Isnin, 8 Ogos 2011

sesemut emas ™

sesemut emas ™


Kelebihan Ramadhan al-Kareem

Posted: 07 Aug 2011 09:43 PM PDT

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah S.W.T sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadith yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Dari Abu Hurairah R.A menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"
Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." - Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim, an-Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.

2. Dari Abu Hurairah R.A daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"
Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." - Hadith Riwayat Imam an-Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Habban dan Baihaqi.

3. Dari Abu Hurairah R.A telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud:
"
Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu." - Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, an-Nasai'e, Malik, Ahmad dan Baihaqi.

4. Dari Abu Hurairah R.A telah berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud:
"
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah RA: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda SAW bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam)." - Hadith Riwayat Imam Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi.

5. Dari Abi Soleh az-Zayyat R.A bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah R.A berkata:
"
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad S.A.W ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." - Hadith Riwayat Imam Bukhari, Muslim, an-Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi.

-ibnumustafa-

Tiada ulasan: