Sabtu, 13 Ogos 2011

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


USBO KINI AHLI GABUNGAN BN

Posted: 13 Aug 2011 03:25 PM PDT

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

PERSATUAN Bajau Sabah Bersatu (USBO) kini sebagai salah satu daripada empat Badan Bukan Kerajaan (NGO) pertama di negara ini yang diterima menjadi Ahli Gabungan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempengerusikan Mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Negara kelmarin mengumumkan bahawa BN menerima empat NGO sebagai Ahli Bergabung BN iaitu Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO); Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia; Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia.

"BN masih membuka permohonan kepada mana-mana pertubuhan yang ingin bergabung dengan BN," kata Najib yang juga Presiden UMNO.

Dalam pada itu, Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said Keruak ketika dihubungi Sabahkini.net, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Najib dan semua parti komponen atas persetujuan menerima USBO sebagai Ahli Gabungan BN.

"Kita akan gerakkan ahli-ahli kita untuk membantu memperkuatkan jentera BN dan menerangkan Dasar BN kepada masyarakat kita," kata Salleh yang menjelaskan USBO sekarang diperkasa oleh rumpun Bajau, Irranun dan Suluk.

Salleh menambahkata, beliau mengharapkan semua rumpun dalam USBO terlibat aktif dalam proses pembangunan Negara dan memantapkan sokongan padu kepada BN agar tidak ada yang tercicir daripada arus perdana pembangunan Negara.


Demi Kuasa, UMNO BN Sanggup Jual Negara

Posted: 13 Aug 2011 03:21 PM PDT

SABAH DAILY

http://tvsnews.net/v1/images/news_images_upload/pr.jpgTindakan kerajaan melalui Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan pihak mereka telah mendaftar hampir 100,000 warga asing sebagai warga negara segaligus sebagai pengundi merupakan tindakan bahaya kerana menjual negara sendiri.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, berkata kerana ingin kekal memerintah negara, kerajaan sanggup berbuat demikian melalui JPN.


Menurutnya, warga asing yang datang ke negara ini berbagai jenis serta latarbelakang hidup yang berbeza.


Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung SPR dan JPN yang tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berikutan pelbagai pendedahan dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat di seluruh negara berhubung pendaftaran warga asing sebagai pengundi, pertindihan kad pengenalan dan berbagai lagi.


"Kalau di Singapura, kerajaan negara itu menapis terlebih dahulu mengikut kehebatan mereka khususnya dari golongan professional contohnya sebagai ahli sukan.


"Namun ianya berbeza di negara kita ni semuanya pakai ambil tangkap muat saja tanpa mengenali status individu warga asing terbabit asalkan boleh jadi pengundi pada mereka,"ujarnya .


Tegasnya, kenapa tiba-tiba sahaja mereka telah difaftarkan sebagai warga negara dan terus sebagai pengundi sekiranya tidak ada pihak tertentu mengaturkan usaha itu.


Menurut Husam, mereka hanya berminat untuk menjadi warga Negara dan bukannya sebagai pengundi, tetapi tiba-tiba pula mereka didaftarkan sebagai pemilih.


Menurutnya lagi, hasil maklumat yang diperolehi pihak tertentu menemui warga asing dari negara Bangladesh, China dan sebagainya dengan membawa borang untuk diisi sebagai warganegara tanpa menyelidiki latarbelakang golongan itu sama ada penjenayah atau sebaliknya.


Beliau menambah, konspirasi itu begitu membahayakan negara ini kerana ianya boleh mengancam keselamatan dan kestabilan negara pada masa akan datang.


Sehubungan itu parti-parti politik khususnya dari Pakatan Rakyat perlu merangka gerakerja yang lebih terkehadapan bagi menangani perkara ini.


"Ianya tidak begitu sukar memandangkan JPN sendiri telah mengakuinya sebelum ini berhubung pendaftaran terbabit,"ujarnya.


Beliau juga turut melahirkan dukacita di atas kegagalan JPN membuat kenyataan berhubung jumlah warga asing mengikut negara di samping tempoh permohonan sebagai pemilih sebelum ianya disahkan.


Katanya rakyat Malaysia perlu membuat bantahan berhubung perkara itu kerana ianya merupakan tindakan bahaya. -
GB

PATI HALAU IMAM, RAMPAS SURAU?

Posted: 13 Aug 2011 03:17 PM PDT

SABAH KINI



RAMPAS....Wahab melarang umat Islam bersembahyang di surau yang dibinanya setelah menghalau Imam Rawatib awal tahun lalu.

Oleh: MUHAMMAD HAIKAL HALIM


PENDATANG Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat MyKad melalui pintu belakang, Wahab Bin Nonong telah bertindak menghalau Imam Rawatib yang dilantik Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan melantik dirinya sebagai 'Imam Bertauliah' di surau yang dibina di atas tanah adat yang dicerobohnya; milik Anak Negeri Sabah, Nina Bte Gaya.

Natijahnya, penduduk kampung terpaksa membina surau sementara beratap dan berdindingkan karung plastik terpakai untuk membolehkan mereka menunaikan solat lima waktu, tarawih dan majlis tadarus Al-Quran.

Selepas kejadian Surau PPRT di Bukit Belacon, Lahad Datu, Surau di Kampung Lamak Bukit, 20 kilometer dari Lahad Datu ini lebih daif kerana hanya berlantaikan plastik dan mudah diterbangkan angin sehingga jemaah terpaksa menunaikan sembahyang dalam hujan lebat.

"Kita bercadang mahu bina surau baru, tetapi JHEAINS tidak benarkan kerana ada surau yang dibuat Wahab di atas tanah adat peninggalan bapa saya. Wahab halau imam yang dilantik JHEAINS, jadi saya ambil imam itu untuk berkhidmat di surau sementara yang kami buat secara gotong-royong," ujar Nina sambil menitiskan air mata kesedihan kerana terkenangkan kezaliman Wahab terhadap Umat Islam di kampungnya.

SEMENTARA....Surau sementara ini tidak dapat dibina kerana JHEAINS belum memberi kebenaran.

KARUNG....Surau sementara ini terpaksa dibina menggunakan karung plastik terpakai, sekadar membolehkan jemaah berteduh dari panas terik mentari.

DAIF....Di surau serba daif inilah umat Islam beribadah kerana mereka tidak ada tempat mengadu melainkan Allah Azzawajalla.

BASAH....Walaupun basah oleh tempias, namun jemaah tidak berganjak, semata-mata untuk beribadah dan mensyukuri nikmat Illahi.

RUMAH TUHAN.....Nina menunjukkan surau yang ditawan oleh Wahab dan tidak membenarkan umat Islam mengerjakan ibadah di surau tersebut.

Kata Nina, beliau sedih kerana penduduk kampung terpaksa beribadah dalam keadaan tidak selesa dan daif di sebuah Negara yang agama rasminya Islam dan Adun serta Ahli Parlimennya beragama Islam.

"Kelmarin hujan lebat dan semua jamaah basah kuyup, tapi mereka tetap teruskan solat tarawih kerana Wahab tidak benarkan kita sembahyang di suraunya," kata Nina yang menegaskan Wahab tidak layak menjadi imam kerana fasik dan jahil.

Memandangkan Imam Rawatib (Imam Tetap) berkenaan, Jimlok Bin Zakariah telah lama berkhidmat di Kampung Lamak Bukit, maka kata Nina beliau menggunakan khidmat Imam Jimlok sejak Januari 2011 (tarikh dihalau Wahab) di surau sementara yang dibina di tanah wakaf yang diperuntukan arwah bapa, Gaya Bin Mansur.

Menurut Nina, beliau bercadang untuk membina surau atau Madrasah di lokasi surau sementara kerana sudah mula mengumpul bata, tiang dan perkakas lain tetapi tergendala kerana ketiadaan bekalan simen.

Dalam separa berbisik, Nina mengharapkan penduduk kampung dapat sembahyang di surau yang didirikannya sebelum fajar Aidil Fitri menjelang tiba, namun hambatan birokrasi menyebabkan hasratnya terpaku di atas kedegilan JHAEINS mengiktiraf surau yang bakal dibinanya secara gotong royong.

"JHEAINS tidak mahu melayan rayuan kami dan hanya mendengar aduan Wahab sahaja; sedangkan hakikatnya beliau menumpang di tanah adat milik bapa saya dan mendirikan surau secara haram; tetapi dibenarkan JHEAINS sekalipun arah kiblatnya tidak tepat," kata Nina yang menggesa campurtangan Adun Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur dan Menteri yang menjaga Hal Ehwal Agama Islam di Sabah, Dato' Seri Nasir Tun Sakaran.

Bagaimanapun, jika keadaan berterusan, Nina bercadang akan memfailkan kes ini ke mahkamah, termasuk mendapatkan perintah mengusir Wahab daripada tanah adat yang dicerobohnya dengan restu Penolong Pemungut Hasil Tanah Lahad Datu sedangkan permohonan tanah Wahab telah dibatalkan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur.

Kes Wahab ini telah dilaporkan Sabahkini.net bertajuk 'PATI IC Projek Kini Menjadi 'Raja' Di Tanah Adat?' namun PATI berkenaan terselamat daripada tindakan undang-undang kerana menjadi Ketua Cawangan UMNO Silam Pacific Hardwood.

Pulau Warisan; Projek tanpa justifikasi dan kajian teliti

Posted: 13 Aug 2011 03:15 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Projek Pulau Warisan yang dimulakan pada zaman bekas Menteri Besar Dato' Seri Idris Jusoh adalah antara contoh dari puluhan projek kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dibuat tanpa justifikasi dan kajian yang teliti.

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dr Alias Razak, antara bukti ia dibuat tanpa kajian adalah kos pembangunannya yang tidak pernah ditetapkan jumlah sebenarnya.

"Idris kata pulau yang dianggarkan seluas enam hektar ini akan dibangunkan dalam tiga fasa dengan perbelanjaan RM20 juta,

"bila tiba zaman Ahmad Said, kosnya tiba-tiba menjadi RM60 juta,"ujarnya ketika ditemui.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, projek tersebut telah dianugerahkan kepada 'kroni' secara rundingan dan bukan melalui tender terbuka.

"Ia diberikan kepada pihak 'kroni' Umno/BN, secara rundingan terus, tanpa tender, tanpa spesifikasi yangg jelas, akhirnya terdedah kepada penyelewengan dan salah urus wang rakyat,

"Wang rakyat dibelanjakan secara membazir dan boros,"tegasnya.

Pada Sidang Dewa Undangn Negeri 17 Disember, 2008, Dr Alias pernah bertanyakan tentang status pembangunan pulau buatan yang 'masih misteri' tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri ketika itu, Yahya Khatib Mohamad dengan jelas menyatakan bahawa projek tersebut telah ditangguhkan.

"Pada ketika itu, hanya kira-kira jangkamasa setahun dari kenyataan yang dibuat oleh Idris, kos pembangunan projek adalah RM20 juta, tiba-tiba Yahya Khatib kata kosnya adalah RM40 juta,

"dan ia ditangguhkan, namun tak berapa lama kemudian, diteruskan kembali,"kata Dr. Alias.

Beliau menyifatkan projek Pulau Warisan adalah tindakan golongan yang kaya dalam Umno/BN mengikis khazanah negeri, dengan menggunakan nama 'Warisan',

Katanya, ia merupakan 'helah yang terselindung' yang digunakan oleh pemimpin Umno/BN bagi mendapatkan peruntukan untuk dibelanjakan, disamping mendapat 'habuan' tertentu.

"Sebagai contoh, projek Piala Monsoon atau Monsoon Cup, ratusan juta ringgit dibelanjakan, dicurahkan ke dalam muara sungai Terengganu, kononnya untuk membantu nelayan di musim tengkujoh,

"sampai sekarang, pemimpin Umno terus mempertahankan tindakan dengan mengatakan ia memberikan faedah kepada rakyat,"ujarnya.

Sedangkan, kata beliau, berkali-kali telah diajukan soalan dan cabaran supaya pihak kerajaan menunjukkan angka-angka yang jelas dan nyata, berapa ribukah jumlah nelayan yang mendapat faedah dan Monsoon Cup?

"Jelas, tak ada nelayan yang mendapat faedah," katanya dan menambah "rakyat terus hidup dalam kemiskinan dan dibebani dengan kos sara hidup yg tinggi,"

Justeru beliau menggesa di hentikan segala bentuk pembaziran dan tidak ada cara lain untuk menghentikannnya melainkan menumbangkan kerajaan BN dalam pilihnaraya umum (PRU) yang ke-13 akan datang.

Mat Said sahkan warga asing pengundi di Terengganu

Posted: 13 Aug 2011 03:08 PM PDT

BULETIN ONLINE


KEMAMAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said mengesahkan dakwaan PAS Terengganu wujudnya pengundi warga asing dari Myanmar, Rohingya dan Kemboja di negeri ini.

Namun begitu, katanya isu pengundi warga asing Myanmar yang dimaksudkan itu sebenarnya berasal dari Malaysia.

Menurutnya, warga asing Myanmar tersebut merupakan pelarian ketika zaman pemerintahan British sebelum merdeka.

"Sebenarnya mereka (pengundi warga asing) sudah berada di negeri ini lebih 20 tahun. Sebelum saya jadi wakil rakyat lagi mereka sudah mengundi.

"Memang kita ada beri kerakyatan kepada orang Rohingya, Kemboja dan Myanmar yang jadi pelarian asalnya orang Malaysia, dikerah buat jambatan maut waktu zaman British dan pendudukan Jepun di negara ini dulu.

"Mereka ini semua kita bawa balik dan beri kerakyatan dan kebanyakan mereka dari Kedah," jelasnya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Dana Raya kepada penduduk di Seri Bandi, Kemaman, 11 Ogos lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian bagi menyangkal pendedahan PAS Terengganu yang berjaya mengesan ribuan warga asing memiliki kad pengenalan dan berdaftar sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

Sebelum ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa Jabatan Pilihan Raya parti berjaya mengesan ribuan warga asing yang dipercayai memiliki kad pengenalan mendaftar sebagai pengundi di negeri ini.

Katanya, kad-kad pengenalan tersebut telah dikeluarkan di Kedah dan didaftarkan sebagai pengundi di beberapa kawasan di Terengganu.

"Kami (PAS) melalui Jabatan Pilihan Raya parti telah mengesan sebanyak 5,006 bangsa asing yang berketurunan Myanmar didapati tersenarai sebagai pengundi di beberapa kawasan di negeri ini.

"Daripada 5,006 pengundi itu, sebanyhak 1,239 pengundi terdapat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal. Dun Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said sendiri.

"Seramai 529 pengundi lagi dikesan di Dun Air Putih khususnya di Cheneh Baru dan beberapa kawasan lain di Kemaman," jelasnya pada satu sidang media sempena lawatannya bersama kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) ke Bazar Ramadan Alor Tembesu, Dungun, 10 Julai lalu.

Malah, katanya PAS Terengganu turut mengesan 44 orang pengundi yang didaftarkan dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi tidak ada rekod di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rumah terbakar, lelaki rentung selepas bersahur

Posted: 13 Aug 2011 03:07 PM PDT

BERNAMA


JOHOR BAHARU - Seorang lelaki ditemui rentung dalam rumahnya yang musnah terbakar di sini, dalam kejadian awal hari ini.

Mayat Sabtu Hussein, 50, ditemui terbaring di atas tilam dalam bilik tidur rumahnya di Jalan Pantai, Kampung Bakar Batu, dipercayai tertidur selepas bersahur.

Ketua operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Baharu Raja Saiful Raja Iswandi berkata pihaknya menerima panggilan pada 5.28 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

Selepas kebakaran berjaya dipadamkan, pihak bomba menemui mayat Sabtu yang tinggal bersendirian di rumah itu, katanya.

Raja Saiful berkata kebakaran dipercayai bermula di ruang tamu, dan punca kebakaran masih disiasat.

Kesilapan boleh berlaku: SPR

Posted: 13 Aug 2011 02:59 PM PDT


SINAR HARIAN ONLINE




PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan boleh berlaku dalam daftar pemilih namun pembersihan dilakukan setiap hari bagi memastikan ia layak diguna pakai pada bila-bila masa diperlukan.

"Kita ada lebih kurang 12.3 juta nama dalam daftar pemilih, sudah tentu ada yang tersilap. Di mana-mana pun di dunia ini ada masalah yang sama, tiada (negara) yang daftar pemilihnya sempurna," kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar).

Menurutnya, SPR sentiasa membuat semakan menggunakan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) untuk mengemas kini daftar pemilih dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"SPR bersihkan daftar pemilih setiap hari, ada yang meninggal dunia, ada lucut warganegara, ada yang nama bertindan dan sebagainya. Jika ada keraguan, kita akan semak dengan JPN," katanya.

Abdul Aziz berkata, ALIS adalah sistem hanya boleh diakses oleh SPR dan JPN serta berperanan untuk menentukan siapa layak menjadi pengundi.

Dalam pada itu, Abdul Aziz menegaskan, tiada PR layak didaftarkan sebagai pengundi sebagaimana dakwaan pembangkang.

Menurutnya, perkara itu jika berlaku mungkin, disebabkan kesilapan teknikal semasa proses pendataan di JPN.

"Apabila SPR buat semakan dengan sistem ALIS, kita dapati permaustatin tetap yang didakwa pembangkang adalah warganegara yang sah," katanya.

Abdul Aziz menjelaskan, kerja membersihkan daftar pemilih mengambil masa lama kerana perlu memastikan individu tersebut adalah orang yang tepat.

Selain itu, katanya, SPR turut memotong senarai nama pengundi berumur 90 tahun ke atas yang kesemuanya seramai 12,000 orang jika mereka didapati tidak lagi aktif.

"Kita putuskan hari ini, pengundi berumur 90 tahun ke atas akan dipotong, JPN akan beritahu sama ada pengundi itu aktif atau tidak.

"Tapi kalau masa mengundi mereka datang, kita akan betulkan semula. Soal tidak aktif boleh berlaku macam-macam cara dan ini berhubung dengan JPN," katanya.

Abdul Aziz berkata, pemadaman nama itu bukan muktamad ataupun individu terbabit dianggap tidak lagi layak mengundi.

"Jika ada sesiapa berusia lebih 90 tahun mendapati namanya dipadamkan oleh SPR, mereka boleh hubungi atau datang ke SPR dan JPN untuk aktifkan semula namanya sebagai pemilih," katanya.

Laungan azan: Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?

Posted: 13 Aug 2011 02:54 PM PDT

Oleh Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuazan islam call to prayeratkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: "Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: "Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat" (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: "Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

pakistan terror school 071204 badshahi mosque"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya". (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: "Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar". ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

CELARUNYA ZAHID HAMIDI BILA BERCAKAP SOAL ISLAM

Posted: 13 Aug 2011 04:15 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS


APABILA Zahid Hamidi memberi kenyataan yang menyalahkan Kerajaan Negeri P.Pinang di dalam isu menggunakan pembesar suara membaca Al-Quran sebelum waktu Subuh, ternyata menteri ini jahil di dalam menghayati ajaran Islam yang sebenarnya.

Kejahilannya bertambah jelas apabila mahu keputusan Majlis Fatwa P.Pinang itu di rujuk terlebih dahulu kepada Yang Di-Pertuan Agong. Baca di sini.

Zahid Hamidi mendakwa Kerajaan Negeri yang mengarahkan tindakan melarang membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara diwaktu Subuh dan menyifatkan Kerajaan Negeri di bawah Lim Guan Eng tidak sensitif terhadap Islam.

Suka kita mengingatkan Zahid Hamidi, kerana sensitif dengan ajaran Islam lah maka Kerajan Negeri P.Pinang menyerahkan kepada Majlis Fatwa untuk membuat keputusan. Adakah Zahid Hamidi menyangka Majlis Fatwa P.Pinang itu terdiri daripada ahli-ahli dari DAP atau ahli-ahli yang jahil agama seperti beliau?

Jika tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang yang menguatkuasakan keputusan Majlis fatwa tersebut merupakan satu penghinaan atau tidak sensitif dengan Islam, adakah ini bermakna Negeri Perlis yang sudah lama menguatkuasakan arahan tersebut juga satu tindakan menghina Islam?

Islam bukan boleh ditegakkan dengan siapa paling kuat membaca Al-Quran tetapi masih boleh meluluskan lesen judi yang terbesar di Genting. Mengapa ketika setiap kali mahu meluluskan lesen judi tidak pula mahu merujuk kepada Majlis Fatwa Kebangsaan dan Agong?

Mana lebih baik, kerajaan yang melarang penggunaan pembesar suara membaca Al-Quran diwaktu Subuh dengan kerajaan yang meluluskan lesen judi serta mengekalkan Akta ISA yang zalim itu?

Zahid Hamidi berkata isu tersebut belum dibuat kajian oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kita ingin bertanya jika semua negeri mesti menunggu kesemua Fatwa dari Majlis Fatwa Kebangsaan, lebih baik bubarkan sahaja Majlis Fatwa di setiap negeri. Adakah Majlis Fatwa Kebangsaan akan merujuk kitab atau Al-Quran yang berbeza daripada yang dijadikan rujukan oleh Majlis Fatwa Negeri?

Jelas, Zahid Hamidi telah buta matanya terhadap kemungkaran yang lebih besar di depan mata beliau sebaliknya beliau meraba-raba mencari isu lain yang boleh memberi keuntungan politik kepada parti beliau.

Zahid Hamidi cuba untuk menonjolkan dirinya sebagai pejuang Islam sedangkan tangan itulah yang redha dengan kegiatan judi dan Akta ISA yang zalim itu. Zahid Hamidi mahu bermain politik dengan isu agama, malangnya beliau teramat jahil untuk memahami hukum Islam.

Beliau khuatir sekiranya tindakan Kerajaan Negeri P.Pinang tersebut akan dituruti oleh negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat. Mengapa perlu khuatir jika negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat mahu mengikuti fatwa dari Kerajaan Negeri P.Pinang?

Perkara yang baik memang patut diikuti, bukannya kita mahu mengikuti perkara yang tidak baik. Zahid Hamidi kena faham bahawa Islam akan dapat ditegakkan apabila ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran itu dilaksanakan bukan dengan betapa nyaringnya bunyi bacaan Al-Quran itu.

Sekiranya arahan tersebut meliputi arahan melarang menggunakan pembesar suara ketika Azan, itu memang jelas menyalahi hukum dan kita patut bangun menentangnya. Justeru itu, adalah lebih baik Zahid Hamidi belajar Islam dengan lebih mendalam lagi sebelum beliau ingin memberi komen terhadap hukum Islam. Jika tidak, Zahid akan dilihat lebih jahil dari Lim Guan Eng./wfauzdin.blogspot

UMNO mempertahankan Islam dengan 'MANGKUK JAMBAN"!!!

Posted: 13 Aug 2011 04:07 AM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Kolumnis Nota Utara, Harakah)


Di bulan Ramadhan yang mulia, di waktu seluruh Iblis dan syaitan dirantai, umat Islam sepatutnya menjadi lebih baik dan berhikmah dalam sebarang tindakan berbanding di luar lingkungan Ramadhan.

Saya tertanya apa rasionalnya, Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) menghantar mangkuk tandas, berus jamban dan penyapu ke pejabat Meneri Besar Selangor, kononnya sebagai membantah tindakan Abdul Khalid memohon maaf kepada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya sebelum ini.


Negara pernah digemparkan dengan tindakan pihak tertentu menghantar kepala lembu ke pejabat SUK Selangor. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah dikirimkan dengan kek hitam, jambangan bunga hitam, coli dan seluar dalam wanita.


Semua tindakan tidak berapa siuman itu dilakukan oleh NGO yang berwalak (tunduk dan patuh) kepada arahan UMNO. Semua tahu mereka adalah rangkaian UMNO, melakukan tindakan provokasi untuk kepentingan UMNO dan bertujuan memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.


Persoalan besarnya ialah dalam semua isu berbangkit itu nama 'Islam' dilibatkan; kononnya kerana kuil lebih diutamakan dari masjid, kononnya umat Islam ditindas di Pulau Pinang dan kononnya kristianisasi tidak disekat.

'Islam' dijadikan alat meyalakan sentimen dan membakar semangat orang Melayu/Islam di negara ini tetapi melalui tingkah laku yang langsung tidak menampakkan akhlak Islam.


Kristianisasi adalah isu yang melibatkan aqidah dan maruah Islam. Maruah Islam musnah jika orang Islam sewenang-wenangnya keluar agama.

Tapi apakah kerana kononnya mahu mempertahankan maruah Islam kita melakukan penghinaan melampau terhadap saudara seagama dan memburukkan imej Islam melalui tindakan macam orang terencat akal. Siapa yang paling gembira kalau bukan musuh Islam?


Apabila JAIS dan Dato' Dr. Hassan Ali menyerbu gereja DUMC kerana penganjuran majlis yang melibatkan penyertaan 12 orang Islam ia adalah tindakan wajar.

Ia adalah langkah penguatkuasaan berdasarkan enakmen yang ada untuk memelihara maruah umat Islam. Mana boleh orang Islam 'berbuka puasa' di gereja? Buruk benar, bunyinya.

Terlintas barang sepicing dalam hati untuk mengakui kebesaran Kristian apabila berada dalam gereja, maka hancur leburlah iman. Bukan sahaja pesan-memesan dan dakwah, penguatkuasaan juga perlu dalam Islam.


Tindakan Hassan Ali boleh mengingatkan umat Islam jangan secara mudah jatuh hati dengan gereja dan pihak penganjur supaya jangan dengan mudah juga menganjurkan acara untuk umat Islam di gereja.

Langkah itu tidaklah menyelesaikan masalah aqidah umat Islam yang sentiasa terancam. Kumpulan orang Islam itu sendiri yang terhegeh-hegeh masuk ke gereja, bukan dipaksa dengan muncung pistol oleh pihak penganjur.

Sepatutnya ada umat Islam yang bertanggungjawab untuk menginsafkan kumpulan longgar iman itu supaya jangan menjual Islam dengan sekampit beras, macam orang Melayu menjual undi kepada BN dengan sekilo gula.

Masalahnya pihak yang diharapkan melakukan kerja dakwah itu terlalu sibuk dengan kerja bukan dakwah.


Tapi sekurang-kurangnya tindakan Dato' Hassan Ali dan JAIS dapat mengurangkan bencana murtad. Mereka mesti disokong dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

Masalahnya dalam negara yang bernama 1Malaysia ini, isu agama tidak boleh ditangani dengan agresif macam polis menanganai himpunan Bersih.

Setakat apa yang dibuat oleh JAIS itu sudah memadai, selanjutnya adalah tanggungjawab pemimpin kerajaan, pemimpin politik serta semua pihak yang terbabit duduk semeja mencari penyelesaian. Itu kaedah manusia bertamadun.


Masalah yang timbul ialah pihak UMNO yang semakin kemaruk sokongan rakyat nampak ada peluang untuk dipolitikkan. Lalu bermulalah operasi mengasah batu api.

UMNO melontarkan serangan fitnah terhadap PAS tidak semena-mena. PAS tidak pernah mengeluarkan barang sepatah perkataan menyalahkan tindakan Hassan Ali tapi PAS dituduh tunduk kepada DAP.

PAS dimarahi kerana tidak bangkit secara besar-besaran menghentam pihak gereja. PAS dipersalahkan kerana mahu mendapatkan penjelasan dari JAIS dan pihak gereja. Bagi UMNO, PAS tidak harus berdailog dengan pihak gereja.

Apakah bagi mereka cara mengatasi masalah murtad ialah dengan PAS mengasah pedang melancarkan perang jihad terhadap pihak kristian?


Persoalan besarnya, ikhlas sangatkah UMNO memperjuangkan isu murtad? Berkali-kali PAS membangkitkan isu murtad di Parlimen, UMNO buat tak peduli.

Apabila Dr. Puad Zarkhasi mencadangkan keperluan wujudnya undang-undang murtad, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob memulangkan paku buah keras. "Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan undang-undang murtad. Rang Undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen UMNO tapi ditolak mentah-mentah," ujar Salahuddin.


Sekarang adalah musim di mana UMNO akan bercakap apa sahaja bagi menampakkan merekalah pejuang Islam dan Melayu. Merekalah golongan anti murtad, anti pluralisme, anti hiburan, anti arak dan judi, anti maksiat dan menjadi pembela Islam yang sejati.

Semua itu langkah terdesak setelah mereka berputus harapan dengan undi bukan Melayu dalam pilihanraya.


Bagi UMNO pilihanraya ke 13 adalah segala-galanya. Alang-alang sudah ditolak bukan Melayu, maka biarlah usaha meraih undi Melayu dibuat ke tahap maksima. UMNO mengira bahawa undi Melayu masih boleh dibeli dan dimanipulasi.

Betul atau tidak tindakan 'melakukan apa saja' untuk meraih undi Melayu itu hanya dapat dilihat selepas PRU ke 13 nanti, sama ada mereka kekal berkuasa atau UMNO terus pupus dari muka bumi Malaysia. Dalam sejarah politik tanahair, inilah kali pertama BN cuba untuk memenangi pilihanraya tanpa undi Cina.


Alhamdulillah dalam apa jua isu mutakhir ini, PAS tampak rasional dan bijak dalam merungkaikan isu. Sebaliknya UMNO yang nampak gelojoh dan biol.

Tugas PAS sangat besar kini untuk menggantikan UMNO. Di samping tugas berat PAS membersihkan imej Islam yang dirosakkan oleh mangkuk jamban UMNO.

Isu Murtad : Antara lakonan UMNO dan komitmen PAS

Posted: 13 Aug 2011 04:02 AM PDT

PASPB


Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian hari ini menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini.

Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam.


Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan.


Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising?


Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita......malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno.

Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno.


PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita.


PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....

Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu.


Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat.


PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ....tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ....siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad ...tepuk dada tanya iman.


Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu.

Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno?

Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi.

Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita?


Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya ..


Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan.

Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya.

Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup...

http://mutaligat.blogspot.com

Umno manipulasi keputusan fatwa untuk main sentimen politik kebencian

Posted: 13 Aug 2011 04:00 AM PDT

Oleh Norutul Ilham


PULAU PINANG: Pihak tertentu yang didalangi Umno sengaja memainkan sentimen kebencian terhadap kerajaan negeri itu bersifat anti-Islam, dengan memanipulasi keputusan Majlis Fatwa Pulau Pinang berkaitan suara bacaan al-Quran sebelum Subuh.

"Demi kepentingan politik sempit, pihak tertentu mengambil peluang mengekploitasi keputusan Majlis Fatwa. Pihak berkenaan pastinya menabur fitnah kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang anti-Islam," kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pulau Pinang, Abul Malik Kassim.

Dalam kenyataan media hari ini, beliau menegaskan kerajaan negeri itu tidak campur tangan terhadap keputusan Majlis Fatwa Negeri yang melarang penggunaan pembesar suara pada bacaan al-Quran pada Subuh.

"Saya menolak sekeras-kerasnya tohmahan pihak yang mengaitkan pimpinan kerajaan negeri terlibat dengan keputusan Majlis Fatwa itu," kata Malik.

Menghormati keputusan itu, beliau berkata, masjid dan surau boleh mempertimbang sama ada mahu meneruskan tradisi atau sebaliknya selepas menerima pemberitahuan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) berkaitan keputusan itu.

"Sebagai institusi agama, mereka wajar menghormati keputusan Majlis Fatwa yang membuat keputusan berdasarkan hukum Islam tanpa dipengaruhi mana-mana pihak," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang yang bersidang 7 April lalu memutuskan larangan membaca al-Quran sebelum Subuh menggunakan pembesar suara kerana ia boleh mengganggu orang lain.

Ia berdasarkan hadis dan dalil:

"Daripada Abi Sa'id al-Khudri berkata ia : ketika Nabi s.a.w beriktikaf ( beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi s.a.w berada di tempat ibadah baginda. Lalu baginda mengangkat langsir dan bersabda : Ketahuilah setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain dan jangan kamu mengangkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat."

(Sunan Abi Daud, hadis ke 1332, juzuk 2, cet. Dar al Hadis)

Dakwa Pakatan 'Ada Agenda Kotor', SPR Tak Neutral

Posted: 13 Aug 2011 03:56 AM PDT

Ditulis oleh Radzi Razak


PETALING JAYA : Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) kesal dengan kenyataan 'beria-ia' Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar apabila cuba mempertahankan parti pemerintah dan menuduh Pakatan Rakyat cuba mengulangi "agenda politik kotor" untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0 berkata, Wan Ahmad sepatutnya bersifat tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sekali gus tidak mengambil pendekatan terhadap perselisihan ini hingga menyebabkan badan itu hilang kredibiliti dalam mereformasikan pilihanraya di negara ini.

"Kami berpendapat bahawa SPR dan Datuk Wira Wan Ahmad mesti menumpukan perhatian mereka dengan melibatkan diri bersama-sama masyarakat madani bagi memperbaiki institusi-institusi awam dan bukannya terlibat dalam perang mulut dengan parti-parti politik. Ulasan terkini yang dibuatnya mengancam kewibawaan awam berkenaan sifat "non-partisan" SPR yang diperlukan untuk mengekalkan keyakinan orang ramai," kata Jawatankuasa Pemandu Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, akhbar kawalan UMNO Utusan Malaysia memetik Wan Ahmad turut menuduh parti pembangkang mengulangi strategi sama seperti sebelum pilihan raya umum ke-12 apabila parti politik tertentu menyertai demonstrasi jalanan menuntut pilihan raya adil, mereka telah berjaya menaikkan kemarahan rakyat dan hasil perbuatan itu memberi kemenangan besar kepada mereka.

Hal itu jelas dilihat cuba menyindir Pakatan Rakyat dan BERSIH 2.0 yang berjaya mengumpulkan puluhan ribu rakyat bagi menuntut pilihan raya bersih, telus dan adil.

Jawatankuasa Pemandu Bersih juga turut menyatakan bahawa Wan Ahmad dan SPR sepatutnya menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka terlebih dahulu termasuk masalah-masalah daftar pemilih lain termasuk seperti kejadian pengundi bernama "Kg Baru", penyelewengan yang serius berkenaan pengundi berganda serta alamat penuh sesak dan sebagainya daripada mempertahankan serta menjadikan perkara-perkara ini sebagai isu politik yang menjejaskan kewibawaan semua pihak.

"BERSIH 2.0 berharap SPR menumpukan tenaganya untuk menyelesaikan masalah besar yang dihadapi daftar pemilih dalam penemuan baru-baru ini seperti "Skandal Mismah" yang telah mendedahkan perkembangan yang membimbangkan mengenai pemberian hak mengundi kepada seseorang yang diragukan kewarganegaraannya," tegas kenyataan tersebut lagi.

Dalam pada itu mereka turut membidas sebarang cubaan untuk menyamakan Himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lalu dan rusuhan yang berlaku di United Kingdom minggu ini.

Malah para peserta BERSIH mempamerkan tahap displin yang tinggi serta tidak bertindak ganas walaupun diasak teruk oleh Polis seperti yang dilihat oleh video serta gambar yang tersebar luas di laman maya.

"BERSIH 2.0 sepenuhnya menolak apa sahaja perbandingan perhimpunan aman 9 Julai di Kuala Lumpur dengan rusuhan di UK. Meskipun dengan tindakan keras pihak polis, berbagai rakaman video dan pengakuan saksi yang tidak terkira ramainya telah membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa rakyat Malaysia benar-benar mampu untuk berhimpun secara aman selari dengan hak-hak perlembagaan kita untuk sama-sama menuntut sebuah negara yang lebih demokratik dan sihat,"tambahnya.

Bajet 2012 Hanya Suntikan 'Feel Good Factor', Kata Dr Dzulkefly

Posted: 13 Aug 2011 03:45 AM PDT

Ditulis oleh Naeem Raffi


SHAH ALAM : Hasrat Kerajaan Pusat mahu melaksanakan Bajet 2012 dengan belanjawan inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020 disifatkan sebagai hanya suntikan 'feel good factor', kata Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad.

Malah katanya, perlaksanaan itu hanyalah bertujuan untuk mengaburi mata serta menawan kembali hati rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang.

Sehubungan itu, beliau berkata usaha tersebut juga jelas bermotifkan kepentingan politik semata dalam mengekalkan kuasa tampuk pemerintahan sedia ada, walaupun jelas ia dilihat telah gagal menangani masalah pokok yang menekan kehidupan rakyat terbanyak.

"Kita cukup memahami apa yang menjadi perhitungan besar buat Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, bagi mereka bulan-bulan mendatang ini sehingga hari pembentangan bajet adalah bulan-bulan memenangi keyakinan rakyat dengan menjalankan apa sahaja usaha asalkan hati rakyat berjaya ditawan menjelang musim pilihanraya yang dijangka tidak lama lagi selepas pembentangan bajet," katanya.

Dr Dzulkefly berkata demikian bagi mengulas pendirian kerajaan pusat dalam memberi gambaran indah kepada rakyat berhubung Bajet 2012 yang akan dibentangkan di Parlimen pada 7 Oktober sebagai belanjawan inklusif yang berpaksikan rakyat dalam menuju negara maju serta ekonomi berpendapatan tinggi pada 2020.

Mengulas lanjut perkara itu, Dr Dzukefly berkata kerajaan pentadbiran Najib sewajarnya mengambil pendekatan dengan membantu rakyat dengan merungkai amalan monopoli dan oligopoli dalam pemerintahanya yang selama ini didakwa telah menindas dan menekan kehidupan rakyat marhean.

"Inilah caranya (rungkai kaedah monopoli), kalau kerajaan benar-benar mahu membantu dan menolong rakyat, bukannya setelah puas cekik rakyat dengan monopoli selepas itu berhasrat kononnya mahu berbaik dengan rakyat dengan memberikan habuan dalam bentuk kupon, subsidi dan sebangainya," ujarnya.

"Sebenarnya kerajaan mahu kekal memberikan keuntungan kepada kroninya dan hanya memberikan sedikit bantuan kepada rakyat dalam sistem yang masih kekal (monopoli) melindungi kroni-kroninya," katanya.

Justeru itu katanya, kerajaan tidak mampu lari dari amalan monopoli dan oligopoli dalam pentadbiranya ekoran kebergantngan terlalu kuat mereka kepada kroni-kroni yang selama ini menerima bantuan dan projek bagi membantu kerajaan terus kekal berkuasa khususnya dari sokongan dana.

"Inilah cara Umno-BN mendapatkan 'feedback' kembali dari kroni-kroni mereka yang selama ini membiaya mereka untuk kesetiap kali pilihanraya," ujarnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Najib Razak dilaporkan sebagai berkata kerajaan akan merangka strategi terbaik untuk mengurangkan beban kos hidup rakyat menerusi bajet itu serta dalam masa sama menguruskan pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, ini termasuk meneliti kaedah untuk meningkatkan rantaian bekalan pertanian bagi memastikan bekalan makanan yang hilang sepanjang proses penghasilan dan pembekalan dapat dikurangkan.

Selain itu, kepimpinan Najib turut menjanjikan akan meneruskan sistem kawalan harga barang dan menguruskan subsidi dengan bijak yang mana merupakan antara subsidi tertinggi diberikan di sesebuah negara.

"Di samping itu, kerajaan akan memperluaskan lagi inisiatif berfokuskan rakyat seperti Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan yang terbaru, Menu Rakyat 1Malaysia iaitu program yang menggalakkan syarikat pengeluar makanan memperkenalkan pakej menu sarapan pagi serendah RM2 dan makanan tengah hari RM4 di restoran-restoran yang mengambil bahagian"

Justeru, Dr Dzulkefly menegaskan pihaknya tidak akan sekali-kali akan membenarkan kroni Umno-BN terus kekal berkuasa dalam memonopoli hasil kekayaan negara.

"Kita sama sekali tidak akan mengizinkan monopoli seperti ini, semua ini (monopoli-kroni) ibarat 'kucing-kucing gemuk, yang gemuk atas penderitaan rakyat," tegasnya.

"Dalam Pakatan Rakyat, kita tidak nafikan ada baik buruknya pemberian subsidi, namun ianya harus dikaji dengan melihat secara keseluruhanya, subsidi akan jadi tidak baik sekirannya disalurkan kepada orang yang tidak layak seperti IPP, pemilik konsesi air dan lain-lain,"tambahnya.

Mana laporan KPI menteri kabinet?

Posted: 13 Aug 2011 03:42 AM PDT

Perdana Menteri, di awal pengambilalihan pemerintahan, pernah mengatakan semua menteri kabinetnya tertakluk kepada KPI dan siapa yang gagal berpotensi disingkirkan.



PETALING JAYA: Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membentang segera laporan Indeks Prestasi Utama (KPI) kesemua menteri kabinet beliau.

Menurut Badrul Hisham, di awal pengambilalihan pemerintahan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Najib dengan gah mengatakan semua menteri kabinetnya tertakluk kepada KPI (Key Performance Index) dan siapa yang gagal berpotensi disingkirkan daripada kabinet.

Pada ketika itu rakyat melihat Najib akan mewarisi ketokohan ayahnya Abdul Razak Hussein yang tegas dan berjaya memacu negara dengan meninggalkan legasi yang tak dilupakan.

Najib diperlihatkan kononnya akan membawa Malaysia keluar dari zaman lemah ketika dikemudi Abdullah.

"Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon diambil menyertai kabinet sebagai penyelia pencapaian walaupun pencapaian Tsu Koon sendiri sebelum itu menjadi penyumbang besar tumbangnya Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.

"Tsu Koon seharusnya menjaga program-program seperti KPI dan NKRA yang dicetus Najib. Ternyata Najib memperakui Tsu Koon gagal kerana Najib membawa masuk Idris Jala dari dunia korporat ke dalam kabinet sebagai pembantu Tsu Koon.

Menjaga hati Gerakan

"Penjelasan yang munasabah ialah perlantikan Tsu Koon hanya untuk menjaga hati Gerakan dan Najib harap dapat menambat hati orang Cina dengan mengekalkan 'kuota' menteri berbangsa Cina.

Apakah kedudukan seorang menteri datang dengan begitu mewah dan segala peruntukan dan kemudahan lebur hanya untuk percaturan politik perkauman Najib?," tanya Badrul Hisham.

Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard memberitahu bahawa saiz kabinet Malaysia cukup besar kerana mahu menampung keperluan politik seperti memasukkan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil dan kini Presiden MIC G Palanivel.

"Adakah yang memenangi kerusi parlimen BN tidak layak untuk menduduki kabinet atau Najib tidak mengiktiraf pilihan rakyat yang mengangkat ahli parlimen melalui pilihanraya?

"Memang kabinet kita besar. United Kingdom dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri; Perancis 66 juta penduduk ada 23 menteri; Amerika Syarikat 312 juta penduduk ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta penduduk ada tujuh menteri.

"Kita dengan 28 juta penduduk, mempunyai 30 menteri. Adakah ini berbaloi?," soal Chegu Bard.

Idris Jala telah pun membentangkan laporan NKRA beberapa kali dan hampir setiap kali beliau membentangkan laporan itu, beliau seolah terlupa janji Najib yang akan membentangkan KPI menteri dan pegawai tinggi.

"Yang berkumandang hanya kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai. Itupun sejauh mana kebenaran belum diketahui lagi kerana setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri.

"Yang pasti negara seperti negara polis apabila tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.

Tidak cukup dengan itu, ada kawasan kejiranan yang terpaksa mengutip duit penduduk untuk upah pengawal di pintu masuk kawasan mereka," jelas Chegu Bard.

Idris dilihat hanya sebagai alat untuk memberikan sedikit wajah segar kepada kabinet Najib yang lemah dan jauh sekali dengan iltizam transformasi yang dijanjikan oleh beliau sebelum ini.

12 individu Muslim beri keterangan 15 Ogos

Posted: 13 Aug 2011 03:40 AM PDT

Waran tangkap akan dikeluarkan jika mereka gagal hadir memberi keterangan, kata sumber dalaman Jais.



PETALING JAYA: Seramai 12 individu Muslim yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ketika menghadiri majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Seksyen 13 minggu lalu akan hadir memberi keterangan Isnin depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber dalaman bahagian penguatkuasaan Jais dan ini sudah dimaklumkan kepada 12 individu berkenaan kelmarin supaya hadir di pejabat jabatan agama itu di Shah Alam.

Menurut sumber itu, peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishamuddin yang mewakil 10 daripada 12 individu Muslim itu memahami situasi terbabit dan membenarkan anak guam mereka hadir memberi keterangan kepada Jais.

"Sebelum ini, mereka sudah menerima surat untuk hadir memberi keterangan namun gagal berbuat demikian pada Selasa lalu.

Sedangkan mereka adalah saksi kepada kes penyebaran agama bukan Islam kepada Islam, jadi kita perlu memanggil mereka untuk merekodkan kenyataan.

"Peguam mereka sudah memahami keadaan ini. Peguam benarkan anak guam mereka untuk hadir. Namun jika masih gagal berbuat demikian maka waran tangkap akan dikeluarkan kepada 12 individu tersebut," katanya kepada FMT.

Pada 3 Ogos lalu, Jais menyerbu gereja DUMC selepas mendapat maklumat kehadiran sebilangan orang Islam pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Ketika serbuan dilakukan kira-kira jam 9 malam, seorang penceramah menyampaikan ucapan dengan menyelit ayat-ayat Al Quran dan terdapat bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut Islam.

Berpandukan kepada siasatan awal, mereka yang terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Di bawah seksyen itu, seseorang yang didapati melakukan kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang beragama Islam supaya cenderung kepada mana-mana agama bukan Islam, atau supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana agama bukan Islam, atau supaya meninggalkan atau tidak suka kepada agama Islam.

Mereka boleh disabitkan mengikut seksyen kecil (1) dan jika didapati bersalah boleh dikenakan penjara sehingga satu tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Wujudkan daftar pemilih automatik, kata timbalan menteri Umno

Posted: 13 Aug 2011 02:36 AM PDT

BERNAMA

Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.



KAJANG: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan
pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.

Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.

"Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namunsatu 'road map' perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.

"Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka bolehberbuat demikian," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya danPemurnian Demokrasi" di Kolej Dar Al-Hikmah, di sini hari ini.

Saifuddin turut mencadangkan agar undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi.

E-voting

Katanya kerajaan, walau dari parti mana sekalipun perlu mendapat kelulusan terus daripada rakyat selain wakil rakyat di Parlimen untuk perkara-perkara yang besar.

"Perkara ini boleh dilakukan terutama di zaman ini di mana rakyat boleh dihubungi secara terus melalui teknologi komunikasi dan maklumat contohnya seperti e-voting," katanya.

Saifuddin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno turut menyelar pandangan sesetengah pihak bahawa negara ini tidak demokrasi kerana parti yang sama memerintah negara sejak merdeka.

"Barisan Nasional (BN) tak pernah kalah tak semestinya bermaksud negara ini tidak demokrasi. Kita tak boleh lihat isu ini begitu simplistik," katanya.

Dua panel lain dalam forum anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Grup Peguam Abim (GPA) itu adalah Dekan Fakulti Sains Sosial Universiti Malaya Prof Dr Mohamad Redzuan Othman dan Pengarah Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi Wan Mohd Firdaus Wan Fuaad.


Gerakan - retak menanti belah?

Posted: 13 Aug 2011 02:34 AM PDT

BERNAMA


Adakah gelora melanda semula dalam parti Gerakan atau mungkinkah kelihatannya seperti itu selepas salah seorang daripada anggota paling kanan dalam kepimpinan pusat memutuskan untuk melepaskan jawatannya?

NONESumber parti berkata anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Datuk Gooi Hoe Hin bertindak untuk berundur secara mendadak daripada kepimpinan parti semasa berlangsung mesyuarat CWC yang 'bergelora' selepas beliau mengkritik keras presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Gooi, bekas Setiausaha Politik kepada bekas presiden Gerakan Tun Dr Lim Keng Yaik semasa Dr Lim berkhidmat sebagai Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, dikatakan "berasa sangat kecewa dengan kepimpinan Dr Koh".

Ini terutamanya berkaitan apa yang dianggap sebagai kegagalan Koh untuk menjawab dan mempertahankan parti, dan beliau sendiri, apabila beberapa kritikan dilemparkan terhadap kepimpinan tertinggi parti.

"Sentimen beliau (Gooi) dikongsi dalam kalangan kami semua. Kebanyakan anggota CWC parti yang menghadiri mesyuarat ini bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Datuk Gooi. Kami semua terperanjat apabila beliau menepuk meja dan berkata beliau meletak jawatannya dalam CWC sebelum keluar meninggalkan mesyuarat," kata seorang sumber parti yang enggan dikenal pasti.

Susulan kritikan keras dan di luar jangkaan itu, Koh mengadakan sidang akhbar hari ini untuk menangkis semua kritikan yang dilempar terhadapnya, terutamanya dakwaan oleh sesetengah pihak bahawa beliau tidak layak memimpin parti itu di Pulau Pinang.

Koh menjawab kenyataan bekas Naib Presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, bekas Naib Ketua Pemuda Gerakan Tan Tee Beng dan Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, yang meragui keupayaannya untuk memimpin parti.

Zahrain berkata Gerakan harus menukar kepimpinan dan memperkenalkan muka baru sekiranya parti itu serius untuk menawan semula Pulau Pinang daripada pembangkang.

tan tee beng pc 030110 01Tee Beng (kanan) berkata Koh perlu digantikan sekiranya Gerakan serius untuk menawan semula Pulau Pinang manakala Kok Ping pula mendakwa Koh "tidak berbuat apa-apa sejak 18 tahun yang lepas."

Seorang lagi sumber parti berkata pemimpin peringkat akar umbi parti itu berasa kecewa dan marah kerana Koh memilih untuk berdiam diri berhubung kritikan itu.

Bagaimanapun, Gooi ketika dihubungi enggan mengulas mengenai perkara itu, kecuali mengesahkan bahawa beliau telah pun melepaskan jawatannya dalam CWC Gerakan.


Ramai pemimpin lain dalam parti ketika dihubungi turut enggan mengulas manakala ada di antara mereka percaya bahawa peletakan jawatan Gooi berkemungkinan besar tidak akan diterima oleh Presiden parti.

NONE"Kami seringkali berselisih pendapat. Saya yakin kami akan bersatu padu semula. Itu saja yang boleh saya katakan," kata Naib Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (kiri).

Ketua Pemuda Lim Si Pin berkata semasa mesyuarat CWC itu, ada di antara pemimpin parti yang menyuarakan kebimbangan berhubung kritikan terhadap Koh serta parti, dan menasihati Koh supaya bertindak dengan sewajarnya.

"Beberapa orang di antara kami bimbang tentang kesannya. Ia sudah tentulah akan membawa kesan negatif bukan sahaja kepada beliau tetapi juga kepada parti keseluruhannya.

"Bagaimanapun, saya tidak fikir peletakan jawatan Datuk Gooi adalah rasmi. Presiden masih belum memberi jawapan," katanya.


Saham KL diramal tidak menentu

Posted: 13 Aug 2011 02:30 AM PDT

BERNAMA


Bursa tempatan kemungkinan besar diniagakan tidak menentu minggu depan dengan pelabur terus gusar dengan krisis hutang Eropah beserta dengan penarafan negatif ke atas ekonomi AS, kata peniaga.

Penarafan negatif ekonomi AS baru-baru ini oleh Standard & Poor's nampaknya mewujudkan satu rantaian reaksi panik di seluruh dunia, termasuk Asia Pasifik yang sekali gus menyaksikan jualan besar-besaran pada hari Isnin.

malaysia stock exchange market klse 141008 09Bursa tempatan memulakan urus niaga turun naik pada awal minggu seiring bursa serantau lain berikutan berita mungkin berlakunya krisis kewangan.

Ini menjuruskan jualan besar-besaran dan mengheret turun KLCI FTSE Bursa Malaysia ke bawah paras 1,500 untuk kali pertama sejak 17 Mac, 2011.

Semalam, FBM KLCI mengakhiri urus niaga pada 1,483.67, 7.21 mata lebih tinggi berbanding penutup hari Khamis iaitu 1,476.46.

Untuk baki urus niaga, pasaran sememangnya dalam mode tidak menentu sebelum mengakhirinya dalam nada yang lebih positif pada hari Jumaat.

Ketua Penyelidikan Runcit Affin Investment Bank, Dr Nazri Khan, berkata pasaran Asia kemungkinan terus melantun minggu depan kerana kejatuhan dalam tuntutan penggangguran AS mengurangkan kebimbangan berhubung pemulihan ekonomi global, dan sekali gus merancakkan pengeluar eksport dan pengeluar komoditi global.

Pada masa sama, pengesahan semula penarafan AAA Perancis dan pengharaman Eropah ke atas jualan singkat menyokong dengan kukuh saham kewangan global.

malaysia stock exchange market klse 141008 04"Kami percaya yang hakikatnya pasaran tempatan mencapai paras terlebih jual paling tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan membuka pintu untuk pergerakan rancak sementara jangka pendek kembali ke paras halangan 1,500," katanya.

Nazri berkata, untuk minggu depan, FBMKLCI juga akan menguji paras sokongan 1,475.

"Kami kini menetapkan 1,500 sebagai sasaran serta merta untuk FBM KLCI setakat minggu depan. Bagaimanapun, kami mesti berhati-hati yang situasi terlebih jualan ini tidak mencadangkan penyelesaian akhir sudah pun dilihat.

"Mereka bagaimanapun, ada mencadangkan yang situasi terlebih jualan ini telahpun berakhir dan pasaran akan melantun semula," katanya.

Nazri turut mengingatkan pelabur yang kemudahruapan ekuiti amat luar biasa dengan dollar/yen dan dollar/swiss telah melonjak ke puncak paling merbahaya yang pernah dilihat semasa krisis selepas Lehman.

azlanSementara itu, Malaysia Airlines dan AirAsia menjadi tumpuan utama minggu ini dengan kedua-duanya memeterai urus niaga pertukaran saham, sekali gus mewujudkan sinergi paling berkuasa sesama sendiri dan mengubah sepenuhnya landskap industri penerbangan tempatan.

Berdasarkan perbandingan Jumaat-Jumaat, FBM KLCI susut 40.76 mata kepada 1,483.67 daripada 1,524.43 sebelumnya.

Indeks Kewangan susut 416.41 mata kepada 14,072.74, Indeks Perindustrian jatuh 43.23 mata kepada 2,715.01 dan Indeks Perladangan kerugian 384.49 mata kepada 7,208.45.

Indeks FBM Emas turun 33.12 mata kepada 10,147.1, FBM Ace merosot 255.93 mata kepada 3,794.09, FBMT100 lega 304.17 mata kepada 9,963.58 dan FBM70 menjunam 460.92 mata kepada 11,052.20.

azlanJumlah dagangan mingguan mengukuh kepada 7.776 bilion unit bernilai RM14.682 bilion berbanding 6.020 bilion saham bernilai RM9.858 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan di pasaran utama naik 6.135 bilion unit bernilai RM14.448 bilion berbanding Jumaat minggu lepas 4.089 bilion saham bernilai RM9.53 bilion.

Jumlah dagangan di pasaran ACE, bagaimanapun turun kepada 1.033 bilion saham bernilai RM162.075 juta berbanding 1.38 bilion saham bernilai RM236.207 juta minggu lalu.

Waran menambah kepada 586.675 juta saham bernilai RM64.915 juta berbanding 481.029 juta saham bernilai RM71.227 juta sebelumnya.


Saman Hindraf: Peguam British pula diusir

Posted: 13 Aug 2011 02:25 AM PDT

MALAYSIA KINI


Jabatan Imigresen telah menghantar pulang peguam Britain Imran Khan, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam dalam misinya mencari fakta berhubung dakwaan masyarakt India di negara ini dipinggirkan.

Ini adalah kali kedua seorang peguam asing telah dusir dari negara tahun ini - bulan lalu, peguam Perancis William Bourdon, yang mewakili kumpulan hak asasi manusia Suaram dalam tuntutan saman di mahkamah berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene, diusir selepas beliau mendarat di KLIA.

imran khanImran (kiri), seorang peguam yang terkenal dengan kes-kes yang membabitkan perkauman, telah diarahkan pulang melalui penerbangan ke London pada jam 2 pagi hari ini selepas ditahan oleh Jabatan Imigresen untuk lebih 12 jam.

"Imran tiba di lapangan terbang KLIA pada 1:50 petang semalam dan ketika melalui kaunter imigresen, beliau memaklumkan kepada pegawai bertugas bahawa tujuannya ke Malaysia adalah untuk berjumpa dengan anak guamnya berhubung satu saman kelas ke atas kerajaan UK," kata pemimpin Hindraf, P Waythamoorthy dalam satu kenyataan akhbar.

"Pegawai berkenaan memeriksa senarai orang-orang yang 'tidak dibenarkan masuk' dan serta-merta memberitahu Imran bahawa permohonannya untuk memasuki Malaysia adalah ditolak."

Waythamoorthy berkata pegawai-pegawai imigresen tidak dapat memberikan sebarang alasan berhubung larangan ke Imran daripada memasuki negara ini

"Menurut pegawai kanan imigresen itu, dia tidak mempunyai masalah membenarkan Imran masuk tetapi keputusan larangan itu datang daripada pejabat tertinggi Cawangan Khas di Bukit Aman dan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Beliau juga kemudiannya memberitahu bahawa polis menyifatkan Imran mungkin sebagai satu ancaman kepada keselamatan Malaysia."

Namun, seorang lagi peguam yang terlibat dalam kes berkenaan, Suresh Grover, telah dibenarkan masuk ke negara ini.

hindraf celebrate birthday in parliament 210508 s jayathasLawatan kedua-duanya adalah sebahagian daripada usaha Hindraf untuk mempermantapkan kes mereka terhadap kerajaan British, yang dituduh mengabaikan kaum India tanpa perlindungan selepas membawa mereka masuk sebagai buruh ke Malaya ketika itu.

"Peguam itu akan berjumpa dengan masyarkat India yang terpinggir dan mendapatkan maklumat daripada golongan yang terpinggir itu yang antara mereka, ada yang dinafikan kad pengenalan dan pendidikan," kata ketua penerangan Parti Hak Asasi Manusia S Jayathas (kiri) kepada Malaysiakini.

PKR: Ugutan Ezam ke atas M'kini 'perbuatan jenayah'

Posted: 13 Aug 2011 02:18 AM PDT

MALAYSIA KINI


Ancaman Senator Ezam Mohd Nor untuk membakar dua portal berita adalah "perbuatan jenayah" dan pihak polis serta peguam negara perlu bertindak segera ke atasnya, kata naib presiden PKR, N Surendran.

NONE"Kami terkejut bahawa seorang ahli Dewan Negara sanggup mengeluarkan kata-kata seumpama itu dan mengancam secara terbuka untuk melakukan perbuatan jenayah.

"Ini adalah satu ancaman yang keterlaluan ke atas harta dan pejabat kedua-dua portal berita ini; lebih serius lagi ancaman itu juga boleh mendatangkan kecederaan parah atau mungkin kematian terhadap kakitangan, penulis dan penghuni lain," kata Surendran dalam satu kenyataan petang semalam.

Beliau mengulas kenyataan yang dibuat oleh Ezam pada perhimpunan di masjid Shah Alam semalam yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

NONE"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," kata Ezam.

Menurut Surendran, ancaman secara terang-terangan itu adalah satu kesalahan jenayah di bawah undang-undang negara ini.

"Pihak polis dan Peguam Negara perlu mengambil tindakan segera terhadap Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 503 dan 505 Kanun Keseksaan kerana ugutan berunsur jenayah."

Naib presiden PKR itu juga menggesa Umno bagi menghormati kebebasan rakyat bersuara dan ucapan seperti yang dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

"Amat mengganggu bahawa seorang senator dari Umno, yang menjadi tulang belakang kerajaan BN, mengancam untuk merusuh dan membakar pertubuhan media berita."

Ezam, bekas ahli PKR dan sekutu rapat ketua umum PKR Anwar Ibrahim, berpaling tadah dan menyertai semula Umno setelah pergeseran pahit dengan ketua pembangkang itu.

Pengarah GLC diingatkan tanggungjawab mereka

Posted: 13 Aug 2011 02:13 AM PDT

MALAYSIA KINI


Majlis Peguam hari ini mengingatkan lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bahawa mereka tertakluk kepada kecuaian dan tindakan mahkamah oleh pemegang saham jika didapati gagal dalam tugas menangani penyelesaian di luar mahkamah dengan Tan Sri Tajudin Ramli.

NONEPresidennya, Lim Chee Wee berkata lembaga pengarah dalam menentukan sama ada untuk membatalkan prosiding mahkamah ke atas bekas pengerusi Penerbangan Malaysia (MAS) itu atau sebaliknya, perlu mesti mengambil kira sama ada keputusan (jika diambil), selaras dengan tugas mereka.

"Jika mereka gagal dalam tugas mereka, para pengarah akan terdedah kepada saman cuai oleh mana-mana pemegang saham atau lembaga pengarah yang dilantik seterusnya, seperti yang pernah kita lihat dalam beberapa kes baru-baru ini.

"Oleh itu, penarikan balik saman terhadap Tajudin boleh dianggap sebagai pelanggaran tugas di pihak pengarah GLC," kata Lim, sambil mengingatkan bahawa sebagai pengarah mereka juga bertanggungjawab kepada pemegang saham.

"Bagaimanapun, jika pemegang saham meluluskan resolusi untuk membenarkan pelanggaran tugas itu atau mengatakan bahawa tiada terdapat pelanggaran, maka saman itu boleh ditarik balik kecuali jika terdapat unsur-unsur penipuan atau menyalahi undang-undang," kata Lim kepada Malaysiakini.

azlanBertentangan dengan apa yang didakwa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa arahannya dalam sepucuk surat awal minggu ini yang mahu GLC menyelesaikan saman mereka ke atas Tajudin, Lim mengingatkan bahawa pihak yang sepatutnya memberi arahan untuk memulakan suatu tindakan untuk menguatkuasakan mana-mana hak syarikat berkenaan, atau untuk mendapatkan perintah kembalikan harta dan untuk menarik balik saman, adalah para pengarah.

Nazri sebelum ini dilaporkan dalam sepucuk surat yang dihantar bulan ini kepada GLC berkenaan dan Danaharta memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman sivil ke atas Tajudin yang tertangguh.

"Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah.

NONE"Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini," kata Nazri dalam surat itu.

Antara GLC yang menyaman Tajudin itu adalah Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holdings Bhd, Pengurusan Danaharta Bhd, Malaysia Airlines and Duta Skyline Bhd

Umno: Pulau Pinang tak sensitif isu agama

Posted: 13 Aug 2011 02:11 AM PDT

BERNAMA


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata tindakan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) melarang masjid dan surau menghentikan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di negeri itu tidak akan berlaku jika kerajaan negeri Pulau Pinang sensitif terhadap agama Islam.

zahid hamidi wavingBeliau berkata, perkara itu berlaku kerana kerajaan yang memerintah negeri berkenaan adalah parti yang langsung tidak sensitif terhadap isu-isu agama Islam.

"Saya amat dukacita fatwa yang dikeluarkan oleh JHEAIPP yang selama ini tidak ada sebarang kajian dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan mengenai larangan itu," katanya kepada pemberita di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid berkata, larangan yang dikeluarkan oleh JHEAIPP itu adalah arahan daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang seharusnya merujuk fatwa itu kepada Yang Di-Pertuan Agong selaku ketua agama.

Katanya, apa yang dikhuatiri sekarang ialah larangan tersebut akan menjadi ikutan kepada negeri lain yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

azlan"Biarpun kita menghormati agama lain, sebagai sebuah negara yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, amalan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara harus dihormati," katanya.

Beliau berkata, "dalam soal agama dan bangsa, jangan harus berbeza pendapat walaupun mempunyai fahaman politik yang berlainan, kita harus bersama dalam menegakkan syiar Islam.

"Mereka yang menjadi pemimpin parti politik hendaklah senada memberikan pendapat, jauh sekali memberi pendapat politik sebagai fatwa Islam," katanya.


Rumusan Pakatan menang besar tak tepat, kata KJ

Posted: 13 Aug 2011 01:41 AM PDT

Aidila Razak


Metodologi yang digunakan untuk merumuskan bahawa Pakatan Rakyat akan memenangi 100 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang tidak tepat, kata ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

NONEBercakap kepada Malaysiakini semalam, Khairy berkata ini adalah kerana kesan BERSIH 2.0 tidak mungkin dirasai di kawasan luar bandar mahupun di negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kita (BN) tidak syak lagi bahawa BERSIH memberi kesan, dan kita sedar akan ini, tetapi hanya di kawasan tertentu. Di kerusi luar bandar, ia tidak tepat.

"Untuk mengatakan bahawa sehingga 20 (BN) kerusi akan tumbang terlalu memperbesarkan kesannya," katanya ketika dihubungi.

Khairy diminta mengulas rumusan penganalisis politik Wong Chin Huat yang mendakwa kesan BERSIH 2.0 akan menyaksikan Pakatan Rakyat mampu menambahkan jumlah kerusi parlimennya daripada 75 kepada 100 pada pilihan raya umum akan datang.

azlanMenurut Wong, kekasaran ke atas peserta BERSIH yang menuntut pilihan raya adil dan bersih itu oleh pihak berkuasa juga akan mempengaruhi pengundi atas pagar bagi membuang undi protes terhadap BN, jika tidak pun mengundi untuk Pakatan Rakyat.

Dengan mengandaikan tiada penyelewengan pada pilihan raya itu, Wong berkata ini boleh menyebabkan kejatuhan 20 daripada 30 kerusi marginal yang dimenangi oleh BN pada pilihan raya umum 2008.

Katanya, antara kerusi yang terjejas itu kebanyakannya terletak di bandar atau separa bandar, dan juga kerusi luar bandar di negeri-negeri yang diterajui oleh Pakatan, khususnya di Terengganu di mana PAS mempunyai penyokong akar umbi yang ramai.

Bagi Khairy, kerusi luar bandar yang disenaraikan termasuk parlimen Sungai Besar di Selangor, sepatutnya tidak berada di dalam senarai tersebut.

Katanya, impak sebenar BERSIH 2.0 hanya boleh diukur beberapa bulan selepas perhimpunan itu kerana pengundi juga akan mempertimbangkan bagaimana tindakan kerajaan mengendalikan tuntutan supaya reformasi pilihan raya diadakan.

NONE"Perhimpunan itu sendiri tidak mencerminkan pendapat orang ramai," katanya.

Khairy, yang juga Ketua Pemuda BN berkata terdapat isu lain yang akan membentuk sentimen pengundi.

"Isu-isu ekonomi membabitkan semua. Peningkatan kos sara hidup mempunyai kesan yang lebih besar daripada BERSIH 2.0," katanya.

Konvensyen P'raya PAS Pahang garis kemenangan PRU 13

Posted: 13 Aug 2011 01:39 AM PDT

Khairil Abdul Rahim


TEMERLOH: Dengan jangkaan pilihan raya umum (PRU) 13 hanya dalam tempoh beberapa bulan dan PAS bersama Pakatan Rakyat pula berpotensi untuk mencipta kemenangan, satu konvensyen pilihan raya akan diadakan Rabu ini.

Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang yang dijadualkan pada 17 Ogos itu akan berlangsung di Markas Darul Amin, Sungai Gau bermula jam 8 pagi hingga 12 malam.

Menurut pengarah program Abdul Majid Hasan (gambar), pada majlis tersebut tiga tokoh PAS Pusat akan membentangkan pengarahan kerja serta motivasi iaitu Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli.

"Tema konvensyen yang sangat penting ini ialah 'Sederap Menjana Kemenangan' dan ia lanjutan daripada program retreat pilihan raya yang diadakan di Cameron Highlands baru-baru ini.

"Matlamatnya ialah untuk merangsang, menggerakkan dan mengaktifkan jentera serta petugas di semua peringkat parti
untuk kemenangan pada PRU 13. Juga menyediakan roadmap bertindak mulai Ogos 2011.

"Urusetia menjangkakan 1,000 peserta akan hadir yang terdiri daripada anggota Badan Perhubungan Negeri, Dewan-Dewan, Kawasan PPPP, AIPP, DHPP dan Pimpinan Pakatan Rakyat Pahang," katanya kepada Harakahdaily.

Abdul Majid yang juga Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang berkata, acara pada sebelah siang akan berakhir pada pukul 4 dengan penyerahan buku rumusan bertindak yang disepakati iaitu 'Perincian Gerak Kerja Merujuk Resolusi Retreat'.

Pada sebelah malamnya akan diadakan tahlil dan iftar perdana, Solat Maghrib, Isyak, Tarawih dan diakhiri dengan ceramah perdana melibatkan ketiga-tiga tokoh.

Dalam pada itu Abdul Majid memberitahu, fokus PAS Pahang ialah untuk mendapatkan undi Melayu dan jika berjaya Pakatan Rakyat boleh mendapat majoriti mudah.

Tambahnya, ini tidak mustahil kerana 12 daripada 14 kerusi parlimen di Pahang merupakan kawasan Felda. Di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, terdapat 25 kerusi kawasan Felda daripada 43 Dun keseluruhannya.

"Dengan peningkatan sokongan dibandar, sokongan bukan Melayu yang masih kekal, lonjakan kesedaran di kalangan peneroka Felda serta pelbagai kelemahan kerajaan negeri yang hangat diperkatakan, maka kita yakin Pakatan Rakyat boleh membuat kejutan dalam PRU akan datang asalkan pelan gerak kerja dilaksanakan di semua peringkat," tegasnya.

Tambahnya, gelombang kebangkitan kemenangan Pakatan di Pahang bermula dengan konvensyen ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

stere, s. [url=http://www.vanessasac.com]sac lune vanessa bruno [/url] Add Austria and Switzerland and it clear that German is a useful language for doing business. Only this book, which I have never read before, was written in the early 1930s! Wow. the masses are not being "manipulated".
When refilling ink, the first thing to do is to read the instructions that came with the refilling kit and make sure you understand them. [url=http://www.icanadagooseca.com]canada goose[/url] Due to its light weight, rimless sunglasses do not irritate the ears or nose either. [url=http://officialcanadagoosesoutlet.ca]canada goose[/url]
[url=http://flyballbags.com]canada goose jacket[/url] But until then we must watch them closely." And, as he poignantly postulates, which is the one true God whose Word we should obey? The strict Christian patriarch, the jealous Jewish Yahweh, or the demanding Allah of Islam? Woven into the increasingly disturbing apocalyptic commentary are forays into fascinating facets of the material, such as the significance of the number seven in the Book of Revelation to an observation of mankind's need to worship modern cult heroes such as Saint Elvis Presley and the elusive peoples goddess, Princess Diana. [url=http://www.onlinebeatsbydreoutlet.com]beats by dre store la[/url]