Rabu, 24 Ogos 2011

BRIGED MP SEGAMBUT

BRIGED MP SEGAMBUT


AKIBAT DARI HASAN ALI KE?

Posted: 23 Aug 2011 03:53 PM PDT

KUALA TERENGGANU 23 Ogos — PAS bersedia menghadapi saman fitnah yang bakal dikemuka Umno berhubung isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya awal bulan ini.
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) berkata, Umno berhak berbuat demikian dan PAS pula berhak mempertahankan kenyataan pemimpinnya.
"Ikut dia (Umno) . . . dia nak saman itu hak dia, hak kita membela diri," katanya dipetik Bernama.
Hadi ditemui selepas penangguhan sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu hari ini.
Semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menegaskan, beliau bersedia untuk bertemu Umno di mahkamah. Mustafa berkata, beliau tidak akan memohon maaf atau menarik balik dakwaan dilemparkan terhadap Umno sebelum ini.
Sebaliknya beliau dengan tegas mempertahankan dakwaannya itu.
Umno Selangor berkata pihaknya akan memfailkan saman RM10 juta terhadap Mustafa berhubung dakwaan kononnya parti itu memainkan peranan dalam tindakan Jais ke atas pemeriksaan di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lalu.
Awal minggu lalu, Mustafa dalam satu sidang media di Kuala Terengganu mendakwa Umno berperanan dalam pemeriksaan yang dilakukan oleh Jais ke atas Gereja Methodist Damansara Utama.
Beliau juga mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan Jais yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja itu.

Ambil tanah Chinatown: K'jaan berganjak

Posted: 23 Aug 2011 03:41 PM PDT

Akibat tekanan daripada masyarakat Cina dan campur tangan MCA, kerajaan akhirnya menarik balik keputusannya sebelum ini untuk mengambil alih sebidang tanah di sekitar Jalan Sultan, Kuala Lumpur untuk projek prasarana My Rapid Transit (MRT) yang bernilai berbilion ringgit.

NONEPerkara itu diumumkan oleh Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek selepas bermesyuarat dengan pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar di pejabat suruhanjaya itu di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Chua, sebagai kompromi, kerajaan akan mendapatkan hak milik strata bagi hartanah yang terletak 100 kaki di bawah tanah yang diperlukan untuk pembinaan terowong MRT itu, manakala bangunan dan tanah di atas tanah berkenaan kekal di tangan pemilik sekarang.

Walau bagaimanapun, penduduk mungkin diminta mengosongkan bangunan mereka selama tempoh enam bulan atau lebih, ketika kerja-kerja membina terowong dijalankan. Kerajaan juga, katanya akan memperkukuhkan beberapa bangunan warisan yang juga akan terbabit dengan pembinaan di bawah tanah itu.
NONEPada 11 Ogos lalu, MRT Prasarana Negara Bhd, yang akan memiliki dan mengendalikan projek berkenaan, pada taklimat mediannya berkata kerajaan tidak akan berganjak dengan keputusan untuk mengambil-alih tanah di sepanjang Jalan Sultan bagi pembinaan terowong bawah tanah kerana penjajarannya sudah ditetapkan.

Pengarah kumpulan bahagian pembangunan projek Prasarana, Zulkifli Mohd Yusoff berkata koridor MRT itu mesti melalui Jalan Sultan kerana ia jalan paling optimun bagi menghubungkan stesen MRT Pasar Seni dan Merdeka.

Katanya, stesen berkenaan tidak boleh dipindahkan kerana ia mesti menghubungkan stesen LRT Pasar Seni sekarang ini dengan bangunan kontroversial 100 tingkat - Warisan Merdeka yang masih belum dibina itu.

"Bagi kami, stesen MRT Merdeka sudah muktamad," katanya sambil menolak permohonan peniaga agar stesen Merdeka dipindahkan demi menyelamat bangunan kedai mereka.

[Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan projek MRT berkenaan kemungkinan dimulakan menjelang Januari tahun depan dan siap pada 2016,.

NONE"Tender pertama bagi pakej V5 dan V6 akan diberikan pada Januari atau Februari tahun depan. Berasaskan rancangan kami, menjelang akhir tahun depan, kesemua 18 pakej kerja akan diberikan," kata ketua Jabatan Pengurusan Pemerolehan MRT Prasarana Abdul Malik Azman.

"Tender pertama bagi pakej V5 dan V6 akan diberikan pada Januari atau Februari tahun depan. Berasaskan rancangan kami, menjelang akhir tahun depan, semua 18 pakej kerja akan diberikan," katanya.

Pakej V5 adalah bagi laluan dari Taman Bukit Ria ke Plaza Phoenix di Cheras beserta empat stesen. Pakej V6 adalah laluan dari Plaza Phoenix hingga ke Bandar Tun Hussein Onn beserta tiga stesen, katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat pertama pratender MRT bagi kontraktor di sini.

NONEKatanya, Prasarana akan mengumumkan senarai pendek kontraktor terowong bawah tanah menjelang awal bulan depan.

"Kami sedang memuktamadkan prakelayakan pembida," katanya.

Prasarana telah menerima 15 permohonan sehingga ini.

Seksyen bawah tanah bermula dari Semantan hingga Maluri.

Tiada ulasan: