DIALOG RAKYAT |
- Konspirasi Singkir Najib ! :Rosmah antara punca kemarahan ahli Umno
- NAJIB DAN ROSMAH YANG DIPANGGIL, PENCACAI TUKANG KIPAS PULA YANG TAWARKAN DIRI
- Seorang rentung, 3 cedera dalam kebakaran
- Sambutan merdeka sebaiknya dianjur NGO, parti politik dan sukarelawan
- Jawatankuasa Pemilihan Parlimen
- Perbicaraan Kes Anwar diganggu Kumpulan Gerakan Anti Liwat.
- DAP: Nazri boleh bermimpi, kami akan kekal di Pakatan
- Di sebalik fatwa larang baca Al Quran
- Utusan putar belit fakta berita Nasrudin
- Bukan Islam lebih faham bila berkawan dengan PAS
- Gereja: Jangan masuk perangkap Umno
- Persenda Negaraku di YouTube
- Pertanyaan sesi Parlimen terakhir untuk anak seorang bangsawan
- DAP tetap bersama PAS, PKR
- Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal
- 'Peneroka dapat hutang, bukan pendapatan'
- DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN
- Sistem p'raya cuba dikotorkan, dakwa Mahfuz
- AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz
- KERANDA DAN BATU NISANKAH UNTUK SAIFUDDIN?
- Hanya 4 kerusi lagi untuk tumbangkan BN Negeri Sembilan !
- SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat?
- DAP sedih dengan perkauman Perkasa
- Klip video serang Asyraf ditonton hampir tiga juta orang
- Umno, DEB dan Melayu Tanjung
Konspirasi Singkir Najib ! :Rosmah antara punca kemarahan ahli Umno Posted: 15 Aug 2011 03:27 PM PDT Oleh SAFAR JUMAAT KUALA LUMPUR: Dakwaan Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali mengenai 'ada usaha menjatuhkan Najib Tun Abd Razak' dari jawatannya sebagai Perdana Menteri memang benar wujud. Satu sumber dari Umno memberitahu, lebih 100 Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian-bahagian sudah memulakan usaha ini kerana mereka kecewa dengan sikap Najib selaku Presiden Umno yang terkejarkejar sokongan dari pelbagai pihak tetapi tidak langsung memberi muka kepada Pergerakan Pemuda. Pertemuan demi pertemuan sudah dibuat atas nama ketua-ketua Pemuda Umno bahagian yang kecewa dan terbaru, satu pertemuan diadakan di sebuah restoran makanan Arab di Kampung Pandan, 3 Ogos lalu. Dalam pertemuan tersebut, beberapa pihak yang hadir mendak wa ada percanggahan pendapat mengenai usaha ini kerana mereka tidak mendapat restu dari Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin. Malah, kata sumber itu, Khairy memberi amaran, manamana Exco pergerakan Pemuda Umno yang menawarkan diri untuk terlibat secara langsung, tidak menggunakan platform Pergerakan Pemuda Umno Malaysia sebaliknya menggunakan platform jawatan masing- masing di peringkat bahagian. Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tidak diketahui tetapi beberapa pihak mendakwa, Khairy dan naibnya, Dato' Razali Ibrahim memang dimaklumkan perkembangan ini. Kumpulan ini mendakwa, mereka kecewa kerana Najib dikatakan mempunyai banyak masa untuk mengadakan pertemuan dengan rakan Facebook dan Tweeter tetapi bila Pergerakan Pemuda Umno meminta masa bertemu, tidak mendapat respon positif darinya. Rata-rata anggota gerakan ini mengakui mereka menghadapi kesukaran untuk bergerak sebagai Ketua Pemuda di peringkat bahagian kerana masing-masing tidak mempunyai pendapatan tetap dan tidak diberikan peluang mendapat projek-projek runding terus. Dalam perkembangan sama, seorang lagi Ketua Pergerakan Pemuda Umno dari Wilayah Persekutuan mendakwa, mereka lebih sukar bekerja di bawah kepimpinan Najib ekoran penglibatan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam banyak perkara mengenai pentadbiran. "Kami susah nak men jawab serangan pembangkang untuk isu Rosmah ini tetapi pemimpin seperti Najib tidak pernah mahu mendengar masalah yang kami hadapi di bawah," ujar seorang Ketua Pemuda dari Johor. Katanya, tiada se orang pun dari kalangan Pemuda Umno yang d i b e r i k a n ja watan sebagai Pen g e r u s i GLC set e l a h Khairy sendiri dinafikan sebarang jawatan dalam kerajaan atas kedudukannya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno. Setakat ini, kumpulan ini tidak bercadang untuk mengadakan pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin kerana mendakwa Muhyiddin juga dilihat bersikap tidak serius membantu Pergerakan Pemuda. "Mereka lebih cenderung berjumpa dengan NGO dan wakil-wakil dari luar negara ketika Pemuda Umno sendiri terkapai-kapai untuk meneruskan kerja-kerja yang diamanahkan," kata seorang Ketua Pemuda dari Selangor. Setakat ini, tidak pula diketahui adakah mana-mana Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri-negeri mengetahui atau tidak gerakan ini. Pada 4 Ogos lalu, PAS mendakwa wujud gelombang besar dalam Umno sendiri yang mahu menggulingkan Najib Razak ekoran kebimbangan Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah akan menjadi beban kepada BN dalam mengekalkan Putrajaya pada PRU-13. Mustafa Ali berkata, itu sebabnya Umno sengaja mewujudkan khabar angin kononnya pemimpinpemimpin Pakatan Rakyat telah meng adakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. Mustafa berkata, pemimpin-pemim pin Umno bimbang skandal melibatkan Najib dan Rosmah seperti pembelian kapal selam dan kaitannya dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu, akan memberi kesan ke atas sentimen pengundi terhadap BN. Dalam perkembangan yang sama, beberapa blog menulis Persatuan Bekasbekas Wakil Rakyat Umno (Penawar) yang diperngerusikan Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin telah mengadakan mesyuarat dan dikatakan mendesak Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. | ||
NAJIB DAN ROSMAH YANG DIPANGGIL, PENCACAI TUKANG KIPAS PULA YANG TAWARKAN DIRI Posted: 15 Aug 2011 03:21 PM PDT APABILA Najib dan Rosmah dipanggil untuk menjadi saksi kes fitnah Liwat II DS Anwar, maka beberapa ekor pencacai berebut-rebut mahu dipanggil menjadi saksi agar dapat dilihat sebagai `Panglima' untuk `cover' bos mereka. Ezam sesumpah, Zul Kulim `firaun besar' termasuk juga Gobala yang didedahkan dapat wang jutaan ringgit keluar parti itu serta beberapa ekor lagi sanggup menjadi `tukang sapu' najis bos mereka. Ezam sesumpah mendakwa mengapa Najib dan Rosmah dipanggil sebagai saksi sedangkan mereka berdua tiada kena mengena dengan kes tersebut. Terlalu tumpul otak Ezam sesumpah bila berkata sedemikian. Bukan Ezam sesumpah tidak tahu siapa orang pertama yang ditemui oleh Saiful untuk melaporkan bahawa kununnya dia diliwat. Malahan Saiful ke rumah Najib dengan mudah untuk menceritakan kejadian tersebut. Masih tiada kena mengena jugakah dengan kes Saiful? Beberapa ekor pencacai ini merasa terlalu hina apabila DS Anwar tidak melayan mereka sejak dari dulu lagi. Mereka lebih merasa hina apabila semua program ceramah mereka untuk memburukkan DS Anwar tidak berjaya mempengaruhi rakyat, bahkan rakyat semakin menyokong Ketua Umum PKR tersebut. Sebab itu, mereka sanggup jadi pencacai untuk hadir ke mahkamah demi Najib. Tidak perlu panggil beberapa ekor pencacai ini ke mahkamah kerana watak penting di dalam kes tersebut adalah Najib, Rosmah dan Musa Hassan. Cukuplah dengan mereka ini sahaja untuk kita ketahui kebenarannya nanti. Jika watak penting ini takut atau gentar untuk menjadi saksi, tidak lojik untuk kita dengar cerita dari pencacai `tukang karut' yang mahu mencari makan ini. Lepas ini kita akan tahu siapa lebih `jantan' samada Najib atau Rosmah atau kedua-duanya `betina' belaka./wfauzdin.blogspot.com | ||
Seorang rentung, 3 cedera dalam kebakaran Posted: 15 Aug 2011 03:19 PM PDT BERNAMA KOTA BHARU: Seorang lelaki rentung manakala tiga lagi rakannya cedera setelah Proton Wira yang mereka naiki terbabas lalu terbalik dalam kemalangan di Kampung Jerus, Bukit Abal di Pasir Puteh, malam tadi. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharuddin Yahya, berkata mangsa yang rentung selepas kereta itu terbakar dalam kejadian 10.58 malam itu dikenali sebagai Tuan Mohd Shamsul Tuan Yahya, 35, yang berasal dari Bukit Abal, Pasir Puteh. "Mangsa adalah pemandu kereta berkenaan yang terperangkap selepas kereta itu terbakar manakala tiga lagi rakannya bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang ramai," katanya di sini, hari ini. Katanya siasatan mendapati kereta berkenaan yang datang dari arah Pasir Puteh dikatakan cuba mengelak kenderaan lain yang mahu memasuki simpang. Katanya pemandu kereta berkenaan kemudiannya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik ke cerun jalan yang kemudiannya terbakar. "Bomba bersama lima anggota tiba tidak lama selepas itu dan api yang begitu marak menyukarkan kerja menyelamat," katanya. Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat manakala rakannya itu juga turut dihantar ke hospital yang sama untuk menerima rawatan. Seorang saksi, Juhaili Abu, 42, berkata beliau melihat kereta berkenaan hilang kawalan lalu terjunam ke cerun jalan berkenaan. "Saya terdengar satu letupan yang kuat sebelum melihat api membakar kereta berkenaan dan orang ramai cuba memberikan bantuan," katanya. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata kesemua mereka yang berasal dari Kampung Bukit Abal itu hendak ke Kampung Pak Badol untuk mencari kedai makan. | ||
Sambutan merdeka sebaiknya dianjur NGO, parti politik dan sukarelawan Posted: 15 Aug 2011 03:06 PM PDT BERNAMA KUALA LUMPUR: Penganjuran sambutan hari kemerdekaan sebaik-baiknya dikendalikan oleh badan-badan bukan kerajaan, parti-parti politik atau badan-badan sukarelawan, dan tidak hanya dilaksanakan oleh kerajaan semata-mata, kata Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Beliau berkata, ini kerana sambutan hari kemerdekaan adalah satu acara di mana semua pihak tanpa mengira bangsa, agama dan pegangan politik berhimpun meraikan sambutan itu. "Malangnya di tanah air kita, tidak semua berpendapat sedemikian. Mereka lebih membenarkan program-program merdeka ini dan nasionalisme ini dikendalikan oleh kerajaan," katanya ketika ditemuramah Radio 24, di Wisma Bernama, di sini hari ini. Dalam pada itu, Rais berkata, sambutan kemerdekaan tahun ini akan memberi penekanan kepada acara pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis, pejabat dan rumah berbanding acara lain. "Dulu kita beri bendera untuk kereta dan sebagainya tapi tahun ini kita tidak buat begitu kita terus landaskan pengibaran Jalur Gemilang di premis-premis dan rumah-rumah," katanya. Mengulas mengenai kemunculan media-media baru yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, Rais berkata, ia jelas menunjukkan bahawa sambutan terhadap media cetak semakin berkurangan. Bagaimanapun beliau berkata, ia hanya sementara memandangkan trend semasa yang melihat pengguna gemar mendapatkan maklumat menerusi media baru akan berubah kepada cara tradisional di mana media cetak akan kembali mendapat perhatian. "Dunia media pada hari ini di seluruh dunia sedang melalui satu zaman transisi dengan lain perkataan pelbagai media sedang diuji keberkesanannya, penggunaannya dan tahap-tahap yang boleh diterima sebagai penjalin kemanusiaan," katanya. | ||
Jawatankuasa Pemilihan Parlimen Posted: 15 Aug 2011 02:55 PM PDT KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parlimen dalam masa terdekat bagi menambah baik sistem pilihan raya negara agar tidak timbul sebarang syak wasangka pada masa hadapan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jawatankuasa tersebut yang akan dianggotai oleh wakil rakyat daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang adalah bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih. Katanya, jawatankuasa itu akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum diimplimentasi pada Pilihan Raya Umum Ke-13. "Saya dan anggota Kabinet tidak rela menjadi Perdana Menteri dan menteri tanpa sokongan daripada rakyat. Kami hanya akan menubuhkan kerajaan sekiranya terbukti rakyat benar-benar memilih kerajaan BN. "Jangan ada sesiapa yang salah anggap kononnya kita tidak inginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan. Kerajaan cukup komited untuk meneruskan sistem demokrasi berparlimen yang kuasanya terletak pada tangan rakyat. "Ini adalah pendirian kerajaan dan inilah juga respons kerajaan terhadap pertikaian yang tercetus baru-baru ini," katanya semasa berucap pada majlis berbuka puasa bersama media di bangunan Bernama di sini hari ini. Hadir sama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk G. Palanivel serta isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Mengulas lanjut mengenai keputusan kerajaan untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut, Najib berkata, persetujuan itu bukan perkara baru sebaliknya ia merupakan proses bagi meneruskan tradisi demokrasi berparlimen. Jelasnya, dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan siapa bakal kerajaan dan dengan segala dasar yang dilaksanakan, BN tidak takut untuk menyerahkan nasib parti itu kepada rakyat. "Kalau nasib sabut kita timbullah, kalau batu sebaliknya. Tetapi apa yang penting sekali komitmen kita di sini adalah untuk mengabdikan diri kepada rakyat. Kita merupakan kerajaan yang memperjuang dan membela nasib rakyat. "Kita merupakan kerajaan yang membela kesejahteraan dan kebajikan rakyat dan mendahulukan rakyat itu adalah sesuatu yang dihayati oleh kita," tegasnya. | ||
Perbicaraan Kes Anwar diganggu Kumpulan Gerakan Anti Liwat. Posted: 15 Aug 2011 05:30 AM PDT KL POS
KUALA LUMPUR- Perbicaraan Kes Liwat bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diteruskan hari ini setelah selesai menyoalsiasat beberapa saksi yang dikemukakan beliau termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri. Sementara itu, sekumpulan berpakaian baju kuning yang menggelarkan diri mereka sebagai Gerakan Anti Liwat dilihat berkumpul di luar Mahkamah. Mereka dikatakan mendesak agar pihak mahkamah tidak melayan lagi sebarang karenah pihak Anwar dan mempercepatkan perbicaraan ini sehingga selesai. | ||
DAP: Nazri boleh bermimpi, kami akan kekal di Pakatan Posted: 15 Aug 2011 04:07 AM PDT KUALA LUMPUR — Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969. Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini. "Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini. Nazri menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969. Sambil mengakui majoriti ahli DAP terdiri daripada kaum Cina, Pua (gambar) menegaskan komponen Pakatan Rakyat itu bukan parti berorientasikan kaum. "Kami tidak boleh menerima ideologi BN yang pecah dan perintah," katanya lagi. Dalam kenyataannya, Lim pula mengesahkan komitmen DAP untuk kekal berada dalam Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira agama dan kaum. Ahli Parlimen veteran itu menambah, hanya politik bentuk baru dan "kompak nasional yang baru", yang bebas daripada politik perkauman dan pecah dan belah mampu menyelamatkan Malaysia. Sehubungan itu, Lim mengenang balik nasib yang beliau dan rakan-rakannya lalui apabila pemerintah mengheret mereka ke mahkamah dan mengenakan hukuman termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sepanjang 45 tahun perjuangan mereka dalam mempertahankan kepercayaan politik pihaknya. "Kesemua pengorbanan ini bukan hanya untuk DAP menggantikan MCA dalam Barisan Nasional," kata wakil rakyat Ipoh Timur ini. Pendirian dua pemimpin itu menolak seiring dengan jangkaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan oleh The Star hari ini. Akhbar milik MCA itu memetik Dr Chua berkata tidak mungkin DAP akan menerima pelawaan Nazri. Dr Chua memperlekehkan Nazri yang berkata MCA sudah hilang sokongan masyarakat Cina. MCA berhadapan dengan prestasi buruk dengan hanya mempertahankan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri. | ||
Di sebalik fatwa larang baca Al Quran Posted: 15 Aug 2011 04:04 AM PDT
| ||
Utusan putar belit fakta berita Nasrudin Posted: 15 Aug 2011 04:02 AM PDT
| ||
Bukan Islam lebih faham bila berkawan dengan PAS Posted: 15 Aug 2011 03:58 AM PDT
| ||
Gereja: Jangan masuk perangkap Umno Posted: 15 Aug 2011 03:55 AM PDT
| ||
Posted: 15 Aug 2011 03:53 AM PDT KUALA LUMPUR – Sejak kebelakangan ini terdapat kecenderungan segelintir individu memuat naik video yang didakwa sengaja mempersendakan lagu Negaraku di YouTube. Tinjauan Kosmo! di laman web berkenaan mendapati ia masih boleh diakses orang ramai dan tidak dialihkan meskipun telah dimuat naik lebih tiga tahun lalu selain telah ditonton lebih 100,000 kali. Selain video yang memaparkan lagu Negaraku dalam rentak muzik rock, ada juga video yang memaparkan gelagat dua warga asing menyanyikan semula lagu tersebut sambil ketawa sekali gus menyinggung perasaan rakyat negara ini. Seorang pekerja swasta, Nuratiqah Samad, 25, berkata, dia kecewa dengan tindakan individu terbabit memuat naik video-video berkenaan di YouTube serta menyifatkan tindakan itu sebagai tidak patriotik. "Baru-baru ini, saya cuba mencari lagu Negaraku di YouTube sempena Hari Kemerdekaan dan terkejut apabila menemui video-video sedemikian. "Saya kecewa kerana ia boleh diakses dan dilihat di seluruh dunia," katanya kepada Kosmo!. Bagi jurugambar bebas, Shahrul Hassan, 40, dia marah dengan sikap 'kreatif tidak bertempat' segelintir individu yang mengubah irama lagu Negaraku dan kemudian dimuat naik di laman web tersebut. - Kosmo | ||
Pertanyaan sesi Parlimen terakhir untuk anak seorang bangsawan Posted: 15 Aug 2011 03:50 AM PDT Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen Ke-12 (2011) berkemungkinan besar merupakan sesi Parlimen terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ketiga Belas (PRU Ke-13) diadakan. Mengikut takwim Parlimen, Dewan Rakyat dijadualkan untuk bersidang mulai 3 Oktober 2011 sementara Perdana Menteri (PM) merangkap Menteri Kewangan Najib Razak akan membentangkan Belanjawan Negara 2012 pada petang 7 Oktober 2011. | ||
Posted: 15 Aug 2011 03:45 AM PDT DAP bukannya parti Cina berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina tetapi sebuah parti yang berjuang untuk kepentingan semua. PETALING JAYA: DAP tetap komited bersama PAS dan PKR untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 bagi mengembalikan hak warga negara seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Penasihat Lim Kit Siang berkata, DAP berjuang untuk membawa perubahan fundamental bagi membuka langkah memajukan sumber guna tenaga dan kemahiran bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu padu dan maju. "DAP bukannya parti Cina berjuang untuk kepentingan masyarakat Cina. Tetapi sebuah parti Malaysia yang berjuang untuk kepentingan semua, sama ada Cina, Melayu, India, Iban, Kadazan atau Orang Asli sebagai rakyat biasa yang mempunyai hak sama rata," kata beliau. Lim berkata, para pemimpin DAP telah bertungkus lumus dan melakukan banyak pengorbanan hanya kerana berpegang teguh dengan perjuangan politik mereka sejak 45 tahun yang lampau. "Mereka (para pemimpin DAP) pernah didakwa dan dianiaya di mahkamah, ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (yang paling lama empat tahun sembilan bulan) dan dipenjara. "Mereka juga dibatalkan sebagai ahli Parlimen dan diharamkan dari memegang jawatan selama lima tahun kerana bertegas dalam perkara-perkara prinsip, berjuang untuk kepentingan rakyat Malaysia yang melangkaui sempadan bangsa dan agama. "Setelah membuat pengorbanan dan melalui kesengsaraan ini tidak mungkin DAP dapat menggantikan MCA dalam Barisan Nasional. Oleh itu, persoalan DAP menyertai BN tidak timbul," tegas Ahli Parlimen Ipoh Timor itu. Lim berkata demikian dalam blognya hari ini berhubung undangan yang dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kelmarin agar DAP menyertai BN. Mengulas perkara ini, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, besar kemungkinan DAP tidak akan menyertai BN memandangkan DAP boleh menonjolkan dirinya sebagai jaguh apabila berada "di luar" kerajaan. Komen Nazri disiarkan oleh akhbar Sin Chew Daily semalam dan beliau menambah, Perikatan (kini BN) pada 1969 lalu mengundang Gerakan menyertai Perikatan apabila parti itu menang di Pulau Pinang. | ||
Jakim sahkan mentega 'Golden Churn' tak halal Posted: 15 Aug 2011 03:41 AM PDT MALAYSIA KINI Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal. Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza. "Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan. Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru. Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak. Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas. | ||
'Peneroka dapat hutang, bukan pendapatan' Posted: 15 Aug 2011 03:31 AM PDT Salhan K Ahmad Setiausaha biro Felda PKR, Rebin Birham menyanggah dakwaan perdana menteri bahawa bahawa peneroka Felda mampu mencapai pendapatan sehingga RM4,000 sebulan. Golongan peneroka tersebut, khususnya yang terlibat dalam program tanaman semula bukannya menerima pendapatan tetapi hutang, kata Rebin. Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam laporan Utusan Malaysia hari ini juga dipetik sebagai berkata, setiap golongan peneroka ini bukan sahaja mampu memiliki harta seperti rumah banglo malah beberapa buah kereta. Mengulas kenyataan itu, Rebin berkata keadaan sebenar perlu dilihat dalam masalah yang berlaku di tanah rancangan yang terlibat dengan proses tanam semula. "Ini kenyataan yang sangat bercanggah. Apa yang nyata peneroka bukan ada pendapatan tapi dibebani hutang," kata Rebin yang menjelaskan bahawa peneroka berkenaan menanggung hutang tersebbut melalui bayaran "sara hidup" yang diterima daripada Felda setiap bulan. Penyelidik di Sekretariat Task Force Selangor itu juga berkata, peneroka berkenaan akan menerima bayaran tersebut sehinggalah tanaman mereka membuahkan hasil. Bayaran yang semakin meningkat itu, bermula dengan bayaran RM1,000 sebulan sebagai permulaan untuk tahun pertama, akan terkumpul dan membebankan peneroka apabila proses tanaman semula mengalami kelewatan, kata Rebin lagi. Jelasnya, bayaran tersebut mula dibuat kepada peneroka sejak tanaman getah atau kelapa sawit ditebang untuk program tanaman semula. Ini menyebabkan peneroka terpaksa bergantung kepada pinjaman berkenaan dan ada di antara golongan itu yang didakwa menanggung hutang sehingga RM92,000 – hanya dalam tempoh lapan tahun. "Jadi macam mana (Najib) boleh kata pendapatan peneroka meningkat? Peneroka yang sebenarnya ada pendapatan sekitar RM3,000 sebulan adalah yang tanam semula secara persendirian. "Peneroka inilah yang sering dikatakan tak kenang budi, yang keluar dari rancangan Felda dan kemudiannya dianaktirikan. "Kumpulan inilah yang berjaya tapi PM kata peneroka ada pendapatan, ini tak betul," kata Rebin lagi ketika dihubungi Malaysiakini. Golongan peneroka yang mengambil tindakan untuk menjalankan tanam semula secara persendirian itu bagaimanapun didakwa terus menerima ugutan daripada pengurus Felda dan juga Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Rancangan masing-masing. Rebin berkata, keadaan itu menyebabkan bilangan peneroka 'persendirian' itu semakin berkurangan seperti yang dikesan di Felda Palong 9, Negeri Sembilan. "Di Palong 9 (Negeri Sembilan) ada program tanam semula melibatkan seramai 250 orang peneroka. Yang tanam sendiri ada 15 orang. Pada permulaannya ada 80 orang, tapi setelah diugut, akhirnya bilangan mereka berkurangan. "Ugutannya, tidak dapat bantuan sekolah, bantuan hari raya dan insentif tertentu yang ditawarkan Felda. Mereka ini kononnya boleh disingkir jadi bila dengar disingkir, dia takut. "Mereka juga dimomokkan bahawa tidak dapat sara hidup, walhal sara hidup itu sebenarnya hutang," katanya lagi. Tekanan seperti itu memaksa peneroka mengambil tindakan mahkamah ke atas Felda – sebanyak lapan kes setakat ini termasuk dari kumpulan peneroka di Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan – yang kebanyakannya dilihat memihak kepada peneroka. Terbaru ialah kes saman RM344 juta yang dikemukakan oleh 711 peneroka dari tanah rancangan Jengka, berhubung dakwaan penipuan dan pecah amanah melibatkan kadar perahan minyak sawit. | ||
DAP tolak pelawaan Nazri untuk sertai BN Posted: 15 Aug 2011 03:30 AM PDT Susan Loone Pemimpin DAP hari ini berikrar untuk berdiri teguh bersama sekutu Pakatan Rakyat - PAS dan PKR - dan menolak pelawaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz untuk menyertai BN. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata undangan Nazri datang secara tiba-tiba itu dan beliau tidak pasti motif beliau berbuat demikian. "Kami berdiri teguh bersama sekutu kami dalam Pakatan. Kami adalah berbilang kaum. Mungkin MCA dan Gerakan telah hilang perwakilan masing-masing di kerusi-kerusi mereka, "katanya kepada pemberita di Pulau Pinang apabila diminta mengulas. "Namun kedua-dua pihak itu hanya memperjuangkan satu bangsa, sementara kita mempertahankan hak semua rakyat Malaysia. Jadi persoalanan (DAP menyertai BN) tidak timbul," katanya. Pelawaan Nazri itu disiarkan menerusi akhbar harian Cina Sin Chew Daily hari ini. Beliau yang ditemubual akhbar itu juga berkata, Gerakan - yang pernah menjadi pembangkang - telah dijemput untuk menyertai Perikatan pada tahun 1969. Mengulas isu yang sama, ahli parlimen Ipoh Timor Lim Kit Siang berkata, sejak 45 tahun yang lalu, pemimpin DAP telah berusaha bersungguh-sungguh dan banyak berkorban demi kepercayaan politik mereka. "Pemimpin kami, ramai yang dianiaya dan didakwa di mahkamah, (ada) yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)". Sesetengah mereka telah "dipenjarakan dan hilang kelayakan sebagai ahli parlimen dan ada juga dihalang daripada bertanding selama lima tahun tetapi demi perjuangan mereka tabah dan bersabar bagi menegakkan hak semua rakyat Malaysia merentasi bangsa dan agama". "Semua pengorbanan ini bukan untuk DAP bagi menggantikan MCA dalam BN," katanya dalam satu kenyataan hari ini. "Hanya politik baru dan penghindaran dari politik 'pecah dan perintah' mengikut garis etnik dan mementingkan diri sendiri... boleh menyelamatkan Malaysia." | ||
Sistem p'raya cuba dikotorkan, dakwa Mahfuz Posted: 15 Aug 2011 03:26 AM PDT MALAYSIA KINI Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff tidak wajar mempertahankan sistem sedia ada dengan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak ada daftar pemilih yang bersih di dunia ini, kata PAS. Naib presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan itu dikira memalukan dan tidak wajar" dikeluarkan oleh seorang yang mengetuai sebuah badan bebas. "Yang (beliau) sepatutnya melihat persoalan-persoalan untuk memastikan daftar pemilihan dan proses sistem pilihan raya dapat berjalan dengan baik dan telus. "Bukan kita membawa isu-isu yang tidak ada di dunia ini, (iaitu) daftar pemilih yang bersih seperti yang didakwanya," katanya. Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena mendakwa pada masa ini terdapat pihak yang cuba "mengotorkan" sistem pilihan raya dan daftar pemilih. "Jadi, bukan isu tidak ada (di) dunia daftar pemilih yang bersih. Itu satu persoalan yang lain. "Dan saya sangat mempersoalkan apakah rakyat di negara maju yang lain begitu dungu sehingga tidak dapat mengesan daftar pemilih yang bersih," katanya. Sementara itu, mengulas projek pemutihan rakyat asing yang sedang giat dijalankan, Mahfuz mendakwa terdapat usaha memberikan kerakyatan kepada bangsa asing untuk kepentingan politik BN. "Saya menganggap bahawa perbuatan memberi warga asing taraf kerakyatan sampai ke peringkat menjadi pengundi, menunjukkan SPR dan kerajaan tidak patriotik terhadap negara kita. "Ini sangat merbahaya, apabila sifat patriotik itu sudah tidak ada, sehingga sanggup menjual dan menggadai masa depan, kedaulatan dan keselamatan negara," katanya. Sehubungan itu, beliau menggesa penubuhan sebuah badan bebas yang diletakkan di bawah parlimen untuk memilih dan merombak suruhanjaya tersebut. Katanya, badan bebas tersebut bertanggungjawab untuk memilih individu yang kredibel dan wibawa untuk mengendalikan SPR dan memastikan perjalanan pilihan raya yang bersih. | ||
AirAsia-MAS: Sejarah akan berulang kata Mahfuz Posted: 15 Aug 2011 03:17 AM PDT Abdul Rahim Sabri Naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa pertukaran saham syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dimiliki rakyat dengan syarikat penerbangan tambang murah Air Asia yang dimiliki individu dilihat "mengulangi sejarah lama" iaitu perpindahan MAS kepada Tan Sri Tajudin Ramli. Selain itu, dakwa Mahfuz, penyelesaian luar mahkamah saman syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terhadap Tajudin yang didakwanya mempunyai kaitan, adalah "manifestasi kegagalan dasar dan program penswastaan" mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Kedua-dua perkara ini merupakan simbol kronisme dan rasuah yang paling hebat dan penswastaan atas dasar 'who do you know' dan 'lu tolong gua, gua tolong lu'. "Walaupun Tun Dr Mahathir telah bersara selama lebih kurang tujuh tahun, ingin saya katakan tetapi rakyat masih terbeban dengan bayaran, kebobrokan pemerintahan 22 tahunnya," katanya. Sehubungan itu, katanya pertukaran saham Air Asia yang lebih tinggi berbanding saham MAS akan sekali lagi menyaksikan sejarah berulang seperti mana perpindahan MAS, syarikat yang dimiliki rakyat dan negara kepada Tajudin Ramli Mahfuz mendakwa hal itu menunjukkan berlakunya permulaan kembali kepada zaman lama yang berkemungkinan suatu hari nanti Air Asia boleh mengambil alih MAS secara sepenuhnya. Ketelusan tinggi "Ini satu perkara yang tidak mustahil, kalau pendekatan seumpama ini dilihat tidak mempunyai satu ketelusan yang sangat tinggi," katanya. Minggu lalu, MAS dan AirAsia memeterai rangka kerja kerjasama komprehensif (CCF) untuk meneroka peluang sinergi dalam pelbagai bidang di bawah sektor penerbangan. Di bawah perjanjian ini, Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham terbesar dalam AirAsia, akan mengambil-alih 20.5 peratus saham dalam MAS manakala Kazanah Nasional Berhad pula akan memiliki pegangan 10 peratus saham AirAsia dan terus menjadi pemegang saham utama dan tunggal terbesar MAS. "Menyatakan kerajaan masih mempunyai 'golden share', tetapi akhirnya ternyata yang untung adalah Tajudin Ramli, yang rugi adalah rakyat," katanya. Mengulas lanjut, Mahfuz berkata beliau tidak pasti sama ada urusan pembelian saham tersebut sebelum itu diadakan mesyuarat agung dengan mendapat persetujuan pemegang saham minoriti. "Saya juga meminta dalam isu penjualan pembelian (saham) MAS -Air Asia ini, kerajaan harus menjelaskan berapa liabiliti kedua-dua syarikat ini... Sebab rakyat ingin tahu mana liabiliti yang lebih besar, sama ada liabiliti mas kebih besar atau liabiliti air asia yang lebih besar. "Berapa tunai yang Air Asia ada dan berapa tunai yang MAS ada, berapakah keuntungan yang dibuat oleh kedua-dua syarikat ini. Perlu diperjelaskan oleh kerajaan," katanya. Mengulas lanjut, Mahfuz berkata MAS suatu ketika dahulu setaraf dengan Singapore Airline, Cathay Pasific dan Ittihad, tetapi kini syarikat berkenaan didakwa menanggung kerugian dan tidak dapat bersaing maju. Bagaimanapun, beliau berkata lebih menyedihkan apabila perpindahan hak milik rakyat kepada Tajudin yang didakwanya menyebabkan MAS kerugian RM8 billion dan tidak dipertanggungjawab atas kerugian tersebut. "Tiada siapa yang dipertanggungjawab atas segala kecurian sebanyak lapan billion, walapun pada peringkat awal sebelum itu ada usaha untuk mengheret Tajudin Ramli (ke mahkamah). "Tetapi sekarang sudah ada keputusan untuk menyelesaikan atau menarik balik kes terhadap Tajudin Ramli daripada GLC-GLC yang terlibat," katanya yang juga ahli parlimen Pokok Sena. | ||
KERANDA DAN BATU NISANKAH UNTUK SAIFUDDIN? Posted: 15 Aug 2011 12:05 AM PDT Oleh: HAJI MELAYU Bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah itu dianggap sebagai satu daripada Trojan horse pembangkang bukanlah perkara baru. Telah lama orang bercakap mengenainya dan ia semakin dirasakan benar apabila anggapan itu disokong oleh beberapa kenyataan atau tindakan Saidfuddin sendiri. Terkini ialah apabila Saifuddin sekali lagi menunjukkan bahawa dia tidak sependapat dengan sebahagian besar pemimpin BN dan Umno dalam membandingkan perhimpunan BERSIH 2.0 dengan rusuhan di kota LondonKebanyakan pemimpin UMNO, dengan rasminya burung belatuknya, memang sekata bahawa BERSIH 2.0 boleh bertukar menjadi rusuhan seperti yang terjadi di London. "Saya tidak bersetuju dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang, tetapi saya tidak akan tidak bersetuju dengan tuntutan BERSIH dan saya juga tidak bersetuju bahawa BERSIH dibandingkan dengan rusuhan London," itu yang ditegaskan oleh Saifuddin dalam satu forum anjuran ABIM di Kajang semalam. Dalam forum yang sama, Saifuddin malah menganggap kerajaan telah gagal menangani tindakan BERSIH untuk berarak pada 9 Julai dengan mempertimbangkan kemungkinan satu perhimpunan aman seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). Katanya, sesetengah orang tidak seharusnya begitu takut dengan perkataan "demonstrasi" sehingga mendapati bahawa walaupun ada pihak yang mengadakan demonstrasi tetapi ia diberi nama atau labelkan dengan perkataan lain. Dengan kenyataan itu, Saifuddin sebenarnya turut mengambil pendirian berbeza daripada bosnya, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, kelmarinberkata parti-parti gabungannya bersependapat bahawa rusuhan di London membuktikan bahawa tindakan keras kerajaan ke atas peserta BERSIH 2.0 adalah wajar. Dalam budaya politik UMNO/BN, apabila anda memberi pendapat yang bertentangan dengan 'akidah dan amalan' pemimpin-pemimpin utama anda, maka kemungkinan untuk anda menjerut tali ke leher sendiri amatlah cerah. Saifuddin sendiri tentu tahu risiko yang menantinya, lebih-lebih lagi dalam saat-saat di mana negara dipercayai akan menghadapi pilihan raya umum dalam tempoh yang tidak begitu lama lagi. Dengan lain bahasa, Saifuddin mempertaruhkan kerusinya apabila membuat kenyataan-kenyataan seperti itu. Bagaimanapun bagi mereka yang menghargai keberanian dan kebebasan memberikan pendapat, pandangan Saifuddin selayak-layaknya dialu-alukan. UMNO/BN sepatutnya memberi lebih banyak tempat dan ruang kepada pemimpin seperti ini. Tetapi percayalah, berdasarkan pengamatan saya perkara seperti itu tidak berlaku. Apa yang selalunya disediakan oleh UMNO/BN kepada pemimpin seperti Saifuddin ialah keranda dan batu nisan. | ||
Hanya 4 kerusi lagi untuk tumbangkan BN Negeri Sembilan ! Posted: 15 Aug 2011 12:01 AM PDT DETIK DAILY PAKATAN Rakyat hanya memerlukan tambahan empat lagi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Negeri Sembilan dalam PRU13 tak lama lagi. Tambahan empat kerusi bukanlah sesuatu yang sukar, bagaimanapun ia tidak boleh dipandang mudah, tegas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Mohamad Taufek Abdul Ghani. Katanya, apa yang penting Pakatan mampu mempertahankan kerusi yang sedia ada di kawasan bandar dan menyusun strategi untuk menarik sokongan masyarakat di Felda dan kampung."Pada saya persiapan kali ini (PRU-13) adalah lebih baik daripada Pilihan Raya Umum 2008. Kita harap dengan perkembangan yang ada PAS akan mencatat keputusan yang lebih memberangsangkan," katanya. Mohamad Taufek yang juga Adun Paroi yakin Pakatan Rakyat akan membentuk kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang. Dari segi bilangan kerusi, Pakatan Rakyat kini menguasai 15, berbanding BN hanya 21. Beliau mendakwa, lokasi Negeri Sembilan yang terletak di pinggir Lembah Kelang sepatutnya tahap pencapaian ekonominya, jauh lebih baik. Tetapi, katanya, kerajaan Umno-BN yang ada gagal meningkatkan ekonomi rakyat dengan hanya mengutip pendapatan negeri sekitar RM300 juta setahun. Jumlah ini, dakwa Mohamad Taufek hanya cukup untuk perbelanjaan pengurusan dan inilah isu yang akan diketengahkan kepada rakyat. | ||
SPRM dakwa bina bangunan dengan wang lebihan zakat? Posted: 14 Aug 2011 11:57 PM PDT PASPB Salah seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa duit lebihan zakat digunakan untuk membina bangunan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Menurut Pegawai itu fakta ini diperolehi dari Mufti Melaka sendiri. Beliau berkata demikian semasa perbincangan pihaknya dengan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari di Ibu Pejabat SPRM Melaka di Alai minggu lalu. Persoalan yang timbul di sini ialah :- 1) Benarkan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat? 2) Benarkan dakwaan bahawa Mufti menyatakan bangunan itu dibina dengan wang lebihan zakat? 3) Benarkan wang zakat negeri Melaka berlebih kerana tidak ada lagi asnaf yang layak menerima zakat sedangkan bilangan orang miskin masih ramai, anak-anak kita yang belajar di dalam dan di luar negara masih ramai yang tiada bantuan, orang-orang yang berjuang Fi Sabilillah masih ramai dan lain-lain. 4) Halalkan wang zakat digunakan untuk tujuan membina bangunan dan jika ianya dibenarkan ia tergolong asnaf yang mana satu? Persoalan ini timbul ekoran 'follow up' yang dilakukan oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari terhadap laporan yang dibuat oleh PAS pada bulan Februari lalu terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2010. Kita sebagai rakyat mengharapkan SPRM menyiasat perkara ini, malangnya SPRM meminta PAS pula menyiasatnya keraan menurut SPRM mereka tidak menemui sebarang penyelewengan dan salah satu pihak terbabit. SofiWahab | ||
DAP sedih dengan perkauman Perkasa Posted: 14 Aug 2011 11:48 PM PDT Roketkini.com KUALA LUMPUR – DAP sedih kerana masih ada segelintir ekstremis mahu menghancurkan keharmonian rakyat Malaysia dengan ancaman dan ugutan serius. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok berkata, ugutan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali terhadap Kerajaan Pusat agar mengambil tindakan terhadap DAP yang kononnya terlibat dalam 'konspirasi Kristian,' adalah tidak wajar. "Tuduhan Ibrahim terhadap DAP hanya berdasarkan rasa emosi, bukan dengan fakta yang kukuh. Konspirasi itu juga fitnah besar. "DAP sedih dengan kenyataan itu dan menegaskan bahawa kami tidak pernah sama sekali membelakangi kepentingan semua kaum, agama, budaya mahu pun bahasa mana-mana masyarakat di Malaysia," katanya. Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menegaskan keahlian penganut Kristian di dalam DAP adalah yang paling sedikit berbanding penganut Hindu dan Buddha serta kepercayaan kaum Cina. "Ini adalah kerana Kristian bukan agama popular dalam keahlian DAP. Jadi, macam mana DAP boleh mengadakan konspirasi seperti apa yang Ibrahim tuduh itu?" kata Exco Kanan Kerajaan Selangor itu yang juga beragama Kristian. Semalam, media melaporkan Ibrahim mengugut akan mengambil tindakan dan "kerajaan tidak harus menyalahkan Perkasa" jika kerajaan tidak menyelesaikan isu 'konspirasi Kristian' selain menuduh perhimpunan aman Bersih 2.0 lalu sebagai tidak sah dan mendakwa Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam rakaman video seks. Justeru, Teresa mempersoalkan kenapa Ibrahim kerap membangkitkan isu-isu sensitif bertujuan memecahbelahkan keharmonian rakyat Malaysia. "Kalau mahu cari publisiti murah pun, janganlah sampai membangkitkan kemarahan antara kaum dan agama," katanya. Jelasnya, sejak penubuhan Perkasa, kenyataan dan tindakannya amat agresif dan bersifat mengelirukan rakyat Malaysia, tetapi tidak dikenakan apa-apa tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa. Beliau memberi contoh pada pelancaran perhimpunan Gerak Aman di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru anjuran Perkasa 19 Jun lalu, Ibrahim telah menghentam perhimpunan Bersih dengan membakar gambar Pengerusi Bersih Datuk Ambiga Sreevenasan dan menggambarkannya sebagai "wanita Hindu yang merbahaya." "Adakah kekerasan sebegini melambangkan 'perjuangan' Perkasa? Adakah Perkasa mewakili semua orang Melayu di Malaysia?" kata Teresa. | ||
Klip video serang Asyraf ditonton hampir tiga juta orang Posted: 14 Aug 2011 11:43 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER LONDON — Klip video YouTube mengenai serangan kejam dan kemudian menyamun seorang pelajar Malaysia, Mohd Asyraf Haziq Rossli di Barking, East London, telah ditonton hampir tiga juta orang, menurut sumber-sumber pemantauan British. Ini merupakan klip video 'single' mengenai rusuhan dan rampasan di London dan di bandar raya lain di Britain. "Cakap-cakap mengenai serangan kejam terhadap pelajar Malaysia itu telah tersebar luas yang hampir semua yang saya tahu, mahu melihat klip itu di YouTube. Orang ramai bersimpati dengan nasib pelajar itu dan ketabahannya," kata Percy Higgins, ahli kimia di London dalam temu bual melalui telefon dengan Bernama. Asyraf (gambar), 20, pelajar tahun pertama jurusan perakaunan tajaan Mara di Kaplan College, yang telah keluar dari Royal London Hospital selepas pembedahan, berkata kepada wartawan bahawa beliau tidak ada perasaan dendam atau sakit hati dengan rakyat Britain. Katanya beliau akan meneruskan pengajiannya di London kerana itulah tujuannya datang ke Britain, walaupun ibu bapa Asyraf menggesa anaknya itu untuk pulang ke Malaysia dan meneruskan pelajarannya di sana. Perdana Menteri Britain David Cameron, yang telah menonton filem itu, menyifatkan serangan terhadap pelajar Malaysia tersebut sebagai satu kutukan menyakitkan dan meluatkan. Sambil menyifatkan rusuhan itu sebagai jenayah, tulen dan mudah, Cameron mengumumkan beberapa langkah bertujuan membawa dalang serangan tersebut ke muka pengadilan. Tangkapan pertama berkaitan dengan serangan itu dan samun terhadap Asyraf telah dibuat. Reese Donovan, berumur dalam lingkungan 20-an dan tinggal di East London, didakwa merompak telefon bimbit jenis Nokia dan PSP jenis Sony Asyraf. Donovan adalah salah seorang anggota kumpulan remaja lelaki yang berpura-pura membantu pelajar Malaysia itu yang telah jatuh di mana giginya patah serta cedera di rahang setelah beliau diserang dan disamun oleh perusuh. Klip video itu menunjukkan Donovan bukan menolong Asyraf tetapi mengambil barang-barangnya dari beg sandang di belakangnya yang dikatakan semuanya bernilai 300 pound. Asyraf sedang berbasikal apabila beliau diserang oleh sekumpulan budak-budak lelaki dan basikalnya dicuri oleh mereka yang berumur tidak lebih 12 tahun. Dalam reaksi terhadap seorang rakyat asing di Britain, rakyat negara ini mengkritik tindakan ganas dan samun itu terhadap mangsa tersebut. Sebuah laman web diwujudkan "Let's Do Something Nice For Asyraf Haziq" (Marilah Buat Sesuatu Yang Baik untuk Asyraf Haziq) bagi memungut sumbangan wang untuk pelajar berkenaan. Satu mesej di laman web itu mengumumkan bahawa hampir 4,000 pound telah dipungut untuk Asyraf. | ||
Posted: 14 Aug 2011 11:42 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan