Kopitiam Bang Nan |
Lu jadi saksi pendakwa kan lagi senang bro...!! Posted: 11 Aug 2011 05:44 PM PDT Gua cakap lu bro...Pendakwarayapun tak percaya lu. Apa lagi peguambela.?? Kalau lu nak tau lagi...rakyat Malaysia dah tak pandang lu. Orang Kulim lagilah bro...Lu tunggu PRU13. Lu tengoklah!! Zulkifli Noordin Cabar Anwar (Utusan Malaysia) - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peguam bela Karpal Singh agar memanggilnya ke mahkamah sebagai saksi bagi memberi keterangan berhubung kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu. Zulkifli berkata, beliau adalah saksi yang relevan untuk memberi keterangan kerana mempunyai maklumat berhubung apa yang berlaku pada hari Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis kerana mendakwa telah diliwat Anwar dan juga beberapa maklumat lain berhubung kes itu. Sambil mempersoalkan tindakan Anwar yang mahu memanggil Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai saksi kes liwatnya itu, Zulkifli hairan mengapa Anwar tidak memanggil beberapa individu lain yang lebih relevan untuk berbuat demikian, sebaliknya mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes itu. Katanya, antara mereka yang boleh menjadi saksi bagi kes itu ialah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dan Anuar Shaari, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor, isteri Anwar sendiri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. "Kenapa kami saksi-saksi yang relevan ini langsung tidak dipanggil oleh Anwar, sedangkan kami yang tahu sedikit sebanyak, malah ada yang terlibat secara langsung. Kenapa Najib dan Rosmah yang langsung tak ada kena-mengena dengan kes liwat ini hendak dipanggil sebagai saksi?" kata Zulkifli dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com. Katanya, banyak perkara yang boleh diceritakan kepada mahkamah sekiranya beliau dipanggil sebagai saksi untuk kes itu, termasuklah bagaimana keadaan Anwar apabila mendapat maklumat Mohd. Saiful telah membuat laporan polis kerana diliwat Anwar. "Teman akan ceritakan macam mana Anwar pada hari Saiful membuat laporan polis itu. Teman tidak akan lupa tarikh 28 Jun 2008 itu, masih segar dalam ingatan teman. "Teman juga nak ceritakan kepada mahkamah apa yang dibincang malam itu. Bagaimana Rahimi dibawa datang ke Quality Inn Hotel malam itu? Apa yang dia disuruh buat oleh beberapa orang tertentu pada malam itu, siapa orang tertentu itu dan apa peranan Choo Keong pada malam itu?" katanya Zulkifli berkata, Najib dan Rosmah tidak perlu melayan Anwar sekiranya sapina dikeluarkan terhadap mereka untuk menjadi saksi kes tersebut sebaliknya memohon supaya ia dibatalkan sahaja. Katanya, tindakan Anwar memanggil Najib dan Rosmah bukan untuk pembelaan alibi sebaliknya mempunyai tujuan lain. Beliau berkata, Anwar akan mencari jalan untuk menangguhkan kes itu sehingga Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mahu bertanding dan berharap untuk menang pada pilihan raya itu. |
Action speak louder than words.... Posted: 11 Aug 2011 12:32 AM PDT Pemimpin-pemimpin cilik PAS kena hayati kenyataan media yang dibuat oleh Tuan Guru Presiden kita. Ada setengah-setengahnya jump the gun nak tunjuk pandai dengan membuat kenyataan menyokong orang itu dan ini sedangkan JK PAS Pusat sudahpun buat keputusan bahawa PAS akan berjumpa dengan JAIS dan pihak Gereja pada 15 dan 16 Ogos ini. Tuan Guru Presidenpun kata PAS tak akan keluarkan sebarang kenyataan sehinggalah fact finding mission ini tercapai. Tetiba ada yang lebih sudu dari kuah. Tak salah malah digalakkan setiap dari kita memperjuangkan islam tetapi Pejuang Islam sejati tidak perlu melaung-laungkan dirinya adalah pejuang dan sebagainya. Action speak louder than word. Perlu diingatkan bahawa Zulbabwe dan Ibrahim Alipun kata mereka pejuang Islam. Bak kata Tuan Guru Presiden isu ini seronok dimainkan oleh UMNO untuk menenggelamkan isu sebenar iaitu kepincangan daftar undi. Disebabkan ada antara pemimpin kita yang tidak bijak, nampak jelas matlamat UMNO telah tercapai. Hadi: Umno nak pancing undi Melayu PETALING JAYA: Presiden PAS Abdul Hadi Awang menganggap tindakan media arus perdana mahu dilihat sebagai juara mempertahankan Islam dalam isu serbuan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) sebagai usaha untuk memancing undi Melayu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Beliau menyifatkan kenyataan media milik Umno dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali bin Abi Thalib k.w. sebagai "ucapan yang zahirnya benar tapi matlamatnya kebatilan. Pada 3 Ogos lalu, sekumpulan pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu gereja berkenaan di Seksyen 13, di sini ekoran kehadiran sekumpulan penganut Islam pada majlis makan malam anjuran gereja tersebut. Menulis dalam Harakah keluaran terbaru, Hadi berkata matlamat media arus perdana dan Umno ialah untuk memancing undi Melayu Islam yang buta Al Quran bagi PRU ke 13. Mereka mahu meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin. Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya Islam yang memerintah dan mentadbir. "Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama tetapi kerana kononnya kesalahan berpolitik dalam masjid. Memisahkan agama dengan politik "Politik pula dipisahkan dari agama sama seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam," terangnya. Menurut beliau, ketika Islam dalam keadaan berkuasa di Madinah, Rasulullah saw mengizinkan penganut agama lain hidup dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadikan rakyat yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan. "Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya," katanya. Ujar Hadi, "berlaku zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram sehingga Rasulullah saw memberi amaran neraka kepada orang Islam yang mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil. Beliau lalu memetik ayat 40 dari Surah Al-Hajj, firman Allah swt yang bermaksud: "Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan sesetengahnya yang lain, nescaya runtuhlah biara- biara serta gereja-gereja (kaum Nasrani) dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi) dan juga masjid-masjid (orang Islam) yang didalamnya banyak disebut nama Allah." Rasulullah saw menafsirkan perintah Allah secara amalan; apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara. Beliau mengajak umat Islam membuka Al Quran dan mengamati ajaran Rasulullah saw dan para sahabat serta ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal yang sebenarnya, bukan melalui media dan pengampu di jalanan. |
You are subscribed to email updates from Kopitiam Bang Nan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan