Isnin, 8 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Lagi Bukti Penipuan SPR

Posted: 08 Aug 2011 01:08 AM PDT

Hari ni gua bawak lagi 1 kes yang perlu diambil perhatian... Kes yang agak unik... 1 individu dengan 1 Kad Pengenalan Lama, memiliki 2 MyKad yang nombornya berlainan,1 MyKad telah dituntut oleh individu ini manakala 1 lagi MyKad belum dituntut dan masih berada dalam simpanan JPN Wilayah Persekutuan (KL).

Paling menarik ialah, individu ini telah disahkan oleh SPR sebagai pengundi berdaftar yang sah dan layak mengundi di 2 Parlimen dan 2 DUN yang berlainan.

Berikut adalah butir-butir individu.

No Kad Pengenalan Lama: 6397062
No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail

Bukti semakan dalam laman sesawang JPN seperti dibawah:

Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR:

Sumber disini

Pembangkang Paling Jahat Dan Pemerintah Paling Baik..

Posted: 07 Aug 2011 11:11 PM PDT

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri.

"Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu.

"Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana.


"Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswa.

Bekas pengarang Berita Harian itu - yang meletakkan jawatan bagi membantah "meresapnya kuasa politik dalam akhbar" - juga mengambil peluang menggesa anak muda berubah.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan regim".

"Sudah tiba masanya menukar regim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya yang lantang bersuara sejak tercetus bantahan besar seniman terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2009.

"Sudah 54 tahun negara ini diperintah oleh golongan bangsawan... Saya tertanya-tanya, bilakan pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?".

Sebelum itu, bercakap dalam majlis yang sama, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata perkembangan media alternatif sebagai sumber maklumat akan membantu ke arah "demokrasi dan persaingan sihat".

Ini kerana, tambahnya, lanskap media sekarang berada dalam keadaan tidak sihat ekoran beberapa kekangan terhadapnya seperti melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

"Jadi asas persangain kita tidak sihat. Misalnya tiada hak untuk menjawab dan tiada wacana tanding (di media arus perdana)," katanya yang juga bekas pengarang majalah Detik yang pernah diharamkan kerajaan ketika era reformasi pada 1999.

Fathi bagaimanapun berkata, untuk terus beroperasi, media alternatif amat bergantung kepada sokongan pembaca kerana pasaran iklan yang terhad.

"Bukan sahaja (menyokong) dengan membaca, tetapi juga melalui dana. Kalau Malaysiakini, kena langganlah," katanya yang percaya kebebasan media sentiasa disokong oleh kebebasan kewangan.

Dalam majlis anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, Malaysiakini diberi peluang berucap mewakili media alternatif. - mkini

Diam-diam Pakatan Kedah, Perlis

Posted: 07 Aug 2011 10:54 PM PDT

Semangat Pakatan Rakyat di utara Semenanjung umpama keluarga harimau, mesra menjaga anak-anak, garang menentang musuh. Di Kedah, Pakatan adalah kerajaan, di Perlis pula Pakatan sedang menanti mandat rakyat.

Dalam kunjungan Roketkini ke dua negeri tersebut baru-baru ini, pimpinan utama gabungan Pakatan bersependapat bahawa kunci untuk memenangi pilihan raya umum yang mendatang terletak kepada usaha berterusan membantu dan menangani isu-isu rakyat.

Negeri Jelapang Padi

Menurut Laporan Ketua Audit Negara pada 2009, yakni setahun selepas Barisan Nasional disepak rakyat Kedah, kerajaan negeri Pakatan telah berjaya meningkatkan hasil negeri, khususnya balak sehingga 205 peratus berbanding pada 2007.

Kejayaan ini dicapai berikutan langkah kerajaan Pakatan Kedah melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil melalui tender secara terbuka.


Dalam pada itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan, defisit belanjawan 2010, iaitu sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi. Dan hutang kerajaan Kedah dengan Kerajaan Persekutuan juga berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit.

Exco Kanan Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, melalui tinjauan oleh sebuah badan bebas yang diadakan di Kedah, semenjak perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan, sokongan rakyat Kedah melonjak dengan drastik terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Apa yang dijelaskan Phahrolrazi dapat dirasai sendiri oleh penulis itu ketika bersama beberapa penduduk Alor Setar, yang rata-ratanya di bawah lingkungan umur 30 tahun sudah tergerak dengan gelombang rakyat seluruh Malaysia akan kepentingan perubahan politik di peringkat kebangsaan.

Seorang pereka grafik, yang tidak mahu namanya disebut berkata, perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Kedah semenjak mengambil alih kuasa dari BN sudah menampakkan hasil.

Beliau yang mengaku sebelum ini tidak ambil peduli tentang perihal politik di peringkat negeri atau kebangsaan menjelaskan: "Barisan Nasional dah tak boleh buat apa dah… PAS punya kempimpinan lagi bagus dari BN sebelum ini. Budak-budak muda pun dah ramai sedar."

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik pula menjelaskan penuh yakin peranan DAP sebagai rakan baik PAS dalam usaha menambahkan lagi keyakinan rakyat melalui anjuran ceramah yang diadakan bersama.

"Perkara tabu seperti sentimen perkauman yang digunakan ketika era pemerintahan BN sudah dipecahkan sama sekali," katanya.

Mungkin ada yang menganggap kata-kata Lee hanya sebagai penaik semangat, tetapi ketika penulis berada di pejabat perkhidmatannya di Mergong, Alor Setar, tidak putus-putus kunjungan dari rakyat pelbagai lapisan kaum.

Di sini jelas sekali, walau pun penulis hanya berada di pejabatnya dalam beberapa jam, apa yang dikatakan Lee memang ada benarnya.

Bagaimana pun, Pemuda DAP Kedah lebih berhati-hati dalam mencongak sokongan rakyat terhadap DAP di negeri itu, terutamanya untuk memastikan diri tidak terperangkap dengan sikap terlalu yakin atau 'over confident.'

Wakil Pemuda DAP Kebangsaan Kedah, KB Teoh berkata, walau pun Pakatan Kedah pimpinan PAS dijangka mendapat mandat sekali lagi untuk penggal akan datang, beliau gusar kerana penjaja-penjaja di Alor Setar dikatakan telah "dibeli" oleh MCA.

Memang mengikut sejarah DAP dan melalui apa yang dikatakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong, semenjak penubuhan DAP, kaum penjaja adalah tunjang utama kepada kekuatan DAP.

Namun realiti semasa menunjukkan rakyat dari pelbagai lapisan kaum dan status di Kedah tidak begitu mempedulikan hal-hal "kecil" sebegitu lagi kerana rata-rata, khususnya golongan muda, sudah bosan dan meluat dengan dasar-dasar BN yang tiada tiang seri.

Mereka juga sedar UMNO sebagai tonggak BN yang berangan-angan mahu merampas kembali Kedah masih tenggelam dalam kemelut rebutan kuasa dan persoalan tentang siapa mahu jadi Menteri Besar.

Jawapan untuk bukti-bukti kebencian golongan muda terhadap UMNO dan BN sudah terlampau berlambak di laman-laman Facebook.

Negeri Indera Kayangan

Berlainan dengan Kedah yang telah menyaksikan kehadiran DAP sejak 1970-an, DAP di Perlis secara rasminya mula bertapak pada 2009 dan semenjak itu dengan cepat membangun di mana sehingga sekarang sudah mempunyai tujuh cawangan.

Rekod Pakatan Rakyat atau mana-mana parti pembangkang sebelum ini di Perlis kurang cemerlang berbanding negeri-negeri lain.

Bagaimana pun, itu cerita lama. Realitinya, tahap penerimaan rakyat Perlis, seperti juga di Kedah, terhadap gelombang perubahan politik peringkat kebangsaan sudah terkesan di sanubari mereka yang tercerah hatinya.

Menurut Naib Pengerusi DAP Perlis, Abdul Manan Abdul Razak, orang sudah tidak takut lagi melihat logo Roket berbanding dahulu.

Ini kerana, menurut Manan, ketika banjir besar di utara Semenanjung baru-baru ini, anggota DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan banyak membantu mangsa-mangsa banjir.

"Oleh itu, logo Roket bukanlah dilihat sebagai hantu lagi," ujarnya, merujuk kepada propaganda UMNO-BN selama setengah abad memburukkan DAP.

Ia juga membuktikan apabila sesiapa sahaja berjuang dan berkhidmat untuk rakyat dengan hati yang ikhlas, semangat budi baik dikenang juga akan timbul.

Beliau yakin Pakatan Perlis bersama rakan-rakan di Kedah akan mendapat keputusan yang lebih cantik pada pilihan raya akan datang.

Kesimpulan

Diam-diam Pakatan berisi

Diam-diam UMNO-BN buta tuli

Diam-diam rakyat tajam memerhati

Diam-diam PRU, UMNO-BN tinggal lidah dan gigi.

-Roketkini-

Dua naib presiden PAS saman IGP, tiga lain

Posted: 07 Aug 2011 09:51 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Dua naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kerajaan Malaysia dan dua lagi pegawai polis ekoran tindakan pihak berkuasa menahan mereka ketika hari perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu.

Saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini melalui Tetuan Faiz Fadzil & Co pada pukul 10.30 pagi tadi.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah Inspektor Mohd Zaid Madzizat dan Ketua Polis Daerah Brickfields.


Menurut Mahfuz (gambar), pihaknya menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan daripada semua defendan berikutan tangkapan yang didakwa beliau menjatuhkan imej sebagai seorang wakil rakyat.

Tindakan saman itu dibuat ekoran penahanan kedua-dua mereka pada 9 Julai lalu yang disifatkan tidak sah.

Kedua-dua mereka memfailkan saman secara berasingan.

"Hari ini kita telah memfailkan saman malu berikutan tangkapan salah pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di KL Sentral, tangkapan itu bertentangan dengan perintah mahkamah dan undang-undang negara.

"KL Sentral bukan tempat larangan, kami tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan, kami juga tidak dinyatakan mengapa kami ditahan dan polis juga tidak mengambil apa-apa keterangan kami sepanjang ditahan di Balai Polis Jinjang," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena ini berkata tindakan pihak berkuasa menahan mereka berdua adalah satu perkara yang memalukan.

"Tangkapan ini memberi gambaran yang salah tentang kami. Oleh itu, kami menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan.

"Selain itu, kami juga mahu faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas jumlah penghakiman dari tarikh writ saman sehingga penyelesaian penuh, kos dan lain-lain relif atau perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah," katanya.

Tambah Mahfuz, jumlah saman akan dibincangkan dengan peguam mereka Zulhazmi Shariff tapi secara berseloroh berkata "tidak kurang daripada RM1 juta."

Sementara itu Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tindakan mereka adalah satu peringatan kepada pihak berkuasa agar bertindak mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Ini sebagai satu peringatan dan pengajaran kepada mereka yang terlibat, lain kali mereka perlu mengikut undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Mereka juga telah membuat satu laporan polis pada 11 Julai.

Pada 9 Julai lalu, Mahfuz dan Salahuddin telah ditahan di KL Sentral pada pukul 11.50 pagi sebelum dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Mereka dibebaskan kira-kira pukul 9.30 malam dan sepanjang tempoh penahanan mereka juga tidak dibenarkan untuk menghubungi sesiapa termasuk peguam.

Pada Himpunan Bersih 2.0 itu hampir 1,700 orang ditahan termasuk pemimpin Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dan Pakatan Rakyat.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh Bersih 2.0 menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

DAP dedah lagi taktik pujuk pelajar menangkan BN

Posted: 07 Aug 2011 07:25 PM PDT

DAP mendakwa ada pihak tertentu di kawasan Ayer Keroh yang berperanan memujuk pelajar universiti supaya menukar alamat mengundi sebagai satu langkah senyap memastikan DUN itu
berjaya dirampas semula pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut ADUN Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong, perkara itu dimaklumkan kepadanya menerusi maklumat yang diterima lebih seminggu lalu.

Khoo (berbaju kuning) berkata, sebagai ganjaran, pihak terbabit akan menawarkan tanggungan sepenuhnya kos kehidupan sepanjang pengajian yang meliputi bayaran sewa bilik termasuk bil elektrik dan air.


"Sebagai bukti terdapat peningkatan ketara jumlah pendaftaran pengundi bagi suku kedua tahun ini iaitu seramai 2,132 orang bagi DUN Ayer Keroh berbanding pada suku-suku tahun sebelumnya.

"Ketika ini jumlah keseluruhan pengundi di kawasan ini seramai 31,535 orang dan ia jauh berbeza ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12 lalu apabila hanya 24,504 pengundi di daftarkan di kawasan ini," katanya pada sidang akhbarnya, di Ayer Keroh, Melaka.

Beliau berkata, jumlah itu turut termasuk jumlah pertambahan pengundi pos seramai 304 daripada jumlah keseluruhan yang dicatatkan iaitu 825 pengundi bagi kawasan terbabit.

"Kita berasa amat terkejut dengan peningkatan mendadak ini berbanding dengan kawasan-kawasan lain dan saya beranggapan ini adalah sebagai satu 'fix deposit' bagi Barisan Nasional (BN).

"Kita bimbang keadaan yang berlaku adalah satu taktik kotor yang dimainkan BN bagi menambah jumlah pengundi untuk merampas kembali kawasan DUN Ayer Keroh yang dipegang DAP sejak PRU 12 lalu," katanya.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat sendiri akan menghadapi cabaran itu dengan turun padang untuk menemui semua pengundi baru seramai 2,132 orang itu yang 90 peratusnya adalah pengundi muda.

"Kita akan jumpa mereka dan menerangkan sebab apa perlunya ada pakatan BERSIH bagi menuntut proses pilihan raya yang telus dan adil.

"Tambah meragukan apabila kebanyakan pengundi muda baru yang didaftarkan bukannya lahir di Melaka berdasarkan pada kad pengenalan masing-masing.

"Jelas, tindakan BN ini, mahu memastikan kawasan DUN Ayer Keroh dan Parlimen Bukit Katil beroleh kemenangan, kerana kalau kita lihat pada PRU 12 lalu, Parlimen Bukit Katil hanya memperolehi mejoriti 1,758 daripada 75,777 pengundi keseluruhannya," katanya.

Malaysiakini

Identiti Betina Yang Menghina Islam Berjaya Dibongkar..

Posted: 07 Aug 2011 07:10 PM PDT





Salah satu tweet beliau yang menghina Nabi Muhammad SAW



Group Hacker GaySec mendedahkan individu ini terlibat dalam:

SHE IS BEING ACTIVE IN...
• A MEMBER OF MALAYSIAN APOSTATE FB GROUP
• A MEMBER OF UNSCIENTIFIC MALAYSIA (A GRUP/FANPAGE THAT'S DEDICATED TO SUPPORTING APOSTATE, ATHEIST MOVEMENT)
• A MEMBER OF MALAYSIAN ATHEIST, FREETHINKER, AGNOSTIC AND THEIR FRIENDS
• A MEMBER OF FRIENDLYATHEIST.COM

Sumber disini dan disini

Kes rasuah: Dr Khir Toyo diarah bela diri

Posted: 07 Aug 2011 06:58 PM PDT


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.


khir toyo mansion 060709 06Beliau kemudian menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.

Dr Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Isu Wahabi: Dr Uthman tolak pelawaan dialog Mufti Perlis

Posted: 07 Aug 2011 04:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pendakwah bebas Dr. Muhammad Uthman El Muhammady telah menolak pelawaan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya agar diadakan satu dialog berhubungi isu "kesesatan" dan "keganasan" Arab Saudi yang dikaitkan dengan soal fahaman Wahabi baru-baru ini.

Juanda menerima surat penolakan mengenai idea berdialog itu, yang dicadang diadakan ketika Ramadan sekarang, Jumaat lalu.

Sehubungan itu, Juanda berkata beliau amat dukacita kerana Uthman, yang merupakan Tokoh Maal Hijrah, telah mengambil pendirian menolak jemputan rasmi agar berdialog secara harmoni mengenai isu tersebut yang beliau bangkitkan pada satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dua minggu lalu.


"Bagaimana mungkin seorang yang merupakan ahli akademik takut untuk berhujah secara akademik dan terbuka bagi mempertahankan pandangan dan ideanya yang telah menghuru-harakan negara dan menjejaskan hubungan Malaysia dengan Arab Saudi, akibat tuduhannya yang dibuat secara membabi buta," kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Jelas Juanda (gambar), isu itu amat penting dan mendesak untuk diselesaikan memandangkan umat Islam di Malaysia mempunyai kepentingan yang amat banyak dalam hubungan keagamaan, politik, ekonomi dan sosial dengan pihak Arab Saudi.

"Pihak di sana tentu tertanya tanya kenapakah mereka dituduh sedemikian rupa melalui premis rasmi kerajaan sedangkan kerrajaan Malaysia sering mewar-warkan mendapat kedudukan hubungan paling istimewa dengan Arab Saudi berbanding negara yang lain," kata Juanda sambil menambah, beliau berharap Uthman tidak menolak ajakan berdialog begitu sahaja.

"Tak perlu dolak-dalik dengan banyak alasan. Kami sentiasa sedia menunggu beliau hadir untuk dialog ini untuk mendengar hujah-hujah beliau. Mereka yang dituduh juga ingin dengar tuduhan daripada mulut beliau sendiri terlebih lagi jika dialog ini diadakan di hadapan pihak mereka dan pihak lain yang terlibat agar mereka berpeluang menjelaskan kedudukan sebenar perkara yang dituduh itu, terutama kerajaan Arab Saudi," kata beliau lagi.

Sebelum ini, banyak pihak seperti Persatuan Ulama Malaysian dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengalu-alukan idea diadakan dialog harmoni agar perselisihan berkaitan hal ini dapat diselesaikan dengan baik.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider sebelum ini, Uthman yang dipanggil MKN untuk memberi taklimat mengenai Wahabi berkata, beliau sedia menerima pelawaan berdialog Juanda dengan syarat ia diadakan secara tertutup membabitkan pakar-pakar berhubung perkara yang menjadi polemik sekarang.

"Saya sanggup hadir jika (dialog yang disyorkan) jika diadakan dengan penuh disiplin, beretika dengan disertai oleh pakar-pakar dan secara tertutup... jika tidak, saya mahu menjauhkan diri (daripada dialog)," kata beliau yang juga Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (Istac).

Sambil menegaskan beliau tidak mahu isu berkenaan disensasikan supaya kepentingan negara tidak terjejas, Uthman memberitahu, hanya selepas adanya hasil perbincangan, baru keputusan yang dipersetujui perlu disebarkan kepada umum.

Dalam kenyataannya hari ini, Juanda menambah, tokoh tersebut "sepatutnya tidak berdolak-dalik" memandangkan dalam laporan media sebelum ini beliau bersetuju untuk menyertai dialog secara tertutup.

"... tetapi tiba-tiba datang surat rasmi beliau yang diterima Jumaat lalu, beliau pula menolak pelawaan itu dengan pelbagai alasan yang remeh dan tidak relevan seolah-olah menyalahkan pihak lain yang telah menafikan penglibatan mereka dalam kekecohan tuduhan yang bersifat jahat ini, yang boleh menggugat kepentingan negara Malaysia," katanya.

Kementerian Dalam Negeri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharum telah pun menafikan dakwaan tersebut menerusi kenyataan media massa sebelum ini.

Sehubungan itu, Juanda berkata, Uthman mempunyai kaitan secara tidak langsung dengan Arab Saudi yang beliau dakwa sesat dan bahaya serta ganas di mana beliau sendiri sudah cukup lama bertugas di Istac, yang mendapat banyak bantuan kewangan dan dana secara langsung dan tidak langsung daripada Riyadh.

Uthman juga kta beliau, merupakan penasihat Tabung Haji yang saban tahun pergi ke Arab Saudi mengerjakan haji dan umrah serta membimbing jemaah haji Malaysia tetapi tiba-tiba beliau menyatakan negara berkenaan sebagai menganut ajaran sesat dan suka mengganas dengan pihak lain.

"Umat Islam di Malaysia wajar didedahkan dengan semangat demokrasi terbuka yang memberi ruang kepada semua manusia membela diri secara terbuka dan bertamadun apabila dituduh dengan tuduhan yang amat tidak masuk akal akibat dangkalnya kajian dan penelitian pihak tertentu. Adalah amat malang bagi Malaysia jika mereka yang dirujuk ada kepentingan peribadi dan kecelaruan minda dalam menilai sesuatu perkara akibat kesan idea asal mereka yang sememangnya diketahui adalah masalah yang ramai pihak mengetahuinya.

"Zaman untuk menggunakan kuasa secara membabi buta tanpa sokongan perundangan dan keadilan sejati sudah berakhir. Pihak yang suka menyalahgunakan kuasa dan premis pihak berkuasa wajar disiasat apabila mereka didapati suka menghasut untuk mendatangkan ketidakstabilan dalam negara ini," katanya lagi.

Seorang terkorban tanah runtuh di Cameron Highlands

Posted: 07 Aug 2011 08:30 AM PDT

Seorang wanita terkorban manakala dua lelaki cedera parah dalam satu kejadian tanah runtuh di perkampungan Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands, Pahang, lewat petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata kejadian yang berlaku pada pukul 5.45 petang tersebut melibatkan lima buah rumah penduduk kampung.

"Mangsa yang cedera parah dan mayat wanita berkenaan dihantar ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Tanah Rata di sini," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.


Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian itu sedang giat dijalankan oleh anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh itu, jika berlanjutan, nampaknya perlu diteruskan dalam keadaan hujan dan ribut petir yang diramal di Cameron Highlands tengah hari esok.

Menurut ramalan kaji cuaca dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia di laman sesawangnya hari ini, tiada hujan pada sebelah pagi bagaimanapun, hujan dan ribut petir dijangka melanda tengah hari esok.

Hujan turut diramal pada sebelah malam, dengan suhu antara 17 dan 24 darjah celsius sepanjang hari.

Purata taburan hujan di kawasan Cameron Highlands dalam tempoh antara 8 pagi semalam dan 8 pagi ini berada pada tahap 10mm.

Jurucakap jabatan itu ketika dihubungi Bernama malam ini berkata bahawa purata taburan hujan antara 50mm dan 70mm dalam tempoh 24 jam merupakan tahap amaran hujan lebat.

Sehingga kini seorang wanita terkorban manakala seorang lelaki dan seorang perempuan cedera parah dalam kejadian tanah runtuh itu yang punca kejadian belum diketahui.

Jangan bergeser sesama sendiri - Tok Guru Nik Aziz

Posted: 07 Aug 2011 06:33 AM PDT

KOTA BHARU, 7 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya tidak 'bergeser' sesama sendiri kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lawan.

Menurutnya, segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku kerana ianya akan memberi keuntungan pada mereka.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist di Damansara utama, baru-baru ini selepas menyampaikan sumbangan cek kepada tiga bekas pemain bola sepak Kelantan termasuk Inderaputera Mahayuddin.

"Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri," ujarnya.

Namun tambahnya, apa yang penting bulan Ramadan yang mulia ini seharusnya memperbanyakkan amalan mulia serta membersihkan jiwa.

Hadi: Hasan Ali akan kekal Exco

Posted: 07 Aug 2011 05:30 AM PDT

Ekoran kontroversi membabitkan serbuan ke atas sebuah gereja Rabu lalu, PAS menegaskan parti Islam itu tidak mempunyai sebarang masalah dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan beliau akan kekal di jawatan itu.

Hasan merupakan pengerusi yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama Islam.

Selain itu tegas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pihaknya juga tidak mempunyai sebarang masalah dengan kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Tan Sri Khalid Ibrahim sambil menyifatkan kontroversi yang berlaku adalah "masalah negeri."

"Ia masalah negeri, kita juga sebahagian daripada negeri, kita tidak terima teori kemungkinan (masalah dengan Hasan)... kemungkian dah banyak, ada juga kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggantikan (Datuk Seri) Najib (Razak).


"Beliau (Hasan) akan terus jadi Exco, kita tidak bincang dalam mesyuarat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Hasan juga merupakan salah seorang ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Dalam mesyuarat itu, Hasan telah memberikan penjelasan berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu.

Pada kejadian malam Rabu itu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis Gereja Methodist Damansara Utama tanpa waran kira-kira 10 malam.

Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak.

Namun Hasan mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam.

Beliau menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan malam tadi.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan.

Hasan menambah seramai 12 orang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Khalid memutuskan untuk menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat menyelesaikan perkara itu.

Hasan dalam laporan Mingguan Malaysia hari ini berkata, beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam.

Daftar pemilih: Pakatan beri Najib tujuh hari panggil sidang Parlimen khas

Posted: 07 Aug 2011 03:42 AM PDT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Pakatan Rakyat akan menyerahkan satu surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta agar diadakan sidang tergempar Parlimen bagi menyelesaikan Isu berkaitan pengurusan pilihan raya — didakwa pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang tergempar Parlimen.

Surat rasmi itu akan diserahkan esok di Parlimen dan akan diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

"Kita beri tempoh tujuh hari untuk adakan sidang tergempar Parlimen.

"Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya," kata Salahuddin sambil menambah, tindakan itu akan mengancam keselamatan negara.

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi "MyDaftar".

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Sementara itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak untuk pastikan pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

"Kita akan jumpa dengan siapa sahaja untuk pastikan pilihan raya yang bersih dan adil," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat di sini.

Tambah Hadi, tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap bertujuan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

"Kita bincang mengenai daftar pemilih yang kita mahu ia dibersihkan terutamanya yang melibatkan pendatang asing, yang mana ia melibatkan jentera kerajaan untuk memberikan kemenangan kepada BN," katanya.

The Malaysia Insider

Tiada ulasan: