Sabtu, 27 Ogos 2011

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Apabila makan rasuah tidak membatalkan puasa ...

Posted: 27 Aug 2011 02:46 AM PDT


NEW DELHI, 27 Ogos - Kempen ala-Ghandi oleh Anna Hazare yang berusia 74 tahun telah melanda simpati dengan berjuta-juta kaum India yang bosan dengan rasuah yang berleluasa, mencetuskan bantahan di seluruh negara dan mendedahkan parti pemerintah, Kongres sebagai tidak memperdulikan para pengundi dan kekurangan modal politik.

Hazare telah mendapat sokongan berjuta-juta orang dan memberi tekanan kepada kerajaan Perdana Menteri Manmohan Singh.

Parlimen India akan mengadakan sesi khas hari ini untuk membahaskan permintaan Hazare untuk mewujudkan sebuah agensi anti-rasuah yang diminta oleh satu aktivis gaya Gandhi yang masuk hari ke-12 mogok lapar.Sumber dari sini

Tidak hairan gejala rasuah melanda begitu berleluasa di India kerana tiada agensi khas untuk menanganinya. Tapi, saya rasa Hazare juga akan menyesal nantinya apabila sebuah agensi anti-rasuah ditubuhkan di India nanti.Lihat sahaja apa yang berlaku di Malaysia ini.

Makan rasuah tidak membatalkan puasa.Lantaran itu, di Malaysia ini, ada orang yang melakukan rasuah tetapi sanggup berpuasa genap 30 hari berbanding dengan 12 hari oleh Hazare yang berpuasa kerana menentang rasuah di negaranya.Inilah uniknya, Malaysia boleh!

Dulu, kita ada Badan Pencegah Rasuah (BPR).Rakyat lihat rasuah terus bergelandangan hingga BPR di kenali sebagai Bapa Penyamun Rakyat ; lalu ditukar kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) – setakad ini, dua orang telah mati jatuh dari bangunan SPRM semasa disoalsiasat , tetapi gejala rasuah terus hidup subur….

Hasan Ali jadi egen USA pulak dah!

Posted: 26 Aug 2011 09:15 PM PDT


Exco hal ehwal agama Islam Selangor Datuk Hasan Ali hari ini mengumumkan penubuhan Unit Selamat Akidah (USA)– satu pusat khidmat yang bertujuan menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan daripada masyarakat Islam.

Katanya lagi, beliau juga berharap supaya orang Islam -- yang menerima bantuan daripada gereja mahupun yang berniat untuk berbuat demikian -- supaya menghubungi pejabatnya bagi mendapatkan bantuan berkenaan. Lihat di sini

Alahai Hasan Ali, sebagai Exco hal ehwal agama Islam Selangor, sepatutnya ambillah langkah yang lebih inovatif dan lebih berkesan , bukan sekadar penubuhkan unit ini yang sekadar menerima aduan dan permohonan untuk mendapatkan bantuan.

Bukankah kerja-kerja macam itu telah lama dilakukan oleh para pegawai zakat negeri-negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat? Dan Hasan Ali mahu menambah lagi satu pusat penerima aduan …

Sepatutnya Hasan Ali tolong tengok-tengokan dan pantau pengurusan zakat JAIS supaya pengagihan zakat benar-benar berfungsi.

Dan sebaiknya kita kena pergi cari mereka yang berkenaan bagi memberi bantuan yang diperlukan. Bukan suruh mereka datang ke pejabat untuk buat aduan menagih simpati.Takkanlah Hasan Ali yang begitu tinggi ilmunya, tidak pernah dengar cerita bagaimana Amirul Mukminin, Saidina Omar, pada suatu malam berjaya menjejak seorang ibu miskin yang sedang menanak seketul batu sementara anak kecilnya menangis kerana lapar?

Saidina Omar tanpa membuang masa, dengan rendah diri , dia sendiri memikul membawa makanan kepada ibu tersebut pada malam itu juga!Cepat dan efisen!

Wahai Hasan Ali, pastikanlah jabatan zakat itu cepat dan efisen dalam menunaikan hak orang-orang miskin.Bukan hanya cekap dalam hal-hal kutipan zakat sahaja!

Dr Che Rosli hanya mengejutkan PAS?

Posted: 26 Aug 2011 06:06 PM PDT

Dalam satu interview dengan wartawan TV3 Karam Singh Walia (lihat video bawah), Dr Che Rosli telah membuat kenyataan mengenai isu Lynas.Antaranya ialah:

1. "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan Pas mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

2. "Saya pun malu. Saya orang Pas juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Sementara itu,Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dakwaan Dr Che Rosli ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu. Lihat di sini

Sementara itu Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Md Saad menyatakan tindakan Che Rosli itu tidak dapat diterima kerana saintis nuklear itu boleh menggunakan saluran parti.

"Kami tahu beliau menyokong pembinaan kilang LAMP milik Lynas itu bila pertama kali kami bincangkan isu tersebut pada 2009.Tetapi selepas merujuk beberapa pakar lain, pendirian PAS adalah menolak projek tersebut.Tetapi sekarang beliau telah memihak kepada musuh dan menyerang partinya sendiri," katanya.

Jelas disini bahawa PAS perlu mengenakan tindakan disiplin yang tegas terhadap Dr Che Rosli sebagai membuktikan komitmen dan sokongan PAS terhadap penolakan projek kilang tersebut. Jangan sekadar mengeluarkan komen : "amat mengejutkan para pemimpin dan ahli-ahli PAS …" sahaja.

Sebagai ahli PAS , tentu ramai yang tersinggung dengan kenyataan-kenyataan Ahli Parlimen PAS Hulu Langat diatas itu - bukan sekadar terkejut!

Badan disiplin PAS patut menghormati pandangan beliau yang mengaku 'malu sebagai orang PAS' dan sebagai sebuah badan disiplin yang berwibawa sepatutnya dengan segala hormat dan takzimnya, mempersilakan Dr Che Rosli ini melompat keluar sepertimana Zul Kulim; jangan biarkan dia bersekongkol dengan Hasan Ali yang ibarat duri dalam PAS!

Tiada ulasan: