Blog-list Malaysia |
- PAS mahu jumpa Jais, pihak gereja
- Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain
- Ambiga: Terima kasih PSM6
- Jiran Timbalan Pengarah Ditahan
- Barua Ini Patut Diterajang Balik Ke Malaysia
- Hasan Tidak Patut Jinakan Diri Dengan Utusan
- Serbuan JAIS - Padan Muka Menteri Besar Selangor
- BARUA Politik Ini Mesti Letak Jawatan
PAS mahu jumpa Jais, pihak gereja Posted: 07 Aug 2011 01:35 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Ogos — PAS hari ini mengambil pendirian untuk mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai kotroversi terbaru. Jelas Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pertemuan dengan kedua-dua agensi itu akan dibuat dalam tempoh terdekat untuk mengungkai situasi sebenar yang berlaku ekoran tindakan Jais menyerbu majlis makan malam muhibah di gereja itu. "Kita bincang isu Selangor dan buat keputusan untuk terus ke medan yang mana kalau kita lihat ia sengaja dijadikan isu oleh Barisan Nasional (BN) untuk tutup isu Himpunan Bersih 2.0. "PAS akan bertemu dengan Jais dan gereja secara terus untuk mendapatkan penjelasan dan selesaikan masalah ini,"katanya selepas pada sidang media di sini. Beliau terlebih dahulu mempengerusikan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat. Tambah Hadi, Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali telah memberikan penjelasan berhubung dakwaan program anjuran Harapan Komuniti bertujuan untuk memurtadkan umat Islam. Hasan, sebelum ini mempertahankan tindakan Jais melakukan serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu dengan alasan pihaknya telah dimaklumkan perkataan "al-Quran" dan "doa" diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam. |
Asri: Bukan haram umat Islam terima bantuan agama lain Posted: 06 Aug 2011 10:12 PM PDT KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan "bukan sesuatu haram" jika umat Islam menerima bantuan daripada mana-mana penganut agama lain termasuk Kristian sekiranya terpaksa berbuat demikian. Bekas mufti Perlis berkata sikap umat Islam yang enggan menghulurkan bantuan sesama mereka menyebabkan ramai golongan miskin terpaksa bergantung kepada orang bukan Islam. "Bukan sesuatu yang haram untuk seseorang Muslim menerima bantuan daripada bukan Muslim. Apatah lagi, jika mereka dalam kesusahan yang amat. Tindakan mereka menerima bantuan tidak boleh dipersalahkan, sebaliknya perbuatan pihak Muslim yang sepatutnya memberi bantuan kepada mereka tetapi tidak melakukannya itulah yang patut disalahkan. "Jika dibincangkan di sudut bantuan, pada asasnya kita tidak boleh menyalahkan orang lain kerana memberikan bantuan. Adalah menjadi hak setiap untuk memberikan bantuan kepada sesiapa yang mereka mahu," kata beliau sambil menambah, mana-mana bantuan dibenarkan selagi mengikut peraturan dan undang-undang. Tegas Asri, beliau difahamkan umat Islam yang hadir dalam satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Rabu lalu adalah untuk mendapatkan bantuan yang gagal dilaksanakan agensi agama Islam melalui pemberian zakat. Jelas beliau, kemungkinan umat Islam yang hadir itu "terpengaruh" dengan agama Kristan disebabkan sikap baik penganutnya membantu mereka. "Difahamkan bahawa orang-orang Islam yang hadir, terutama ibu-ibu tunggal terdiri dari kalangan mereka yang amat daif dan miskin. "Mereka telah berulang kali memohon bantuan dari masyarakat Islam, tetapi gagal. Apabila ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dengan mudah, maka mereka rasa 'jatuh hati' dan 'terhutang budi'," katanya. Asri berkata demikian sebagai respons terhadap laporan dua akhbar berbahasa Malaysia hari ini yang mengatakan pihak gereja menawarkan wang tunai, makanan dan tempat tinggal kepada umat Islam. Akhbar Berita Harian edisi semalam di bawah tajuk "Sogok wang gadai akidah" melaporkan ada pihak yang berselindung disebalik pertubuhan amal dengan menawarkan pelbagai bantuan kepada umat Islam seterusnya meminta mereka keluar daripada agama itu Selain itu, akhbar tabloid Harian Metro juga mengatakan perkara sama di bawah tajuk di muka depan "Kami diberi Bible versi Melayu." Akhbar itu mendakwa penganut Kristian menggunakan "pendekatan lembut" untuk menarik umat Islam. Kontroversi ini berlaku selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu satu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama. Pada malam Rabu lalu, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam. Bagaimanapun tindakan Jais itu mendapat kritikan banyak pihak. Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mempertahankan atas alasan ada bukti pihak terbabit mahu memurtadkan umat Islam. Tambah Asri, semua pihak tidak sepatutnya menyalahkan penganut Kristian yang menghulurkan bantuan, sebaliknya persoalan itu ditanya kepada diri sendiri. Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain. "Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta 'sedekah' kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya. "Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?" soalnya. Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam. "Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik. "Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?," katanya. The Malaysia Insider |
Posted: 06 Aug 2011 10:07 PM PDT Pengerusi gabungan menuntut pilihan raya adil dan bersih, BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga berterima kasih kepada PSM6 - yang baru dibebaskan selepas ditahan selama 28 hari di bawah Ordinan Darurat - kerana kekuatan dan ketabahan mereka telah meniup semangat gabungan tersebut menjadikan perhimpunan 9 Julai satu kenyataan. Berucap di majlis kesyukuran PSM di ibunegara malam tadi, Ambiga berkata, pihaknya begitu sedih di atas penahanan mereka menjelang perhimpunan tersebut diadakan. "...dan ketika itu kami menerima mesej dari mereka yang ditahan: "Teruskan perhimpunan pada 9 Julai. Kami tetap bersama anda, kami tidak takut ". Ambiga berkata, PSM6 menanggung bahang perhimpunan BERSIH tetapi tegasnya semangat mereka tidak pernah luntur dan sentiasa memperlihatkan ketabahan mereka dalam yang kritikal itu. Kira-kira 300 hadirin memenuhi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH) untuk meraikan 'superhero' mereka - ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar; timbalan presiden PSM, M Sarasvathy; ketua pemuda, R Saratbabu, ketua PSM cawangan Bayan Baru, Choo Chon Kai, pemimpin PSM Sungai Siput, M Sukumaran dan setiausaha cawangan tersebut, A P Letchumanan. Bermula dengan nyalaan lilin selama sejam, menuntut pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), majlis tersebut dimeriahkan dengan persembahan dari wakil masyarakat sivil. Meraih sorakan gemuruh ialah persembahan petikan gitar pengarah Suaram, Kua Kia Soong, dengan para hadirin mengiringi beliau menyanyikan lagu yang diadaptasi dari Sepanyol, dengan korusnya yang berbunyi: "Rakyat yang bersatu tidak akan dapat dikalahkan" . Jelas 'kuasa rakyat' menjadi tema majlis tersebut dengan para penceramah mengingatkan hadirin bahawa tekanan rakyat terhadap kerajaan telah membawa kepada pembebasan PSM6 pada 29 Julai, selepas 28 hari dalam tahanan. Bagi pengerusi PSM Dr Nasir Hashim, sokongan rakyat menjadi inspirasi dan satu penegasan terhadap kuasa aktivisme akar umbi yang menjadi asas penubuhan parti sosialis itu. "(Pihak berkuasa) gagal untuk menahan (PSM 6) lebih lama, kerana mereka telah membuat kesilapan. Mereka sangka kita sebuah parti kecil, tetapi kita mempunyai sejarah aktivisme dan kita mempunyai rakan-rakan yang baik. "Ikat jamin (untuk 24 yang ditangkap pada 24 Jun) adalah RM8,000, (berjumlah RM192,000), tetapi kita berjaya mendapatkan wang untuk mengikatjamin mereka kerana adanya perpaduan... Kita kini bersatu, dan jika anda sentuh kita, kita (semua) akan bertindak balas," katanya disambut tepukan gemuruh. Turut berucap ialah timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu, yang naik ke pentas bertongkat ekoran kecederaan yang dialami semasa perhimpunan BERSIH 2.0. Sambil mendakwa wujudnya 'double standard' dalam penguatkuasaan polis, Mohamad berkata, tiada seorang pun guru silat ditangkap sedangkan mereka telah berikrar sanggup "menumpahkan darah" menentang BERSIH 2.0. "(PSM 6) dituduh melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong... dan apa senjata mereka? baju-T," katanya disambut gelak ketawa hadirin. Turut mendapat pujian ialah setiausaha agung, S Arutchelvan (atas) "yang tidak pernah mengenal erti takut". Malaysiakini |
Jiran Timbalan Pengarah Ditahan Posted: 06 Aug 2011 09:11 PM PDT Penjenayah kejam yang mencerobohi rumah Timbalan Pengarah (Kesihatan) Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kasim, 38, sebelum mencekik mangsa hingga mati dipercayai tinggal di tingkat sama dengan rumah mangsa di Pangsapuri Permai Lake View Tambun. Menurut penghuni pangsapuri berkenaan yang juga jiran mangsa, terdapat empat lelaki tinggal di rumah bertentangan dengan kediaman mangsa di tingkat satu. Dia yang enggan identitinya disiarkan berkata, mangsa tinggal di unit F-1-09, manakala empat lelaki terbabit iaitu tiga berbangsa Melayu dan seorang seperti berdarah kacukan India-Cina mendiami unit F-1-02. Keempat-empat lelaki terbabit sering dilihat melepak di tangga berhampiran kediaman mereka dan beberapa rakan juga pernah menduduki unit yang didiami mangsa. "Mereka kemudian berpindah sebelum arwah menyewanya. Saya percaya mereka terbabit dalam pembunuhan mangsa kerana saya dan beberapa jiran lain melihat dua daripada empat lelaki itu ditahan polis tidak lama selepas mayat Rohani," katanya. Dia bertambah yakin keempat-empat suspek adalah penghuni unit F-1-02 kerana pengawal keselamatan turut melihat dua daripada mereka melarikan diri pada hari kejadian. Allahyarham Rohani yang baru dinaikkan pangkat memegang jawatan kini berkuat kuasa 1 Julai lalu ditemui mati kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin, dipercayai dicekik sehingga mati sebelum pembunuh membalut mayatnya sebelum mengusungnya keluar dari rumah mangsa. Suspek disyaki mahu membuang mayat mangsa di lokasi lain bagi mengelakkan jenayah itu dikesan. Bagaimanapun, cubaan itu terbantut selepas tindakan mereka mengusung cadar berisi mayat mangsa disedari pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan yang melakukan rondaan rutin. Menurut sumber, pengawal yang memeriksa tilam di lantai tangga Pangsapuri Permai Lake View Tambun, dekat sini, menemui mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan tangan dan kaki terikat sebelum menghubungi polis. Arwah pernah menyuarakan kebimbangan keselamatannya tinggal di pangsapuri berkenaan kepada ahli keluarga kerana pernah kerugian hampir RM15,000 apabila barang kemasnya dilarikan penjenayah yang memecah masuk kediaman itu pada minggu kedua mendiaminya. Mangsa yang juga anak ketujuh daripada 10 beradik, sebelum ini bertugas sebagai pendaftar di Kolej Pertanian Sintok, Kedah sebelum berpindah ke Ipoh. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, posmen dan tentera antara empat suspek yang ditahan di tiga lokasi berasingan sekitar negeri ini. Katanya, dengan penahanan itu, pihaknya yakin dapat menyelesaikan kes itu dalam tempoh kurang 24 jam. "Siasatan mendapati motif dipercayai samun berikutan penemuan beberapa barang kes seperti telefon bimbit dan barang kemas bersama suspek. "Tangkapan pertama terhadap dua lelaki masing-masing berumur 26 tahun di sekitar kawasan kejadian pada jam 4 pagi. Dua lagi suspek masing-masing berusia 20 dan 22 tahun ditahan di Tanjung Malim pada jam 4.30 petang dan di Slim River jam 10.25 malam tadi (kelmarin)," katanya. Menurutnya, seorang daripada suspek berada dalam senarai individu dikehendaki polis bagi kes rogol di Slim River manakala seorang lagi askar yang lari daripada tugas. "Dua daripada suspek direman selama empat hari manakala dua lagi suspek direman tujuh hari bermula semalam dengan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.-hm |
Barua Ini Patut Diterajang Balik Ke Malaysia Posted: 06 Aug 2011 06:16 PM PDT Bersih 2.0: Kedutaan Malaysia di Mesir beri jaminan selesai isu pelajar dibuang Atase Pendidikan Malaysia, Khairi Jalalluddin. (BARUA PENJILAT) KUALA LUMPUR, 6 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat berkata Kedutaan Malaysia di Mesir memberi jaminan akan menyelesaikan isu pembuangan seorang penuntut Universiti Al-Azhar kerana terlibat dengan Himpunan Bersih 2.0 di negara itu. Menurut Pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS pusat Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, hasil pertemuan dengan Duta Besar Malaysia di Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti telah membuahkan hasil. Pada awal bulan ini, Ahmad Zamri dan Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hasan telah mengadakan lawatan ke Mesir untuk menemui penuntut itu Firdaus Mazlan, pelajar tahun akhir Syariah Islamiah Al-Azhar yang dibuang kerana menganjurkan Himpunan Bersih 2.0 yang disertai ratusan penuntut lain. Difahamkan penuntut yang berasal dari Selangor dibuang tanpa sebarang notis bertulis dan alasan yang diberika pengurusan Universiti Al-Azhar "kerana menganjurkan Himpunan Bersih 2.0." "Kita telah ke sana (Mesir) pada 2 Ogos lalu, isu ini berlaku rentetan daripada Himpunan Bersih 2.0 yang mana seorang penuntut kita telah dibuang daripada pengajian dan kita ke sana untuk menyiasat perkara ini. "Kita juga telah berjumpa dengan Duta Besar Malaysia di Mesir, hasil pertemuan itu membuahkan hasil yang positif yang mana pihak kedutaan akan menyelesaikan masalah itu dengan segera bagi membolehkan penuntut ini meneruskan pengajian," kata Ahmad Zamri pada sidang media di sini. Beliau menambah, pihaknya juga telah meminta Firdaus untuk menghantar surat kepada Kedutaan Malaysia sebelum perbincangan diadakan dengan pengurusan Universiti Al-Azhar. Jelas Ahmad Zamri, selain Firduas terdapat ramai penuntut lain yang turut dikenakan tindakan termasuk dibuang asrama dan disenaraikan hitam daripada mengambil peperiksaan akhir. "Hanya kerana menganjurkan dan menyertai Himpunan Bersih 2.0, di Mesir mereka hanya berkumpul dan mengambil tandangan sebagai tanda sokongan terhadap lapan tuntutan Bersih 2.0 tidak sampai 15 minit pun. "Mereka juga tidak memberikan ucapan, hanya 15 minit dan mereka tidak menerima notis bertulis...hanya secara lisan," katanya. Sebelum ini Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pihaknya mahu Kementerian Pengajian Tinggi campur tangan menyelesaikan isu hampir 50 penuntut Malaysia di Mesir dikenakan tindakan kerana menyertai Himpunan Bersih 2.0. Pada 9 Julai lalu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara sebagai langkah menuntut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan. Selain Malaysia, perhimpunan sama turut diadakan di beberapa buah negara sebagai tanda sokongan kepada Himpunan Bersih 2.0 termasuk Mesir. |
Hasan Tidak Patut Jinakan Diri Dengan Utusan Posted: 06 Aug 2011 05:03 PM PDT HARI ini ada dua berita yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia (MM) yang saya merasakan penyiarannya atas motif politik yang sangat jelas, bukan atas semangat kebebasan bersuara ataupun menempati prinsip-prinsip journalisme. Dua berita itu ialah, penegasan Exco Selangor Hasan Ali yang mengatakan dia rela dipecat demi kepentingan akidah umat Islam. Berita berkenaan disiarkan di muka hadapan di jadikan headline dengan judul "Saya rela dipecat." Berita kedua di sebelah dalam mengenai kenyataan Timbalan Dewan Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz. Antara lain berita itu melaporkan Nik Abdul menggesa supaya pemimpin Islam sepakat dalam isu akidah. Berita itu dibawah tajuk "Pemimpin Melayu perlu bersatu dalam isu akidah." Kalau dibaca kepada tajuk laporan itu tidak menyeleweng ia merupakan pendirian dan sikap yang terpuji dan hasanah. Misalnya Hasan sedia untuk dipecat oleh parti dan juga digugurkan dari jawatan Exco kerana tindakannya itu. Ini bermakna beliau yakin dengan apa yang dilakukan. Laporan itu juga memberi gambaran Hasan adalah hero dalam membela Islam di Selangor. Saya setuju atas ketegasan dan tanggungjawab Hasan. Sesiapa pun dan pada bila-bila masa tidak boleh bertolak ansur dalam soal agama atau akidah. Bila ada unsur cuba merosakkan keimanan orang Islam ia hendaklah diperangi habis-habisan. Apa lagi kalau orang itu mempunyai kuasa. Dalam konteks ini peranan dan tanggungjawab menjaga kesucian agama lebih penting dari menjaga kuasa politik. Benar begitu. Kerana Allah dan Nabi menuntut menjaga kesucian dan maruah itu. Tahap penjagaan bukan saja setakat kena pecat dari jawatan hatta walaupun terpaksa menggadai nyawa sekalipun. Kerana mati di dalam agama adalah amti syahid. Kebanyakan para tabin dan sahabat Rasulullah s.a.w. syahid kerana mempertahankan kesucian agama Islam. Dan semua kita merindui syurga akhirat. Bagaimana pun di sini satu perkara yang Hasan kena fikirkan dan orang lain juga; dalam konteks Hasan itu bukankan dia bersuara itu dari kuasa politik? Maksudnya kedudukkanya itu terhasil dari kuasa politik. Setelah partinya menang kemudian membentuk kerajaan PR Selangor lalu melantik beliau sebagai Exco? Kuasa politiklah yang melantik beliau dan beliau berada di situ adalah kerana politik. Kita faham perlantikan itu amanah yang perlu dipikul. Satu tanggungjawab yang bukan boleh dimain-mainkan. Tetapi apa yang perlu diawasi ialah beliau harus bijaksana dalam melaksanakan tanggungjawab menerusi kuasa itu. Tanggungjawab Exco dalam membela agama bukan setinggi tanggungjawab Mufti yang dilantik khas oleh Sultan yang mempunyai bidang kuasa mutlak ke atas agama. Perlantikan Hasan adalah perlantikan menerusi instrumen politik. Di sini kepentingan politik (kuasa) itu tidak kurang peri mustahaknya. Hasan tidak boleh bercakap seperti hari ini dan nilai suaranya tidak sehebat hari ini kalau beliau tidak seorang anggota Exco. Kalau tidak percaya cuba.. Hasan bercakap atas kapasiti dan kediriannya sebagai Hasan atau sebagai seorang fasilitator atau moderator yang handal. Nescaya kenyataanya tidak ada nilai langsung. Dia tidak pun akan diberikan ruang prime di akhbar berkenaan. Apa yang saya hendak katakan di sini, maslahat mendapat kuasa politik (seperti hari) ini dan maslahat hendak menjaga agama itu sama penting. Jadi apabila Hasan mengatakan dia sanggup digugur atau dipecat adalah satu kenyataan yang merugikan dirinya dan merugikan umat Islam seluruhnya kandati pemecatan demi agama. Dari sudut lain kenyataan itu ada nada angkuh dan sombong. Untuk menunjukkan keberanian dalam menegakkan kebenaran Hasan tidak perlu menjawab pertanayan soalan wartawan yang dipetik dari satu andaian direka-reka oleh manusia yang rosak akidah politik itu. Wartawan MM itu melontarkan pertanyaan itu setelah mementik andaian dibuat oleh seorang bloger yang juga ahli Parlimen yang kini demam akan kehilangan kerusi. Sepatutnya Hasan tidak melayani persoalan itu dengan mengeluarkan pengakuan sejujur itu. Beliau boleh berhenti setakat mengatakan sekiranya parti merasakan tindakannya tidak benar dan bertentangan, terserah kepada parti. Tetapi apabila beliau meluahkan pengakuan begitu seolah beliau mencabar partinya dan meletakkan beliau dalam keadaan 100 peratus betul. Sikap merasakan kita betul, hebat dan tepat adalah bukan sifat mazmumah. Kita memahami perasaan pejuang seperti Hasan. Dia mahu membela Islam dan bangsa. Mungkin luahan itu dilayani kerana kekecewaannya kepada parti yang tidak menyokongnya. Itu tidak menjadi masalah, sebagai pemimpin dan orang mukmin Hasan sudah terlepas dari dosa. Mempertahankan kesucian agama dalam bentuk itu adalah kewajiban umum (fardu kifayah). Hasan harus merasa senang kerana usaha itu telah memerdekakan orang lain dari menanggung dosa. Tindakannya sudah mendapat pahala. Hasan tidak boleh mengharap segala masalah selesai dalam satu malam saja. Kain tidak akan kering kalau disidai di hari senja. Kuasa politik yang ada kepadanya adalah sedikit saja. Beliau sangat mengharapkan keberanian dan conscience beliau terhadap Islam beliau disokong oleh umat Islam lain. Tetapi apabila ada rakan sendiri yang skeptikal dengan usahanya inilah menyebabkan beliau kecewa dan sanggup untuk diambil tindakan oleh parti. Semua yang Hasan lakukan itu betul, dari nawaitu kepada syariahnya. Cuma silapnya Hasan di sini menggunakan wadah milik parti lawan untuk meluahkan kekecewa dan membela diri. Sepatut beliau sedar akan realiti itu. Hasan boleh berkawan dengan wartawan atau penerbit, tetapi Hasan tidak boleh menerima atau berkawan dengan akhbar berkenaan yang ada agendanya sendiri. Inilah yang saya nampak satu kesilapan Hasan. Apa yang hendak saya huraikan dan persoalkan di sini kenapa Hasan dan juga Nik Abduh memberi ruang kepada akhbar berkenaan untuk memberi semangat dan membela kepada mereka. Iya, mungkin kerana akhbar lidah parti tidak bersedia berkerjasama, memberi siaran kepada Hasan. Tetapi Hasan harus pandai menilai mana lebih menguntungkan dirinya dan politiknya dari MM yang menyiarkan kenyataan bersifat adu domba dengan akhabr lidah parti yang tidak menyiarkan kenyataanya, dan terlepas dari adu domba? Kenyataan atau berita Hasan hari ini sudah tentu akan menjadi perhatian. Saya sangat merasakan tindakan MM memberi ruang begitu besar adalah untuk memerangkap Hasan dan juga Pas. Akhabr itu sudah tahu yang Pas akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa hari ini. Mesyuarat itu tidak akan terlepas membincangkan soal serbuan gereja oleh Jais itu. Jadi apa yang diharap akhbar berkenaan mesyuarat Pas itu akan menghimpit Hasan. Kemuncak harapannya ialah Hasan akan terpelanting dan kalau itu berlaku maka berjayalah akhbar berkenaan mencaing-caingkan Pas agar memudahkan Umno merampas Selangor. Sama ada sedar atau tidak cara Hasan itu telah membantu musuhnya sendiri. Kalau kebetulan pula ada ahli jawatankuasa yang berkepala panas, mereka akan mengusulkan apa-apa cadangan yang boleh membawa kepada kemusnahan Hasan dalam politik dan juga Pas. Tetapi saya berdoa berkat Ramadhan al Mubarak ini tidak adalah apa-apa yang tidak baik dalam mesyuarat itu kelak. Saya lihat kemesraan Hasan dengan akhbar Umno itu bukan hari ini saja, tetapi sudah lama. Beberapa isu-isu lain sebelum ini memperlihatkan akan kejinakan Hasan dengan akhbar itu. Hasan senang dan selesa menggunakan wadah berkenaan. Sikap Hasan ini bertentangan dengan partinya yang kurang selesa dengan akhbar itu. Kemesraan inilah yang memberi liabiliti kepada Hasan. Menyebabkan parti mencurigai beliau. Betapa baik, ikhlas dan molek hasrat Hasan dan kenyataannya dalam akhabr itu, ia tetap akan diprejudis kerana ia disiarkan oleh akhbar itu. Walhal sepatutnya itu hak Hasan, tetapi itulah hukum alam yang patut diketahui oleh Hasan. Selagi beliau berada dalam jelumun politik beliau tidak akan terlepas dari hukum dan peraturan klasik itu. Politik itu penuh dengan persepsi dan sedikit sangat realitinya. Untuk tidak terus dibaham delima dan rasa serba salah dan berdosa, elok kalau Hasan membuat mahabsah. Istikharah. Kalau sudah tidak betah untuk mengikut lenggang lengguk perlarian politik, bersaralah dengan baik. Undur saja secara sukarela dan carilah wadah yang lebih harmoni dan bukannya meminta parti untuk bertindak ke atas kita. Tetapi saya percaya, kehandalan dan kehebatan Hasan dalam pancak mempertahankan agama selepas ini tidak sebesar kuasa yang dimilikinya kini. Tidak percaya cubalah buat. Sudah banyak sejarah pejuang-pejuang agama (mujihidin) yang berada atas landasan politik, yang sebelum ini tersebut, tersohor tetapi setelah terkehel dari rahang politik mereka diam membisu menjadi ular air yang kesirnaan bisa. Sesungguhnya hukum karma dalam buana politik sangat menakutkan. Tepatlah kata bidalan, politik itu membeliti seluruh sendi-sendi kehidupan. Politik itu bagaikan ular sawa yang sentimental menjerut dan mematahkan tulang temulang mangsanya sehingga lemah longlai. Wahalahu'alam. [wm.kl.7:04 am 07/08/11] Posted by mso |
Serbuan JAIS - Padan Muka Menteri Besar Selangor Posted: 06 Aug 2011 06:10 AM PDT Selepas ini Datuk Dr Hasan Mohamed Ali akan mendakwa semua yang dilakukannya demi Islam, macam-macamlah. Dia dah pun dakwa ada usaha mengembangkan agama Kristian dalam gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru ini. Saya tidak menolak seratus peratus dakwaan itu. Memang lumrah mana-mana penganut agama pun nak mengembangkan agama mereka. Kalau boleh, saya nak semua orang menjadi orang Islam yang sebenarnya. Semua orang tahu Kristianisasi dan bagaimana beberapa pemimpin PAS ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lallang 1987 kerana menentang Kristianisasi. Memanglah, hendak mempertahankan kesucian Islam adalah satu tindakan yang terpuji. Tetapi bertindak bangang sehingga mendatangkan nama busuk kepada agama Islam di sisi orang lain, tu cerita lain pula. Saya tidak melihat tindakan Jais yang tak pernah saya lihat cerdik itu sebagai satu sumbangan kepada Islam. Itu disservice namanya. Ramai kawan saya yang jadi Ustaz. AlhamduliLlah, ramai yang cerdik. Tetapi sejak tahun 90an lagi saya telah membangkitkan tentang masalah ustaz-ustaz bodoh. Antara lain, saya pernah bangkitkan hal itu kepada Menteri Besar Kedah kini, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, sebab dia pun Ustaz jugak. Saya kata kat dia, orang tua dulu-dulu kalau anak cerdik, hantar sekolah Orang Putih. Kalau bodoh, hantar mengaji pondok atau mengaji agama. Jenis-jenis bodoh tu, bila jadi Ustaz pun, dok bodoh lagu tu jugaklah. Azizan terus kata kat saya, "Aku mengaji agama bukan sebab aku bodoh". Memang la, saya pun tak pernah rasa Azizan tu bodoh dan terlalu ramai lagi yang mengaji agama bukan sebab depa bodoh. Tinggal lagi, saya syak Azizan rasa dia cerdik sangat. Jenis lagu tu pun susah jugak. Balik kepada cerita Ustaz bodoh. Saya rasa dalam Jais bersepah-sepah jenis Ustaz bodoh. Sebab tu depa selalu buat keja bodoh. Jais tak pernah saya nampak naik darjah dari dahulu hingga sekarang. Dok bodoh situlah. Alangkah malangnya jika hal ehwal agama Islam ditadbir oleh jenis-jenis Ustaz bodoh. Dalam perang pun tak boleh kita langgar dan serang rumah ibadat orang bukan Islam. Kalau pun konon ada bukti ada berlaku pengembangan agama, bukti tu kena disiarkhabarkan dahulu semua semua umat Islam boleh sedar - sentiasa alert. Bukan main serbu rumah ibadat agama macam segerombolan lebai bangang. Cuba tunjuk dalam sejarah Islam kalau Nabi s.'a.w.w. pernah mengkasari rumah ibadat agama lain? Mengaji agama, tapi tak reti agama. Lepas tu berlagak pulak macam pandai sangat. Kalau ada bukti depa nak kembangkan agama Kristian kepada orang Islam, nak simpan buat apa? Bagi tau kepada seluruh dunia. Pastikan bukti itu tak boleh orang dispute. Beyond reasonable doubt. Kalau betul ada bukti, hampa ingat orang Islam nak duduk diam?! Lagi pun, kalau ada bukti, perbuatan itu bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Kalau ada bukti, awat dok bodoh sangat dan tak dakwa dalam mahkamah?! Tak pa la Jais tu. Dah bodoh, nak buat lagu mana. Dr Hasan pun sama - saya tidak pernah nampak dia cerdik. Jenis kalau Umno pun puji dia, jenis tu dah tak boleh ambil kira dah. Tapi yang saya nak kata padan muka ialah kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Hari tu, bila PAS dah tak lantik Dr Hasan sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor, dia dah ada sebab untuk gantikan Mamat tu dengan orang lain. Tapi dia nak tunjuk baik, tunjuk gentleman konon, walaupun dah macam-macam Dr Hasan kata kat dia (saya dengar sendiri rakaman pertemuan Dr Hasan dengan Pemuda PAS di Selangor). Kalau setakat Dr Hasan Ali pun Khalid lembik dan tak boleh buat, Azmin Ali tak payah cakap la. Sekali Datuk Seri Anwar Ibrahim panggil mengadap bagi tounge lashing cukup-cukup untuk pastikan Azmin tak digugat macam sebelum pemilihan PKR dulu, habislah Khalid! Dilihat cerdik dan tak ada rekod rasuah sahaja tak cukup, Khalid. Rakyat juga perlukan Menteri Besar yang tegas dan berani walaupun terhadap jenis macam Azmin dan Anwar sekalipun. Ni dengan Dr Hasan Ali pun tak berani! Dipetik dari Penarik Beca |
BARUA Politik Ini Mesti Letak Jawatan Posted: 06 Aug 2011 04:17 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) akan menghantar memorandum kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berhubung aduan salah laku Pegawai Atase Pendidikan Malaysia, Khairi Jalalluddin. Keputusan itu dibuat setelah delegasi DPPM meneliti dari dekat mengenai aduan mahasiswa Malaysia di Mesir sewaktu ke sana 2 Ogos lalu. Malah banyak salah laku beliau telah didedahkan di laman sosial facebook "KJ Bocor Fan Club". Antara contoh salah laku beliau yang dilapor dan didedahkan adalah berusaha untuk memecahkan kesatuan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRM). Khairi yang merupakan ahli Lembaga Kelab Umno Mesir juga merancang untuk mengheret pelajar perubatan Mesir menyertai kelab tersebut serta berkempen di hadapan mahasiswa supaya mahasiswa menyertai kelab Umno Mesir. Selain itu Khairi juga mengadu domba agar pihak duta bertembung dengan mahasiswa. Ketua DPPM, Nasrudin Hassan dalam kenyataannya berkata, DPPM memandang serius perkara ini dan memohon pihak KPT menyiasat segala pendedahan yang dibuat oleh KJ Bocor Fan Club. "Jika Khairi bertindak seperti yang didedah, DPPM mendesak dan menggesa Khairi segera dipanggil pulang dan dikenakan tindakan wajar. "Jika beliau mahu berpolitik dan mempolitikkan mahasiswa, sila letak jawatan sebagai pegawai atase pendidikan dan beliau boleh kembali ke Mesir atas nama ahli kelab Umno Mesir tanpa perlu berselindung di sebalik jawatan kerajaan," katanya dalam kenyataan yang dibacakan pengerusi Jabatan Hal Ehwal Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham), Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini. Tambahnya juga, Khairi ternyata melakukan tindakan yang bertentangan dengan etika kerja dan bercanggah dengan profesionalisme tugasnya. "Beliau sepatutnya berperanan memberi khidmat dan membantu peningkatan akademik mahasiswa di Mesir tapi malangnya beliau pergi untuk berpolitik, mengganggu mahasiswa dan mencetus perbalahan di antara pihak mahasiswa dengan pihak kerajaan khasnya kedutaan Malaysia di Kaherah Mesir," katanya. |
You are subscribed to email updates from BlogList Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan