Kerabu Bersuara ® |
- Fenomena Awan Pelik Di Kota Bharu
- Perutusan Eidul Fitri 1432H - Dato' Seri Tuan Guru Presiden
- PRU-13: Hanya doa senjata akhir hadapi BN, kata Nik Aziz
- Isu Ganguan Seksual TV3, Kerabu Bersuara Dah Tahu Jawapanya
- Keadaan CEO Syarikat APPLE Yang Semakin Teruk
- Pentadbiran UPSI tunggang-langgang, sistem peperiksaan tak telus
- Melayu pecah: Kerajaan enggan dengar input rakyat juga punca, kata pakar
- Porak-peranda UMNO-BN, kedangkalan Utusan – Oleh Adil Mat Selamat
- TG Nik Aziz Bermunanjat
Fenomena Awan Pelik Di Kota Bharu Posted: 27 Aug 2011 01:00 AM PDT |
Perutusan Eidul Fitri 1432H - Dato' Seri Tuan Guru Presiden Posted: 27 Aug 2011 12:12 AM PDT |
PRU-13: Hanya doa senjata akhir hadapi BN, kata Nik Aziz Posted: 26 Aug 2011 11:58 PM PDT KUALA LUMPUR, 27 Ogos — PAS Kelantan mengadakan munajat pilihan raya di Kota Baru awal pagi tadi dengan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata hanya doa merupakan "senjata akhir" bagi orang Islam berdepan dengan kegentingan menghadapi pilihan raya umum ketika pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor kekal kuasa. Program itu diadakan ketika akhir Ramadan, di sebalik spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan bila-bila masa selepas sambutan Aidilfitri yang jatuh minggu depan. Berucap ringkas, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS memberitahu, Kelantan terus menegakkan Islam dalam segenap aspek kehidupan sejak mengambil alih pentadbiran negeri ini sejak akhir 1990. "Usaha itu berterusan dilakukan sehingga ke saat ini. Ketika ini merupakan saat yang paling baik bagi umat Islam beribadat di akhir Ramadan bagi membersihkan diri kita daripada segala dosa," kata Menteri Besar Kelantan dipetik Harakahdaily hari ini. Nik Aziz merupakan Menteri Besar sejak PAS mentadbir Kelantan. Menurutnya, hanya doa sebagai senjata akhir bagi orang Islam ketika berdepan dengan kegentingan bagi menghadapi pilihan raya bila mana pihak lawan cuba menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mengekalkan kuasa. Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di 19 lokasi di seluruh negara termasuk ke Sabah dan Sarawak, Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata, taktik buruk pihak lawan bagi mengekalkan kuasa hanya dapat dihadapi dengan munajat kepada Allah. Katanya, di negara lain tentera digunakan bagi mempertahan kuasa pemimpin sedia ada, namun di negara kita pendatang diberi kad pengenalan bagi membolehkan pemerintah mengekalkan kuasa. Kata beliau senjata doa tiada hijab yang boleh menghalang kerana ia akan terus sampai ke Allah Taala, lebih-lebih lagi kalau berkebetulan pula dengan Lailatul Qadar. "Kita luahkan segala isi hati. Malam ini berkebetulan pula 27 Ramadan iaitu malam-malam ganjil yang kemungkinan besar berlaku Lailatul Qadar. Allah Taala membuka pintu langit bagi membolehkan menerima terus doa daripada hamba-Nya," kata beliau dalam satu ucapan pada program diadakan di Dewan Zulkifli Mohamad, Pejabat Perhubungan PAS Kelantan. Manjat pilihan raya umum pula diadakan di pekarangan Stadium Sultan Mohammad Ke IV awal pagi tadi. |
Isu Ganguan Seksual TV3, Kerabu Bersuara Dah Tahu Jawapanya Posted: 26 Aug 2011 09:56 PM PDT TV3: Laporan ganguan seksual tidak tepat Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dalam satu kenyataan media hari ini berkata laporan 'Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' yang disiarkan pada 24 Ogos lalu sebagai tidak tepat. "Merujuk kepada tajuk berita berikut: "Wartawan TV3 dakwa kena ganguan seksual' di laman portal Malaysiakini pada 24 Ogos lalu, pihak TV3 mengambil langkah untuk menyiasat perkara tersebut selaras dengan polisi integriti syarikat. "Hasil siasatan mendapati ia tidak tepat, malah tiada aduan rasmi dibuat oleh mana-mana pihak mengenai dakwaan tersebut. "Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan kedudukan sebenar laporan berkenaan," petik kenyataan yang difakskan hari ini. Pada Rabu lalu, memetik sumber, TV Selangor melaporkan empat wartawan termasuk seorang pembaca berita TV3 mendakwa menjadi 'mangsa' gangguan seksual seorang editor kanan setesen televisyen swasta itu. Menurut TV Selangor, empat orang yang mendakwa diri mereka mangsa ganggual seksual itu tampil baru-baru ini memberi kenyataan kepada pihak pengurusan. Antara lain, mereka mengemukakan mesej sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar oleh editor berkenaan sebagai menyokong dakwaan gangguan seksual yang dialami mereka sejak beberapa bulan itu. Menurut sumber berkenaan lagi yang dipetik oleh TV Selangor, editor tersebut menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik. |
Keadaan CEO Syarikat APPLE Yang Semakin Teruk Posted: 26 Aug 2011 09:06 PM PDT |
Pentadbiran UPSI tunggang-langgang, sistem peperiksaan tak telus Posted: 26 Aug 2011 08:39 PM PDT SAYA salah seorang dari ratusan guru yang mengikuti Program Pengsiswazahan Guru (PPG) ambilan Mac 2011 yang lalu dan ditempatkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Sebelum ini saya amat berbangga sekali walaupun hanya mendengar nama universiti ini yang melahirkan ramai guru berwibawa. Tetapi persepsi ini semakin hari semakin pudar apabila saya sendiri dan mungkin ramai rakan guru yang lain kecewa dengan tenaga pengajar dan pengurusan pihak kampus. Pertama sekali saya mendaftar ke kampus ini sedikit terkejut kerana pelajar UPSI juga yang menguruskan segala pendaftaran PPG KPM 2011. Di dalam diri saya berkata mungkin itu hanya latihan untuk mengajar pelajar ini untuk menguruskan apabila bakal menjadi guru kelak. Amat mengejutkan apabila taklimat dan penerangan mengenai UPSI dan laman webnya juga diterangkan oleh pelajarnya. Tidak cukup dengan itu, pengurusan mendapatkan jadual kuliah juga amat mengecewakan kerana boleh dikatakan ia cukup tunggang langgang. Pertama kali kami menghadiri kuliah dan kelas dengan semangat untuk belajar luntur sedikit apabila salah seorang pensyarah memarahi kami kerana dia tidak tahu jadualnya sendiri. Sikap ini tidak harus ada pada tenaga pengajar walaupun dia dipanggil gelaran doktor sedangkan Julai lalu guru sibuk mengulang kaji kerana bakal menduduki peperiksaan semester. Tidak cukup dengan itu saya amat pelik dengan sistem pengurusan peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan dikeluarkan saya amat musykil. Ada bekas guru keluaran UPSI ini mendakwa markah diambil kira adalah daripada peperiksaan semata-mata. Ternyata dakwaan ini benar kerana saya sendiri mengalaminya. Cukup kecewa apabila dapati rakan yang lain tidak pernah melayari perbincangan secara atas talian dan tidak menghantar tugasan mendapat markah lebih tinggi berbanding rakan guru yang lain. Sekali lagi berita yang lebih mengejutkan yang diterima pihak UPSI boleh mengubah keputusan peperiksaan yang dikeluarkan? Saya amat berharap supaya Kementerian Pelajaran mengambil berat hal ini kerana UPSI sebuah institut perguruan tertua di Malaysia dan jangan dicemarkan namanya dengan orang bekerja sambil lewa. BAKAL GRADUAN UPSI, Tanjung Malim |
Melayu pecah: Kerajaan enggan dengar input rakyat juga punca, kata pakar Posted: 26 Aug 2011 06:35 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 27 Ogos — Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat. Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan. "Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar. "Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider. Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah. Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998. Tegas Agus, perpecahan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja termasuk Pakatan Rakyat. "Sedangkan kerajaan boleh lakukan pelbagai cara dan saya takut perpecahan orang Melayu ini akan meruntuhkan negara, kita ada ramai ahli akademik dan pembangkang yang memberikan pandangan tapi kerajaan tidak mahu dengar. "Sekarang kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan, ini yang menyebabkan kelemahan orang Melayu... kerajaan perlu berani mendengar pendapat yang berbeza," katanya. Tambah beliau: "Tiada guna adanya ahli akademik kalau semua jadi pak angguk." Agus menambah isu perpecahan Melayu bukan isu politik dan pandangan Harussani perlu diambil berat. "Ini bukan isu politik, ini pandangan mufti untuk beritahu kenapa orang Melayu lemah dan berpecah. "Saya setuju dengan pandangan Harusani itu, ia adalah pandangan yang baik tapi kerajaan tidak mahu terima," katanya. Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil membuat penjelasan sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Harussani itu. "Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali perdana menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan mufti Perak itu atau tidak. "Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani," katanya. Jelas beliau, banyak faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu berlaku bukan hanya tiga perkara yang dibangkitkan Harussani. "Bagi saya perpecahan orang Melayu itu mungkin berpunca daripada parti politik macam PAS dan Umno dan saya rasa kalau kedua-dua parti ini duduk bertemu perkara ini boleh diatasi. "Sebab isunya sekarang adalah Melayu-Islam, utamakan perpaduan dan ketepikan fahaman politik dan titik imbangan itu, ini bukan kerjasama politik tapi untuk perpaduan orang Melayu," katanya. |
Porak-peranda UMNO-BN, kedangkalan Utusan – Oleh Adil Mat Selamat Posted: 26 Aug 2011 04:35 PM PDT 26 OGOS – Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu masih terus kekal dengan agenda mendesak kerajaan melalui Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk melaksanakan reformasi menyuluruh sistem pilihan raya di Malaysia. Kerajaan pula, selepas Bersih 2.0, walau pun cuba mencuci kekotoran – tungging terbalik kenyataan, janji-janji palsu, omong kosong, tindakan ganas polis, sikap SPR seperti suara UMNO – masih gagal meyakinkan rakyat. Cadangan Datuk Seri Najib Razak menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan Parlimen (PSC) dilihat masih tidak konsisten kerana sekali lagi, tunggang langgang kenyataan berbeza antara Menteri manakala SPR pula awal-awal lagi bersikap takbur enggan menerima sebarang keputusan PSC. Matlamat UMNO-Barisan Nasional ini amat mudah untuk kita fahami jika diketepikan porak peranda propaganda mereka: Pihak berkuasa yang kononnya mempunyai bukti keganasan peserta Bersih 2.0, masih gagal mendakwa mereka yang melakukannya. Walau pun RTM dan segala TV yang dikawal oleh kerajaan BN telah berulang kali menyiarkan "bukti" keganasan itu, tiada siapa yang yakin kecuali mereka yang hidup di bawah tempurung. Kes gas pemedih mata polis yang ditembak ke dalam kawasan hospital Tung Shin Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu juga masih senyap walau pun keterangan saksi seperti Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Teo Nie Ching serta beberapa orang lagi telah diambil oelh pihak polis. Kes kematian Baharudin Ahmad ketika perhimpunan aman Bersih 2.0 masih gagal disahkan secara rasmi oleh pihak hospital mengenai punca kematiannya. Dolak-dalik Najib mengenai PSC dan pelaksanaan reformasi sistem pilihan raya masih tergantung. Malah pada masa yang sama, kes-kes manipulasi daftar pemilih dan undi pos semakin terserlah seperti pengundi mati yang masih hidup, pengundi dilahirkan dua kali, pengundi tentera berusia lebih 100 tahun yang masih aktif menjadi askar dan pelbagai penipuan lain. Malah, dalam kes perbicaraan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja diadili di mahkamah tetapi juga sedang dijatuhkan hukuman saban hari oleh lidah rasmi UMNO, iaitu Utusan Malaysia dan TV serta radio milik UMNO-BN. Kedangkalan Utusan Dalam keghairahan mengaibkan Anwar, Utusan melalui pengarang kanannya Zaini Hassan tidak berasa malu untuk mendedahkan kecetekan minda dan kepandiran tentang seni budaya apabila menggambarkan Anwar yang sedang dibicarakan sebagai seorang 'Renaissance man who likes 'naked men' (Insan Renaissance yang suka kepada lelaki bogel). Kedangkalan wartawan Melayu ini yang hanya dapat melihat bogel dan kelucahan daripada kegemilangan seni zaman pembaharuan Eropah adalah amat memalukan dunia kewartawanan Malaysia. Apakah itu sahaja pengetahuan yang mampu dipelajari oleh Zaini mengenai tamadun zaman Renaissence dan dari tokoh ilmuan era tersebut? Nampaknya keghairahan Zaini untuk mempelajari Renaissance amat terpilih, dan citarasa beliau amat 'unik' sekali. Mungkinkah ada sesuatu yang tersimpan dan terbangkit keghairahan di hati wartawan Utusan itu apabila melihat ukiran "David" karya agung Michelangelo yang telah diiktiraf dunia? Atau dia tidak sedar bahawa karya teragung Leonardo da Vinci iaitu "Mona Lisa" juga lahir dari zaman Renaissance? Utusan Malaysia pada 23 Ogos 2011 dalam muka hadapan meletakkan tajuk 'Anwar cari salah hakim' yang bunyinya sangat prejudis kepada orang yang didakwa. Langsung tiada rasa hormat pada mahkamah yang sedang membicarakan Anwar. Malah Utusan terus mempertikaikan pilihan Anwar untuk membela diri di kandang saksi. Ingin sekali kita bertanya, dalam kes seperti ini bukankah itu hak orang yang dituduh untuk memilih kaedah pembelaannya? Adakah UMNO-BN yang perlu menentukan bagaimana pasukan pembelaan harus membela? Janganlah kita buat jenaka bodoh di bulan Ramadhan sebegini. Dan bukankah pilihan Anwar itu juga sebagai gambaran bahawa mahkamah di Malaysia telah memberi hak seadilnya kepada orang yang dituduh? Atau UMNO sudah tidak tahu beza apa itu keadilan, apa itu gila kuasa? Porak-peranda UMNO-BN Namun, jelas sekali peluru-peluru ini tidak berisi dan terbabas dari sasaran. Ini menjadi tanda kepada satu tindakan yang amat terdesak dan bersimpang-siur dari UMNO. Kesemua ini menjadi sangat signifikan dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat di mana, tindak-tanduk pemimpin tertinggi kerajaan termasuk instrumennya, harus berjalan dengan betul dan telus. Dari aspek keselamatan, badan-badan seperti SPR, SPR, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam dan Jabatan Peguam Negara harus jelas dan mengikut sistem betul baik pada dasar dan pelaksanaannya. Ketelusan dan akauntabiliti badan-badan penting inilah yang akan memastikan kejayaan dasar ekonomi, sosial dan pembangunan insan. Malah tidak keterlaluan juga untuk dikatakan bahawa keadaan ini juga menjadi pentunjuk kepada karisma kepimpinan tertinggi pentadbiran negara kita iaitu Perdana Menteri. Akibat dari salah tafsir, salah mendengar nasihat, salah urus dan ketirisan maka semua jabatan-jabatan ini tidak dihormati dan tidak mendapat kepercayaan dari rakyat. Apa pun, dasar UMNO BN telah rosak sejak 50 tahun dahulu. Lidah rasminya seperti Utusan hanya memburukkan lagi keadaan. Rakyat kini di persimpangan. Cara terbaik untuk memperbetulkannya ialah membuat perubahan besar. Berikan mandat kepada kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang. Siapa tahu, bila UMNO-BN duduk di kerusi pembangkang, mungkin mereka akan muhasabah diri dan akhirnya akur kepada amalan dan budaya demokrasi yang selama ini telah mereka pincangkan. Pada masa itu, jika UMNO-BN kembali bertaubat atas kezaliman terhadap rakyat sejak lebih 50 tahun, mungkin budaya politik Malaysia akan benar-benar matang apabila semua pihak menghargai dan mengamalkan kebebasan, demokrasi dan keadilan serta hak dan peluang saksama. – Roketkini.com |
Posted: 26 Aug 2011 04:05 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan