Isnin, 22 Ogos 2011

Cursing Malay : Terus Terang

Cursing Malay : Terus Terang


Cerpen 14 : Kasih Bapa

Posted: 22 Aug 2011 06:12 PM PDT

"ABAH JAHAT! TAK SUKA SAMA ABAH!"

Meor mula panik melihat anaknya, Shahrul Anwar atau nama manjanya Shai mengamuk-ngamuk. Isteri Meor,Anissa mula menjeling suaminya.

"Abang ni...apa la salahnya belikan aje barang permainan tu dekat dia...bukannya mahal sangat pun.." Anissa mengomel.Meor hanya mampu buat muka bersalah. "Gila ke apa permainan robot Transformers buruk macam tu pun RM70? Daripada saya spend RM70 baik saya bawak awak dengan Shai gi makan KFC. Dua tiga kali tau kita boleh makan.."

Anissa mencangkung lalu mengelap tangisan di mata anaknya."Dah..dah...tak mau nangis lagi...Shai kuat kan?Shai hensem kan?"

Shai mula senyum dipujuk ibunya lalu tangan dihulur untuk didukung ibunya. Meor pun pergi ke tepi Anissa lalu menghulurkan tangannya untuk mendukung Shai.

Bibir Shai mencebik.

"Tak adil la Shai buat abah camni.." pujuk Meor kepada anaknya. "Dah..dah..nanti mama belikan...takmau nangis lagi dah ye?Ramai orang ni..." Anissa senyum memandang anaknya. Meor hanya mampu sengih-sengih memandang isterinya.

Mereka sekeluarga keluar daripada kompleks beli belah itu lalu terus menuju ke bazar Ramadhan yang berdekatan. Shai mula girang apabila sedar mereka menuju ke sana.

"Shai sayang abah tak ni?Ni abah nak bawak Shai gi beli ayam percik yang Shai suka tu?" Meor memandang ke kerusi belakang,melihat imbasan anaknya di cermin pandang belakang kereta.Shai hanya diam,masih merajuk agaknya.Anissa sedar perkara itu lalu dia menoleh ke belakang,"Shai..Shai..nak abah belikan ayam percik untuk Shai tak?"

Bibir Shai terjuih."Tak nak..nak mama belikan!" Tegas nadanya.Meor hanya mampu tersengih lagi.Mereka pun turun dari kereta lalu mula meneroka bazar Ramadhan yang agak panjang keluasannya.Orang pada ketika itu sudah mulai bertambah ramai dan nasib mereka baik, cuaca pada hari itu cerah.

" Mak..nak bunga api,boleh?" tanya Shai apabila melihat ada orang menjual bunga api.Anissa menggelengkan kepala."Tak boleh sayang...bahaya main dengan api ni..terbakar rumah karang..."

"Tapi kawan-kawan Shai kat Tadika semua dah main bunga api..Shai sorang aje tak pernah main bunga api lagi..." Shai mula memujuk rayu. Anissa merenung anaknya,"Mama tak suka Shai main bunga api...nanti terbakar jari macam mana?Mama dengan abah tak nak tengok Shai terbakar nanti..."

Shai mencebik kembali selepas itu.

"Abang,saya gi beli kuih dekat sana kejap.Abang tengokkan Shai ye?" tanya Anissa.Meor angguk,"ye la..gi la tinggalkan kitorang kat sini.." gurau Meor.

"..tapi Shai nak ikut mama.." kata Shai sambil memegang tangan ibunya,pantas. Meor betul-betul buntu. Macam mana dia nak buat anak dia sukakan dia? Dia melangkah melintasi beberapa gerai dan kembali terpacak di depan penjual mercun dan bunga api tadi.

"Bang..bagi yang ni 2..bagi yang ni tiga..." Meor cepat-cepat membayar lalu disimpan plastik berisi bunga api ke dalam beg plastik lain lalu kembali semula ke tempat asal dia menunggu.Beberapa detik kemudian..Anissa dan Shai muncul sambil Shai sedang menghirup Air Batu Campur dari cawan plastik lutsinar.Meor teguk air liur apabila melihat betapa enaknya ABC anaknya.

"Apa la Shai ni..tak puasa.." tegur Meor.Shai tidak menghiraukan abahnya lalu terus memeluk kaki Anissa.

"Abang ni..toksah la sakat-sakat dia.." pinta Anissa.

....................

Malam itu,selepas berbuka puasa, Meor pun duduk mengadap TV untuk seketika.Berita dirasakan bosan kerana terlalu banyak propaganda untuk menaikkan imej sesetengah pemimpin.Dilihatnya Shai sedang duduk di meja makan sambil melukis-lukis sesuatu di atas kertas.

"Shai lukis apa tu?" tanyanya dengan suara buat-buat. Shai hanya diam dan terus melukis."Shai..Shai..." panggil Meor. Anaknya tidak menghiraukannya.

"Shai..Shai...abah ada beli bunga api untuk Shai.." bisik Meor. Shai memandang abahnya,"Ye ke abah..jom main..jom main!"

"Jom!" Meor pun menjawab.Lega hati Meor apabila anaknya mahu bercakap dengannya kembali.

"Ye ye!Ye ye!"Jerit Shai sambil memusingkan bunga api.Tiba-tiba muncul Anissa di pintu."Abang..ni bila masa abang beli ni?" tanya Anissa dengan nada geram."Tadi,masa tunggu awak tu.." jawab Meor.

"Bahaya tau bang!" Anissa melenting.

"Alah...bunga api dengan mercun roket aje..." jawab Meor.Anissa malas nak berperang mulut kembali menutup pintu. Meor sengih panjang."Kali ni abah menang pulak!Hihihi!"

"Abah..abah..ni apa ni?" tanya Shai sambil memegang sebatang mercun roket."Ni nama dia mercun roket!" kata Meor."Yang ni,biar abah buatkan.." Meor lalu mengambil sebiji botol lalu meletakkan mercun roket itu ke dalam botol.

Sumbu dinyalakan dan zuuuuussssss...mercun roket itu terbang pergi..

....ke arah rumah jirannya.
Tepat mengena ke ampaian baju yang penuh dengan pakaian disidai.

"BOOM!" Mercun itu meletup.

............................

Keesokannya...Meor terpaksa keluar duit lagi untuk menggantikan sehelai baju jirannya yang rosak terkena mercun roket. Kopak RM60. "Kalau aku tau...baik aku beli Transformers tu..." fikir Meor apabila pulang ke rumah selepas puas memohon maaf kepada jirannya. Sampai saja,Anissa sudah menunggu di muka pintu.

"Sori yang...." kata Meor sambil tersengih. Shai sedang duduk leka di depan TV dengan permainan Transformers yang baru dibeli mamanya hanya memandang abahnya dengan perasaan tidak berminat.

Tiada ulasan: