2011 08:48 AM PDT

MALAYSIA KINI


Sebuah NGO membuat laporan polis terhadap TV3 kerana didakwa mereka-reka berita dalam laporan beritanya mengenai pusat tuisyen di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, yang cuba memurtadkan umat Islam.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 6Kumpulan itu, Jingga 13 dalam laporannya berkata ahli-ahli surau yang dikatakan berdemo itu pada siaran berita Buletin Utama 21 Ogos lalu sebenarnya tidak wujud.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 3Klip berita itu memaparkan sekumpulan kira-kira 50 orang dari Surau Qariah Al-Musyrikin yang diketuai oleh Mustapha Kamal Mohd Yusof - dipercayai pemimpin Umno di cawangan Seputeh - berkumpul di hadapan pusat tuisyen berkenaan bagi membantah tindakan mengkristiankan umat Islam.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 5"Laporan itu cuba menggambarkan bahawa terdapat usaha untuk menyebarkan agama Kristian melalui kelas-kelas tuisyen, sehingga menyebabkan ahli-ahli surau membantah," kata penyelaras Jingga 13, Fariz Musa.

Namun, menurut Fariz, semakan mereka mendapati surau berkenaan tidak wujud di kawasan itu.

"Siasatan Jingga 13 mendapati pusat tuisyen itu terletak di kawasan sekitar setinggan di kawasan JalanKlang Lama, dan hasil perbualan dengan penduduk tempatan di sana, kami mendapati bahawa tidak ada satu surau pun wujud di kawasan itu," kata Fariz, yang adalah anggota exco PKR.

"Pusat tuisyen ini terletak di kawasan setinggan yang didiami khususnya oleh masyarakat Cina dan India, bersama-sama dengan beberapa pendatang Indonesia.

"Ia cukup jelas bahawa qariah dan surau yang dilaporkan di TV3 itu tidak wujud," katanya.

pkr youth samy vellu police report 160607 fariz musaFariz (kiri) juga berkata bahawa nama surau yang dilaporkan itu sendiri cukup meragukan dan cuba mempersendakan Islam.

"Nama surau 'Al-Musyrikin' seperti yang dilaporkan kelihatan seperti seolah-olah direka.

"Mustahil bagi seseorang Islam akan menamakan rumah Allah dengan nama seperti 'al-Musyrikin' (kafir).

"Agak jelas bahawa TV3 mereka berita palsu itu dan pada masa yang sama mempersendakan tempat ibadat Islam dengan nama yang al-Musyrikin," kata Fariz.

Menurut beliau, penduduk di kawasan setinggan berkenaan memberitahunya bahawa pusat tuisyen itu telah bertahun-tahun wujud dengan tujuan memberi didikan agama Kristian kepada kanak-kanak yang hidup di kawasan sekitar yang beragama Kristian.

"Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Cina, India dan sebilangan kecil Kristian Indonesia.

"Tiada orang Islam yang menghadiri kelas agama Kristian di sana," kata Fariz.

jalan klang lama tuition centre tv3 report 4NGO berkenaan membuat laporan polis hari ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam terhadap stesen TV itu kerana niat jahat menyebarkan berita palsu, yang menurutnya bertujuan menyalakan api ketegangan agama dan kaum dan pada masa yang sama tmempersendakan Islam.

Sementara itu, tinjauan mendapati laporan berkenaan telah dikeluarkan dari laman web TV3.

Ops Sikap: 24 Terbunuh Pada Hari Keempat

Posted: 27 Aug 2011 01:35 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya hari ini, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 14 kematian diikuti enam pengguna kereta, dua pejalan kaki dan masing-masing satu kematian membabitkan lori dan lain-lain kenderaan.

Daripada jumlah itu, 10 kes dicatat di jalan persekutuan manakala lebuh raya dan jalan bandaran masing-masing merekodkan tiga kematian diikuti dengan dua kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan.

Menurut kenyataan itu, 9,556 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi pada Jumaat.

Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan.

Ops Sikap ke-24 akan berakhir 6 September ini. -BERNAMA

BERITA RTM: SIAPA YANG TONTON?

Posted: 27 Aug 2011 01:01 AM PDT

Oleh: Kaki Bakau

Ada satu soalan yang sentiasa bermain di fikiran saya – siapakah sebenarnya penonton siaran Berita Perdana yang disiarkan oleh TV1?

Telah banyak kawan rakan yang saya tanya; telah banyak juga tinjauan rambang dibuat di kampung-kampung, di restoran dan di gerai, jawapan yang saya dapat setakat ini tentu saja tidak menggembirakan RTM.

Daripada apa yang saya nampak, dengar dan tahu, kebanyakan penonton memilih Buletin Utama di TV3. Sebahagian lagi menonton Awani. Yang menonton berita di TV8, TV9 dan Bernama TV pun ada walaupun tidaklah begitu ramai.

Tetapi TV1?

Kalau ditonton pun selalunya hanyalah secara kebetulan. Atau atas sebab tertentu. Seseorang yang kebetulan diwawancara oleh pemberita RTM, atau yang menghadiri majlis yang turut diberi liputan oleh RTM, mungkin menontonnya kerana hendak melihat muka sendiri atau muka kawan dan kenalan.

Selain mereka, siapa lagi? Mungkin di luar pengetahuan saya, ramai yang menontonnya. Sangat ramai. Tetapi, mungkinkah? Apa yang saya dengar, penyokong tegar kerajaan pun tidak begitu berminat menontonnya.

Apa Kata Wanita...mendapat sambutan penonton

Memanglah di mana-mana pun populariti setesen TV milik kerajaan tidak boleh dibandingkan dengan setesen-setesen TV swasta. Asas kewujudan dan halatujunya pun lain. Setesen kerajaan lebih berperanan menyampaikan maklumat, khususnya yang berkaitan dengan dasar-dasar pemerintah. Dengan bahasa kasarnya, sebagai alat propaganda.

Tetapi akan tercapaikah matlamat itu kalau kadar yang menontonnya susut dari semasa ke semasa sedangkan pada masa yang sama, kadar peningkatan jumlah saingan pula terus bertambah?

Saya tak kata RTM umumnya dan TV1 khususnya perlu mengejar rating. Tak perlu. Tetapi seboleh-bolehnya pastikanlah setiap bahan yang disiarkan itu ditonton ramai. Jadi ia tidaklah sia-sia begitu sahaja.

Banyak yang perlu dan boleh dilakukan. Pembaharuan dalam persembahan dan kaedah liputan harus diberi perhatian. Janganlah sampai orang beranggapan, Berita Perdana sekarang sama sahaja dengan sepuluh atau lima belas atau dua puluh tahun dahulu. Yang berubah mungkin pembaca beritanya sahaja.

Mungkin ada yang berkata, kalau namanya alat propaganda, biar bagaimana sekali pun pembaharuan dibuat, orang tetap tidak berminat untuk menontonnya. Saya rasa kata-kata itu masih boleh disangkal. Drama-drama yang tersiar di TV1 misalnya diketahui mempunyai unsur-unsur propaganda yang tebal berbanding drama-drama di setesen swasta. Tetapi banyak penggemar drama tegar mengaku mereka selesa menonton drama di setesen milik kerajaan itu kerana sejak dahulu kualitinya memang terpelihara. Ertinya, penonton sanggup meletakkan propaganda itu ke tepi kalau mutu persembahannya menarik dan bagus.

Begitu juga dengan ruangan 'Apa Kata Wanita' yang berupa bual bicara bersama Zamzarina, yang diminati ramai walaupun kandungannya tidaklah bersifat pop seperti kebanyakan program seumpamanya di setesen-setesen swasta.

Saya yakin dengan sedikit kreativiti, Berita Perdana juga mampu menyaingi siaran-siaran berita utama di setesen-setesen swasta. Dengan segala kemudahan yang dimiliki, termasuk mengakses maklumat yang sukar diperolehi oleh setesen-setesen swasta, RTM sepatutnya mampu menyediakan satu siaran berita yang benar-benar ada 'umphhh' bukannya sekadar siaran yang sendiri buat, sendiri tonton.

Kes Liwat : 'Lelaki Y' ada kemungkinan bukan Anwar

Posted: 27 Aug 2011 12:56 AM PDT

PASPB

http://www.tvsnews.net/images/news_images_upload/Kes%20Fitnah%20II.jpg


KUALA LUMPUR:
Laporan pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Fong mengesahkan bacaan tinggi pada ujian sperma walaupun selepas 90 jam ianya terdedah.

Walhal menurut konsultan molekular genetik dari Australia, Dr Brian Mcdoanld yang memberi keterangan untuk hari kedua menyatakan perkara itu adalah mustahil.


Peguam Sankara Nair yang ditemui media ketika Mahkamah Tinggi berehat mempersolkan laporan oleh Seah bersabit jumlah sperma yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Adzlan mendakwa diliwat.



"Mereka mendapat bacaan tinggi selepas 90 jam. Bagaimana ini berlaku?" soalnya.

Malah beliau berkata ujian yang dilakukan Seah tidak mengikut prosedur makmal standard seperti yang diterangkan Brian.


"Campuran DNA tidak semestinya kepunyaan Anwar. Lelaki Y' yang dicuba dikaitkan salah sama sekali," tegas beliau.


Sesi pembelaan kes Fitnah Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari keenam menyaksikan pakar DNA, Brian memberi keterangan berdasarkan laporan ujian DNA yang dilakukan Seah di makmal Jabatan Kimia Malaysia (JKM).


Beliau mendakwa Seah mengabaikan beberapa prosedur asas bagi memastikan tiada campuran bendasing dalam DNA sperma.


Brian merujuk kepada keputusan ujian 'Deferential Extracting Process (DEP) yang ditunjukkan di mahkamah.


Pakar itu yang disoal peguambela Ram Karpal Singh menyifatkan Seah meneka dalam keputusannya DNA untuk menentukan ianya milik mana-mana individu.


Katanya, Seah gagal memastikan DNA dari sperma diasingkan dengan sempurna.


"Keputusan DNA tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana sperma. Ia mustahil.


"Saya jangka, Seah menganggap ianya dari sampel yang sama berdasarkan laporan. Seah sepatutnya memaklumkan keputusan tetapi dia tidak berbuat begitu," kata Brian.


"Kenapa Seah tidak boleh meneka?" tanya Ram.


"Anda boleh salah (merbahaya). Ia tidak boleh dikaitkan dengan sebarang dakwaan kepada tertuduh," jelasnya di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.


Mahkamah Tinggi sebelum ini dimaklumkan bahawa DNA 'lelaki Y' adalah milik Anwar berdasarkan perbandingan DNA yang ditemui pada tiga barang milik Anwar ketika beliau ditahan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur lalu.


Brian kemudian tidak menolak kemungkinan DNA Saiful turut dikesan dalam ujian tersebut selain mencadangkan ianya perlu diasingkan terlebih dahulu.


Katanya punca kesilapan itu berlaku disebabkan Seah tidak melihat sampel DNA menggunakan mikroskop selepas proses pengasingan.


Oleh yang demikian menurutnya sampel tersebut tidak boleh digunapakai kerana ia mengandungi DNA pengadu.


"Itu sahaja cara untuk menentukan." kata Brian.


Sebelum itu pakar dari Australia itu menerangkan kepada mahkamah tentang kemusykilan yang ditemui pada laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kepunyaan Saiful.


Berdasarkan pengalamannya, Brian memberitahu mahkamah bahawa sperma akan menunjukkan tanda-tanda penyusutan selepas terdedah pada kadar maksimum 30 jam.


Namun menurut Brian, laporan itu mencatatkan jumlah tinggi walaupun Saiful hadir ke HKL untuk pemeriksaan 48 jam selepas mendakwa diliwat.


Hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan pada 19 hingga 23 September 2011.
TVS News

Burukkan' MP, TV3 Digesa Mohon Maaf

Posted: 27 Aug 2011 12:53 AM PDT

Ditulis oleh Shakira Buang


KUANTAN : Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan segera memohon maaf.

Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker.

Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah.

Fuziah yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya.

Dalam kes Ti pula, Fuziah menuntut kepada bekas ADUN itu menyiarkan penarikan balik dan permohonan maaf terhadap kenyataan yang disiarkan syarikat televisyen swasta itu.

Dalam siaran berita itu, Ti didakwa memetik Fuziah sebagai berkata "pegawai-pegawai kita, pakar-pakar Melayu, pakar-pakar rakyat Malaysia semua tak boleh dipercayai".

Dakwaan Fuziah terhadap Ti dinyatakan dalam dua notis tuntutan yang berasingan, yang merujuk kepada dua insiden yang berasingan masing-masing pada 30 Jun dan 24 Ogos apabila Tv3 menyiarkan siri laporan beritanya berhubung plan yang bernilai RM700 juta itu.

Ketiga-tiga notis tersebut turut meminta jaminan bahawa tidak ada lagi pengulangan dakwaan demikian terhadap Fuziah dan menuntut kerugian dan tanggung kos guaman.

Bajet 2012 : Pakatan Kaji Tingkat Gaji Minimum

Posted: 27 Aug 2011 12:48 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi


PETALING JAYA : Pakatan Rakyat komited dalam memelihara kebajikan golongan pekerja menerusi penetapan jumlah gaji minimum kepada semua golongan pekerja di negara ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif tersebut diambil bagi menyelaraskan produktiviti yang disumbangkan golongan pekerja dengan pulangan yang diterima oleh mereka.

"Kita mengambil kira satu kajian yang diperkukuhkan oleh Bank Negara dimana wujud peningkatan dalam produktiviti dalam negara tetapi tidak selari dengan upah atau gaji,"katanya dalam sidang media selepas siri rundingan gagasan itu dengan Kesatuan Sekerja dan beberapa wakil daripada syarikat ekonomi di Ibu Pejabat PKR, hari ini.

Bagaimanapun Anwar berkata, perkara tersebut tidak boleh dilakukan secara berasingan dan ia perlu dijalankan serentak dengan dasar untuk mengurangkan rasuah dan meningkatkan kecekapan, khususnya dalam sektor kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

"Kami kesal kerana walaupun GLC seperti Proton dan Perodua membayar gaji asas di bawah garis kemiskinan pada RM650 sebulan.

"Dengan dasar alternatif untuk mengurangkan rasuah, meningkatkan kecekapan, tidak rasuah dan mengurangkan kos melalui tender dan rundingan semula tawaran yang tidak adil seperti tol lebuh raya, kami berharap untuk mempunyai lebih banyak penjimatan dan peningkatan hasil ... yang membolehkan kita boleh untuk membantu pekerja dengan perjanjian yang lebih baik dan lebih adil, "katanya.

Selain itu, siri rundingan ini juga mendedahkan bahawa Barisan Nasional selama ini cuba berdolak dalih dan tidak mahu membuat satu penetapan jumlah gaji minimum kepada golongan pekerja di seluruh negara.

"Kita telah memutuskan supaya hal ini diberikan perhatian dan kita akan adakan beberapa rundingan tambahan bagi membincangkan hal ini agar ia selari dengan pendirian kita dalam buku jinga."ujarnya.

Merujuk muka surat 23 dalam Buku Jingga, Anwar berkata, di bawah dasar bersama Pakatan Rakyat, antara lain berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja Malaysia.

Jelasnya lagi, ia juga akan memperkenal Akta Peluang Saksama bagi memastikan peluang pekerjaan terbuka kepada semua rakyat, sekiranya gabungan itu mengambil alih Putrajaya.

Dalam perkembangan lain, Anwar turut memaklumkan bahawa Buku Dasar Bersama Pakatan Rakyat, Buku Jingga mampu memberi tamparan hebat dalam kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak apabila satu persatu perubahan dilakukan sebagai respon kepada isi kandungan buku tersebut termasuk isu gaji minima yang diketengahkan oleh Pakatan Rakyat.

"Kejayaan buku jingga ini berjaya memaksa kerajaan dan Dato Seri Najib Razak untuk membuat beberapa perubahan termasuk pindaan undang-undang bagi memperkenalkan majlis perundingan yang khusus membincangkan soal gaji minima."

Hadir sama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

PKR: Politik kotor Umno punca Melayu pecah, bukan kerana Anwar atau Pakatan

Posted: 27 Aug 2011 12:43 AM PDT


KUALA LUMPUR — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengenai perpecahan Melayu membuktikan ia berlaku disebabkan "politik kotor" Umno, bukannya disebabkan faktor-faktor lain.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata, pendedahan Harussani juga membuktikan perpecahan Melayu bukan berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

"Beliau (Harussani) juga menyatakan bahawa demi menjaga perpaduan Melayu, pernah menasihati (Tun) Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat timbalanya ketika itu iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim serta membuat tuduhan liwat tanpa membawa empat orang saksi.

"Dengan kenyataan di atas, jelaslah bahawa apa yang ditanggapi sebagai perpecahan Melayu-Islam pada masa kini adalah berpunca dari permainan politik kotor para pemimpin Umno sendiri bermula dari Dr Mahathir," katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, pendedahan yang dibuat Harussani itu juga membuktikan tuduhan liwat terhadap Anwar pada 1998 adalah fitnah dan konspirasi Dr Mahathir.

"Kenyataan Mufti Perak tersebut juga mengesahkan pendirian kita selama ini bahawa tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak sah dan fitnah semata-mata untuk menjatuhkan beliau sebagai pemimpin politik harapan orang Melayu-Islam.

"Adalah jelas bahawa pemecatan Anwar bukan kerana faktor moral tetapi konspirasi jahat Dr Mahathir dan para pengikutnya," katanya.

Harussani dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti di Shah Alam kelmarin berkata, beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Dr Mahathir agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Anwar.

Beliau berkata pemecatan Anwar akan mengakibatkan perpecahan orang Melayu kerana Anwar mempunyai pengaruh yang besar.

Kata Muhammad, ekoran pendedahan Harussani itu rakyat perlu sedar dan menolak fitnah yang dilemparkan ke atas Anwar.

"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu.

"Kita menyeru pemimpin Umno supaya melakukan muhasabah diri dan menghentikan kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim demi perpaduan seluruh masyarakat Malaysia. Kita berkeyakinan penuh bahawa selagi kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas," katanya.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998.

Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

Isu Wahabi: Mufti Perlis masih harap Dr Uthman sedia berdialog

Posted: 27 Aug 2011 12:41 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Ketika hanya tinggal empat hari menjelang Syawal, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya masih berharap pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady akan menerima pelawaan pihaknya untuk berdialog bagi menjernihkan isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi.

Juanda menjemput Muhammad Uthman untuk berdialog dengannya pada bulan Ramadan akhir bulan lalu.

"... 25 hari sudah berlalu, tetapi Ustaz Uthman El-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan.

Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah s.w.t berfirman yang bermaksud 'Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk," kata Juanda dalam mesej dimuatkan pada laman sosial Facebook semalam.

Sebelum ini, Juanda berkata Muhammad Uthman membalas pelawaan beliau dengan mengenakan pelbagai syarat seolah-olah enggan bertemu.

Bagaimanapun Muhammad Uthman pula berkata beliau tidak menolak, tetapi mahu dialog yang dimaksudkan diadakan dengan penyertaan pakar-pakar dan diadakan secara tertutup.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini juga Juanda berharap Uthman akan menerima pelawaan mereka.

"Kami sudah beri cek terbuka, kami (tetap) menanti kehadiran beliau," kata Juanda Jaya berhubung laporan terbaru semalam menyebut Uthman tidak menolak pelawaan Juanda agar diadakan satu dialog ketika Ramadan berhubung isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi, yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi," katanya.

Dalam suratnya kepada Juanda (gambar) yang turut disiarkan dalam Facebook Mufti Perlis itu semalam, Muhammad Uthman berkata, "bagi menjawabnya (surat Juanda), oleh kerana kenyataan-kenyataan saya dalam sesi berkenaan duibuat dalam majlis anjuran KDN bahagian Keselamatan Dalam Negara, menyentuh aliran-aliran tertentu dalam Islam, saya meminta pihak tuan memohon kepada Jakim dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mengadakan satu persidangan pakar bagi menangani masalah kebocoran maklumat rahsia dan menyelesaikan masalah salah tangapan oleh pihak-pihak yang berpandangan tidak tepat itu dengan kadar yang segera."

Selain itu, Muhammad Uthman mahu ahli-ahli yang mengambil bahagian hendaklah pakar-pakar yang ditentukan oleh Jakim dan orang-orang yang tidak berkenaan hendaklah dikecualikan daripada hadir dan kalau perlu dengan 'screening' dilakukan oleh MKN.

"Maklumat-maklumat rahsia itu kalau diputuskan oleh pihak MKN munasabah disebarkan kepada sasaran yang sesuai barulah ia disebarkan. Atas nama individu-individu penyebarannya tidak dibenarkan.

"Dalam hubungan ini tidak timbul 'bahaya' dari mana-mana kerajaan tertentu dan masalah ibadat haji tidak perlu ditunda sebab saya sendiri pun baru menunaikan haji akhir 2010," katanya yang mengakhiri surat dengan berkata, "saya menanti dengan penuh harapan agar permohonan pihak tuan dilaksanakan oleh KDN dan Jakim."

Juanda juga berkata, jawapan surat Muhammad Uthman masih menimbulkan banyak tanda tanya kepada pihaknya.

"Kenapa perlu beliau berselindung di sebalik jubah MKN dan Jakim? Kenapa dan kenapa? Jubah mereka itu mungkin kebal untuk melindungi sesiapa sahaja untuk menuduh sesiapa sahaja dengan tuduhan yang jahat dan melulu.

"Tetapi kena ingat Mahkamah Keadilan tetap wujud untuk menilai amal perbuatan manusia. Mahkamah Allah s.w.t di akhirat nanti pasti juga akan lebih adil penilaiannya, namun azab siksanya tidak ada bandingan dengan azab siksa mahkamah dunia," kata beliau lagi.

Juanda menulis, pihaknya masih menunggu dan masih ada masa bagi Muhammad Uthman, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa, untuk menerima jemputan diadakan dialog.

"... lima hari lagi berbaki sebelum Aidilfitri. Kami masih menunggu dan terus menunggu tanpa jemu agar Ustaz Uthman menyahut seruan murni ini.

"Masa masih ada untuk kita jernihkan keadaan yang keruh. Jangan kerana kekeruhan keadaan dan tuduhan jahat serta sangkaan buruk sesama mukmin menyebabkan pahala puasa, qiyam, iktikaf dan zakat Ramadan ditolak oleh Allah s.w.t.

"Kalau beliau berhajatkan kami membetulkan kesangsian lama beliau terhadap mana-mana golongan yang memperjuangkan Islam dan terbukti berjaya dakwah Islamiah mereka, kami sedia membetulkan kesangsian beliau itu," katanya lagi.

Cuaca diramal baik menjelang Aidilfitri

Posted: 27 Aug 2011 12:40 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER

KUALA LUMPUR — Cuaca diramal baik di seluruh negara semasa sambutan Aidilfitri yang dijangka diraikan oleh seluruh umat Islam pada Selasa ini.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia berkata walaupun beberapa negeri di utara Semenanjung akan mengalami hujan, namun keadaan itu dijangka bertambah baik menjelang Isnin.

Beliau juga berkata hujan sekejap-sekejap yang berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis serta ribut petir di Pahang dan Johor Timur, tidak akan menyebabkan berlakunya banjir.

"Hujan yang dialami di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dalam tempoh dua hingga tiga hari ini, bukanlah secara berterusan dan dijangkakan menjelang Isnin ini, akan bertambah baik.

"Sehubungan itu, tidak ada kemungkinan negeri-negeri tersebut dilanda banjir tetapi keadaan itu juga adalah bergantung pada kawasan-kawasan di negeri-negeri berkenaan," katanya dipetik Bernama Online.

Beliau juga berkata hujan sekejap-sekejap dijangka berlaku di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Perak dan Sandakan, Sabah.

Ribut petir pula dijangka melanda Pahang dan timur Johor, dan keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Kuching, Samarahan dan Kapit, Sarawak.

Sementara di Sabah, ribut petir dijangka melanda bahagian Pantai Barat, Pedalaman, Sandakan, Tawau, Kudat dan Labuan, katanya.

PRU-13: Hanya doa senjata akhir hadapi BN, kata Nik Aziz

Posted: 27 Aug 2011 12:36 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


KUALA LUMPUR — PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan "senjata akhir" bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa.

Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan.

Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990.

"Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa," kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini.

Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah.

Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

"Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya," kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Manjat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi.

Senjata doa atasi muslihat BN guna projek IC

Posted: 27 Aug 2011 12:34 AM PDT

M Faqih


KOTA BHARU: Biar pun tanpa nasi bungkus percuma untuk bersahur, namun ribuan anak-anak muda memenuhi Qaryah Ramadan di perkarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi bagi mengikuti munajat pilihan raya.

Malah ada membawa beg galas besar, kemungkinan baru kembali ke kampung halaman, bercuti sempena Hari Raya Aidilfitri dua hari lagi. Ada juga yang keletihan tidur di belakang khemah solat tarawih.

Khemah gergasi tempat solat dan munajat itu penuh sesak dengan orang ramai. Khemah tersebut boleh memuatkan sehingga 3,000 orang. Sebahagian lagi terpaksa solat dan munajat di bahagian luar khemah.

Jumlah kehadiran itu dianggap luar biasa memandangkan bulan Ramadan sekarang lebih ramai memilih bersahur bersama keluarga. Malah program agak sendat apabila amanat pimpinan yang disiarkan secara langsung menerusi internet berakhir jam 12 malam tadi, disambung pula dengan munajat.

Sebahagian peserta yang hadir rata-rata golongan muda. Program bermula jam 3 pagi diimamkan Ustaz Hussin Ibrahim Masri dari Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Bacaan zikir dan munajat pula dikepalai Ketua Pengelola Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak. Hadir sama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil rakyat.

Program munajat berakhir kira-kira jam 4.50 pagi, bagi memberi peluang orang ramai yang hadir bersahur. Jualan nasi bungkus disediakan berhampiran Qaryah Ramadan.

Mubarak Kafe di sebelah khemah tarawih kelihatan penuh sesak dengan pelanggan. Beberapa kedai makan dan restoran di Dataran Usahawan juga masih beroperasi.

Berucap ringkas sebelum itu Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, Kelantan terus memancak Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini pada akhir 1990.

"Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa," katanya.

Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa.

Ketika ucapan yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk boleh diikuti di Sabah dan Sarawak malam tadi Menteri Besar berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah Taala.

Katanya di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa.

Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar.

"Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan, iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hambaNya," ujarnya pada program yang diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad , pejabat Perhubungan PAS Kelantan.

Program itu bermula jam 10 malam di mana siaran internet dipancarkan dari dua lagi lokasi iaitu Rusila, Terengganu dan Taman Melewar, Kuala Lumpur.

Sebanyak 19 tempat pemimpin dan penyokong PAS berkumpul bagi mengikuti program berkenaan. Siaran itu boleh diikuti dengan jelas gambar dan audionya. Pengerusi program, Ustaz Idris Ahmad berada di Taman Melewar.

Di Rusila dua pemimpin berucap iaitu Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Ahmad Ghazali.

Tikus gergasi dibunuh di New York

Posted: 27 Aug 2011 12:32 AM PDT

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.

Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.

"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.

Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.

Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.

Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun.- Agensi

Harga sewa bilik, hotel meningkat di Mekah

Posted: 27 Aug 2011 12:27 AM PDT



MEKAH, Arab Saudi - Penduduk tempatan yang mengerjakan ibadat umrah mengadu tentang harga bilik hotel dan unit kediaman yang melonjak tinggi semasa Ramadan berbanding bulan-bulan lain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang penduduk tempatan dari Riyadh, Saleh Al-Mutlaq berkata: "Saya berkunjung ke Mekah untuk melakukan umrah pada setiap Ramadan sejak 40 tahun lalu. Namun harga penginapan hotel-hotel berdekatan Masjidilharam kini melonjak tinggi."

"Saya dan ibu saya membayar sekitar 130,000 riyal (RM103,816) untuk tinggal di Mekah selama sebulan pada bulan Ramadan," tambahnya.

Menurut Saleh, pada masa lalu, sewa sebuah apartmen berhampiran Masjidilharam untuk sebulan cuma 25,000 riyal (RM19,955).

Seorang lagi warga tempatan dari Jeddah, Umm Thamir memberitahu: "Saya menghabiskan masa 10 hari terakhir pada bulan Ramadan di Mekah. Harga penginapan meningkat dengan drastik. Sebuah bilik untuk dua orang lengkap dengan berbuka puasa dan sahur dikenakan sewa 39,900 riyal (RM31,847) selama 10 hari."

Pendapat mereka turut dipersetujui seorang lagi warga tempatan, Hanan Muhammad yang mengakui harga penginapan hotel-hotel sekitar Masjidilharam melambung tinggi.

"Saya dan suami membayar sekitar 10,000 riyal (RM7,966) untuk tinggal tiga hari di sebuah bilik hotel yang tidak menyediakan makanan berbuka puasa atau bersahur," katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai isu terbabit, Jawatankuasa Kebangsaan Untuk Haji dan Umrah (NCHU), sebaliknya memberitahu, sudah menjadi perkara biasa untuk para peniaga menaikkan harga pada bulan Ramadan supaya mereka dapat membayar kos operasi hotel selain meraih keuntungan daripada pelaburan mereka.

Kos penginapan tinggi itu dijangka menurun sebaik sahaja projek-projek pembangunan di Mekah siap dengan pengguna memiliki lebih banyak pilihan ketika tinggal di Mekah.- Agensi

Hentikan klise agama: Mengapa PAS semakin popular daripada Umno

Posted: 27 Aug 2011 12:24 AM PDT

Moaz Nair, Malaysia Chronicle

Umat Islam di negara ini telah diingatkan supaya tidak memperkecilkan atau menghina agama lain, walaupun dalam hal mempertahankan Islam, kerana tindakan itu bertentangan dengan ajaran Islam. Ini dikatakan oleh seorang pemimpin PAS, yang memetik ayat dari Al-Quran (6:108):

"Jangan mencaci orang-orang yang mereka sembah selain dari Allah kalau-kalau mereka perlu, dan di dalam kejahilan, mereka mencaci Tuhan."

PAS telah berubah menjadi sebuah entiti politik yang sangat disukai rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini sebelum dan selepas pilihan raya umum 2008. Apabila UMNO semakin terbabit dalam politik perkauman dan menjadikan agama sebagai teras untuk memenangi sokongan orang Melayu, PAS pula telah menunjukkan pendirian sederhana dalam politik Malaysia. Menghentam bangsa atau agama lain dalam politik nampaknya tidak menjadi kegemaran PAS. PAS juga dilihat kurang radikal berbanding dengan UMNO dalam isu penggunaan agama untuk menuai sokongan dari rakyat. Jika PAS boleh menegakkan pola politik seperti sekarang ini, pilihan raya umum akan datang akan menyaksikan kemenangan besar bagi PAS. PAS akan menjadi parti politik terbesar mewakili orang Melayu dan Islam di negara ini. Jelas bahawa PAS sudah pun dalam perjalanan untuk menggantikan UMNO sebagai parti politik terbesar bagi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Setelah mengenepikan teriakan semangat untuk mewujudkan sebuah negara Islam, PAS kini secara rational mengamalkan moto "PAS Untuk Semua" - slogan bijak yang boleh menarik orang bukan Islam untuk menyokong PAS. PAS kini bertekad untuk membawa idea bahawa kebajikan rakyat harus menjadi keutamaan dalam pemerintahan. Ini merupakan petanda baik bagi sebuah parti politik kerana majoriti rakyat di negara ini dari segi ekonomi adalah miskin dan tidak tergolong dalam golongan pertengahan atau kelas atasan. Langkah PAS ini adalah searah dengan syarat dan doktrin Islam dan amat bersesuaian untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa atau agama. PAS menyedari bahawa dalam masyarakat majmuk dan dalam sistem demokrasi, untuk meraih sokongan daripada pengundi, sesebuah parti politik harus dilihat sebagai sebuah entiti yang jitu, waras dan yang boleh memberi khidmat kepada semua penduduk. PAS memang mengharapkan sebuah negara yang berteraskan kebajikan dan secara adilnya akan mengambil kira semua kaum dan agama di negara ini.

Bolehkah PAS membawa kemajuan ekonomi

Selepas pilihan raya umum 2008, telah bermula fajar yang baru kepada landskap politik Malaysia. PAS dengan kerjasama PKR dan DAP telah mencapai skor undi yang tinggi dalam kalangan pengundi pada pilihan raya umum yang diadakan. Pilihan raya parlimen 2008 telah dimenangi oleh Barisan Nasional (BN), tetapi telah menghasilkan salah satu keputusan terburuk dalam sejarah gabungan itu. Parti-parti pembangkang telah memenangi 82 kerusi daripada 222 kerusi di parlimen atau 36.9 peratus daripada kerusi parlimen, manakala BN hanya mendapat 140 kerusi atau 63,1 peratus. Di samping itu, 5 daripada 13 badan perundangan negeri pada masa itu dimenangi oleh pembangkang. PAS berjaya memperolehi 23 kerusi Parlimen. Kedua-dua negeri - Kedah dan Kelantan - mempunyai ketua menteri dari PAS dan juga Perak selepas pilihan raya 2008 telah diterajui Ketua Menteri PAS walaupun parti itu mempunyai hanya 6 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). PAS juga mendapat skor undi yang tinggi di Selangor dan di kebanyakan negeri-negeri lain. Dengan momentum ini dan dengan PAS memberi pandangan yang adil dan saksama terhadap perihal bangsa dan agama, pilihan raya umum akan datang dapat melihat kehadiran PAS yang semakin kuat dalam landskap politik Malaysia.

Walau bagaimanapun, semua ini bergantung kepada bagaimana PAS boleh membawa kemajuan ekonomi kepada negara apabila sudah berkuasa dan bagaimana PAS boleh mengekalkan suasana politik yang sederhana untuk menampung keperluan orang Melayu yang berfahaman sederhana dan juga bukan Islam. Pemimpin-pemimpin PAS telah setakat ini menghantar isyarat yang tepat kepada rakyat bahawa kesederhanaan adalah langkah terbaik dalam poltik untuk ke hadapan apabila bertembung dengan isu-isu perkauman dan agama yang boleh menghalang pertumbuhan ekonomi atau merosakkan fabrik masyarakat yang rapuh. PAS sebagai sebuah parti berasaskan agama sememangnya boleh melakukan lebih banyak lagi untuk menjinakkan sentimen perkauman dan agama untuk mendapatkan sokongan yang lebih ketara daripada rakyat.

Pembangunan ekonomi adalah asas kepada negara dan kehidupan rakyat, dan ini adalah antara manifesto PAS yang paling penting dalam politik. Kelihatan PAS bersedia melaksanakan doktrin yang boleh menggalakkan kesejahteraan ekonomi rakyat. PAS juga bersedia mengadakan pelan ekonomi yang jelas untuk meningkatkan pembangunan di negara ini serta mewujudkan persekitaran yang boleh menarik pelabur asing ke negara ini bagi memastikan peluang pekerjaan yang cukup bagi rakyat. Di samping itu PAS bersedia menerapkan kanun moral yang merangkumi nilai-nilai murni bangsa lain yang progresif serta sistem nilai rakyat mereka. Terdapat juga skim yang realistik oleh PAS untuk memastikan bahawa rakyat pelbagai kaum dan agama mempunyai akses yang sama kepada pendidikan berkualiti dan bahawa rakyat yang berbakat kekal di negara ini untuk menyumbang kepada negara.

Pada masa ini, PAS berteraskan ajaran Islam tetapi sedia menerima nilai-nilai altruisme yang berisifat sejagat untuk kemajuan ekonomi negara yang sering di ganggu gugat oleh keadaan sosial dan moral yang tidak terkawal.. PAS bersedia melibatkan semua rakyat, tanpa mengira bangsa atau agama untuk dijadikan modal insan bagi menjayakan model ekonomi untuk negara . PAS memang tegas terhadap ketidakadilan, rasuah, penindasan, permusuhan kepada orang lain, kejahilan dan feudalisme dalam masyarakat, ketasuban, perkauman dan radikalisme yang boleh menidakkan hak-hak rakyat. Ini merupakan kod parti bagi menerapkan sikap sayang-menyayangi sesama insan - dengan memberi penekanan terhadap aspek hak-hak individu, rasa hormat terhadap ilmu dan mempraktis amalan nilai-nilai universal yang boleh membawa kemajuan kepada negara.

Hentikan klise agama '

Pendekatan PAS memperlihatkan doktrin menghormati hak-hak bagi orang yang berlainan agama. dan bahawa umat Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama-sama dengan aman sebagai rakyat sebuah negara. PAS menjamin keadilan untuk semua rakyat, komuniti perniagaan dan juga bagi pelabur supaya mereka mempunyai keyakinan terhadap sistem penyampaian kerajaan seperti badan kehakiman, agensi anti-rasuah, polis dan agensi-agensi yang lain yang menjadi tulang belakang pemerintahan.

PAS kelihatan berada di jalan yang tepat untuk membawa perubahan politik yang dikehendaki rakyat bersama-sama dengan DAP dan PKR. Golongan profesional dan mereka yang berpendidikan kini menjadi pemikir untuk PAS bagi menghadapi cabaran ekonomi dan sosial dalam era global ini. Kelihatan sekarang lebih ramai golongan profesional yang mengaitkan diri mereka dengan PAS dan sekarang sudah pun lebih mengakali kerajaan yang ada dalam menuju ke arah kehebatan ekonomi dan perubahan sosial di negara ini.

Pemimpin-pemimpin PAS yang progresif sedar bahawa PAS tidak boleh kekal sebagai sebuah parti yang terikat sepenuhnya kepada klise agama - menghadkan diri mereka untuk hanya berbincang mengenai isu-isu agama dan ritual yang melibatkan kumpulan orang-orang yang kurang rational dan yang buta iman. PAS harus menerima ulama yang mempunyai pengetahuan ekonomi dan saintifik untuk membuktikan kepada rakyat bahawa Islam boleh membawa pembangunan ekonomi kepada rakyat dan seiring dengan itu menegakkan aturan sosial dalam masyarakat. PAS agak berpandangan jauh dalam pendekatan politik kerana sudah mula melibatkan masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama. Dengan perubahan besar di peringkat ekonomi yang membawa kepada kemakmuran ekonomi kepada semua kumpulan etnik akan rakyat dapat hidup dengan aman dalam masyarakat yang berbilang kaum. Malah, dalam rangka kerja politik Pakatan Rakyat, PAS mempunyai pemimpin yang mampu dalam gabungannya yang boleh melaksanakan tugas tadbir urus ini.

Gerakkan ekonomi, masyarakat dan rasuah

Keadaan ekonomi sekarang sedang menjejaskan kehidupan rakyat. Harga barangan semakin meningkat. Moral masyarakat runtuh kerana kurangnya penerapan nilai-nilai agama. Kerajaan yang sedia ada, malangnya, tidak menangani isu-isu ini dengan berkesan.

Rasuah sedang menghancurkan asasbina masyarakat kita dan ini mengakibatkan ramai orang menjadi miskin tetapi ada pula orang menjadi jutawan segera atas belanja golongan miskin. Individu yang tidak bertanggungjawab sedang mengeringkan institusi yang diamanahkan untuk dilindungi. Rasuah telah memberi kesan buruk kepada hampir setiap tahap masyarakat kita dan cakap cakap mengenai agama dan nilai-nilai moral oleh kerajaan sedia ada tidak pernah berakhir. Seminar dan khutbah mengenai rasuah dan integriti sahaja tidak akan mengubah masyarakat. Oleh yang demikian, perlu ada strategi yang lebih baik untuk menangani isu-isu ini.

Mengejar kebendaan dan memelihara keutuhan moral itu adalah sama relevan bagi sesebuah negara untuk maju dan atas sebab-sebab ini, PAS telah menetapkan agenda politiknya dalam rangka kerja agama. Kesolehan palsu oleh ahli-ahli politik yang mementingkan diri sendiri telah mengoyakkan asasbina masyarakat kita. Memanglah wajar sekarang diadakan orang-orang yang benar-benar bertakwa kepada Tuhan untuk berpegang kuasa. PAS boleh menunjukkan jalan kepada rakyat bahawa boleh berlaku adil dalam urus tadbir negara berdasarkan platform Islam. Jika PAS boleh membuka jalan, orang Islam dan bukan Islam sama-sama akan sentiasa bersedia untuk mengundi mereka untuk berkuasa

Kuching pelopori guna beg kertas

Posted: 27 Aug 2011 12:20 AM PDT

Datuk Bandar mahu rakyat terus mempraktikkan penggunaan beg kertas ini dalam usaha bukan sahaja memerangi pencemaran malah menjimatkan kos.



KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menanam hasrat untuk menjadikan bandar raya ini model kepada negeri lain yang menggunakan beg kertas mesra alam di negara ini.

Datuk Bandar MBKS James Chan berkata penerimaan rakyat terhadap penggunaan beg itu kini agak memberangsangkan hingga mendorong MBKS menyimpan cita-cita untuk menjadikan Kuching model kepada amalan itu di Malaysia.

"Untuk menjadi contoh (model) yang terbaik di Malaysia, kita mesti menepati beberapa kriteria tidak hanya baik dari segi wang malah dari segi penerimaan rakyat kepada sistem/amalan ini.

"Bagi kita mujur kedua-duanya itu sudah ditempuhi baik cuma perlu menunggu pengiktirafan daripada sesetengah pihak," ujarnya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan miskin tegar di Jalan Pasar Foochow di sini.

Chan berkata, sejajar dengan hasrat itu beliau mahu rakyat terus mempraktikkan penggunaan beg kertas ini dalam usaha bukan sahaja memerangi pencemaran malah menjimatkan kos.

"Bila dibuat secara drastik, kita (masyarakat) tidak akan lihat tujuan sebenar penggunaan beg kertas ini sebalik hanya akan mengganggap ia adalah hukuman kepada pencemaran alam.

"Sebab itu dari dulu kita suka galakkan masyarakat melakukan ia secara sederhana kerana lama kelamaan mereka akan tahu juga kepentingannya sama ada menjimatkan kos hidup ataupun memelihara alam sekitar," tegasnya.

PAS Johor: Kerusi lebih kerana peningkatan sokongan?

Posted: 27 Aug 2011 12:19 AM PDT

PAS Johor yakin memperoleh undi lebih banyak di negeri itu berikutan sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat bukan Melayu.



PETALING JAYA: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu lebih banyak kerusi ditandingi oleh calon bukan Melayu dalam pilihan raya umum ke 13 kerana sokongan yang semakin meningkat di kalangan masyarakat berkenaan, kata Timbalan Ketua N Balasubramaniam.

Sementara itu, Ketua Dewan Hu Pang Chaw ketika dihubungi berkata, "hanya calon yang setia dan sesuai akan dicalonkan untuk pilihan raya kali ini."

Bagaimana pun, beliau memberitahu keputusan pencalonan akan diserahkan kepada pimpinan PAS Pusat kerana masih ada waktu untuk mempertimbangkan perkara ini.

Kenyataan beliau ini adalah berikutan pemerhatian dan maklum balas yang mendapati peningkatan sokongan masyarakat Cina terhadap parti Islam itu.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina telah meningkat kerana masyarakat mahukan perubahan," kata Hu yang telah melawat beberapa kali kawasan sekitar Johor tahun ini.

Justeru itu Hu yakin bahawa peningkatan sokongan akan turut meningkatkan jumlah undi calon PAS di Johor. Keyakinan Hu turut diluahkan berdasarkan rancangan beliau untuk menubuhkan dewan himpunan peringkat parlimen di seluruh Johor.

PAS negeri pernah mencalonkan R Kumutha pada kali pertama dalam pilihan raya umum 2008 di Tiram.

Kumutha telah bertanding atas tiket PKR kerana perlembagaan PAS tidak membenarkan masyarakat bukan Islam bertanding atas tiket PAS.

PAS memegang dua kerusi Dewan Undangan Negeri di Johor iaitu Sungai Abong dan Maharani.

Pandangan Hu turut disokong dan diterima Ketua Penerangan PAS Johor, Suhaizan Kaiat. Beliau memberikan dua sebab yang membawa kepada peningkatan sokongan masyarakat bukan Melayu di Johor.

"Sokongan terhadap PAS semakin baik di kalangan bukan Melayu terutamanya sekitar Johor Bahru kerana mereka melihat perkembangan politik di Selangor yang mempunyai perkembangan sosio-politik yang serupa dengan Johor.

"Selain itu, perubahan kecil politik di Singapura turut memberi kesan kerana mereka yang bekerja di Singapura dan mempunyai keluarga di Johor," kata Suhaizan.

Pemuda PAS mahu 40% calon muda

Posted: 27 Aug 2011 12:17 AM PDT

Calon tidak semestinya dari Dewan Pemuda PAS, kata Ketua Pemuda Nasrudin Hassan Tantawi.



PETALING JAYA: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) mahu 40 peratus calon yang dipilih pucuk pimpinan parti nanti terdiri daripada golongan muda dan muka baru.

"Dewan Pemuda konsisten dalam pendiriannya agar pucuk pimpinan memilih calon muda. Calon tersebut tak semestinya dari Dewan Pemuda.

"Dia boleh dipilih dari peringkat mana sekali pun dan dari dewan mana sekali pun," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi yang turut menegaskan faktor calon boleh menang ketika dihubungi FMT.

Beliau turut menyatakan bahawa barisan Pemuda PAS sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Kita sudah bersedia dari segi fizikal, mental, teknikal dan taktikal dan telah pun mengambil selekoh terakhir untuk menghadapi pilihan raya umum," jelas Nasrudin.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan gerak kerja dan transisi yang dibuat kerana ia tidak boleh didedahkan kepada umum.

Nasrudin ditanya berhubung keluar fatwa yang menyeru orang Islam menyokong calon terutamanya di kawasan luar bandar dan berhadapan dengan calon bukan Melayu parti lawan yang dilaporkan digunakan semasa kempen PRU ke-12.

Namun beliau menafikan bahawa seruan tersebut sebagai fatwa.

"Itu disiplin parti bukan fatwa," jelas Nasrudin yang mengakui bahawa ia satu kaedah mendapatkan undi, sambil menambah, "seruan tersebut adalah untuk semua rakyat dan bukan pengundi Islam semata-semata."

Nasrudin turut ditanya berkenaan kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahilliah semasa kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang awal tahun ini.

"Ertinya kita dalam PAS membawa kebenaran yang disokong hujah. Jika kebenaran ini ditolak, maka ianya sama seperti golongan jahilliah," terang Nasrudin.

Dalam sejarah Islam golongan jahilliah telah menolak kebenaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw.

Palanivel akan jaga MAMPU, INTAN, BPA

Posted: 27 Aug 2011 12:14 AM PDT

MALAYSIA KINI


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk G Palanivel berkata Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dan Biro Pengaduan Awam (BPA) akan diletakkan di bawah jagaannya.

NONE"Saya juga akan mengendalikan tugas-tugas khas. Saya akan umumkan butiran lanjut kepada media selepas 7 September," kata presiden MIC itu kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur malam tadi.

Palanivel, yang mengangkat sumpah sebagai Menteri di depan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 9 Ogos lalu, berkata beliau bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bagi membincangkan tugasnya dalam Kabinet. - Bernama

Jamil Khir: Tak perlu ragu status halal daging import

Posted: 27 Aug 2011 12:13 AM PDT

MALAYSIA KINI


Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui status halal daging import yang dibawa masuk untuk memenuhi keperluan bekalan daging sempena sambutan Aidilfitri.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ini kerana semua pengimport daging terbabit telah dikenal pasti mematuhi syarat kelulusan status halal sebelum dibenar berbuat demikian.

"Daging import merupakan daging yang dikenal pasti daripada pengimport yang mematuhi tanda aras dan juga sijil halal yang telah dikeluarkan.

"Jadi tak timbul keraguan umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri beberapa hari yang akan datang ini berkenaan bekalan daging, selain jaminan daripada pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)," katanya kepada pemberita, di Gurun semalam.

"Termasuk juga tentang sembelihan itu, kita import daripada tempat-tempat yang mendapat kebenaran sijil daripada pihak Jakim," katanya.

azlanKatanya Jakim sentiasa memantau pihak yang berkaitan untuk tujuan pembekalan serta pematuhan tanda halal yang telah diletakkan kerajaan.

Beliau yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama Umno Bahagian Jerai di Kompleks Sukan Modenas berkata kerajaan juga mengimport bekalan dari pusat penyembelihan yang memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Bernama

Orang Asli sedia berdemo lagi jika tanah dirampas

Posted: 27 Aug 2011 12:10 AM PDT

Nigel Aw


Masyarakat Orang Asli sekali lagi akan berarak ke Putrajaya jika kerajaan berkeras membahagikan tanah-tanah adat mereka.

Penyelaras Jaringan Kampung Orang Asli Malaysia (JKOAM) Tijah Yok Chopil berkata walaupun Orang Asli dikenali sebagai masyarakat yang aman, namun mereka tidak mempunyai pilihan jika kerajaan masih berkeras.

orang asli protest putrajaya"Secara jujur, walaupun tindakan itu membawa risiko yang tinggi, kami akan turun ke Putrajaya, Parlimen atau Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Ini bukan satu ancaman, tetapi hidup kami kini ditekan dan kami tidak ada pilihan lain.

"Jika ini membabitkan masyarakat lain, mereka sudah lama akan bertindak, tetapi kami adalah masyarakat yang cintakan keamanan dan oleh itu kami kesempatan diambil ke atas kami. Untuk masa depan generasi, kita tiada pilihan lain, walaupun jika perlu masuk penjara, " kata Tijah.

Penduduk pribumi berkenaan berang dengan pengumuman Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) baru-baru ini bahawa mereka telah memuktamadkan perbincangan dengan kerajaan negeri berhubung cadangan pembaharuan di tanah-tanah Orang Asli.

orang asli protest in putrajaya 170310Mengikut rancangan itu, individu keluarga Orang Asli akan menerima hak milik tanah kepada plot tanah yang sama dengan model Felda. Namun, ini bermakna tanah hak-hak adat mereka, di mana lot-lot tanah adalah lebih besar akan dirampas dan diberikan lot yang lebih kecil.

Pada bulan Mac tahun lalu, kira-kira 2,000 Orang Asli berhimpun dan membuat bantahan di Putrajaya atas isu yang sama. Sejak itu, kerajaan berdiam diri, tetapi pengumuman baru-baru ini telah sekali lagi menghangatkan semula isu berkenaan.

Bercakap pada sidang akhbar di Petaling Jaya semalam, Tijaj melahirkan rasa kecewanya dengan sikap kerajaan yang kurang berminat untuk mendengar tuntutan Orang Asli.

Orang Asli Demo"Saya amat kecewa dengan kerajaan ... Sepanjang 43 tahun kehidupan saya, setiap masyarakat Orang Asli yang saya telah temui, mereka begitu sayangkan kerajaan dan menyokong Umno dan BN. Tetapi apa yang sudah terjadi kepada masyarakat Orang Asli hari ini? " keluhnya.

Pada sidang akhbar ini, Tijah diiringi oleh timbalan presiden Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon, anggota jawatankuasa JKOAP Shafie Dris dan perwakilannya Williams Hunt.

Terminal bas Puduraya kini dikenali Pudu Sentral

Posted: 27 Aug 2011 12:09 AM PDT

MALAYSIA KINI


Terminal Bas Puduraya di Kuala Lumpur yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata penukaran nama terminal bas itu selaras dengan wajahnya yang moden dan baru, setaraf dengan sebuah lapangan terbang.

NONEBeliau berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan seorang pengikut twitternya, selepas beliau tweet setelah bersahur awal pagi tadi bahawa beliau akan melawat Hentian Puduraya.

" Ramai yang memberi maklum balas dan saya terima cadangan supaya nama hentian bas ini ditukar supaya mencerminkan terminal yang tinggi kualitinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan wajah baru bas terminal itu di Kuala Lumpur hari ini

"Selepas berbincang dengan pihak pengurusan tadi, kita telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral," katanya.

Terminal Puduraya ditutup sementara pada Mac tahun lalu, setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu sangat dinaik taraf dan ubahsuai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambilkira keselamatan awam setelah ia beroperasi lebih tiga dekad.

Ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang- Bernama

TV3: Laporan ganguan seksual tidak tepat

Posted: 27 Aug 2011 12:05 AM PDT

MALAYSIA KINI


Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dalam satu kenyataan media hari ini berkata laporan 'Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' yang disiarkan pada 24 Ogos lalu sebagai tidak tepat.

"Merujuk kepada tajuk berita berikut: "Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' di laman portal Malaysiakini pada 24 Ogos lalu, pihak TV3 mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut selaras dengan polisi integriti syarikat.

"Hasil siasatan mendapati ia tidak tepat, malah tiada aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut.

"Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar laporan berkenaan," petik kenyataan yang difakskan hari ini.

Pada Rabu lalu, memetik sumber, TV Selangor melaporkan empat wartawan termasuk seorang pembaca berita TV3 mendakwa menjadi 'mangsa' gangguan seksual seorang editor kanan setesen televisyen swasta itu.

Menurut TV Selangor, empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru-baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu.

Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik.

Pemimpin Melayu DAP mahu enam kerusi PKR

Posted: 27 Aug 2011 12:03 AM PDT

Susan Loone


Seorang pemimpin DAP Pulau Pinang meminta sekutunya, PKR untuk mengorbankan beberapa kerusi bagi memberi laluan kepada calon-calon Melayu dari DAP untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang.

zulkifli mohd noor pc 260811 02Ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor (kiri), berkata partinya "tiada pilihan" tetapi memohon untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi parlimen dan lima kerusi dewan undangan negeri dari PKR di Pulau Pinang pada pilihan raya akan datang.

Sekiranya DAP gagal membariskan calon-calon Melayu pada pilihan raya akan datang, ia akan dilihat sebagai parti "anti-Melayu dan cauvinis", kata Zulkifli, yang juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

Beliau berkata parti itu akan dilabelkan sedemikian walaupun sejarah telah membuktikan bahawa DAP pernah mengemukakan calon-calon Melayu yang bertanding dai 13 kerusi pada pilihan raya negeri sebelum ini.

"Beberapa pilihan raya, misalnya di Sarawak, telah menunjukkan, pengundi lebih cenderung menyokong DAP daripada PKR," katanya pada sidang media semalam.

"Itulah sebab mengapa DAP perlu mengambil kesempatan ini untuk membariskan lebih ramai calon-calon Melayu."

Intai Batu Maung?

Pada pilihan raya umum Mac 2008, DAP bertanding di 19 kerusi DUN di Pulau Pinang, manakala PKR di 16 kerusi dan PAS di lima kerusi. Bagi kerusi parlimen, DAP berentap di tujuh kerusi manakala PKR bertanding empat dan PAS, dua.

Ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat secara keseluruhan memenangi 29 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri dan 11 daripada 13 kerusi parlimen.

NONEZulkifli bagaimanapun enggan mengulas kerusi-kerusi Melayu yang diintainya, tetapi menurut spekulasi antara kerusi yang menjadi sasaran mereka adalah Batu Maung yang kini dipegang oleh wakil PKR Abdul Malek Kasim (kanan), yang juga ahli exco Pulau Pinang.

Dakwanya, orang Melayu akan mendapati sukar untuk menerima DAP sekiranya masyarakat itu tidak diwakili, sekali gus menjejaskan peluang parti pemerintah itu.

"Di Pulau Pinang, jika semua calon-calon Melayu dari PKR kehilangan kerusi mereka pada pilihan raya akan datang, adalah mustahil bagi kerajaan negeri untuk bertahan bagi tempoh yang lama dengan hanya sokongan daripada perwakilan yang semata-mata Cina dan India," katanya.

Reformasi pilihan raya: Bagaimana M'sia dinilai?

Posted: 27 Aug 2011 12:00 AM PDT

John R Malott

ULASAN Ini adalah artikel kedua mengenai cadangan-cadangan yang dibuat untuk pembaharuan pilihan raya di Malaysia, kenyataan balas oleh kerajaan, dan keadaan di Malaysia berbanding dengan negara-negara lain.

Mebenarkan mengundi di luar negara

Ramai rakyat Malaysia mahu semua rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara diberikan hak mengundi, dan bukan hanya terhad untuk kakitangan kerajaan dan tentera yang ditugaskan di luar negara ataupun rakyat Malaysia yang menuntut di negara-negara asing.

azlanTerdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, tetapi menurut Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wan Ahmad Wan Omar, hanya 2,500 daripada mereka layak untuk mengundi.

Kerajaan juga gagal memberikan aalasan atau hujah yang kukuh mengenai mengapa tidak semua rakyat di luar negara diberikan hak untuk mengundi. Walau bagaimanapun, dua hari lalu pengerusi SPR Tan sri Abdul Aziz Yusof (kiri) dilaporkan berkata "diharapkan" semua pengundi berdaftar yang tinggal di luar negera akan dapat mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Sehingga kini, kerajaan dikatakan tidak membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi kerana bimbang sebahagian besar mereka bukan penyokong Umno atau rakan-rakan gabungan BN. Di samping itu, realiti etnik bahawa kebanyakan rakyat Malaysia di luar negara adalah bukan Melayu, dan kemungkinan besar, mereka tidak akan mengundi Umno.

azlanJadi rumusan Umno, membenarkan rakyat Malaysia di luar negara untuk mengundi, mungkin membawa padah kepada parti pemerintah itu.

Tiada konsensus antarabangsa yang jelas mengenai hak rakyat yang tinggal di luar negara untuk mengundi di negara-negara asal mereka.

Akses yang adil kepada media

Pengundi bermaklumat - yang hanya wujud jika terdapat aliran bebas maklumat tentang parti, calon-calon, dan latar belakang mereka - adalah penting untuk demokrasi yang sihat. BERSIH 2.0 telah menuntut untuk akses yang bebas dan adil kepada media untuk semua parti-parti politik yang bertanding.

azlanTerdapat banyak laporan antarabangsa yang menyokong tuntutan BERSIH itu. 'Wartawan Tanpa Sempadan' menempatkan Malaysia di tangga 141 daripada 178 negara dalam Indeks Kebebasan Akhbar.

Laporan Amalan Hak Asasi Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat mengisytiharkan bahawa parti-parti pembangkang di Malaysia tidak mampu untuk bersaing secara adil dengan gabungan yang didominisasi oleh Umno yang mengenakan pelbagai sekatan ke atas berkempen dan kebebasan berhimpun serta berpersatuan.

Jabatan Negara itu melaporkan "berita-berita mengenai pembangkang disekat dan dilaporkan dengan gaya yang nyata berat sebelah."

Mari kita lihat cara-cara di mana maklumat tentang parti, calon-calon dan latar belakang mereka disebarkan di Malaysia.

NONE1) Media milik dan kawalan kerajaan, seperti RTM dan Bernama, adalah sepatutnya institusi awam untuk semua rakyat di Malaysia. Ini kerana perbelanjaan mereka dibiayai oleh semua pembayar cukai tanpa mengira fahaman politik mereka.

Tetapi dalam realiti, RTM dan Bernama menjadi senjata propaganda Umno dan BN. Malah RTM, tanpa silu menggunakan wang pembayar cukai untuk menyiarkan Perhimpunan Agung Tahunan Umno. Hala tuju RTM dan Bernama adalah di bawah telunjuk Perdana Menteri dan Kementerian Penerangan. Mereka sentiasa mengampu parti pemerintah dan mencela serta menjadikan parti pembangkang sebagai momokan.

bagan pinang by-election ec preparing postal votes 071009 deputy chief wan ahmadDi negara-negara lain dengan sistem penyiaran milik awam - sebagai contoh, UK, Australia, Jepun, dan Amerika Syarikat - akses diberikan kepada semua parti-parti politik, dan liputan dibuat tanpa berat sebelah.

Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad (bertali leher) telah berkata bahawa beliau tidak boleh memaksa akhbar dan stesen-stesen televisyen untuk melaporkan berita pembangkang.

Hakikat itu adalah benar. Perkara berkenaan bukan dalam bidang kuasa SPR. Tetapi ia adalah dalam bidang kuasa kerajaan dan oleh itu topik berkenaan seharusnya dibincangkan dan bukan ditolak ketepi.

utusan on pas election2) Di Malaysia, akhbar dan stesen televisyen milik persendirian yang dikuasai oleh syarikat-syarikat di bawah kawalan Umno, MCA dan MIC, dan mereka dibenarkan menyebarkan pandangan mereka secara bebas kepada semua orang.

Sebagai kontras, tiada terdapat stesen televisyen atau radio yang dimiliki oleh penyokong pembangkang. Malah, akhbar-akhbar pembangkang juga tidak dibenarkan dijual secara terbuka. Ia hanya boleh diedarkan kepada ahli-ahli parti - amalan yang jelas diskriminasi.

3) Di sebalik sekatan itu, Wan Ahmad mendakwa pembangkang dan penyokongnya mempunyai akses kepada sumber-sumber media alternatif - portal berita di internet dan laman web serta blog. Ini juga adalah benar. Tetapi ini menjadikan 'pertandingan yang tidak seimbang'.

Pembangkang dipaksa untuk bertanding dan berkempen dengan satu tangan terikat di belakang. Mereka mempunyai senapang, tetapi pihak yang satu lagi mempunyai meriam.

azlanSesetengah laman alternatif jelas menyokong pembangkang. Portal lain (seperti Malaysiakini) cuba untuk memberikan pandangan yang lebih seimbang daripada media arus perdana dengan memberikan pandangan dari sudut yang berbeza. Hasilnya, laporan mereka sentiasa tidak disenangi oleh kerajaan.

Oleh itu, media alternatif seumpama itu sentiasa tertakluk kepada gangguan dan hambatan. Contohnya, pada pilihan raya negeri sarawak, April lalu, laman Malaysiakini diserang virus DDOS. Ini bertujuan menyekat aliran maklumat kepada pengundi Malaysia.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

JOHN R MALOTT adalah Duta amerika Syarikat ke Malaysia daripada 1995-1998, dan beliau terus memantau perkembangan negara ini.

Pemohon PR dikesan pula di daftar pemilih

Posted: 26 Aug 2011 11:54 PM PDT




Aidila Razak

Kontroversi yang menyelubungi sekitar kira-kira seribu penduduk tetap (PR) yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semakin kusut dengan seorang pemegang kad pengenalan sementara pula turut dikesan.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant electoral roll recordHasil maklumat daripada Pemuda PAS, Malaysiakini mendapati bahawa Yusnati Haris Lakmana yang disenaraikan sebagai pengundi di laman web SPR, adalah pemegang kad pengenalan sementara.

Kad pengenalan sementara berwarna hijau, manakala penduduk tetap diberi kad merah dan warganegara Malaysia, pula berwarna biru.

Semakan ini boleh dibuat di pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Yunasti Haris Lakmana permanent resident pr applicant green cardSemakan mendapati Yusnati adalah pemegang kad pengenalan (MyKad) hijau, dan telah mengumpul kad itu

Ini bermakna bahawa Yusnati, seorang pengundi di DUN Chempaka dan kawasan parlimen Pandan, belum diberikan status pemastautin tetap tetapi dalam proses memohon untuk menjadi penduduk tetap.

Malaysiakini
telah menghubungi JPN, yang berkata pihaknya akan memeriksa untuk mengesahkan status Yusnati pada hari Isnin kerana ia tidak beroperasi pada hujung minggu.

Suruhanjaya Pilihan Raya pula, berkata bahawa pihaknya hanya akan dapat mengesahkan status Yusnati selepas cuti Hari Raya Aidilfitri kerana pegawai yang bertanggungjawab sudah mula bercuti.

azlanSebelum ini, dalam kes kira-kira seribu penduduk tetap yang disenaraikan sebagai pengundi dalam daftar pemilih, JPN dan SPR mendakwa kesilapan berpunca akibat "kecuaian teknikal".

NONEPengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata JPN tidak mengemas kini pangkalan data mereka untuk menunjukkan bahawa penduduk tetap berkenaan telah diberikan kewarganegaraan.

Paling ketara adalah kes Mismah, pengundi di Ijok yang telah disenaraikan oleh JPN sebagai seorang pemastautin tetap pada semakan 2 Ogos lalu.

Bagaimanapun status wanita itu dikemaskini pada pangkalan data JPN empat jam selepas Malaysiakini mendedahkan perkara itu pada hari yang sama. Ini menimbulkan pelbagai spekulasi.

JPN kemudian menjelaskan bahawa Mismah yang dilahirkan di Indonesia itu sebenarnya, telah diberikan kewarganegaraan pada 31 Januari tahun ini, selepas 29 tahun sebagai penduduk tetap.

Tiada ulasan: