Khamis, 18 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


TIMBALAN SPEAKER GUBAH WANG HARAM?

Posted: 18 Aug 2011 04:10 PM PDT

Oleh : MUTALIB M.D

RAMAI rakyat Malaysia tertanya-tanya apa hubungan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dengan dua pengarah Mercantile Point Sdn Bhd dihukum penjara dan denda setelah didapati bersalah melakukan kegiatan Menggubah Wang Haram oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 17 Ogos lalu?

Penglibatan Junaidi sebagai Pengerusi Prime Stock Sdn.Bhd, subsidiari Mercantile Point Sdn Bhd dikesan melalui blog 'Way Of Investment' yang memaparkan resume dan peranan Junaidi setelah laman web utama Merchantile Point Sdn.Bhd ditutup.

Nama Ahli Parlimen Malaysia (Santubong) ini disebut-sebut oleh pelabur, namun sukar untuk mengesan penglibatannya; melainkan setelah Sabahkini.net menjalankan penyelidikan rapi dengan bantuan beberapa informer yang menjadi mangsa Merchantile Point Sdn.Bhd.

Pada 17 Ogos lalu, dua pengarah syarikat Mercantile Point Sdn Bhd, masing-masing dihukum penjara dua tahun serta denda RM3 juta dan RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah mengikut Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Syarikat skim cepat kaya milik Jutawan Internet dari Sabah, Rusdie Ganning, 51, dan Hariyah Yaacob, 54, turut dikenakan denda RM3 juta bagi pertuduhan mengikut BAFIA.

Laporan Bernama pada 17 Ogos, Hakim Asmadi Hussin membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan yang diwakili peguam Mohd Hairani Samsi gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Bagi pertuduhan BAFIA, Rusdie, Hariyah dan syarikat itu masing-masing didakwa menerima deposit hampir RM117 juta daripada pendeposit tanpa lesen sah di antara 24 April 2007 dan 2 April 2008, di Unit 5.1, Unit 5.2 dan Unit 5.7, Aras 5, Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Bagi kesalahan itu, Rusdie dihukum penjara dua tahun dan denda RM1.5 juta manakala Hariyah dihukum penjara dua tahun dan denda RM2 juta.

Bagi kesalahan mengikut AMLAFTA, Rusdie didakwa terhadap 11 pertuduhan manakala Hariyah menghadapi 18 pertuduhan mengguna, memindahkan dan memiliki wang hasil aktiviti haram sebanyak RM32.5 juta sepanjang 2007 dan 2008.

Bagi kesalahan itu, Rusdie dihukum penjara 18 bulan bagi setiap pertuduhan dan didenda RM1.9 juta, yang jika gagal dibayar Rusdie boleh menyebabkannya dipenjara 18 bulan.

Hariyah, yang merupakan ibu tunggal, turut dikenakan hukuman penjara yang sama dengan Rusdie bagi setiap pertuduhan dan denda sebanyak RM3.7 juta, dan sekiranya gagal membayar denda itu, dia boleh dipenjara 18 bulan.

Mahkamah memerintahkan hukuman bagi kesemua pertuduhan itu berjalan serentak mulai 17 Ogos 2011. Mahkamah turut menolak permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu.

Rusdie sebelum ini aktif dalam bidang MLM dan pernah mempromosi Kad ICash yang kini dimiliki oleh 3.2 juta Ahli UMNO sebelum menceburkan diri dalam pelbagai bidang perniagaan berasaskan IT.

Merchantile Point Sdn.Bhd dilancarkan oleh Datuk Samsu Baharun Haji Abdul Rahman, Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pada 8 Disember 2007 di Mines Resort City, Seri Kembangan, Selangor.

Sabahkini.net akan terus menghubungi Junaidi setelah gagal beberapa kali; untuk mendapatkan ulasan beliau, terutama khabar angin mengatakan bahawa beliau salah seorang VIP penting yang terlibat secara langsung dalam Merchantile Point Sdn.Bhd.

Pilihanraya yang BERSIH dan Adil; PAS akan terus beri tekanan kepada SPR dan kerajaan

Posted: 18 Aug 2011 04:08 PM PDT


Operasi mendaftarkan 'pengundi hantu' dikesan di Cherating, Pahang


KUALA TERENGGANU - Usaha Umno dengan kerjasama pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan pihak tertentu dalam Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) telah dilakukan di TM Resort Cherating Pahang.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mendedahkan, PAS telah mengesan perkara tersebut sejak berbulan-bulan yang lalu.

"kita (PAS) dah dapat kesan lama sebenarnya, bukan baru sehari dua ini, dah berbulan-bulan sebenarnya, suatu usaha yang dilakukan oleh pihak KDN, mungkin kerjasama orang tertentu daripada SPR,


"tentang pendaftaran orang-orang asing dan juga rakyat Malaysia untuk menjadi pemilih, dilakukan di satu kem, di Cherating Pahang, iaitu TM Resort,"jelasnya dalam sidang media khas di pejabat PAS Terengganu, 15 Julai.

Menurutnya, pendatang asing diberi kad pengenalan, manakala rakyat tempatan dipindahkan untuk menjadi pengundi khususnya dalam parlimen Pekan, kerusi Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, beliau akan memaklumkan perkara tersebut kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, secara rasmi, supaya beliau dapat mengambil perjalanan sewajarnya.

Selaku bekas Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS yang telah berurusan dengan SPR selama lebih 20 tahun Dato' Mustafa Ali berkata, beliau tidak akan memberitahu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, kerana menurutnya, tindak tanduk Wan Ahmad banyak 'menguntungkan' Umno.

"Saya sebut nak maklumkan kepada Pengerusi (SPR) bukan Timbalan Pengerusi (kerana) Timbalan Pengerusi (Wan Ahmad) memang jelas antara kerja-kerja dia, banyak menguntungkan Umno termasuk (kes) dalam tahun 2004 dahulu,"tegas Dato' Mustafa.

Beliau berpandangan, orang yang banyak menjejaskan integriti SPR adalah Wan Ahmad Wan Omar, bukan Pengerusi SPR, kerana Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof masih baru dalam jawatannya.

Menurutnya, tindakan Wan Ahmad telah menyebabkan orang ramai 'semacam' hilang kepercayaan kepada SPR.

Sebagai contoh, Dato' Mustafa menukilkan, Wan Ahmad pernah mengambil Puteri Umno bekerja sebagai kakitangan sementara dalam SPR.

"Dato' Wan Ahmad pernah ambil Puteri Umno bekerja sebagai kakitangan sementara di SPR, mula-mula dia nafi, bila orang sedar dan boleh buktikan ini (mereka) adalah Puteri Umno, dia pun berhentikan (serta merta),"katanya.

Walaupun begitu, pimpinan PAS yang mengatakan Pengerusi SPR juga terlibat dalam kemerosotan integriti SPR adalah tidak salah kerana menurutnya, selaku Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga mesti mengambil tanggungjawab.

Mengulas lanjut tindak tanduk kerajaan Umno/BN dan SPR berkaitan polisi-polisi dalam senarai pemilih dan pilihanraya, beliau berkata, beberapa perubahan yang berlaku baru-baru ini adalah setelah menerima tekanan daripada BERSIH dan beberapa pihak lain.

Menurutnya, sebelum ini, walaupun setelah berkali-kali bertemu, SPR tetap berkeras mengatakan, nama pengundi yang telah didaftarkan sebagai pemilih tidak boleh dikeluarkan dari senarai.

"Baru ni dia (SPR) buat kenyataan dia akan keluarkan nama-nama nak (untuk) bersihkan (senarai pemilih), boleh pula? sebelum ini tak boleh buang! dulu dia kata, kalau mati mesti ada surat mati yang betul-betul mesti disahkan,

"baru(baru) ini, dia kata kalau setelah (nama pengundi) dikeluarkan, orang (pengundi) merasakan sebenarnya dia aktif (dan) nak daftar semula, boleh didaftarkan semula, ertinya tak perlu ada kad (surat) mati ke apa (pula),

"ini setelah menerima tekanan daripada BERSIH an lain-lain,"jelas Dato' Mustafa

Oleh itu, menurutnya, PAS akan terus memberikan tekanan kepada SPR dan kerajaan Umno/BN sehingga senarai pemilih benar-benar bersih dan pilihanraya akan berjalan dengan telus dan adil.

Turut hadir dalam sidang media tersebut adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut, Setiausaha, Haji Yahaya Ali dan Penolong Setiausaha Zakaria Dagang.

Ambil kaedah Syaidina Omar, ziarah rumah penduduk susah waktu malam

Posted: 18 Aug 2011 04:05 PM PDT



KUALA NERUS - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, mengambil pendekatan berbeza dalam menyampaikan bantuan kepada penduduk dalam kawasannya.

Setiap hari, selepas solat tarawikh pada bulan Ramadhan, beliau bersama Jawatankuasa Kebajikan DUN Bukit Tunggal akan turun menziarahi rumah penduduk yang tidak berkemampuan untuk diberikan sumbangan barangan dapur.

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua PAS Kula Nerus ketika ditemui berkata, beliau akan berjalan pada setiap malam sebanyak habis 20 buah rumah sebagi sasaran yang telah ditetapkan.

Katanya beliau melakukan demikian, mengambil kaedah yang dilakukan oleh khlifah Syaidina Omr al-Khtattab, menziarahi dan memberikan bantuan kepada rakyat susah pada waktu malam.

"(objektifnya berjalan) malam-malam begini, peratama sekali nak beri sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan, khususnya dalam bulan Ramadhan ini, sumbangan (dalam bentuk) barangan dapur,

"kita ambil (kedah sebagaimana) Syaidina Omar pergi rumah (rakyatnya) (pada waktu) malam,"ujarnya kepada Skuad Buletin yang turut serta dalam program tersebut pada Selasa, 16 Ogos.

Beliau menafikan program yang dilaksanakannya 'meniru' program realiti 'singgah sahur' yang pernah diterbitkan oleh sebuah stesyen televisyen tempatan suatu masa dulu.

Katanya, DUN Bukit Tunggal telah melaksanakan 'ziarah Syaidina Omar' tersebut sejak lebih 10 tahun lalu.

"InsyaAllah ada keberkatan (berjalan waktu malam), (program (siang) buat 'sokmo' doh, memang DUN Bukit Tunggal buat tiap-tiap tahun,

"tiap-tiap tahun kita buat (sampaikan sumbangan rumah ke rumah) pada waktu malam, sejk daripada kita (PAS) memerintah (negeri Terengganu dahulu (1999),"jelasnya yang juga baru dilantik memegang amanah Timbalan Pesuruhjaya PAS 3, negeri Terengganu.

Peluang rakyat tulis khutbah Jumaat

Posted: 18 Aug 2011 03:45 PM PDT

SINAR HARIAN




SENAI - Teks khutbah Jumaat perlu dibacakan oleh mereka yang telah diberi tauliah dan ia mestilah berdasarkan teks yang disediakan serta diberi Majlis Agama Islam Johor (Maij), kata bekas mufti Johor, Datuk Noh Gadut.

Beliau yang juga Penasihat Maij berkata, teks khutbah itu telah disediakan Maij sebulan sebelumnya dan tajuk-tajuk yang dipilih adalah mengikut keadaan semasa yang bersesuaian.

"Teks Khutbah ini mesti dibacakan mereka yang diberi tauliah sahaja dan teks yang disediakan Maij.

"Bagaimanapun orang ramai juga diberi peluang untuk menyediakan khutbah tetapi perlu menghantar teks berkenaan kepada Maij terlebih dahulu untuk disemak sama ada sesuai atau tidak sebelum dibenarkan untuk digunakan," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga memang ada menerima teks khutbah daripada orang awam sebelum ini dan ia lebih terbuka kepada pelajar-pelajar institusi pengajian awam (IPTA) seperti Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dan juga Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Peluang bagi orang ramai untuk menghantar teks khutbah juga bukan sesuatu perkara yang baru dan bukan baru kini dilaksanakan sebaliknya telah bermula sebelum ini," katanya.

Noh berkata demikian bagi mengulas isu terdapatnya imam masjid yang dikatakan tidak mematuhi peraturan dengan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan Maij baru-baru ini.

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar turut memberi peringatan kepada pegawai masjid, imam dan bilal untuk tidak menjadikan masjid sebagai tempat kepentingan peribadi atau tempat berpolitik pada majlis perasmian Majlis Khatam al-Quran Peringkat negeri Johor di Masjid Pasir Pelangi, kelmarin.

Menurut Noh, setiap tajuk-tajuk khutbah itu disediakan pegawai khas bahagian dakwah Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) dan kemudian dibawakan kepada jawatankuasa untuk melihat bahasa-bahasa yang digunakan.

"Teks tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek sangat. Selepas tapisan dari segi bahasa disemak yang diketuai Ketua Perhubungan Dakwah dan setelah berpuas hati, baru ia diangkat kepada Jawatankuasa Penyemakan yang terdiri daripada Pengerusinya, Sahibul Samaha Datuk Mufti, Sahibul Samaha Timbalan Mufti dan Sahibul Al-Fadilah Kadi Besar," katanya.

Semakan yang akan dilakukan adalah dari segi hukum, ayat-ayat al-Quran serta terjemahannya supaya tidak salah.

Menurutnya, terdapat jabatan yang akan melakukan lawatan di masjid dan surau di setiap daerah, manakala bagi negeri pula, kerajaan telah melantik pegawai penggerak masjid.

"Pegawai-pegawai ini kemudian akan melaporkan kepada kadi daerah dan kadi daerah akan lapor pada bahagian pendakwah dan kemudian ke peringkat tertinggi seterusnya," katanya.

Apabila ditanya tentang imam yang telah digantung jawatan oleh Maij baru-baru ini kerana tidak membaca teks diberi Maij, beliau berkata, tindakan telah diambil terhadap imam tersebut untuk mengundurkan diri dan ditarik pentauliahannya.

"Mengenai perkara ini pihak Maij sendiri telah menasihati beberapa kali agar imam tersebut mengikut teks seperti apa yang telah disediakan Maij dan peluang kepadanya telah diberikan banyak kali sebelum ini sehingga akhirnya tindakan terpaksa diambil kerana masih didapati melakukan perkara yang sama," katanya.

‘Raja pembohong’ Papa Gomo terkantoi

Posted: 18 Aug 2011 03:42 PM PDT

SELATAN ONLINE


Raja pembohong' semalaysia, Papa Gomo dilaporkan telah menyiarkan satu surat palsu yang menuduh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan beberapa Adun Selangor mengarahkan pembatalan sita Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU)


Ia kononnya mengandungi bukti campur tangan Khalid, Nik Nazmi, Ronnie Liu, Teresa Kok dan Elizabeth Wong dalam operasi sita gereja berkenaan namun ianya telah dinafikan sekeras-kerasnya dari Khalid Samad.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan pemalsuan yang dilakukan Papa Gomo (gambar) itu hanyalah untuk beri gambaran buruk kepada Pakatan Rakyat," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur semalam.


Apa yang melucukan, niat asal nak mengenakan wakil dari Pakatan Rakyat (PR) tapi akhirnya beliau sendiri (Papa Gomo) yang terkantoi hasil penipuannya.

Khalid Samad seperti yang dipetik dari Harakahdaily berkata, Papa Gomo jelas tidak melakukan persediaan sebelum melakukan pembohongan itu apabila secara melulu menyatakan lokasi GMDU terletak di Damansara Utama sedangkan lokasi sebenar gereja berkenaan adalah di Seksyen 13, Petaling Jaya.

"Papa Gomo kata MBPJ menerima aduan daripada seorang penduduk Damansara Utama tapi yang sebenarnya gereja itu di Seksyen 13 Pataling Jaya. Nampak sangat tak study betul-betul," kata Khalid.

Bukan hanya terkantoi, Papa Gomo kini berdepan dengan siasatan polis apabila Khalid bersama-sama MBPJ telah membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya petang semalam berkaitan fitnah yang dibuat blogger barua Umno-BN, Papa Gomo.

Wikileaks dedah 600,000 warga asing diberi kerakyatan untuk mengundi

Posted: 18 Aug 2011 03:40 PM PDT


SELATAN ONLINE



PENDEDAHAN terbaru Wikileaks 18 Ogos 2011, berdasarkan satu kabel rahsia selain dari mendedahkan bahawa pendatang dari Filipina adalah sinonim dengan masaalah sosial yang tercetus di Sabah, WikiLeaks juga telah mendedahkan bahawa dalam satu skim yang diperkenalkan pada tahun 90-an, Umno telah memberikan kerakyatan Warganegara Malaysia serta hak mengundi kepada lebih 600,000 warga asing.

Kebanyakannya mereka adalah umat Islam dari Mindanao dan Indonesia, sebagai balasan warga asing tersebut perlulah mengundi BN dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dikatakan telah memulakan projek haram ini sebelum pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada tahun 1994, bagi membolehkan Umno menguasai Negeri Sabah. Kerja haram ini juga dikenali sebagai "projek Mahathir" [Wikileaks].




Rasanya ramai di kalangan rakyat Malaysia yang sudah mengetahui tentang projek haram ini. Jika tidak didedahkan oleh Wikileaks pun, sudah ramai rakyat terutama warga Sabah yang mengetahui hal ini.

Demi mendapatkan kuasa, United Malays No Otak, Umno sejak zaman Mahathir lagi sudah menggunakan taktik pemberian taraf kewarganegaraan kepada pendatang asing. Tun Mahathir, pemimpin yang dianggap paling agung oleh penyokong United Malays No Otak ini sudah menggadaikan kedaulatan negara ini sejak dahulu lagi.

Kini hal ini diulangi oleh kerajaan Rosmah Mansor, demi meraih kuasa. Negara ini dijual secara terang-terangan di depan batang hidung rakyat. Sama-sam kita nantikan negara ini musnah, jahanam, dimusnah dan dijahanamkan oleh warga asing! Tahniah!


ReJaM© "Selamat mengundi diucapkan kepada warganegara baru..."

Mengapa wanita menjadi sasaran utama dihancurkan oleh yahudi?

Posted: 18 Aug 2011 03:38 PM PDT



Kiriman ODAH

"Seorang kanak-kanak yang rosak masih boleh menjadi baik asalkan dia pernah mendapatkan penjagaan seorang ibu yang baik. Sebaliknya, seorang ibu yang rosak akhlaknya, hanya akan melahirkan generasi yang rosak pula akhlaknya. Itulah sebab mengapa wanita menjadi sasaran utama untuk Yahudi hancurkan. "

Ucapan di atas dilontarkan oleh Muhammad Quthb, dalam sebuah ceramahnya puluhan tahun silam. Muhammad Quthb adalah ulama Mesir yang concern terhadap pendidikan Islam sekaligus pemikir ulung abad ke-20. Dia tidak hanya dikenali sebagai aktivis yang tidak gentar melawan terhadap rejim Imperialisme Mesir, tetapi juga cendekiawan yang terkenal luas ilmunya.

Beberapa bukunya telah beredar di Timur Tengah dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa yang di antaranya adalah shubuhat Hawla al-Islam (literally "Misconceptions about Islam"). Hal nahnu Muslimun (Are we Muslims?). Al-Insān bayna al-maddiyah wa-al-Islam. (Man between the Material World and Islam). Islam and the Crisis of the Modern World dan masih banyak lagi. Maka tak hairan, lepas dari penjara ia pun mendapatkan gelar Profesor Kajian Islam di Arab Saudi.

Muhammad Quthb menekankan bagaimana pentingnya peranan yang dimiliki seorang ibu dalam Islam. Ibu tidak saja adalah pihak yang dekat secara emosional kepada seorang anak, tapi ibu juga mempunyai pengaruh besar terhadap masa depan akhlak dari generasi yang dilahirkannya. Menurut Muhammad Quthb anak yang pada kemudian hari mendapatkan ujian berupa kehancuran moral akan boleh diatasi, asalkan si anak pernah mendapatkan penjagaan ibu yang solehah. Pendidikan Islam yang terinternalisasi dengan baik, akan membuat si anak cepat bangkit dari kesengsaraan mengingati petua-petua rabbani yang pernah terakam dalam memorinya.

Sebaliknya, ayah yang mempunyai isteri yang sudah rosak dari awalnya, maka ia pun hanya akan melahirkan sebuah keturunan yang mempunyai keperibadian sama dengan wanita yang dipinangnya. Sifat yang dialami kanak-kanak yang banyak mengimitasi perilaku ibu mereka akan membuka peluang transferisasi sifat ibu kepada anaknya. Maka kerosakan anak akan amat bergantung dari kerosakan ibu yang mendidiknya. Oleh kerana itu, dalam bukunya Ma'rakah At Taqaaliid, Muhammad Quthb mengemukakan alasan mengapa Islam menetapkan konsep pendidikan yang berkaitan dengan erti kehadiran ibu dalam keluarga. Beliau menulis:

"Dalam anggapan Islam, wanita bukanlah sekadar cara untuk melahirkan, mengasuh, dan menyusui. Kalau hanya sekadar begitu, Islam tidak perlu bersusah payah mendidik, mengajar, menguatkan iman, dan menyediakan jaminan hidup, jaminan undang-undang dan segala soal psikologi untuk menguatkan pengaruhnya ... Kami katakan mengapa 'mendidik', bukan sekadar melahirkan, membela dan menyusui yang setiap kucing dan lembu subur pun mampu melakukannya. "

Lihatlah, konsep inilah yang tidak berlaku di Negara Barat. Barat mengalami kehancuran total di sisi masyarakatnya kerana bermula dari kehancuran moral yang menimpa wanitanya. Wanita-wanita Barat hanya dikonsep untuk mendefinisikan erti keperibadian dalam pengertian yang sangat primitif, yakni tidak lain konsep untuk memenuhi biologi semata-mata. Dosen dan pelacur boleh jadi sama kedudukannya mirip dengan perkataan Sumanto Al qurtubhy, kader Liberal didikan Kanada yang berkata, "Lho, apa bezanya pensyarah dengan pelacur? Kalau pensyarah mencari nafkah dengan kepintarannya, maka pelacur mencari makan dengan tubuhnya. "

Qurthuby hanyalah Muqollid (pengikut) dari Sigmund Freud, ahli psikologi kenamaan asal Austria yang membumikan konsep psikoanalisis. Beliau berkata ketika dorongan seksual sudah menggelora dalam diri lelaki dan wanita, maka sudah selayaknya mereka tuntaskan lewat jalan perzinaan, tanpa perlu melalui alur perkahwinan. Maka itu Freud menuding orang yang sentiasa menjaga akhlaknya terdedah diserang gangguan psikologi seperti neurosis.

Kini Freud memang telah mati, namun gagasan itu membekas dalam peribadi orang Barat. Jika anda kerap menyaksikan berita Sukan, pengulas sukan sering memberitakan bahawa salah seorang pemain bola sepak di Inggeris telah mempunyai kanak-kanak dari kekasihnya, ya kekasih dan bukan isteri. Kerana konsep perkahwinan sudah mendebu di benua biru.

Pasca kematian Freud, muncul banyak pengganti yang tidak lebih ekstrem, salah satunya Lawrence Kohlberg. Ia adalah pengusung kaedah pendidikan Watak. Kaedah ini sudah gagal di Barat dan sekarang diimport ke negeri-negeri muslim, termasuk Indonesia. Wajah pendidikan tingkah laku dilihat baik. Dia mengarahkan agar para pelajar berkelakuan jujur ​​dan memegang komitmen. Namun ia tidak memliki dasar agama, jika seorang remaja memilih untuk hidup tanpa tuhan, tidak menjadi persoalan dalam pendidikan karakter, asalkan dapat dipertanggungjawabkan.

Begitu pula masalah hubungan seks. Bagi Kohlbergian, kita tidak boleh menyalahkan seorang anak perempuan yang hamil di luar nikah, sebab masalah baik atau buruk menjadirelative. Pendidikan tingkah laku pun tidak boleh menghakiminya, kerana kanak-kanak akan berasa bersalah jika mereka tidak boleh mempertanggungjawabkan hubungan seksnya. Jadi jika remaja perempuan hamil masih boleh bebas dari dosa, asalkan dia bersedia menjadi ibu. Urusan benar atau salah bergantung tanggung jawab, bukan agama. Maka tidak hairan, ketika Lawrence Kohlberg lebih memilih bunuh diri dengan menyelam di laut yang sejuk dan disambut gembira oleh masyarakat Barat. Alasannya boleh membuat kita sebagai umat muslim tertawa: Kohlberg telah memilih jalan yang memang dia kehendaki.

Kita kembali lagi ke masalah perempuan. Kehidupan Barat yang tidak sejati bermula dari kehendak dari kalangan wanita untuk hidup bebas dan merdeka. M. Talib, cendekiawan muslim yang telah menulis puluhan buku tentang pendidikan Islam juga menekankan bagaimana projek Zionis disebalik wacana pembebasan wanita di Barat. Menurutnya kaum Yahudi mempunyai peranan kuat di sebalik slogan Liberty, Egality dan Fraiternity (kebebasan, persamaan dan persaudaraan) kepada bangsa Perancis.

Hal ini dipropagandakan oleh Zionis dan disebarkan ke seluruh dunia hingga kita boleh merasakan apa yang disebut Hak Asasi Manusia dan Feminisme pada saat ini. Dalam bukunya, "Pergaulan bebas, Prostitusi, dan Wanita", M. Talib menulis,

"Slogan-slogan inilah yang membuat orang-orang bodoh turut serta mengulang-ulanginya di seluruh dunia di kemudian hari, tanpa berfikir dan memakai akalnya lagi."

Mungkin terasa ganjil bagi kita, mengapa Yahudi sebagai bangsa yang maju begitu takut dengan perempuan? Jawapannya mudah: membiarkan seorang wanita membesar menjadi solihah adalah "kiamat" bagi mereka.

Jika seorang ibu yang solehah mengasuh 5 kanak-kanak muslim dalam keluarganya untuk membesar menjadi generasi mujahid. Kita boleh hitung berapa banyak generasi yang boleh dihasilkan dari 800 juta wanita Islam saat ini?

Seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasul Allah (Rasulullah), "Siapakah manusia di muka Bumi ini yang harus diperlakukan dengan cara yang paling baik?". Rasul menjawab, "Ibumu". "Setelah itu siapa lagi ya Rasul". Sekali lagi Rasul menjawab, "Ibumu". Sahabat bertanya kembali, "Kemudian siapa?". Lagi-lagi Rasul menjawab "Ibumu, baru Ayahmu". [Shahih, Diriwayatkan oleh Imam Bukhari).

Isu Serbuan JAIS Terhadap Gereja, PAS Terkejut Bagaimana Blogger UMNO Dapat Dokumen Sulit !

Posted: 18 Aug 2011 03:16 PM PDT

PAHANG DAILY


TEMERLOH - Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) melahirkan rasa hairan dan terkejut bagaimana Blogger UMNO boleh dapat semua dokumen sulit tentang kes serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan pihak polis terhadap Gereja Methodist Damansara Utama baru-baru ini.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markas PAS Darul Amin, Sg.Gau dekat sini malam tadi. PAS katanya meminta pihak JAIS supaya membuat pendakwaan terhadap pihak yang terbabit dalam isu tersebut sekiranya mereka mempunyai bukti.

"Supaya orang yang kena tuduh boleh tunjuk bukti, supaya orang yang menuduh boleh tunjuk bukti. JAIS kata dia ada bukti, ada gambar, ada senarai nama dan ada soal selidik. Bahkan yang terbaru ada keluar klip video (rakaman) bagaimana penguatkuasa pergi. Apa yang mendukacitakan kita, bagaimana klip video ini boleh keluar?.

Bagaimana dokumen-dokumen sulit ini boleh keluar?. Yang peliknya semua dokumen ini dikeluarkan oleh blogger-blogger UMNO, yang menyebabkan Setiausaha Agung PAS (Mustafa Ali) buat kenyataan bahawa kita ada maklumat yang serbuan tersebut ada tangan UMNO dibelakangnya",
katanya lagi.

Justeru itulah PAS mengambil sikap berhati-hati. "Soal hukum memang kita jaga, tapi kita kena hati-hati. Kadang-kadang sengaja dilakukan. Kita ragu-ragu, pertamanya kenapa blog UMNO dapat maklumat penting. Kedua, kenapa maklumat sulit tengah disiasat tiba-tiba keluar?.

Kita masih ingat lagi isu klip video yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimana klip video itu boleh keluar dalam Youtube dan disebarkan kepada umum sedangkan Datuk T kata video yang original telah diserahkan kepada pihak polis sahaja. Maknanya video klip itu hanya ada pada polis. Tiba-tiba bagaimana kes itu boleh bocor?. Esok saya yakin kes itu akhirnya senyap begitu saja",
tambah beliau.



Apa motif Ezam berdemo di masjid, sedangkan demo sepatutnya dilakukan

di gereja Methodist Damansara Utama jika mereka benar marahkan isu itu

Dengan bukti tersebut beliau tidak menolak kemungkinan kes gereja itu sememangnya sengaja dirancang oleh pihak UMNO sebenarnya.

"Hari Jumaat lepas, Ezam Md Noor (Senator) bersama dengan lebih kurang seratus orang buat demontrasi di Masjid Negeri (Shah Alam). Hantar penyapu dan mangkuk tandas ke pejabat Menteri Besar. Perkasa marah. Biasanya kalau marah, marahla kepada pihak gereja, sebab insiden itu berlaku di gereja. Tiba-tiba buat demontrasi depan pejabat Menteri Besar. Ini kita rasa pelik bin ajaib"
, katanya.

Walau bagaimana pun beliau turut menegaskan bahawa prinsip PAS tidak akan berubah. PAS katanya harap isu yang sensitif seperti ini dikendalikan dengan cermat kerana ia boleh membahayakan.

"UMNO dia tak peduli. Masih kita ingat isu kepala lembu, heret dan pijak kepala lembu berlaku di Selangor. Isu campak kepala babi dan isu pembakaran gereja. Semua isu ini berlaku di negeri Pakatan Rakyat. Kenapa tidak berlaku di negeri lain?. Seolah-olah ada satu agenda besar dibelakang isu ini.

Oleh itu, kita kena terima hakikat bahawa tindakan kita harus tindakan yang cermat. Orang salah faham kononnya kita membela mereka (Orang Melayu yang terlibat dalam kes di gereja tersebut), kita tak bela mereka bahkan kita mempertahankan akidah umat Islam itu selama ini",
katanya.

[Nampaknya, memang ada sesuatu yang cukup memusykilkan bilamana blogger-blogger UMNO begitu cepat mendapat maklumat dan dokumen sulit berkenaan sesuatu isu panas serta sensitif seperti ini.

Soalnya, kenapa ini berlaku?. Bukankah wujudnya satu perancangan sulit antara UMNO dan blogger-blogger berkenaan untuk melemparkan "jerangkap samar" secara bersama bagi menghuru-harakan Pakatan Rakyat itu sendiri.

Maka itulah, kita tidak hairan dokumen tersebut yang sepatutnya berada ditangan JAIS dan Polis boleh ada ditangan mereka. Inilah juga yang berlaku kepada kes video klip Anwar dulu.

Sememangnya, tidak syak lagi jika Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali mengatakan ada tangan UMNO disebalik insiden terbaru yang berlaku di Selangor ini. Rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di depan mata mereka sekarang.

Usah terlalu terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan oleh mereka kononnya UMNO dan Perkasa yang membela Islam selama ini. Padahal akidah umat Islam itu rosak dan hancur gara-gara dasar-dasar mereka yang membelakangnya agama itu sendiri selama ini. Oleh itu, janganlah mudah terpedaya terhadap isu ini].

Asrama pusat pemulihan hangus

Posted: 18 Aug 2011 03:13 PM PDT

Oleh Siti Fatimah Mohamed Anwar

MOHD MUZNI menunjukkan naskhah al-Quran yang terbakar di pusat pemulihan dadah Kampung Kota Mengkuang.


MOHD MUZNI menunjukkan naskhah al-Quran yang terbakar di pusat pemulihan dadah Kampung Kota Mengkuang.

22 pelatih solat Tarawih ketika kepulan asap dikesan di ruang tengah


JITRA: Seramai 22 penghuni pusat pemulihan dadah yang baru selesai menunaikan solat tarawih terkejut mendapati asrama kediaman mereka musnah dalam kebakaran di Kampung Kota Mengkuang, Wang Tepus, di sini, malam kelmarin.

Pengurus Pusat Pemulihan Cahaya Petunjuk, Mohd Muzni Mohd Noor, 53, berkata ketika kejadian beliau bersama 22 pelatih pusat itu baru selesai solat Tarawih di surau bersebelahan bangunan asrama berkenaan.

Saya bersyukur 22 penghuni asrama yang berusia antara 20 hingga 62 tahun selamat dan hanya barang keperluan mereka yang hangus. - Mohd Muzni Mohd Noor, Pengurus Pusat Pemulihan Cahaya Petunjuk

Namun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada jam 10 malam itu.

"Selesai Tarawih, kami semua hendak berzikir, mujur seorang daripada penghuni yang mahu ke tandas melihat kepulan dan api di ruang tengah bangunan dua tingkat itu.

"Jeritannya menyebabkan kami semua bangkit untuk melihat apa yang berlaku. Justeru, saya mengarahkan semua pelatih yang berada di luar surau menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

"Saya bersyukur kerana 22 penghuni asrama yang berusia antara 20 hingga 62 tahun selamat dan hanya barang keperluan mereka yang hangus dalam kebakaran terbabit," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.

Difahamkan, pusat berkenaan diwujudkan 12 tahun lalu bagi membantu memulihkan penagih dadah serta pesakit mental di bawah kelolaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Mohd Muzni berkata, bangunan dua tingkat itu yang menempatkan ruang pejabat, asrama untuk empat penghuni serta ruang dapur musnah dalam kebakaran itu.

Katanya, banyak dokumen penting termasuk biodata pelatih yang disimpan dalam pejabat musnah sama sekali kerana mereka tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda kerana api marak dengan cepat.

"Buat masa ini sebahagian pelatih yang mendiami bangunan asrama itu ditempatkan di asrama berhampiran buat sementara waktu. Kebanyakan penghuni asrama itu tinggal sehelai sepinggang kerana kebakaran berlaku secara tiba-tiba," katanya sambil menambah kerugian dianggarkan mencecah RM100,000.

Sementara itu, Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Mohd Fazli Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 10.05 malam.

"Sebaik saja menerima maklumat, seramai lima anggota terus bergegas ke tempat kejadian dan kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran berkenaan," katanya.

Larangan guna lebuh raya

Posted: 18 Aug 2011 02:51 PM PDT

Oleh Badrul Kamal Zakaria

Penguatkuasaan terhadap jentera berat bukan bawa bekalan keperluan

Oleh Badrul Kamal Zakaria


KUALA LUMPUR: Semua kenderaan yang membawa muatan berat bukan bekalan keperluan harian dilarang menggunakan lebuh raya di seluruh negara berkuat kuasa 27 dan 28 Ogos serta pada 3 dan 4 September depan sempena sambutan Aidilfitri 2011.

Larangan itu bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna lebuh raya yang akan pulang ke kampung masing-masing sebelum dan selepas Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata Kabinet membuat keputusan untuk menguatkuasakan larangan itu selepas dimaklumkan lebih 1.4 juta kenderaan akan menggunakan lebuh raya selain membendung kemalangan maut.

"Keputusan ini selaras hasrat kerajaan untuk mengurangkan kadar kemalangan maut terutama pada musim perayaan, " katanya selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Balik Kampung Yamaha ke 13 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Urusan Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd, C H Ng, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Leslie Leon dan Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA), Wee Hong.

Cho Ha berkata, kementerian juga sudah mengeluarkan panduan mengenai larangan terbabit berikutan pihaknya juga turut memberi kelonggaran dan kebenaran ke atas beberapa kenderaan berat terutama membawa bekalan penting untuk menggunakan lebuh raya pada tempoh terbabit.

"Larangan itu hanya membabitkan lori pasir, lori balak, lori pengangkut bahan binaan seperti batu, simen dan kerikil termasuk jentera berat yang lain.

"Bagaimanapun, kita tetap memberi kelonggaran terhadap kenderaan berat yang didapati membawa bekalan keperluan harian seperti membawa muatan gas dan petrol, makanan dan perubatan, " katanya.

Katanya, kementerian akan memaklumkan mengenai sebarang maklumat berhubung tempoh perjalanan yang dibenarkan bagi setiap kenderaan terbabit dalam masa terdekat.

"Kami juga turut menyeru kepada pengguna lebuh raya supaya merancang perjalanan mereka sebelum pulang ke kampung selain turut merujuk kepada jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pihak PLUS bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, " katanya.

KRONOLOGI KEJADIAN: SERBUAN JAIS TERHADAP GMDU

Posted: 18 Aug 2011 03:49 AM PDT

SCREW KUAT










Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah Tukang Screw perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.



  • Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.


  • Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).


  • Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.


  • Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.


  • Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.


  • SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).


  • Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.


  • Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.


  • Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.


  • Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.


  • Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.

Apa yang ingin Tukang Screw pertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:-




  1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?


  2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?


  3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?


  4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?


  5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?


  6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?


  7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?


  8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?


  9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan untuk menarik orang Islam menjadi Kristian?


  10. Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?


  11. Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenNumbered Listalannya tertera beliau Islam?

Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan Tukang Screw ini. InsyaAllah Tukang Screw akan dedahkan beberapa maklumat menarik perhatian tentang isu ini dalam waktu terdekat termasuk petikan rakaman program tersebut yang diambil oleh salah seorang hadirin majlis tersebut yang merupakan sahabat Tukang Screw. Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah. Wallahualam.

Klip Video Pemeriksaan JAIS Di Gereja Tersebar

Posted: 18 Aug 2011 03:46 AM PDT

PETALING JAYA: Rakaman video ketika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan pada majlis 'Thanksgiving' yang diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), 3 Ogos lalu telah muat naik di sebuah laman blog, Screwkuat69.blogspot.com sejak Rabu.

Rakaman tersebut di bahagikan kepada dua bahagian, bahagian pertama mempunyai durasi sekitar satu minit 25 saat manakala bahagian kedua sekitar enam minit telah dipaparkan laman blog berkenaan.

Klip tersebut menunjukkan tindakan seorang pegawai penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke atas upacara 'Thanksgiving' yang diadakan di DUMC dengan menemubual seorang wakil penganjur yang dikenali sebagai Sophia.

Antara dialog yang kedengaran dalam rakaman bahagian kedua ialah:

"Saya juga hendak tahu ada atau tidak orang Islam hadir dalam majlis ini," kata pegawai penguat kuasa JAIS.

Bagaimanapun, wanita bernama Sophia yang memakai baju kebaya berwarna kuning itu menafikannya, dan menegaskan dia pasti tidak ada orang Islam yang berada dalam gereja tersebut.

Dalam rakaman video tersebut juga, pegawai penguat kuasa JAIS turut bertanya mengenai nyanyian lagu 'Alhamdulillah' dan 'Allahuakbar' dalam majlis tersebut.

Sebaliknya, Sophia memberi alasan perkataan tersebut tidak pernah diharamkan untuk digunakan oleh orang bukan Islam.

"Alhamdulillah bermaksud bersyukur kepada Tuhan. Allahuakbar bererti Tuhan itu Maha Agung. Kerajaan tidak pernah mengharamkannya," katanya.

Namun penguat kuasa terbabit menegaskan perkataan-perkataan itu eksklusif untuk orang Islam sahaja sebagaimana yang dikuatkuasakan di Selangor.

Sementara itu, pada bahagian pertama video berjudul 'Jalan-jalan buka puasa, Thanksgiving Dinner Hall 3 Damansara Utama Methodist Church 3 Ogos 2011' bermula dengan sekumpulan pegawai JAIS bergerak menuju ke sebuah dewan.

Dalam video itu juga kelihatan beberapa peserta yang hadir pada majlis itu berada di luar dewan serta bunga manggar yang diletakkan di hadapan pintu masuk dewan.

JAIS sebelum ini menafikan tindakannya itu sebagai satu serbuan dan menegaskan bahawa ia hanya satu pemeriksaan selepas mendapat maklumat bahawa terdapat kehadiran umat Islam pada yang dianjurkan itu.

Pada 3 Ogos lalu, penguat kuasa JAIS melakukan pemeriksaan ke DUMC selepas mendapat maklumat bahawa terdapat 12 individu Islam turut menghadiri majlis di gereja berkenaan.

JAIS mendakwa, ketika pemeriksaan dilakukan kira-kira pukul 9 malam, kelihatan seseorang sedang berucap diselitkan perkataan al-Quran dan terdapat bukti kegiatan cubaan memurtadkan orang Islam.

Mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Isu tersebut menjadi kontroversi apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim campur tangan dan menggesa JAIS mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan yang dilakukan oleh pihak penguat kuasa jabatan agama itu.

Pelajar Saman Khazanah Selepas Gagal Dapat Biasiswa

Posted: 18 Aug 2011 03:39 AM PDT

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar yang gagal mendapat Biasiswa Khazanah-Cambridge menfailkan saman terhadap Khazanah Nasional Berhad dan tiga lagi.

Chan Xian Yao, 19, memfailkan saman itu melalui firma guaman bapanya Chan Chow Wang di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini, Khamis.

Beliau menamakan Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar, pengarahnya Azman Mohd Hussein, Khazanah dan Yayasan Khazanah sebagai defendan.

Dalam saman itu Chan memohon perisytiharan bahawa pemberian Biasiswa Khazanah-Cambridge kepada tiga penerima adalah tidak sah.

Dia juga memohon pampasan dan ganti rugi kerana mengalami perasan malu dan tekanan akibat gagal mendapat biasiswa itu.

Chan, yang ditawarkan tempat di Universiti Cambridge selama empat tahun bagi mengikuti kursus kejuruteraan kimia bermula Oktober tahun ini, mendakwa defendan tidak menjalankan proses pemilihan yang baik atau adil semasa peringkat pemilihan.

Pelajar itu berkata, Yayasan Khazanah telah menghantar satu e-mel kepadanya menyatakan dia tidak berjaya dalam permohonannya tanpa sebarang alasan.

Katanya, defendan dalam kenyataan akhbar bertarikh 11 Jun lepas telah menyatakan hanya tiga pemohon diberi biasiswa itu tanpa memberi maklumat pemohon itu seperti nama, kursus atau keputusan akademik mereka.

KANTOI!! Gantung Imam: Nooh Gadut Punya Kerja??

Posted: 18 Aug 2011 03:36 AM PDT

PASPB



Imam sebuah masjid di Gelang Patah yang digantung kerja selepas ditahan dalam perhimpunan BERSIH 2.0 mempertikaikan alasan yang diberikan Majlis Agama Islam Jojor (MAIJ) berhubung tindakan itu.

Hassan Md Said, 40, mengesyaki alasan berkenaan bacaan khutbahnya sengaja ditimbulkan untuk menghalalkan tindakan menggantungnya.


"Mereka boleh kata (penggantungan) berkenaan khutbah, sedangkan semua orang kampung kata penggantungan saya disebabkan BERSIH.


"Lepas ini saya tak hairanlah kalau alasan lain keluar sama.


(Contohnya) kata saya tidak datang mesyuaratlah," katanya sinis.


Penasihat MAIJ Datuk Noh Gadut dilaporkan berkata, penggantungan seorang iman baru-baru ini dibuat atas kesalahan tidak membaca teks khutbah yang disediakan majlis itu.

Tanpa menyebut nama Hassan, Noh berkata tindakan diambil terhadap imam tersebut "untuk mengundurkan diri dan ditarik balik pentauliahannya", lapor Sinar Harian hari ini.


Bekas mufti Johor itu juga dilaporkan berkata, tindakan terpaksa diambil kerana MAIJ telah beberapa kali menasihati dan memberikan banyak peluang tetapi kesalahan itu masih berulang.


'Saya bukan Mat Sabu'


Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hassan - imam utama Masjid Ladang - menafikan tidak membaca khutbah yang disediakan sebaliknya hanya "menyesuaikan" dengan masalah isu setempat di kampungnya.


"Khutbah ini kadang-kadang tidak semasa dan tidak sesuai dengan tempat.


Kampung saya ini kampung nelayan. Masalah orang sini masalah akidah.


Di sini muktazilah, Syiah, Wahabi semua ada. Khutbah saya kenalah menyentuh perkara ini," katanya.


Menurutnya lagi, beliau sudah lebih sepuluh tahun mengambil tindakan itu tetapi tiada sebarang teguran dibuat oleh pihak majlis atau pegawainya di peringkat daerah yang dilantik.


"Kenapa sekarang baru isu khutbah ini muncul?


Kenapa tidak dua tahun lalu.


Betullah saya kata, majlis agama ini tidak profesionallah.


Saya sekarang ini kalau dipecat pun saya redalah," katanya.


Ditanya sama ada beliau mengkritik kerajaan dalam khutbahnya, Hassan menafikannya dengan alasan "saya bukan (timbalan presiden PAS) Mat Sabu".


"Saya juga bukan hendak main politik atau hendak jatuhkan kerajaan.


Cuma saya ini bukan macam imam-imam lain yang ikut saja, (mereka) bila orang datang hendak kena tabik," katanya.


Hassan - bapa kepada dua anak - itu digantung kerja tiga bulan sehingga 2 November atas alasan "melanggar beberapa arahan" majlis agama negeri, yang dikeluarkan melalui Pejabat Kadi Johor Bahru.


Hassan percaya tindakan itu susulan beliau antara hampir 1,700 orang yang ditangkap polis pada 9 Julai lalu.


Beliau menafikan menyertainya, sebaliknya hanya menziarahi saudara dan melawat ibu negara.


Pengidap kencing manis serius itu percaya elaun bulanan RM750 terhadapnya juga dibekukan, sekali gus menyebabkan pesakit kencing manis serius itu hilang mata pencarian.
JP

Panel Parlimen: Awal-awal lagi kerajaan BN sudah mula mengarut;L;L

Posted: 18 Aug 2011 03:32 AM PDT

Roketkini.com


KUALA LUMPUR – Dakwaan tentang warga asing telah diberi hak mengundi perlu ditangani dan diselesaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan bukan dilonggokkan masalah itu kepada jawatankausa pemilih Parlimen.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata perbuatan menolak tanggungjawab itu tidak boleh diterima dan akan membuktikan panel Parlimen itu hanya helah dan taktik mengalih pandangan rakyat.

Katanya, kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai perkara itu tidak masuk akal kerana ia mesti diselesaikan oleh SPR dan bukan oleh panel Parlimen yang akan hanya dibentuk pada Oktober depan.

"Jika Hishammuddin telah mengaku kononnya kerajaan tidak ada apa yang mahu disembunyikan dan tuduhan bahawa warga asing mempunyai hak mengundi adalah tidak berasas, mengapa SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak boleh membuktikan bahawa ia benar-benar tidak berasas, sekarang juga?

"Mengapa perlu menunggu sehingga jawatanakuasa Parlimen itu ditubuhkan? Ada banyak perkara yang perlu jawatankuasa itu cadangkan untuk mewujudkan sistem pilihan raya yang bebas dan adil tanpa perlu terikat dengan tuduhan-tuduhan khusus," jelasnya.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah membayangkan jawatankuasa pemilih Parlimen itu hanyalah helah politik dan taktik mengalih pandangan.

"Malah pada pagi ini Muhyiddin sekali lagi mengaitkan perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu dengan rusuhan ganas di United Kingdom.

"Jika pemimpin tertinggi kerajaan dan polis enggan menerima hakikat perbezaan di antara Bersih 2.0 yang disertai berpuluh ribu rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama secara aman, dengan rusuhan di UK di mana pengacau keamanan telah mengganas, siapa yang akan yakin dengan dengan kepimpinan BN yang kononnya sudah berubah hati untuk melaksanakan reformasi pilihan raya sebelum pilihan raya umum akan datang," tambah beliau.

Malah, katanya, Najib juga salah jika menyangka reformasi pilihan raya dibuat untuk memuaskan hati pembangkang kerana tuntutan pilihan raya yang bebas dan adil adalah desakan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Menurut Kit Siang, perkara yang paling mengecewakan rakyat ialah keengganan BN untuk berunding dengan Pakatan Rakyat sebelum membuat keputusan tentang keanggotaan, bidang tugas, tempoh masa, peranan Bersih 2.0 dan perkara-perkara berkaitan dengan penubuhan jawatankuasa khas Parlimen itu.

Beliau menjelaskan bahawa tanpa sasaran tempoh dan jaminan penuh daripada Perdana Menteri, segala kajian dan keputusan panel Parlimen itu akan sia-sia jika Parlimen dibubarkan lebih awal.

"Malah, jawatankuasa pemilih Parlimen itu akan terbubar secara automatik apabila Parlimen yang ada sekarang dibubarkan," ujarnya.

Beliau berharap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan janji-janji BN yang selama ini jarang dikotakan, selain dipergunakan sebagai helah politik dan taktik mengalih pandangan rakyat daripada masalah yang dihadapi parti pemerintah.

Dana RM1 juta kepada usahawan IKS Selangor

Posted: 18 Aug 2011 03:31 AM PDT

KEADILAN DAILY


Jawatankuasa Pemilihan Dana Industri Kecil yang dipengerusikan oleh YB Dr Hj Yaakob Sapari pada 15 Ogos 2011 telah meluluskan seramai 87 orang usahawan yang berdaya maju layak menerima bantuan melalui Program Dana Industri Kecil.

Menurut YB Dr Yaakob Sapari, dana yang diberikan ini adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai usahawan menceburi bidang keusahawanan.

Disamping itu, ia juga mencerminkan keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat dalam membantu usahawan yang bersifat berdaya saing

Dana yang berjumlah RM1 juta ini adalah bertujuan untuk membantu pengusaha industri kecil yang berdaya maju supaya dapat meningkatkan hasil jualan mereka dengan memberi mesin peralatan.

Kesemua penerima dana ini perlu menghadiri kursus yang akan dikendalikan oleh kerajaan negeri. Kursus keusahawan ini berperanan untuk meningkatkan daya kreativiti usahawan dalam perniagaan, serta memberi pendedahan tentang kaedah pengurusan kewangan secara berkesan.

Bagi penerima dana pada tahun 2011 ini, kerajaan negeri meluaskan skop kreteria bidang perniagaan antaranya ialah pakaian, makanan, salon kecantikan, bengkel pembuatan dan lain-lain.

Malah, kerajaan negeri juga sanggup menawarkan usahawan-usahawan makanan untuk membantu mereka dalam meningkatkan kualiti pembungkusan makanan.

Tegas YB Yaakob lagi, dasar kerajaan Selangor Pakatan Rakyat membimbing usahawan IKS secara konsisten merupakan usaha yang berterus dalam melahirkan lebih ramai usahawan.

Berbanding dengan kerajaan UMNO/Barisan Nasional, Dasar Ekonomi Baru (DEB) jelas merupakan satu dasar yang pincang yang hanya menguntungkan ahli UMNO dan kroni-kroni mereka sahaja.

Pejabat YB DR Hj Yaakob Sapari

EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Ketua Angkatan Muda Keadilan ke Forum Negarawan Asia ke 10

Posted: 18 Aug 2011 03:31 AM PDT

KEADILAN DAILY

Ketua Angkatan Muda Keadilan ke Forum Negarawan Asia ke 10, 19-22 Ogos 2011 Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin telah dipilih untuk menghadiri Forum Negarawan Asia ke 10 di Sendai, Jepun.

Forum yang berlangsung selama 2 hari itu akan turut dihadiri oleh beberapa tokoh terkemuka daripada Indonesia, Filipina, Thailand dan juga Jepun, antaranya Dr Anies Baswedan, Rektor Universiti Paramadina, Drs Ramadhan Pohan, Ahli Parlimen, Dr Zainul Majdi, Gabenor Daerah Nusa Tenggara Barat, Bapak Refly Harun, Penyelidik Kanan Pusat Reformasi Pilihanraya, Ramon "Ricky" Carandang, Setiausaha

Bahagian Pembangunan Komunikasi dan Perancangan Strategik, Pejabat Presiden Filipina, Dr Buranaj Smutharaks, Jurucakap Parti Demokrat Thailand, Encik Motoshiwa Furukawa, Ahli Parlimen dan Encik Yoshinori Suematsu, Timbalan Menteri (senarai peserta seperti di lampiran).

Forum Negarawan Asia ke 10 ini yang diasaskan oleh Dr Surin Pitsuwan, Setiausaha Agung ASEAN merupakan platform untuk ahli-ahli politik muda dari Jepun dan negara-negara ASEAN berwacana mengenai isu-isu berkaitan politik, ekonomi, pemahaman mengenai jama' budaya dan permuafakatan serantau.

peranan ini walaupun bernuansa tidak rasmi tetapi mempunyai peranan yang signifikan di dalam memberikan nilai tambah kepada pemerkasaan rantau Asia.

Forum kali ini yang dianjurkan oleh Institut Kajian Dasar Kebangsaan, Jepun di Bandar Sendai, iaitu bandar yang terkesan teruk akibat tsunami dan gempa bumi pada 11 Mac 2011 yang lalu, akan membincangkan secara khusus isu-isu berkaitan cabaran global dalam berhadapan dengan bencana alam, termasuk bencana yang disebabkan oleh manusia, pengurusan pasca bencana serta masa depan dasar dan potensi tenaga hijau (green energy).

Biro Strategi dan Perhubungan Antarabangsa (SIA) mengalu-alukan mana- mana pemimpin muda yang berminat untuk berkongsi maklumat dan pandangan mengenai topik-topik di atas dengan mengirim pandangan anda melalui email ketua.amk@gmail.com.

Farhash Wafa Salvador Bin Rizal Mubarak
Pengarah Biro Strategi dan Perhubungan Antarabangsa
The 10th Asian Statesmen's Forum
19-22 August, 2011
Hotel Taikanso Matsushima, Miyagi, Japan

Najib, Taib perlu jelaskan belanja kempen media antarabangsa- Nik Nazmi

Posted: 18 Aug 2011 03:28 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa kerajaan pusat dan Sarawak menjelaskan kontroversi kontrak kempen perhubungan awam di peringkat antarabangsa, yang menelan berjuta-juta ringgit wang rakyat.

Menurut Nik Nazmi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi mengambil sikap berdiam diri mengenai kontrak membabitkan Firma penerbitan TV dan Syarikat Komunikasi Strategik, FBC Media.

"Sehingga kini tiada maklum balas daripada Kerajaan Persekutuan atau pun Sarawak berkenaan isu FBC ini. Kedua-dua Putrajaya dan Kuching masih belum menafikan atau menafikan tuduhan itu.

"Putrajaya dan Kuching sekarang perlu mendedahkan peranan dan penglibatan mereka dalam kempen perhubungan awam tidak sah ini," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan media.

Blog Sarawak Report sebelum ini mendedahkan Kerajaan Persekutuan dan Sarawak melantik firma penerbitan TV dan komunikasi strategik Britain, FBC Media untuk menerbitkan program TV berat sebelah.

Program- program berkenaan kemudian ditayangkan syarikat penyiaran antarabangsa seperti CNBC, CNN dan BBC.

Kerajaan Persekutuan pula membayar RM57.68 juta kepada FBC Media antara tahun 2008 dan 2009, manakala kerajaan Sarawak membelanjakan RM15 juta setahun untuk tujuan itu.

Perkara yang lebih dikesalkan, kata Nik Nazmi, berjuta-juta ringgit wang pembayar cukai itu disalurkan bukannya untuk menaikkan imej negara, sebaliknya ia hanya melibatkan kepentingan BN dan Umno sebagai sebuah parti.

"Kita mahu perdana menteri tampil ke hadapan memberi penjelasan kukuh dalam isu FBC ini bagaimana berjuta-juta wang pembayar cukai disalurkan bukannya ke arah memperbaiki imej negara, tetapi untuk kepentingan parti," kata Nik Nazmi.

Pembaziran wang rakyat yang begitu banyak untuk mengukuhkan imej bukan satu perkara baru dalam pentadbiran Najib.

Sebelum ini, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dilapor membelanjakan RM1.5 juta membeli dua muka penuh iklan dalam akhbar New York bagi mengalu-alukan lawatannya sendiri ke New York sebagai 'Wanita Pertama Malaysia,"

Terpilih ke Sepanyol, Zunar sifatkan penghargaan untuk aktivis

Posted: 18 Aug 2011 03:21 AM PDT

KEADILAN DAILY



KUALA LUMPUR: Kartunis Politik, Zunar terpilih sebagai Artists-in-Residence 2011 dalam program "Art and Censorship" (Seni dan Penapisan) anjuran BilbaoArte/Fundacion BBK, iaitu sebuah yayasan kesenian di Bilbao, Sepanyol.

Program berlangsung selama tiga bulan bagi membantu artis-artis memperjuangkan dan mempertahankan hak berkarya mereka yang menghadapi penapisan/tekanan pihak berkuasa.

Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, menganggap ia bukan sahaja kejayaan peribadi, sebaliknya kejayaan bagi aktivis yang menentang penapisan dan kekangan bersuara di Malaysia.

"Pengiktirafan ini bukan sahaja merupakan satu pengiktirafan kepada karya-karya kartun saya, malah merupakan satu kejayaan bagi aktivis-aktivis yang berjuang menentang penapisan dan kekangan hak bersuara di Malaysia," katanya pada satu kenyataan media.

Menurutnya, ini juga memberi kekuatan untuk beliau menghasilkan karya yang lebih tajam dan berkesan dalam usaha menentang korupsi, pembaziran wang rakyat, salah guna kuasa dan kezaliman yang diamalkan pemerintah Malaysia.

"Ia juga (penghargaan) merupakan satu iyarat kepada kerajaan Malaysia menghentikan segala bentuk ancaman, ugutan dan tindakan jenayah terhadap saya dan artis-artis lain di Malaysia, kerana masyarakat seni di seluruh dunia sedang memerhatikan segala tindak tanduk mereka," katanya.

Zunar antara 20 artis dalam program anjuran berkenaan bagi membantu memperjuang dan mempertahankan hak berkarya dalam menghadapi penapisan dan tekanan pihak berkuasa.

Sebanyak 70 kartun editorial yang dihasilkannya akan dipamerkan di dalam Festival Melawan Penapisan ke-6 dari 7 hingga 15 November yang menampilkan karya pekerja seni yang ditapis dan diharamkam.

Beliau juga diberi penghormatan untuk mencipta dan mereka bentuk poster untuk festival tersebut bagi tahun ini.

Saman Zunar terhadap kerajaan ekoran pengharaman bukunya Cartoon-O-Phobia sedang berjalan dengan mahkamah menetapkan 13 September depan sebagai tarikh sebutan kes.

Fuziah Dakwa Pembahagian PSC Berat Sebelah

Posted: 18 Aug 2011 03:15 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi


KUALA LUMPUR : Cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd Nazri Abdul Aziz untuk mewujudkan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung reformasi pilihan raya bagi menjamin proses pilihan raya umum akan datang berjalan dengan bebas, adil dan demokratik disifatkan sebagai hanya sekadar wayang kerajaan pemerintah.

Malah, menurut Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh amalan bermain wayang ini sering menjadi pilihan kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) dalam memberi gambaran baik kepada dunia bahawa mereka dalam cerdik mentadbir sesebuah negara.

"Pengumuman itu hanyalah wayang, nak tunjuk pada satu dunia yang kononnya (UMno-BN) akan melaksanakannya tapi apa pula dengan kenyataan Nazri yang tidak menjamin pembersihan daftar pengundi sebelum pilihanraya?

"Mereka juga tidak bersungguh-sungguh dan tidak memberikan komitmen dengan betul," katanya.

Mengulas lanjut perkara itu, Fuziah yang juga Ahli Parlimen Kuantan, sama sekali tidak bersetuju dengan pembahagian Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) yang diumumkan Nazri Aziz semalam ekoran pembahagian kerusi yang tidak adil.

Menurut Fuziah, jawatankuasa yang dicadangakn itu jelas berat sebelah dimana ianya dianggotai sembilan wakil - lima daripada parti kerajaan, tiga pembangkang dan satu bebas.

Tambahnya lagi, ahli parlimen dari bebas tidak berhak mendapat pembahagian walaupun seorang, berdasarkan jumlah kesuluruhan ahli parlimen.

"Jika kita lihat pada peratus kerusi di Parlimen, Ahli Parlimen bebas yang memiliki 8 kerusi dari 222 kerusi keseluruhan tidak mewakili 1 peratus dari 8 ahli jawatan kuasa,"

"Kita boleh lihat ketidakseimbangan pembahagian jawatan kuasa ini kerana bebas tidak sampai 0.5 peratus pun untuk dilantik menjadi jawatankuasa. Satu wakil bebas dan hanya tiga wakil dari PR tidak mengikut pembahagian,"

Nazri yang dipetik dalam laporan akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew semalam berkata, walaupun penggubalan undang-undang adalah satu proses yang panjang, tetapi kerajaan berharap untuk melaksanakannya sebelum pilihan raya umum akan datang.

Beliau menjangka jawatankuasa itu akan diketuai Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, manakala wakil-wakil pembangkang pula akan diputuskan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Lebih 24 Tol Beri Diskaun Sempena Aidilfitri

Posted: 18 Aug 2011 03:11 AM PDT

Ditulis oleh Shakira Buang


KUALA LUMPUR : Sebanyak 24 Lebuh Raya bertol di seluruh negara akan memberi diskaun antara lima dan 37.5 peratus pada 30 dan 31 Ogos ini sempena Aidilfitri tahun ini.

Lebuh raya yang terlibat ialah Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua), Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (Sprint), Lebuh Raya KL-Karak (KLK).

Lebuh Raya Pantai Timur, Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Koridor Guthrie (Guthrie), Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuh Raya Baru Pantai (NPE), Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuh Raya Shah Alam (Kesas).

Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (Duke), Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga), Lebuh Raya Smart, Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP), Lebuh Raya Lingkaran Kajang (Silk) dan Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE).

Menurut laporan Bernama Online, Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Mansor berkata Lebuh Raya Latar yang baru dibuka juga telah bersetuju untuk memanjangkan tempoh laluan percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos.

"Pengguna Lebuh Raya LDP pula tidak akan dikenakan apa-apa bayaran pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari," katanya.

Pertikai tindakan Jais makna persoal kuasa Sultan, kata Mais

Posted: 18 Aug 2011 03:07 AM PDT



Sultan Selangor adalah ketua agama Islam bagi negerinya mengikut Perlembagaan Persekutuan and Negeri. — Foto fail


SHAH ALAM — Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menegaskan mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini secara tidak langsung bermakna tidak menghormati Sultan Selangor selaku ketua agama Islam negeri.

Ketika ditemui The Malaysian Insider, Pengerusi Mais Datuk Mohd Adzib Isa menegaskan, ini kerana Jais tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor, sebaliknya agensi penguatkuasaan itu terletak di bawah kuasa Sultan Selangor.

"Sultan Selangor adalah ketua agama negeri Selangor dan dari segi strukturnya Mais terletak di bawah Sultan Selangor dan Jais terletak di bawah Mais.

"Jais adalah badan bebas... tidak terikat dengan kerajaan negeri Selangor dan Jais adalah pelaksana atau badan pentadbiran," katanya.

Justeru beliau meminta semua pihak tidak mempertikaikan tindakan Jais yang melakukan pemeriksaan ke atas majlis malam malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.

Tindakan Jais itu bagaimanapun mendapat kritikan banyak pihak.

"Jangan pertikai tindakan Jais itu kerana Jais hanya melakukan perkara itu mengikut peraturan sedia ada.

"Kalau pertikai tindakan Jais macam pertikai kuasa Sultan Selangor dan kita perlu tahu hal ehwal agama Islam terletak di bawah kuasa Sultan Selangor tapi ramai yang tidak faham perkara ini," kata Mohd Adzib.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Jais berkata, tindakan mereka hanya bersifat pemeriksaan tetapi pengurusan gereja mendakwa agensi itu melakukan serbuan.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmian Seminar Mendaulatkan Islam-Agama Negara di Masjid Negeri di sini, Mohd Adzib berkata sebagai ketua agama Sultan Selangor mempunyai kuasa dalam soal hal ehwal agama Islam.

"Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri Selangor, Sultan Selangor adalah ketua agama Islam dan baginda mempunyai kedaulatan dan kuasa dalam hal ehwal agama Islam.

"Penasihat utama baginda yang berfungsi sebagai penggubal dasar bagi hal ehwal agama Islam adalah Mais, justeru Mais bukan sekadar sebuah agensi kerajaan yang patuh dan tunduk kepada arahan-arahan pihak-pihak lain malah Mais adalah pihak berkuasa utama agama Islam selepas Sultan Selangor," katanya di hadapan kira-kira 100 orang.

Tambah beliau: "Manakala Jais pula adalah jentera pelaksana kepada semua dasar dan polisi yang diputuskan Mais."

Selain itu kata Mohd Adzib, semua pihak perlu memahami struktur pentadbiran agama Islam Selangor bagi mengelakkan salah faham.

Sementara itu panel seminar itu Ahli Lembaga Penyimpan Amanah Dewan Amal Islami (Damai), Mahamad Naser Disa juga mempertahankan tindakan Jais sambil menyifatkan kerajaan negeri tidak sewajarnya menyalahkan agensi penguatkuasaan itu.

"Jais bapa dia adalah Mais dan seterusnya Sultan Selangor dan Mais bebas daripada kerajaan negeri Selangor iaitu di bawah kuasa Sultan Selangor tapi Jais dihentam teruk," katanya.

Curi elektrik: Pemilik kilang, akauntan sogok staf TNB RM100,000 ditahan

Posted: 17 Aug 2011 11:01 PM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER


Jumlah sogokan tersebut merupakan jumlah tertinggi dibayar kepada pekerja TNB. — Foto Reuters


KUALA LUMPUR — Dua orang termasuk pemilik kilang produk plastik di ibu negara, yang menyogok pengurus kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) RM100,000 bagi mengelak diambil tindakan berhubung kesalahan mencuri elektrik, ditahan SPRM semalam.

The Malaysian Insider difahamkan ia merupakan nilai sogokan paling besar setakat ini kepada pekerja TNB.

Sumber memberitahu turut ditahan bersama pemilik kilang itu, yang beroperasi di kawasan Setapak, ialah seorang akauntan kilang tersebut.

Kedua-dua mereka ditahan tengah hari semalam oleh SPRM Selangor untuk siasatan dan dilepaskan dengan ikat jamin kemudian.

"Jumlah sogokan RM100,000 merupakan jumlah paling tinggi dibayar kepada pekerja TNB. Kes-kes sebelum ini melibatkan sekitar RM30,000 sahaja," kata sumber itu.

Malah menurut sumber itu, syarikat itu mencuri arus elektrik bernilai kira-kira RM1 juta.

"Kedua-dua mereka cuba membayar kepada pengurus siasatan dan risikan TNB, RM100,000 secara tunai.

"Ekoran tindakan itu, satu laporan dibuat di SPRM Selangor," katanya lagi.

Kes qazaf: Anwar mohon halang Zainul Rijal wakili tiga responden

Posted: 17 Aug 2011 10:49 PM PDT

TERKINI


Anwar (kanan) mendakwa wujud percanggahan konflik kepentingan jika perwakilan tersebut dibenarkan. — Foto Reuters


KUALA LUMPUR — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini telah memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah untuk menghalang peguam syarie Datuk Zainul Rijal Abu Bakar mewakili tiga responden dalam kes qazaf yang melibatkan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jelas Anwar, permohonan itu dibuat kerana Zainul Rijal yang juga Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) telah melanggar etika dan profesionalisme peguam syarie dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya.

Tiga pihak itu adalah Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Datuk Che Mat Che Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Saya telah memfailkan permohonan untuk menegah dan tidak membenarkan peguam syarie Zainul Rijal daripada bertindak ke dalam kes rayuan saya kerana beliau telah bertindak dan berkelakuan tidak profesional serta wujud percanggahan konflik kepentingan.

"Beliau juga tidak bersifat jujur dan gagal menyenggara kebebasan profesional bertentangan dengan etika peguam syarie," katanya Anwar kepada pemberita selepas memfailkan permohonan itu.

Selain bersikap bertentangan dengan etika peguam syarie, Anwar juga menyifatkan Zainul Rijal tidak layak untuk digelar peguam kerana menerima yuran guaman sebanyak RM32,000 hasil dari wang kutipan zakat.

"Sejak 2008 saya failkan kes qazaf dan pihak pendakwa atas arahan menteri menghalang prosiding mahkamah daripada berlaku dan orang-orang ini juga mendesak agar kes mahkamah sivil berjalan tetapi kes di mahkamah syariah tidak.

"Kita dapati peguam yang digunakan untuk membela orang yang dituduh ini dibayar yuran guamannya dengan menggunakan wang zakat, mana mungkin wang zakat digunakan untuk membayar yuran guaman," katanya.

Justeru kata Ketua Pembangkang ini, beliau mahu agar prosiding di Mahkamah Syariah dijalankan dan bukan ditangguhkan demi kepentingan pihak tertentu.

"Saya ikut peraturan syariah dengan berpandukan al-Quran dan syariat sebab itu saya rujuk perkara ini ke Mahkamah Syariah tapi nampaknya selepas dua tahun tiada apa-apa yang berlaku.

"Sebab itu saya minta prosiding di Mahkamah Syariah berjalan, saya mahu ia dimulakan tapi nampaknya ia masih belum berlaku, mereka minta hormati Mahkamah Syariah tapi prosiding masih belum berjalan dan zakat digunakan untuk membayar yuran guaman," katanya.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh berhadapan dengan kes liwat kali kedua yang melibatkan Saiful pada 2008.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Sementara itu peguam Anwar Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata Zainul Rijal setakat ini telah menerima bayaran guaman sebanyak RM32,000 hasil wang kutipan zakat Wilayah Persekutuan.

"Perkara ini sudah dibentangkan di Parlimen dan jelas Zainul Rijal menerima yuran guaman hasil dari kutipan wang zakat untuk kes qazaf ini sahaja.

"Zainul Rijal telah melanggar etika seorang peguam syarie, sebab itu kita failkan permohonan untuk menghalang beliau mewakili tiga responden itu," katanya menambah perkara itu disahkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat pada Jun lalu.

Anwar pada awal tahun lalu telah memfailkan permohonan di Mahkamah Syariah terhadap Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Che Mat dan Jamil Khir supaya pendakwaan qazaf terhadap Saiful dijalankan mengikut undang-undang syarie namun ditolak.

Beliau kemudian membuat rayuan di mahkamah sama pada April tahun lalu dan permohonan itu dijangka akan didengar pada Oktober ini.

Politik melampaui perundangan di Malaysia

Posted: 17 Aug 2011 10:45 PM PDT

V.Sivakumar


Persoalannya adakah cabang legislatif dihormati lagi oleh pemain-pemain politik negara kita? Kita mahu semua pihak menghormati dan mengamalkan tertib yang telah digariskan dalam Perlembagaan dan Undang-undang.

Tetapi, jika pihak-pihak tertentu cuba mengatasi batasan undang-undang ini, maka tatacara pentadbiran negara kita akan tergugat. Apabila ada pihak yang melihatkan diri mereka lebih tinggi daripada undang-undang dan tidak mengikuti prinsip-prinsip yang telah ditetapkan sekian lama, ini akan menzahirkan permainan kotor yang tidak adil dalam gelanggang politik negara kita.

Organisasi bukan rasmi seperti parti politik cuba membataskan aktiviti dan peranan organisasi rasmi seperti badan legislatif. Kacau ganggu seperti ini akan melumpuhkan pentadbiran negara malah kepercayaan rakyat terhadap kerajaan juga akan turut meluncur.

Walaupun organisasi tidak rasmi seperti parti politik tidak disebut dalam perlembagaan, peranannya sebagai pengerak utama kepada jentera rasmi negara kita tidak dapat dinafikan. Walau bagaimana pun permainan politik yang melampau atau keterlaluan boleh menggugat kedudukan organisasi-organisasi rasmi seperti badan perundangan.

Dalam kes Negeri Perak memang permainan politik telah melampaui kuasa badan perundangan. Dewan Negeri tidak dihormati oleh ahli-ahli politik apabila mereka merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara sah. Mereka membuat pelbagai helah dan tipu muslihat untuk melanggar semua undang-undang dan perintah-perintah tetap Dewan Negeri semata-mata untuk kembali berkuasa di negeri Perak.

Kuasa Speaker Dewan Negeri dicabar malah tidak dihormati langsung. Polis berani melangkah masuk ke dalam Dewan yang mulia untuk mengusung keluar Speaker dengan menggunakan kekerasan. Dewan Negeri tidak diberi ruang untuk berfungi menjalankan tanggunjawab perlembagaan . Ini dapat dilihat dalam sekatan yang dibuat oleh ahli-ahli politik supaya tidak membenarkan Dewan Negeri bersidang pada 3 Mac 2009. Polis dan jentera kerajaan menghalang wakil rakyat memasuki Dewan Negeri dan akhirnya terpaksa bersidang di bawah pokok.

Tambahan pula mekanisme untuk membuat undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Dato Seri Nizar juga tidak dilakukan sehingga hari ini. Datuk Harun seorang Menteri Besar yang disukai ramai pada masa itu yang menguasai Dewan Negeri Selangor dipaksa meletakkan jawatannya melalui undi tidak percaya yang diluluskan dengan suara terbanyak pada 25 Mac 1976. Beliau dijatuhkan oleh ahli-ahli partinya sendiri.

Kejatuhan beliau berpunca daripada tindakan pemimpin kebangsaan parti yang mempengaruhi undi ahli-ahli Dewan Negeri Selangor. Ini adalah kerana Datuk Harun enggan meletakkan jawatan selepas beliau dipecat daripada parti. Walau bagaimanapun pemimpin UMNO pada masa itu tidak memilih jalan pintas untuk melantik Menteri Besar baru dengan bantuan Istana. Proses pengundian dibuat secara demokratik untuk menjatuhkan Datuk Harun di dalam Dewan Negeri itu sendiri. Tindakan ini adalah satu amalan demokrasi yang diguna pakai oleh semua negara-negara komenwel.

Amalan demokrasi ini tidak dilaksanakan di Negeri Perak apabila Barisan Nasional merampas kerajaan daripada Pakatan Rakyat. Undi tidak percaya tidak pernah dibuat untuk menjatuhkan Datuk seri Nizar malah seorang Menteri Besar yang baru dilantik di Istana secara tergesa-gesa. Permainan politik kotor seperti ini telah menganggu perjalan Dewan Negeri di Perak.

Akhirnya rakyat Negeri Perak terjerumus ke dalam kemelut politik yang masih tidak terselesai sehingga ke hari ini. Ekoran daripada itu, Dewan Negeri tidak dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan. Pelbagai halangan dan batasan terpaksa diatur oleh Barisan Nasional untuk menyelamatkan kerajaan yang ditubuhkan secara haram. Belanjawan 2009 diluluskan dalam masa 20 minit.

Persidangan Dewan Negeri pada 15 Ogos 2011 hanya berlangsung selama lebih kurang 2 jam. Ini adalah kerana kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat dirampas dengan menggunakan kekerasan polis dan mahkamah. Ketakutan itu menghantui pemimpin-pemimin UMNO dan Barisan Nasional di Negeri Perak. Walau bagaimanapun, terbukti di sini bahawa politik yang melampau ini akan mencemarkan dan akhirnya menghancurkan sistem pentadbiran negara kita yang sedia ada.

V.Sivakumar ADUN Tronoh

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Attrасtive sеction of сontеnt.
I just stumbleԁ upon your site and іn аccession capital to assert
that I get actuallу enјoyeԁ account your blog
posts. Αnу way I'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently fast.
My web-site loans for bad credit

Tanpa Nama berkata...

Its like you read my mind! Υou aρpeaг to know so
muсh about thіs, like you wrote thе booκ іn
it οг something. I thіnk that yоu cаn do ωith а few рics to dгive the
mesѕаge home a bit, but other thаn that, this is wonderful blog.

An eхcellent гeaԁ. I'll certainly be back.

Here is my web-site one month loan
Also visit my webpage :: one month loan

Tanpa Nama berkata...

Hello there I am so delighted I found your
weblog, I rеally found you bу accіdent, while I ωas researching on Askjeeѵe for something else, Anyhoω I am here now аnd
would ϳuѕt like to saу many thanks
for a marvelous poѕt and a аll rounԁ exciting blog (I also love the thеme/dеsign),
I don't have time to go through it all at the minute but I have bookmarked it and also included your RSS feeds, so when I have time I will be back to read a lot more, Please do keep up the excellent job.

Also visit my page; guaranteed payday loans

Tanpa Nama berkata...

Thank yοu fοг thе gоod writеup.

It actually was a entertаinment асcount іt.
Lоok cоmρlex to far introduсeԁ
аgreeablе fгom you! Howevеr, how сan wе keep uρ a corгеspоnԁеnce?


my web page one month loan

Tanpa Nama berkata...

Goοd pоst! We arе linking to this great content on our ѕite.

Keep up the great writing.

My web-site :: payday loans
my web site :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

you aгe tгulу a gooԁ ωebmasteг.
The ѕitе lоаding νelocіty is amazіng.
Ιt kіnԁ of feelѕ that yоu're doing any distinctive trick. Furthermore, The contents are masterpiece. you've performed а eхсellеnt activity in this subϳect!


Mу web blοg; short term loans

Tanpa Nama berkata...

Thank you for the good writeup. Ιt in fact ωas a аmusemеnt
account it. Look advanced to far addeԁ аgгeeable fгοm уou!
Bу the way, hοw coulԁ we cοmmunicаte?


my ωeblοg ... payday loans online

Tanpa Nama berkata...

I ԁо nοt even know hoω I endеԁ up
here, but I thοught this post was goοd. I don't know who you are but definitely you are going to a famous blogger if you aren't alreaԁy
;) Cheers!

Μy ρage :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

I likе the valuablе info уou provide іn уouг artiсlеs.
ӏ'll bookmark your weblog and check again here frequently. I am quite certain I will learn lots of new stuff right here! Good luck for the next!

my site :: payday loans

Tanpa Nama berkata...

Attraсtive comρonent of content. Ι simply stumblеd upon yοur ωebsite and in aссesѕion
capital to say that I get аctually enјoyed accοunt youг blog posts.
Any way I will be subsсribing in your augmеnt or even I fulfillment you
get admiѕsion to constantly faѕt.

mу wеbpage payday loans

Tanpa Nama berkata...

What's up Dear, are you genuinely visiting this website on a regular basis, if so after that you will definitely take good knowledge.

Review my blog; payday loans

Tanpa Nama berkata...

Wе're a group of volunteers and starting a new scheme in our community. Your website offered us with valuable information to work on. You have done a formidable job and our entire community will be grateful to you.

my web-site ... Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Нello mу family membеr! Ӏ want to say that this article is amazing, nіce
wгitten and incluԁe almost all impоrtant infos.
I would like to lоok extra pοsts likе this .



Vіѕit my homepage; Same Day Payday Loans

Tanpa Nama berkata...

Hello mу family member! I want to say that this artіcle is amazing, gгeat written anԁ come with apprοximately аll іmportаnt infos.
I woulԁ like to peer more ρosts like this .


Have а look at my web-site - New Bingo Sites

Tanpa Nama berkata...

Νіce anѕwers іn return of this quеstion with real аrgumеntѕ and
tellіng the whole thing abοut that.

Feel frее to surf tο my web blоg payday loans