Rabu, 24 Ogos 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Hishammuddin Pos sendiri peluru dan nota ugutan tu kot??

Posted: 24 Aug 2011 06:26 AM PDT

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi.

Kalau Anwar, Mahathir kata tumbuk mata sendiri untuk melebamkan matanya untuk meraih simpati masyarakat..

Setelah berakhir PRN Sarawak, Anwar dinasihatkan oleh Doktor supaya berehat dirumah kerana sakit belakang akibat terlalu aktif berkempen dalam PRN itu.. pencacai UMNO kata di pura-pura sakit kerana target di Sarawak tidak tercapai..


Bila Anwar tercedera setelah terjatuh kerana ditolak oleh pengawal peribadinya dari terkena canister gas pemedih mata.. pencacai UMNO kata Anwar berpura-pura..

YB Khalid Samad yang cedera di kepala kerana terkena canister gas pemedih mata juga dikatakan berpura-pura cedera hingga beliau terpaksa meminta Doktor memberikan enam jahitan di kepalanya..

Paling hebat ialah Mat Sabu, beliau dikatakan berpura-pura cedera dilutut dengan menjalankan pembedahan memasang skru pada lututnya setelah dikatakannya dilanggar kenderaan polis..

Kalau mamat Hishamuddin ni.. mungkin dia pos sendiri peluru dan nota itu semata-mata untuk membuktikan bahawa beliau tidak ada perasaan gentar dalam menjalankan tanggungjawabnya.. ha..ha..ha.. tapi apa nak takut... Hishamuddin kan ada keris...


Hishammuddin terima 2 peluru hidup, nota ugutan

2011/08/24
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menerima dua butir peluru hidup dalam sebuah sampul surat yang dihantar melalui pos ke pejabatnya di Putrajaya pada 2 petang tadi.

Beliau berkata, selain peluru, sampul surat itu juga mengandungi sebuah buku yang diselitkan nota ugutan.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam dekat sini, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.

"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau sudah pun membuat laporan polis," katanya.

Hishammuddin berkata, perkara itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

"Saya melihat ini sebagai satu perkara yang serius. Bagaimanapun ini tidak akan menjejaskan dan melunturkan semangat saya untuk terus menjalankan tugas dan terus bekerja seperti biasa yang diamanahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, melalui jawatan yang saya pikul," katanya. - BERNAMA

Raja Nong Chik beri UMNO RM50,000 guna akaun DBKL?

Posted: 24 Aug 2011 04:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Raja Nong Chik Zainal Abidin didakwa menggunakan kedudukannya untuk memberi bantuan dan peruntukan kepada pemimpin Umno dan parti itu.

Malah lebih teruk, beliau juga didakwa menggunakan lebih RM50,000 setiap minggu dengan menggunakan dua akaun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).


Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, Nong Chik juga ketara memfokuskan kegiatannya di kawasan yang dikatakan akan ditandinginya pada pilihan umum akan datang, iaitu Parlimen Lembah Pantai.

"Peruntukan bagi kawasan Parlimen lain di Kuala Lumpur didapati dipesongkan dan disalur ke kawasan Lembah Pantai menyebabkan kawasan-kawasan lain tak mendapat peruntukan sepatutnya.

"Antaranya ialah projek 1 Komputer 1 Murid, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN), Kedai Rakyat 1 Malaysia, 1 Sumbangan 1 Keluarga, pusat tuisyen dan program Nur Ramadhan," kata Tian Chua.

Beliau mendakwa Nong Chik juga menggunakan kedudukannya sebagai Menteri untuk mendapatkan sumbangan penaja besar seperti SP Setia dan Presma (Persatuan Restoran India Muslim Malaysia).

"Hasrat Nong Chik untuk bertanding di parlimen Lembah Pantai tak salah. Tapi sebagai Menteri Wilayah, dia perlu adil menyalurkan peruntukan kerajaan pusat ke semua kawasan Parlimen di Kuala Lumpur.

"Memegang port folio Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar bermakna tugas Nong Chik bulan hanya di Kuala Lumpur," tambah Tian.

Sementara itu pembantu Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menambah, Nong Chik tidak mengambil tahu pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan dan Putraja yang didapati terus dianaktiri dari sudut bantuan dan peruntukan.

"Berbanding 'layanan istimewa' kepada kawasan Lembah Pantai, nisbah peruntukan dan bantuan kepada kawasan lain seperti tiga puluh nisbah satu (30:1)," kata Fahmi.


http://www.keadilandaily.com/?p=19440

Anwar seperti Renaissance Man yang suka Lelaki Bogel?

Posted: 24 Aug 2011 12:44 AM PDT

Oleh Zaini Hassan

SATU jam 45 minit Brother Anwar Ibrahim berucap dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin.

Seperti biasa, itulah Anwar Ibrahim. Semasa dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dulu dan Menteri Kewangan dan sebelum itu Menteri Pelajaran, ucapannya cukup berbunga-bunga dan berfalsafah.

Dia memang pandai bermain dengan ayat sejak dulu lagi. Kadang-kadang semasa mengikuti beliau membuat liputan dalam dan luar negeri dulu, kami sudah cukup 'masak' dengan cara ucapannya ditulis.


Difahamkan ramai penulis ucapannya, pada masa itu. Tapi yang pasti, beliau mahu ucapannya itu ditulis dalam bahasa yang tinggi, berjargon, berfalsafah – yang kadang kala para wartawan yang mahu menulis beritanya, pening lalat.

Semasa membela diri (yang tidak boleh disoal balas), Anwar membacakan keterangannya. Pernyataan itu bertaip setebal 32 muka surat dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespears dan banyak lagi.

Anwar menyelit kata-kata Mandela? Dia mahu dikenali sebagai Mandela Malayakah?

Itulah Anwar yang kita kenali. Jika dia menggunakan bahasa Inggeris, bahasa yang digunakan cukup tinggi, berbeza dengan bosnya masa itu, Dr. Mahathir yang hanya menggunakan bahasa paling sempoi, baik Melayu atau Inggeris.

Anwar mahu orang mengenalinya sebagai the renaissance man, atau manusia madani atau pembaharuan di zaman milenium ini. Buku yang ditulisnya juga ada kaitan dengan renaissance bertajuk The Asian Renaissance.

Renaissance man di zaman pertengahan dulu ialah Michelangelo. Antara ukiran patung paling bernilai Michelangelo ialah bernama David. David ialah lelaki muda yang berdiri sambil berbogel bulat. Patung David ada di hadapan Galeri Accademia, Florence, Itali.

Leonardo da Vinci juga dikenali sebagai the Rennaissance man. Leonardo juga ada melukis gambar tersohor Vitruvian Man, seorang lelaki berbogel bulat dalam keadaan mendepa tangan dan kaki.

Mengapa Michelangelo dan Leonardo suka lelaki berbogel bulat dan anak-anak muda yang tampan? Untuk keterangan lanjut baca biografi kedua-dua tokoh zaman pertengahan itu dan untuk gambar patung David dan lakaran Vitruvian Man lihat: http://en.wikipedia.org/wiki/Renaissance.

Kelmarin, di hari pertama Anwar dipanggil membela diri – dia membela diri dalam kandang tertuduh – yang tidak memerlukan dia mengangkat sumpah. Satu persatu dia mula menghentam. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, hakim yang gagal dinyahkannya, adalah orang yang paling teruk kena hentam.

Seperti biasa juga dia menganggap perbicaraannya penuh dengan konspirasi politik. Perlu diingat ini adalah pertuduhan keduanya membabitkan kes liwat. Sekali mungkin benar, tapi ini sudah dua kali.

Hakim kelihatan menggeleng kepala beberapa kali mendengar asakan Anwar. Sedangkan sepanjang tempoh perbicaraan kes liwat membabitkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu, hakim yang mendengar perbicaraannya telah membenarkan penangguhan sebanyak kira-kira lebih 55 kali.

Rakyat sendiri berang kerana kes itu terlalu kerap ditangguhkan. Perlu diingat perbicaraan itu dijalankan dengan wang rakyat. Jika di United Kingdom setiap saat waktu perbicaraan akan dikira sebagai kos membabitkan wang rakyat. Lagi pun dalam undang-undang ada istilah berbunyi justice delayed is justice denied atau keadilan yang dilewat-lewatkan ialah seperti menafikan keadilan itu. Rakyat mahu kes itu diselesaikan secepat mungkin.

Yang kita tahu, hakim begitu toleran (bertimbang rasa) dalam kes ini dan mengikut kehendak political games Anwar dan Karpal Singh.

Diandaikan kes ini membabitkan orang biasa macam kita, macam mana agaknya? Mungkin hukuman akan dijatuhkan dengan begitu cepat sekali.

Alahai...


Lidah Rasmi UMNO

PANAS!! Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

Posted: 23 Aug 2011 09:16 PM PDT

Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.


Editor Kanan TV3 Disiasat Bersabit Dakwaan Gangguan Seksual

DAMANSARA 24 OGOS : Seorang editor kanan TV3 yang dilantik dengan persetujuan Pejabat Perdana Menteri kini dalam siasatan syarikat itu atas tuduhan melakukan gangguan seksual terhadap empat wartawan termasuk seorang pembaca berita.

Editor berkenaan bagaimanapun dibenarkan terus bertugas seperti biasa, manakala seorang "mangsa"nya dipindahkan ke NTV7 bulan lalu atas permintaan petugas itu sendiri yang enggan lagi bertugas di bawah editor berkenaan.

Sumber- sumber yang rapat dengan kes itu mengesahkan bahawa Jabatan Sumber Manusia Media Prima Berhad telah memulakan siasatan rasmi selepas pihak pengurusan memberikan persetujuannya baru- baru ini.

Media Prima adalah syarikat yang memiliki TV3, NTV7, TV9 dan TV8 selain memegang kepentingan dalam stesen radio serta Kumpulan New Straits Times Sdn Bhd.

Empat orang yang didakwa mangsa ganggual seksual itu tampil baru- baru ini memberikan kenyataan kepada pengurusan.

Antara lain, empat kakitangan terbabit merujuk kepada sistem pesanan ringkas (SMS) berunsur lucah yang dihantar kepada mereka sebagai menyokong dakwaan bahawa editor itu melakukan gangguan seksual selama beberapa bulan.

Mangsa juga mendakwa editor berkenaan menggunakan pangkat dan jawatannya untuk "menggoda" mereka secara licik, tambah sumber berkenaan.

"Siasatan dijangka siap tidak lama lagi dan terpulang kepada majikan untuk mengambil tindakan susulan," tambah sumber itu.

Sumber berkenaan memberitahu siasatan itu bermula selepas sepucuk e-mail yang ditulis oleh seorang mangsa yang menggelar dirinya 'Coco Girl' membuat pelbagai dakwaan terhadap editor berkenaan yang sudah berumah tangga.

Salinan e-mail itu di hantar kepada kakitangan TV3 selain dihantar ke Pejabat Perdana Menteri.

Editor berkenaan bertugas sebagai pegawai kanan dalam sebuah syarikat perladangan sebelum ini menyertai TV3 sejurus selepas Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Bilik Berita TV3 dikatakan kecoh dan resah setelah kes itu terbongkar dan mangsa berkenaan tampil memberi kenyataan kepada pihak pengurusan.

Beberapa kakitangan kecewa kerana editor berkenaan masih dibenarkan menjalankan tugas seperti biasa dan dibenarkan berinteraksi dengan wartawan di bawahnya sungguhpun mengadapi siasatan rasmi syarikat atas tuduhan melakukan gangguan seksual.

"Kes ini memberi kesan kepada moral kakitangan yang mahu syarikat mengambil tindakan segera dan adil supaya ia tidak menjejaskan nama baik TV3 dalam apa cara sekali pun," kata sumber berkenaan.


TVS News

Kes Liwat : Hari Ketiga, Borang proforma didakwa tidak lengkap.

Posted: 23 Aug 2011 08:36 PM PDT

Hari ini masuk hari ketiga ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil membela diri dengan pendakwaraya menyoal balas pakar Patologi Forensik Australia, Dr David Wells.

Pakar berkenaan yang merupakan saksi ketiga peguambela, semalam memberitahu mahkamah bahawa sampel mani yang ditemui dari pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak bermakna dan mendedahkan keputusan yang diingini.

Ini kerana sampel berkenaan diambil lebih dari dua hari selepas kejadian dikatakan berlaku.

9.02 pagi: Hakim Mohamad Zabidin mengambil tempat dan mahkamah mula bersidang.


9.05 pagi: Peguam Cara Negara II, Datuk Yusoff Zainal Abiden memulakan soal-balas terhadap pakar forensik dari Australia, Dr David Wells.

Yusof menunjukkan laporan polis dibuat pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada Dr Wells dan bertanya jika laporan itu boleh dianggap sebagai sebahagian daripada sejarah perubatan.

"Ya, saya setuju ia boleh jadi sumber maklumat, " balas Dr Wells.

Namun, menurutnya, sejarah perubatan lain seperti samada pengadu pernah mengalami masalah perut meragam (bowel movement) juga perlu direkodkan.

9.13 pagi: Menurutnya, sejarah perubatan berkaitan perkara itu penting kerana melaluinya mahkamah dapat tahu samada pengadu pernah melalui pembedahan untuk masalah itu.

9.17 pagi: Sewaktu ditunjukkan borang proforma oleh Yusof, Dr Wells menegaskan ia tidak lengkap.

Menurutnya, borang itu merekod tuduhan yang dibuat pengadu sedangkan ia sepatutnya menjelaskan perkara yang terkandung dalam borang itu sendiri.

Proforma sepatutnya membantu merekodkan perkara seperti samada pelincir digunakan atau tidak, dan sebagainya.

Beliau juga berkata borang proforma itu sepatutnya merekodkan jika sebarang keganasan ada berlaku.

9.24 pagi: Yusof bertanya apa yang Dr Wells definisikan sebagai pemeriksaan lengkap.

Beliau menjawab ia adalah pemeriksaan hujung rambut ke hujung kaki. (Top to toe)

Beliau juga mempersoalkan borang proforma yang tidak menyatakan penemuan daripada calitan kapas dari mulut Saiful.

9.30 pagi: Menurutnya, memandangkan pemeriksaan terhadap Saiful dibuat lebih 48 jam daripada masa kejadian didakwa berlaku, doktor sebenarnya tidak perlu mengambil calitan kapas dari dalam mulut Saiful.

10.06 pagi: Yusof memohon mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.

10.25 pagi: Mahkamah bersambung semula. Yusof meneruskan soal balas Dr Wells.

Yusof mencadangkan kepada Dr Wells bahawa sampel DNA yang diambil dari tubuh Saiful, jika ia tercemar, ia mungkin mengandungi DNA daripada empat orang doktor yang memeriksanya.

"Setuju, itu satu sumber pencemaran. Satu lagi sumber pencemaran adalah DNA daripada orang lain yang memang berada pada pakaiannya," balas Dr Wells.

10.45 pagi: Yusof seterusnya menarik perhatian Dr Wells kepada laporan perubatan yang menyatakan 'tiada penemuan konklusif penetrasi'.

Menurut Yusof, pada pemahamannya ia bermaksud tiada penemuan klinikal berlakunya penetrasi.

Dr Wells memberitahu beliau kurang bersetuju kerana perkataan 'konklusif' membawa maksud ada kemungkinan kecil wujud penetrasi.

Beliau menegaskan pendiriannya semalam bahawa doktor yang memeriksa perlu betul-betul pasti samada penetrasi berlaku atau tidak.

10.55 pagi: Yusof merujuk kepada buku tulisan Dr Wells yang menyatakan hubungan seks melalui dubur melibatkan lelaki dewasa juga boleh tidak mendatangkan kecederaan kepada individu yang diliwat.

Dr Wells bersetuju, dalam kes Saiful, jika tiada kecederaan, penetrasi dubur juga boleh berlaku.


http://www.keadilandaily.com/?p=19419

Anwar didakwa hina mahkamah?

Posted: 23 Aug 2011 06:51 PM PDT

"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam" kata Peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah.

Tapi.. bagaimana pula dengan Saiful yang telah mengulas akan lembabnya proses penghakiman sehingga sudah tiga tahun kes liwat itu berlalu secara langsung dalam wawancara eksklusif yang keudara menerusi program berita di Buletin Utama TV3 pada Selasa dan Rabu lalu?


Video wawancara tersebut sila lihat di SINI


Anwar didakwa hina mahkamah, jatuhkan reputasi institusi kehakiman

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan telah menghina mahkamah dalam kenyataan pembelaan kes liwatnya semalam apabila 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah secara terang-terangan.

Peguam terkemuka, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah berkata, selain memburukkan imej Mohamad Zabidin, Anwar juga dilihat cuba menjatuhkan reputasi institusi mahkamah di negara ini apabila mendakwa beliau ditindas daripada mendapat perbicaraan yang adil.

"Dalam kenyataan pembelaan Anwar setebal 32 muka surat semalam, beliau secara terang-terangan telah memburukkan institusi mahkamah serta para pegawai seperti hakim di hadapan para pemerhati dan orang awam.

"Kenyataan (pembelaan) Anwar semalam bukan bersifat membela diri tetapi lebih daripada kenyataan politik yang memburukkan mahkamah serta mengutarakan perkara-perkara tidak relevan," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, Anwar dalam keterangan selama kira-kira satu jam 45 minit menegaskan bahawa Mohamad Zabidin menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan adil sungguhpun hakim berkenaan telah berpuluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati Ahli Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar yang memilih untuk memberi pernyataan tidak bersumpah dari kandang tertuduh dilihat cuba 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abidin.

Mengulas perkara itu, kata Muhammad Shafee, setiap tertuduh mempunyai hak untuk berbuat demikian tetapi ia agak jarang digunakan kecuali atas sebab-sebab tertentu seperti tertuduh itu mempunyai tahap keupayaan minda yang rendah berbanding manusia normal lain.

"Ia biasanya digunakan dalam kes-kes tertuduh yang amat naif, antara waras atau tidak, ataupun tertuduh itu mempunyai sesuatu yang ingin disorokkan dan tidak berupaya menghadapi pemeriksaan balas pendakwa raya.

"Kenyataan tanpa bersumpah sebenarnya tidak memerlukan seseorang tertuduh itu untuk bercakap benar di mahkamah kerana pihak pendakwa tidak boleh ataupun tidak perlu menyoal balas tertuduh," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Tiada ulasan: