Sabtu, 6 Ogos 2011

SharpShooter

SharpShooter


Isu Ku Li-Anwar: Dalam hidup saya tak pernah rahsia, - Nik Aziz

Posted: 06 Aug 2011 12:33 AM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak pernah mengadakan pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah bagi membincangkan idea melantiknya sebagai Ketua Pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz berkata, sejarah membuktikan beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidupan sehariannya.

Malah tegas beliau, jika benar pertemuan itu diadakan, tiada sebab ia perlu dirahsiakan daripada pengetahuan umum.

"Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li (timbul) dari mana, tak ada (pertemuan). Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri, tiada yang rahsia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini hari ini.

Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim yang mahukan Nik Aziz membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.

Selasa lalu, dalam laman Facebook rasminya, Nik Aziz menyifatkan khabar angin yang mengaitkan beliau terlibat dalam pertemuan rahsia dengan Tengku Razaleigh sebagai satu "lawak jenaka."

Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan PAS, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan oleh individu yang membuat tuduhan tersebut.

"Apa yang jelas ini perkara mengarut, saya nasihat mereka yang sebarkan berita ini, jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar," katanya.

Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran kerajaan negeri dan parti.

"Saya umur sudah (sekitar) 80, kalau sakit pun munasabahlah, (tetapi) kalau sakit menyebabkan kerja terganggu minta maaf, (sekarang) alhamdulillah, berselera makan, tetapi apabila malam berjaga lebih, timbul letih sikit," katanya.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Alhamdulillah...Datuk Dr Harun Din dibenar keluar IJN

Posted: 05 Aug 2011 09:54 PM PDT

KUALA LUMPUR, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang telah dirawat beberapa hari di hospital kerana mengalami masalah jantung, telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) sejak semalam.

Menurutnya, selama ditahan di wad unit rawatan rapi (CCU) IJN, beliau telah melalui tiga prosedur rawatan iaitu angiogram, ultrasound angiogram dan MRI.

Katanya, berdasarkan laporan pemeriksaan, beliau masih berada di bawah penelitian doktor dan beliau dibenarkan pulang untuk berehat serta akan melalui temujanji susulan dengan doktor di IJN.

"Doktor telah menasihatkan saya supaya berehat, dan saya akan bercuti beberapa hari," jelas beliau dalam laman facebooknya semalam dan turut dimuat naik dalam facebook Darussyifa', hari ini.

Menurut beliau, pulang dari IJN dan berehat di rumah, beliau sempat melayari laman web dan facebook Darussyifa' serta membaca email-email dalam google group ahli Darussyifa'.

"Membaca komen yang jumlahnya mencecah ratusan, saya sangat teruja dan terharu dengan ingatan, doa, dan kata-kata perangsang daripada tuan-tuan dan puan-puan.

"Saya ucapkan jutaan terima kasih dan Allah sajalah yang layak membalasnya," katanya ringkas sebaik pulang ke rumah setelah dibenarkan keluar dari hospital oleh doktor yang merawatnya.

Dalam laman facebook terutama facebook kepunyaan Darussyifa', orang ramai tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT agar beliau segera sembuh serta pulih seperti biasa.

Kemasukan beliau ke hospital, khususnya IJN, mencemaskan orang ramai, sehingga menyebabkan pelbagai pihak tidak putus-putus bertanya mengenai keadaan terkininya.

Penjelasan daripada beliau sendiri mengenai keadaan terkininya menerusi facebooknya itu pasti menyenangkan pelbagai pihak, bagi menjawab teka teki orang ramai mengenai keadaan kesihatannya kini


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Petrol bila mau turun daaaa......

Posted: 05 Aug 2011 05:12 PM PDT

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.

*Neo Chee Hua ialah Assistant Editor MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Disedut, terjemah dan disunting dari teks asal.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

SPR Suruhanjaya Penipu Rakyat

Posted: 05 Aug 2011 09:06 AM PDT



Berikutan dakwaan bahawa lebih 1,500 penduduk tetap dibenarkan mendaftar dalam senarai tambahan pemilih terbaru, Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini mendakwa jumlah pengundi di negeri itu telah melonjak dengan mendadak sebanyak 32,000 orang dalam hanya tiga bulan.

Seramai 1,400 undi pos dimasukkan ke dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Maung, yang kini diwakili oleh exco kerajaan negeri itu, Abdul Malik Kassim dari PKR.

Antara 2008 hingga 2010, kerusi majoriti Melayu itu menyaksikan peningkatan sebanyak 2,200 pengundi.

Kebanjiran pengundi itu didedahkan hari ini dalam sidang akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, yang turut dihadiri oleh Abdul Malik dan Timbalan Ketua Menteri, Mansor Othman.

Pada masa lalu, kata Lim, biasanya akan ada pertambahan kira-kira 10,000 pengundi baru, tetapi peningkatan tiga kali ganda itu "mencurigakan" dan menimbulkan kebimbangan "mungkin berlaku penipuan".

"Pilihan raya umum semakin hampir. Jika pertambahan pengundi adalah 200 hingga 400, ia boleh diterima, tetapi kini terdapat pertambahan sebanyak tiga kali ganda (jumlah tersebut). Macam mana nak menang?" soalnya.

Hantu lapar undi

Lim berkata pertambahan jumlah pengundi berlaku dalam tempoh tiga bulan, sambil menyentuh tentang dakwaan mengenai 'Mismah' dan lebih 1,500 penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi.

"Dalam dunia ini, kita telah mi segera, tetapi di Malaysia, kami mempunyai pengundi segera," kata Lim berseloroh.

"Bulan ini adalah bulan hantu lapar untuk orang Cina, tetapi apa yang kita lebih takut ialah pengundi hantu," katanya.

Lim mengecam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana keengganannya untuk menyiasat kes-kes tersebut atau mengambil tindakan.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Sindikit edar KP ditangkap tetapi polis apco tak ambil tindakan

Posted: 05 Aug 2011 08:19 AM PDT



PAS Selangor mendakwa pernah tersua dengan satu kumpulan sindiket yang didakwa mengedar kad pengenalan kepada warga asing dalam satu kejadian beberapa bulan lalu.

Setiausahanya Khairuddin Othman berkata, pihaknya menyerbu dua rumah berasingan di Paya Jaras, Subang dalam satu operasi yang dijalankan bagi menangkap sindiket berkenaan.

Khairuddin mendakwa, "tuan rumah" berkenaan sedang mengedarkan kad pengenalan kepada sekumpulan yang dipercayai warga Indonesia dan Kemboja ketika serbuan dijalankan sekumpulan ahli PAS Selangor.

NONE"Tuan rumah" itu kemudiannya didakwa berjaya melarikan diri sebelum polis tiba ke lokasi berkenaan, kata Khairuddin dalam satu sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam hari ini.

Dalam kejadian pada Februari lalu itu, sejumlah kad pengenalan yang ditemui di tempat berkenaan kemudiannya disemak menggunakan alat pengimbas, katanya.

Peliknya, kad pengenalan itu boleh dibaca melalui pengimbas tetapi semakan di sistem dalam talian Jabatan Pendafaran Negara (JPN) menunjukkan identiti pemegang kad tersebut sebagai penduduk tetap (PR), katanya.

"Kita sudah buat laporan polis, tetapi tidak ada jawapan," kata pengamal undang-undang itu lagi yang masih menunggu makluman berhubung hasil siasatan polis berhubung kes berkenaan.

"Kita tidak pertikai ada yang layak dapat IC. Tetapi bila jumpa dalam web JPN (berbeza), itu yang timbul persoalan besar," katanya yang giat mendedahkan "kelemahan" sistem pilihan raya akhir-akhir ini.

Dalam sidang media sama, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad pula berkata, kes tersebut mengingatkannya kepada kes yang berlaku di Sabah apabila BN berjaya menguasai semula negeri itu.

"Semua yang terlibat mengaku ceritakan apa dilakukan BN. Jadi ia bukan mustahil (di semenanjung) lebih-lebih lagi pemberian IC memang tidak telus," katanya yang menyifatkan insiden tersebut "seperti retak kecil atas seketul bongkah ais".

Sementara itu, Khairuddin juga mendakwa menemui kepelikan terbaru dalam kontroversi daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, semakannya semalam menemui terdapat nama dalam daftar pemilih tetapi tiada rekod dalam sistem JPN.

"Nombor (kad pengenalan) saja ada," katanya sambil menyifatkan perkara itu sebagai "kad pengenalan kosong".



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: