Isnin, 15 Ogos 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Blog Umno Akan Cakap Mufti Pulau Pinang Tua Kutuk Nak Mampos?

Posted: 15 Aug 2011 03:00 PM PDT

Apabila TG Nik Aziz ulas isu azan, ada pencacai umnongok yang cakap TG Nik Aziz tua nak mampos. Di sini dah terserlah kebodohan dan kejahilan puak ni.

Sebagai rujukan:

Blog Umno Cakap Nik Aziz Tua Kutuk Nak Mampos?


Umno Dan BN Pembela Islam? Siapa Tua Kutuk Nak Mampos?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi1gpc1aWZuOTHdlnmCahICx_feWD1HAA-cZV89vTmCgrOUaVinh-1F2qzRPGgPYFQG1ffchpOr1WJkt-9Rpq1scLtwthRK9AZVltYSl8Q4wrd0qMOka8N9_wtlY1cEXE4y6-q23HR6rXj2/s1600/DSCN1540.JPG

pekeliling

http://www.malaysiandigest.com/images/newfolder/hasan%20ahmad.jpg

Mufti Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 15 Ogos – Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad menegaskan larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Oleh itu katanya, tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad s.a.w dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya dipetik Bernama Online.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya, banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ianya tidak memerlukan perkenan Seri Paduka bagianda.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.

Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

Kerabu bersuara:

Mufti kena berani! bukan macam ustaz Umno, ajak berjumpa dan berbincang terus kecut!

Sembang kat belakang bab agama dan isu semasa macam nak bergegar KLCC

Berani untuk berhujjah macam ni digalakan macam Islam

Ada fakta yang bernas! ada dalil yang menyokong sesuatu perkara

Bukan macam puak umno, pemimpin cakap merapu macam penyanyi karaoke box!

Datang je isu, terus ulas. Macam orang bodoh, padahal taraf menteri!

Apa kata blog umno? mufti tua nak mampos? kita tunggu apa kata mereka

Video lucah bersepah dalam blog, nak ulas isu agama? pppuuihhhh!

Umno yang nak mampos!

Kenyataan Terkini Mufti Pulau Pinang Berkaitan Isu Azan

Posted: 15 Aug 2011 05:30 AM PDT

Mufti: Larangan pembesar suara nasihat hukum

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

- Bernama

Pembaca blog kerabu bersuara boleh klik pada link di bawah untuk faham selanjutnya. Umnongok tolong faham dan selidik dulu. Jangan malas-malas, nanti Bodoh macam Zahid

http://mufti.penang.gov.my/gambar/kenyataan%20mufti.pdf

Mujahid: Di sebalik fatwa larang baca Al Quran

Posted: 15 Aug 2011 04:00 AM PDT


Mujahid Yusof

Pulau Pinang memang mendapat perhatian yang cukup meluas sejak 2008 tapi malangnya tumpuan media ke Pulau Pinang lebih berniat malafide dan kadang-kadang berbaur fithan dan pembohongan. Paling menarik isu Pulau Pinang ialah berligar di sekitar isu Melayu dan Islam di Pulau Pinang dengan mesej perkauman yang rumusannya ialah tentang penindasan kerajaan Dap ke atas orang Melayu dan Islam di Pulau Pinang.

Terkini ialah isu larangan membaca Al Quran dengan menggunakann pembesar suara dari corong mesjid dan surau. Sememangnya telah diduga keputusan dari Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang tentang isu ini akan mengundang kontraversial dan pastinya menjadi bola tanggung bagi Umno dan sekutunya untuk membidas dan melibas kerajaan negeri mengikut tema serangan media
yang sudah ditetapkan oleh sutradara-sutradara di Putrajaya.

Tidak sukar untuk mengenali modus operandi media perdana yang bertaraf longkang di Malaysia ini kerana gaya pemikiran mereka mendatar dan mudah dibaca, apatah lagi latarbelakang perundangan yang mencengkam pengamal media perdana hari ini menyebabkan media di Malaysi tidak berada pada tahap kebebsan yang sepatutnya.

Apapun isu 'larangan membaca Al Quran dari corong pembesar suara mesjid dari pejabat Mufti Pulau Pinang sekali lagi akan menjadi mangsa media yang bagai harimau lapar menanti sahaja peluang yang ada untuk menyerang mangsanya.

Saya memulakan penulisan ini dengan menyentuh pihak media kerana merekalah yang bertanggungjawab untuk mengkaburkan keadaan dan mengeksploitasikan keadaan untuk melaksanakan agenda menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya kesal kerana isu pokok pandangan Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang dalam kes ini telah dikaburkan manakala tambahan 'rempah ratus' menyedapkan golongan pemfitnah terus digembar-gemburkan sehingga asal permasalahan diabaikan. Ini sesuatu yang tidak adil kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipesongkan niat asal keputusan itu dibuat.

Saya melihat isu ini dalm perspektif yang objektif kerana asas keputusan itu dibuat jauh dari sebarang kepentingan politik atau campurtangan politik. Kedua, keputusan itu dibuat mengikut kerangka dan proses kerja Jabatan Mufti dan bukan dalam kerangka Exco Agama Pulau Pinang dan jauh sekali Pejabat Ketua Menteri.

Dari awal lagi asas keputusan dibuat tiada unsur kepentingan pentadbiran kerajaan negeri. Jabatan Mufti bertindak di atas kes aduan yang dibuat dan Jawatankuasa Fatwa akan berbincang dengan bantuan unit penyelidikan di Jabatan Mufti dengan merujuk kepada kes yang diadukan.
Dalam hal ini kes yang diadukan ialah hukum penggunaan pembesar suara yang memperdengarkan ayat-ayat Al Quran dari corong mesjid dan surau. Aduan ini juga beralasankan bahawa perbuatan itu 'mengganggu' suasana sekeliling. Jawatankuasa Fatwa bersidang bagi menjawab persoalan ini. Dorongan keputusan di sini jelas datang dari proses biasa apabila sesuatu kes diadukan untuk mendapatkan hukum Islam dalam hal ini.

Kerakusan media 'membelasah' pandangan ini melalui kenyataan-kenyataan yang provokatif telah memburukkan institusi pembuat keputusan dalam Islam dan kedudukan Mufti sendiri sebagai Penasihat Raja-Raja Melayu. Apakah kerana kenyataan keputusan ini datang dari Pejabat Mufti Pulau Pinang maka ia tidak perlu dihormati? Apa bezanya institusi Mufti Pulau Pinang dengan yang lain?

Mengapa Perlis yang sudahpun membuat keputusan larangan ini tidak kecoh dan heboh? Mengapakah Perlis tidak dilabel sebagai negeri yang mahu 'meminggirkan Islam' dengan larangan ini, sedangkan Pulau Pinang dicop demikian. Apa beza larangan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Perlis dengan yang di Pulau Pinang?

Adapun beberapa pihak yang mendakwa bahawa YDP Agung tidak dirujuk, mereka jahil tentang proses sesuatu keputusan dibuat. Apa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang hanyalah pendapat tentang hukum kes yang dirujukkan, ia belum menjadi fatwa selagi tidak dipersembahkan kepada Agung dan selalunya Agung akan menghormati keputusan Mufti yang lebih arif tentang hukum hakam Islam.

Jawatankuasa Fatwa yang meneliti kes yang dirujuk tidak perlu berbincang dengan YDP Agung, hanya setelah hendak diwartakan barulah perlu mendapat perkenan Agung. Sehingga kini status keputusan hanyalah di peringkat Jawatankuasa dan tidak boleh dikuatkuasakan walaupun tanggungjawab pihak yang terlibat ialah mengormati keputusan.

Merujuk kepada soalan mengapa Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan, ia adalah satu lagi kejahilan pihak tertentu tentang proses dan hubungan dengan Fatwa Kebangsaan. Sama kesnya dengan Isu "Pengharaman Poco-Poco" Fatwa Kebangsaan tidak dimaklumkan awal tentang keputusan itu, hanya setelah dibincangkan Fatwa Kebangsaan menolak tetapi menghormati keputusan Mufti Perak.

Maknanya penerimaan atau penolakan Majlis Fatwa Kebangsaan terpulang kepada Muzakarah yang dibuat dan jika ditolak ia hanya di peringkat kebangsaan sahaja dan Majlis Fatwa Kebangsaan tetap menghormati keputusan negeri masing-masing. Mengapa peraturan ini tidak dipakai untuk kes keputusan Mufti Pulau Pinang?

Saya belum sempat lagi menulis tentang dalil keputusan larangan yang bagi saya cukup syar'ie dan ada dalil yang kukoh dan perlu dihormati. Janganlah kita kerana tenggelam dengan garis politik sempit dan dendam sanggup membutakan mata kita dengan perkiraan syari'e yang menjadi asas kepada setiap perkara dalam tindak tanduk kita. Malangnya orang Melayu sendiri yang memperbodohkan diri mereka dalam isu ini sehingga tersingkaplah wajah mereka sebenarnya yang kononya menjadi pembela Islam tetapi untuk Pulau Pinang mereka membelasah institusi Islam semahu-mahunya! Saya amat menyokong pandangan Mufti dan syabas kerana berani berkata benar walaupun pahit.

Mujahid Yusof Rawa
MP Parit Buntar
Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional

DAP: Nazri boleh bermimpi, kami akan kekal di Pakatan

Posted: 15 Aug 2011 03:04 AM PDT



Oleh Debra Chong

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pemimpin-pemimpin kanan DAP mengetepikan bulat-bulat pelawaan Datuk Seri Nazri Aziz agar komponen Pakatan Rakyat itu menyertai Barisan Nasional (BN) dengan mengambil kira formula Perikatan pada 1969.

Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Publisiti parti Tony Pua berkata, pelawaan Nazri yang dibuat menerusi satu temu bual dengan Sin Chew Daily semalam, pihaknya akan kekal dalam Pakatan Rakyat sebagai parti untuk semua rakyat negara ini.

"Nazri boleh bermimpi. Beliau perlu dapatkan perspektif dengan betul. Kami bukan (hanya) wakil komuniti Cina, kami mewakili rakyat Malaysia keseluruhannya," kata Pua kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi hari ini.

Nazri menawarkan pelawaan itu berdasarkan persekitaran ketika Perikatan, yang digantikan dengan BN, apabila membawa masuk Gerakan selepas ia memenangi majoriti kerusi di Pulau Pinang pada pilihan raya umum 1969.

Sambil mengakui majoriti ahli DAP terdiri daripada kaum Cina, Pua menegaskan komponen Pakatan Rakyat itu bukan parti berorientasikan kaum.

"Kami tidak boleh menerima ideologi BN yang pecah dan perintah," katanya lagi.

Dalam kenyataannya, Lim pula mengesahkan komitmen DAP untuk kekal berada dalam Pakatan Rakyat dengan mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan tanpa mengira agama dan kaum.

Ahli Parlimen veteran itu menambah, hanya politik bentuk baru dan "kompak nasional yang baru", yang bebas daripada politik perkauman dan pecah dan belah mampu menyelamatkan Malaysia.

Sehubungan itu, Lim mengenang balik nasib yang beliau dan rakan-rakannya lalui apabila pemerintah mengheret mereka ke mahkamah dan mengenakan hukuman termasuk di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sepanjang 45 tahun perjuangan mereka dalam mempertahankan kepercayaan politik pihaknya.

"Kesemua pengorbanan ini bukan hanya untuk DAP menggantikan MCA dalam Barisan Nasional," kata wakil rakyat Ipoh Timur ini.

Pendirian dua pemimpin itu menolak seiring dengan jangkaan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang disiarkan oleh The Star hari ini.

Akhbar milik MCA itu memetik Dr Chua berkata tidak mungkin DAP akan menerima pelawaan Nazri.

Dr Chua memperlekehkan Nazri yang berkata MCA sudah hilang sokongan masyarakat Cina.

MCA berhadapan dengan prestasi buruk dengan hanya mempertahankan 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Terkini! 3 Peserta Islam Dalam Gereja Didedahkan

Posted: 14 Aug 2011 08:53 PM PDT

Salam kepada semua.

Kami mendapat maklumat dan email dari seorang pembaca. Mungkin maklumat dan sumber ini sudah dikeluarkan di mana-mana blog kawan-kawan.

Maklumat ini belum tentu sahih atau pun tidak. 3 peserta yang terlibat sama pada masa kejadian di gereja:

Ina Reima Fitriza binti Mahadzir (850714-71-5018)
Jalan Dato' Haji Shuib, Taman Sri Taman, Alor Setar
Nea Reima Mareana binti Mahadzir (900906-02-5778)
Jalan Dato' Haji Shuib, Taman Sri Taman, Alor Setar
Ade Andrian Putra bin Mahadzir (940227-02-5609)
Pelangi Damansara, Persiaran Surian, Petaling Jaya

Saya juga ada mendapat info, pembaca boleh ke blog http://mymassa.blogspot.com/ untuk maklumat lebih lanjut. Blog Umnooo. Berfikir secara waras dan penuh iman. Kita masih menunggu maklumat lanjut dari pihak JAIS dan mereka yang bertanggungjawab.

Sebarang keputusan akan diperolehi.

Umno Dan BN Pembela Islam? Siapa Tua Kutuk Nak Mampos?

Posted: 14 Aug 2011 08:00 PM PDT

"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

"Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

"Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama') ialah mengajar, bukan mentadbir." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

"Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam." - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.

-Pembantu Admin-

Pecah Berita! Mursyidul Am PAS Yang Baru Dilantik Menggantikan TG Nik Aziz

Posted: 14 Aug 2011 06:23 PM PDT

http://media1-cdn.malaysiakini.com/289/dd3f816ad775219e874a0d61b185f8fd.gif

Perkasa ambil alih tugas Pas

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini secara rasmi mengumumkan mengambil alih tugas Pas untuk menjadi benteng mempertahankan kesucian agama Islam.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan tersebut terpaksa dibuat walaupun badan itu bukan pertubuhan politik kerana Pas yang selama ini mendakwa parti Islam dan pernah bercita-cita mahu menubuhkan negara Islam, gagal berbuat demikian.

Menurut Ibrahim, sejak bekerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas tidak lagi mementingkan soal agama, sebaliknya apa yang dikejar oleh parti itu adalah undi, sehingga sanggup membisu dan menghalalkan apa sahaja perbuatan yang dilakukan oleh musuh Islam.


''Perkasa dengan rasminya mulai hari ini akan mengambil alih tugas Pas dalam membela dan mempertahankan agama Islam. Ini kerana Pas sekarang bukan lagi sebuah parti yang berteraskan Islam. Ia sanggup menghalalkan apa sahaja demi undi.

"Walaupun Perkasa bukan sebuah parti tetapi kami memutuskan untuk mengambil tanggungjawab tersebut kerana dewasa ini kesucian agama Islam sedang diancam dari pelbagai sudut oleh musuh-musuh agama," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Antara bukti Pas memperjudikan agama demi 'membeli' undi adalah tindakan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyokong keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara untuk bacaan al-Quran dan kuliah agama di masjid.

Pada masa sama, beliau berkata, Nik Abdul Aziz serta pucuk pimpinan Pas sehingga sekarang juga gagal menyatakan pendirian menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa Gereja Methodist Damansara Utama yang dikatakan cuba memurtadkan 12 individu Islam.

Blog Umno Cakap Nik Aziz Tua Kutuk Nak Mampos?

Posted: 14 Aug 2011 05:00 PM PDT

Maka berkata la sebuah blog Umno, boleh juga dikatakan blog lucah dan video seks dalam blognya yang tok guru bila lagi nak mampos. Blog tersebut bengang yang tok guru menyokong suara bacaan Al Quran diperlahan sedikit kerana ianya mengganggu orang lain.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh.

Kemarahan blog tersebut sikit pun tidak dibahas dengan hujah-hujah yang bernas dan bersesuaian. Tetapi dilawan dengan caci maki kepada tok guru. Sungguh menjijikan dan menunjukkan kebodohan dan kejahilan puak umno khusunya. Lawan la dengan cara hujah daripada dok merapu bodoh macam tu.

Sebelum ini pun Menteri Pertahanan yang kononya ada ilmu agama, tetapi mengulas bab perlahankan bacaan ni dengan jahil dan dangkal sekali. Sepatutnya beliau membahas dengan huajah dan fakta. Macam mana orang muda nak berminat dengan Umno kalau pemimpin nak berlawan hujah pun gagal.

Blogger alim ini [konon alim] mempertikaikan kenyataan terkini Tok Guru yang memanaskan punggung jahil puak umno

Nik Abdul Aziz Tua Kutuk Nak Mampos

Sungguh memalukan. Kononya islamik dan alim tetapi terpampang video lucah dan seks di dalam blog. Orang macam ni nak bercakap tentang Islam dan akhlak? Orang macam ni nak memperjuangkan Islam? Orang macam ni nak bercakap soal akidah?

Sudah lebih 50 tahun cukup ke kita berbangga dengan masjid yang besar tetapi jemaahnya hanya sebaris? tu pun tidak penuh!

Cukup berbanggakah kita, suara bacaan Al Quran dipasang sampai 2 KM boleh dengar dengan solat Subuhnya jemaahnya tidak sampai 10 orang?

Pergi dalam tandas dan tolong basuh muka dengan berus lubang jamban, bagi sedar dan waras!

Tiada ulasan: