Sabtu, 13 Ogos 2011

Ajijoi

Ajijoi


Tafsir Surah Yusuf oleh Ustaz Jamaluddin

Posted: 13 Aug 2011 01:50 AM PDT



..akan bersambung lagi

Ziarah Ramadhan Pas Kawasan Gopeng

Posted: 13 Aug 2011 12:56 AM PDT

IPOH (12.8.11): Pas Kawasan Gopeng sebagaimana biasa, mengadakan sesi ziarah ke cawangan-cawangan untuk mendekatkan pimpinan bersama ahli dan juga mendapatkan maklumat serta pandangan dikalangan ahli-ahli.

Ziarah mereka kali ini ke cawangan Rapat Setia telah disambut secara agak berbeza. Bertepatan dengan bulan Ramadhan yang mulia, seluruh ahli jawatankuasa Pas Kawasan Gopeng telah dijemput untuk bersama-sama berbuka puasa di Surau Al-Ihsan, Rapat Setia. Dengan diketuai oleh YDP Gopeng, Tuan Haji Rahim beserta Timbalannya, Sdr Radzi Zainon bersama 12 orang yang lain, telah dijamu dengan moreh yang disediakan oleh kumpulan Usrah Pas Rapat Setia. Turut hadir sama berbuka puasa adalah Pengerusi Surau Al-Ihsan, AF Ustaz Haji Abu Bakar Hussain.

Mereka telah disambut oleh Ketua Cawangan Pas Rapat Setia, Ustaz Faisol serta setiausaha Surau Al-Ihsan, Haji Omar bagi bersama-sama qaryah surau berbuka puasa disitu.

Sambutan buat mereka tidak hanya terhenti disitu, bahkan selesai sahaja solat terawih, ceramah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Jamaluddin memenuhi masa ziarah mereka dengan ibadah yang penuh bermakna.

AJK Pas Gopeng bersama qaryah surau menantikan waktu berbuka puasa

Ustaz Abu Bakar dan Haji Rahim

Ustaz Rosman membacakan doa setelah selesai tahlil sebelum berbuka

Haji Omar menyampaikan sepatah dua kata alu-aluan

Berbuka dengan buah tamar dan beberapa kuih muih sebelum solat Maghrib

Selesai solat Maghrib, juadah berbuka puasa dihidangkan, Ikan bawal bercili dan gulai ikan siakap

Sdr Radzi Zainon, Haji Rahim dan Ustaz Abu Bakar dan Cikgu Naser (berbaju biru) berbuka setalam

Berbuka didalam talam bersama-sama mengeratkan ukhuwwah sesama jemaah

Jadikan Tazkiah An Nafs rutin hidup pejuang Islam - Ust Ibrahim Zakaria

Posted: 13 Aug 2011 12:49 AM PDT


TELUK INTAN, 9 Ogos - Para ahli gerakan Islam khususnya ahli PAS mesti menjadikan penyucian jiwa atau tazkiyah an nafs sebagai rutin hidup tanpa rasa jemu dan penat. Demikian dinyatakan oleh Naib Ketua Dewan Ulama PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria semasa menyampaikan tazkirah Ramadhan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan. Beliau telah menyampaikan tazkirah di dalam program Ihya Ramadhan PAS Kawasan Teluk Intan.

Menurut beliau, penyucian jiwa itu sangat penting kerana tugas dan tanggungjawab dakwah dan jihad adalah sangat berat yang memerlukan jiwa yang kental untuk menghadapinya. Selain itu, tazkiyah an nafs diperlukan kerana medan dakwah itu penuh dengan mehnah dan tribulasi serta banyaknya penghalang dan perosak yang mencabar para pejuang agama kebenaran.


Dalam konteks itu, Ustaz Ibrahim telah membacakan sebuah hadis yang bermaksud "Mukmin itu berada di antara lima musuh iaitu mukmin yang mendengkinya, munafiq yang membencinya, kafir yang memeranginya, syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang menggelincirkannya."

Tazkiyah an nafs juga akan dapat melancarkan cita-cita pejuang Islam merebut maqam syuhada dan mardhatillah. Oleh itu, cara menyucikan diri ialah melalui bertaubat, isti'anah dan isti'azah (mohon bantuan dan pertolongan Allah), ibadah khususi, zikrullah dan aurad yaumi (wirid harian).


Turut hadir hadir di majlis tersebut ialah YDP PAS Kawasan Teluk Intan Ustaz Ismail Che Nik, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin, pimpinan PAS kawasan, pimpinan cawangan serta para ahli dan penyokong PAS.


Tiada ulasan: