WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- UMNO SEMAKIN HILANG PUNCA, SAAT TERBAIK TAWAN PUTRAJAYA
- WAJAH SEBENAR `HERO KAMPONG ORI' PENCACAI UMPORNO YANG SUDAH KANTOI.....
- SAIFUL BERBOHONG - ANWAR
UMNO SEMAKIN HILANG PUNCA, SAAT TERBAIK TAWAN PUTRAJAYA Posted: 22 Aug 2011 01:16 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS UMNO kini terumbang-ambing untuk mencari isu baru yang boleh digunakan bagi memburukkan imej PR. Setakat ini kesemua isu yang dibawa oleh Umno gagal samasekali dan kebanyakannya memakan diri sendiri. PRU ke 13 nanti, satu-satunya PRU yang paling selesa untuk PR menguburkan Umno/Bn dan kita hanya perlu bekerja lebih kuat lagi agar segala maklumat dan tipu daya mereka disampaikan kepada seluruh rakyat. Umno cuba bermain dengan isu JAIS memasuki gereja kononnya untuk menggambarkan Kerajaan PR Selangor di bawah PKR gagal tangani isu murtad. Apabila Kerajaan Negeri Selangor bertindak pantas dengan menyerahkan siasatan kes ini kepada JAIS dan tidak melatah dengan mainan politik Umno, maka gagal lagi helah parti sekular ini. Kerajaan Negeri Selangor merujuk isu ini kepada Sultan Selangor selaku Ketua Agama, dan dibentuk pula Majlis Syura yang melibatkan Mufti Selangor, maka bertambah kecewa Umno untuk terus bermain dengan isu yang dianggap kontroversi ini. Tindakan bijak PAS yang tidak terperangkap dengan helah Umno untuk memecahbelahkan hubungan di antara Exco Agama Dr Hassan Ali dengan pimpinan PAS serta Kerajaan Negeri Selangor tentunya mengecewakan Umno. Akhirnya isu ini menjadi basi dan tidak lagi sehangat awalnya. Apa yang timbul, Umno dipersalahkan kerana lebih 50 tahun mereka memerintah negara ini namun parti ini tidak pernah serius dengan gejala murtad. Tidak kurang dari dua atau tiga kali PAS pernah usulkan di Parlimen agar Undang-Undang Murtad ini dipinda, namun Umno tidak pernah peka dan sensitif. Sekarang, Umno cuba untuk menjadi hero membela Islam kononnya. Timbul pula isu melarang penggunaan pembesar suara sewaktu membaca Al-Quran diwaktu Subuh di P.Pinang. Umno terus menonjolkan diri untuk menjadi juara membela Islam di P.Pinang pula. Zahid Hamidi secara tiba-tiba bersuara di dalam hal ini dengan menggunakan akalnya yang cetek di dalam membicarakan soal hukum agama. Beliau mahu menunjukkan kehebatannya dalam aspek hukum mengatasi Majlis Fatwa P.Pinang. Perangkap tidak menjadi, rupa-rupanya larangan tersebut telah lama dikuatkuasakan di Perlis sebuah negeri di bawah Umno. Gagal lagi Umno di dalam isu ini. Jelas, Umno semakin terdesak tambahan pula apa yang mereka cuba rahsiakan selama ini terbongkar. Skandal SPR dan JPN ternyata meresahkan Umno kerana kesemua bukti yang didedahkan oleh PR tentang salah laku dan ketidak kecekapan badan ini amat sukar ditangkis lagi. Najib akhirnya terpaksa akut untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas di Parlimen untuk menangani isu yang sudah terbongkar ini. Namun, putar belit Najib terserlah apabila menyebut PRU akan diadakan tanpa mengira apa jua yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khas ini nanti. Ertinya, Jawatankuasa Khas yang ingin ditubuhkan tersebut hanya topeng semata-mata untuk meredakan tekanan yang dihadapi oleh SPR dan JPN. Harus kita ingat, tiada apa lagi yang boleh kita percaya dari mulut Najib. Kita harus fokus untuk terus bekerja kuat meyakini rakyat bahawa negara ini lebih selamat jika Umno/Bn dapat disingkirkan dari Putrajaya. Inilah saat paling baik buat PR, dan jangan lepaskan peluang ini. Jangan benarkan Umno bernafas walaupun sesaat./wfauzdin.blogspot.com |
WAJAH SEBENAR `HERO KAMPONG ORI' PENCACAI UMPORNO YANG SUDAH KANTOI..... Posted: 22 Aug 2011 09:11 AM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KALI ini aku nak promote sikit seorang jejaka tampan yang menggunakan nama di dalam Face Book sebagai `Hero Kampong Ori'. Budak tidak cukup akal ini sering masuk ke dalam FB dan kerjanya tidak lain dan tidak bukan menghentam Pembangkang terutamanya PAS. Dia pernah minta masuk jadi member kat FB aku kununnya mahu berhujah, aku pun terima je la dia masuk sebab aku memang suka berhujah dengan puak-puak Umporno ni apatah lagi dengan budak tidak cukup akal macam dia ni. Bila dia masuk FB aku dia bukan nak berhujah tetapi dia nak cemarkan FB aku dengan gambar-gambar lucah yang dia tagg kat Wall aku. Aku pun remove dia dari jadi member. Rupa-rupanya dia sempat curi foto aku, kemudian dia guna foto aku pada profile dia. Mana-mana dia masuk FB, dia akan menjadi pencacai atau pelacur Umporno dengan menggunakan foto aku. Mengapa dia tidak berani tunjukkan wajahnya yang sebenar? Mengapa dia guna foto orang lain. Rupa-rupanya dia pemalu orangnya takut dia dikenali dan akan ramai peminat pasal dia ni hensem orangnya. Aku rasa bertanggungjawab untuk perkenalkan wajah sebenar budak yang terencat akal ini. Setelah ramai yang mula mengenali wajah sebenar beliau, maka beliau menjadi glamour sekarang. Lihat saja komen-komen dari rakan-rakan di FB di sini ---> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=208908865829151&set=a.155628577823847.50220.100001301176721&type=1&theater |
Posted: 22 Aug 2011 02:09 AM PDT Anwar Kemuka Bukti Dakwaan Saiful Palsu, Jalin Hubungan Dengan Umno KeadilanDaily Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa tuduhan pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan terhadapnya, adalah palsu dan berniat jahat. Anwar berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian "enam kaki" dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis. Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang mempunyai hubungan dengan Umno dan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri. "Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa. "Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengaruh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya," kata Anwar ketika memberi keterangan dari saksi tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang, 28 Julai 2008 untuk membincangkan perkara berkaitan kerja. Beliau menambah, pada peringkat itu, Saiful sepatutnya telah melarikan diri, namun tidak berbuat demikian atas alasan takut. "Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya," kata beliau lagi. Menurut Anwar alasan Saiful bahawa dia diselubungi ketakutan adalah bercanggah dengan fakta kes tersebut, Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia "sesuatu yang menyakitkan." "Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual mesra dengan saya. "Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebaliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari," kata Anwar. "Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma," kata Anwar lagi. "Sikapnya seara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari," tambah beliau. Anwar juga berkata, Saiful tidak terus membuat laporan polis dan membuat laporan perubatan dengan segera, sebaliknya mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Selain itu, Saiful juga dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku. Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu. "Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar," katanya. |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan