Sabtu, 6 Ogos 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Isu gereja: PAS buat pendirian rasmi esok

Posted: 06 Aug 2011 12:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 6 Ogos — PAS akan membuat pendirian rasmi berhubung serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama esok selepas mendapatkan penjelasan daripada Exco Kerajaan Negeri Datuk Dr Hasan Ali.

"Kami akan membuat pendirian esok, apakah pendirian PAS esok... kita tunggu esok," kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

PAS akan mengadakan mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat esok, di mana Hasan merupakan salah seorang ahlinya.

Hasan merupakan Exco Kerajaan Negeri bertanggungjawab kepada hal ehwal agama Islam.


Awas Dengan Pertubuhan Yang Memurtadkan Umat Islam

Posted: 06 Aug 2011 12:12 AM PDT

Ada pertubuhan di negara ini berselindung di sebalik kegiatan kebajikan dengan menawarkan wang tunai, tempat tinggal dan makan minum percuma kepada golongan miskin dan menghadapi masalah kewangan yang beragama Islam sebelum memesongkan akidah mereka hingga sanggup menukar agama akibat desakan hidup.

Difahamkan, ada individu Islam menerima elaun tetap sehingga RM1,000 sebulan dengan hanya mengikuti program pertubuhan itu dua kali seminggu. Malah segelintir peserta turut mengakui menerima bantuan menyelesaikan beban hutang, termasuk ansuran kenderaan, rumah dan kad kredit.

Ia dipercayai taktik pertubuhan terbabit bagi menarik orang ramai mengikut program mereka dengan sebahagian besar sasaran adalah golongan gelandangan dan ibu tunggal yang tidak berpendapatan tetap serta dibebani masalah kewangan.


Setiap peserta turut dijanjikan `kehidupan baru' oleh pemimpin pertubuhan terbabit yang menggambarkan dirinya seolah-olah `penyelamat' jika mengikuti segala program diatur, termasuk kesediaan menukar agama.

Bekas pengikut pertubuhan itu yang mahu dikenali sebagai Adazhan, 30-an, mengakui pernah dilatih menjadi paderi sepanjang 10 tahun menjadi pengikut program berkenaan, termasuk menukar agama isteri dan anak-anaknya sebelum kembali ke pangkal jalan.

Ketika 'diselamatkan' daripada kesempitan hidup, Adazhan mengakui menerima tawaran bantuan pertubuhan itu adalah pilihan hidup untuk menyelamatkan keluarga daripada kepompong kemiskinan.

Malah, kesungguhannya mengikut program membolehkannya menghadiri kursus menjadi paderi dan dijanjikan Rumah Doa sendiri dengan pembiayaan penuh pertubuhan untuk menjalankan aktiviti keagamaan.

"Dulu saya terima bantuan kewangan RM500 sebulan. Bagi yang ada isteri, mereka diberi tambahan RM300 dan RM100 bagi seorang anak. Bagi saya yang hidup merempat ketika itu, cuma itu pilihan terbaik. Sekarang, jumlah bantuan bertambah dan difahamkan, ada yang dapat lebih RM1,000 sebulan.

"Saya percaya ramai sudah terpedaya selepas termakan pujukan dan terhutang budi dengan bantuan diterima. Cuma, mereka takut menukar status agama dalam MyKad," katanya kepada Berita Harian, semalam.

Beliau mencadangkan supaya mereka yang terpedaya, tidak dikenakan hukuman atau ditangkap kerana bimbang menyebabkan keadaan lebih teruk, sebaliknya didekati secara lembut dengan membetulkan semula akidah dan diberi bantuan sepatutnya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Kelmarin, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu majlis makan malam anjuran sebuah komuniti gereja di Damansara Utama, Petaling Jaya, susulan laporan terdapat unsur penyebaran agama lain kepada orang Islam yang bertentangan Artikel 11 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Difahamkan, 50 orang Islam menghadiri majlis itu ketika serbuan dibuat, namun hanya 12 daripada mereka termasuk lapan wanita berjaya ditahan dan diarahkan memberi keterangan di Ibu Pejabat JAIS di Shah Alam, 9 Ogos ini kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Sementara itu, salah seorang peserta wanita yang ditahan dalam serbuan berkenaan mendedahkan peserta Islam ditegah mempercayai Nabi Muhammad SAW, tetapi diminta mengikut suruhan Nabi Isa melalui ceramah dan nyanyian sepanjang majlis berlangsung.

Hanya mahu dikenali sebagai Jasmine, wanita itu berkata, pertubuhan terbabit mensasarkan individu yang menghadapi masalah kewangan seperti kumpulan mualaf dan golongan yang kecewa dengan kerajaan sebagai ahli sebelum ejen berperwatakan alim seperti haji dan imam dihantar mendekati mangsa.

"Mereka menabur janji mampu menyelesaikan masalah dihadapi sebelum sasaran dibawa menghadiri majlis suai kenal dan sesi ceramah secara sulit. Biasanya, minat menyertai pertubuhan ini timbul selepas mendengar syarahan ketua agama dari Sabah, Sarawak dan Indonesia," katanya yang menyertai pertubuhan itu bersama suami dua tahun lalu.

Jasmine yang dijanjikan bantuan kewangan untuk menyelesaikan hutang dan keperluan harian, berkata dalam setiap program dianjurkan, peserta diberikan kitab Injil berbahasa Melayu seterusnya diajar menyanyi lagu dakwah Kristian, disusuli diberikan 'minuman istimewa' diikuti upacara pembaptisan.

Sumber : Berita Harian

Cerita Sebenar Disebalik Serbuan JAIS..

Posted: 05 Aug 2011 09:23 PM PDT

CERITA 1


KUALA LUMPUR: Beberapa individu beragama Islam yang menyertai aktiviti keagamaan di sebuah gereja di Seksyen 13, Petaling Jaya, ketika pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan malam kelmarin, hanya sebahagian kecil yang berjaya dikesan, manakala sebahagian besar golongan itu dipercayai menyertainya secara sembunyi atau 'bawah tanah'.

Kebanyakan mereka terdiri daripada kaum Melayu dan golongan mualaf yang menyertai kumpulan berkenaan disebabkan kesempitan wang untuk menyara diri dan keluarga serta gagal mendapat bantuan daripada pihak berwajib.


Mereka menyertai kegiatan keagamaan berkenaan secara senyap-senyap di premis persendirian termasuk rumah kedai dan dewan komuniti, bukan saja di Lembah Klang, malah pergerakan 'bawah tanah' ini sudah berkembang di seluruh negara termasuk di Kelantan dan Terengganu.

Ia didedahkan sendiri seorang wanita Melayu yang mengikuti kumpulan itu sejak lebih setahun lalu, selepas dibelenggu masalah kewangan sehingga tidak mampu membiayai keperluan seharian.

Katanya, pendakwah kumpulan berkenaan membantu mereka dengan memberi seberapa banyak wang diperlukan dan selepas itu, mereka memujuk individu yang sudah diberi bantuan menyertai program keagamaan mereka.

disini

CERITA 2



Seorang pengikut beragama Islam di Gereja Methodist Damansara Utama (Di serbu Jais) yg enggan dikenali,mendakwa dia menghadiri Majlis Gereja itu lebih setahun lalu selepas dibebani pelbagai masalah kewangan.Pelbagai bantuan saya terima,syaratnya,saya harus menyertai setiap program termasuk minum sejenis air.Sehingga semalam,sudah tiga kali saya dipanggil Jais utk beri keterangan krn menyertai kumpulan ini,tetapi secara jujur,kumpulan ini byk berjasa kpd saya dan tiga anak saya,malah sehingga kini mereka sudah memberi kan bantuan lebih RM 20,000 kpd kami.Apa yg saya tahu 100 ibu tunggal beragama Islam seperti saya mengikuti kumpulan ini serta menghadiri setiap majlis yg diadakan di Gereja Methodist Damansara Utama ini,katanya yg ditemui di luar Gereja itu. (Dalam perkara ini,siapa yg nak dipersalahkan,apa yg berlaku kpd ibu2 tunggal ini??Dimana Jais,Jakim,Persatuan Ibu Tunggal dan NGO-NGO Islam?? Kpd NGO-NGO Islam,tak payah pergi lah jauh sangat,sampai menyabong nyawa utk membantu penduduk2 Pelestine disana.Disini (Malaysia) byk yg perlu dibantu.Kpd pendakwah dan penceramah Islam,bantu lah mereka ini,luangkan lah masa utk berdakwah kpd mereka,jgn lah pandang pd wang ringgit,lakukan lah secara sukarela).

pihak kami mendapat email dari orang yang tidak dikenali dan menceritakan perkara tersebut. cerita ini pun sudah pun tersiar kat blog-blog lawan. kami menyiarkan cerita ini sebagai rujukan sama ada betul atau tidak. kami mahu berada di pihak yang benar, kesucian agama islam tidak boleh dipermainkan. pihak berkuasa harus siasat perkara tersebut. musuh akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan islam.

disini


Mat Sabu tak berkerusi roda lagi

Posted: 05 Aug 2011 08:58 PM PDT

Selepas tiga minggu menjalani pembedahan menyambung ligamen belakang lututnya yang terkoyak, kecederaan yang dialami Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu semakin sembuh.

Walaupun masih lagi bertongkat sewaktu berjalan, beliau kini tidak lagi memerlukan bantuan kerusi roda hari untuk bergerak.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Mohamad berkata perubahan tersebut dialaminya sejak tiga hari lalu.

"Saya boleh jalan biasa, tetapi (tapak kaki sedikit) mendatar, dan (berjalan) tidak dalam jarak yang jauh.


"Tetapi masa naik dan turun tangga (rumah) masih perlu kepada tongkat," katanya dengan nada gembira dengan perkembangan terbaru itu.

Sebelum ini dilaporkan Mohamad menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam untuk membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu.

Oleh itu, doktor telah memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

Kemudian, kunjungan Malaysiakini di rumahnya di Shah Alam - seminggu selepas pembedahan - Mohamad sudah mampu mengangkat, melunjurkan kaki di atas sofa dan terhencot-hencot sewaktu berjalan dengan bantuan tongkat.

Dalam pertemuan itu, beliau menjangkakan kecederaannya akan pulih dalam tempoh satu hingga dua bulan.

"Sekarang (saya) tak menggunakan kerusi roda... Lepas Hari Raya Aidilfitri, (mungkin) tak pakai tongkat lagi," katanya semalam.

Kalau Kat Selangor Gerenti Hasan Ali Dah Tangkap Guan Eng

Posted: 05 Aug 2011 07:48 AM PDT

TERKINI!! Serbu Gereja: Hasan Ali Patut Suruh JAIS Tangkap Lim Guan Eng Pula!!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama pimpinan Pakatan Rakyat berada di dalam majlis berbuka puasa di Masjid Sungai Nibong, Pulau Pinang, petang tadi.

Lim dan pengerusi masjid, imam dan kariah masjid tiada masalah memasuki masjid untuk sama-sama berkongsi pengalaman dan suasana umat Islam berbuka puasa.


Akan tetapi di Selangor, Hasan Ali jelas skeptikal apabila umat Islam dilarang memasuki gereja kununnya ada usaha memurtadkan umat Islam, padahal ada majlis sumbangan dan mengutip derma seperti yang dijelaskan bekas pegawai polis terkenal, Zaman Khan.

Apakah sekiranya Lim dan rakan-rakannya yang bukan beragama Islam berbuka puasa di mana-mana masjid di Selangor, mahukah dia mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sangat cekap menghidu pergerakan dan aktiviti yang mencurigakan, menangkap dan menyiasat??

Inilah padahnya apabila sesuatu maklumat tidak diperhalusi dan disahkan.

Umno-APCO mesti mengucapkan "syabas dan tahniah" kerana mereka tidak perlu bersusah payah mencetuskan isu agama dan perkauman.

Cukup dengan dail nombor telefon Hasan Ali dan arahkan JAIS bertindak!

Fikirlah sendiri impaknya.

JALAN PULANG

Isu Ku Li-Anwar: Dalam hidup saya tak pernah rahsia, kata Nik Aziz

Posted: 05 Aug 2011 07:38 AM PDT

KOTA BARU, 5 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya.

Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakn daripada pengetahuan umum.

"Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.


Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz (gambar) membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.

Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu "lawak jenaka."

Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut.

"Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar," katanya.

Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

"Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit," katanya.

Zul Kulim Terima Ugutan Bunuh..

Posted: 05 Aug 2011 07:15 AM PDT

Hehehe.. Kenapa bukan mangkuk tu hah? Berita sebenarnya ialah

Exco terima surat ugutan berisi peluru
August 5, 2011

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi

KULIM: Anggota Exco Kedah Lim Soo Nee menerima kejutan hari ini apabila menemui sepucuk surat mengandungi nota ugutan dan sebutir peluru di pejabatnya, di Taman Kemuning di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Ghuzlan Salleh berkata anggota dewan undangan negeri (Adun) kawasan Kulim itu, menemui surat tersebut di atas tangga menuju ke pejabatnya kira-kira 9.45 pagi tadi.

"Lim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan ketika itu mahu naik ke pejabatnya di tingkat atas bangunan dua tingkat dan menemui sampul surat yang tertulis 'kepada Adun' di atas tangga.

Tidak puas hati


"Beliau kemudian mengambil surat itu lalu membawanya ke pejabat sebelum membuka dan menemui nota serta peluru tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Ghuzlan berkata nota itu antara lain mengandungi rasa tidak puas hati terhadap dua pembantu Lim yang menerima anugerah kebesaran sempena ulang tahun keputeraan Sultan Kedah baru-baru ini.

Pihak terbabit juga mengugut Lim agar tidak bertanding pada pilihan raya umum akan datang, kata Ghuzlan.

Beliau berkata polis kini mengesan dua lelaki yang dipercayai terbabit dalam penghantaran surat ugutan tersebut.

Kedua-dua lelaki berkenaan dikenal pasti menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di pejabat Adun berkenaan, katanya. - FMT


Serbuan JAIS.. Apa Agenda Hasan Ali??

Posted: 05 Aug 2011 05:22 AM PDT

JAIS Serbu Majlis Makan Malam Anjuran Majlis AIDS Malaysia - Dato' Zaman Khan

NOTA EDITOR: Kita tunggu apa alasan JAIS selepas ini. Dari sumber Tulang Besi, sememangnya orang2 yang pro UMNO dalam JAIS di belakang tindakan ini. Bagi Tulang Besi, ia tidak menghairankan kerana terdapat sokongan yang padu dari Polis sewaktu penyerbuan ini.

Bagi Tulang Besi, nampak sangat tangan2 ghaib UMNO di belakang tindakan ini.


Church raid: Dinner was HIV/AIDS fund raiserhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Aug 5, 11 4:42pm


The Malaysian Aids Council (MAC) today rose to Harapan Komuniti's support, saying that the NGO's dinner raided by the Selangor Islamic Department (Jais) on Wednesday was actually a fundraiser for HIV/AIDS support programmes.

This is despite Selangor state exco Hasan Ali claiming that Jais had found evidence of "proselytisation" during the event.


In a statement today, its president Mohd Zaman Khan said that the dinner was organised by the Damansara Utama Methodist Church (DUMC) to raise funds for the MAC partner organisation at its premises.

"It was intended to raise funds to support Harapan Komuniti, whose primary aim was to help Malaysians living with HIV, regardless of their ethnic and religious backgrounds.

The '1Malaysia Muhibbah Fundraising Dinner', said Mohd Zaman, the former federal CID chief, was meant to help provide financial assistance to the underprivileged and support for proper medication, treatment and care.

Harapan Komuniti is a partner organisation of MAC which also provides educational assistance to underprivileged children in Kuala Lumpur and Johor.

Saying that he is "disheartened" by the incident, Mohd Zaman sought an explanation from Jais, and called for precautionary steps to be taken to ensure that the integrity of Islam and interreligious harmony is not compromised.

Yesterday, Hasan Ali had said that Jais, which falls under his purview, "searched" the church after a tip off that a breaking fast event would be taking place there.

His statement came shortly after Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim expressed regret over the incident and ordered a full report from the religious department.

PAS: Jais should have checked first

Meanwhile, PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man said that Jais should have done preliminary investigations first before conducting the raid.

"Efforts must be taken to prevent sinful activities, but this does not mean that one should interfere in the affairs of other religions.

"In this case, Jais had acted on a tip-off, which is the right thing to do, but unfortunately, they did not first confirm the veracity of the information," he said in a statement.

He said that the religious department should have been more "cautious" due to the "political climate of the country".

"Don't be too quick to believe in slanderous statements and make ill-assumptions prior to investigations," he said.

Nevertheless, he said, the Muslims who had attended the fundraising dinner must "reflect on their actions to decide if they have unintentionally caused others to assume to worst about the dinner and the church.

"I hope that Jais can come forward to explain what happened and the result of their probe so that no more slanderous accusations would be made against the church, the Selangor government, Islam or the department itself during the holy month of Ramadan.

"If a mistake has been made, apologise," he said.

Pakatan Rakyat Dalam Bahaya! 17 ribu Pengundi Bertindih Di Selangor!!

Posted: 05 Aug 2011 05:14 AM PDT

SEMANGAT Bersih 2.0 tidak terhenti pada 9 Julai. Ia akan terus disemarakkan sehingga lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum kepada Yang DiPertuan Agong dipenuhi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ini yang ditegaskan Pengarah Pilihan Raya Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor. Ikuti butiran lanjut mengenai perkara ini sebagaimana dinyatakan dalam wawancara Editor Harakah, DATO' TARMIZI MOHD JAM dan Wartawan NYZA AYOB pada 28 Julai lalu.

Momentum Bersih 2.0 akan mati jika PAS tidak "memanaskannya" dalam bentuk pelbagai aktiviti di semua peringkat. Bagaimana PAS dapat mobilisasi perkara ini?
MOHD SANY HAMZAN: Mungkin saya boleh tekankan di peringkat Jabatan Pilihan Raya dan Lajnah Mobilisasi dan Demokrasi Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Di peringkat PAS Selangor, kita minta di semua Pusat Khidmat Masyarakat, Adun atau Penyelaras Dun, Ahli Majlis serta penjawat awam di Selangor sekiranya ingin mengedarkan kad ucapan Hari Raya, lapan tuntutan Bersih itu dimasukkan dalam kad ucapan tersebut.


Begitu juga sekiranya pihak berkenaan menyediakan sampul duit raya. Lapan tuntutan Bersih itu mesti dicetak di sampul duit raya tersebut. Selain itu kita juga berharap risalah berkenaan tuntutan tersebut diedarkan di masjid-masjid dan surau di Selangor. Ia boleh dimanfaatkan di bulan Ramadan ini kerana ramai mengunjungi masjid dan surau sepanjang bulan ini.

Tentang kempen "Kuningkan Sabtu". Kenapa tidak Pemuda PAS sahaja yang mempelopori kempen ini dengan memperkenalkan pelbagai program pada setiap Sabtu?
Memang kami ada mengeluarkan arahan kepada Pemuda PAS di setiap negeri dan kawasan. Sebenarnya Pemuda PAS di negeri dan kawasan cuba untuk melaksanakan program untuk menghidupkan Bersih ini. Cuma kita nampak sekarang ini Umno dan BN menggunakan polis untuk memerangi momentum Bersih ini. Apabila ada kalangan Pemuda PAS atau Pakatan Rakyat memakai baju Bersih, mereka akan dicekup. Kita tidak tahu sebenarnya apa yang menyebabkan polis bertindak demikian.

Apakah yang menyebabkan mereka takut dengan baju kuning dan lapan tuntutan kita itu? Tuntutan kita adalah tuntutan munasabah. Kita bukan hendak merusuh atau melakukan revolusi atau ingin menumbangkan kerajaan dengan mengadakan demonstrasi di jalan raya. Lapan tuntutan seperti celup dakwat, tempoh berkempen 100 hari dan akses kepada media merupakan tuntutan yang kita kira munasabah.

Tetapi apabila kita hendak menghidupkan 'Kuningkan Sabtu', BN menggunakan polis untuk menghalang setiap program yang kita lakukan. Walau bagaimanapun, kita tetap akan teruskan dengan pelbagai program pada setiap Sabtu tetapi dengan program-program seperti yang kita nyatakan di atas sempena Ramadan ini. Kita juga boleh menyatakan sokongan kita dengan menyemarakkan 'semangat kuning' ini dengan mengenakan tema kuning pada Aidilfitri nanti. Itu sebagai tanda sokongan yang penuh simbolik.

Apa langkah Pemuda PAS untuk menyedarkan masyarakat di luar bandar khususnya di kalangan orang Melayu yang tidak mendapat maklumat benar tentang Bersih 2.0 ini?
Kita juga meminta Pemuda PAS dan Jawatankuasa PAS kawasan mempergiatkan aktiviti memberi penerangan kepada masyarakat mengenai apa yang kita tuntut kepada SPR pada 9 Julai lalu supaya dapat dijelaskan kepada masyarakat luar bandar. Saya kira masyarakat luar bandar dan pinggir bandar yang mempunyai akses kepada media dan internet mungkin sudah mengetahui dan memahami tentang lapan tuntutan Bersih ini.

Mungkin masalah tentang memahami perkara ini timbul di kalangan masyarakat luar bandar. Kami akan menerbitkan poster dan kalendar 2012 yang menerangkan mengenai lapan tuntutan Bersih ini. Kami juga telah mengeluarkan arahan kepada PAS kawasan menjual kalendar Bersih ini dengan harga yang amat murah. Dan kita minta kalendar ini dibingkaikan dan ditampal di rumah masing-masing. Maknanya setiap rumah ahli atau penyokong PAS ini mesti mempunyai poster dan kalendar Bersih dan digantung di tempat yang menjadi tumpuan tetamu. Sekurang-kurangnya tetamu yang datang itu, jika dia belum memahami atau langsung tidak mengetahui apa itu tuntutan Bersih, akan bertanya kepada tuan rumah.

Ini cara untuk menterjemahkan Bersih?
Lapan tuntutan ini sebenarnya boleh diterjemahkan. Selain itu kita juga meminta kerjasama Lajnah Penerangan dan Lajnah Tarbiah supaya semua ustaz-ustaz menggunakan sedikit waktu apabila memberi tazkirah atau kuliah agama tentang mengapa perlunya untuk mengembalikan pilihan raya yang adil, bebas dan saksama dalam sistem demokrasi di negara ini.

Di peringkat Pemuda PAS Pusat, Lajnah IT sedang menyiapkan cakera padat (CD) yang akan kita edarkan kepada 1.2 juta warga kota yang akan balik bercuti sempena hari raya nanti. Itu antara perancangan kita bagi mobilisasi kelangsungan aktiviti Bersih 2.0 ini. Kita tidak mahu ia mati pada 9 Julai.

Ramai yang beranggapan tuntutan Bersih 2.0 ini hanya untuk kepentingan politik. Bagaimana Pemuda PAS hendak menangkis dakwaan ini?
Ini bukan politik. Kami kira tuntutan Bersih 2.0 ini bukan hanya melibatkan golongan pembangkang. Sebagaimana yang kita lihat pada Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru-baru ini, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Saifuddin Abdullah turut menyokong tuntutan Bersih 2.0. Dalam ceramah-ceramah kita yang menyentuh mengenai Bersih 2.0 ini, kita sanggup kalah seribu tahun lagi selagi sistem pilihan raya kita tidak adil.

Selepas Debat 'Apa Selepas 9 Julai?', tidak nampak ada banyak diskusi dianjur tentang Bersih seperti forum dan seminar. Kenapa kesuraman ini berlaku?
Di peringkat Dewan Pemuda PAS Pusat, melalui jabatan pilihan raya, kita telah mengumpul data-data dan bukti pertindihan seorang pengundi yang boleh mengundi dua kawasan parlimen. Ia melibatkan perkara-perkara teknikal. Sebab itu saya tidak mahu menguarkannya dahulu. Baru-baru ini sewaktu kami membuat laporan polis mengenai perkara ini, kita cuma mendedahkan empat dan lima nama sahaja. Kami dapati kad pengenalan lama dia betul tapi my kad dia empat angka terakhir diubah. Sebagai contoh dalam kad pengenalan asal namanya Mohd tapi dalam mykad diubah kepada Muhd. Yang perempuan pula contohnya ejaan Binti ditukar kepada Bt. Jadi dia boleh mengundi di lokasi yang berbeza.

Bagaimana ini boleh terjadi? Sedangkan pengerusi SPR mengatakan data ini sudah dibersihkan...
Insya-Allah perkara ini kami akan dedahkan secara besar-besaran. Di Selangor, kami dapat dedahkan hampir 17,000 pengundi yang bertindan yang dapat mengundi di kawasan parlimen yang berbeza dalam satu-satu pilihan raya. Jabatan Pilihan Raya di setiap PAS negeri juga tengah mengumpulkan bukti.

Pada 4 Ogos nanti bertempat di Hotel De Palma, Ampang, kita akan mengadakan forum bagi menjawab semula jawapan diberikan SPR dalam Debat 'Apa Selepas 9 Julai?' baru- baru ini.

Kita akan menjawab semula segala jawapan yang diberikan SPR berdasarkan buku yang diedarkan badan tersebut. Kita juga akan menjawab segala persoalan kenapa relevan lapan tuntutan tersebut.

Anak Sungei Derhaka

Mat Zal cerita detik disepak terajang polis

Posted: 05 Aug 2011 02:55 AM PDT

KEGANASAN polis terhadap beliau dapat disaksikan pada banyak gambar dan video BERSIH 2.0. Muhamad Zal Ismail, 38 tahun yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Pantai Cicar, Kawasan Merbok, Kedah menceritakan semula detik keganasan polis ke atasnya.

Menurut Muhamad Zal, semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 itu, beliau berada di Maybank Pudu Raya. Setelah pihak polis menggempur peserta Bersih, beliau turut berundur ke Jalan Pudu. Di situ, beliau telah berada di sebalik palang menyaksikan polis memprovokasi peserta dan menunggu sahabat-sahabatnya yang lain.

Bagaimanapun katanya, polis datang kepada beliau dalam jumlah yang ramai. Beliau ditarik dari sebalik palang lalu jatuh dan ketika itu walaupun tanpa melawan, Muhamad Zal telah ditumbuk terajang. Katanya, sehingga hari ini masih berbekas kesan tapak kasut anggota polis yang menendangnya.


Kepalanya juga dipukul hingga berdarah, tetapi beliau tidak menyedari pendarahan itu melainkan rasa sakit. Beliau tidak pasti alat digunakan tetapi beberapa saksi yang melihat menyatakan bahawa dia dipukul menggunakan sejenis alat besi dipanggil "buku lima." Pihak polis ujar beliau, menyiram kepalanya dengan air mungkin untuk mengurangkan kesan darah.

Di dalam banyak gambar dan video yang diperolehi, kelihatan seorang anggota dengan vest kuning polis menutupi kepalanya dengan topi. Pun begitu ujar Muhamad Zal, topi tersebut bukan miliknya, tetapi berkemungkinan polis cuba melindungi kesan luka berdarah di kepalanya dengan topi tersebut.

Beliau kemudian dibawa ke trak polis yang berjarak lebih 100 meter dan di sepanjang jalan itu beliau disepak terajang serta dimaki hamun polis sebagai pengkhianat negara. Beliau ditahan di Pulapol dan dibebaskan sekitar jam 8 malam.

Warta Utara


Selagi NAJIB Kekal PM, Kami Akan Terus MENGGODAM - ANONYMOUS

Posted: 05 Aug 2011 02:42 AM PDT

PETALING JAYA: Kumpulan Penggodam "Anonymous" yang mendakwa bertanggungjawab menggodam laman web kerajaan pada bulan Jun lalu, telah mengancam untuk melancarkan serangan terbaru pada 24 Okt ini.

Matlamat serangan ini yang didedahkan melalui klip video YouTube sepanjang 5.25 minit adalah bertujuan untuk melemahkan kempen 1Malaysia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Pada 24 Okt, Anonymous akan melanggar semua server pihak pemerintah, kita akan meludahi kepada idea-idea hipokrit anda dan melanggar mana-mana laman web yang menyokong 1Malaysia," katanya dalam satu video.

"Selagi Perdana Menteri kekal, kita tidak akan berhenti dengan serangan ini. Video ini adalah amaran untuk anda. Selamat datang ke 'Red Oktober', " tambah video yang disiarkan oleh pengguna yang dikenali sebagai 1917comrade.


Klip video menunjukkan gas pemedih mata yang ditembak ke arah peserta perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai dan temubual Najib dengan saluran berita Amerika CNN baru-baru ini di mana beliau berkata bahawa tidak ada kekerasan yang tidak wajar yang digunakan kepada peserta perhimpunan.

Klip ini juga menampilkan imej A Kugan yang meninggal dunia di dalam tahanan polis, dan Teoh Beng Hock yang jatuh dan menyebab kematiannya ketika di dalam penyiasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


Mereka Yang Tidak Berdosa

Terdapat juga imej mangsa bunuh dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Najib dan kemudian imej pembantunya Abdul Razak Baginda di dalam satu bingkai. (Razak dibebaskan walaupun bersubahat di dalam kes pembunuhan Altantuya, manakala Najib menafikan mengenali wanita Mongolia ini.)

"Kami telah mendengar pembohongan yang diberitahu oleh kerajaan. Kita telah melihat apa yang mereka mampu lakukan. Bentuk demokrasi mereka telah memusnahkan kehidupan orang yang tidak bersalah. Siapakah yang akan bercakap bagi pihak orang-orang ini apabila semua suara sudah tidak ada lagi? Siapakah yang akan bangkit dan berkata 'Cukuplah'?" kata suara audio bersama latar belakang imej dan muzik yang dramatik.

Pada bulan Jun lalu, 51 laman web kerajaan telah digodam, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Suruhanjaya. Daripada jumlah ini, 41 telah terganggu.

SKMM tidak memberikan nama laman web yang digodam. Walau bagaimanapun, ia dilaporkan bahawa laman web yang digodam adalah laman web utama kerajaan, MyGovernment (www.malaysia.gov.my), Pelancongan Sabah, Perbendaharaan, Parlimen, Jobs Malaysia, Kementerian Maklumat Komunikasi dan Kebudayaan, Majlis Sukan Negara dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Anonymous mendakwa bertanggungjawab di atas serangan yang disifatkan sebagai "Operasi Malaysia". Serangan itu dilancarkan berikutan pengumuman untuk menyekat 10 laman web perkongsian fail oleh SKMM.

Anonymous mendakwa bahawa Malaysia adalah "sebuah kerajaan ketat di dunia, malah menyekat filem dan rancangan televisyen". Ia juga bererti menapis laman web pemberi maklumat antarabangsa, WikiLeaks, dan perkongsian fail prominnt tapak Bay Pirate Malaysia.

Pihak berkuasa mendakwa bahawa tiada data peribadi atau kewangan telah dikompromi semasa di serang.

Sumber disini

Tiada ulasan: