Pulakdah! |
- Lori Sampah TERSANGKUT Di Luar Bangunan
- Tragedi Ramadhan, Jururawat Terbabit Kemalangan Ambulans MENINGGAL DUNIA
- Pejabat DAP Dibakar PAGI TADI
- Bagaimana ZUL NORDIN Sembunyikan Kebenaran
Lori Sampah TERSANGKUT Di Luar Bangunan Posted: 18 Aug 2011 07:49 AM PDT LORI sampah ini ditinggalkan terjuntai dari tingkat dua sebuah bangunan selepas pemandunya terlibat dalam kemalangan yang merempuh lori itu melalui sebuah dinding. Pemandu yang berusia 56 tahun telah berjaya diselamatkan dengan menggunakan tangga bomba selepas dia diturunkan daripada dinding pusat membaikpulih lori itu - di mana lori itu hanya terkeluar separuh daripada bangunan itu. Kemalangan ... lori sampah tergantung dari sisi bangunan Musnah ... orang ramai melihat kesan kerosakan dari kemalangan itu. Seorang saksi Frank Almona daripada New York berkata "Saya mendengar bunyi letupan kuat dan berpaling, dan saya melihat lori ini melekat daripada sisi bangunan. "Pemandu itu menjerit-jerit seperti orang gila sambil berkata, 'Tolong,tolong,tolong.' Pemandu itu dalam keadaan tergantung. " Pemandu itu kemudian dibawa ke hospital dan dirawat untuk kecederaan leher dan belakang. -TheSun UK |
Tragedi Ramadhan, Jururawat Terbabit Kemalangan Ambulans MENINGGAL DUNIA Posted: 18 Aug 2011 05:33 AM PDT MELAKA, 18 Ogos -- Jururawat Hospital Melaka, Yuhana Yassin, 30, yang terlibat dalam kemalangan ambulans pada Isnin lepas meninggal dunia di Hospital Melaka di sini, hari ini. Jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan di kampungnya di Parit Nipah, Parit Jawa, Muar. Beliau dijangka akan bertunang selepas Aidilfitiri bersama Mohd Faizal (kiri). Kredit: Bernama |
Posted: 17 Aug 2011 11:35 PM PDT GEORGETOWN, 18 Ogos -- Pejabat DAP negeri di Jalan Talipon cuba dibakar awal pagi tadi. Sebelum itu pejabat berkenaan juga disimbah dengan cat merah beberapa hari yang lalu. Anggota-anggota DAP memerhati barang-barang yang musnah akibat kebakaran di pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi tadi. Seorang anggota DAP memerhati barang-barang yang musnah akibat kebakaran di pejabat DAP negeri di Jalan Talipon awal pagi tadi. Siapa la yang bacul sangat ni.....sampai sanggup buat Jenayah semata-mata sebab politik. Eh..eh...parti mana ye yang 'biasa' buat kesalahan jenayah semata-mata sebab politik???...hmmmm : Auhtor Faethal |
Bagaimana ZUL NORDIN Sembunyikan Kebenaran Posted: 17 Aug 2011 10:46 PM PDT Mula-mula sekali, lihat video di bawah pada minit ke 6:23. Pada minit 6:23 di dalam video itu, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin, berkata bahawa Khalifah Umar enggan memasuki sebuah gereja apabila dijemput untuk berbuat demikian. Ini adalah bukti, menurut beliau bahawa umat Islam tidak sepatutnya memasuki sebuah gereja. Beliau tidak pedulikan tentang undang-undang, hujah Zul. Undang-undang Malaysia mungkin tidak mengatakan ianya salah di sisi undang-undang atau haram bagi umat Islam untuk memasuki gereja. Namun nampaknya beliau tidak prihatin dengan perkara itu. Dia hany berpandukan kepada contoh sahabat Nabi dan Khalifah Umar, salah sorang sahabat seperjuangannya Nabi, yang enggan memasuki sebuah gereja. Itu yang paling penting. Zul tidak menerangkan apa-apa butiran mengenai kejadian yang dipetik beliau. Dia tidak menjelaskan bila dan di mana kejadian ini berlaku. Sama ada dia tidak jelas mengenai kejadian itu atau dia sengaja cuba mengelirukan pendengarnya. Dalam hal itu, oleh kerana Zul sama ada tidak jelas mengenai kejadian itu atau enggan untuk menjelaskannya dengan niat untuk mengelirukan pedengar beliau, izinkan saya membantu dengan penjelasan. Pada tahun 638 H, selepas kewafatan Nabi Muhammad, Saidina Umar, Khalifah yang ketiga memimpin tentera Islam menakluki Jerusalem. Pemimpin-pemimpin Kristian Baitulmuqaddis telah menjemput Umar ke dalam Gereja Suci kubur supaya dia dapat menunaikan solat. Umar, bagaimanapun, enggan berbuat demikian kerana menghormati orang-orang Kristian. Sebaliknya, beliau memilih untuk bersolat di luar gereja. Kebimbangan utama Umar ialah, jika beliau memasuki gereja untuk bersolat, maka generasi masa depan umat Islam mungkin menyalahtafsirkan tindakan beliau kerana beliau 'mengambil' atau 'menawan' gereja dan telah ditukar kepada sebuah masjid. Itulah sebabnya mengapa dia memilih untuk bersolat di luar gereja dan bukan di dalam gereja. Ini adalah untuk melindungi gereja dan tidak mencetuskan kekeliruan bahawa gereja-gereja ini telah ditawan oleh kuasa dan dijadikan masjid. Itulah sebab sebenarnya mengapa Umar enggan memasuki Gereja untuk berdoa. Beliau sengaja bersolat di luar gereja untuk mengelakkan sebarang salah faham dan konflik. Beliau mahu menunjukkan bahawa walaupun umat Islam telah menakluki Jerusalem, mereka tidak mengganggu mana-mana gereja-gereja atau mengambil alih gereja dengan kekerasan. Gereja-gereja akan kekal sebagai gereja dan umat Islam perlu membina masjid-masjid mereka sendiri jika mereka mahu bersolat. Saya tidak memakai songkok atau ketayap putih seperti Zul. Tetapi saya tahu sejarah. Dan apa sejarah yang berlaku apabila Umar menakluki Jerusalem. Dan sebab sebenar mengapa Umar menolak jemputan untuk memasuki gereja adalah untuk bersolat. Ia adalah untuk mengelakkan sebarang salah faham dan konflik, dan bukan seperti mana yang Zul lakukan untuk mengelirukan kita. Kredit : m2day |
You are subscribed to email updates from Pulakdah! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan